1
GARIS PANDUAN DAN MAKLUMAN KEPADA PELAJAR DAN IBU
BAPA / PENJAGA
MAKLUMAN PENDAFTARAN MASUK PELAJAR
1. Pelajar dibenarkan melapor diri di maktab bermula jam 8.00 pagi hingga 10.30
pagi.
2. Hanya maksimum tiga (3) orang sahaja yang dibenarkan memasuki maktab
iaitu sama ada:
i. Pelajar & bapa
ii. Pelajar & ibu
iii. Pelajar & penjaga
iv. Pelajar, ibu & bapa
Anak-anak di bawah 12 tahun dan dewasa melebihi 65 tahun TIDAK
DIBENARKAN turut serta.
3. Ibu bapa / penjaga dan pelajar-pelajar dikehendaki mengimbas Kod QR
MySejahtera yang telah disediakan di pintu masuk maktab. Para pelajar
perlu menyerahkan borang deklarasi kesihatan di pintu masuk maktab.
Borang Deklarasi Kesihatan Pelajar
2
4. Semua pelajar dan ibu bapa / penjaga perlu disaring suhu badan terlebih
dahulu semasa masuk ke maktab dan mengisi borang deklarasi kesihatan
(Warden bertugas dan staf MRSM Tun Ghafar Baba akan mengambil suhu
bagi pelajar dan ibu bapa/penjaga).
Mana-mana pelajar yang dikesan suhu badan 37.5 °C atau lebih, mereka
diminta untuk mendapatkan rawatan doktor serta merta. Hanya selepas
pulih, baru dibenarkan balik ke maktab.
5. Pastikan penjarakan sosial 1 meter diamalkan semasa urusan melapor diri
tersebut.
6. Jalan di dalam MRSM pada hari pendaftaran pelajar adalah sehala (one
way) untuk mengelakkan kesesakan lalu lintas.
7. Hanya pelajar dan SEORANG penjaga sahaja dibenarkan memasuki
asrama pelajar untuk mengelakkan kesesakan dan mengawal penyebaran
germs/virus di kawasan asrama pelajar.
8. Mohon ibu bapa agar tidak berada di kawasan MRSM TGB terlalu lama dan
perlu segera meninggalkan kawasan maktab selepas selesai sesi suai kenal
bersama Homeroom.
9. Semua pelajar (lelaki dan perempuan) perlu membawa
i. Sejadah sendiri
ii. Telekung (pelajar perempuan sahaja) untuk solat 5 waktu setiap hari.
10. Dalam tempoh 1 bulan pertama, demi untuk mengawal dan mengelakkan
berlaku penyebaran germs/virus,
i. Pelajar-pelajar TIDAK dibenarkan untuk outing ke bandar.
ii. Pelajar-pelajar TIDAK dibenarkan pulang bermalam atas apa-
apa urusan sekali pun.
iii. Pelajar-pelajar TIDAK dibenarkan menerima sebarang bentuk
lawatan sama ada oleh keluarga pelajar, ibu, bapa, penjaga
mahupun rakan-rakan pelajar dari luar.
11. Semua ibu bapa diharap dapat menyediakan
i. Pelitup muka (face mask)
ii. Pensanitasi tangan (hand sanitizer) untuk kegunaan anak-anak
pelajar setiap hari.
3
PELAN LOKASI PENDAFT
CP3
La
CP4
Kelas
CP1
Laluan m
TARAN TINGKATAN 4 2021
aluan keluar Petunjuk :
CP2 CP3 Laluan masuk
CP4 Laluan keluar
DB
masuk
PELAN PERJALANAN MASUK KERETA DARI JALAN UTAMA
6
CARTA ALIR PROSES PENDAFTARAN
CP LOKASI TINDAKAN PELAJAR DAN IBU BAPA
1. Peringatan:
CP1 Pondok 1.1 Pelajar boleh ditemani maksima dua
Checkpoint 1 Pengawal orang pengiring sahaja.
