The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

BUKU LAPORAN MESYUARAT AGUNG SURAU ABAS 2024

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by shahsmkpp, 2022-12-17 02:17:54

BUKU LAPORAN MESYUARAT AGUNG SURAU ABAS 2024

BUKU LAPORAN MESYUARAT AGUNG SURAU ABAS 2024

BUKU LAPORAN TAHUN
2020 – 2022

MESYUARAT AGUNG SURAU ABU BAKAR AS-SIDDIQ
KALI KE-5
HARI : AHAD

TARIKH : 18 DISEMBER 2022

0

ISI KANDUNGAN ` Halaman

Perkara 2
3
ATUR CARA 4
DOA PEMBUKAAN 5
PENDAHULUAN 6
AGENDA MESYUARAT AGUNG 7-8
NOTIS MESYUARAT 9 - 11
SENARAI AJK 2020 – 2022 12 - 14
MINIT MESYUARAT AGUNG 2020 15 – 24
LAPORAN AKTIVITI / PROGRAM 2020 - 2022 25 – 31
LAPORAN KEWANGAN 2020 - 2022 32
GAMBAR-GAMBAR AKTIVITI 2020 – 2022 33
AJK SESI 2022 – 2025
DOA PENUTUP

1

Atur cara
7.10 malam : Solat Maghrib berjemaah & Majlis Tahlil
8.15 malam : Solat Isyak berjemaah
8.40 malam : Mesyuarat agung

: Jamuan

2

Doa Pembukaan

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Segala puji bagi Allah Tuhan pentadbir seluruh alam.
Selawat dan sejahtera semoga dilimpahkan ke atas junjungan besar Nabi Muhammad yang
semulia-mulia pesuruh-Nya, serta ke atas keluarga dan sekalian sahabat-sahabatnya.
Ya Allah, ya Tuhan kami ! Kami memohon kepada Mu kebaikan seluruhnya untuk sekarang
dan akan datang, yang kami ketahui dan yang tidak kami ketahui !
Ya Allah, ya Tuhan kami ! Kami berlindung kepada Mu dari segala macam kejahatan, yang
segera tiba dan akan tiba, yang kami ketahui dan yang tidak kami ketahui !
Ya Allah, ya Tuhan kami ! Kami pohonkan kepada Mu syurga dan apa-apa yang
mendekatkan kepada syurga, baik perkataan ataupun perbuatan !
Ya Allah, ya Tuhan kami ! Kami berlindung dengan Mu dari neraka dan apa-apa yang
mendekatkan kepada neraka, baik perkataan ataupun perbuatan !
Ya Allah, ya Tuhan kami ! Kami pohonkan kebaikan yang dipohonkan oleh hamba dan Rasul
Mu Nabi Muhammad (SAW), dan kami minta perlindungan dari segala yang diminta
perlindungan oleh hamba dan Rasul Mu Nabi Muhammad (SAW) !
Ya Allah, ya Tuhan kami ! Kami memohon kepada Mu agar segala pekerjaan yang Engkau
tetapkan untuk kami mempunyai hujung yang terpimpin, dengan berkat rahmat-Mu, wahai
YANG MAHA PENYAYANG !
Semoga Allah mencucuri rahmat dan sejahtera ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan
ke atas seluruh keluarga dan sahabat-sahabat baginda.
Dan segala puji itu tertentu bagi Allah, Tuhan pentadbir seluruh alam
Amin a Rabbalälamin !

3

Pendahuluan

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.
Segala puji bagi Allah, Selawat dan salam ke atas junjungan mulia Rasulullah S.A.W, ahli keluarga Baginda, para sahabat R.A
dan orang yang sentiasa berada dilandasan yang benar dan sentiasa beristiqamah di jalanNya, Insya Allah. Sama-sama kita
memanjatkan kesyukuran kepada Allah S.W.T kerana dengan limpah kurnia dan perkenannya, maka sekali lagi dapat kita
bersama-sama melaksanakan tanggungjawab pada Mesyuarat Agung Surau Abu Bakar As-Siddiq Kali Ke-5 Tahun 2022.

Alhamdulillah, pencapaian prestasi pengurusan Surau Abu Bakar As-Siddiq bagi tahun 2020 - 2022 berjalan seperti yang
dirancang. Pelbagai program pengimarahan dilaksanakan bagi merealisasikan fungsi surau dengan mengambil contoh
imarahnya institusi masjid pada zaman Rasulullah SAW yang perlu kita tauladani.

Penularan Wabak Pendemik Covid-19 yang melanda negara bermula Mac 2020 telah memberi kesan kepada kita terutamanya
dengan penangguhan program surau bermula semasa Perintah Kawalan Pergerakan 1 (PKP) pada Mac 2020, Perintah Kawalan
Pergerakan Bersyarat (PKPB) pada bulan Oktober 2020 dan PKP 2.0 pada bulan Januari 2021 yang lalu. Surau hanya
dibenarkan dibuka semua oleh Jabatan Agama Islam Negei Sembilan pada 3 Mac 2021 dengan penetapan SOP yang perlu
dipatuhi. Alhamdulillah, sekarang negara kita sudah beralih kepada fasa endemik yang membolehkan pelbagai program dan
aktiviti dijalankan seperti biasa. Semoga Allah S.W.T memelihara dan melindungi kita dari musibah wabak yang merbahaya ini.

