The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

2. Manual Pengurusan Keselamatan - Bah 3 (AKTIVITI PELAJAR)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by MRSM TGB, 2020-08-10 08:15:43

2. Manual Pengurusan Keselamatan - Bah 3 (AKTIVITI PELAJAR)

2. Manual Pengurusan Keselamatan - Bah 3 (AKTIVITI PELAJAR)

BAHAGIAN 3 : AKTIVITI PELAJAR

PENDAHULUAN

Aktiviti pelajar melibatkan kegiatan di dalam dan di luar kawasan maktab. Semasa aktiviti
dijalankan, aspek keselamatan perlu diambil kira agar program dapat dilaksanakan dengan
sempurna. Semua pihak perlu bertanggungjawab mengutamakan keselamatan dalam
merancang kelancaran dan keberkesanan aktiviti. Manual ini memberi panduan kepada warga
maktab agar aspek keselamatan dititikberatkan bagi mengelakkan kemalangan. Antara aspek
yang akan dibincangkan ialah :

 Keselamatan Diri Pelajar Pergi Dan Balik Ke Maktab
 Keselamatan Menjalankan Aktiviti Kokurikulum
 Keselamatan Menjalankan Kegiatan Luar

A. Keselamatan Diri Pelajar Pergi Dan Balik Ke Maktab

Keselamatan diri pelajar perlu dititikberatkan sepanjang masa sama ada semasa dalam
waktu persekolahan mahupun di luar waktu persekolahan. Keselamatan semasa pergi
dan balik ke maktab perlu diberi panduan agar pelajar sentiasa selamat. Pihak maktab
hendaklah memastikan semua pelajar sentiasa sedar dan peka akan kemungkinan
berlakunya perkara yang tidak diingini.

1. Panduan Pelajar
a. Memastikan kenderaan yang dinaiki semasa pergi dan balik ke maktab
selamat.
b. Mematuhi arahan pihak yang mengawal seperti pemandu dan polis.
c. Memahami dan mengamalkan peraturan keselamatan diri.
d. Sentiasa sedar dan peka akan kemungkinan berlakunya perbuatan
jenayah kepada diri.
e. Berjalan dalam kumpulan.
f. Menggunakan laluan yang selamat.
g. Mengelakkan diri daripada berinteraksi dengan orang yang tidak dikenali.

h. Tidak menumpang kenderaan orang yang tidak dikenali.
i. Melaporkan kepada pihak pentadbiran atau pihak berkuasa sekiranya

terdapat sesuatu yang mencurigakan berlaku.
j. Memastikan kenderaan betul-betul berhenti apabila turun atau naik.
k. Berbaris dan tidak berebut semasa turun dan naik kenderaan.
l. Duduklah dengan tertib di dalam kenderaan yang dinaiki.
m. Berdiri dalam keadaan stabil dengan memegang pemegang yang

disediakan dan jangan berdiri di tangga ketika berada di dalam
kenderaan.
n. Dilarang bergurau, bermain, mengeluarkan tangan, menjengukkan kepala,
mencampakkan barang atau sampah keluar yang boleh membahayakan
diri dan orang lain.
o. Turun dari kenderaan yang dinaiki setelah betul-betul berhenti.
p. Semasa menyeberangi jalan pastikan tiada kenderaan di kiri dan kanan.
q. Apabila berlaku kemalangan, ikut panduan yang telah ditetapkan
(Lampiran).
r. Pastikan feri, bot atau sampan yang dinaiki dalam keadaan baik dan
selamat.
s. Pastikan memakai jaket keselamatan semasa menaiki feri, bot atau
sampan.
t. Dilarang menaiki feri, bot atau sampan yang melebihi had muatan.
u. Sentiasa berhati-hati semasa di dalam feri, bot atau sampan dan
mengikut arahan keselamatan.
v. Elakkan daripada menaiki feri, bot atau sampan dalam keadaan cuaca
buruk atau arus sungai terlalu deras.

