The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by MRSM TGB, 2021-11-26 18:49:47

Anyflip MAT 19

Anyflip MAT 19

MESYUARAT AGUNG
MUAFAKAT
CAWANGAN

MRSM TUN GHAFAR BABA
KALI KE – 19

TARIKH: 27 NOVEMBER 2021

TEMPAT:
APLIKASI MICROSOFT TEAMS WEBINAR

MRSM TUN GHAFAR BABA

KANDUNGAN

Perkara Halaman
1
I. Notis Mesyuarat Agung

II. Tentatif Mesyuarat Agung MUAFAKAT 2

III. Minit Mesyuarat Agung Kali Ke-18 3-15

IV. Laporan Tahunan Jawatankuasa MUAFAKAT Cawangan MRSM Tun 16
Ghafar Baba

V. Laporan Kewangan MUAFAKAT Berakhir 31 Disember 2020 17-18

Lampiran:
A. Senarai Kehadiran Tahun Lepas
B. Usul-Usul / Cadangan
C. Perlembagaan Badan Permuafakatan Pendidikan MARA Malaysia
D. Analisis SPM 2020
E. Laporan Kecemerlangan Kokurikulum

BADAN PERMUAFAKATAN PENDIDIKAN
MARA MALAYSIA (MUAFAKAT)

CAWANGAN MRSM TUN GHAFAR BABA

MUAFAKAT CAWANGAN MRSM TUN GHAFAR BABA, 77000 Jasin, Melaka. Tel. 06-5291443/1677 Fax. 06-5291915

Ruj. Kami: MRSM/TGB/ MUAFAKAT 2021 (1)
Tarikh: 19 November 2021

Datuk / Dato’ / Datin / Tuan / Puan
Ibu Bapa / Penjaga Pelajar
Ahli Badan Pemuafakatan Pendidikan MARA Malaysia
Cawangan MRSM Tun Ghafar Baba, Jasin

NOTIS JEMPUTAN KE MESYUARAT AGUNG TAHUNAN BADAN MUAFAKAT CAWANGAN
MRSM TUN GHAFAR BABA, JASIN KALI KE-19

Dengan segala hormanya perkara diatas dirujuk.

Sukacita dimaklumkan bahawa tuan/puan dijemput hadir ke Mesyuarat Agung Tahunan kali ke 19, 2021
(MAT 2021) tersebut yang akan diadakan berdasarkan ketetapan berikut :

Tarikh : 27 November 2021 (Sabtu)
Masa : 9.30 pagi
Tempat : Microsoft Teams Webinar
Aturcara : Rujuk lampiran

2. Ahli Jawatankuasa Badan Muafakat MRSM Tun Ghafar Baba, Jasin bersetuju mengadakan Mesyuarat
Agung Tahunan kali ini mengikut garis panduan standard (SOP) Penganjuran Persidangan yang telah
ditetapkan. Sehubungan itu, Mesyuarat Agung Tahunan kali ini, akan diadakan secara atas talian dengan
menggunakan kaedah ‘MS Teams Webinar’ yang akan kami sediakan nanti.

3. Oleh kerana MAT 2021 adalah Tahun Pemilihan Jawatankuasa Muafakat Cawangan MRSM Tun Ghafar
Baba untuk sesi 2021-2023, Ahli Berdaftar boleh mencalonkan / dicalonkan / mengundi / diundi untuk
jawatan-jawatan seperti berikut:-

3.1 SEORANG PENGERUSI TETAP
(terbuka kepada ahli berdaftar dari kalangan ibubapa dan guru)

3.2 SEORANG TIMBALAN PENGERUSI TETAP
(terbuka kepada ahli berdaftar dari kalangan ibubapa dan guru)

3.3 SEORANG YANG DIPERTUA
((terbuka kepada ahli berdaftar dari kalangan ibubapa sahaja)

3.4 SEORANG NAIB YANG DIPERTUA
(terbuka kepada ahli berdaftar dari kalangan ibubapa dan guru)

3.5 TUJUH (7) AHLI JAWATANKUASA IBUBAPA
(terbuka kepada ahli berdaftar dari kalangan ibubapa sahaja)

3.6 SEORANG JURUAUDIT
(terbuka kepada ahli berdaftar dari kalangan ibubapa sahaja)

Kehadiran dan kerjasama Datuk / Datin / Tuan / Puan amatlah diharapkan dan didahului dengan ucapan
terima kasih.
Sekian.
“MUAFAKAT MEMBAWA BERKAT”
Yang menjalankan amanah,

WAN MUHAMMAD AZAM BIN WAN ABDUL AZIZ
Setiausaha Muafakat
MRSM Tun Ghafar Baba
s.k. Pengetua MRSM Tun Ghafar Baba (Penasihat)

YDP Muafakat MRSM Tun Ghafar Baba

Lampiran 1

TENTATIF ATUR CARA MESYUARAT AGUNG
MUAFAKAT CAWANGAN MRSM TGB KALI KE - 19

TARIKH : 27 OKTOBER
2021 MASA : 9.30 PAGI
TEMPAT : MICROSOFT TEAMS WEBINAR

9.00 –9.30 Pagi : Kehadiran Ibu Bapa & Guru

9.30 Pagi : Bacaan Doa
: Ucapan YDP Muafakat
: Ucapan Alu-Aluan Pengetua
: Mesyuarat Agung Muafakat Bermula

AGENDA MESYUARAT AGUNG MUAFAKAT MRSM TGB KALI KE 19

− Membentang Minit Mesyuarat Agung MRSM Tun Ghafar

Baba Kali Ke-18.
− Membentang dan Menerima Laporan Setiausaha Cawangan
− Membentang dan Menerima Laporan Kewangan yang

berakhir 31 Dis 2020
− Pembubaran AJK sedia ada
− Pencalonan dan Pengundian Barisan Jawatankuasa Sesi 2021/2023
− Perbincangan Usul / Cadangan
− Ucapan Penangguhan

12.30 Tengahari : Bersurai

MINIT MESYUARAT AGUNG
MUAFAKAT MRSM TGB KALI KE - 18

Tarikh :28 NOVEMBER 2020
Hari : SABTU
Masa :10.00 PAGI HINGGA 1.00 PETANG
Tempat : MICROSOFT TEAMS WEBINAR
Kehadiran
206

AGENDA :

1) UCAPAN PENGERUSI
2) UCAPAN PENGETUA
3) MEMBENTANG DAN MENERIMA PERINGATAN MESYUARAT

AGUNG KALI KE – 17
4) MEMBENTANG LAPORAN SETIAUSAHA CAWANGAN
5) MEMBENTANG DAN MENERIMA LAPORAN KEWANGAN YANG

BERAKHIR PADA 31 DISEMBER 2019
6) PERBAHASAN USUL / CADANGAN
7) UCAPAN PENANGGUHAN

3

AGENDA 1: UCAPAN PENGERUSI

1.1 Pengerusi MUAFAKAT MRSM Tun Ghafar Baba, Tuan Haji Mokhlis Makluman

bin Maizan, mengucapkan terima kasih kepada semua pihak atas

kehadiran ke Mesyuarat Agung Tahunan Muafakat kali ke-18.

1.1 Pengerusi MUAFAKAT memaklumkan bahawa mesyuarat kali ini akan Makluman

membincangkan perkara-perkara yang telah dilakukan dan akan

dilakukan di MRSM Tun Ghafar Baba serta melaporkan segala aktiviti

mengikut perancangan.

1.2 Pengerusi Muafakat juga memaklumkan bahawa banyak bantuan dan Makluman

sokongan telah disampaikan oleh pihak pengurusan maktab serta

pelbagai acara telah dianjurkan untuk membantu pelajar dari segi

akademik dan sosial. Pelbagai masalah akan turut dipantau dan

diselesaikan dari masa ke masa.

1.3 Pengerusi MUAFAKAT juga menzahirkan kegembiraan dan rasa Makluman

bangga dengan sokongan ahli MUAFAKAT dalam menjayakan pelbagai

program khususnya yang menjurus kepada aspek akademik.

1.4 Pengerusi MUAFAKAT berharap pertalian antara ahli MUAFAKAT Makluman

dan pihak pengurusan maktab semakin utuh dari hari ke hari atas
kerjasama, toleransi dan sokongan untuk mejayakan program maktab.

1.5 Pengerusi MUAFAKAT menerangkan bahawa setiap program yang Makluman

dijalankan telah melibatkan perbincangan antara semua ahli

MUAFAKAT, Pengerusi , Pengetua dan Ahli Jawatankuasa.

1.6 Keputusan SPM 2018 dilihat agak mencabar namun diharapkan Makluman

keputusan peperiksaan bagi calon-calon SPM 2020 akan menjadi lebih
baik.

1.7 Pengerusi MUAFAKAT menerangkan bahawa guru-guru MRSM Tun Makluman

Ghafar Baba juga mendapat jemputan daripada sekolah luar untuk

mengadakan perkongsian dan hal ini menjadi bukti keupayaan guru

untuk sentiasa bersedia membantu para pelajar.

1.8 Pengerusi MUAFAKAT juga memaklumkan bahawa banyak Makluman

permasalahan dapat ditangani dengan bantuan daripada Timbalan

Pengetua Pembangunan Pelajar.

1.9 Pengerusi Muafakat melahirkan rasa terharu atas bantuan kewangan Makluman

yang disalurkan oleh ibu bapa kerana sumbangan selama ini amat

menggalakkan untuk perjalanan program sama ada program itu untuk

pelajar-pelajar di maktab atau usaha membantu masyarakat yang ditimpa
musibah.

1.10 Perjalanan MUAFAKAT seperti ini diharapkan akan sentiasa berterusan Makluman

dan ditambah baik setiap masa.

1.11 Akaun Biro Kebajikan MUAFAKAT diwujudkan supaya dana yang Makluman

disalurkan tidak bercampur dengan dana MUAFAKAT justeru akan

dikendalikan sebaik-baiknya sebelum diputuskan untuk pengagihan bagi

membantu para pelajar.

1.12 Pengerusi MUAFAKAT sekali lagi berharap agar pihak ibu bapa tidak Makluman

berhenti untuk memberikan sokongan para pelajar dalam usaha

menuntut ilmu.

4

AGENDA 2: UCAPAN PENGETUA Makluman
2.1 Pembangunan Pelajar MRSM Tun Ghafar Baba

2.1.1) Pengetua MRSM Tun Ghafar Baba iaitu Tuan Haji Mohamed
Satari bin Hashim memaklumkan bahawa bilangan terkini pelajar
adalah seperti berikut:

i. Bilangan keseluruhan pelajar: 858 orang Makluman
ii. Bilangan pelajar lelaki: 423 orang
iii. Bilangan Pelajar perempuan 435 orang
iv. Bilangan pelajar tingkatan 4: 433 orang
v. Bilangan pelajar tingkatan 5: 425 orang

2.2 Lapuran Pencapaian Peperiksaan SPM 2019.

2.2.1) Pengetua melaporkan bahawa pencapaian SPM 2019
menunjukkan peningkatan berbanding pencapaian SPM 2018
dengan perbandingan nilai GPS:

Tahun GPS
2018: 1.485

2019 1.371

2.2.2) Pengetua melaporkan bahawa mata pelajaran berikut
mencatatkan peningkatan pencapaian:

i. Bahasa Inggeris
ii. Pendidikan Agama Islam
iii. Prinsip Perakaunan
iv. Sejarah
v. Matematik
vi. Matematik Tambahan

2.2.3) Pengetua memaklumkan kedudukan antara seluruh MRSM bagi
pencapaian berdasarkan mata pelajaran:

i. Bahasa Inggeris di kedudukan pertama
ii. Sejarah di kedudukan kedua dengan nilai GP 0.614.
iii. Pendidikan Agama Islam di kedudukan ketiga dengan nilai GP

0.482
iv. Matematik di kedudukan kedua
v. Fizik di tempat kedua dengan nilai GP 2.408
vi. Kimia di tempat kedua dengan nilai GP 2.254
vii. Prinsip Perakaunan di tempat keempat dengan nilai GP 0.726
viii. Seni Visual mencatatkan pencapaian 100 % A.