Buat sahabat-sahabat kita yang telah pergi mendahului kita, salam tahziah buat seluruh ahli keluarganya. Semoga roh mereka
dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh, serta dimasukkan ke dalam
syurga. Amin ya Rabbal Alamin.

Akhirnya, marilah kita bersama-sama meneruskan usaha mengimarahkan Surau Abu Bakar As-Siddiq dengan istiqamah dan
memperkukuhkan syiar Islam. Semoga Allah S.W.T memberikan keberkatan dan keredhaan kepada kita semua.

Sekian, terima kasih. Wassalam.

4

AGENDA MESYUARAT AGUNG KALI KE-5

SURAU ABU BAKAR AS-SIDDIQ, BANDAR TASIK SENANGIN / MAHKOTA HILLS
1. Bacaan Al-Fatihah & Doa Selamat
2. Ucapan Pengerusi Surau
3. Pengesahan Minit Mesyuarat Agung yang lalu
4. Pembentangan Laporan Aktiviti / Program
5. Pembentangan Laporan Kewangan Surau
6. Pemilihan AJK 2023 – 2024
7. Perbincangan perkara berbangkit
8. Perbincangan usul-usul
9. Hal-hal Lain
10. Penangguhan mesyuarat dengan bacaan Surah Al-Asr

5

NOTIS MESYUARAT MESYUARAT AGUNG KALI KE -5
SURAU ABUBAKAR AS-SIDDIQ, BANDAR TASIK
SENANGIN

SURAU ABU BAKAR AS-SIDDIQ

LOT 8127 , JALAN TASIK SENANGIN 15/5, BANDAR TASIK SENANGIN

71750 LENGGENG, NEGERI SEMBILAN

019-3856351/ 011-16897171

Tarikh : 10 Disember 2022

Semua Jemaah dan Kariah
Surau Abu Bakar As-Siddiq
Bandar Tasik Senangin / Mahkota Hills
Lenggeng

Dato’/ Datin / Tuan/ Puan,

NOTIS MESYUARAT AGUNG SURAU ABU BAKAR AS-SIDDIQ

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Adalah dimaklumkan bahawa Mesyuarat Agung Surau Abu Bakar As-Siddiq kali ke-5 akan
diadakan seperti ketetapan berikut:

Hari : Ahad
Tarikh : 18hb. Disember, 2022
Masa : 8.40 malam
Tempat : Surau ABAS

2. Agenda mesyuarat:
2.1 Ucapan Pengerusi Surau
2.2 Pembentangan dan pengesahan aktiviti surau 2020 - 2022
2.3 Pembentangan dan pengesahan perbelanjaan dan kewangan 2020 - 2022
2.4 Pemilihan AJK 2022 – 2024
2.5 Perbincangan perkara berbangkit
2.6 Perbincangan usul-usul
2.7 Hal lain-lain
2.8 Ucapan penangguhan

4. Semua jemaah dan kariah surau dengan hormatnya dijemput hadir.

Sekian, terima kasih. Wassalam.

Yang benar,

MOHD SHAH BIN AWANG @ MAMAT
Setiausaha
Surau Abu Bakar As-Siddiq

6

PENGURUSAN & JAWATANKUASA SURAU ABU BAKAR AS-SIDDIQ SESI 2020 – 2022

JADUAL 1

Tarikh : ………………………………………….

DAFTAR AHLI-AHLI JAWATANKUASA SURAU
(Kaedah 25)

Daerah : Seremban
Mukim : Lenggeng
Kariah Masjid : Masjid Ulu Sg Machang, Lenggeng

Bil Nama Umur Jawatan Masa Perkhidmatan Catatan
Daripada Hingga

1. Dr Mohd Rofaizal bin Ibrahim 45 tahun Penasihat 2020 2022
2020 2022
1. En. Azmi Bin Ariffin 59 tahun Pengerusi

2. En. Noor Azlan Bin Dabar 52 tahun Tim. Pengerusi 2020 2022

3. En. Mohd Shah Bin Awang @ 45 tahun Setiausaha 2020 2022
Mamat

4. En. Norizam Bin Mohamed 46 tahun Pen. 2020 2022
Yusoff Setiausaha

5. En. Syaiful Anwar Sirat 40 tahun Bendahari 2020 2022

6. En. Mohamad Nasir Bin 67 tahun Pen. 2020 2022
Muda Bendahari

7

7. Tn Haji Abd Karim Bin Abd 64 tahun AJK 2020 2022
Rahman

8. En. Ahmad Razali Bin Basir 58 tahun AJK 2020 2022

9. En. Norizal Bin Othman 42 tahun AJK 2020 2022

10. En. Munshi Bin Minhat 52 tahun AJK 2020 2022

11. En. Mohamod Bin Nik 57 tahun AJK 2020 2022

12. Hj Naharudin Bin Haji Musa 67 tahun AJK 2020 2022

13. En. Noor Hasnan Bin 56 tahun AJK 2020 2022
Hamzah

14. En. M.Razip Bin Suliman 63 tahun AJK 2020 2022

15. En. Mohamad Azuwad Bin 39 tahun AJK 2020 2022
Jamalludin

8

MINIT MESYUARAT AGUNG SURAU ABU BAKAR AS-SIDDIQ TAHUN 2020

SURAU ABU BAKAR AS-SIDDIQ

D/A NO.17 JALAN TASIK SENANGIN 18/9, BANDAR TASIK SENANGIN,
71750 LENGGENG, NEGERI SEMBILAN
010-2256137 / 019-3856351 / 012-6080746 / 016-2557760

