The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

KERTAS KONSEP PERTANDINGAN BAHAS BAHASA MELAYU ALA PARLIMEN SEKOLAH RENDAH 2022

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by mohdshamsuddin, 2022-11-13 21:39:48

KERTAS KONSEP PERTANDINGAN BAHAS BAHASA MELAYU ALA PARLIMEN SEKOLAH RENDAH 2022

KERTAS KONSEP PERTANDINGAN BAHAS BAHASA MELAYU ALA PARLIMEN SEKOLAH RENDAH 2022

KERTAS KONSEP PERTANDINGAN BAHAS BAHASA MELAYU ALA PARLIMEN SEKOLAH RENDAH 2022

KERTAS KONSEP
PERTANDINGAN BAHAS
BAHASA MELAYU ALA PARLIMEN

SEKOLAH RENDAH
TAHUN 2022

(EDISI DALAM TALIAN)

Anjuran:
Bahagian Sukan, Kokurikulum dan Kesenian

Kementerian Pendidikan

KERTAS KONSEP PERTANDINGAN BAHAS BAHASA MELAYU ALA PARLIMEN SEKOLAH RENDAH 2022

1.0 PENDAHULUAN

Bahas ala parlimen merujuk kepada bentuk perbahasan sesuatu usul atau
cadangan seperti di Parlimen Malaysia. Dalam membahaskan sesuatu usul,
pihak kerajaan yang diketuai oleh Yang Amat Berhormat (YAB) Perdana Menteri
dan dibantu oleh dua (2) menteri lain hendaklah membawa usul tersebut dan
menterjemahkannya kepada beberapa isu untuk dibahaskan. Seterusnya
mereka mengemukakan hujah, fakta dan contoh perihal sebab usul tersebut
dikemukakan dan seterusnya dilaksanakan di dalam negara sekiranya mendapat
mandat dua per tiga (2/3) Ahli Dewan. Pihak pembangkang yang diketuai oleh
Ketua Pembangkang pula akan menterjemahkan usul (melalui persepsi
berlainan) dan cuba menghujah, memberi fakta dan contoh bantahan secara
bersopan serta menjawab sebab usul tersebut harus ditolak.

Setelah sesuatu usul tersebut selesai diperdebatkan barulah Yang Dipertua
Dewan (YDP) mendapatkan pengundian. Dalam pertandingan bahas ala
parlimen ini pengundian sebenarnya tidak berlaku tetapi keputusannya
ditentukan oleh hakim bahas. Keputusan hendaklah diumumkan oleh YDP
seperti pengumuman yang dibuat oleh YDP Rakyat.

Pertandingan peringkat kebangsaan dijalankan secara sistem Power Match
(kaedah Swiss Bracket). Sistem Power Match merupakah satu sistem yang
menentukan jadual perlawanan secara automatik yang berdasarkan margin, juri
dan markah. Pusingan awal dilaksanakan sebanyak tiga (3) perlawanan. Selepas
pusingan awal, lapan (8) pasukan yang mendapat kedudukan tertinggi layak
untuk ke peringkat suku akhir, seterusnya separuh akhir dan akhir.

2.0 OBJEKTIF

2.1 Memperkenalkan satu (1) format perbahasan yang menarik dan mencabar
kepada murid-murid sesuai dengan institusi persekolahan sebagai pusat
kecemerlangan.

2.2 Melahirkan murid-murid yang bakal menjadi pemimpin yang berani dan
berfikiran tajam serta mempunyai kemahiran hujah secara sopan dan
spontan.

2.3 Melahirkan murid-murid yang berkemahiran mengutarakan hujah-hujah
yang bernas dan teratur.

2

KERTAS KONSEP PERTANDINGAN BAHAS BAHASA MELAYU ALA PARLIMEN SEKOLAH RENDAH 2022

3.0 PELAKSANAAN

3.1 Pertandingan peringkat negeri akan dikendalikan oleh Jabatan Pendidikan
Negeri (JPN) dengan kerjasama Pejabat Pendidikan Daerah (PPD). Hanya
pemenang (johan) peringkat negeri akan bertanding ke peringkat
kebangsaan.