5

2.3 Analisis Peperiksaan Semester 1, 2020 Makluman

2.3.1) Pengetua menjelaskan bahawa bagi pelajar tingkatan 4 dan
tingkatan 5, ujian setara atau peperiksaan semester 1 dilaksanakan
selepas pembelajaran sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan
selama 4 bulan iaitu antara bulan Mac hingga Jun bagi pelajar
tingkatan 5 dan bulan Mac hingga Julai bagi pelajar tingkatan 4.

2.3.2)Pengetua mengumumkan pencapaian bagi pelajar tingkatan 5
seperti berikut:

i. Gred Purata Maktab: 2.60
ii. Kelas terbaik: Tingkatan 516
iii. Homeroom Terbaik: Homeroom Cikgu Rozila
iv. Bilangan pelajar yang memperoleh semua A (SPM): 23 orang
v. Bilangan pelajar yang memperoleh semua A(PNG): 127 orang
vi. Bilangan pelajar yang memperoleh PNG 4.0: 32 orang

2.3.3) Pengetua juga mengumumkan peratusan pencapaian pelajar
adalah seperti berikut:

i. Jumlah pelajar yang memperoleh 4.00: 7.57%
ii. Jumlah pelajar yang memperoleh antara 3.75 hingga 3.99: 53.9%
iii. Jumlah pelajar yang memperoleh antara 3.50 hingga 3.74: 26.24%
iv. Jumlah pelajar yang memperoleh antara 3.00 hingga 3.49: 11.35 %
v. Jumlah pelajar yang memperoleh 3.00 ke bawah: 0.95 %

2.3.4) Pengetua telah memaparkan perbandingan Gred Purata Maktab
bagi SPM antara tahun 2015 hingga 2019.

Tahun Nilai Gred Kedudukan Kedudukan antara
sekolah-di seluruh
Purata Maktab MRSM Malaysia
3
2015 1.442 2 1
2016 1.218 1 4
2017 1.266 1 8
2018 1.480 1 5
2019 1.370 1

6

2.3.5) Pengetua juga telah memaklumkan kepada pihak ibu bapa
bahawa program Pembangunan Kurikulum MRSM TGB yang
telah dijalankan adalah seperti berikut:

i. Intensive Revision Programme
ii. Kelas Pengayaan
iii. Kelas Kurnia
iv. Kem / Seminar
v. Program SPA

2.4 Analisis Ujian Setara Tingkatan 4 Semester 1, 2020.

2.4.1) Pengetua membentangkan pencapaian pelajar tingkatan 4
seperti berikut:

i. Gred Purata Maktab: 3.82
ii. Kelas terbaik: Tingkatan 415
iii. Homeroom terbaik: Homeroom Cikgu Ridzuan
iv. Pelajar yang memperoleh semua A (SPM): 10 orang
v. Pelajar yang memperoleh semua A (PNG): 36 orang
vi. Pelajar yang memperoleh PNG 4.0: 6 orang

2.4.2) Pengetua mengumumkan bahawa MRSM TGB berada di
kedudukan keenam antara MRSM di seluruh Malaysia.

2.4.3) Pengetua memaklumkan ibu bapa bahawa para pelajar masih
mempunyai kelas sehingga 18 Disember di samping memberikan
perhatian terhadap para pelajar yang tidak menyertai kelas
secara dalam talian.

2.4.4) Pengetua mengucapkan tahniah kepada pelajar-pelajar yang
telah berjaya memperoleh PNG 4.00 :

i. Atheerah Zaralyn binti Abdul Aziz dari kelas 402, Homeroom
Cikgu Miza.

ii. Arif Haiman bin Ahmad dari kelas 403, Homeroom Cikgu Siti.
iii. Nurnajwa binti Jaafar dari kelas 405, Homeroom Cikgu Rahizawati.
iv. Nur Maisarah binti Yahya dari kelas 406, Homeroom Cikgu

Zaidah.
v. Meera Syaqira binti Jasmee dari kelas 412, Homeroom Cikgu

Norazri.
vi. Najwa Hannah binti Muhammad Nasir dari kelas 414, Homeroom

Cikgu Junaidah
vii. Wan Adriana Soliha binti Wan Suhaimi dari kelas 414
viii. Nur Sanjida binti Md Titu dari kelas 415, Homeroom Dr. Zarina.
ix. Aqilah binti Abu Kassim dari kelas 417,Homeroom Cikgu

Marliana.

7

2.4.5) Pengetua juga telah membentangkan Analisis Perbandingan PNG
Peperiksaan Semester 1 dari tahun 2018 hingga 2020 seperti
berikut:

Tahun PNG
2018 3.01
2019 2.97
2020 3.82

2.4.6) Berikutnya, Pengetua juga telah memaparkan analisis
perbandingan pencapaian antara MRSM seluruh Malaysia bagi
Peperiksaan Semester 1 tahun 2020 yang telah diduduki pelajar
tingkatan 4 dan tingkatan 5 MRSM Tun Ghafar Baba.

Tingkatan Gred Purata Maktab Kedudukan
4 2.613 6
5 3.821 1

2.5 2.5.1) Pengetua telah membentangkan segala aktiviti dan pencapaian Makluman
yang diperolehi pelajar-pelajar MRSM Tun Ghafar Baba:

Aktiviti Pencapaian
Malaysia Technology Expo 1 pingat perak, 1
pingat gangsa
Festival Kesenian Muzik Sekolah-sekolah Anugerah Emas
Malaysia Peringkat Kebangsaan
Pertandingan Tunas Saintis dan Kejohanan Roket 1 pingat gangsa
MRSM Peringkat Kebangsaan 2019
Pertandingan Minggu Bahasa dan Kuiz Sastera 2 tempat kedua
Peringkat Kebangsaan 2019
Kejohanan Bola Jaring MSSN Melaka 2019 2 orang pelajar
menjadi wakil
Pertandingan Melukis Doodle Menang semua
kategori

2.6 2.6.1) Pengetua telah membentangkan takwim bagi tahun hadapan Makluman
dalam situasi normal baharu.

AGENDA 3: PEMBENTANGAN DAN PENERIMAAN PERINGATAN Makluman
MESYUARAT AGUNG KALI KE – 17

3.1 3.1.1) Setiausaha MUAFAKAT Cawangan MRSM Tun Ghafar Baba

iaitu Encik Wan Muhammad Azam telah membentangkan

Peringatan Mesyuarat Agung MUAFAKAT Kali ke-17.

3.1.2) Puan Syamsinar binti Yusof telah mencadangkan minit mesyuarat
ini diterima dan cadangan ini telah disokong oleh Encik Mohd.
Bukhari bin Abdul Hamid

8

AGENDA 4: PEMBENTANGAN LAPORAN SETIAUSAHA Makluman
CAWANGAN
4.1 Lapuran Tahunan MUFAKAT 2019

4.1.1) Encik Wan Muhammad Azam selaku Setiausaha MUAFAKAT
telah memaklumkan bahawa senarai Ahli Jawatankuasa
MUAFAKAT bagi tahun 2019 hingga 2021 boleh dirujuk dalam
senarai ahli jawatankuasa.

4.1.2) Setiausaha menjelaskan bahawa mesyuarat Ahli Jawatankuasa Makluman
MUAFAKAT bagi tahun 2019 hingga 2021 telah diadakan buat
pertama kali pada tarikh 6 April 2019, 13 Mac 2020 dan 17
Oktober 2020 ekoran penularan pandemik Covid-19 dan tarikh
awal tidak dapat diputuskan.

4.2 Lapuran Program dan Aktiviti Sepanjang Tahun 2019

4.2.1) Setiausaha telah melaporkan program serta aktiviti yang
dianjurkan sepanjang tahun 2020 seperti berikut:

i. Penganjuran Program Ulul Albab dan Kecemerlangan SPM
Tingkatan 5 2019.

ii. Program Coffee Break kepada calon-calon SPM 2019.

4.2.2) Setiausaha juga telah membentangkan sumbangan untuk
program kecemerlangan akademik, kokurikulum dan sahsiah.
Dimaklumkan bahawa pihak Jawatankuasa MUAFAKAT MRSM
Tun Ghafar Baba telah meluluskan sejumlah peruntukan
perbelanjaan bagi tahun 2019 untuk menjana program dan
aktiviti kecemerlangan akademik, kokurikulum dan sahsiah.
Antara program tersebut ialah:

i. Sumbangan pelajar ke Suny, New York.
ii. Sumbangan Annual Dinner Vybers 2019.
iii. Majlis Restu-Aqiqah Vybers 2019.
iv. Sumbangan Guru Muda Kelas Kurnia 2019.
v. Sumbangan BBQ Vybers 2019.
vi. Sumbangan Bidai Surau.
vii. Sumbangan Kertas A4 untuk peperiksaan akhir tahun.
viii. Sumbangan tunggakan bayaran Hari Graduasi, Koperasi, Yuran

MUAFAKAT dan Ulul Albab 2019.

AGENDA 5: PEMBENTANGAN LAPORAN KEWANGAN YANG Makluman
BERAKHIR PADA 31 DISEMBER 2019
5.1 5.1.1) Puan Aima Syamimi binti Mohamed Rodzuan selaku Bendahari

MUAFAKAT Cawangan MRSM Tun Ghafar Baba telah
membentangkan laporan kewangan berakhir pada 31 Disember
2019.
5.1.2) Laporan kewangan ini telah dicadangkan untuk disahkan oleh
Encik Muhammad Razuan dan disokong oleh Puan Norhasyimah.

9

AGENDA 6: PERBAHASAN USUL DAN CADANGAN

6.1 i. Encik Mokhlis menjelaskan bahawa pengetua telah berkongsi Makluman
dan membentangkan pencapaian pelajar tingkatan 4 dalam
mesyuarat.

6.2 i. Encik Mokhlis memaklumkan bahawa semua guru Bahasa Makluman
Inggeris sentiasa mengenal pasti pelajar yang lemah dalam mata
pelajaran tersebut . Kelas SPA yang dianjurkan ialah berdasarkan
mata pelajaran para pelajar dan mereka akan dikumpulkan
mengikut pencapaian mata pelajaran. Pelajar dengan pencapaian
minima akan dikumpulkan justeru kelas tambahan dan aktiviti
untuk membantu mereka akan dijalankan bacaan tambahan dan
program khas lisan. Guru muda juga akan turut membantu rakan-
rakan lain dalam mata pelajaran ini.

6.3 i. Encik Mokhlis menerangkan bahawa kelas tambahan berbayar Makluman
bagi mata pelajaran kritikal tidak diperlukan kerana guru-guru
di MRSM Tun Ghafar Baba sentiasa komited dan menjalankan
usaha yang terbaik untuk para pelajar seperti kelas tambahan dan
juga SPA. Perkara yang lebih penting ialah penyertaan para
pelajar dalam usaha yang dijalankan.

6.4 i. Encik Mokhlis menyatakan bahawa kelas dalam talian akan Makluman
diteruskan dan kesedaran awal untuk persediaan SPM 2021
merupakan perkara yang baik. Tarikh peperiksaan SPM pula
akan diumumkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.

ii. Pengetua memaklumkan bahawa arahan telah diberikan kepada

guru-guru untuk menyediakan soalan khusus untuk tingkatan 4

2020 bagi peperiksaan dalam talian. Sela masa peperiksaan bagi

setiap mata pelajaran ialah selama 1 jam 30 minit dengan

mengambil kira masalah teknikal. Pihak maktab akan mencuba

untuk tidak mengadakan peperiksaan secara dalam talian

sepenuhnya kerana terdapat pelajar yang menghadapi masalah
talian internet. Para pelajar juga diberikan perhatian sebaiknya.