MINIT MESYUARAT AGUNG PEMILIHAN DAN PELANTIKAN AJK BARU SURAU
ABU BAKAR AS SIDDIQ BAGI TAHUN 2020 HINGGA 2022

Tarikh : 28 Ogos 2020
Hari : Khamis
Masa : 9.00 malam
Tempat : Surau Abu Bakar As Sidddiq

Hadir :

1. En. Norhanim bin Mohd Akhir Penasihat
2. En. Azmi bin Ariffin Pengerusi
3. Tn Haji Abd Karim bin Abd Rahman Timbalan Pengerusi
4. Seramai 32 kariah termasuk AJK yang lalu turut hadir.

PERKARA 1 : UCAPAN ALUAN PENGERUSI MAJLIS
En. Ismail bin Abdullah selaku pengerusi majlis mesyuarat menyampaikan ucapan aluan
dengan menyatakan objektif dan tujuan mesyuarat agung ini diadakan untuk memilih dan
melantik AJK baru Surau Abu Bakar As Siddip bagi tahun 2020 hingga 2022. Beliau juga
memberi penerangan tatacara pemilihan dengan meminta kariah untuk mengemukakan
cadangan pencalonan, cadangan menutup pencalonan dan setiap cadangan yang
dikemukakan hendaklah disokong. Pengiraan undi secara angkat tangan akan dilakukan.

PERKARA 2 : UCAPAN PENGERUSI SURAU ABAS
En Azmi bin Ariffin selaku Pengerusi Surau mengalu-alukan kedatangan para muslimin
dan muslimat / kariah surau ABAS dan menzahirkan ucapan terima kasih kepada semua
kariah yang banyak memberi sokongan dalam menjayakan aktiviti surau. Terima kasih
juga kepada semua penyumbang- penyumbang yang menderma untuk aktiviti surau dan
pembinaan surau kekal sama ada dari segi wang ringgit atau harta benda kepada surau
sehingga memudahkan surau ini menjalankan aktiviti dengan kemas dan lancar.

9

PERKARA 3 : SESI PEMBENTANGAN LAPORAN TAHUNAN SURAU ABAS
En. Azmi bin Ariffin selaku pengerusi ABAS telah membentangkan laporan merangkumi
pengenalan kepada AJK Surau ABAS sesi 2018/2019 dan terdapat dua biro Surau iaitu
Badan Khairat Kematian dan Jawatankuasa Pembinaan Surau. Pengerusi juga
memaklumkan bahawa Setiausaha Surau tidak dapat hadir mesyuarat kerana telah
bekerja di luar kawasan. Seterusnya, pengerusi membentangkan laporan aktiviti surau
antaranya majlis tahlil dan bacaan yassin, solat hajat, majlis ilmu, majlis ibadat korban,
gotong-royong, kelas mengaji, solat sunat aidilfitri / korban dan takbir hari raya yang
dijalankan sepanjang tempoh 2018 – 2020 dan diikuti dengan laporan kewangan terkini
dana pembinaan dan sumbangan pengurusan surau serta aset/peralatan surau yang
dibeli mahapun sumbangan wakaf. Laporan keahlian dan kewangan khairat kematian
dan sumbangan yang telah disampaikan. Diikuti dengan laporan kemajuan projek
pembinaan Surau ABAS melibatkan kos pembinaan dan kontraktor yang dilantik. Tuan
Pengerusi menzahirkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Tuan Haji Abd
Karim selaku Pengerusi Pembinaan Surau dan En. Norhanim selaku Penasihat Surau
ABAS yang telah banyak berusaha bersama-sama mengumpul dana pembinaan dan
pembangunan surau di tapak kekal. Pengerusi membuka soalan untuk sebarang
pertanyaan daripada kariah dan tiada pertanyaan yang dikemukakan. Kariah yang hadir
berpuas hati dengan pembentangan aktiviti yang telah dilaksanakan dan maklum tentang
perkembangan pembangunan pembinaan surau yang dalam proses pembinaan setelah
sedikit tergendala akibat pelaksanaan perintah kawalan pergerakan. Tiada hal-hal yang
berbangkit yang dikemukakan oleh kariah yang hadir.

PERKARA 4 : PEMBUBARAN AJK SURAU ABAS 2018/19

AJK Surau ABAS sesi 2018/2019 telah dibubarkan secara rasmi dan seterusnya kariah
akan mengundi untuk memilih dan melantik AJK ABAS yang baru bagi sesi 2020 – 2022.