3.2 Pertandingan peringkat kebangsaan akan dikelolakan oleh Kementerian
Pendidikan Malaysia (KPM) bersama JPN Pengelola yang telah dilantik.

4.0 SYARAT-SYARAT

4.1 Pertandingan ini terbuka kepada semua murid warganegara Malaysia di
sekolah bantuan kerajaan yang berdaftar dengan KPM sahaja. Penyertaan
berbilang kaum amat digalakkan.

4.2 Permohonan untuk menyertai pertandingan ini perlu melalui pihak sekolah
dan mendapat kebenaran daripada ibu bapa.

4.3 Pakaian peserta hendaklah sopan dan sesuai dengan pertandingan.
Pakaian seragam sekolah dibenarkan.

4.4 Jumlah murid yang terlibat hendaklah lima (5) orang peserta iaitu tiga (3)
orang pembahas utama dan dua (2) orang pembahas simpanan daripada
sekolah rendah yang sama. Manakala dua (2) orang guru pembimbing atau
jurulatih hendaklah dilantik dalam kalangan guru.

4.5 Isu sensitif yang berkaitan dengan agama, perkauman dan menyentuh
peribadi seseorang adalah dilarang. Penggunaan ayat-ayat Al-Quran dan
hadis beserta terjemahan untuk mengukuhkan hujah adalah dilarang sama
sekali.

4.6 Permohonan untuk menyertai pertandingan ini perlu menggunakan borang
penyertaan yang disediakan dan dihantar kepada JPN Pengelola mengikut
tarikh yang ditetapkan.

5.0 FORMAT

5.1 Usul perbahasan akan diberikan kepada pasukan yang bertanding tiga (3)
minggu sebelum pertandingan. Pasukan yang akan mengemukakan usul
3

KERTAS KONSEP PERTANDINGAN BAHAS BAHASA MELAYU ALA PARLIMEN SEKOLAH RENDAH 2022

dikenali sebagai Pasukan Kerajaan akan bertanding dengan Pasukan
Pembangkang.

5.2 Pembahas pertama daripada pihak kerajaan akan disebut sebagai Yang
Amat Berhormat (YAB) Perdana Menteri, manakala empat (4) orang
pembahas dalam pasukan tersebut dikenali sebagai Yang Berhormat (YB)
Menteri Kedua, YB Menteri Ketiga, YB Menteri Keempat dan YB Menteri
Kelima. Pembahas pertama daripada pihak pembangkang akan disebut
sebagai YB Ketua Pembangkang, manakala empat (4) lagi pembahas
dalam pasukan tersebut akan disebut sebagai YB Pembangkang Kedua,
YB Pembangkang Ketiga, YB Pembangkang Keempat dan YB
Pembangkang Kelima.

5.3 Peruntukan masa dan giliran berbahas bagi kedua-dua pasukan adalah
seperti yang berikut:

Giliran Kerajaan Giliran Pembangkang Masa
7 minit
1 Pertama 2 Pertama 7 minit
3 Kedua 4 Kedua 7 minit
5 Ketiga 6 Ketiga 3 minit
Persediaan
Persediaan 4 minit

8 Ucapan penggulungan 7 Ucapan penggulungan

(Pertama/Kedua) (Pertama/Kedua)

5.4 Pembahas pertama daripada kedua-dua pasukan hanya mengutarakan
satu (1) hujah manakala pembahas kedua daripada kedua-dua pasukan
akan mengutarakan dua (2) hujah. Pembahas ketiga daripada kedua-dua
pasukan tidak mengutarakan hujah baharu. Tugas mereka adalah untuk
membidas hujah-hujah pasukan lawan.

5.5 Semasa satu (1) pihak berhujah, ahli pasukan lawan boleh memohon izin
laluan. Pembahas boleh menerima atau menolak izin laluan daripada pihak
lawan. Pembahas boleh menerima dua (2) izin laluan.

