KERJA KURSUS SEJARAH
TINGKATAN 3
TAJUK KAJIAN
Masyarakat tempatan bangkit menentang British dengan
menggunakan pelbagai strategi. Sejauh manakah kejayaan
masyarakat tempatan menentang British.
NAMA :RANJINEE A/P SANTHIRAN
KELAS : 3 HERON
Saya Ranjinee a/p Santhiran dari 3 Heron ingin mengucapkan ribuan terima kasih
kepada guru Sejarah saya,iaitu Cikgu Nur Fazliana yang telah banyak memberi
bimbingan,tunjuk ajar dan nasihat kepada saya sepanjang kerja kursus ini dijalankan.
Ucapan terima kasih juga ditujukan kepada kedua-dua ibu bapa saya,iaitu Encik
Santhiran a/l Selvaraja dan Puan Sri Devi a/p Mariappan yang sentiasa memberi
sokongan dan dorongan kepada saya untuk menyiapkan kerja kursus ini.
Akhir sekali,saya mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan saya,iaitu
Prishallini,Sree Janani,Nor Afrina dan Tarisyini yang telah banyak membantu saya
dalam menyiapkan kerja kursus ini.
PENDAHULUAN
Saya Ranjinee a/p Santhiran,menjalankan kajian ini untuk memenuhi standard pembelajaran mata
pelajaran Sejarah Tingkatan 3.Tajuk kerja kursus Sejarah saya ialah “Masyarakat tempatan bangkit
menentang British dengan menggunakan pelbagai strategi. Sejauh manakah kejayaan masyarakat
tempatan menentang British.”
• Melalui kerja kursus Sejarah ini,saya akan dapat mengenal pasti:
• Matlamat dan bentuk penentangan masyarakat tempatan
• Sistem pentadbiran Barat yang memberikan kesan terhadap kuasa pemerintah dan kehidupan
masyarakat tempatan.
• Kekuatan,kelemahan dan kegagalan penentangan masyarakat tempatan terhadap kuasa Barat
• Kesan penentangan masyarakat tempatan
Saya diberi masa selama 11 hari iaitu dari 15 September 2021 hingga 26 September 2021 untuk
menyiapkan kerja kursus ini.Saya berharap kajian kes sejarah ini dapat meningkatkan pengetahuan
saya tentang penentangan masyarakat tempatan.
OBJEKTIF KAJIAN
Mengenal pasti matlamat Menghuraikan sistem Menjelaskan Menerangkan kesan
dan bentuk penentangan pentadbiran barat kekuatan,kelemahan dan penentangan masyarakat
kegagalan penentangan
masyarakat tempatan memberikan kesan terhadap tempatan
kuasa pemerintahan dan masyarakat tempatan
kehidupan masyarakat terhadap kuasa barat
tempatan
KAEDAH KAJIAN
• Kaedah Melayari Internet
Saya menggunakan kaedah melayari internet bagi mendapatkan
maklumat berkaitan kerja kursus Sejarah.
• Kaedah Rujukan Buku Teks
Saya turut merujuk buku teks untuk memastikan kesahihan fakta yang
ada.
PENENTANGAN MASYARAKAT TEMPATAN
Matlamat Perjuangan
Mempertahankan hak dan kedudukan pemerintah tempatan kesan daripada perubahan pentadbiran
Barat yang merugikan mereka.
Mengembalikan dan mengekalkan sistem pentadbiran tradisional sebagaimana yang sedia ada.
Menentang pentadbiran dan peraturan baharu yang menyusahkan hidup rakyat tempatan.
Bentuk Penentangan
Penentangan bersenjata
Mencabar perjanjian
Menggunakan sistem perundangan
SISTEM PENTADBIRAN BARAT MEMBERIKAN
KESAN TERHADAP KUASA PEMERINTAHAN DAN
KEHIDUPAN MASYARAKAT TEMPATAN
Kesan Terhadap Kuasa Pemerintahan
Pentadbiran Tempatan
Negeri Sembilan
Contoh peristiwa : British mula meluaskan kuasanya di Sungai Ujong pada tahun 1874
dengan menyebelahi pembesar tempatan,Dato’Kelana
Sarawak
Contoh peristiwa :Bagi mengukuhkan kuasanya di Sarawak,Brooke melibatkan penduduk
tempatan dalam pentadbiran.
Pahang
Contoh peristiwa : Pembentukan daerah di bawah pentadbiran Pemungut
Cukai dan Majistret menyebabkan hilangnya kuasa pentadbiran pembesar
di daerah masing-masing.