PERKARA 5 : PELANTIKAN AJK SURAU ABAS YANG BARU

Pelantikan ahli jawatankuasa tertinggi dipilih berdasarkan undian majoriti dan berikut

adalah nama mereka yang dilantik sebagai AJK Surau Abu Bakar As Siddiq bagi sesi
2020 – 2022 :

Pengerusi - En. Azmi bin Ariffin
Tim. Pengerusi - En. Noor Azlan bin Dabar
Setiausaha - En. Mohd Shah bin Awang @ Mamat
Pen. Setiausaha - En. Norizam bin Mohamed Yusoff
Bendahari - En. Syaiful Anuar Sirat
Pen. Bendahari - En. Mohammad Nasir bin Muda
AJK Fasa 1 - En. Ahmad Razali bin Basir
AJK Fasa 2 - En. Norizal bin Othman
AJK Fasa 4 - En. Munshi bin Minhat
AJK Fasa 5A - Hj Naharudin bin Haji Musa
AJK Fasa 5B - En. Mohamod bin Nik
AJK Fasa 7 - En. Noor Hasnan bin Hamzah
Albury - En. M.Razip bin Suliman

10

PERKARA 6 : USUL / CADANGAN
En Norizam bin Mohamed Yusoff telah mengemukakan usul supaya Tuan Haji Abd Karim
bin Abd Rahman dikekalkan untuk menyandang tugas Pengerusi Biro Jawatankuasa
Pembinaan Surau ABAS. Usul ini disokong majoriti oleh ahli kariah yang hadir.

PERKARA 7 : UCAPAN PENGERUSI SURAU ABAS YANG BARU
Pengerusi yang baru dilantik untuk sesi 2020 – 2022 iaitu En Azmi bin Ariffin
mengucapkan terima kasih kepada kariah yang masih memberi kepercayaan kepadanya
dan berharap agar setiap kariah bersama-sama mengimarahkan lagi Surau Abu Bakar
As Siddiq dan bersama-sama dalam menjayakan setiap program yang dijalankan oleh
pihak surau. Pengerusi juga memaklumkan bahawa dana pembinaan surau masih belum
mencukupi dan memohon kariah agar membantu mengumpul dana bagi menyiapkan
pembinaan surau yang baru sahaja dimulakan kerja pembinaan oleh kontraktor yang
dilantik.

PERKARA 8 : UCAPAN PENANGGUHAN
Pengerusi majlis mesyuarat agung pemilihan AJK ini menzahirkan ucapan terima kasih
atas kerjasama yang baik daripada kariah yang hadir menjayakan agenda mesyuarat ini
yang berjalan dengan lancar dengan mempersilakan kariah untuk menikmati jamuan
yang disediakan dan seterusnya menangguhkan mesyuarat ini pada jam 10.30 malam.

“BERJEMAAH MEMBENTUK UKHWAH ISLAMIAH”

Disediakan oleh : Disemak oleh :

(MOHD SHAH BIN AWANG @ MAMAT) (AZMI BIN ARIFFIN)
SETIAUSAHA PENGERUSI
SURAU ABU BAKAR AS SIDDIQ SURAU ABU BAKAR AS SIDDIQ

11

PEMBENTANGAN LAPORAN AKTIVITI / PROGRAM

1. Mesyuarat AJK
Jawatankuasa Induk surau telah mengadakan mesyuarat sebanyak 4 kali sepanjang tempoh Januari
hingga Disember bagi tahun 2020, 2021 dan 2022. Selain daripada itu terdapat juga mesyuarat khas
dan mesyuarat operasi berlangsung, dimana perbincangan khusus untuk sesuatu program telah
dibincangkan bagi mendapat maklum balas dan tindakan segera oleh AJK tertentu.

2. Majlis Ilmu / Kuliah Bulanan / Ceramah Jemputan
Pengisian jadual bagi kuliah maghrib yang diadakan secara bulanan telah berjaya disusun dan
dihebahkan melalui poster / aplikasi media sosial yang telah diuruskan oleh En. Azmi bin Ariffin
selaku pengerusi dan dibantu oleh En. Mohamad Azuwad bin Jamalludin (AJK Multimedia).
Antara pengajar tetap kuliah di surau ini adalah seperti berikut :

1. Ustaz Dr Mohd Rofaizal - Fiqh & muamalat / Tazkirah Agama
2. Ustaz Khairol Rizal - 40 Hadits Akhlak Mulia
3. Ustaz Azizul Azhar - Konsep Pembahagian Harta Pusaka
4. Ustaz Ismail Ahmed - Tauhid (Sifat 20)
5. Ustaz Dr Mohd Yusof - Taksir Al-Quran
6. Ustaz Azman Halim - Tazkirah Agama (umum)

Selain itu, beberapa penceramah jemputan dijemput untuk perkongsian majlis ilmu dalam kuliah
maghrib atau kuliah subuh dan juga beberapa program/ aktiviti sempena menyambut hari kebesaran
Islam yang dianjurkan oleh pihak surau. Antara penceramah yang dijemput adalah seperti berikut:

1. Ustaz Muhd Redza Ahmad - Keistemewaan Umat Muhammad SAW
2. Ustaz Kapten Mohd Saiful Shafie - Kuliah Subuh
3. YB Ustaz Suhaimi Kasim - Kuliah Subuh
4. Ustaz Ahmad Rizal Ghazali - Kuliah Subuh
5. Ustaz Mohamad Islah Soleh - Kuliah Maghrib (Doa Senjata Muslim)
6. Ustaz Nabil Ahmad - Ambang Ramadhan & Maulidur Rasul 1444/2022
7. Ustaz Hj. Mohd Farhan - Kuliah Maghrib (Kemerdekaan Menurut Islam)
8. Ustaz Mohd Nor Akmal - Maal Hijrah (Menyusuri Hijrah Nabi Muhammad SAW)
9. Ustaz Dr Khairol Asraf - Israk Mikraj
10. Ustaz Hj Yusri Amri - Kuliah Subuh (7 wasiat Rasullulah kepada Abu Dzar)
11. Ustaz Dr Nur Muhammad Hadi - Taksir Al-Quran
12. Ustaz Mohd Elyas - Maulidur Rasul
13. Ustaz Amran Mohd Yusof - Tazkirah Umum
14. Ustaz Hj. Shazmizan Shahrom - Kuliah Maghrib (Ibadat Umrah & Haji)

