The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Tajuk : Plastik Biodegradasi
Pensyarah : Dr. Shuhairi Bin Abdul Razak

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by 863-1-nuralia, 2022-04-27 09:34:13

PALS1012 TUGASAN 3 ESEI NURALIA BINTI YUSRI

Tajuk : Plastik Biodegradasi
Pensyarah : Dr. Shuhairi Bin Abdul Razak

PLASTIK BIODEGRASI

Asas Kelestarian dan Teknologi Hijau
PALS1092

ISI KANDUNGAN

1.0 PENGENALAN KEPADA TEKNOLOGI HIJAU
1.1 Definisi Teknologi Hijau…………………………………………………..2
1.2 Dasar Teknologi Hijau Negara…………………………………………..2

2.0 IMPAK PENGGUNAAN PLASTIK TERHADAP ALAM SEKITAR …………3
3.0 PENGENALAN KEPADA PRODUK TEKNOLOGI HIJAU

3.1 Konsep biodegradasi…………………………………………………….5
3.2 Plastik biodegradasi ……………………………………………………..6
3.3 Jenis plastik biodegradasi……………………………………………….7
4.0 ANALISIS PRODUK TEKNOLOGI HIJAU
4.1 Kelebihan plastik biodegradasi…………………………………………8

4.1.1 Mengambil masa yang singkat untuk terurai………………8
4.1.2 Boleh Diperbaharui…………………………………………...8
4.1.3 Mesra Alam……………………………………………………8
4.2 Kelemahan plastik biodegradasi……………………………………….9
4.2.1 Tidak terurai sepenuhnya……………………………………9
4.2.2 Bahan berbahaya terurai…………………………………….9
4.2.3 Kos yang mahal………………………………………………9
5.0 PENUTUP……………………………………………………………………….10
6.0 RUJUKAN……………………………………………………………………….11

1.0 PENGENALAN KEPADA TEKNOLOGI HIJAU
1.1 Definisi Teknologi Hijau

Penerapan amalan teknologi hijau dalam kehidupan seharian kita merupakan satu langkah
yang sangat penting. Hal ini adalah untuk menjamin kualiti hidup dan pengekalan sumber
yang berterusan. Perkara ini selaras dengan pembangunan teknologi hijau yang memenuhi
keperluan semasa tanpa menjejaskan keperluan generasi masa hadapan. Segala produk
yang dicipta dan dibina perlu mempunyai kriteria seperti dapat meminimumkan degrasi kualiti
persekitaran dan mempunyai pembebasan Gas Rumah Hijau yang rendah serta selamat
digunakan. Tambahan pula, ianya akan menjadikan persekitaran yang sihat untuk semua
hidupan sekaligus dapat menjimatkan tenaga dan sumber asli serta menggalakkan
penggunaan sumber-sumber yang boleh diperbaharui. Teknologi Hijau merujuk kepada
pembangunan dan aplikasi produk, peralatan dan sistem untuk memelihara alam sekitar, alam
semulajadi dan meminimumkan atau mengurangkan kesan negatif daripada aktiviti yang
dilakukan oleh manusia. Aplikasi teknologi hijau adalah selaras dengan konsep pembangunan
lestari. Teknologi hijau adalah penting kepada pelbagai aspek antaranya kehidupan manusia,
ekonomi, menjana tenaga serta memelihara dan memulihara alam sekitar.

1.2 Dasar Teknologi Hijau Negara (DTHN)
Umum mengetahui bahawa negara kita tidak ketinggalan dalam usaha mempromosikan
teknologi hijau dan kerajaan juga telah merangka dasar-dasar teknologi hijau sejak tahun
2009 lagi. Dasar Teknologi Hijau Negara berasaskan empat tunggak iaitu tenaga, alam
sekitar, ekonomi dan sosial. Berdasarkan empat tunggak yang dinyatakan dalam Dasar
Teknologi Hijau Negara (DTHN), kerajaan telah menggariskan lima objektif yang perlu dicapai
antaranya ialah untuk meningkatkan keupayaan bagi inovasi dalam pembangunan Teknologi
Hijau dan meningkatkan daya saing dalam Teknologi Hijau di persada antarabangsa.
Kerajaan mensasarkan agar kesedaran dan tanggungjawab masyarakat dapat dipupuk
melalui program-program sokongan dan komiten untuk penerapan Teknologi Hijau dan dalam
usaha menyelamatkan generasi penerus.