Perak
Contoh peristiwa : Residen British yang pertama di Perak ialah J.W.W.
Birch.Beliau menggunakan tekanan supaya Sultan Abdullah
menandatangani surat pengisytiharan yang membolehkan Residen British
mentadbir hasil negeri atas nama sultan.
Sabah
Contoh peristiwa :Pentadbiran SBUB menggugat kedudukan Mat Salleh,pembesar di hulu
Sungai Sugut
Terengganu
Contoh peristiwa : Pelantikan Penasihat British di Kuala Terengganu dan Penolong
Penasihat British di Besut dan Kemaman menggugat kekuasaan sultan dan
pembesar.Hubungan luar negeri pula ditetapkan oleh British.
Kelantan
Contoh peristiwa : Pembentukan jajahan dan pelantikan ktua jajahan sebagai pentadbir
telah mengambil alih kuasa pembesar.
PERUNDANGAN TEMPATAN
Naning
Contoh peristiwa : British berusaha melaksanakan undang-undang Barat di Naning.Tindakan British mencabar
bidang kuasa penghakiman yang dimiliki oleh Dol Said dan mengganggu sistem perundangan Naning yang
berlandaskan Adat Perpatih.
Perak
Contoh peristiwa : Pembinaan balai polis dan pelantikan Kapten Speedy sebagai Penolong Residen di Larut
mengurangkan kuasa Menteri Ngah Ibrahim mentadbir kerana beliau diminta menerima nasihat daripada
Kapten Speedy.
Pahang
• Contoh peristiwa : Konflik antara Dato’ Bahaman dengan British di Pahang menjadi lebih serius apabila British
mendirikan balai polis di Lubuk Terua.Tindakan British menyebabkan kedudukannya sebagai penguasa undang-
undang tergugat.
KEWANGAN TEMPATAN
Perak
• Contoh Peristiwa : Pembatalan pajakan pungutan cukai dan larangan mengutip cukai oleh
J.W.W.Birch di Kuala Sungai Perak menyebabkan Sultan Abdullah,Menteri Ngah Ibrahim dan
pembesar Perak terjejas pendapatan mereka.
Pahang
Dengan pengenalan Pegawai Majistret dan Pemungut Hasil,Dato’ Bahaman dan pembesar lain
yang berkuasa di Semantan tidak dibenarkan memungut cukai.Mereka ditawarkan elaun bulanan
yang sangat kecil.Misalnya,Dato’ Bahaman ditawarkan elaun $70.00 sahaja sebulan.Para
pembesar Pahang tidak berpuas hati dengan elaun tersebut dan membantah tidak akan mematuhi
keputusan Majlis Mesyuarat Negeri.
KESAN TERHADAP KEHIDUPAN MASYARAKAT
KESENGSARAN KEPADA RAKYAT
Cukai Terhadap Petani di Pasir Puteh
• Sebelum Pentadbiran British
• Kutipan cukai berdasarkan jumlah keluaran.
• Sekiranya hasil tanaman sedikit,maka cukai yang dikenakan adalah
rJeennisdCauhk.ai Kadar Cukai yang Dikenakan
• TTaannahahPeyrtaannigantidak diusahakan,dike4c0useanliskeeaknerdhainrgigpaa$d1.a20cruinkgagiit seekar
Selepas Kedatangan British
• Setiap penduduk mesti melaporkan jumlah keluasan sawah padi yang
dimiliki.
• Setiap tanah yang mempunyai keluasan 400 depa per segi tiga kupang (30
sen) setahun.
• Semua pemilik tanah diwajibkan membayar cukai.
Cukai Tanaman dan Binatang Ternakan Kadar Cukai yang Dikenakan
Pokok durian 12 ½ sen sepokok
Pokok kelapa berbuah 3 sen sepokok
Pokok pinang 1 sen sepokok
Sirih 5 sen sejunjung
Lembu dan kerbau 20 sen seekor setahun
Masalah Membayar Cukai
Contoh peristiwa : Penduduk Pasir Puteh,Kelantan menghadapi masalah membayar cukai
kerana pejabat bayaran cukai terletak jauh dari tempat tinggal mereka.
Bercanggah dengan Nilai Tempatan
• Contoh peristiwa : British melaksanakan beberapa perubahan baharu dalam pentadbiran
yang bertentangan dnegan nilai tempatan.