5.6 Selepas semua pembahas berhujah, pembahas pertama atau pembahas
kedua daripada kedua-dua pasukan akan memberi ucapan penggulungan
dimulai oleh pasukan pembangkang dan diikuti oleh pasukan kerajaan.

4

KERTAS KONSEP PERTANDINGAN BAHAS BAHASA MELAYU ALA PARLIMEN SEKOLAH RENDAH 2022

6.0 TATACARA PERBAHASAN

6.1 Pengendalian

6.1.1 Cabutan undi peranan akan dijalankan di bilik urus setia untuk
menentukan pihak kerajaan dan pembangkang sebelum
pertandingan.

6.1.2 Pasukan yang terlibat akan dikuarantin di bilik persediaan masing-
masing selama tiga puluh (30) minit.

6.1.3 Hanya peserta dibenarkan berada di dalam bilik persediaan.

6.1.4 Bahan cetak sahaja dibenarkan dibawa masuk ke dalam bilik
persediaan.

6.1.5 Bilik persediaan yang digunakan oleh peserta untuk sesi kuarantin
juga menjadi bilik persidangan.

6.2 Peranan YDP

6.2.1 YDP akan membaca ringkasan peraturan perbahasan dan
memperkenalkan penjaga masa, panel hakim dan pembahas.

6.2.2 YDP tidak dibenarkan membuat apa-apa komen dan ulasan tentang
usul perbahasan ataupun pembahas yang sedang bertanding.

6.2.3 YDP akan memastikan bahawa hakim telah bersedia sebelum
menjemput pembahas untuk berucap.

6.2.4 YDP akan mengumumkan keputusan pertandingan.

6.3 Peranan Penjaga Masa

6.3.1 Penjaga masa hendaklah memastikan bahawa tujuh (7) minit
diperuntukkan untuk pembahas berhujah dan empat (4) minit untuk
ucapan penggulungan. Masa akan diambil kira dari permulaan
pembahas berhujah.

5

KERTAS KONSEP PERTANDINGAN BAHAS BAHASA MELAYU ALA PARLIMEN SEKOLAH RENDAH 2022

6.3.2 Penjaga masa akan membunyikan loceng sekali pada minit kedua
menandakan bahawa ruang terbuka kepada pasukan lawan
membuat izin laluan. Pada minit keenam loceng akan dibunyikan
sekali menandakan masa untuk izin laluan telah tamat. Loceng akan
dibunyikan dua (2) kali pada minit ketujuh sebagai tanda bahawa
masa untuk pembahas berhujah telah tamat.

6.3.3 Bagi ucapan penggulungan, penjaga masa hendaklah memastikan
bahawa kedua-dua pasukan diberi masa tiga (3) minit sebagai masa
persediaan sebelum pasukan-pasukan tersebut membuat
penggulungan.

6.3.4 Pada minit ketiga masa penggulungan, penjaga masa akan
membunyikan loceng amaran dan pada minit empat (4) loceng
dibunyikan dua (2) kali menandakan masa telah tamat untuk
pembahas.

6.3.5 Penunjuk masa digital akan dipaparkan pada skrin komputer sebagai
panduan masa pembahas untuk menyampaikan hujah dan bidasan.

6.3.6 Masa kecederaan (masa tambahan) sebanyak dua (2) minit akan
diberikan sekiranya berlaku sebarang gangguan teknikal semasa
pertandingan dijalankan.

6.4 Peranan Pembahas

Kerajaan Peranan
YAB Perdana Menteri i. Memberi definisi atau pentakrifan terhadap usul
ii. Menyatakan pendirian
YB Menteri Kedua iii. Menyatakan strategi dan peranan menteri
iv. Mengemukakan satu (1) hujah dan memberi

huraian/fakta untuk menyokong usul
v. Menegaskan pendirian bagi menyokong usul

i. Menyatakan pendirian sama ada bersetuju
menerima atau menolak definisi baharu yang
telah diberikan oleh pihak pembangkang

ii. Sekiranya ditolak, penegasan tentang definisi
yang telah dikemukakan oleh Perdana Menteri
perlu diberikan