2. Panduan Pentadbiran
a. Memberi penerangan tentang keselamatan pergi dan balik ke maktab
kepada ibu bapa atau penjaga melalui taklimat bersama pengetua
semasa hari pendaftaran pelajar baru.
b. Melaksanakan program keselamatan jalan raya seperti taklimat, ceramah,
tayangan video dan mempamerkan poster.
c. Menyediakan sistem lalu lintas dalam maktab.

d. Menyimpan rekod nombor pendaftaran kenderaan ibu bapa pelajar.
e. Menyimpan rekod ibu bapa atau penjaga pelajar supaya mudah

dihubungi pada waktu kecemasan.
f. Menyimpan dan mempamerkan nombor telefon pihak berkuasa dan

semua warden supaya mudah dihubungi jika berlaku kecemasan.
g. Mengedarkan dan menampal manual keselamatan di papan kenyataan.

3. Panduan Ibu Bapa
a. Bekerjasama dengan pihak maktab dalam merancang dan
menguatkuasakan langkah keselamatan perjalanan pelajar pergi dan
balik maktab.
b. Menasihati anak dalam aspek keselamatan diri.
c. Memastikan pergi dan balik anak ke maktab bersama rakan.
d. Memastikan kenderaan yang dinaiki oleh anak dalam keadaan baik.
e. Menasihati anak supaya tidak berinteraksi atau mengikut orang yang
tidak dikenali.
f. Jika menggunakan kereta atau van pastikan pintu kenderaan ditutup
sempurna dan memakai tali pinggang keledar sebelum kenderaan
bergerak.
g. Jika menggunakan motosikal pastikan memakai topi keledar dan pakaian
yang memantulkan cahaya.

B. Keselamatan Menjalankan Aktiviti Kokurikulum

Aktiviti kokurikulum merupakan sebahagian kurikulum asas, kegiatan atau aktiviti selain
subjek yang diajar dalam bilik darjah tetapi dianggap sebagai sebahagian daripada
kursus pendidikan pelajar di maktab. Aktiviti yang dirancang atau dijalankan perlu
mengambil kira manual keselamatan dan mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh
Bahagian Pendidikan Menengah (BPM).

1. Panduan Penyelaras Kokurikulum
a. Memberi kesedaran dan kefahaman kepada pelajar tentang pentingnya
keselamatan diri semasa menjalankan aktiviti kokurikulum seperti
mengadakan ceramah, edaran risalah, tayangan video, bengkel, poster
dan melalui perhimpunan pagi.
b. Mengadakan peraturan yang jelas tentang keselamatan pelajar dalam
aktiviti kokurikulum.

2. Panduan Pentadbiran
a. Memberi taklimat keselamatan kepada pelajar.
b. Mempunyai dan mengetahui pelan keselamatan.
c. Memastikan pelajar mengikut arahan dan peraturan.
d. Mengadakan pengawasan yang rapi sepanjang aktiviti dijalankan.
e. Memastikan peralatan selamat sebelum, semasa dan selepas digunakan.
f. Menjalankan aktiviti di tempat yang selamat.
g. Memberhentikan aktiviti dengan serta-merta jika terdapat tanda-tanda
cuaca buruk akan berlaku.
h. Memastikan hanya pegawai yang berkelayakan atau bertauliah menjadi
jurulatih contohnya daripada Majlis Sukan Negeri.
i. Mempunyai rekod kesihatan dan maklumat peribadi pelajar yang lengkap.
j. Menyediakan peti pertolongan cemas.
k. Memastikan pelajar menyertai Insurans Kemalangan Diri.