Program muslimat melibatkan kuliah dhuha dengan jemputan seperti berikut :

1. Prof Madya Dr Sharifah Hayati - Hijrah Elak Rebah
2. Ustazah Asni Mansur - Kuliah dhuha

3. Sumbangan Prihatin
Sumbangan prihatin dalam bentuk barangan keperluan asas telah diberikan kepada
keluarga jemaah / kariah Surau ini yang perlu menjalani perintah kuarantin di rumah akibat

12

jangkitan covid-19 dalam tempoh pelaksanaan PKP. Sebahagian barang keperluan ini
adalah disumbangkan oleh penduduk yang prihatin terhadap keluarga yang terlibat.

4. Program Bacaan Al-Quran
Bacaan Yassin, tahlil dan doa selamat yang dipimpin oleh imam solat diadakan selepas
solat maghrib berjemaah pada setiap hari Khamis kecuali jika terdapat kuliah maghrib.

5. Jamuan Selepas Kuliah / Program
Selepas solat isyak berjemaah pada malam kuliah atau program yang diadakan, jamuan
disedia dan diuruskan oleh Pengerusi dan Tok Sial dengan menjemput semua jemaah
untuk menikmati juadah menggunakan hasil kutipan sumbangan daripada orang ramai.

6. Jamuan berbuka Puasa, Solat Terawih, Moreh, Tadarus Al-Quran, Qiamullah dan
Solat Sunat Aidilfitri
Pihak Surau juga menyediakan juadah berbuka puasa bagi yang ingin berpuka puasa di
surau, menyedia dan melengkapkan jadual imam dan bilal bertugas, membentuk kumpulan
tadarus, program qiamullah dan bersahur dan mendapatkan kebenaran mendirikan solat
sunat aidilfitri.

7. Aktiviti Gotong-Royang Membersihkan Surau
Aktiviti ini biasanya diadakan pada hari cuti umum/am bersempena program atau majlis
yang akan dianjurkan oleh pihak surau melibatkan jemaah dan kariah yang berkelapangan.
Gotong-royong ini dijalankan di seluruh kawasan luar dan dalam surau. Antara aktivitinya
adalah menyediakan khemah makan, menanam pokok (memperindahkan landskap surau),
mengecat, membersih dan akitiviti gotong-royong memasak seperti penyediaan bubur as-
syura dan juga memasak ketika majlis ibadah qurban atau majlis yang dirancang
melibatkan memasak. Melalui aktiviti pembersihan secara bergotong-royong dapat
mengeratkan hubungan antara satu sama lain dan saling kenal mengenali.

8. Kelas Al-Quran untuk Remaja
Kelas belajar mengaji Al-Quran dibuka kepada para remaja dan diadakan pada setiap pagi
Sabtu. Guru Al-Quran ialah Imam Rosli Ramli.

9. Pengoperasian Surau Baru dan Tetap
Setelah menumpang rumah En. Anwar Ridhwan bin Dzainuddin yang dijadikan sebagai
surau sementara selama 4 tahun, surau tetap yang dibina hasil sumbangan dan derma orang
ramai telah berjaya disiapkan oleh kontraktor yang dilantik pada penghujung bulan
Februari 2020 dan diserahkan kepada pengurusan surau untuk dimulakan pengeopesian
pada awal Mac 2020.

10. Perasmian Surau Abu Bakar As-Siddiq
Majlis perasmian surau ini telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Dato’ Mohd Zaidi
bin Ramli, Pengarah JHEAINS pada 17 November 2021. Beliau juga telah menyampaikan
takzirah agama sempena majlis perasmian tersebut.

13

11. Majlis Hari Raya Adilfitri
Majlis sambutan Hari Raya diadakan bagi meraikan penduduk dan para jemaah surau.
Pelbagai juadah disedia dan juga potluck dibawa tetamu. Dijemput juga penduduk bukan
muslim datang untuk menikmati juadah yang disediakan.

12. Majlis Ibadah Qurban
Pihak Surau telah mengadakan Majlis Ibadah Qurban yang melibatkan peserta dari kariah/
jemaah surau bertempat di perkarangan Surau. Majlis ini dijayakan dengan amalan gotong-
royong dan mendapat kerjasama yang baik bermula dangan sembahyang sunat aidiladha,
penyembelihan, melapah, memasak, mengagihkan daging-daging korban dan kerja-kerja
pembersihan.

13. Perarakan Majlis Sambutan Maulidur Rasul
Sambutan Majlis Maulidur Rasul yang dianjurkan oleh pihak surau telah disertai oleh
semua Persatuan Penduduk Bandar Tasik Senangin, Mahkota Hills, Surau Al-Fateh, Surau
Al-Amin dan tadika Apple Green. Sambutan ini bertujuan memupuk rasa cinta dan sayang
kepada Junjungan Besar Nabi Muhammmad SAW dan seterusnya mengeratkan hubungan
silaturahim dan ukhuwah dalam kalangan jemaah dan penduduk.

