FAIL INOVASI
FAIL E:INOVASI
BIL E.INOVASI CATATAN
1 INOVASI AKTIVITI BERIMPAK
TINGGI
2 INOVASI FIZIKAL
3 JARINGAN
4 JALINAN
SEKOLAH KEBANGSAAN SEKSYEN ENAM
Jalan Belibis 6/5,
40000 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan
LAPORAN PROGRAM
1. Nama Program : . TANGAN DAN PAPAN AJAIB JAWI.
2. Tarikh : 28 MAC – DISEMBER 2022
3. Hari : SETIAP HARI PDP JAWI BERLANSUNG.
4. Masa : PDP JAWI
5. Kekuatan :
Teknik penggunaan tangan dan papan Ajaib ini sangat membantu murid
untuk mengenalpasti penulisan dan kefahaman jawi.
6. Kelemahan :
Tulisan murid cenderung menjadi kecil. Sebelum ini, tangan hanya
menggunakan kertas warna putih.
7. Penambahbaikan :
Tangan Ajaib ditambah baik dengan penghasilan menggunakan kertas
berwarna yang akan menarik minat murid.
8. Lampiran (Gambar) :
SEKOLAH KEBANGSAAN SEKSYEN ENAM
Jalan Belibis 6/5,
40000 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan
KERTAS KERJA
PROGRAM INOVASI IMARAH SURAU
“TANGAN AJAIB”
KERTAS KERJA PROGRAM INOVASI SURAU IMARAH
1. TAJUK/TEMA INOVASI:
INOVASI TANGAN AJAIB-Inovasi di dalam pengajaran dan pembelajaran
bagi mata pelajaran Pendidikan Islam (Jawi).
2. SINOPSIS INOVASI
Pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) telah meletakkan
matapelajaran Pendidikan Islam sebagai matapelajaran teras yang wajib murid
Islam di sekolah kebangsaan mahupun swasta. Bidang Jawi merupakan salah
satu bidang dalam matapelajaran Pendidikan Islam sepertimana yang termaktub
dalam Dokumen Standard Kurikulum (DSK) Pendidikan Islam Sekolah
Kebangsaan. Penguasaan huruf jawi dianggap sangat penting kepada setiap
individu murid. Ia dianggap penting kerana tanpa penguasaan terhadap huruf
jawi maka seseorang murid dilihat sukar menguasai bidang-bidang lain dalam
Pendidikan Islam seperti Bidang Aqidah, Bidang Ibadah, Bidang Sirah dan
Bidang Adab. Tambahan pula, keseluruhan buku teks Pendidikan Islam yang
disediakan dalam tulisan Jawi. Murid juga dikesan sukar menjawab soalan ujian
atau peperiksaan pendidikan Islam keranakeseluruhannya disediakan dalam
tulisan Jawi. Ini menunjukkan peri pentingnya penguasaan Jawi bagi murid
dalam memastikan penguasaan mereka sepenuhnya dalam matapelajaran
pendidikan Islam. Justeru itu, sebagai guru pendidikan Islam yang mengajar
Tahun 3 Amanah, saya telah membuat inovasi ke atas bahan bantu Kad Huruf
Jawi. Kad-Kad Huruf Jawi bertujuan membantu murid-murid 3 Amanah
menguasai bidang Jawi dengan cepat. Berpandukan Teori Integrasi Deria maka
Bahan Bantu Mengajar yang diinovasikan ini dinamakan TANGAN AJAIB .
Teknik penggunaan tangan dan papan Ajaib ini sangat membantu murid untuk
mengenalpasti penulisan dan kefahaman jawi.
3. SASARAN
Murid tahun 3 yang kurang menguasai jawi.
4. KEWANGAN
BIL PERKARA JUMLAH (RM)
1 KERTAS WARNA RM12
2 PLASTIK LAMINATE RM50
3 MARKER PEN RM12
JUMLAH KESELURUHAN RM74
5. KESIMPULAN
Diharapkan Tangan Ajaib ini dapat memberi suntikan semangat baru buat warga
guru Pendidikan Islam dan dapat memudahkan murid-murid menguasai Jawi.
Disediakan Oleh,
---------------------------------
(NORFARAHAINZATUL AKMAL BINTI MD ISA )
LAMPIRAN BERGAMBAR