Sarawak
Pada tahun 1894,D.J.S. Bailey,pegawai Brooke yang bertugas di Simanggang mengenakan
cukai terhadap orang Iban di Ulu Batang Lupar.
Sabah
• Contoh peristiwa : SBUB memperkenalkan pelbagai jenis cukai yang membebankan
rakyat.
Jenis Cukai Kadar Cukai
1 ekar tanah $1.00(Satu Dolar)
Kawasan tanah yang melebihi 1 ekar $2.00(Dua Dolar)
Hak milik tanah bagi setiap 0.4 hektar 50 sen setahun
Pokok kelapa yang menghasilkan nira 25 sen setahun
Segentang beras 2 sen
Tangkapan ikan besar $1.00 seekor
Memelihara anjing $1.00 seekor
Layanan Tidak Adil
• Contoh peristiwa : Di Sabah,pentadbiran SBUB menindas orang Murut.Mereka dilarang
membuka tanah baharu untuk pertanian pindah atau penempatan.Akibatnya,orang Murut
kekurangan bekalan beras untuk makanan harian.
PENENTANGAN MASYARAKAT TEMPATAN
TERHADAP KUASA BARAT
Kekuatan
1)Muafakat
Dato’ Maharaja Lela
Contoh peristiwa : Pada 16 Oktober 1874,Sultan Abdullah,Ngah Ibrahim,Dato’ Maharaja
Lela,Dato’ Sagor dan pembesar Melayu lain mengadakan pakatan sulit untuk menghapuskan
J.W.W.Birch.
Sharif Masahor
Contoh peristiwa : Berjaya menyerang Kanowit dengan bantuan Dato’ Patinggi Abdul Gapur.
2) Kubu Pertahanan
Yamtuan Antah
Contoh peristiwa : Berjaya mematahkan serangan British pada peringkat awal penentangan
kerana kekuatan kubu di Paroi dan kubu Bukit Putus.
Rentap
• Contoh peristiwa : Berjaya mematahkan serangan keluarga Brooke sebanyak dua kali,iaitu
pada tahun 1857 dan 1858 kerana keutuhan kubu Bukit Sadok.
Mat Sator
• Contoh peristiwa : Mat Sator mempunyai kubu yang dikenali sebagai Kota Mat Sator yang
terletak di Kampung Kepayan Lama,Tambunan yang terletak berdekatan dengan Kota
Mat Salleh di Tibabar.
3 ) Persenjataan
Dol Said
• Contoh peristiwa : Beliau memperoleh bantuan angkatan tentera dari Rembau dan
wilayah yang menjadi jiran Naning.
Perundangan
Haji Abdul Rahman Limbong
• Contoh peristiwa : Beliau memohon lesen pleader untuk membela para petani Terengganu
di mahkamah dengan menggunakan hujah agama.
Kelemahan
1) Penentangan Bersenjata
Yamtuan Antah Pejuang Terbilang
Contoh peristiwa : British menggunakan Meriam yang besar untuk menghancurkan kubu
pertahanan Yamtuan Antah.
Rentap Wira Bukit Sadok
Contoh peristiwa : Brooke berjaya menewaskan Rentap dalam serangan ketiga iaitu pada
tahun 1861.
2) Ancaman Perundangan Barat
Haji Abdul Rahman Limbong Pejuang Masyarakat Tani Terengganu
Kebangkitan Tahun 1922
Petani di Kuala Telemong menentang peraturan baharu dengan membersihkan tanah tanpa
mengambil pas kebenaran.
Kebangkitan Tahun 1925
Seramai 300 hingga 500 orang petani berkumpul di Kuala Telemong dan membersihkan 200
ekar tanah milik Tengku Nik Maimunah dan 400 ekar tanah kerajaan tanpa pas kebenaran.
Kebangkitan Tahun 1928
Berlaku Kebangkitan Tani di Marang,Kuala Telemong dan Kuala Berang
3) Gagal Mentafsir Perjanjian
Contoh peristiwa : Tindakan Sultan dan pembesar Perak untuk mencabar Perjanjian
Pangkor menemui kegagalan.
4) Tipu Muslihat
Tok Janggut Pejuang Jihad
Contoh peristiwa : British mendesak Sultan Muhammad IV Kelantan supaya
mengisytiharkan perjuangan Tok Janggut dan pengikutnya sebagai penderhakaan terhadap
Sultan Kelantan.
Mat Salleh Pahlawan Sabah
Contoh peristiwa : SBUB menggunakan tipu muslihat untuk melemahkan perjuangan beliau.