14. Pengistiharan Kebenaran Mendirikan Solat Jumaat
Jabatan Mufti Negeri Sembilan telah memberi kebenaran bersyarat kepada Surau Abu
Bakar As-Siddiq untuk mendirikan Solat Jumaat bermula 28 Oktober 2022. Majlis
pengistiharan kebenaran Solat Jumaat telah disempurnakan oleh Timbalan Mufti Negeri
Sembilan Yang Berbahagia Tuan Amran bin Haji Awaludin mewakili Sahibus Samahah
Dato' Hj. Mohd Yusof bin Hj. Ahmad Mufti Negeri Sembilan pada 27 Oktober 2022.

LAPORAN ASET & PENYELENGGARAAN

1. Berdasarkan jaminan baik pulih selama 2 tahun ketika penyerahan surau, pihak kontraktor
diminta menyelenggara beberapa kerosakan kecil seperti kebocoran dan tempias hujan.

2. Penurapan kawasan parking dan tepi bangunan surau.
3. Melengkapkan peralatan untuk bilik tetamu.
4. Penyelenggaran dan penjagaan dilakukan untuk memastikan sistem siaraya (PA sistem)

berfungsi dengan baik bagi kegunaan waktu solat, khutbah, ceramah, kelas, kursus, upacara
pernikahan dan sebagainya
5. Menyelenggara dan membaiki alat penghawa dingin yang bermasalah
6. Menyelenggara dan menggantikan lampu serta kipas yang rosak
7. Menyelenggara dan membaiki tandas dan paip air yang rosak.
8. Menyediakan peralatan untuk program penyembelihan korban pada Hari Raya Aidiladha
9. Sedang dilakukan kerja-kerja pemasangan awning di sekeliling surau dan menyediakan
bilik stor penyimpanan barang hasil sumbangan orang ramai.

14

PEMBENTANGAN LAPORAN KEWANGAN 2020 - 2022

PENYATA ALIRAN TUNAI BANK ISLAM
BAGI TEMPOH SEPTEMBER 2020 SEHINGGA DISEMBER 2020

TAHUN 2020
( RM )

Baki awal di bank Bank Islam pada 1 September 2020 2,679.66

PENERIMAAN 48,945.39
Sumbangan / Sedekah / Infaq (Bank Islam) 48,945.39

JUMLAH PENERIMAAN 1,492.00
1,492.00
TOLAK : 50,133.05
Perbelanjaan Surau ABAS

JUMLAH PERBELANJAAN

LEBIHAN / (KURANGAN)

Baki akhir di bank Bank Islam pada 31 Disember 2020 50,133.05

15

PENYATA ALIRAN TUNAI BANK ISLAM
BAGI TAHUN 2021 BERAKHIR 31 DISEMBER 2021

Baki awal di bank Bank Islam pada 1 Januari 2021 TAHUN 2021
( RM )

50,133.05

PENERIMAAN 84,417.92
Sumbangan / Sedekah / Infaq (Bank Islam) 84,417.92

JUMLAH PENERIMAAN 93,398.30
93,398.30
TOLAK : 41,152.67
Perbelanjaan Surau ABAS

JUMLAH PERBELANJAAN

LEBIHAN / (KURANGAN)

Baki akhir di bank Bank Islam pada 31 Disember 2021 41,152.67

16

PENYATA ALIRAN TUNAI BANK ISLAM
BAGI TAHUN 2022 BERAKHIR 30 NOVEMBER 2022

Baki awal di bank Bank Islam pada 1 Januari 2022 TAHUN 2022
( RM )

41,152.67

PENERIMAAN 140,435.31
Sumbangan / Sedekah / Infaq (Bank Islam) 140,435.31

JUMLAH PENERIMAAN 112,076.95
112,076.95
TOLAK : 69,511.03
Perbelanjaan Surau ABAS

JUMLAH PERBELANJAAN

LEBIHAN / (KURANGAN)

Baki akhir di bank Bank Islam pada 30 November 2022 69,511.03

17

Penyata Kewangan Bank Islam Bermula Sept. 2020 sehingga Nov. 2022

Surau Abu Bakar As-Siddiq (ABAS)
Bandar Tasik Senangin
Lenggeng Negeri Sembilan

Kami AZMI BIN ARIFFIN dan NOOR AZLAN BIN SABAR yang merupakan Pengerusi Surau
dan Naib Pengerusi Surau kepada Surau ABAS Bandar Tasik Senangin (Mahkota Hills),
dengan ini menyatakan bahawa pada pendapat jawatankuasa, Penyata Kewangan Bank
Islam adalah disediakan untuk menunjukkan pandangan yang benar dan saksama
berkenaan kedudukan Surau ABAS Bandar Tasik Senangin (Mahkota Hills) untuk tempoh
September 2020 sehingga November 2022.