6.5 i. Encik Mokhlis menjelaskan usul untuk menyimen kawasan Tindakan:

ampaian baju di asrama lelaki akan diperhalus semula oleh pihak Pihak

pengurusan. pengurusan

maktab

6.6 i. Encik Mokhlis memaklumkan bahawa perkara berkaitan Tindakan:

prasarana akan diberikan perhatian dan pemantauan terhadap Pihak

masalah disiplin akan diteruskan untuk mendapatkan pengurusan

pengawasan yang terbaik dan tindakan yang sesuai boleh maktab
diambil.

6.7 i. Pengetua dan Timbalan Pengetua Pembangunan Bakat telah Makluman

mengambil langkah yang baik berkaitan perluasan dan

penambahan kemudahan mesin basuh dan pengering. Sebarang

maklum balas akan dapat dilihat pada bulan Januari 2021.

6.8 i. Berkaitan dengan usaha mewujudkan ruang solat di blok asrama Makluman

pelajar perempuan, Encik Mokhlis menjelaskan bahawa

perbincangan telah diadakan dengan ustazah. Jika para pelajar

menunaikan solat di asrama, dikhuatiri tidak semua pelajar akan

menunaikannya. Amalan solat di surau membolehkan mereka

10

terdidik untuk menunaikan ibadah tersebut melainkan mereka
tidak dibenarkan atas alasan tertentu.
ii. Pengetua juga memaklumkan bahawa solat berjemaah
sememangnya diadakan di surau namun disebabkan pandemik
Covid-19 dan amalan penjarakan sosial, maka surau hanya boleh
dimuatkan dengan 450 orang jemaah. Pelajar lelaki akan
menunaikan solat di surau manakala pelajar perempuan di
asrama dan ruang untuk solat tidak dapat disediakan di bilik
asrama perempuan.
6.9 i. Encik Mokhlis memaklumkan bahawa hari Sabtu ialah hari Makluman
untuk aktiviti maktab seperti kokurikulum atau aktiviti di asrama
yang melibatkan gotong-royong. Jika masa melawat pada hari
Sabtu dipanjangkan sama seperti hari Ahad maka perkara yang
melibatkan pembentukan sahsiah akan terabai.
6.10 i. Encik Mokhlis menjelaskan bahawa pihak maktab sentiasa Makluman
memastikan para pelajar mematuhi peraturan berkaitan waktu
tidur mereka dan para pelajar juga perlu didik untuk
mengamalkan waktu tidur yang lebih baik.
6.11 i. Encik Mokhlis memaklumkan bahawa ustazah dan juga pihak Makluman
BADAR akan diberitahu untuk memantau kebersihan di surau
bahagian pelajar perempuan dan bantuan yang diperlukan
daripada MUAFAKAT akan dihulurkan untuk menceriakan dan
mengimarahkan surau.

ii. Pengetua memaklumkan Bahagian Pendidikan Menengah Tindakan:
bersama-sama Bahagian Aset dan Perolehan telah Pihak Dewan
membentangkan menu baharu kepada Pengurusan MARA dan Selera
Lembaga Perolehan MARA yang dipengerusikan oleh Ketua
Setiausaha Kementerian. Menu baharu telah diluluskan dan akan
berkuat kuasa pada Januari 2021. Para pelajar akan dihidangkan
dengan nasi untuk waktu makan tengah hari dan makan malam.
Menu ini akan disajikan sebanyak 56 kali dalam 4 minggu.
Jawatankuasa juga memberikan pertimbangan supaya para
pelajar mendapat menu yang seimbang dengan makanan laut.
Oleh itu, para pelajar akan juga akan dihidangkan dengan menu
seperti berikut:

 ayam sebanyak 20 kali sebulan,
 daging sebanyak 9 kali sebulan,
 ikan gred A seperti ikan bawal sebanyak 4 kali sebulan
 Ikan tenggiri sebanyak 7 kali sebulan
 Ikan siakap sebanyak 2 kali sebulan
 Ikan bukan gred A seperti talapia sebanyak 2 kali sebulan, kian

keli sebanyak sekali sebulan, serta ikan kembung dan ikan selar
sebanyak 6 kali atu 5 kali sebulan.

iii. Pengetua turut mengumumkan bahawa minum pagi juga akan
diberatkan namun pelajar akan dihidangkan dengan bijirin
sarapan sebanyak 1 atau 2 kali. Selepas menu baharu
dicadangkan, ia disemak semula oleh Kementerian Kesihatan

11

Malaysia dan masih mengekalkan menu bubur kacang pada
waktu malam sebanyak 2 kali sebulan.
iv. Penajaan nasi beriani oleh ibu bapa sebagai kejutan untuk para
pelajar di Dewan Selera adalah di luar polisi MARA kerana Makluman
menu sudah ditetapkan kecuali untuk jamuan.

v. Prestasi Dewan Selera sentiasa dipantau dan tiada kompromi

dengan menu yang tidak berkualiti. Makluman

vi. Encik Mokhlis menjelaskan bahawa masalah kecurian perlu
dilaporkan oleh para pelajar dan para ustaz serta ustazan akan Makluman
memberikan ceramah selepas maghrib sebagai tarbiyah agar para
pelajar tidak mencuri. Ibu bapa juga disarankan agar
mengingatkan para pelajar supaya tidak terjebak dengan perkara
sedemikian. Pengetua turut menjelaskan bahawa para pelajar
juga bersama-sama menjalankan aktiviti kerohanian dan para
ustaz akan memantau aktiviti mereka.

vii. Encik Mokhlis memaklumkan bahawa bas maktab digunakan
ketika ini untuk outing pelajar .Keadaan bas maktab lebih elok Makluman
berbanding perkhidmatan bas daripada pihak luar. Syarikat bas
dari luar akan membawa 2 buah van pada hari Sabtu sebagai
perkhidmatan untuk para pelajar ke Jasin atau Jasin Bestari. Para
pelajar tidak dibenarkan menggunakan kenderaan awam untuk
mengelakkan keadaan menjadi tidak terkawal.

6.12 i. Encik Mokhlis menerangkan bahawa hari Sabtu ialah hari untuk Tindakan:
para pelajar menceriakan kawasan sekolah dan terdapat juga Warden
projek seperti penampalan ‘wallpaper’ di asrama. Selanjutnya, asrama
projek tersebut telah 2 tahun berlalu dan program baharu akan
diadakan untuk menceriakan kawasan asrama lelaki dan
perempuan.

6.13 ii. Pengetua telah memaklumkan bahawa pihak maktab akan Makluman
memohon peruntukan daripada Ibu Pejabat MARA untuk
memasang lebih banyak lampu jalan dan proses penggantian
lampu di koridor dan di kelas sedang dijalankan.

6.14 i. Encik Mokhlis memaklumkan bahawa pembelian menggunakan Makluman
kad debit di koperasi atau di kafeteria dan penyelarasan kad
pelajar dengan kad debit telah dibincangkan dengan pihak
koperasi. Selain itu, perbincangan juga telah diadakan dengan
pihak BIMB dan BSN untuk mengadakan perkhidmatan
tersebut. Sekiranya sistem ini dapat diwujudkan oleh koperasi,
maka kes kecurian juga dapat dikurangkan dan penggunaannya
akan diperluas.

ii. Pengetua mengumumkan bahawa koperasi akan menjalankan
sistem ‘cashless’ setelah berbincang dengan pihak BSN yang

akan berkuat kuasa pada Januari 2021 jika tidak ada apa-apa

halangan.

12

6.15 i. Sistem yang digunakan di MRSM Tun Ghafar Baba adalah untuk Makluman
ii. menerima bayaran dan direkodkan dalam Microsoft Excel.
iii. Sistem ini juga bukanlah seperti sistem perbankan dalam talian. Makluman
Ibu bapa perlu menyerahkan resit kepada Puan Hafizah untuk
pengemaskinian sebelum menerima laporan daripada ibu Makluman
pejabat. Encik Mokhlis juga memaklumkan ibu bapa boleh Tindakan:
menyerahkan resit pembayaran kepada beliau untuk Pihak maktab
dipanjangkan kepada Puan Hafizah.
Pengetua juga menjelaskan bahawa Sistem Maklumat Bersepadu
MARA yang mengemaskini rekod pembayaran sebelum akan
ditukarkan kepada sistem baharu pada masa akan datang. Selepas
pembayaran dibuat, pengemaskinian memerlukan tempoh
selama 1 atau 2 hari dan kerani akan merujuk SMBM tetapi
catatan juga diperlukan untuk melihat rekod pembayaran yang
dibuat oleh pelajar dan dikemas kini dalam Microsoft Excel.

Mana-mana lebihan bayaran akan dibawa ke hadapan dan
lebihan bayaran akan dimaklumkan kepada para pelajar supaya
ibu bapa menunjukkan bukti pembayaran sebagai prosedur yang
ditetapkan oleh Kementerian Kewangan untuk pembayaran
semula.

iv. Surat tuntutan akan diberikan secara individu kepada pelajar
yang belum menjelaskan bayaran.

6.16 i. Keadaan kesihatan para pelajar boleh dirujuk terus oleh warden Makluman
asrama dan Puan Ismahani selaku penyelaras asrama yang akan
menguruskan penghantaran pelajar ke klinik. Kemudian,
keadaan kesihatan para pelajar akan dimaklumkan kepada guru-
guru homeroom.

6.17 i. Encik Mokhlis menjelaskan bahawa salah satu perkhidmatan Makluman
yang sudah didigitalkan ialah sistem outing dan terdapat banyak
penambahbaikan dijalankan. Sistem ini akan menjadi sistem
yang interaktif dalam kalangan ibu bapa kerana mereka boleh
memantau keadaan anak-anak seperti kes disiplin yang akan
dimaklumkan oleh pihak maktab dan dikemas kini melalui
sistem tersebut.

6.18 i. Satu tinjauan telah dibuat oleh pengetua dalam kalangan guru Makluman
dan majoriti guru mencadangkan supaya para pelajar tidak
dibenarkan untuk membawa telefon pintar kecuali telefon bimbit
biasa yang akan dilaksanakan pada tahun hadapan. Jika dijumpai,
telefon pintar akan diambil oleh guru-guru, dilabelkan dan
disimpan oleh Pengetua. Telefon pintar hanya akan dipulangkan
selepas peperiksaan SPM.
Tindakan:

ii. Pengetua menjelaskan pada tahun 2019 larangan untuk pelajar Pihak
membawa telefon pintar pada tahun 2020 telah ditetapkan namun pengurusan
apabila pandemik Covid-19 melanda dan pelajar kembali ke maktab
maktab setelah melalui proses pembelajaran dalam talian,
mereka dibenarkan membawa telefon pintar jika tidak
disalahgunakan. Kebenaran untuk membawa telefon pintar

13

dalam kalangan Badan Wakil Pelajar akan dibincangkan semula

oleh pengurusan maktab.

6.19 i. Keadaan cuti pulang bermalam sebelum peperiksaan hanya Makluman

berlaku dalam situasi pandemik Covid-19 dan akan kembali

normal. Pengetua memaklumkan bahawa tiada aktiviti pulang

bermalam sebelum peperiksaan namun disebabkan Covid-19,

pihak maktab membenarkan pelajar pulang bermalam apabila

arahan dikeluarkan oleh Ibu Pejabat MARA. Pelajar diberi

pilihan sama ada ingin pulang bermalam atau sebaliknya.

Mereka diwajibkan untuk pulang bermalam ketika cuti semester.

6.20 i. Perkhidmatan bas MUAFAKAT akan diadakan semula. Makluman

6.21 i. Encik Mokhlis mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa yang Makluman

bersetuju dengan kaedah pihak MARA dan MRSM TGB dalam

menangani krisis Covid-19 serta ucapan tahniah daripada ibu
bapa kepada warga pendidik dan MUAFAKAT.

6.22 i. Encik Mokhlis memaklumkan bahawa tiada pemilihan ahli Makluman

jawatankuasa yang akan dijalankan pada tahun ini.

AGENDA 7: UCAPAN PENANGGUHAN Makluman

7.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua pihak kerana
menghadiri mesyuarat serta memaklumkan Mesyuarat Agung
MUAFAKAT Kebangsaan akan diadakan pada tarikh yang akan
diumumkan.