3. Panduan Pelajar
a. Melaporkan kesihatan diri kepada guru.
b. Memakai pakaian yang sesuai dengan aktiviti kokurikulum yang
dijalankan.
c. Mengikut arahan guru sepanjang aktiviti dijalankan.
d. Melaporkan sebarang kemalangan atau masalah yang timbul sepanjang
aktiviti dijalankan.
e. Mengutamakan aspek keselamatan mengikut aktiviti yang dijalankan
seperti yang berikut:
i. Sukan dan Permainan
 Sebelum menjalankan aktiviti, hendaklah melaporkan taraf
kesihatan yang terkini seperti sakit jantung atau asma dari
semasa ke semasa.
 Memakai pakaian dan kasut yang sesuai sewaktu aktiviti
dijalankan.
 Memastikan kawasan yang selesa dan selamat digunakan.
 Tidak dibenarkan memulakan aktiviti fizikal tanpa arahan
dan pengawasan guru.
 Sentiasa mematuhi arahan guru semasa melakukan aktiviti.
 Sekiranya berasa tidak selesa atau di luar kemampuan diri
semasa aktiviti, pelajar haruslah berhenti dan memberitahu
guru.
 Melaporkan segala kerosakan peralatan sukan kepada
guru jika ada yang rosak selepas digunakan.
 Melaporkan kemalangan yang berlaku kepada guru yang
bertugas.

ii. Badan Beruniform
 Pelajar mesti sihat untuk menjalankan aktiviti dan memakai
pakaian yang sesuai.
 Berada di lokasi aktiviti pada masa yang ditentukan.
 Ketua pasukan merekodkan kedatangan ahli dan
melaporkan pelajar yang tidak hadir.
 Aktiviti dijalankan secara berkumpulan mengikut arahan
guru penasihat.
 Apabila berlaku kemalangan, perlu mengikut Panduan
Berlaku Kemalangan. (Lampiran).

iii. Kelab dan Persatuan
 Pelajar berada di tempat dan masa yang telah ditetapkan.
 Setiausaha merekodkan kedatangan ahli dan melaporkan
pelajar yang tidak hadir
 Mengikut arahan guru sepanjang aktiviti dijalankan.
 Apabila berlaku kecemasan atau kemalangan hendaklah
diberi rawatan kecemasan dengan segera dan laporkan
kepada guru.

f. Penggunaan Peralatan Sukan dan Stor Sukan
i. Mengetahui tatacara penggunaan peralatan dengan betul dalam
pengawasan guru.
ii. Sentiasa menjaga kebersihan stor sukan.
iii. Stor sukan sentiasa berkunci selepas mengeluarkan atau
mengendalikan peralatan sukan.
iv. Memastikan semua suis dimatikan sebelum meninggalkan stor
sukan.
v. Mengisi borang keluar masuk peralatan sukan dalam buku yang
disediakan.
vi. Menyimpan peralatan di tempat yang ditetapkan.

g. Penggunaan Gimnasium / Bilik Latihan Bebanan / Kompleks Sukan
i. Mesti mendapat kebenaran daripada guru.
ii. Catatkan nama pada buku pendaftaran sebelum memulakan
latihan.
iii. Mesti berpakaian sukan yang lengkap.
iv. Dilarang makan dan minum.
v. Sentiasa mematuhi arahan penggunaan peralatan.
vi. Melakukan aktiviti memanaskan badan sebelum latihan bebanan.
vii. Latihan mestilah mengikut keupayaan diri masing-masing.
viii. Dilarang bermain dan bergurau di dalam bilik latihan bebanan.
ix. Susun alatan pada tempat asal selepas penggunaannya.
x. Memastikan bilik sentiasa dalam keadaan bersih dan kemas.
xi. Memastikan lampu dan kipas dimatikan, dan tingkap ditutup
sebelum meninggalkan bilik.
xii. Melaporkan kepada guru sebarang kerosakan alatan.
xiii. Dilarang menggunakan alatan yang telah rosak.

C. KESELAMATAN MENJALANKAN KEGIATAN LUAR

Kegiatan luar (Outdoor Activity) merupakan bidang rekreasi yang terbahagi kepada tiga
kategori iaitu berpusatkan darat, air dan udara. Kegiatan berpusatkan darat ialah aktiviti
seperti berkhemah, mendaki gunung, mengembara, trekking dan meneroka gua.
Kegiatan yang berpusatkan air seperti berkayak, snorkeling, scuba diving, luncur layar,
berakit, renang dan belayar. Sementara aktiviti berpusatkan udara ialah terjun bebas,
hand gliding dan para sailing. Semua aktiviti perlu dirancang dengan teliti untuk
menjamin keselamatan pelajar (Lampiran).

