PROGRAM TRANSISI TAHUN 1 2023/2024 SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN RAKAN JALAN BANDAR SUNGAI LONG TAMAN RAKAN, KAJANG, SELANGOR
KANDUNGAN TAKLIMAT 1 • MAKLUMAT AM SEKOLAH • PROGRAM TRANSISI • PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH • DUAL LANGUAGE PROGRAM ( DLP )
PENGENALAN Program Transisi Tahun Satu merupakan satu program yang dirangka untuk menyediakan murid menghadapi perubahan, menyesuaikan diri dan membina keyakinan diri mereka di sekolah rendah.
MAKLUMAT AM TAHUN 1 • JUMLAH MURID BERDAFTAR : 275 • BILANGAN KELAS : 6 KELAS BIASA DAN 1 KELAS DLP • ARAS BAWAH • WAKTU PERSEKOLAHAN SESI PETANG ISNIN – KHAMIS JUMAAT 1.10 – 6.00 2.10 – 6.00 REHAT : 3.10 – 3.30
MATLAMAT PROGRAM • Program ini diharapkan dapat membantu murid dari pelbagai latar belakang, pengalaman pembelajaran dan perkembangan sosioemosi untuk memulakan proses pembelajaran di Tahun Satu pada tahap perkembangan dan pencapaian yang hampir sama.
OBJEKTIF 1. Menyesuaikan murid dengan keadaan dan persekitaran sekolah. 2. Membina hubungan antara murid dengan rakan sebaya dan guru. 3. Meningkatkan keyakinan murid dan membentuk sikap positif dalam interaksi sosial serta pembelajaran. 4. Menyediakan murid dengan pengetahuan, kemahiran dan nilai untuk pembelajaran seterusnya.
PELAKSANAAN • Program Transisi Tahun Satu ini mengambil jangka masa selama 43 hari. • Segala aktiviti dirancang secara terperinci dan padat agar matlamat dan objektif tercapai dengan jayanya. • Persediaan dan pelaksanaan program ini dibahagikan kepada tiga fasa utama: • Fasa Persediaan • Fasa Penyesuaian • Fasa Kesediaan.
Perincian Tiga Fasa Program Transisi Tahun 1 2023/24 Minggu 1-2 Minggu 3-4
Bayaran Program Transisi Item Harga Buku Transisi RM 6.00 Tanda nama sementara RM 3.00 Tanda nama ( kain ) RM 7.00 Fail Peribadi RM 12.00 Buku Superminds Workbook 1A RM 12.90 Bahan Transisi RM 12.00 JUMLAH RM 52.90 MOHON KERJASAMA IBUBAPA JUGA UNTUK MEMBAYAR SUMBANGAN PIBG BAGI SESI 2023/2024 ( RM 60.00 )
PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB IBUBAPA Ibu bapa/penjaga memainkan peranan penting untuk membantu anak mereka dalam proses transisi dari rumah ke Tahun Satu. ❑ Menyediakan anak dari aspek mental, emosi dan fizikal ❑ Memberi dorongan dan gambaran positif tentang pembelajaran di Tahun Satu ❑ Memerhati tingkah laku, perkembangan dan pembelajaran anak secara berterusan serta mengambil tindakan yang sesuai ❑ Membantu meningkatkan keyakinan anak dalam pembelajaran dari semasa ke semasa
PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB IBUBAPA ❑ Mengadakan interaksi dengan guru tentang perkembangan anak mereka dari semasa ke semasa ❑ Memastikan kelengkapan pembelajaran seperti alat tulis, buku dan pakaian disediakan ( HANYA ALAT TULIS DAN BUKU TRANSISI SAHAJA ) ❑ Memberi komitmen dan mengikuti perkembangan aktiviti yang dilaksanakan oleh pihak sekolah
DUALLANGUAGEPROGRAMME(DLP) LATAR BELAKANG Program dwibahasa ini adalah satu program dibawah Dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia Memperkukuh Bahasa Inggeris Memberi pilihan kepada sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan, KPM (rendah dan menengah) melaksana PdP Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris
DUALLANGUAGEPROGRAMME(DLP) LATAR BELAKANG Ia dilaksanakan di Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Menengah Kebangsaan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) secara rintis pada tahun 2016 melibatkan 300 buah sekolah. SK. Port Dickson merupakan salah sebuah sekolah yang terlibat dalam projek rintis pada tahun tersebut.