2

2.0 IMPAK PENGGUNAAN PLASTIK TERHADAP ALAM SEKITAR

Plastik merupakan bahan yang diperbuat dari sumber yang berharga iaitu petroleum.
Pencemaran alam sekitar terutamanya berpunca daripada produk yang berasaskan plastik.
Masalah persekitaran ini menjadi isu terbesar di Malaysia dan meningkat pada kadar yang
amat membimbangkan. Pengurusan sisa pepejal yang kurang efisien dan perundangan yang
longgar membuatkan Malaysia semakin terdedah dengan risiko pencemaran plastik. (Moh &
Manaf 2014). Plastik-plastik tersebut kemudiannya di buang di saluran yang salah sehingga
mengakibatkan alam sekitar tercemar serta mengganggu habitat di darat dan di lautan serta
menjejaskan ekosistem. Plastik mengambil masa yang lama untuk terurai secara semula jadi
dan ia berbeza dengan sifat sisa bahan bukan organik lain. Jika plastik dibakar, ia akan
membebaskan karsinogen iaitu bahan yang boleh menyebabkan kanser kepada manusia.
Sekiranya ia ditanam, bahan toksin di dalam plastik boleh memasuki sumber air minuman
kita. Pelupusan plastik di tapak pelupusan sampah bukanlah langkah terbaik kerana bahan
kimia daripada plastik mampu meracuni sumber air bawah tanah. (Baker 2010).

3

Plastik adalah bahan pepejal yang boleh menyebabkan tanah berasid dan tidak boleh
digunakan untuk aktiviti pertanian. Plastik-plastik yang dibuang juga akan menjejaskan aliran
air sekaligus menyebabkan sungai dan kawasan parit membanjiri apabila hujan lebat. Plastik
yang dibuang ke dalam air boleh menyebabkan air di kawasan itu mendapat jumlah nutrient
yang berlebihan. Lebih membimbangkan kita, plastik boleh mengeluarkan kompaun toksik
dan sangat berbahaya apabila ia telah reput. Apabila ia mengeluarkan toksik, akan
menyebabkan pencemaran tanah, sungai dan sumber air di bawah tanah. Terdahulu, berita
mengenai hidupan laut yang dijumpai mati akibat menyalahanggap plastik sebagai makanan
mereka dan ada juga mati akibat terjerat pada plastik yang dibuang di lautan. Hal ini
mengakibatkan populasi haiwan laut itu semakin berkurangan. Penghasilan dan pengeluaran
beg plastik juga menyebabkan pelepasan karbon yang akan menjejaskan lapisan ozon dan
mengakibatkan kesan pencemaran udara. Akhir sekali, jika beg plastik dibakar, suhu bumi
meningkat dan kulit kita akan terdedah kepada sinaran UV.

4

3.0 PENGENALAN KEPADA PRODUK TEKNOLOGI HIJAU
3.1 Konsep Biodegradasi

Biodegradasi ialah proses menguraikan sesuatu bahan melalui proses biologi melalui agen
pengurai seperti mikrob, fungus dan proses kimia yang berlaku secara semulajadi. Ia juga
merupakan proses yang penting dalam pereputan bahan bagi membolehkan bahan tersebut
menjadi kompos serta diuraikan semula menjadi elemen semulajadi. Proses biodegradasi
boleh berlaku dalam keadaan anaerobik atau aerobik. Biodegradasi anaerobik akan
memperoleh metana dan hidrokarbon ringkas manakala biodegradasi aerobik pula
menghasilkan air, karbon dioksida dan garam mineral. Di samping itu, proses biodegradasi
bukan sahaja penting dalam produk mesra alam malah proses ini juga penting dalam bidang
lain seperti bioperubatan, pengurusan sisa dan kelestarian ekologi.
Biodegradasi berfungsi sebagai proses menguraikan sesuatu bahan seperti plastik, kertas
dan tin yang dijalankan melalui proses tindakan enzim yang akan memecahkan struktur kimia
sesuatu bahan. Proses ini akan memecahkan setiap satu struktur kimia yang ada pada bahan
asal kepada bahan yang lebih kecil mengikut keperluan ekosistem tertentu. Seperti yang kita
ketahui, setiap benda yang ada di bumi ini perlu diuraikan menerusi proses biodegradasi untuk
menjadikan ke bentuk yang lebih ringkas. Oleh hal yang demikian, penggunaan bahan yang
mudah diurai melalui proses biodegradasi mampu menjadikan pengurusan sisa pepejal lebih
sempurna.