1. Panduan Umum Keselamatan

a. Semua aktiviti luar yang dilaksanakan oleh maktab disyaratkan
mempunyai guru pengiring dengan nisbah 1:10 (seorang guru nisbah
sepuluh pelajar) bagi aktiviti yang berisiko tinggi, manakala nisbah 1:15
(seorang guru nisbah lima belas pelajar) bagi aktiviti berisiko rendah.

b. Guru pengiring perempuan perlu ada sekiranya melibatkan pelajar
perempuan.

c. Pelajar dikehendaki membawa kad pengenalan dan kad pelajar.
d. Memastikan pelajar dalam keadaan sihat untuk mengikuti aktiviti

berkenaan.
e. Membawa peti pertolongan cemas yang lengkap dan mencukupi.
f. Semua aktiviti hendaklah dijalankan mengikut jadual perancangan seperti

dalam kertas kerja.
g. Pelajar mestilah mematuhi peraturan disiplin yang telah ditetapkan.
h. Guru penasihat / pengiring hendaklah memaklumkan kepada pihak

pentadbiran apabila berlaku kemalangan.
i. Aktiviti bermalam perlu dimaklumkan kepada Ketua Kampung / Polis atau

Pihak Berkuasa Tempatan yang lain terhadap kawasan perkhemahan
sebelum, semasa dan sesudah aktiviti.
j. Aktiviti yang berisiko tinggi memerlukan kebenaran bertulis daripada ibu
bapa / penjaga.
k. Bagi aktiviti rekreasi seperti perkhemahan di tepi tasik, pantai, sungai
atau hutan dan mendaki gunung, guru penasihat atau fasilitator aktiviti
perlu membuat tinjauan dan penilaian terhadap lokasi yang akan dilawati
bagi merancang dan menyediakan prosedur langkah keselamatan.
l. Memastikan bekalan makanan mencukupi, bersih dan selamat digunakan.
m. Guru penasihat perlu mempunyai pengetahuan dan kemahiran dalam
asas pertolongan cemas.
n. ROLL CALL perlu diadakan dua atau tiga kali sehari semasa
perkhemahan atau perkelahan.
o. Bagi aktiviti di laut atau di tepi pantai, guru penasihat hendaklah
mengenal pasti pelajar yang tidak boleh berenang. Guru hendaklah

terlebih dahulu meletakkan papan tanda kawasan / tempat yang dikenal
pasti sebagai kawasan bahaya dan maklumkan kepada semua pelajar.

2. Panduan Khusus Keselamatan Kegiatan Luar
a. Keselamatan Aktiviti Perkhemahan
Perkhemahan merupakan satu aktiviti yang pasti dilakukan dalam apa jua
bidang kegiatan luar maktab sama ada berkayak, mendaki gunung,
mengembara dan aktiviti lain yang perlu bermalam. Panduan berkaitan
aktiviti perkhemahan adalah seperti yang berikut:

i. Panduan Mendirikan Khemah
 Khemah didirikan di atas tapak yang sesuai dan selamat.
 Jika memasang khemah ketika angin bertiup kuat,
tentukan supaya bahagian belakang khemah sahaja yang
menghadap ke arah datangnya angin.
 Jika memasang khemah di atas pasir, tanah yang lembut
atau kawasan angin bertiup kuat, kayu pacakan hendaklah
dibuat sebagai ganti paku khemah supaya tali dan gelang
penegang khemah dapat dipasang dengan lebih kuat.
 Kedudukan paku khemah atau kayu pacakan apabila
dipacakkan ke tanah hendaklah bersudut tepat dengan tali
atau penegang khemah dan bersudut 45 darjah pula
dengan tanah.
 Bersihkan tapak khemah daripada sampah dan objek yang
mengganggu seperti kayu dan batu.
 Sewaktu hujan, tali khemah hendaklah dikendurkan sedikit.
Tali khemah akan menjadi lebih tegang apabila ditimpa
hujan dan keadaan ini boleh menyebabkan khemah
mudah terkoyak.
 Jarak antara satu khemah dengan yang lain mestilah
antara lebih kurang 6 hingga 8 meter. Jarak yang terlalu
dekat akan menyusahkan pergerakan di dalam kawasan

perkhemahan dan jika berlaku kebakaran boleh
menyebabkan api merebak ke khemah-khemah lain.