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 1.30 petang

Minit dicatat oleh:

MUHAMMAD SYAFIQ BIN KAMSANI
Penolong Setiausaha MUAFAKAT

14

Minit Disediakan oleh:
WAN MUHAMMAD AZAM BIN WAN ABDUL AZIZ
Setiausaha MUAFAKAT
Disahkan oleh:
MOKHLIS BIN MAIZAN
YDP MUAFAKAT

15

LAPORAN TAHUNAN MUAFAKAT MRSM TUN GHAFAR BABA

MUAFAKAT MRSM Tun Ghafar Baba sentiasa bekerjasama dengan pihak Pengurusan MRSM TGB
merancang dan melaksanakan pelbagai program untuk meningkatkan kecemerlangan Maktab ini
sama ada dalam bidang akademik , kokurikulum dan juga pembentukan sahsiah pelajar.

1. SENARAI AHLI JAWATANKUASA MUAFAKAT SESI 2019 - 2021

EX-OFFICIO : EN. MOHAMMED SATARI BIN HASHIM (PENGETUA)

YDP MUAFAKAT : EN. MOKHLIS BIN MAIZAN

NYDP MUAFAKAT : PN. ATIKA BINTI BERZURI

SETIAUSAHA : EN. WAN MUHAMMAD AZAM BIN WAN ABDUL AZIZ

PEN. SETIAUSAHA : EN. MUHAMMAD SYAFIQ BIN KAMSANI

BENDAHARI : PN. AIMA SYAMIMI BINTI MOHAMED RODZUAN

JEMPUTAN WAKIL PENGURUSAN: EN. MOHD BUKHARI BIN HAMED (TPPP)

PN. HAFIZAH IRDAWATI BINTI CHE MUDA (TPKA)

PN. SYARIMASNI BINTI SAMSUDIN (TPPB)

AHLI –AHLI MUAFAKAT :

PROF. IR DATO’ OTHMAN BIN A.KARIM
EN. MOHAMED ZAIHASREEN BIN MOHAMED ZAINAL
EN. HAJI CHE HUSSEIN BIN IBRAHIM
PN. SHAMSINA BINTI YUSOF
PN. SAKHIRAH BINTI HJ YAHAYA MALIK
EN. SHAHILAN BIN HJ ZUKI
EN. LIM LAI HENG
PN. SINTA ANAK MAKAH
EN. JAPAR HASHIM
DR. JAMALIAH IJAK
PN. JUNAIDA BINTI ISNIN
PN. NOR SITI MAIMUNAH BT ABDUL RAZAK
EN. MOHD SYAHIR BIN OTHMAN

PEM. KIRA - KIRA : DR. RAMNAN BIN SAIDUN
EN. MOHAMAD ZULFAHMI BIN DARESHAH

2. MESYUARAT AHLI JAWATANKUASA (2020-2021)

Pertama : 13 Mac 2020

Kedua : 17 Okt 2020

Ketiga : 14 Ogos 2021

Keempat : 2 Oktober 2021

1

3. LAPORAN PROGRAM / AKTIVITI SEPANJANG TAHUN 2020

3.1 Menganjurkan Program Ulul Albab 2020/2021 dan Kecemerlangan Umum
2020/2021.

4. SUMBANGAN UNTUK PROGRAM KECEMERLANGAN AKADEMIK, KOKURIKULUM DAN
SAHSIAH

Pihak Jawatankuasa MUAFAKAT MRSM TGB meluluskan sejumlah peruntukan
perbelanjaan bagi tahun 2020 dan 2021 untuk menjana program dan aktiviti berkaitan
kecemerlangan akademik, kokurikulum dan sahsiah kepada pihak Pengurusan MRSM Tun
Ghafar Baba. Antaranya ialah seperti berikut:-

i. Sumbangan Majlis Penyerahan Keputusan SPM 2019.
ii. Sumbangan Majlis Kecemerlangan SPM 2019.
iii. Sumbangan Majlis Graduasi 2019.
iv. Sumbangan Hari Akademik 2020.
v. Sumbangan Celebrate The Success 2020.
vi. Bayaran Akhbar dalam Kelas NSTP.
vii. Sumbangan Hari Kerjaya Minggu Aktiviti 2020.
viii. Sumbangan Meja Pelajar 2020.
ix. Sumbangan Perkhidmatan Penapis Air Azro Technologies dan Coway.
x. Pembelian Pelitup Muka, Pengimbas Suhu dan Pensanitasi Tangan 2020.
xi. Sumbangan Bayaran Penceramah Motivasi Tingkatan 4 2020.
xii. Sumbangan Pembelian Kipas Surau 2020.
xiii. Sumbangan Pembayaran Penyelenggaran Pendingin Hawa Surau dan

Partition Surau 2020.
xiv. Sumbangan Bayaran Penceramah Amal Islami.
xv. Sumbangan Bayaran Dobi Koperasi – BUDI
xvi. Sumbangan Pembayaran Yuran MUAFAKAT – BUDI

Disediakan oleh :

WAN MUHAMMAD AZAM BIN WAN ABDUL AZIZ
Setiausaha MUAFAKAT
MRSM Tun Ghafar Baba

16

MUAFAKAT MRSM TUN GHAFAR BABA
PENYATA PENERIMAAN DAN PEMBAYARAN BAGI TEMPOH

1 JANUARI SEHINGGA 31 DISEMBER 2020

Baki pada 1 Januari 2020 RM RM
Wang di bank 40,345.83

Penerimaan: 45,965.00
Yuran Muafakat 8,280.00
Kutipan Graduasi 2020
Kutipan Program Ulul Albab 2020 32,130.00
Kutipan Bayaran Buku Teks SPM 2019 992.60
Sumbangan Kebajikan 709.00
Faedah atas simpanan 38.68
Jumlah penerimaan 88,115.28
128,461.11
Tolak: Pembayaran
Perbelanjaan Program Kecemerlangan Umum (Nota B1) 41,950.60
Perbelanjaan Program Kokurikulum (Nota B2) -
Lain-lain Perbelanjaan (Nota B3)
Bayaran Program Ulul Albab 10,239.60
Caj Bank 29,160.00
Jumlah pembayaran
37.60

(81,387.80)

Baki pada 31 Disember 2020 47,073.31
Wang di bank

Disediakan oleh

AIMA SYAMIMI BINTI MOHAMED RODZUAN
BENDAHARI MUAFAKAT MRSM TUN GHAFAR BABA
Tarikh: 31 Januari 2021

Diaudit oleh

DR. RAMNAN SAIDUN
JURUAUDIT 1
Tarikh: 31 Januari 2021

Diaudit oleh

MOHAMAD ZULFAHMI B. DARESHAH
JURUAUDIT 2
Tarikh: 31 Januari 2021

17

NOTA PERBELANJAAN
MUAFAKAT MRSM TUN GHAFAR BABA JASIN MELAKA

A. PROGRAM KECEMERLANGAN UMUM (NOTA B1) No Cek RM RM
(a) Sumbangan Hari Akademik 546036 2,000.00 41,950.60
(b) Sumbangan Majlis Celebrate The Success 546307 10,184.00
(c) Sumbangan Majlis Penyerahan Keputusan SPM 2019 546312
(d) Bayaran Surat Akhbar dalam Kelas 644.00
Star Media Group Berhad 546316
News Straits Times 546314 720.00
(e) Sumbangan Hari Kerjaya Minggu Aktiviti 546317 1,432.60
546319 4,150.00
(f) Bayaran Perkhidmatan Penapis Air 1,000.00
Azro Technologies 546318
Coway (Malaysia) Sdn Bhd 546321 4,800.00
1,320.00
(g) Sumbangan Majlis Kecemerlangan SPM 2019 15,700.00
JUMLAH KECEMERLANGAN UMUM

B) PERBELANJAAN PROGRAM KOKURIKULUM (NOTA B2)

JUMLAH PROGRAM KO KURIKULUM -

C) LAIN-LAIN PERBELANJAAN (NOTA B3) 537349 2,000.00
(a) Sumbangan meja pelajar 546301 2,000.00
(b) Sumbangan Majlis Persaraan Guru 546304
(d) Jamuan Makan Mesyuarat AJK (Jan 2020) 537332 237.00
(e) Sumbang Majlis Graduasi 2019 (Backdrop) 546308 1,500.00
(f) Hadiah Persaraan Pn Muhibbah 546315
(h) Yuran Muafakat Pusat 268.00
(i) Jamuan MAT 2019 4,000.00

JUMLAH LAIN-LAIN PERBELANJAAN 234.60

10,239.60

18

LAMPIRAN

SENARAI KEHADIRAN AHL

Nama Wan A
Dr Roxana Dev Omar Dev NUR A
ALDIR BIN IBRAHIM Muham
Mohd Radzi b Ishak MUHA
MUHAMAD YUSOFF BIN MOHD SAUD Muham
Yuzaini AMIRU
SAIFULNIZAM BIN RAMLI aisyah
hafizi bin abd jalil Aina as
Md khaizan bin khamis Muham
Haslinda binti Lop Osman Esha N
Eleeas Bin Yusop NUR D
NAZRI BIN MOHD SAID Muham
Dr Zakira Taib Moham
Zahar Azuar Zakaria Moham
Mohammad Jerry Azahari Bin Abdullah Najwa
Rosliza binti Zhazali @ Sedi NUR IR
NORLIZA BT MOHAMMAD AISYAH
MOHD KATMAN BIN RAKIMIN MUHA
Marena mokhtar Muham
Norazimah Mat Amir S
Junaidah binti Ismail Muham
Hamidah binti Ahmad Nur Am
Idarina binti Idris Siti Nu
Hishamudin bin Musa, Samaratul Puad Binti Zulkifli Akmal
Mohammed Sulaiman Ibrahim (dan isteri Aziyah Abdul Aziz) ALIEFA
IDA YUSNITA BT MAT ALI Awang
Alauddin bin Awang Bad Rahman

LI MUAFAKAT MAT KE-18 Kelas
414
Nama Pelajar 504
Adriana Soliha Wan Suhaimi 412
AISHAH FARAHIN 502
mmad Ainul Khalis 414
AMAD AIMAN BIN MUHAMAD YUSOFF 413
mmad Hilal 415
UL HAKIMI BIN SAIFULNIZAM 516
410
sofea binti hafizi 403
syiqin bin md khaizan
mmad Aiman bin Mohd Azam IDA MADIHA
Nureen binti Eleeas 507
DANIA BIN NAZRI 518
mmad Mustaqim bin Jamaluddin 418
mad Hakimi bin Zahar Azuar 512
mmad Jeffery Qhusairie 504
binti Mohd Hamdan 501
RDINA MARSYA BT RAZI 411
H WAHIDA BINTI MOHD KATMAN 502
AMMAD AMIR IZZAT BIN AHMAD TAHA 508
mmad Amirul Shamsul Kamal 518
Safwan bin Mohd Najib 507
mmad Iffat bin Hanafiah 402
mirah Aisyah binti Sulaiman 416
ur Insyirah bt Hishamudin 410
Hadi bin Mohammed Sulaiman 515
AH MAISARAH BT ANWAR
g Aiman bin Alauddin

Roshidah abd rashid Muham
Rohana Binti Mohd Zid Muham
MOHD SAIFUL BIN MOHAMAD SAAD MOHA
Zaide bin Ismail Muham
Rafidah binti Hasan Muham
Norhafizah binti Abdullah Batrisy
Atika binti Berzuri Wan A
ABDUL HAMID MANAP MUHA
MOHD FARIS BIN MUSTAPHA MOHA
Siti suhailah sudirman Siti Zul
Noreha bt Hassan Moham
MEGAT SUWARDI SAID MEGAT
Mohamad Anuar bin Sulaiman Nurul H
Hanny Zurina Hamzah Hazim
Siti Iffah by Sheikh Mohamed Adam
Mohd Hairil Nizwar Bin Mohd Dafiah Nur Im
Norizam bin Mohamed Yusoff Nurin A
Zailanee ah ghapar Adni q
Adam Tan Kheng Huat Admili
SUHAILAE BINTI MORIDAN MUHA
mohd izzuadin bin tahir nur aly
Ab.Halim bin Md.Tahir Moham
Mohd Amhari bin Mohd Termizi Nurul I
Rohayati Binti Rauf Muham
Sulaiman Bin Mohamad Muham
Abd Rahman Bin Abu Nuqma

