The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

E-FOLIO MPU21032 KESIHATAN DAN PERPADUAN

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nurainnaalieya, 2022-05-26 03:35:52

E-FOLIO MPU21032 KESIHATAN DAN PERPADUAN

E-FOLIO MPU21032 KESIHATAN DAN PERPADUAN

PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN
MPU21032

KESIHATAN DAN PERPADUAN

NAMA NO MATRIK
SITI NUR HIDAYAH BT MOHAMAD ROZI 15DRM21F2009
NUR AINNA ALIEYA 15DRM21F2011
NUR ALIA ALMASWA BINTI ROSLI 15DRM21F2029
NUR ALYA MAISARAH BINTI MOHAMAD RAZALI 15DRM21F2019

1

ISI BIL PERKARA MUKA
KANDUNGAN SURAT
1 PENGHARGAAN 3
2 DEFINISI KESIHATAN DAN PERPADUAN 4
3 KESIHATAN MENTAL 5-6
4 PENYEBAB SAKIT JANTUNG 7
5 COVID-19 8
6 HARI SUKAN NEGARA 9
7 DERMA DARAH 10
8 CABARAN PERPADUAN 11
9 KESIMPULAN 12
10 SUMBER RUJUKAN 13

2

◦ Segala Puji Bagi Allah S.W.T Tuhan Seluruh Alam PENGHARGAAN
Kerana Dengan Dengan Limpah Kurnianya Kami
Sekumpulan Dapat Menyiapkan Tugasan Efolio Bagi
Matapelajaran Etika Dan Peradaban. Saya Dan
Kumpulan Ingin Mengambil Kesempatan Ingin
Mengucapkan Ribuan Terima Kasih Kepada Puan
Salwa Amirah Binti Awang Iaitu Pensyarah Subjek
Bagi Matapelajaran Mpu21032 Kerana Telah
Memberi Tugasan Ini Kepada Kami Dan Membantu
Kami Dalam Menyiapkan Tugasan Ini. Akhir Sekali,
Terima Kasih Kepada Kawan-kawan Yang Turut
Membantu Kami Dalam Menyiapkan Efolio Ini.

3

DEFINISI KESIHATAN DAN
PERPADUAN

◦ Dalam masyarakat yang tinggal di kawasan perumahan yang hidup berjiran,
kebersihan sering menjadi topik utama dalam perbualan setiap masyarakat mahupun
kaum. Jikalau ada kawasan perumahan yang tidak bersih atau berlaku pencemaran, ia
boleh menimbulkan penyakit yang berbahaya seperti demam denggi dan kencing
tikus. Oleh itu, ia boleh menyebabkan pergaduhan atau permusuhan antara kaum
kerana masyarakat akan saling menunding jari antara satu sama lain. Seterusnya,
perpaduan antara kaum semakin pudar. Disebabkan itu, persekitaran yang bersih
menjamin kehidupan yang sihat dn masyarakat hidup dengan aman dan harmoni. Oleh
itu, perbalahan mahupun pergaduhan antara kaum dapat dielakkan.

4

KESIHATAN MENTAL

◦ Beberapa tahun belakangan ini, kita sering disajikan
dengan berita kematian akibat bunuh diri daripada
setiap lapisan masyarakat dan yang lebih menarik
perhatian apabila ia dilakukan oleh artis-artis terkenal
antarabangsa seperti Korea Selatan, Jepun, Amerika
bahkan dia Thailand.. Disebalik senyuman, dendangan
lagu serta lakonan dalam menghiburkan peminat,
mereka bergelut dengan masalah tertekan sehingga
meragut nyawa mereka sendiri. Apa yang merisaukan
kerana golongan selebriti ini merupakan figura awam
dan perbuatan mereka kadangkala menjadi contoh
kepada orang awam. Malaysia juga tidak ketinggalan
dalam mendepani masalah ini tatkala berita tentang
kematian bunuh diri semakin meningkat dan rata-
ratanya berlaku dalam kalangan belia pelapis masa
depan negara.

5

FAKTOR PENYUMBANG MASALAH MENTAL

◦ Faktor pekerjaan- tekanan ketika bekerja tatkala perlu untuk melakukan
tugasan dalam masa yang diberikan, memenuhi target bulanan serta
tahunan dan bagi yang tidak bernasib baik mungkin perlu untuk berurusan
dengan majikan yang garang. Perkara ini kerap menyumbang kepada
masalah depresi terutamanya bagi pekerjaan yang memerlukan komitmen
masa dan tenaga yang tinggi

◦ Faktor keluarga. Didapati bahawa seseorang yang memiliki masalah
keluarga yakni ibu bapa sering bergaduh di rumah mahupun keluarga yang
mengalami masalah penceraian sering mengalami masalah tertekan.
Berdasarkan kajian daripada portal kesihatan MyHealth sumber
Kementerian Kesihatan Malaysia, kadar masalah mental adalah paling
tinggi dalam kalangan mereka yang bercerai (13.6%); diikuti oleh bujang
(13.1%) balu (12.2%) dan mereka yang berkahwin. (10.5%).