Bagi Pihak Jawatankuasa Bagi Pihak Jawatankuasa

………………………. ……………………………….
AZMI BIN ARIFFIN NOOR AZLAN BIN SABAR
Pengerusi Surau ABAS Naib Pengerusi Surau ABAS
Tarikh : Tarikh :

Pengakuan Oleh Bendahari Surau ABAS Bandar Tasik Senangin (Mahkota Hills)

Saya SYAIFUL ANWAR BIN SIRAT, selaku pegawai yang bertanggungjawab ke atas
pengurusan kewangan Bank Islam Surau ABAS Bandar Tasik Senangin (Mahkota Hills)
dengan ikhlasnya mengakui bahawa Penyata Kewangan yang disediakan mengikut
sebaik-baiknya pengetahuan dan kepercayaan saya, adalah benar.

…………………………………..
SYAIFUL ANWAR BIN SIRAT
Bendahari Surau ABAS
Tarikh :

18

Sijil Audit Mengenai
Akaun Bank Islam Surau ABAS
Bandar Tasik Senangin (Mahkota Hills)
Penyata Kewangan Bermula Sept. 2020 sehingga Nov. 2022

Saya telah mengaudit Penyata Kewangan Bank Islam Surau ABAS Bandar Tasik Senangin
(Mahkota Hills) bagi tempoh September 2020 sehingga November 2022.
Tanggungjawab saya adalah mengaudit dan memberi pendapat terhadap Penyata
Kewangan tersebut. Pihak Jawatan Kuasa Surau ABAS Bandar Tasik Senangin (Mahkota
Hills) adalah bertanggungjawab terhadap Penyata Kewangan tesebut berdasarkan
kepada pengauditan yang dijalankan.

2. Pengauditan telah dirancang dan dilaksanakan untuk mendapat kepastian yang
munasabah kepada Laporan Penyata Kewangan termasuklah memeriksa rekod secara
semakan, menyemak bukti yang menyokong angka dan memastikan pendedahan yang
mencukupi dalam Laporan Penyata Kewangan. Penilaian juga dibuat terhadap prinsip
perakaunan yang digunakan dan penyampaian Penyata Kewangan secara menyeluruh.

3. Pada pendapat saya, Penyata Kewangan Bank Islam ini memberi gambaran yang
benar dan saksama terhadap kedudukan kewangan Surau ABAS Bandar Tasik Senangin
(Mahkota Hills) yang berakhir setakat 30 November 2022

……………………………………… …………………………………
MOHD FAIZAL BIN AMIRUDIN HUZAIMAH BINTI HUSSIN
Juruaudit Juruaudit
Surau ABAS Bandar Tasik Senangin Surau ABAS Bandar Tasik Senangin
Tarikh : Tarikh :

19

PENYATA ALIRAN TUNAI BANK RHB
BAGI TEMPOH SEPTEMBER 2020 SEHINGGA DISEMBER 2020

Baki awal di bank RHB pada 1 September 2020 TAHUN 2020
( RM )

288,886.69

PENERIMAAN 165,415.49
Sumbangan / Sedekah / Infaq (Bank Islam) 165,415.49

JUMLAH PENERIMAAN 207,982.61
207,982.61
TOLAK : 246,319.57
Perbelanjaan Surau ABAS

JUMLAH PERBELANJAAN

LEBIHAN / (KURANGAN)

Baki akhir di bank RHB pada 31 Disember 2020 246,319.57

20

PENYATA ALIRAN TUNAI BANK RHB
BAGI TAHUN 2021 BERAKHIR 31 DISEMBER 2021

Baki awal di bank RHB pada 1 Januari 2021 TAHUN 2021
( RM)

246,319.57

PENERIMAAN 249,338.03
Sumbangan / Sedekah / Infaq (Bank Islam) 249,338.03

JUMLAH PENERIMAAN 495,040.87
495,040.87
TOLAK :
Perbelanjaan Surau ABAS 616.73

JUMLAH PERBELANJAAN

LEBIHAN / (KURANGAN)

Baki akhir di bank RHB pada 31 Disember 2021 616.73

21

PENYATA ALIRAN TUNAI BANK RHB
BAGI TAHUN 2022 BERAKHIR 30 APRIL 2022

Baki awal di bank RHB pada 1 Januari 2022 TAHUN 2022
( RM )

616.73

PENERIMAAN 1,211.00
Sumbangan / Sedekah / Infaq (Bank Islam) 1,211.00

JUMLAH PENERIMAAN 1,827.73
1,827.73
TOLAK :
Perbelanjaan Surau ABAS 00.00

JUMLAH PERBELANJAAN

LEBIHAN / (KURANGAN)

Baki akhir di bank RHB pada 30 April 2022 00.00

22

Penyata Kewangan Bank RHB Bermula Sept. 2020 sehingga April 2022

Surau Abu Bakar As-Siddiq (ABAS)
Bandar Tasik Senangin
Lenggeng Negeri Sembilan

Kami AZMI BIN ARIFFIN dan NOOR AZLAN BIN SABAR yang merupakan Pengerusi Surau
dan Naib Pengerusi Surau kepada Surau ABAS Bandar Tasik Senangin (Mahkota Hills),
dengan ini menyatakan bahawa pada pendapat jawatankuasa, Penyata Kewangan Bank
RHB adalah disediakan untuk menunjukkan pandangan yang benar dan saksama
berkenaan kedudukan Surau ABAS Bandar Tasik Senangin (Mahkota Hills) untuk tempoh
September 2020 sehingga April 2022.