ANISHA BINTI MOHD SULAN MARSY
HALINA BINTI SABRI NUR SU
Rusmawati binti Mustafa Hanis F

mmad syamir bin shahron 517A
mmad Huzaifi bin Abdul Rahsid 416
AMAD SAUTUL IMAN BIN MOHD SAIFUL 411
mmad Haziq Hakimi bin Zaide 418
mad bin Azman 408
yia Izza binti Hapiza Akmar
Afiq Danial 503 B
AMMAD HAFIZUDDIN ABDUL HAMID 509 2018
AMMAD AFZA AMZAR BIN MOHD FARIS
laikha Mohamad Fadzillah 515
mmad Yusuf b Mohammad Riazzuddin 407
T MUHAMMAD FARHAN DANIEL B MEGAT SUWARDI 502
Husna binti Mohamad Anuar 501
Waiz bin Farid Sayuthi 518
bin Ibrahim 402
man Najihah Binti Mohd Hairil Nizwar 406
Athirah bt Norizam 505
qistina 512
ia Tan binti Adam Tan Kheng Huat 412
AMMAD IZMAL HAKIM BIN MOHAMAD ROSLI 407
ya myshara 411
mmad Aiman Hafiz bin Ab.Halim 411
Iman Izzati Binti Mohd Amhari 412
mmad Haziq Bin Anuar 512
mmad Irfan Shauqi Bin Sulaiman 401
an Aqeef Bin Abd Rahman 408
411
YA ARYSA BINTI MOHAMAD RIDUAN 411
UHANA BINTI ZAHARIN 402 CIKGU
Farhanah binti Mohd Faisal MIZA
401
412

Muhammad Ridhwan Yip Muham
Ayob Bin Yusoff Nur Eli
Zaryme Bin Zallin Ahmad
Adam bin Mat Said Nadiah
NOR RAHIM BIN HUSSIN AMIR H
Haliza bin Abdul Halim Hani E
ZURAIDI BIN MOHAMAD NUR A
MOHD ABD AZIS BIN HASHIM WAN A
Mat Daud Bin Idris Nur Ali
Nekmat bin Taib Haziq N
Zulina binti Omar Muham
Sakhirah bt hj yahaya malik Nurul a
ABDUL LATIF BIN AHMAD SHATTAR AMIR H
Mariyani binti Jusoh Nurul A
Othman md awal Muham
SALFANORA BT ABDUL SALAM IRFAN
Jeffry Wong Serena
Nathrah Mohamed Kalam Mariss
Noor Asdura bt Yeop Azaluddin Siti Ais
Azmi Nassaruddin Nur Er
Nordalila Mohammad Rasid Nuryas
Abdul Halim bin Alias Balqis
Mohd rizan Muham
Mohamad Azlan bin Abdul Kadir Muham
NOR AISAH BINTI ENDIN SITI RA
Mahadzir Bin Mahbob Muham
Khairulmuzzamil bin Mohd Aris Khairu
Azlibin Sapei Muham
SUHAIMI BIN SULAIMAN MUHA
AIDAYUSLINA BINTI MAIN NUR A

mmad Wildan Hamdi 515
isa Suhaila Binti Ayob 407
d Zafri Zaryme 506
h Haninah Adam 504
HAKIMI BIN NOR RAHIM 415
Elysha Mashitah binti Abd Hamid 408
ALYA KHALISA BINTI ZURAIDI 505
AHMAD IKHWAN BIN MOHD ABD AZIS 517
iyah Syahirah binti Mat Daud 418
Na'im bin Nekmat 407
mmad Aniq Hazry bin Johari 411
aqilah bt ahmad fadilah 509
HAKIMI BIN ABDUL LATIF 410
Ain binti Mazlan 408
mad alif qayyum 4E
SHAH PUTRA B SAIFUL FAIZD@HANATTA 504
a Wong bin Jeffry Wong 412
sa Thurayya Tingkatan 417
syah bt Mohd Radzi 404
rissha Aqilah 414
smin Anissa Hizarudin 408
binti Abdul Halim 404
mmad amirul afiq 406
mmad Afif bin Mohamad Azlan 415
ADHIAH BINTI BAHAROM 407
mmad Hakim Bin Mahadzir 417
ul Ammar Hakimi 512
mmad Fakhrul Asyraff 506
AMMAD AIMAN BIN SUHAIMI 413
AQILAH AINA BINTI ZAID 512

zurul ain binti zainal Idlaal A
Noor Fazlini Binti Shamsul Nur Sa
Amir Hamzah Maju Bin Mohd Amin Ahmad
Mashanum Osman Muham
Rosli Bin Mohamed Rusyai
ROSLI BIN ADNAN MUHA
Hairul Azhar Bin Abdul Hamid Nurul S
ANUARUDDIN BIN ABD HAMID Amira
Kartini Abdul Rahim Irfan b
LATIFAH HAJI OMAR NOOR
Azmee Amar Azwan Ameer
Mohd Said bin Hasim Aina D
Zanariah Binti Hashim Nurazz
Hasbullah bin Abdullah Muham
Yusnizal binti Ismail Akmal
KHATIJAH BINTI CHE MAT AISYAH

Azim Bin Azmi 412
anjida Binti Md Titu 415
d Azri 501
mmad Saifullah Sazalinsyah 512
idi Ikmal Bin Rosli 508
AMMAD HAZIQ ASYRAAF BIN ROSLI 517
Shamiera Binti Muhamad Shamsul 408
Ilyana Binti Anuaruddin 412
bin Devano 509
511
HANNAN NOOR HAMSURUDDIN 510
r Harith 513
Danisha Hakim bt Mohd Said 516
zamitsisha Binti Azmi 401
mmad Hazim 509
Hakimi Abd Rashid 401
H BINTI ABDUL MUTALLIB

Bil. Nama Penuh Ahli Nama Pelajar Kelas

1 NASERY BIN ABDUL Sofia Solehah Binti Nasery 414 Cadan
RAHMAN pelaja

supay

Beri s

peper

2 YUSOF BIN PIRUS Aida Balqis Bt Yusof 409 ,walau
dalam

meng

pengh

3 AZAHAR BIN NGAH Nor Anisah Bt Azahar 413 Presta
AHMAD
Dicad
4 NORLIZMA MOHD Karl Iskandar Bin Adam 518 berse
RAZALI Craig Jayaprakasam Pelaja
hamp
5 RAFIDAH BINTI Muhammad Bin Azman 508 manfa
HASAN optim
Maklu
6 NIK NORHASIMAH Muhammad Luqman Haziq 508 presta
BINTI MAT YUSOF Bin Mohd Radzuan Pelaja
kauns
7 BURHAN BIN ISMAIL Iman Danial Bin Burhan 417
HAITAMI Peran

8 KHARINA KHAIRI Zulfa Muhamad Ammar 502 Masa
masa
9 ADAM CRAIG Karl Iskandar 518 meng
JAYAPRAKASAM Conce
carrie
a. A

se
b. R

pe
m
U
c. M
in
d. M

Usul dan Cadangan

ngan agar MRSM TGB mempunyai sistem wifi yang baik untuk semua
ar dan memastikan agar semua pelajar mempunyai peranti yang standard
ya pembelajaran boleh seiring dengan IR4.0

sedikit kelonggaran masa semasa menghantar kerja sekolah / teks jawapan
riksaan secara online kerana kadangkala talian internet tidak mengizinkan
upun pelajar telah submit awal .pelajar juga perlu menukar teks jawapan
m bentuk pdf (bukan semua pelajar mahir menggunakan komputer) ini
gambil masa yang agak lebih untuk menyelesaikan proses
hantaran.mohon dapat pertimbangan.terima kasih.

asi anak-anak semakin menurun apa ikhtiar TGB?

dangkan calon SPM apabila sudah memulakan pembelajaran secara
emuka, tidak perlu cuti / pulang bermalam hingga selesai peperiksaan spm.
ar dlm environment terkawal di sekolah utk tumpukan pd spm yg sudah
pir dan mengurangkan risiko C19 bila pelajar berada di luar sekolah. Perlu
aatkan belajar dgn guru2 dan rakan2 secara bersemuka di sekolah tahap
mum hingga selesai spm.
uman berterusan (bulanan/dwibulanan) dari Guru berkenaan kehadiran dan
asi pelajar.
ar yang kerap tidak hadir akan dihubungi dan diberikan sesi kaunseling oleh
selor

ncangan utk SPM

a peperiksaan online perlu ditambah sekurang2nya 15 minit. Pelajar perlukan
a utk htr jawapan. Sekarang pelajar bazirkan masa peperiksaan utk
ghantar jawapan.
ern on practical assesment (Ujian Amali) SPM. How this practical will be
ed out?
Amat berharap lokasi kritikal dan risiko tinggi iaitu sekolah-sekolah di Melaka
eperti MRSM TGB tidak dijadikan tempat mengundi.
Ramai golongan pelajar belum lengkap 2 dos, ramai akan terlibat dengan

eperiksaan kritikal seperti SPMRSM & SPM dan khususnya batch F5 kerap
mengalami tekanan yang lebih tinggi kerana merupakan batch ujikaji untuk
UPSR, PMR dan SPM lebih-lebih lagi dalam era C19.
Mungkin tidak wajar untuk mengkompromi keadaan sekuriti kesihatan ketika
ni
MRSM berpusat di tempat yang padat dengan muridmurid serta guru-guru

10 HAJI AZRIN BIN Muhammad Raziq Hakim 503 e. W
MAHAYUDDIN Bin Azrin di

11 ZARINA BINTI MOHD Balqis Binti Abdul Halim 505 f. A
TOP 513 m
506
12 NOORZILAWATI MAT Wan Muhammad Akmar g. B
408 h. H
ROZI Dinie
bi
13 AISYAH BINTI TAHIR Muhammad Farhan Bin be
pa
Mohd Fauzi i. F
j. G
14 FARIZA BINTI Ilan Daniyal Bin Azman k. P
SANUSI l. D
be
15 NORUL ASIKIN BT Mohamad Firdaus B. Mohd 516 m. W
ABU HASSAN Ridhaudin ga
n. Da
16 LENNY SURYANI Adam Imran 404 se

Cadan
perse
ini. Te

Kuran

Keteta

SOP b

Status

Sy ca
sma a
masin
Conto
muda

1. Me
2. Me

Walaupun ada syarat SOP yang ketat, kita harus ingat wabak C19 belum
iangkat dan tidak dapat dilihat. Ia cepat merebak setangkas kilat.