DUALLANGUAGEPROGRAMME(DLP) TUJUAN ▪Peningkatan masa pendedahan kepada Bahasa Inggeris. ▪Meningkat akses dan penerokaan pelbagai ilmu untuk bersaing pada peringkat global. ▪Meningkat kebolehpasaran dalam alam pekerjaan.
Mengapa DUALLANGUAGEPROGRAMME(DLP) pilih kelas DLP? Murid DLP lebih berkeyakinan berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris. •Murid DLP lebih mahir dan cemerlang Bahasa Inggeris. •Semua SBP dan MRSM melaksanakan DLP Tingkatan 1. •Semua Sekolah Kluster dan Sekolah Premier melaksanakan DLP. •Semua Sekolah SMKA , Kelas KRK dan KAA melaksanakan DLP. Ke manakah anak anda akan meneruskan pendidikan peringkat menengah?
DUALLANGUAGEPROGRAMME(DLP) dalam Bahasa Inggeris Kelebihan anak DLP di pasaran Global •Lebih berkeyakinan berkomunikasi dalam sesi temuduga. •Lebih mudah mengikuti pengajian di peringkat Universiti dalam pelbagai aliran. •Menjadi Pilihan Tajaan Biasiswa Pendidikan. •Mudah memperoleh tempat di pasaran pekerjaan.
DUALLANGUAGEPROGRAMME(DLP) PERTUKARAN MURID BERPINDAH ➢ Ibu bapa boleh merujuk dengan Pejabat Pelajaran Daerah atau Jabatan Pendidikan Negeri sekolah yang menawarkan kelas DLP sekiranya berpindah luar dari daerah atau negeri sekarang. ➢ Pastikan murid yang berpindah telah disertakan surat pengesahan kelas DLP bagi memudahkan urusan penempatan di kelas DLP di sekolah baharu. ➢ Sekiranya tiada sekolah yang menawarkan kelas DLP di tempat tinggal baharu, murid perlu belajar di kelas biasa.
PERBEZAAN DUALLANGUAGE KELAS PROGRAMME ALIRAN(DLP) BIASA DAN DLP DI SEKOLAH RENDAH ALIRAN MATAPELAJARAN KELAS BIASA KELAS DLP TAHAP 1 MATEMATIK 6 X SEMINGGU 6 X SEMINGGU SAINS 3 X SEMINGGU 3 X SEMINGGU TAHAP 2 MATEMATIK 6 X SEMINGGU 6 X SEMINGGU SAINS 4 X SEMINGGU 4 X SEMINGGU
DUALLANGUAGEPROGRAMME(DLP)
DUALLANGUAGEPROGRAMME(DLP) Syarat-syarat Kemasukan: ➢ Semua murid layak untuk memohon. ➢ Mengikuti saringan yang dijalankan secara bertulis dan lisan. ➢ Boleh menguasai Bahasa Melayu dengan baik. ➢ Sekiranya anak tidak terpilih setelah keputusan dibuat, ibu bapa boleh membuat rayuan TETAPI hanya jika terdapat kekosongan SAHAJA yang boleh ditempatkan setelah itu.
DUALLANGUAGEPROGRAMME(DLP)
SOALAN DUALLANGUAGE YANGPROGRAMME SERING(DLP) DITANYA: S :Adakah murid kelas DLP akan belajar semua matapelajaran dalam Bahasa Inggeris? J : Tidak. Bagi murid kelas ‘DLP’ mereka akan belajar matapelajaran seperti Pendidikan Seni, Muzik, Pendidikan Jasmani, Pendidikan Kesihatan, Bahasa Melayu, Bahasa Arab, Bahasa Tamil seperti dikelas-kelas biasa. Hanya Sains dan Matematik sahaja diajar dalam Bahasa Inggeris sedangkan dikelas-kelas biasa akan diajar dalam Bahasa Melayu.