1.2 Orang dewasa yang berumur 65
tahun ke atas dan kanak-kanak di bawah
12 tahun tidak dibenarkan ikut serta.
2. Semua pelawat (termasuk pengiring dan
pelajar) perlu melakukan saringan suhu.
3. Imbas QR Code MySejahtera
4. Hantar Borang Deklarasi Kesihatan Pelajar.
Pendaftaran Pelajar :
▪ Kaunter-kaunter urusan terlibat adalah :
CP2 Pusat Kegiatan 1)Urusetia Pendaftaran
Checkpoint 2 Pelajar – menerima nombor maktab, kelas, nombor
(PKP) bilik & blok, rumah sukan dan Homeroom
– menerima fail orentasi dan tag pelajar
2) Koperasi
– menyerahkan resit bayaran koperasi yang
telah lengkap ditulis nama dan nombor
maktab pelajar
– menerima beg dobi berisi barang keperluan
pelajar
CP3 Asrama Lelaki Daftar Masuk Asrama :
Checkpoint 3 & ▪ Pelajar dan hanya SEORANG penjaga akan
dibawa oleh sukarelawan ke blok asrama
Asrama yang ditetapkan
Perempuan ▪ Pelajar dan penjaga dibenarkan untuk
berada di asrama tidak melebihi masa 20
minit.
▪ Pelajar dan penjaga perlu mengosongkan
kawasan asrama pada jam 10.15 pagi bagi
persediaan untuk mendengar taklimat
Pengetua
7
CP4 Dewan Taklimat Pengetua dan perjumpaan
Checkpoint 4 Bendahara penasihat Homeroom bersama ibu bapa dan
pelajar Tingkatan 4 :
Kelas/Bilik-bilik
yang telah ▪ Pelajar dan hanya SEORANG penjaga
ditetapkan akan dibawa oleh sukarelawan sama ada ke
(sila rujuk Dewan Bendahara atau kelas-kelas yang
pamplet telah ditetapkan mengikut Homeroom.
Homeroom)
▪ Pelajar dan seorang penjaga dibenarkan
untuk mengikuti sesi bersama dengan Guru
Penasihat Homeroom.
▪ Guru Penasihat Homeroom mengadakan
sesi suai kenal.
▪ Guru Penasihat Homeroom menerangkan
peranan Homeroom.
▪ Penjaga menyerahkan dokumen (semua
borang yang berkaitan – rujuk lampiran A &
B) serta resit pembayaran yuran kepada
Guru Penasihat Homeroom
8
GARIS PANDUAN UMUM PELAJAR
1.0 PROSEDUR SEBELUM MASUK KE MAKTAB
1.1 Setiap orang dikehendaki memakai pelitup muka (face mask) sepanjang berada di
kawasan maktab.
1.2 Setiap orang dikehendaki mematuhi penjarakan sosial, mempraktikkan tidak
bersalaman dan kerap mencuci tangan sama ada menggunakan air dan sabun atau
pensanitasi tangan (hand sanitizer).
1.3 Setiap orang dikehendaki melakukan saringan suhu badan, merekodkan kehadiran
dan mengisytiharkan tahap kesihatan.
1.4 Pastikan diri pelajar dan ibu bapa / penjaga tidak melawat mana-mana negara dalam
tempoh dua minggu sebelum melapor diri ke maktab.
1.5 Pastikan diri pelajar dan ibu bapa/ penjaga dalam keadaan sihat dan bebas Covid-19.
1.6 Pelajar atau individu yang bergejala TIDAK DIBENARKAN hadir.
2.0 PROSEDUR SEMASA MASUK KE MAKTAB
Setiap warga MRSM dan pelawat perlu mematuhi prosedur berikut:
2.1 Memastikan penjarakan sosial [jarak hendaklah melebihi satu (1) meter] di
antara pelawat dan petugas keselamatan semasa berurusan di pondok pengawal.