ii. Formasi Khemah
 Formasi khemah bergantung pada keadaan dan ruang
yang ada juga terhadap faktor keselesaan dan
keselamatan.
 Jika berkhemah di kawasan sempit yang memanjang
seperti di tepi trek, jalan atau sungai maka formasi satu
barisan adalah sesuai manakala bagi ruang yang lebih
besar, formasi dua barisan dibenarkan.
 Bagi kawasan yang luas, formasi satu bulatan adalah
sesuai manakala bagi kawasan yang tidak menentu
ruangnya, formasi berselerak dianggap sesuai.

iii. Memilih Tapak Perkhemahan
Sebelum mendirikan khemah, tapak yang sesuai mestilah
diperoleh terlebih dahulu. Tinjauan perlu dilakukan bagi
menentukan kawasan yang ingin digunakan sebagai tapak
perkhemahan dengan mengambil kira faktor bersesuaian dan
keselamatan pelajar.

Bagi memilih tapak perkhemahan yang sesuai, beberapa ciri
tertentu perlu diberi perhatian. Antaranya;

 Tanah yang rata supaya selesa untuk tidur.
 Ada perlindungan dari bukit atau pokok supaya tidak

terdedah daripada ancaman angin.
 Dekat dengan punca air supaya memudahkan kerja

memasak, membasuh dan mandi.
 Boleh mendapat sinaran matahari pada waktu pagi bagi

tujuan mengeringkan udara lembap di dalam khemah,
mengeringkan pakaian dan peralatan yang basah.

 Mempunyai laluan perhubungan yang baik supaya mudah
bergerak segera jika berlaku kecemasan.

 Mempunyai pemandangan yang menarik.

iv. Panduan Semasa Aktiviti Perkhemahan
Beberapa perkara perlu diberikan perhatian semasa aktiviti
perkhemahan bagi tujuan keselamatan pelajar.

 Dilarang berkhemah terlalu dekat dengan sungai atau
anak sungai di kawasan hulu atau di kawasan berbukit.
Jika hujan di kawasan ini, terutamanya di kawasan hulu,
paras air akan naik dengan kadar cepat.

 Elakkan mendirikan khemah di kawasan berlalang dan
semak-samun atau belukar tebal kerana di kawasan
tersebut kebiasaannya terdapat serangga dan binatang
merayap. Sekiranya musim kering, lalang mudah terbakar,
begitu juga dengan tunas-tunas lalang yang tajam boleh
menyebabkan khemah terkoyak.

 Dilarang berkhemah di atas tanah yang lembap. Tanah
yang lembap akan mudah becak dan ini menyukarkan
aktiviti perkhemahan.

 Elakkan mendirikan khemah di atas tebing yang tinggi dan
curam.

 Dilarang mendirikan khemah di bawah pohon atau dahan
mati.

 Elakkan mendirikan khemah di bawah pohon yang rimbun
kerana pohon mudah sekah apabila ditiup angin atau
ditimpa hujan lebat. Pohon yang rimbun juga akan terus
menitiskan air, walaupun hujan telah berhenti.

 Dilarang mendirikan khemah di atas denai atau laluan
binatang bagi mengelakkan daripada dirempuh haiwan
yang menggunakan denai itu.