Adakah kita larat melihat mudarat C19 seperti darurat hanya kerana rakyat
melayan watak-watak katak melompat ?
Birokrat dan PRN Sabah mungkin terlupa
Hakikat kes-kes dahsyat dicatat meloncat 1 Malaysia apabila terlambat. Harap

irokrat negara & PRN Melaka tidak mudah lupa, di mana negeri yang penuh
ersejarah ini seharusnya belajar juga dari sejarah, khususnya sejarah yang
arah
Fokus dan semangat anak-anak kami tidak seharusnya digugat
Guru-guru MRSM dan Muafakat hebat dan penat berkhidmat
Penuh taat berkeringkat demi anak-anak kami
Dengan hasrat menjalankan amanat yang berat dengan penuh dedikasi dan
erintegriti
Waktu amat singkat, tarikh keramat dalam masa terdekat untuk mendarat di
arisan penamat
alam membuat keputusan yang cermat dan tepat supaya masyarakat TGB
enantiasa berada ditempat yang selamat dan penuh berkat, InsyaAllah…

ngan: Melipat ganda kan usaha merancang
ediaan terapi SPM2020 sebab sangat kurang "Belajar Bersemuka" sebelum
erimaKasih

ngkan outing/pb bagi pelajar f5 2021 sehingga tamat spm

apan SOP utk kemasukan pelajar.

bagi pelajar yang hendak memasuki kelas/sekolah

s vaksinasi guru dan kakitangan mrsm tgb

adangkn pengambilan vaksin utk smua ank2 mara (mrsm) sluruh malaysia
ada tingkatan 4@5 bleh diambil di mrsm yg berdekatan dgn penempatan
ng2.
oh,kami di Jb , ank bleh mngmbil vaksin di MRSM di JB shj. Mungkin itu lebih
ah dan lebih efisyen. Terima kasih.

emperbaiki kualiti makanan
enambah coway untuk bekakan minuman

17 ISMADI ISMAIL Batrisyia Ardini Ismadi 505 Pema
501
WAN LAILY Fazwan Harith Bin Cadan
Shaharuddin 507 pelaja
18 KHALIJAH BINTI MD 518
Aqwahariz Bin Fakhrul Menu
ARIF Anwar
Nur Alia Irdina Binti Noor Penam
19 ZURAINI BINTI Azam
IBRAHIM Maka
perut
20 WAN NOORAZNITA Sajian
WAN ARIFFIN sesua

21 NOR ANITA Muhammad Amirul Hazim 508 1) m
MOHAMAD HANIB Bin Mohd Mawarzi 2) m
3) se
22 TAUFIK RIZAL BIN Wan Taufik Rashad Dary 415
HAMSAN (c
4) m

23 ZANARIAH BINTI Zulfathi Irdina Binti Zulkifli 417 Moho
LASIM asram
bahag
24 SITI ARBI BT Nur Dhamirah Bt Abdul 511 susun
BAHARAM Rahman
Mena
RUSNIZAM BIN Muhammad Iqmal Nazmy 406
25 SAMINGAN @ HJ. Bin Rusnizam Memp
rosak
ABD. RAHIM pemb
pelaja

26 AZMAN BIN JOHARI Ahmad Amar Bin Azman 405 Progr
meng

antauan pemakanan di dewan makan agar tidak terlalu pedas.
ngan buat kutipan utk beli makanan yg sedap/special setiap minggu utk
ar spm

u masakan di dewan mkn perlu diperbaiki

mbaikan mutu makanan di Dewan makan

anan berat sebelah malam iaitu nasi kerana pelajar stayed up malam study
cepat lapar sajian seperti mee spagethi soto dll cepat lapar.
n spt nasi ayam nasi minyak nasi beriani nasi tomato dan seumpamanya sgt
ai

menambah power point untuk charging alatan elektronik
memperbaiki/menambah ampaian baju

elaraskan kekerapan dobi minggu alpha dan beta
contoh: 2 kali seminggu)
mengekalkan Ajk PIBG sedia ada.

on untuk mengubah susun atur almari dan katil di dalam bilik
ma.Cadangan agar katil disusun di bahagian tengah manakala almari di
gian penjuru bilik supaya para pelajar mendapat angin kipas berbanding
nan sekarang almari yang banyak mendapat angin kipas.

ambahkan bilangan Coway di blok kediaman & blok akademik

perbaiki peralatan asrama terutama almari pelajar yang mana ada yang telah
k sebelum pelajar mendaftar masuk. Pelbagai kerosakkan yang memerlukan
baikpulihan segera untuk keselesaan dan keselamatan barangan² milik
ar. Ada antaranya pintu telah tercabut dan tiada tempat kunci.

ram jati diri anak anak untuk menjadikan mereka lebih yakin untuk
ghadapi dunia dan akhirat yg kian mencabar.

27 ZETY BT JAAFAR Aedlyn Hanny Yasmin Bt 403 Mewu
Afzul Kamal Sufian 5 per

28 SHARIF AB. MAJID Muhammad Adam Bin Usul s
Sharif 1)

504

2)
3)

Saya

29 AZHAR MD SURI Amir Zafri Bin Azhar 505 reset

pence

a)

b)

30 HAMDAN BIN ABDUL Muhammad Hakimi Bin 401 c)
RAHMAN Hamdan

31 JUNAIDA ISNIN Nur Nazifah binti Mohd 417 Sumb
Azimarunddin tingka

Respon 137
Jumlah Hadir 179
95
Tiada Usul

ujudkan kutipan bulanan Tabung Infaq Muafakat TGB sebanyak RM 3 @ RM
keluarga.

saya:
Maktab (Ketua Warden) perlu simpan smartphone pelajar dan hanya diberi
kpd pelajar bagi tujuan vaksin, rawatan kesihatan, dan outing shj.
Kurangkan outing kpd sekali sebulan utk elak sebarang musibah covid-19.
Galakkan pelajar beriadah/sukan utk tingkatkan kesihatan diri.

ingin mencadangkan pihak maktab memanggil penceramah motivasi untuk
minda pelajar sebelum pulang ke maktab secara online. Bayaran
eramah boleh di adakan melalui sumbangan ibu bapa pelajar.
Kalau boleh semua jawatan dalam Muafakat TGB di kekalkan
Cadangan untuk memberi kaunselor/motivasi berkala kepada tenaga
pengajar TGB yg stress mengajar secara pdpr
Selepas tenaga pengajar diberi motivasi, mereka boleh sampai kan pula
kepada murid-murid yang berlainan kelas.

bangan akademik sebanyak RM 20.00 sebulan untuk 5 bulan semasa di
atan 4 dan 10 bulan di tingkatan 5.

PERLEMBAGAAN BAGI

PERTUBUHAN INDUK

BADAN PERMUAFAKATAN PENDIDIKAN MARA MALAYSIA (MUAFAKAT MARA))

(PPM-008-14-04012001)

1 NAMA & TEMPAT URUSAN

1.1 Pertubuhan ini dikenali dengan nama
BADAN PERMUAFAKATAN PENDIDIKAN MARA MALAYSIA dan selepas ini
dikenali sebagai MUAFAKAT MARA.

1.2 Alamat berdaftar dan tempat urusan pertubuhan ialah:

BAHAGIAN PENDIDIKAN MENENGAH MARA,
TINGKAT 19, MEDAN MARA,
21, JALAN MARA,
50609 KUALA LUMPUR,
WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR

dan alamat surat menyurat adalah:

BAHAGIAN PENDIDIKAN MENENGAH MARA,
TINGKAT 19, MEDAN MARA,
21, JALAN MARA,
50609 KUALA LUMPUR,
WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR

atau di tempat lain atau tempat-tempat yang ditetapkan dari semasa
ke semasa oleh Jawatankuasa Pusat.

1.3 Tempat urusan berdaftar dan alamat surat menyurat Pertubuhan tidak
boleh diubah tanpa kebenaran Pendaftaran Pertubuhan terlebih
dahulu.

2 TAFSIRAN PERLEMBAGAAN

Di dalam Perlembagaan ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang
lain:

2.1 "Akta" bermakna Akta Pertubuhan 1966 (Akta 335) yang berkuatkuasa
diseluruh Persekutuan (Malaysia).

2.2 "Ahli" bermakna anggota Badan menurut Fasal 4.

2.3 "Ahli Jawatankuasa Pusat'' bermakna pegawai di peringkat pusat sebagaimana
menurut subfasal 10.3.

1

2.4 "Ahli Jawatankuasa Cawangan" bermakna pegawai di peringkat Cawangan,
sebagaimana menurut subfasal 18.3.

2.5 "Ahli Jawatankuasa Biasa" bermakna pegawai menurut perenggan 10.3.8;
18.6.9; 19.1.6 atau subfasal 10.3; 18.6; 19.1 perlembagaan.

2.6 "Aturan-aturan Kecil' bermakna suatu kaedah khas atau undang-undang khas
yang diputuskan oleh Mesyuarat Agung Badan dan diluluskan oleh Pendaftar
Pertubuhan untuk menjalankan aktiviti tertentu seperti "Aturan-aturan Kecil
Mesyuarat" dan sebagainya

2.7 "Ahli seumur hldup" bermakna ahli yang diputuskan keahliannya menurut Fasal
4.3.

2.8 "BADAN” atau "Badan bermakna Badan Permuafakatan Pendidikan MARA
Malaysia yang didaftarkan di bawah Seksyen 7 Akta dengan perakuan pendaftaran
di bawah Peraturan 5.

2.9 “BAB" atau "Bab" bermakna kumpulan susunan Fasal-fasal untuk memudahkan
rujukan menglkut peringkat-per1ngkat pentadbiran.

2.10 "Bapa" bermakna bapa kandung dan bapa yang berdaftar secara sah dengan
MARA.

2.11 "Cawangan" bermakna cawangan Badan yang ditubuhkan di bawah Fasal 17.

2.12 "Ex-Officio" bermakna di atas sebab jawatan (yang berkaitan dengan Badan)
sebagaimana merujuk Fasal 12.7 bagi peringkat Pusat dan Fasal 21.8 bagi
peringkat Cawangan.

2.13 "Fasal" bermakna bahagian daripada undang-undang dalam perlembagaan
Badan.

2.14 "Guru" bermakna Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah MARA.

2.15 "lbu" bermakna ibu kandung dan ibu yang berdaftar secara sah dengan MARA.

2.16 "Jawatankuasa Pusat" bermakna agen Badan menurut Fasal 10, Fasal 11 dan
Fasal 12.

2.17 "Jawatankuasa Cawangan" bermakna agen Cawangan menurut Fasal 17 dan
Fasal 18.

2.18 "Jawatankuasa Kecil" bermakna Jawatankuasa Khas atau Biro untuk tugasan
tertentu sebagaimana menurut subfasal 10.9 dan perenggan 21.7.2 perlembagaan.

2.19 "Kuorum" bermakna cukup bilang atau bilangan yang paling sedikit yang patut
hadir dalam mesyuarat- mesyuarat Badan / Cawangan.

2

2.20 "Laman sesawang'' atau "website" bermakna dokumen elektronik pada
paparan skrin komputer mengandungi teks, grafik, imej, bunyi, organisasi dan
sebagainya yang dapat dicapai melalui Internet.

2.21 "MARA" bermakna Majlis Amanah Rakyat.

2.22 “MRSM” bermakna Maktab Rendah Sains MARA; “KM" bermakna Kolej
MARA; dan "KPM” bermakna Kolej Profesional MARA.

2.23 "MUAFAKAT MARA" bermakna ringkasan nama Badan.

2.24 “Mesyuarat Jawatankuasa Pusat" bermakna sebagaimana menurut Fasal 11.

2.25 "Mesyuarat Jawatankuasa Cawangan" bermakna sebagaimana menurut Fasal
19.

2.26 "Mesyuarat Khas Jawatankuasa" bermakna sebagaimana menurut subfasal
11 untuk Pusat atau subfasal 20.2 untuk Cawangan.

2.27 "Minit mesyuarat" atau "peringatan mesyuarat" bermakna catatan mesyuarat
yang meliputi perkara-perkara kuorum kehadiran, keputusan, pandangan,
makluman dan laporan.

2.28 "MUAFAKAT MEMBAWA BERKAT'' bermakna berunding dan bersepakat
untuk kebaikan adalah jalan untuk mendapatkan rahmat dari Allah Yang Maha Esa.

2.29 "Mesyuarat Agung" bermakna mesyuarat yang terbuka kepada semua Ahli
Badan.

2.30 "Notis'' bermakna pemberitahuan rasmi secara bertulis mengenai urusan yang
berhubung dengan Badan, dan boleh disampaikan melalui Surat Rasmi atau
pemberitahuan secara media elektronik.

2.31 "Peraturan" atau "Peraturan-peraturan" bermakna Peraturan-peraturan
Pertubuhan 1984 di bawah Akta, diwujudkan bagi tujuan menguatkuasakan Akta.

2.32 "Perlembagaan" bermakna aturan-aturan atau kaedah-kaedah atau undang-
undang yang digubal selaras dengan kehendak Jadual 1 (Seksyen 7(3)(f)) Akta dan
Peraturan-peraturan Pertubuhan 1984.

2.33 "Presiden" bermakna pemimpin tertinggi Badan.