2.2 Pengawal keselamatan bertanggungjawab melaksanakan saringan suhu
badan kepada setiap individu yang hendak masuk atau melaksanakan tugas di
MRSM.
2.3 Sekiranya suhu badan mencecah 37.5°C atau lebih (sama ada mempunyai
gejala yang berkaitan atau tidak), individu tersebut tidak dibenarkan masuk ke
kawasan maktab.
2.4 Mengimbas QR Code MySejahtera dan menghantar Borang Deklarasi Kesihatan
Pelajar.
9
3.0 KEBERADAAN PELAJAR DI MAKTAB
3.1 Saringan harian:
3.1.1 Saringan suhu harian setiap pagi sebelum ke kelas oleh Unit
Pengurusan Asrama
3.1.2 Jika suhu pelajar 37.5°C dan ke atas, pelajar perlu mendapatkan
rawatan di hospital / klinik kesihatan
3.1.3 Jika pelajar disahkan bergejala, pihak maktab akan bekerjasama
dengan pihak Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) untuk tindakan selanjutnya.
Pihak maktab akan memaklumkan kepada waris situasi kesihatan pelajar.
3.1.4 Bilik kuarantin akan digunakan bagi pelajar yang perlu dikuarantin atas
nasihat pihak PKD sebelum diambil oleh waris.
3.1.5 Sekiranya waris tidak berkemampuan untuk mengambil pelajar, pihak
maktab perlu menghantar pelajar pulang ke rumah
3.2 Aktiviti pelajar
3.2.1 Asrama/ kelas/ dewan selera/ surau/ bilik sakit/ bilik kuarantin/ bilik
kaunseling.
3.2.1.1 Mematuhi penjarakan sosial 1 meter.
3.2.1.2 Memastikan setiap pelajar memakai pelitup muka.
3.2.1.3 Mengamalkan kebersihan diri.
3.2.2 Program Homeroom:
3.2.2.1 Mematuhi penjarakan sosial 1 meter.
3.2.2.2 Memastikan setiap pelajar memakai pelitup muka.
3.2.2.3 Mengamalkan kebersihan diri.
3.2.2.4 Aktiviti gabungan Homeroom TIDAK DIBENARKAN.
3.2.2.5 Aktiviti lawatan/ jamuan di luar maktab TIDAK DIBENARKAN.
3.2.3 Sesi kaunseling:
`
3.2.3.1 Mematuhi penjarakan sosial 1 meter.
3.2.3.2 Memastikan setiap pelajar memakai pelitup muka.
3.2.3.3 Mengamalkan kebersihan diri.
3.2.3.4 Bilangan pelajar bagi sesi kaunseling berkelompok tidak
melebihi empat (4) orang.
3.3 Lawatan waris / keluar bandar (outing) / pulang bermalam
3.3.1 Sebarang lawatan daripada waris, urusan keluar bandar dan
pulang bermalam TIDAK DIBENARKAN kecuali melibatkan kes-kes
kecemasan dan arahan PKD (Tertakluk kepada arahan KKM dan
MKN).
10
11
12
13
MAKTAB RENDAH SAINS MARA
MRSM TUN GHAFAR BABA
STANDARD OPERATING PROCEDURES (SOP)
PENGGUNAAN TELEFON PINTAR, TABLET DAN KOMPUTER RIBA
(PERANTI)
1.0 TUJUAN
1.1 Tujuan penyediaan Standard Operating Procedure (SOP) Penggunaan
Telefon Pintar, Tablet dan Komputer Riba (Peranti) ini adalah untuk
menjadi panduan kepada Maktab Rendah Sains MARA Tun Ghafar
Baba dalam mematuhi tatacara penggunaan, pengurusan, pengawalan
dan penguatkuasaan berkaitan isu alat komunikasi yang dibenarkan oleh
pihak Bahagian Pendidikan Menengah MARA.