SOALAN DUALLANGUAGE YANGPROGRAMME SERING(DLP) DITANYA: S :Anak saya boleh berbahasa Inggeris dengan fasih. Adakah anak saya layak? J : Murid perlu menguasai Bahasa Melayu dengan baik dan keutamaan adalah kepada mereka yang benar-benar bagus dalam Bahasa Melayu diikuti Bahasa Inggeris selaras dengan kehendak Kementerian Pendidikan Malaysia. Oleh itu murid-murid yang betul-betul seimbang dan mahir dalam kedua-dua bahasa iaitu Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris akan dipertimbangkan untuk berada dalam kelas DLP.
SOALAN DUALLANGUAGE YANGPROGRAMME SERING(DLP) DITANYA: S :Bolehkah ibu bapa MENOLAK untuk anak mengikuti kelas DLP setelah ditawarkan oleh pihak sekolah J : Walaupun anak telah ditawarkan untuk mengikuti kelas ‘DLP’, ibu bapa boleh menolak bagi pihak anak sekiranya mereka tidak mahu mengikuti kelas ini. Sangatlah penting untuk membuat keputusan yang terbaik agar tidak menutup peluang murid lain untuk berada di kelas DLP.
SOALAN DUALLANGUAGE YANGPROGRAMME SERING(DLP) DITANYA: S :Bolehkah ibu bapa menukarkan anak ke kelas biasa sekiranya anak tidak mampu untuk mengikuti sesi pembelajaran dalam kelas ‘DLP’ yang boleh memberikan tekanan emosi kepadanya J : Ibu bapa perlulah memikirkan keupayaan anak untuk berada di kelas ‘DLP’ sebelum terpilih mengikuti kelas ini kerana murid akan mengikuti sesi pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris sehingga Darjah 6.
SOALAN DUALLANGUAGE YANGPROGRAMME SERING(DLP) DITANYA: S :Bolehkah pertukaran ke kelas biasa dilakukan sekiranya anak mengalami tekanan emosi? J : Sekiranya setelah mengikuti pembelajaran dalam kelas ‘DLP’ anak mengalami tekanan emosi dan mental anak, pihak sekolah tiada paksaan untuk murid menarik diri dari program ini, namun ibu bapa bolehlah membuat surat rasmi kepada pihak sekolah . Justeru itu, ibu bapa perlulah memikirkan keputusan yang terbaik untuk anak supaya tiada berlaku keciciran setelah mereka memulakan sesi pembelajaran kelak.
SOALAN DUALLANGUAGE YANGPROGRAMME SERING(DLP) DITANYA: S :adakah permohonan pertukaran ke kelas biasa akan diluluskan oleh pihak sekolah. J : Terdapat dua keadaan pertukaran - murid tidak mampu menguasai dan dinasihatkan oleh guru melalui sesi perjumpaan untuk menukarkan kelas dan dipersetujui oleh ibubapa – dibenarkan - murid tidak mampu menguasai dan dinasihatkan oleh guru melalui sesi perjumpaan untuk menukarkan kelas dan tidak dipersetujui oleh ibubapa – tidak dibenarkan - ibubapa mohon pertukaran tetapi guru berpendapat murid mampu mengusai pelajaran – tidak dibenarkan
Proses pemilihan DLP PERMOHONAN IBUBAPA •LINK GOOGLE FORM AKAN DIBERIKAN OLEH GURU KELAS DI DALAM GROUP MASINGMASING SELEPAS TAKLIMAT INI UJIAN PENGESAHAN •AKAN DIJALANKAN SEMASA MINGGU TRANSISI BAGI MURID YANG MEMOHON SAHAJA MURID DIPINDAHKAN KE KELAS DLP •PENYUSUNAN SEMULA MURID AKAN DIBUAT PADA MINGGU AKHIR TRANSISI
SEKIAN TERIMA KASIH