2.34 "PERMUAFAKATAN" atau "Permuafakatan" bermakna tindakan
memuafakatkan ibubapa/penjaga pelajar-pelajar, guru-guru dan pendukung-
pendukung MRSM/KM/KPM dengan kesepakatan matlamat di peringkat
Kebangsaan dan Cawangan.

2.35 "Panjar Tunai Runcit" bermakna peruntukan wang tunai untuk pembelian-
pembelian kecil (petty cash) sebagaimana menurut perenggan 13.3 atau 21.5.5

3

perlembagaan.

2.36 "Pengerusi mesyuarat" bermakna pegawai/ahli yang memimpin mesyuarat.

2.37 "Pengetua" bermakna Pengetua MRSM; "Pengarah KM" bermakna Pengarah
Kolej MARA; dan "Pengarah KPM" bermakna Pengarah Kolej Profeslonal MARA.

2.38 "Pusat" bermakna induk atau pusat pentadbiran atau ibu Pejabat pengelolaan
Badan.

2.39 "Pegawai-pegawai utama" bermakna pemegang-pemegang jawatan utama di
peringkat Pusat menurut subfasal 10.6; dan pemegang-pemegang jawatan utama
di peringkat Cawangan menurut subfasal 18.10, selaras dengan Peraturan 2.

2.40 "Pasangan" atau "pasangannya" bermakna sama ada isteri atau suami
kepada ahli yang hadir dalam Mesyuarat Agung Cawangan, bersesuaian dengan
proviso kepada perenggan 5.1.3 perlembagaan.

2.41 "Peringkat kebangsaan" bermakna melibatkan semua Cawangan.

2.42 ''Perenggan" bermakna pecahan undang-undang di bawah subfasal.

2.43 "Pendaftar" bermakna Pendaftar yang dilantik di bawah Subseksyen 3(1) Akta
dan termasuklah mana-mana Timbalan Pendaftar Pertubuhan oleh Yang di-Pertuan
Agong.

2.44 "Penolong Pendaftar" bermakna Penolong Pendaftar yang dilantik di bawah
subseksyen 3(1A) Akta dan termasuklah pegawai-pegawai lain oleh Menteri.

2.45 "Proksi'' bermakna wakil (suami atau isteri kepada ahli) yang mendaftarkan diri
dalam Mesyuarat Agung Badan/Cawangan sebagaimana menurut perenggan 4.1.2
perlembagaan.

2.46 "Pangkalan data" bermakna kumpulan fail atau rekod komputer yang berkait
secara logik dan disusun secara sistematik dalam bahantara untuk sumber rujukan.

2.47 "Protokol" bermakna tatacara dalam upacara atau adat-istiadat rasmi,
perjawatan, pentadbiran dan pengurusan Badan.

2.48 "Penjaga" bermakna penjaga yang berdaftar secara sah dengan MARA.

2.49 "Pemerhati" bermakna wakil dari cawangan yang dipilih untuk hadir ke
Mesyuarat Agung Pusat tetapi tidak mempunyai hak seperti perwakilan.

2.50 "Perwakilan" bermakna wakil yang dipilih dari cawangan untuk hadir ke
Mesyuarat Agung Pusat.

2.51 "Surat pekeliling" bermakna suatu kaedah membuat keputusan oleh
Jawatankuasa Pusat atau Jawatankuasa cawangan sebagaimana menurut

4

subfasal 10.12 untuk Pusat atau 18.16 untuk Cawangan.

2.52 "Subfasal" bermakna pecahan undang-undang dibawah Fasal.

2.53 "Struktur organisasi" bermakna susunan ke atas jawatan-jawatan dalam
pentadbiran dan pengurusan Badan di peringkat pusat dan Cawangan-cawangan.

2.54 "Yang Dipertua" bermakna pemimpin tertinggi Cawangan.

2.55 Perubahan dari segi nahu, jenis Jantina dan bilangan;
Jika mana-mana perkataan atau perbahasan ditakrif dalam sesuatu undang-
undang bertulis, takrif itu hendaklah diperluaskan kepada segala perubahan nahu
dan perbahasan kognitif perkataan itu atau perbahasan yang ditakrifkan. Perkataan-
perkataan dan perbahasan-perbahasan yang memaksudkan lelaki meliputi
perempuan. Perkataan-perkataan dan perbahasan-perbahasan dalam bilangan
tunggal meliputi jamak, dan akasnya sebaliknya.

2.56 Jika berbangkit sebarang perselisihan di atas tafsiran Perlembagaan ini yang
di buat di bawah kuatkuasanya, maka tafsiran yang diberikan oleh Jawatankuasa
Pusat adalah muktamad.

3 TUJUAN/MATLAMAT

3.1 Menyediakan sesuatu kegiatan forum dan perkhidmatan bagi kebajikan dan
kemajuan pelajar-pelajar di MRSM/KM/KPM.

3.2 Membantu dan menambah usaha MRSM/KM/KPM bagi memenuhi kehendak-
kehendak dan keperluan-keperluan pelajar dalam kegiatan-kegiatan mereka.

3.3 Membolehkan ahli-ahli bertukar-tukar fikiran dan maklumat mengenai
pendidikan pada amnya.

3.4 Memberi peluang kepada ahli-ahli berunding antara satu sama lain berkenaan
dengan cara membaiki taraf pendidikan pelajar-pelajar MRSM/KM/KPM.

3.5 Mengukuhkan permuafakatan ahli-ahli di peringkat kebangsaan serta untuk
meningkatkan kerjasama dengan pihak MARA.

3.6 Melaksanakan aktiviti ekonomi bagi membolehkan ahli-ahli mewujudkan dana
dan menyalurkannya bagi membantu membiayai program-program pendidikan
MARA.

4 KEAHLIAN

4.1. Keahlian Badan terbuka kepada setiap ibu/bapa/penjaga, ibu/bapa bekas
pelajar MRSM/KM/KPM, Guru dan bekas Guru MRSM/KM/KPM dan Pegawai
Perkhidmatan Pendidikan Siswazah MARA yang lain.

5

4.1.1 Tiap-tiap permohonan mendaftar sebagai ahli dibuat dengan mengisi borang
atau secara “on-line” melalui Intemet di laman sesawang (“website”) yang
disediakan oleh Badan atau Cawangan dan dihantar kepada Setiausaha Cawangan
yang seterusnya hendaklah mengemukakan permohonan itu dengan secepat
mungkin kepada Jawatan kuasa Cawangan untuk kelulusan. Permohonan
mendaftar sebagai ahli bagi tempat di mana Cawangan belum ditubuhkan,
hendaklah diuruskan mengikut kaedah itu juga oleh Setiausaha Agung dan
Jawatankuasa Pusat. Format borang hendaklah mengandungi maklumat (proksi)
kepada pemohon.

4.1.2 Tiap-tiap permohonan yang permohonannya telah diluluskan seperti tersebut
di atas hendaklah, (setelah membayar bayaran masuk dan yuran tahun pertama
yang ditetapkan) diterima menjadi ahli Badan, (proksi) yang dinamakan, berhak
menggantikan/mewakili ahli berkenaan untuk mendaftarkan diri dalam Mesyuarat
Agung Badan/ Cawangan.

4.1.3 Setiausaha Cawangan hendaklah mengemukakan senarai nama-nama ahli
yang berdaftar secara sah dengan MARA yang terkini di dalam mesyuarat
Jawatankuasa Cawangan dan satu senarai yang disahkan oleh Setiausaha
Cawangan mestilah dikemukakan kepada Jawatankuasa Pusat beserta yuran pada
atau sebelum 30 April tahun berkenaan untuk kelulusan sebelum dan untuk
melayakkan menghadiri Mesyuarat Agung Tahunan Cawangan terdekat diadakan.

4.2 Jawatankuasa Pusat berhak dan berkuasa untuk menentukan serta
mengadakan aturan-aturan atau dasar-dasar bagi menyelaraskan prosedur
kemasukan dan pendaftaran ahli-ahli.

4.3 Jawatankuasa Pusat atau: Jawatankuasa Cawangan boleh meluluskan atau
menolak permohonan tanpa mengemukakan sebarang alasan untuk pendaftaran
keahlian seumur hidup. Kelayakan keahlian adalah terhad kepada
lbu/bapa/penjaga pelajar yang berdaftar secara sah dengan MARA (yang anaknya
telah menamatkan pengajian) dan bekas pelajar.

4.4 Bagi ibu/bapa/penjaga kepada lebih dari seorang pelajar sama ada di
maktab/kolej yang sama atau yang berlainan, keahlian hanyalah untuk maksud
seorang pelajar sahaja. Walaubagaimanapun, “sumbangan wajib” seperti di Fasal
5.1.4 perlulah dibayar mengikut bilangan anak yang belaiar di MRSM/KM/KPM
tersebut. Bagi guru, pegawai dan bekas pegawai perkhidmatan pendidikan MARA
yang menjadi ibu/bapa/penjaga kepada pelajar, status keahliannya akan diputuskan
oleh Jawatankuasa Pusat Pendidik Cawangan. Borang keahlian hendaklah
mengambil kira peruntukan subfasal ini.

5 TANGGUNGJAWAB DAN HAK AHLI

5.1 Tiap-tiap ahli Badan mempunyai tanggungjawab seperti berikut:

5.1.1 Memegang teguh dan mentaati perlembagaan serta peraturan-peraturan lain
yang dikeluarkan oleh Badan bagi mencapai tujuan dan matlamat Badan.

6

5.1.2 Menghadiri dan mengambil bahagian di dalam kegiatan Badan dan
Cawangannya.

5.1.3 Menjelaskan yurannya mengikut Fasal 7.1. Perlembagaan Badan. Yuran
itu juga adalah sebagai bukti pembayaran daripada ibu atau bapa atau seorang
penjaga kepada pelajar MRSM/KM/KPM. Oleh itu seorang sahaja yang mempunyai
hak sebagaimana menurut Fasal 5.3 perlembagaan. Walaubagaimanapun
pasangannya boleh hadir sebagai pemerhati atau proksi (sekiranya ahli berkenaan
tidak hadir) dalam Mesyuarat Agung Badan/Cawangan sebagaimana menurut
perenggan 4.1.2 perlembagaan.

5.1.4 Membuat bayaran sebagai sumbangan wajib dengan nilaian yang sama
dengan yuran tahunan yang dikenakan ke atas seorang ahli bagi ibu/bapa/penjaga
kepada lebih daripada seorang pelajar, begitu juga dengan guru, pendidik dan
bekas pegawal perkhidmatan pendidikan MARA yang telah menjadi ahli yang
kemudiannya menjadi ibu/bapa/penjaga kepada pelajar sebagaimana menurut
subfasal 4.4.

5.2 Tertakluk kepada peruntukan-peruntukan di dalam perlembagaan ini, setiap ahli
berhak bersuara, memilih, dipilih dan dilantik untuk sebarang jawatan di dalam
Badan dan Cawangannya. Pada setiap masa yang berkenaan, setiap Naib Yang
Dipertua yang merupakan Pegawai/kakitangan dan guru atau Pegawai/kakitangan
cawangan berkenaan berhak memegang jawatan hanya di satu cawangan sahaja
walau pun mempunyai anak yang belajar di lebih dari satu cawangan.

5.3 Seseorang ahli hanya berhak mengundi atau menjadi calon untuk sesuatu
pemilihan atau perlantikan sekiranya beliau telah menjadi ahli dan menjelaskan
semua Yuran Tahunan beliau sama ada yuran semasa atau yuran tertunggak di
dalam tahun di mana Mesyuarat Agung Badan dan/atau Cawangan diadakan
seperti berikut

5.3.1 Setiap ahli dari MUAFAKAT Cawangan dari MRSM mestilah menjelaskan
yuran keahlian pada atau sebelum 30hb April.

5.3.2 Setiap ahli dari MUAFAKAT Cawangan KM dan KPM yang telah sedia
berdaftar mestilah menjelaskan yuran keahlian pada atau sebelum 30hb April.

5.3.3 Untuk semua pelajar-pelajar KM dan KPM yang baru berdaftar selepas 30hb
April, mestilah menjelaskan yuran keahlian pada atau sebelum 30hb Julai.