1.2 Selain itu, adalah menjadi keutamaan dalam memastikan faedah
pelaksanaan ini kepada pelajar ke tahap yang maksimum bagi
meningkatkan lagi tahap kecemerlangan dan keharmonian Maktab
Rendah Sains MARA Tun Ghafar Baba.
2.0 PENDAFTARAN DAN PEMILIKAN PERANTI
2.1 Semua peranti yang hendak digunakan di kawasan maktab hendaklah
didaftarkan melalui Guru Media.
2.2 Peranti yang didaftarkan akan diberikan pelekat khas dan wajib ditampal
bagi menandakan peralatan tersebut telah didaftarkan secara rasmi dan
disahkan oleh pihak maktab.
2.3 Dilarang menanggal/ mengubah/ meminda sebarang maklumat pada
pelekat khas bagi tujuan pengecaman dan pengesahan pemilikan.
2.4 Peranti akan disimpan sendiri oleh pelajar walau bagaimanapun
penggunaan tertakluk kepada peraturan maktab.
2.5 Sebarang kehilangan/ kerosakan adalah di bawah tanggungjawab
pelajar sendiri. Pihak pengurusan maktab tidak bertanggungjawab atas
sebarang kehilangan/atau kerosakan peranti pelajar.
2.6 Hanya satu telefon bimbit dan satu tablet/ komputer riba SAHAJA
dibenarkan dibawa bagi setiap pelajar.
2.7 Sebarang pemalsuan maklumat pendaftaran adalah SATU
KESALAHAN dan boleh dikenakan tindakan disiplin.
14
3.0 PANDUAN PENGGUNAAN
3.1 PERATURAN PENGGUNAAN
3.1.1 LARANGAN menggunakan peranti di kawasan surau, kelas, makmal
dan program luar maktab kecuali mendapat kebenaran daripada pihak
pengurusan maktab.
3.1.2 Pelajar TIDAK DIBENARKAN membuat sebarang rakaman video atau
gambar tanpa kebenaran yang boleh menjejaskan imej mana-mana
pihak atau individu.
3.1.3 Pelajar DILARANG KERAS memuat naik video, gambar, kenyataan dan
apa-apa sahaja yang boleh mencemarkan imej individu, maktab atau
MARA melalui media sosial atau mana-mana media elektronik.
3.1.4 Aplikasi, bahan, video, gambar dan lain-lain yang berbentuk lucah,
hiburan atau permainan yang tidak patuh syariah dan melalaikan adalah
TIDAK DIBENARKAN.
3.1.5 Pelajar juga boleh didakwa dan dibicarakan dalam Jawatankuasa
Disiplin Maktab (JDM) sekiranya melanggar mana-mana peraturan
penggunaan gajet ini.
3.1.6 Penggunaan peranti hanya dibenarkan mengikut jadual berikut:
Selepas Hari Waktu Penggunaan
Malam Kelas Persediaan 11.30 malam – 11.45 malam
Jumaat
Sabtu 10.00 malam – 11.45 malam
10.30 pagi- 11.45 malam
Ahad Pagi- 10.30 pagi – 5.30 petang
Malam- 11.30 malam – 11.45
malam
3.2 PENYIMPANAN
3.2.1 Pelajar hendaklah menyimpan peranti mereka di tempat yang selamat
ketika waktu akademik dan kelas persediaan.
3.2.2 TIDAK DIBENARKAN meninggalkan peranti di kawasan bilik bacaan
atau bilik utiliti di asrama.
3.2.3 SEBARANG PELANGGARAN peraturan diatas, peranti yang
digunakan akan dirampas.
15
3.3 PENYALAHGUNAAN
3.3.1 Penggunaan peranti perlulah selari dengan Akta Suruhanjaya
Komunikasi
3.3.2 Kesalahan penggunaan peranti adalah seperti berikut :
i. Menghantar/ menyimpan/ melayari/ memiliki/ menjual/
mengedar/
membeli/ bahan berunsur porno/ lucah dan seumpamanya.
ii. Menggoda dan mengganggu pelajar lain.
iii. Membuat ancaman, ugutan, memfitnah dan menghasut.
iv. Memburukkan mana-mana pelajar/ kakitangan MRSM Tun
Ghafar Baba.
v. Sebarang aktiviti yang boleh menjejaskan imej Maktab dan
MARA.