TANDA TANDA MENTAL 1.Mengalami gangguan 2.Menyendiri dan tidak 3.Sering tidak 4.Kelihatan seperti tiada
TERGANGGU tidur seperti insomnia, bersosial seperti biasa bertenaga dan harapan dan hilang
atau tidur lebih kerap kelihatan lemah arah tuju
dan lama dari dengan orang
kebiasaan. disekeliling

5.Sering marah, pelupa, 6.Terfikir untuk 7.Terdengar suara dan 8.Tidak berupaya untuk
sedih dan senang untuk mencederkan diri percaya kepada mengendalikan rutin
berasa jengkel dengan sesuatu yang tidak harian seperti kerja
sendiri benar. atau sekolah
tindak tanduk orang
sekeliling. 6

PENYEBAB SAKIT JANTUNG

◦ Selalunya, penyakit jantung berlaku disebabkan satu proses yang dikenali sebagai aterosklerosis.
Kondisi ini menyebabkan pembentukan plak pada dinding arteri.Dari semasa ke semasa, plak ini
akan menjadi semakin tebal dan menyempitkan saluran darah. Jika ini berlaku, sukar untuk darah
mengalir secara normal.

PUNCA SAKIT JANTUNG

1.Merokok Penebalan lapisan saluran
-Amalan merokok merupakan punca nombor 1 yang menyebabkan darah
penyakit jantung. Merokok bukan sahaja boleh meningkatkan risiko
penyakit jantung, malah amalan ini juga boleh menyebabkan
kerosakan pada dinding arteri
2. Tekanan darah tinggi
-Kolesterol merupakan sejenis lemak yang dihasilkan oleh limpa. Ia
berasal daripada makanan yang mempunyai lemak tepu.
3. Mempunyai penyakit diabetes
-Pesakit diabetes mempunyai risiko dua kali ganda untuk menghidap
penyakit jantung.Untuk pengetahuan anda, penyakit diabetes boleh
membuatkan lapisan saluran darah jadi semakin tebal.Lama-
kelamaan, saluran darah ini akan menghalang pengaliran darah
dan menyebabkan pesakit mengalami penyakit jantung

7

COVID 19 8

◦ mengenai penularan kes pandemik Covid-19 di seluruh negara.
Penularan kes ini menyebakan satu dunia panik dan sistem organisasi
kesihatan semakin sesak. Mari kita kupas serba sedikit kaitan antara
penularan kes ini dengan perpaduan di Malaysia.Pada tanggal 31
Desember 2019, World Health Organization (WHO) mendapatkan
informasi mengenai kasus pneumonia yang terjadi di kota Wuhan,
Provinsi Hubei, Cina. Tanggal 7 Januari 2020, otoritas Cina
mengkonfirmasi telah mengidentifikasi virus baru, yaitu virus Corona,
yang merupakan famili virus flu, seperti virus SARS dan MERS, yang mana
dilaporkan lebih dari 2.000 kasus infeksi virus tersebut terjadi di Cina,
termasuk di luar Provinsi Hubei.

◦ Penularan Covid-19 dapat juga terjadi dengan menyentuh permukaan
atau objek yang memiliki virus di atasnya dan kemudian orang tersebut
menyentuh mulut, hidung, atau mungkin mata mereka sendiri.
Sebagaimana yang kita lihat, kes ini menjadikan kesemua petugas-
petugas barisan hadapan (frontliner) berkerjasama dan berganding
bahu siang dan malam bagi mengurangkan penularan ini berlaku. Selain
itu, barisan-barisan petugas hadapan (frontliner) yang terdiri daripada
polis, tentera, doktor dan sebagainya bertugas dan berkongsi kepakaran
untuk memastikan fasiliti keperluan dan keselamatan rakyat terjamin.
Rakyat juga perlu bersama-sama menjaga diri daripada dijangkiti
penyakit ini selaras dengan tagline “#kitajagakita”. Jelaslah bahawa
dengan adanya perpaduan yang kuat daripada rakyat Malaysia ini
mampu dan berjaya menjadikan Malaysia antara negara yang paling
kurang catatan kes Covid-19 di seluruh dunia

CARA PEMAKAIAN MASK YANG BETUL

HARI SUKAN NEGARA
DAPAT MENINGKATKAN
TARAF KESIHATAN DAN
PERPADUAN

◦ mengenai konsep kesihatan dan perpaduan ini
ialah melalui program yang dianjurkan oleh
Kementerian Belia dan Sukan ini.