5.3.4 Mana-mana ahli baru seumur hidup hanya layak untuk mendapat hak untuk
mengundi dan bertanding menjadi ahli Jawatankuasa seperti ahli-ahli lain setelah
tiga (3) bulan daripada tarikh keahliannya diterima.

5.4 Jawatankuasa Pusat atau Jawatankuasa Cawangan boleh mempertimbangkan
permohonan ibu atau bapa atau penjaga kepada pelajar MRSM/KM/KPM untuk
mendaftar sebagai ahli secara berasingan dengan membayar yuran masuk dan
yuran tahunan mengikut individu.

7

5.4.1 Ibu atau bapa atau penjaga (seperti di dalam Fasal 5.4) mempunyai hak
keahlian yang sama seperti ahli-ahli berdaftar yang lain.

6 PENALTI AKIBAT KEGAGALAN MEMBAYAR YURAN TAHUNAN DALAM TEMPOH YANG
DITETAPKAN

PENALTI AKIBAT KEGAGALAN, KEENGGANAN DAN/ATAU KECUAIAN
MEMBAYAR YURAN TAHUNAN MENGIKUT TEMPOH YANG DITETAPKAN

6.1 AHLI

Mana-mana ahli yang gagal, enggan dan/atau cuai yang tidak membayar yuran
tahunan kepada Badan, keahliannya akan digantung. Mana-mana ahli yang
digantung dan/atau tergantung keahliannya sama ada oleh Badan atau Cawangan
atau disebabkan oleh perlanggaran perlembagaan ini olehnya tidak berhak:

6.1.1 Menjadi calon bagi sesuatu perlantikan.

6.1.2 Bersuara atau mengemukakan pendapat di dalam mana-mana Mesyuarat
Agung Badan atau Cawangan dan/atau mana-mana forum Badan atau
Cawangannya.

6.1.3 Memilih, mengundi dan/atau dilantlk untuk apa-apa jawatan di dalam mana-
mana Mesyuarat Agung Badan dan/atau Cawangannya.

6.1.4 Menggunakan apa-apa kemudahan serta keistimewaan yang diberi selaras
dengan hak-haknya sebagai seorang ahli.

6.2 CAWANGAN

Mana-mana cawangan yang gagal, enggan dan/atau cuai membayar yuran
tahunan kepada Badan, keahlian cawangan akan digantung. Mana-mana
cawangan yang digantung dan/atau tergantung keahliannya oleh Badan
disebabkan oleh pelanggaran perlembagaan ini, maka:-

6.2.1 Ahli dari Cawangan berkenaan kehilangan hak untuk bertanding mana-mana
jawatan diperingkat Badan.

6.2.2 Tidak berhak menghantar perwakilan ke Mesyuarat Agung Badan.

6.2.3 Mana-mana perwakilan yang dihantar oleh cawangan berkenaan ke
Mesyuarat Agung Badan hanya berstatus sebagai Pemerhati sahaja.

6.2.4 Tidak berhak bersuara atau mengemukakan pendapat di dalam mana-mana
Mesyuarat Agung Badan dan/atau mana-mana forum Badan.

6.2.5 Tidak berhak memilih, mengundi dan/atau dilantik untuk apa-apa jawatan di
dalam mana-mana Mesyuarat Agung Badan.

8

6.2.6 Tidak berhak menggunakan apa-apa kemudahan serta keistimewaan yang
diberi selaras dengan hak-haknya sebagai cawangan.

6.3 PEMBERHENTIAN DAN PEMECATAN AHLI

Mana-mana ahli yang gagal, enggan dan/atau cuai mematuhi Perlembagaan Badan
dan/atau bertindak dengan cara yang akan mencemar nama baik Badan, pihak
Badan berhak bertindak seperti berikut:-

6.3.1 Mengeluarkan surat tunjuk sebab terhadap ahli berkenaan berkaitan
pertuduhan ke atas beliau.

6.3.2 Ahli berkenaan dalam tempoh 14 (empat belas) hari dari tarikh surat
berkenaan hendaklah memberi penjelasan dan/atau membela dirinya secara
bertulis kepada Jawatankuasa Pusat.

6.3.3 Setelah menerima surat berkenaan Jawatankuasa Pusat akan menilai
samada untuk menerima dan/atau menolak jawapan kepada surat tunjuk sebab
berkanaan.

6.3.4 Setelah berpuas hati Jawatankuasa Pusat hendaklah memaklumkan secara
bertulis keputusan kepada ahli berkenaan.

6.3.5 Keputusan Jawatankuasa Pusat adalah muktamad dan tidak boleh dirayu.

7 YURAN DAN BAYARAN LAIN

7.1. Bayaran masuk dan yuran tahunan dikategorikan seperti berikut:-

7.1.1 Kategori A

lbu/bapa/penjaga pelajar, MRSM/KM/KPM.
- Bayaran keahlian sebanyak RM20.00 (Ringgit Malaysia: Dua Puluh Sahaja) dan
yuran tahunan sebanyak RM50.00 (Ringgit Malaysia Lima Puluh Sahaja)

7.1.2 Kategori B

Guru MRSM/KM/KPM dan pegawai Perkhidmatan Pendidikan MARA yang masih
dalam perkhidmatan
- bayaran masuk sebanyak RM5.00 (Ringgit Malaysia: Lima Sahaja) dan
- Yuran Tahunan sebanyak RM5.00 (Ringgit Malaysia: Lima Sahaja)

7.1.3 Kategori C

Ahli Seumur hidup ialah ibu/bapa/penjaga bekas Pelajar, bekas pelajar, bekas guru
MRSM/KM/KPM dan bekas pegawai Perkhidmatan pendidikan MARA.
- Bayaran yuran seumur hidup dibayar sekali gus sebanyak RM200.00 (Ringgit

9

Malaysia Dua Ratus Sahaja):
- Bayaran yuran seumur hidup ini hendaklah dibayar dalam tempoh enam (6) bulan
setelah anak tamat pengajian di mana-mana MRSM/KM/KPM. Mana-mana ahli
yang gagal membuat bayaran yuran seumur hidup ini dalam tempoh berkenaan,
keahlian ahli adalah dikira luput.
- Sekiranya keahlian telah luput dan bekas ahli tersebut ingin menjadi Ahli Badan,
beliau hendaklah membayar sejumlah RM20.00 untuk menjadi ahli baru.
- Pembayaran yuran ahli seumur hidup ini hendaklah dibuat terus ke Cawangan.

7.2.1 Yuran Tahunan hendaklah dijelaskan kepada Bendahari Cawangan seperti di
dalam Fasal 5.3.

7.2.2 10% daripada yuran tahunan semasa hendaklah dijelaskan kepada Bendahari
Agung oleh Bendahari Cawangan seperti di dalam Fasal 5.3 setiap tahun. Selaras
dengan kehendak Peraturan 13. Kegagalan mematuhi peraturan ini, cawangan
berkenaan tertakluk kepada Fasal 6.3.

7.3 Sumbangan atau kutipan bagi tujuan khusus atau tertentu pada peringkat Pusat
ditentukan oleh Jawatankuasa Pusat dan Peringkat Cawangan ditentukan oleh
Jawatankuasa Cawangan.

7.4 Jawatankuasa Pusat dan Jawatankuasa Cawangan berhak dan berkuasa untuk
menentukan serta mengadakan aturan-aturan atau dasar bagi menyelaraskan
prosedur pengutipan dan penggunaan yuran keahlian di peringkat masing-masing.

8 MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PUSAT

8.1. Mesyuarat Agung Tahunan Badan adalah merupakan kuasa tertinggi yang
akan menentukan hala tuju dan wawasan Badan. Wakil-wakil Cawangan dan
Jawatankuasa Pusat boleh hadir bagi menjalankan Mesyuarat Agung Tahunan
mengikut peraturan-peraturan sepertimana yang ditetapkan oleh Perlembagaan ini.

8.2 Perwakilan Cawangan hendaklah dipilih tiap-tiap tahun oleh Cawangan masing-
masing dan mereka boleh dipilih semula. Sesebuah Cawangan boleh menghantar
tidak lebih daripada tiga (3) wakil yang terdiri daripada Yang Dipertua Cawangan
atau wakilnya dan dua (2) lagi dipilih dari ahli-ahli Cawangan bagi mewakili
Cawangan tersebut di dalam Mesyuarat Agung Tahunan.

8.3 Semua Ahli Jawatankuasa Pusat dan Perwakilan Cawangan yang hadir
berkuasa mengundi di dalam Mesyuarat Agung Tahunan.

8.4 Kuorum untuk Mesyuarat Agung Tahunan dianggap cukup jika Perwakilan
Cawangan dan Ahli Jawatankuasa Pusat yang hadir berjumlah sekurang-
kurangnya dua (2) kali bilangan Ahli Jawatankuasa Pusat.

8.5 Jika kuorum tidak cukup selepas satu (1) jam daripada waktu yang telah
ditetapkan untuk mesyuarat, maka mesyuarat itu hendaklah ditangguhkan selama
satu jam lagi, dan jika kuorum tidak cukup juga selepas daripada waktu yang

10

ditetapkan untuk mesyuarat yang ditangguhkan itu, maka berkuasalah wakil-wakil
yang hadir menjalankan mesyuarat pada hari itu tetapi tidaklah mereka berkuasa
meminda perlembagaan Badan dan membuat keputusan yang melibatkan semua
ahli.

8.6 Mesyuarat Agung Tahunan hendaklah diadakan pada atau sebelum 30
September pada tahun yang berkenaan sepertimana yang ditetapkan oleh
Jawatankuasa Pusat.

8.7 Pemilihan Jawatankuasa dan Juruaudit Pusat

Mesyuarat Agung Pusat untuk memilih ahli Jawatankuasa dan Juruaudit Pusat
hendaklah diadakan untuk suatu tempoh selama dua (2) tahun.

8.8 Tanggungjawab Mesyuarat Agung Tahunan ialah:

8.8.1 Menerima laporan Setiausaha Agung berkenaan perjalanan Badan di dalam
tahun yang sebelumnya.

8.8.2 Menerima laporan Bendahari Agung dan Penyata Kewangan yang telah
diaudit bagi tahun yang sebelumnya.

8.8.3 Memilih Ahli-Ahli Jawatankuasa Pusat dan dua orang juruaudit untuk tempoh
selama dua (2) Tahun yang akan datang.

8.8.4 Menguruskan perkara-perkara lain yang dibentangkan di dalam mesyuarat itu
sepertimana yang telah dipersetujui oleh Jawatankuasa Pusat.

8.8.5 Sekiranya Mesyuarat Agung tidak dapat dilaksanakan mengikut ketetapan,
Ahli Jawatankuasa boleh benarkan Penangguhan Mesyuarat Agung ke tarikh
sesuai dengan syarat tidak melebihi Tahun semasa.

8.9 Makluman Mengenai Mesyuarat Agung Tahunan

Notis awal mengenai Mesyuarat Agung Tahunan hendaklah menyatakan tarikh,
waktu, tempat, serta jemputan mengemukakan cadangan untuk perbincangan
(usul), dan pencalonan untuk pemilihan Ahli-ahli Jawatankuasa Pusat, hendaklah
dihantar oleh Setiausaha Agung kepada tiap-tiap Setiausaha Cawangan tidak lewat
daripada empat belas (14) hari sebelum tarikh yang ditetapkan untuk dipamerkan di
pejabat berdaftar Badan.

8.10 Nama-nama Perwakilan dan cadangan dan/atau usul, sekiranya ada untuk
dibincangkan di dalam Mesyuarat Agung Tahunan Pusat hendaklah dihantar oleh
Setiausaha Cawangan kepada Setiausaha Agung tidak kurang daripada empat
belas (14) hari sebelum tarikh Mesyuarat Agung Tahunan Pusat.

8.11 Hanya Perwakilan ke Mesyuarat Agung Tahunan sahaja yang boleh menjadi
calon.

11


Click to View FlipBook Version