Bil Soalan Jawapan 1 Tarikh pulang bermalam. Sila rujuk Kalendar Perancangan Maktab 2024. 2 Peraturan pulang bermalam. Sila rujuk Buku Peraturan Maktab. 3 Adakah pelajar boleh outing? Boleh. Giliran akan ditentukan oleh Ketua Guru Asrama. 4 Bagaimana saya dapat mengetahui keputusan peperiksaan anak saya? Pelajar boleh menyemak keputusan ujian/peperiksaan melalui web http://tgbmjc.edu.my/epelajar/Login.asp 5 Untuk sementara, bolehkah anak saya memakai uniform sekolah lama? Boleh, sementara menunggu pakaian (uniform) maktab siap. 6 Apakah pakaian rasmi pelajar MRSM ketika sesi akademik/hari persekolahan? Sila rujuk Panduan Pendaftaran Pelajar Baharu MRSM Tahun 2024. 7 Bolehkah saya masuk ke bilik anak saya sewaktu hari lawatan? TIDAK. Keluarga pelajar TIDAK dibenarkan masuk ke kawasan asrama. 8 Bagaimanakah anak saya boleh mendapat rawatan kesihatan? Pihak maktab menyediakan perkhidmatan van untuk ke hospital kerajaan iaitu 9.00 pagi dan 3.00 petang. Bagi kes-kes kecemasan pelajar akan dihantar serta-merta dengan van maktab / kereta guru (Ibu bapa akan diberitahu). 9 Apakah SOP pencegahan Covid-19 yang diamalkan di MRSM? Rujuk garis panduan SOP yang telah yang telah ditetapkan oleh Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) dan Pelan Responds COVID-19 & Penyakit Berjangkit (BPM). 10 Apakah jenis bantuan yang ditawarkan oleh MARA bagi pelajar yang layak ? Bantuan Penuh (merangkumi perkara 1 dan 2) dan Bantuan Separuh Penuh (perkara 1 sahaja) 1. Wang Caruman: RM 0 /RM 60 / RM 80 / RM 100 sebulan 2. Wang Saku: RM 50.00 sebulan 11 Adakah pelajar akan dilindungi dengan sebarang insurans? YA, iaitu RM 14.00 setahun merangkumi semua aktiviti maktab yang diluluskan. 12 Bolehkah anak saya memohon untuk menukar MRSM ? TIDAK. Arahan daripada Bahagian Pendidikan Menengah MARA. 13 Adakah anak saya akan dipindahkan ke MRSM lain jika terlibat dengan masalah disiplin berat atau amat berat ? YA. Akan dipindahkan ke MRSM lain jika melakukan kesalahan disiplin kategori berat atau amat berat. 14 Bolehkah anak saya memohon keluar daripada sistem MRSM? BOLEH tetapi tidak digalakkan. Ibu bapa hendaklah menulis surat permohonan keluar kepada Pengetua Maktab. 15 Bolehkah anak saya menuntut wang EMR jika beliau berhenti sekolah? TIDAK. FREQUENTLY ASKED QUESTIONS (FAQ) HARI PENDAFTARAN PELAJAR TINGKATAN 4 SESI 2024/2025
Bil Soalan Jawapan 16 Adakah pihak tertentu yang akan memberi perhatian (khas) kepada anak saya? Ada. Guru homeroom bagi setiap pelajar memberikan perhatian kepada pelajar dibawah tanggungjawabnya dan memberi bimbingan,dan nasihat mengenai perkembangan akademik dan sahsiah pelajar. 17 Berapakah wang saku yang boleh disimpan oleh pelajar? RM 50.00 18 Di manakah saya boleh menyimpan wang untuk anak saya? Pelajar boleh menyimpan wang dengan selamat pada Guru Homeroom dan juga di Bank Perdagangan. ATM Bank Islam disediakan bersebelahan pintu masuk MRSM. 19 Di manakah saya boleh membuka akaun bank untuk anak saya? Kaunter bank BSN dan Bank Islam akan disediakan untuk kemudahan membuka akaun semasa hari pendaftaran. 20 Siapakah yang perlu dihubungi jika berlaku kecemasan dan sebagainya? Ibu bapa / penjaga boleh menghubungi Ketua Guru Asrama, Guru-guru Asrama atau Penasihat Homeroom. Ibu bapa disarankan agar sentiasa berhubung dengan Guru Asrama dan juga Penasihat Homeroom untuk mengetahui perkembangan anak-anak. 21 Adakah pelajar akan mendapat kembali saham koperasi? Saham koperasi dan keuntungan akan dikembalikan kepada pelajar dalam bentuk pakej graduasi. 22 Adakah terdapat perkhidmatan dobi dan bagaimanakah cara bayarannya? YA. Bayaran sebanyak RM 14 setiap bulan dibayar kepada koperasi. Mesin dobi berbayar juga disediakan di setiap asrama. 23 Adakah pelajar wajib membayar yuran dobi walaupun tidak menggunakannya? YA. Arahan daripada Bahagian Pendidikan Menengah MARA. 24 Perlukan saya membayar wang caruman jika anak saya mendapat bantuan wang caruman ? Ya dan pihak maktab akan membuat tuntutan balik bagi pihak anak tuan. 25 Bolehkah bayaran dibuat secara ansuran? Wang caruman boleh dibayar penuh setahun atau ansuran sebulan. 26 Adakah penggunaan telefon bimbit atau sebarang peranti elektronik dibenarkan? Dibenarkan. Tertakluk kepada peraturan Maktab. 27 Bagaimanakah saya ingin menyertai group WhatsApp MUAFAKAT Ibubapa F4 2024? Sila hubungi YDP MUAFAKAT MRSM Tun Ghafar Baba, Tn Hj. Mokhlis bin Maizan (012-2253939) atau klik link https://forms.gle/jwemJmcHH25QeJbW9 FREQUENTLY ASKED QUESTIONS (FAQ) HARI PENDAFTARAN PELAJAR TINGKATAN 4 SESI 2024/2025