◦ “Hari Sukan Negara” yang disambut selama sehari
pada minggu kedua Oktober sejak 2015 telah
ditukar namanya kepada “Bulan Sukan Negara”
yang diwujudkan mulai Oktober 2019.
Penambahbaikan dan perubahan konsep lebih
kontemporari dan memenuhi keperluan semasa
adalah keutamaan sangat penting terhadap
program Bulan Sukan Negara bagi menjamin
agenda “Sukan Untuk Semua” kekal relevan
sepanjang zaman.

◦ Tujuan sukan negara

◦ Untuk menggalakkan semangat persaingan yang
sihat dan muhibah melalui sukan di kalangan
individu, kumpulan masyarakat dan antarabangsa

9

DERMA DARAH DAPAT MENINGKATKAN
PERPADUAN

◦ perpaduan juga dapat diwujudkan ketika kita mendermakan darah. Hal ini demikian
kerana kita dapat melihat di sekeliling kita mengenai proses kerjasama antara kaum
sekaligus dapat mengeratkan lagi hubungan silaturahim sesama kaum. Mari kita lihat
bagaimanakah kempen derma darah ini mampu mewujudkan perpaduan di
Malaysia.Visi Pusat Darah Negara ialah sedia berkhidmat kepada masyarakat dalam
menyediakan darah yang mencukupi dan selamat serta menjadi pusat rujukan yang
cemerlang di bidang Transfusi Perubatan.Seperti yang kita sedia maklum, stok di bank
darah semakin hari semakin berkurangan. Tambahan pula berlakunya fenomena
pandemik Covid-19 ini menyebabkan pengurangan pendermaan darah oleh
masyarakat

10

CABARAN PERPADUAN

◦ Media Sosial juga antara cabaran dalam usaha mengekalkan
perpaduan kaum negara kita. Media Sosial telah menjadi platform
utama untuk mendapat maklumat terbaru dalam kalangan
masyarakat, seperti Facebook, Whatsapp dan TikTok. Kebanyakkan
orang mudah mempercayai berita yang dapat daripada media sosial
dan terdapat banyak berita fitnah dan menyentuh sensitivi perkauman
akan memyebabkan tentangan antara kaum berlaku. Sebagai contoh,
terdapat seorang warganet berkongsi tuturan seperti ini "BAM kutip
india(keling) dlm estat mana la jd pmain utama MALAYSIA" di
Facebook telah menyentuh hati kaum india dan kata-kata seperti ini
akan menyebabkan pententangan kaum. Oleh itu, jika tidak
dibendung akan menyebabkan peristiwa berdarah 13 Mei 1969
kembali berulang.

◦ Sektor ekonomi yang berbezaPerkerjaan dalam bidang ekonomi yang
berbeza antara kaum juga menyukarkan perpaduan kaum dicapai.
Perbezaan sektor ekonomi ini pada mulanya diasaskan oleh dasar
penjajahan British di Tanah Melayu . Contohnya ,masyarakat Melayu
bekerja sebagai petani dan nelayan di kampung, masyarakat Cina
pula mewarisi perniagaan secara turun-temurun dan tinggal di bandar
manakala masyarakat India bekerja sebagai penoreh getah dan
tinggal di estet. Pada masa kini, masalah ini masih kekal walaupun
kebanyakkan orang telah bekerjaan di bandar tetapi sebahagian
syarikat memilih pekerja berasaskan kaum

11

KESIMPULAN

◦ Dalam setiap penerangan ini dapat kita simpulkan bahawa kesihatan dan perpaduan
amat penting dalam kehidupan masa kini. kesihatan dan perpaduan saling
melengkapi kerana dengan adanya perpaduan antara masyarakat, segala masalah
dapat dihadapi bersama. sebagai analoginya , kes covid-19 yang baru-baru ini
merebak di seluruh negara seperti cendawan tumbuh selepas hujan dapat diredakan
di negara kita dengan kerjasama rakyat yang patuh arahan pemimpin. mereka
berkejsama dalam mengikut “ sop” yang ditetapkan serta mengikut perintah kawalan
pergerakan. disnin kita dapat lihat kerjasama ini telah mewujudkan perpaduan dalam
masyarakat berbilang kaum di malaysia dan mampu mengelakkan kes semakin
menular walaupun bukan pulih sepenuhnya.

12

SUMBER RUJUKAN

◦ https://efoliokesihatandanperpaduan.blogspot.com/2020/10/efolio-kesihatan-dan-
perpaduan.html

◦ https://haziqahhannis17.blogspot.com/
◦ https://anyflip.com/kmeto/pcfz/
◦ https://www.crc.gov.my/published-articles-on-diseases-in-malaysia/?lang=ms
◦ https://anyflip.com/kinrd/cbek/basic
◦ https://www.myhealthmylife.com.my/ms/kardiovaskular/serangan-jantung
◦ https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2022/01/796860/makin-ramai-orang-muda-

sakit-jantung
◦ https://hellodoktor.com/penyakit-jantung/sakit-jantung/apakah-penyebab-penyakit-

jantung/

13


Click to View FlipBook Version