5

3.2 Plastik Biodegradasi

Produk biodegradasi adalah sumber daripada bahan kitar semula dan teknologi hijau. Dengan
tujuan melindungi alam sekitar daripada terus tercemar, salah satu langkah adalah dengan
wujudnya plastik terbiodegradasi. Menurut laporan dari Persatuan Antarabangsa dan
Kumpulan Kerja Polimer Terbiodegradasi (IBAW), kawasan pengeluaran Plastik
Terbiodegradasi adalah berorientasikan kepada sektor penyimpanan, perubatan, pertanian
dan produk pakai buang. Ia juga digunakan dalam pembuatan telefon bimbit, komputer dan
peralatan video yang lain. Justeru, plastik yang digunakan dalam pembuatan produk
berasaskan industry elektronik adalah Plastik Biodegradasi. Plastik Biodegradasi ini wujud
adalah disebabkan oleh pencemaran yang berlaku akibat plastik asal fosil dan kenaikan harga
minyak serta penurunan yang ketara dalam rizab minyak. Plastik Biodegradasi akan
membawa kepada kesan positif kepada pengeluaran pertanian tanpa memberi kesan alam
sekitar. Pengeluaran pelbagai jenis objek untuk Plastik Terbiodegradasi ialah langkah yang
mendatangkan manfaat kepada alam sekitar serta dapat mengurangkan kesan pencemaran
plastik fosil. Plastik ini boleh menjadi penyelesaian masalah pencemaran di dunia ini. Plastik
boleh membiodegradasikan dengan beberapa keadaan antaranya pencahayaan.
kelembapan, suhu dan oksigen yang mencukupi.
Plastik terbiodegradasi juga memberi keuntungan kepada ekonomi negara kerana ia dapat
dilakukan dalam jangka masa yang singkat.Reka bentuk pengeluaran Plastik Terbiodegradasi
bertujuan bahawa tindakan organisma biologi boleh mensintesisnya untuk mendapatkan
karbon. Plastik Biodegradasi dibiodegradasi oleh bakteria yang memerlukan kehadiran
oksigen dalam komposter besar. Pelaksanaan penggunaan plastik biodegradasi adalah
mempunyai inisiatif tersendiri iaitu bertujuan meningkatkan kesedaran masyarakat berkenaan
ancaman plastik dan polisterina terhadap alam sekitar dan hidupan. Selain mengurangkan
pencemaran alam sekitar, Plastik Terbiodegradasi dapat mengurangkan kos pelupusan serta
sistem pepejal plastik. Terdapat dua jenis plastik biodegradasi iaitu plastik hidro-biodegradasi

6

atau Hydro Biodegradble Plastic (HBP) dan plastikokso-biodegradasi atau Oxo Biodegradable
Plastic (OBP). Umumnya plastikokso-biodegradasi adalah lebih murah dan mempunyai sifat
fizik yang lebih baik dan mudah diproses. Plastik Hidro-biodegradasi dibuat dari sumber yang
boleh diperbaharui manakala Plastikokso-biodegradasi dihasilkan menggunakan sedikit
sebatian asid lemak logam peralihan tertentu seperti besi.

3.3 Jenis Plastik Terbiodegradasi

Plastik biodegradasi terbahagi kepada empat kategori. Kategori pertama adalah plastik yang
diproses secara langsung oleh bahan semula jadi. Pada masa ini, Plastik Biodegradasi yang
terhasil daripada polimer semulajadi ialah kanji termoplastik, Bio-selulit. Polysaccharides dan
asid amino. Kategori yang kedua pula iala polimer yang diperoleh daripada proses penapaian
mikrob dan sintesis kimia seperti PLA. Seterusnya, polimer yang disoriskan secara langsung
oleh mikroorganisma seperti PHA. Akhir sekali, kategori keempat adalah Plastik Biodegradasi
yang diperolehi daripada proses gabungan bahan-bahan di atas dengan plastik biodegradasi
kimia yang lain.

3.3.1 Polihidroksialkanoat (PHA)

Jenis Plastik Terbiodegradasi seperti ini dipanggil Polyhydroxyalkanoate (PHAs) yang
dihasilkan oleh bakteria Gram negatif dan sedikit Gram positif. Polyhydroxyalkanoate (PHAs)
boleh terbiodegradasi kerana tiada toksik dan bersifat harmoni terhadap alam sekitar.
Pengeluaran Plastik Terbiodegradasi akan mengurangkan kebergantungan pengeluaran
plastik biasa. Oleh itu, jika berlakunya pengurangan sisa pepejal dan gas ianya akan
menyebabkan kesan rumah hijau.