Bagi Pihak Jawatankuasa Bagi Pihak Jawatankuasa

………………………. ……………………………….
AZMI BIN ARIFFIN NOOR AZLAN BIN SABAR
Pengerusi Surau ABAS Naib Pengerusi Surau ABAS
Tarikh : Tarikh :

Pengakuan Oleh Bendahari Surau ABAS Bandar Tasik Senangin (Mahkota Hills)

Saya SYAIFUL ANWAR BIN SIRAT, selaku pegawai yang bertanggungjawab ke atas
pengurusan kewangan Bank RHB Surau ABAS Bandar Tasik Senangin (Mahkota Hills)
dengan ikhlasnya mengakui bahawa Penyata Kewangan yang disediakan mengikut
sebaik-baiknya pengetahuan dan kepercayaan saya, adalah benar.

…………………………………..
SYAIFUL ANWAR BIN SIRAT
Bendahari Surau ABAS
Tarikh :

23

Sijil Audit Mengenai
Akaun Bank RHB Surau ABAS
Bandar Tasik Senangin (Mahkota Hills)
Penyata Kewangan Bermula Sept. 2020 sehingga April 2022

Saya telah mengaudit Penyata Kewangan Surau ABAS Bandar Tasik Senangin (Mahkota
Hills) bagi tempoh September 2020 sehingga April 2022. Tanggungjawab saya adalah
mengaudit dan memberi pendapat terhadap Penyata Kewangan Bank RHB tersebut.
Pihak Jawatan Kuasa Surau ABAS Bandar Tasik Senangin (Mahkota Hills) adalah
bertanggungjawab terhadap Penyata Kewangan Bank RHB tesebut berdasarkan kepada
pengauditan yang dijalankan.

2. Pengauditan telah dirancang dan dilaksanakan untuk mendapat kepastian yang
munasabah kepada Laporan Penyata Kewangan Bank RHB termasuklah memeriksa rekod
secara semakan, menyemak bukti yang menyokong angka dan memastikan pendedahan
yang mencukupi dalam Laporan Penyata Kewangan. Penilaian juga dibuat terhadap
prinsip perakaunan yang digunakan dan penyampaian Penyata Kewangan secara
menyeluruh.

3. Pada pendapat saya, Penyata Kewangan Bank RHB ini memberi gambaran yang
benar dan saksama terhadap kedudukan kewangan Bank RHB Surau ABAS Bandar Tasik
Senangin (Mahkota Hills) yang berakhir setakat 30 April 2022.

……………………………………… …………………………………
MOHD FAIZAL BIN AMIRUDIN HUZAIMAH BINTI HUSSIN
Juruaudit Juruaudit
Surau ABAS Bandar Tasik Senangin Surau ABAS Bandar Tasik Senangin
Tarikh : Tarikh :

24

Gambar Aktiviti Tahun 2020 - 2022

25

26

27

28

29

30

31

JAWATANKUASA SURAU ABAS
Sesi 2022 - 2024

JAWATAN NAMA NO. TELEFON

Pengerusi
Tim. Pengerusi

Setiausaha
Pen. Setiausaha

Bendahari
Pen. Bendahari

AJK
AJK
AJK
AJK
AJK
AJK

32

Doa Penutup

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Segala puji bagi Allah Tuhan pentadbir seluruh alam.
Selawat dan sejahtera semoga dilimpahkan ke atas junjungan besar Nabi Muhammad yang
semulia-mulia pesuruh-Nya, serta ke atas keluarga dan sekalian sahabat-sahabatnya.
Ya Allah, ya Tuhan kami ! Kami pohonkan ampun kepada Mu dari segala dosa yang kami
telah taubat kepada Mu, tapi kami perbuat lagi.
Ya Allah, ya Tuhan kami ! Kami pohon ampun kepada Mu dari segala janji yang telah kami
janjikan kepada Mu, tetapi kami tak sanggup menunaikannya.
Ya Allah, ya Tuhan kami ! Kami pohonkan ampun kepada Mu dari segala macam amal
yang mulanya telah kami ikhlaskan kepada Mu, tetapi kemudian dicampuri oleh hal-hal
yang lain.
Ya Allah, ya Tuhan kami ! kami pohonkan ampun dari segala nikmat yang telah Engkau
berikan kepada kami, lalu kami pergunakan untuk menderhaka kepada Mu.
Ya Allah, ya Tuhan kami ! Kami pohonkan ampun kepada Mu, wahai Yang Maha
Mengetauhi akan segala yang ghaib dan nyata, dari segala dosa yang kami buat di terang
siang dan di pekat malam, di muka orang banyak atau di tempat sunyi dengan nyata atau
tersembunyi.
Semoga Allah mencucuri rahmat dan sejahtera ke atas junjungan kami Nabi Muhammad
dan ke atas seluruh keluarga dan sahabat-sahabat baginda.
Dan segala puji itu tertentu bagi Allah, Tuhan pentadbir seluruh alam
Amin ya Rabbal`alamin !

33

Terima kasih kepada semua para
penyumbang dan dermawan yang
membangunkan dan menjayakan
aktiviti Surau Abu Bakar As-Siddiq.
Semoga Allah sentiasa melimpahkan
RAHMAT & KEBERKATAN kepada para

penyumbang dan dermawan
sekeluarga.

Pengurusan
Surau Abu Bakar As-Siddiq

sesi 2022 - 2022

34


Click to View FlipBook Version