KEGAGALAN PENENTANGAN MASYARAKAT
TEMPATAN
• Penentangan Bersifat Setempat
Tidak meluas ke seluruh negeri
• Sokongan
Tidak menyeluruh,kurangnya sokongan daripada pihak istana
• Kelemahan Teknologi
Senjata Barat lebih canggih berbanding dengan senjata yang digunakan oleh masyarakat tempatan.
• Kelemahan Strategi
British menggunakan pelbagai strategi untuk mengatasi kebangkitan masyarakat tempatan seperti kekuatan tentera,senjata
moden,memecahbelahkan pakatan,menggunakan istana dan tipu daya.
• British berpakat dengan Belanda
Kedua-dua pihak bekerjasama untuk memadamkan kebangkitan masyarakat tempatan.
• Faktor istana
British menggunakan istana untuk memadamkan kebangkitan masyarakat tempatan.
KESAN PENENTANGAN MASYARAKAT
TEMPATAN
Kesan Terhadap Pentadbiran British
• Kerugian Akibat Peperangan
Contoh peristiwa : British kerugian sebanyak 100,000 Pound Sterling dalam Perang Naning
dan membelanjakan 400,000 Pund Sterling dalam Perang Perak.
• British Lebih Berhati-hati dalam Sistem Pentadbiran
Contoh peristiwa : British melantik Residen yang berpengalaman,bijaksana,fasih berbahasa
Melayu,pandai mengambil hati dan menguasai adat resam tempatan.
• British Merombak Semula Skim Penempatan Pegawai
Contoh peristiwa : Penempatan pegawai British di negeri-negeri Melayu mestilah mengetahui
adat istiadat Melayu.
Penempatan Kuasa Barat
Contoh peristiwa : British menguasai seluruh negeri Melayu
Kesan Terhadap Masyarakat Tempatan
• Kesan Terhadap Pemerintah dan Pembesar Tempatan
Contoh peristiwa : Kehilangan jawatan dan kedudukan.Contohnya,Dol Said,Dato’Bahaman dan
Sharif Masahor.
• Kedudukan Raja dan Pembesar Melayu Diberi Perhatian
Contoh peristiwa : Durbar memberikan peluang kepada sultan,Ahli Mesyuarat Negeri dan
pembesar Melayu menyuarakan pandangan mereka dengan bebas berkaitan perkara yang
melibatkan kepentingan
bersama.
• Menjadi Inspirasi kepada Pejuang Kemerdekaan Tanah Air
Contoh peristiwa : Keberanian pejuang kemerdekaan tanah air menjadi inspirasi kepada pejuang
negara.
KESIMPULAN
Kesimpulannya,penentangan tokoh-tokoh tempatan telah memberi banyak iktibar kepada
kita.Antaranya ialah kita patut mencontohi pemimpin tempatan masa lampau yang mempunyai
semangat juang yang kental. Kita patut belajar daripada sifat pemimpin masa lampau yang tidak
mudah berputus asa dalam perjuangan.Sifat tersebutlah yang menyebabkan mereka gigih berjuang
hingga mencapai kejayaan. Kita juga patut mencontohi sikap pemimpin tempatan yang mematuhi
ajaran agama.Mereka berani menegakkan kebenaran.Mereka menolak pengenalan sistem cukai dan
undang-undang British kerana pembaharuan tersebut bercanggah dengan budaya dan nilai
tempatan.Mereka memiliki jati diri yang tinggi menyebabkan mereka tidak mudah menerima
pengaruh luar. Kita patut mencontohi sifat pemimpin masa lampau yang mempunyai semangat setia
negara yang tinggi menyebabkan mereka sanggup berkorban untuk bangsa dan tanah air.Mereka
sedia mempertahankan kedaulatan tanah air walaupun menghadapi pelbagai halangan daripada pihak
British.Kita patut mencontohi sifat pemimpin tempatan yang mempunyai disiplin yang tinggi
menyebabkan mereka dapat mewujudkan kerjasama antara pemimpin dengan pengikutnya.
LAMPIRAN
KOD QR YANG DIGUNAKAN
RUJUKAN
• Internet
https://anyflip.com/dvum/ymlf/basic
https://cikguizatulhanim.blogspot.com/2015/11/iktibar.html
https://www.youtube.com/watch?v=SSkTVhKNy3w
• Buku Teks
Buku Teks Sejarah Tingkatan 3 ,Dewan Bahasa dan Pustaka,Kuala Lumpur 2018