3.3.2 Asid polilaktik (PLA)

Semasa proses fotosintesis tumbuhan berlaku, karbohidrat disentesis untuk menghasilkan
gula dan kanji dengan tujuan untuk mengekalkan tenaga. Plastik Biodegradasi yang
dihasilkan daripada asid polilaktik ini mempunyai sifat yang boleh dibentuk. Polimer jenis ini
salah satu Plastik Biodegradasi yang paling banyak tersedia di pasaran. Pengeluarannya
yang berasal dari tumbuhan seperti jagung selepas diubah menjadi molekul yang lebih kecil
oleh mikroorganisma supaya struktur molekul tersebut serupa dengan plastik asal fosil. PLA
adalah sejenis Plastik Biodegradasi yang digunakan untuk membuat bekas makanan dan
botol plastik minum sejuk.

7

4.0 ANALISIS PRODUK TEKNOLOGI HIJAU

4.1 Kebaikan Plastik Biodegradasi
4.1.1 Mengambil masa yang singkat untuk terurai

Plastik Biodegradasi yang bersifat organik cuma memerlukan tempoh sebulan sahaja untuk
terlupus. Hal ini berbeza dengan plastik dan polisterin yang mengambil masa beratus-ratus
tahun untuk terurai dan ia akan menyumbang kepada pencemaran alam sekitar. Masa yang
singkat itu dapat mengelakkan dari berlakunya pencemaran plastik ini akan terus reput dan
tidak lagi wujud walaupun cebisan-cebisannya.

4.1.2 Boleh Diperbaharui
Produk biodegradasi kebiasaannya dihasilkan dengan bahan mentah yang boleh
diperbaharui. Beg-beg yang digunakan dalam peralatan pakai buang seperti pinggan,
mangkuk, dan peralatan makanan minuman. Bahan ini juga mudah didapati jika ia kehabisan
serta boleh dicari di mana sahaja kita berada. Oleh hal yang demikian, jelaslah bahawa
kelebihan plastik terbiodegradasi adalah ia boleh diperbaharui dan mudah didapati di
persekitaran.

4.1.3 Mesra alam
Penghasilan plastik mesra alam atau biodegradasi lebih mudah untuk dikitar semula. Bahan-
bahan yang digunakan dalam produk itu tiada bahan yang boleh menyebabkan pencemaran.
Selain itu, untuk menghasilkan plastik biodegradasi hanya memerlukan penggunaan tenaga
yang sedikit berbanding penghasilan plastik biasa. Plastik biodegradasi disebut sebagai
mesra alam kerana ia mempunyai sifat yang tidak bertoksik.

8

4.2 Kelemahan Plastik Biodegradasi
4.2.1 Tidak terurai sepenuhnya

Walaupun para saintis belum dapat membentukan kesan plastik terbiodegradasi, namun
beberapa bukti menunjukkan bahawa beberapa jenis yang tertentu tidak terurai sepenuhnya.
Ini kerana, bahan-bahan yang menghasilkan Plastik Biodegrasi adalah berasal dari kimia
yang di campur dengan sebatian lain. Apabila plastik terbiodegradasi sebahagiannya pecah,
ia akan membahayakan persekitaran kerana mikroplastik menyebabkan pencemaran alam
sekitar yang sukar untuk dibersihkan atau dikenal pasti.

4.2.2 Bahan berbahaya semasa terurai
Plastik Terbiodegradasi akan melepaskan sedikit bahan kimia berbahaya semasa proses
penguraian. Tetapi, jenis plastik biodegradasi tertentu sahaja yang dapat melepaskan bahan
berbahaya seperti logam dan metana. Hal ini jelas menunjukkan bahawa plastik
terbiodegradasi tidak dikatakan bebas bahaya. Sebahagian jenis plastik terbiodegrasi tidak
dihasilkan dari bahan organik kerana ia mempunyai banyak kategori yang tersendiri. Kategori
yang merangkumi sedikit bahan-bahan kimia itulah yang boleh membahayakan persekitaran
kerana berkemungkinan akan menyebabkan pencemaran.