3.4 RAMPASAN/SIMPANAN/PEMULANGAN
3.4.1 Sekiranya perkara yang berlakunya pelanggaran peraturan
penggunaan peranti, tindakan rampasan boleh dilakukan oleh pihak
pengurusan maktab.
3.4.2 Sebarang rayuan selepas rampasan tidak akan dilayan sehingga waktu
pemulangan yang ditetapkan pihak pengurusan maktab.
3.4.3 Barang rampasan hanya akan dipulangkan pada setiap akhir
semester mengikut tarikh yang ditentukan oleh pihak pengurusan
maktab.
3.4.4 Setiap barang rampasan perlu direkod dan dilabelkan berdasarkan
nama pelajar, no.maktab, kelas, tarikh rampasan, homeroom dan
penasihat serta nama pelapor.
3.4.5 Satu salinan pengesahan rampasan perlu diberikan kepada pelajar dan
dikemukakan semasa membuat tuntutan.
3.4.6 Setiap pemulangan barang rampasan akan dikawal selia oleh unit
pengurusan maktab.
3.4.7 Pemulangan hanya akan diberikan kepada pemilik asal yang berdaftar
atau penjaga yang sah.
16
3.5 KEHILANGAN/ KEROSAKAN/ KESELAMATAN
3.5.1 Pihak maktab TIDAK dipertanggungjawabkan atau/ dan dipersalahkan
sekiranya berlaku sebarang kehilangan, kerosakan dan keselamatan
barang rampasan.
3.5.2 Ibu bapa/Penjaga TIDAK BOLEH menuntut ganti rugi di atas sebarang
kehilangan, kerosakan dan keselamatan barang rampasan.
4.0 PROSES TINDAKAN PENYALAHGUNAAN
4.1 Sebarang penyalahgunaan akan diambil tindakan tertakluk kepada
Buku Peraturan Pengurusan Disiplin Maktab 2016.
17
5.0 CARTA ALIR STANDARD OPERATING PROCEDURE (S.O.P)
5.1 Carta Alir Prosedur Penggunaan Peranti
Pendaftaran
Salah Guna Penggunaan
Rampas Selesai
Dakwa
(JDM/JDRM)
Ya
Tidak
Hukuman Pemulangan
Selesai Selesai
18
5.2 Carta Alir Prosedur Penggunaan Peranti
Pendaftaran
Salah Guna Penggunaan
Rampas
Penyimpanan
Dakwa Selesai
(JDM/JDRM)
Ya Tidak
Hukuman Pemulangan
Selesai Selesai
19
5.0 PANDUAN KESELAMATAN
5.1 Membawa apa-apa peranti ke kawasan maktab adalah merupakan
pilihan individu dan atas kebenaran ibu bapa masing-masing.
5.2 Pihak maktab tidak mewajibkan pelajar membawa sebarang bentuk
peranti ke kawasan maktab.
5.3 Pelajar mestilah bertanggungjawab ke atas peranti masing-masing
dengan:
i. Tidak meninggalkan peranti di kawasan terbuka yang boleh
mengundang insiden kecurian seperti di bilik utiliti, tempat
mengecas dan lain-lain tempat.
ii. Menyimpan peranti di dalam almari dan memastikan almari
dikunci setiap kali meninggalkan bilik.
iii. Tidak melanggar peraturan penggunaan peranti sehingga
boleh menyebabkan rampasan peranti berlaku.
iv. Mendaftarkan peranti yang dibawa ke maktab.
v. Pihak maktab tidak akan bertanggungjawab sekiranya berlaku
sebarang kehilangan peranti pelajar.
20