6

KERTAS KONSEP PERTANDINGAN BAHAS BAHASA MELAYU ALA PARLIMEN SEKOLAH RENDAH 2022

iii. Membidas hujah yang telah dikemukakan oleh
Ketua Pembangkang.

iv. Mengemukakan dua (2) hujah dan memberi
huraian/fakta untuk menyokong usul

v. Menegaskan pendirian bagi menyokong usul

YB Menteri Ketiga i. Membidas hujah yang telah dikemukakan oleh
pembangkang kedua.

ii. Membidas hujah yang telah dikemukakan oleh
Ketua Pembangkang.

iii. Memperkukuh usul yang telah dibawa dan
menegaskan pendirian bagi menyokong usul

Ucapan penggulungan i. Membidas hujah/usul dan fakta-fakta pihak
(Pertama/Kedua) pembangkang dalam membahaskan usul

ii. Menggulung perbahasan dan membuat
penegasan untuk menyokong usul

Pembangkang Peranan
YB Ketua Pembangkang
i. Menyatakan pendirian sama ada bersetuju
menerima atau menolak definisi usul yang telah
diberikan oleh pihak kerajaan.

ii. Sekiranya ditolak, definisi mengikut takrifan perlu
diberikan

iii. Membidas hujah yang telah dikemukakan oleh
YAB Perdana Menteri.

iv. Menyatakan pendirian berhubung dengan usul
v. Menyatakan strategi dan peranan pembangkang
vi. Mengemukakan satu (1) hujah dan memberi

huraian/fakta
vii. Menegaskan pendirian

YB Pembangkang Kedua i. Membidas hujah yang telah dikemukakan oleh YB
Menteri Kedua.

ii. Membidas hujah yang telah dikemukakan oleh
YAB Perdana Menteri.

iii. Mengemukakan dua (2) hujah dan memberi
huraian/fakta

iv. Menegaskan pendirian

7

KERTAS KONSEP PERTANDINGAN BAHAS BAHASA MELAYU ALA PARLIMEN SEKOLAH RENDAH 2022

YB Pembangkang Ketiga i. Membidas hujah yang telah dikemukakan oleh YB
Menteri Ketiga.

ii. Membidas hujah yang telah dikemukakan oleh YB
Menteri Kedua.

iii. Membidas hujah-hujah yang telah dikemukakan
oleh YAB Perdana Menteri.

iv. Memperkukuh usul berdasarkan fakta-fakta dan
menegaskan pendirian

Ucapan penggulungan i. Membidas hujah/usul dan fakta-fakta serta
(Pertama/Kedua) menyatakan kelemahan/kesilapan yang telah
dilakukan oleh pihak kerajaan

ii. Menggulung perbahasan dan membuat
penegasan

6.5 Izin Laluan

6.5.1 Izin laluan ialah celahan formal yang ditujukan kepada pembahas
yang berhujah. Izin laluan boleh dilakukan dalam bentuk soalan,
kenyataan, fakta atau ayat-ayat pendek yang berkaitan dengan isi
yang sedang diutarakan oleh pembahas.

6.5.2 Tujuan utama izin laluan adalah untuk memberi atau meminta
maklumat tentang sesuatu isi yang sedang dibahaskan. Pihak lawan
boleh membetulkan fakta yang dianggap telah terpesong. Izin laluan
juga boleh digunakan untuk meminta penjelasan dan menyoal pihak
lawan.

6.5.3 Masa selama 15 saat sahaja diperuntukkan bagi setiap izin laluan.
Izin laluan haruslah padat dan bernas. YDP hendaklah memberi
teguran kepada pembahas yang tidak mematuhi perkara ini.

6.5.4 Izin laluan tidak boleh disalahgunakan untuk sengaja mengganggu
pihak lawan kerana terdapat etika yang wajib dipatuhi. Markah akan
dikurangkan jika melanggar etika ini.