4.2.3 Kos yang mahal
Harga produk plastik yang boleh terbiodegradasi sukar ditandingi dengan produk yang
berasaskan petroleum yang hanya memerlukan pengurangan kos pengeluaran dan harga
produk adalah melalui kemajuan teknologi. Penggunaan plastik biodegradasi belum mencapai
tahap maksimum pengeluarannya kerana kurang galakkan melalui kempen dan kosnya yang
mahal jika dibandingkan dengan plastik biasa. Plastik biodegradasi mahal untuk
menghasilkan menjadikannya sukar untuk mendorong pengeluaran plastik biodegradasi
tanpa insentif untuk dijadikan produk pembungkusan mereka. Perkara seperti ini perlu diberi
perhatian oleh syarikat pengeluar dan pihak bertanggungjawab untuk memudahkan
masyarakat mengambil berat dan memperolehinya dengan harga murah.

9

5.0 PENUTUP

Sebagai kesimpulan, Teknologi Hijau merupakan suatu teknologi yang berkait
dengan alam sekitar dan menjadi tanggungjawab bersama. Hal ini kerana, alam sekitar
adalah medium yang digunakan bersama tanpa mengira pangkat, rupa paras mahupun
agama. Oleh itu, penggunaan plastik di Malaysia haruslah dikurangkan untuk menjaga
keindahan alam dan menjadikan persekitaran dalam keadaan yang baik. Semua pihak
mempunyai tanggungjawab masing-masing dengan mengikuti langkah-langkah
mengurangkan penggunaan plastik seperti yang disyorkan oleh kerajaan. Terdapat
beberapa langkah kecil yang boleh kita amalkan kerana ia sedikit sebanyak dapat
membantu memelihara dan memulihara alam sekitar. Pelbagai inisiatif yang dikeluarkan
oleh kerajaan bagi membantu kita hidup dalam persekitaran yang tidak tercemar. Pihak
kerajaan perlu tegas dalam menerajui polisi alam sekitar kerana pencemaran plastik
semakin membimbangkan. Kerjasama dan komitmen daripada pihak kerajaan, peniaga dan
orang awam adalah sangat penting bagi memastikan amalam kelestarian bukan sekadar
iklan semata-mata. Hasrat untuk menjadikan negara ini sebagai negara yang kurang
pencemaran dapat dicapai jikah seluruh rakyat berganding bahu menjaga keharmonian
alam sekitar serta mengikut setiap peraturan yang disebut oleh pihak kerajaan. Banyak
cadangan yang dilakukan oleh pihak yang bertanggungjawab bagi mengurangkan
pencemaran yang berlaku terhadap alam sekitar demi menjaga kesejahteraan manusia dan
hidupan yang lain. Kewujudan produk biodegradasi ini amatlah membantu negara ini pulih
daripada pencemaran yang berleluasa. Cadangan lain juga perlu digunapakai malah ini
antaranya yang menjadi pilihan pihak yang bertanggungjawab dalam menjayakan produk
tersebut demi memastikan negara ini terlerai dengan fenomena pencemaran alam sekitar
lagi. ( 2071 patah perkataan )

10

6.0 RUJUKAN
Baker Abdul Rahman. (2010). Fees on Plastic Bags : Altering Consumer Behaviour by
Taxing Environmentally Damaging Choices.
Yazid Saleh. (2020). Pengetahuan dan Amalan Penjagaan Alam Sekitar dalam Kalangan
Pelajar.
Hartini Mohd Nawi. (2017). Ambil masa singkat terurai. Harian Metro.
https://www.hmetro.com.my/dekotaman/2017/09/264038/ambil-masa-singkat-untuk-terurai
Jamilah Hashim. (2011). Pengetahuan, sikap dan amalan masyarakat Malaysia terhadap isu
alam sekitar. Jurnal Sains Kemasyarakatan dan Kemanusiaan. Vol. 81. No. 3 (103-115).
Team Hygiene DJKL. (2019). Biodegradasi, Bumi dan Kita.
https://www.malaysiakini.com/letters/482559
Fazura Che Lah. (2019). Impak Pencemaran Plastik. Harian Metro
https://www.hmetro.com.my/bestari/2019/04/442215/impak-pencemaran-plastik
Nur Adleena Ezzaty Md Noor. (2021). Penggunaan Plastik Memudaratkan Alam Sekitar.
https://k10.upm.edu.my/artikel/penggunaan_plastik_memudaratkan_alam_sekitar-61512

11


Click to View FlipBook Version