TUGASAN KERJA KURSUS (INDIVIDU) Nama : ANNUR SARAH BINTI JALALUS SAYUTI Angka Giliran : 2020212350003 Nombor Kad Pengenalan : 021008081048 Kumpulan/Unit : TESL A Kod dan Nama Kursus: MPU3081 KOKURIKULUM - PERSATUAN Nama Pensyarah : EN ROHIMI BIN JAMEL Tarikh Hantar : 14 JULY 2023 Tarikh Diterima : (Diisi Oleh Pensyarah) Pengakuan Pelajar Saya mengaku bahawa kerja kursus ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang setiap satunya saya jelaskan sumbernya. Pengesahan Pelajar Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah telah saya fahami. Tandatangan Pelajar : Jumlah markah: Tarikh :
LAPORAN KAJIAN KES 1.0 PENGENALAN Penubuhan kelab dan persatuan adalah perkara yang wajib dilakukan di setiap sekolah bagi mencapai matlamat utama yang dinyatakan dalam Falsafah Pendidikan Negara iaitu untuk melahirkan murid yang seimbang daripada segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sahsiah (Haji Fadzil & Ahmad, 2010). Dengan mewajibkan kegiatan kokurikulum kepada pelajar dan guru di sekolah, matlamat FPN dapat dicapai. Menurut KPM (2021), para pelajar perlu diberikan peluang untuk menunjukkan bakat mereka. Kegiatan kokurikulum sangatlah membantu para pelajar untuk menyedari kemahiran dan minat mereka justeru dapat mengembangkan potensi terpendam mereka supaya dapat menjadi sebahagian daripada masyarakat yang berbakti kepada negara. 2.0 LATAR BELAKANG KAJIAN Penubuhan kelab mengait adalah sangat jarang berlaku di mana-mana sekolah kerana tidak ramai guru atau murid yang terdedah dengan ilmu pengetahuan tentang mengait. Penubuhan kelab mengait ini disekolah murid berpendidikan khas perlu dikaji tentang keberkesanannya sama ada ianya sesuai untuk murid-murid disekolah tersebut atau tidak. Matlamat penubuhan kelab ini adalah untuk membantu murid-murid mempelajari ilmu kemahiran yang sudah semakin dilupakan oleh masyarakat dan juga berharap agar kemahiran ini dapat membantu para murid menjana pendapatan daripada kemahiran mengait tersebut. 3.0 OBJEKTIF KAJIAN Tujuan kajian ini dijalankan adalah berdasarkan beberapa objektif iaitu : 1. Mengenal pasti sejarah penubuhan kelab mengait di SK Pendidikan Khas Ipoh 2. Mengenal pasti ciri-ciri khusus kelab mengait 3. Mengenal pasti kaedah dan proses penubuhan kelab mengait di SK Pendidikan Khas Ipoh 4. Menyelidik bagaimana kelab mengait ini mendapat dana pendapatan yang akan membantu mereka menjalankan aktiviti yang dirancang 4.0 KELAB MENGAIT Kelab mengait ini buat julung kalinya akan ditubuhkan di SK Pendidikan Khas Ipoh pada tahun 2024 setelah mendapat pengesahan dan persetujuan daripada guru besar dan juga penolong kanan kokurikulum. Kelab ini mempunyai beberapa ciri-ciri khusus iaitu kelab ini ingin mengajar dan menggalakkan para ahli kelab untuk menceburi bidang perniagaan juga. Selain itu, kelab ini juga bermatlamat untuk mengajar para murid melakukan aktiviti yang mampu membuatkan mereka rasa tenang. Walaupun kelab ini baru sahaja akan ditubuhkan, ianya telah
mendapat komen dan sokongan yang positif daripada segelintir murid dan guru. Terutamanya dalam kalangan guru, terdapat beberapa orang guru yang ternyata mempunyai sedikit sebanyak ilmu tentang mengait dan telah menyatakan kesanggupan mereka untuk menjadi guru pembimbing kelab mengait ini. 5.0 OBJEKTIF KELAB Objektif penubuhan kelab ini adalah : 1. Mendedahkan kepentingan dan kebaikan mempelajari kemahiran mengait kepada para pelajar 2. Mengajar teknik-teknik asas dan teknik khusus mengait kepada para pelajar 3. Melatih para pelajar cara membuat inovasi dengan kemahiran mengait 6.0 AKTIVITI YANG DILAKSANAKAN Oleh kerana kelab ini baru sahaja ditubuhkan, aktiviti-aktiviti yang akan dilaksanakan adalah berfokus kepada memberi pendedahan dan pengajaran secara maksimum tentang kaedah-kaedah mengait. antara aktiviti yang akan dilaksanakan adalah : A. Bengkel pemantapan kemahiran mengait B. Menghasilkan coaster C. Menghasilkan amigurumi D. Lawatan sambil belajar E. Menghasilkan beg F. Pertandingan kecil antara ahli kelab