6.5.5 Pasukan lawan hanya dibenarkan memohon izin laluan antara minit
ketiga hingga minit ketujuh hujahan pembahas. Izin laluan tidak
boleh dilakukan pada dua (2) minit pertama dan minit ketujuh

8

KERTAS KONSEP PERTANDINGAN BAHAS BAHASA MELAYU ALA PARLIMEN SEKOLAH RENDAH 2022

semasa pembahas sedang berhujah. Loceng akan dibunyikan untuk
menandakan permulaan dan penutup masa yang ditetap untuk izin
laluan.

6.5.6 Tiada izin laluan semasa ucapan penggulungan.

6.5.7 Isyarat-isyarat yang sopan dan hormat seperti mengangkat tangan
atau berdiri tegak hendaklah dilakukan semasa memohon izin
laluan. Perlakuan yang kasar dan biadap seperti menepuk-nepuk
meja atau tangan, memetik jari, melambai-lambai, bersiul, menjerit
atau apa-apa sahaja yang sengaja dilakukan untuk mengganggu
pihak lawan akan menyebabkan pengurangan markah.

6.5.8 Kata-kata yang diucapkan semasa izin laluan hendaklah halus dan
berbudi bahasa serta mencerminkan tatasusila, adab dan budaya
yang tinggi. Tingkahlaku seperti menjerit, marah-marah dan
mengejek pihak lawan adalah dilarang.

6.5.9 Izin laluan dimohon dengan cara seseorang pembahas berdiri dan
menyebut “Izin Laluan”. Pembahas yang sedang berucap tidak

dimestikan menerima setiap izin laluan yang ditujukan kepadanya.

6.5.10 Pembahas yang sedang berucap boleh meminta pihak lawannya
untuk duduk dengan cara yang hormat, menghabiskan ayatnya dan
menerima izin laluan tersebut atau menolak izin laluan.

6.5.11 Pembahas yang memohon izin laluan tetapi tidak diterima oleh pihak
lawan tetap akan diberi markah izin laluan. Manakala pemohon yang
mohon izin laluan kali ketiga untuk pembahas yang sedang
berhujah, perlu bertanya. Jika tidak bertanya dianggap tidak
memohon izin laluan.

7.0 ASPEK PEMARKAHAN

7.1 Pembahas Pertama, Kedua dan Ketiga 30 markah
7.1.1 Isi 30 markah
7.1.2 Strategi 20 markah
7.1.3 Gaya 20 markah
7.1.4 Bahasa 100 markah x 3
Jumlah

9

KERTAS KONSEP PERTANDINGAN BAHAS BAHASA MELAYU ALA PARLIMEN SEKOLAH RENDAH 2022

7.2 Penggulungan 15 markah
7.2.1 Isi 15 markah
7.2.2 Strategi 10 markah
7.2.3 Gaya 10 markah
7.2.4 Bahasa 50 markah
Jumlah

8.0 PENGHAKIMAN

8.1 Peringkat negeri akan dinilai oleh tiga (3) orang hakim termasuk ketua hakim.
Manakala peringkat kebangsaan akan dinilai oleh lima (5) orang hakim
termasuk ketua hakim

8.2 Setiap hakim akan menilai pertandingan secara keseluruhan.

8.3 Keputusan rasmi dibuat secara sistem juri.

8.4 Hakim mesti mematuhi peraturan pertandingan yang terdapat dalam kertas
konsep KPM.

8.5 Keputusan panel hakim adalah muktamad.

9.0 HADIAH PERINGKAT NEGERI DAN KEBANGSAAN

Pemenang akan mendapat pengiktirafan seperti berikut:

Johan : Trofi, sijil pencapaian dan sijil penyertaan
Naib Johan : Trofi, sijil pencapaian dan sijil penyertaan
Tempat Ketiga : Trofi, sijil pencapaian dan sijil penyertaan
Tempat Keempat : Trofi, sijil pencapaian dan sijil penyertaan
Tempat Kelima : Trofi, sijil pencapaian dan sijil penyertaan

10.0 TINDAKAN

Pihak KPM berhak membatalkan penyertaan yang melanggar syarat-syarat yang
telah ditetapkan dalam kertas konsep.

10

KERTAS KONSEP PERTANDINGAN BAHAS BAHASA MELAYU ALA PARLIMEN SEKOLAH RENDAH 2022

11.0 HAK MILIK VIDEO
Pihak KPM berhak menyiarkan rakaman video pertandingan dalam sebarang
pelantar bagi tujuan hebahan atau pendidikan.

12.0 HAL-HAL YANG TIDAK DINYATAKAN
Semua hal yang tidak dinyatakan dalam kertas konsep ini atau sebarang
pengecualian mengenai pematuhan syarat-syarat pertandingan atau semua
perkara di luar jangka atau mengenai tafsiran akan diputuskan oleh pihak
Jawatankuasa Pengelola Pertandingan
Kertas konsep ini sah untuk tahun 2022 sehingga makluman atau semakan lanjut
daripada pihak KPM dan boleh digunakan di semua peringkat untuk pertandingan
yang dianjurkan oleh KPM. Pertandingan ini tertakluk pada peraturan di atas
sahaja. Penggunaan atau penyesuaian oleh mana-mana entiti di luar kementerian
memerlukan kebenaran terlebih dahulu. Hak cipta terpelihara KPM.

11

KERTAS KONSEP PERTANDINGAN BAHAS BAHASA MELAYU ALA PARLIMEN SEKOLAH RENDAH 2022

BORANG PENYERTAAN
PERTANDINGAN BAHAS BAHASA MELAYU ALA PARLIMEN SEKOLAH RENDAH

PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 2022

A. MAKLUMAT PESERTA : Gambar
Nama peserta : peserta
No. kad pengenalan :
Tarikh lahir : Umur:
Jantina : Bangsa:
No. telefon bimbit :
E-mel

Alamat surat-menyurat :

Nama dan alamat sekolah :

Tahap :
Tajuk :
Pautan video :

B. MAKLUMAT GURU PEMBIMBING

Nama guru pembimbing :
No. telefon bimbit :
E-mel :

C. PENGESAHAN GURU BESAR

Dengan ini disahkan bahawa maklumat dia atas adalah benar.

Tandatangan guru besar :

Cap sekolah :
No. telefon :

12

KERTAS

CADANGAN PELAN LANTAI BILIK PERSIDANGAN

1

S KONSEP PERTANDINGAN BAHAS BAHASA MELAYU ALA PARLIMEN SEKOLAH RENDAH 2022

13

KERTAS KONSEP PERTANDINGAN BAHAS BAHASA MELAYU ALA PARLIMEN SEKOLAH RENDAH 2022

BORANG PEMARKAHAN
PERTANDINGAN BAHAS
BAHASA MELAYU ALA PARLIMEN

SEKOLAH RENDAH
TAHUN 2022

(EDISI DALAM TALIAN)

Anjuran:
Bahagian Sukan, Kokurikulum dan Kesenian

Kementerian Pendidikan

14

KERTAS KONSEP PERTANDINGAN BAHAS BAHASA MELAYU ALA PARLIMEN SEKOLAH RENDAH 2022

KEPUTUSAN PERTANDINGAN BAHAS BAHASA MELAYU ALA PARLIMEN
SEKOLAH RENDAH PERINGKAT KEBANGSAAN

USUL: …………………………………………………………………………….
…………………………………………………………………………….
ANTARA

KERAJAAN PEMBANGKANG

*** USUL DITERIMA / DITOLAK ***

*** PEMENANG : KERAJAAN / PEMBANGKANG ***

SEKOLAH : …………………………………………………………………….

PEMBAHAS TERBAIK : …………………………………………………………………….

PASUKAN : KERAJAAN / PEMBANGKANG

PENGESAHAN OLEH HAKIM

……………………………………… TARIKH: ……………………...
(
)

15

KERTAS KONSEP PERTANDINGAN BAHAS BAHASA MELAYU ALA PARLIMEN SEKOLAH RENDAH 2022

KEPUTUSAN RASMI PERTANDINGAN BAHAS BAHASA MELAYU
ALA PARLIMEN SEKOLAH RENDAH PERINGKAT KEBANGSAAN

BORANG RUMUSAN KEPUTUSAN

USUL : …………………………………………………………………………….