7.0 DANA DAN PENGURUSAN KEWANGAN Setiap kelab dan persatuan yang ditubuhkan di sekolah perlulah mempunyai sistem pengurusan wang yang sistematik bagi melancarkan perjalanan setiap aktiviti yang memerlukan penggunaan wang. Selepas melakukan pengiraan secara kasar, kos yang diperlukan agak tinggi kerana harga material yang diperlukan tidak murah. Untuk menghasilkan sebuah produk juga memerlukan sekitar 5 hingga 10 gulung benang. Isu ini telah dibangkitkan dalam mesyuarat agung dan terdapat beberapa cara untuk menjana duit kelab iaitu melalui yuran bulanan, sumbangan PIBG, dan juga hasil jualan hari keusahawanan sekolah. Selain itu, terdapat juga alternatif lain sekiranya duit kelab masih tidak mencukupi untuk membeli benang, ahli kelab akan menghasilkan benang mereka sendiri daripada plastik. Hal ini akan mengembangkan lagi kreativiti mereka disamping dapat menjimatkan duit dengan menggunakan bahan yang mudah didapati di sekeliling mereka. 8.0 ANALISIS SWOT 8.1 KEKUATAN Kekuatan kelab ini adalah kelab ini mampu membekalkan para ahli kelab sebuah kemahiran yang bermakna dan mampu membantu mereka menjana pendapatan tersendiri sekiranya mereka berfikiran kreatif dan kritis untuk mengembangkan buah fikiran mereka. Seperti yang sedia maklum, tidak semua pelajar berpendidikan khas mampu berjaya dengan cemerlang dalam bidang pendidikan namun mereka mampu berjaya dengan cemerlang dalam bidang kemahiran. Jadi, penubuhan kelab ini menjadi sebuah platform yang terunggul bagi para murid untuk menerokai suatu bidang kemahiran baharu dan juga menyedari minat mereka dalam mempelajari kemahiran mengait ini.
8.2 KELEMAHAN Kelemahan kelab ini mungkin dapat didapati daripada kewangan kelab yang memerlukan kos yang tinggi. Walaupun sudah ditetapkan bahawa setiap ahli kelab perlu membayar RM 3 setiap bulan, hal ini boleh membebankan para pelajar dan mungkin akan dipertikaikan oleh ibu bapa pelajar. Oleh itu, kelab hanya dapat bergantung kepada dana yang disumbangkan oleh pihak sekolah dan jika hasil jualan pada hari keusahawanan berjaya mengaut keuntungan yang tinggi, duit tersebut boleh disimpan dalam tabung kelab. 8.3 PELUANG Peluang yang didapati daripada kelab ini adalah, jika ahli kelab dan para guru pembimbing komited dan bersemangat dalam mengikuti dan menjayakan setiap aktiviti yang dilaksanakan, kelab ini mampu melebarkan potensinya dalam mengikuti pertandingan inovasi peringkat kebangsaan ataupun internasional. Hal ini mampu mengharumkan nama sekolah serta mampu membuka mata masyarakat supaya tidak meremehkan golongan anak istimewa. 8.4 ANCAMAN Oleh kerana kelab mengait adalah sebuah kelab yang tidak lazim ditubuhkan di mana-mana sekolah, kelab ini mungkin akan menghadapi masalah dari segi mencari guru yang mempunyai skil mengait. Walaupun boleh sahaja mana-mana guru termasuk yang tidak mempunyai pengetahuan tentang kemahiran ini untuk menjadi guru pembimbing kelab ini, namun yang menjadi kebimbangannya adalah sekiranya guru tersebut tidak mempunyai minat yang jitu dalam mengusahakan kelab ini justeru tidak akan komited dalam melaksanakan tugasnya. Hal ini akan menjejaskan semangat ahli kelab juga sekiranya mereka melihat sikap guru yang acuh tidak acuh. 9.0 KESIMPULAN Dapat disimpulkan bahawa proses penubuhan sesebuah kelab bukanlah perkara yang mudah dan pastinya mempunyai banyak kelemahan pada awalnya namun sekiranya cadangan penambahbaikan diambil kira perhitunggannya, sudah pasti kelab tersebut mampu mencapai tahap kepuasan maksima daripada semua pihak.
RUJUKAN (BPM), Z. bin I. (2021) Kokurikulum, MOE. Available at: https://www.moe.gov.my/pendidikan/pendidikan-menengah/kokurikulum-pendidikan-mene ngah. Haji Fadzil, N.S. and Ahmad, D.J. (2010) Kepentingan kokurikulum Dalam Pendidikan di Sekolah Menengah. Available at: http://file.upi.edu/Direktori/PROCEEDING/UPI-UPSI/2010/Book_1/KEPENTINGAN_KOK URIKULUM_DALAM_PENDIDIKAN_DI_SEKOLAH_MENENGAH.pdf.