……………………………………………………………………………..

HAKIM KERAJAAN PEMBANGKANG

NEGERI: NEGERI:
1
2
3
4
5

MAJORITI : …………………….. / …………………………

HAKIM NAMA PENUH TANDATANGAN
1
2
3
4
5

16

KER

PERTANDINGAN BAHAS BAHASA MELAYU ALA PA
BORANG PEMARK

USUL : _________________________________

BILIK PERSIDANGAN : _________________________________

Markah perlu diisi seperti yang telah dicadangkan untuk mengel
(Cadangan markah di bawah jika menggunakan sistem power m

KERAJAAN ISI (30 markah) STRATEGI (30
Sederhana: 23 markah)

Baik: 24 Sederhana: 23
Cemerlang: 25 Baik: 24

YAB PERDANA ISI (15 markah) STRATEGI (15
MENTERI Sederhana: 12 markah)
YB MENTERI
KEDUA Baik: 13 Sederhana: 4
YB MENTERI Baik: 5
KETIGA

PENGGULUNGAN

RTAS KONSEP PERTANDINGAN BAHAS BAHASA MELAYU ALA PARLIMEN SEKOLAH RENDAH 2022

ARLIMEN SEKOLAH RENDAH PERINGKAT KEBANGSAAN
KAHAN (KERAJAAN)

____________________________________________________

________

lak margin yang tidak sepatutnya
match dan tertakluk kepada perubahan semasa)

GAYA (20 markah) BAHASA (20 JUMLAH
Sederhana: 18 markah) (100 markah)
Baik: 19
Sederhana: 18
Baik: 19

GAYA (10 markah) BAHASA (10 JUMLAH
Sederhana: 4 markah) (50 markah)
Baik: 5
Sederhana: 4
Baik: 5

17

KER

Panduan Permarkahan Kerajaan

ISI YB PERDANA MENTERI YB MENTERI KEDUA

Definisi (ada/tiada) Definisi Setuju@terima

Pendirian pasukan (ada/tiada)

(ada/tiada) Bidas KP (ada/tiada)

Penyataan peranan Hujah 2

(ada/tiada) (Baik/Sederhana/Lemah)

Hujah 1 Hujah 3

(Baik/Sederhana/Lemah) (Baik/Sederhana/Lemah)

STRATEGI Struktur/ Tempoh/ Masa Struktur/ Tempoh/ Masa
(Baik/Sederhana/Lemah) (Baik/Sederhana/Lemah)

GAYA Penyampaian/ Bahasa Penyampaian/ Bahasa
Badan/ Membaca/ Badan/ Membaca/ Sebuta
Sebutan (Baik/Sederhana/Lemah)
(Baik/Sederhana/Lemah)

BAHASA Gaya Bahasa/ Struktur Gaya Bahasa/ Struktur A

Ayat/ Tatabahasa Tatabahasa

(Baik/Sederhana/Lemah) (Baik/Sederhana/Lemah)

GULUNG Rumusan Hujah
Bidasan Hujah

RTAS KONSEP PERTANDINGAN BAHAS BAHASA MELAYU ALA PARLIMEN SEKOLAH RENDAH 2022

YB MENTERI KETIGA
Bidas Pembangkang Kedua / Hujah 3
(Baik/Sederhana/Lemah)
Bidas Pembangkang Kedua / Hujah 2
(Baik/Sederhana/Lemah)
) Bidas Ketua Pembangkang / Hujah 1
(Baik/Sederhana/Lemah)
) Penegasan Hujah (ada/tiada)

Struktur/ Tempoh/ Masa (Baik/Sederhana/Lemah)
)

Penyampaian/ Bahasa Badan/ Membaca/ Sebutan
an (Baik/Sederhana/Lemah)
)

Ayat/ Gaya Bahasa/ Struktur Ayat/ Tatabahasa
) (Baik/Sederhana/Lemah)

18

KER

PERTANDINGAN BAHAS BAHASA MELAYU ALA PA
BORANG PEMARKAH

USUL : _________________________________
BILIK PERSIDANGAN : _________________________________

Markah perlu diisi seperti yang telah dicadangkan untuk mengel
(Cadangan markah di bawah jika menggunakan sistem power m

PEMBANGKANG ISI (30 markah) STRATEGI (30
Sederhana: 23 markah)

Baik: 24 Sederhana: 23
Cemerlang: 25 Baik: 24

YB KETUA ISI (15 markah) STRATEGI (15
PEMBANGKANG Sederhana: 12 markah)
YB PEMBANGKANG
KEDUA Baik: 13 Sederhana: 4
YB PEMBANGKANG Baik: 5
KETIGA

PENGGULUNGAN

RTAS KONSEP PERTANDINGAN BAHAS BAHASA MELAYU ALA PARLIMEN SEKOLAH RENDAH 2022

ARLIMEN SEKOLAH RENDAH PERINGKAT KEBANGSAAN
HAN (PEMBANGKANG)

____________________________________________________
________

lak margin yang tidak sepatutnya
match dan tertakluk kepada perubahan semasa)

GAYA (20 markah) BAHASA (20 JUMLAH
Sederhana: 18 markah) (100 markah)
Baik: 19
Sederhana: 18
Baik: 19

GAYA (10 markah) BAHASA (10 JUMLAH
Sederhana: 4 markah) (50 markah)
Baik: 5
Sederhana: 4
Baik: 5

19

KER

Panduan Permarkahan Pembangkang

ISI YB KETUA YB PEMBANGKANG KE

PEMBANGKANG Bidas Menteri Ke-2 (2Huj

Definisi Sendiri@Tolak (ada/tiada)

(ada/tiada) Bidas PM (ada/tiada)

Bidasan PM (ada/tiada) Hujah 2

Penyataan Peranan (Baik/Sederhana/Lemah)

(ada/tiada) Hujah 3

Penyataan peranan (Baik/Sederhana/Lemah)

(ada/tiada)

Hujah 1

(Baik/Sederhana/Lemah)

STRATEGI Struktur/ Tempoh/ Masa Struktur/ Tempoh/ Masa
(Baik/Sederhana/Lemah) (Baik/Sederhana/Lemah)

GAYA Penyampaian/ Bahasa Penyampaian/ Bahasa Ba
Badan/ Membaca/ Membaca/ Sebutan
Sebutan (Baik/Sederhana/Lemah)
(Baik/Sederhana/Lemah)

BAHASA Gaya Bahasa/ Struktur Gaya Bahasa/ Struktur A

Ayat/ Tatabahasa Tatabahasa

(Baik/Sederhana/Lemah) (Baik/Sederhana/Lemah)

GULUNG Rumusan Hujah
Bidasan Hujah

RTAS KONSEP PERTANDINGAN BAHAS BAHASA MELAYU ALA PARLIMEN SEKOLAH RENDAH 2022

EDUA YB PEMBANGKANG KETIGA
jah) Bidas Pembangkang Ketiga
(Baik/Sederhana/Lemah
) Bidas Pembangkang Kedua / Hujah 3
) (Baik/Sederhana/Lemah)
Bidas Pembangkang Kedua / Hujah 2
(Baik/Sederhana/Lemah)
Bidas Ketua Pembangkang / Hujah 1
(Baik/Sederhana/Lemah)
Penegasan Hujah (ada/tiada)

) Struktur/ Tempoh/ Masa (Baik/Sederhana/Lemah)
adan/
) Penyampaian/ Bahasa Badan/ Membaca/
Sebutan
(Baik/Sederhana/Lemah)

Ayat/ Gaya Bahasa/ Struktur Ayat/ Tatabahasa
) (Baik/Sederhana/Lemah)

20



21


Click to View FlipBook Version