 Dilarang berkhemah terlalu dekat dengan kaki bukit yang
curam bagi mengelakkan bahaya tanah runtuh.

b. Panduan Keselamatan Aktiviti Perkelahan
Bagi mereka yang melibatkan diri dengan aktiviti perkelahan di pantai,
pengetahuan dan maklumat mengenai pasang surut air laut amat penting
selain pengetahuan dan maklumat cuaca. Dalam menjalankan aktiviti
perkelahan, keadaan cuaca dan pasang surut air perlu dititikberatkan.
Pasang surut merupakan pergerakan air menegak (vertical) berbanding
dengan pergerakan air yang mendatar (horizontal) ketika arus berlaku.
Air laut akan pasang dan surut sebanyak dua kali dalam sehari. Panduan
berkaitan aktiviti perkelahan adalah seperti yang berikut:

i. Panduan Keselamatan Aktiviti di Kawasan Air
 Boleh berenang.
 Perlu mendapat kebenaran daripada pihak pentadbiran,
guru pengiring, ibu bapa/penjaga dan pegawai petugas
keselamatan.
 Mematuhi peraturan, nasihat dan waktu dibenarkan
berenang.
 Dilarang mandi dan berenang di tempat yang berbahaya.
 Memilih kawasan yang selamat dan dipantau oleh pegawai
penyelamat.
 Melakukan aktiviti memanaskan badan (warm up) sebelum
mandi atau berenang.
 Memastikan mandi dalam kumpulan dan bukan
bersendirian.
 Memastikan guru atau pegawai penyelamat dapat melihat
dengan jelas.
 Dilarang mandi selepas makan atau apabila berasa lapar.
 Dilarang berlari atau berdiri di permukaan yang basah
seperti batu, lereng curam, tanah licin dan kayu berbahaya.
 Dilarang berenang ke air yang lebih dalam daripada paras
pinggang.

 Dilarang terjun di tempat cetek atau di tempat yang banyak
batu dan kayu.

 Apabila mandi di dalam sungai tentukan anda menghadap
ke arah hulu supaya dapat mengelakkan diri daripada
objek-objek yang hanyut.

 Dilarang turun ke air jika arus terlalu deras. Gunakan timba
untuk mengambil air atau mandi.

 Dilarang turun ke sungai atau anak sungai ketika hujan
lebat.

 Sediakan alat kecemasan di tempat mandi seperti tali atau
pelampung.

ii. Panduan Keselamatan Kecemasan Di Kawasan Air
Panduan ini bertujuan untuk menyelamatkan diri dan memberikan
pertolongan kepada orang lain. Untuk memberikan pertolongan
kepada orang lain, kaedah penyelamatan seperti yang berikut
boleh digunakan:

 Capaian
Kaedah capaian (memegang atau menyelamat dengan
menghulurkan tangan) boleh digunakan sekiranya mangsa
itu berhampiran dengan penyelamat.

 Lontaran
Apabila mangsa yang ingin diselamatkan itu berada jauh,
kaedah lontaran boleh diusahakan dengan menggunakan
seutas tali atau pelampung.

 Harungan
Apabila mangsa berada jauh di air yang cetek, keadaan
harungan (berjalan menyeberangi air / meranduk) boleh
digunakan bagi lontaran atau capaian.

 Kayuhan
Kaedah ini memerlukan penyelamat menggunakan bot
berangin atau mendayung bagi menghampiri mangsa yang
jauh dari pantai atau tebing untuk diselamatkan.

 Renang
Mangsa boleh dihampiri dengan membawa alat sokong
seperti pelampung sekiranya pandai berenang.

 Renang dan Tunda
Berenang dan menunda boleh dilakukan seelok-eloknya
dengan menggunakan alat penundaan (pelampung
menyelamat) bagi penyelamat yang telah terlatih.

iii. Renang Survival
Renang survival merupakan ikhtiar bagi menyelamatkan diri jika
terkandas berseorangan di dalam air yang jauh dari daratan atau
bantuan. Bagi mereka yang tidak tahu berenang teknik renang
survival ini sukar atau tidak dapat dilakukan.

Kejayaan bagi menyelamatkan diri melalui renang survival ini
bergantung kepada tiga prinsip iaitu :

 Pernafasan
Kebolehan untuk terus bernafas ialah suatu cara untuk
menyelamatkan diri daripada bahaya lemas. Teknik untuk
meneruskan pernafasan adalah dengan mengangkat
bahagian muka hanya di paras air bagi mendapatkan
udara untuk disedut.

Untuk menghembus nafas, muka mangsa tidak perlu
diangkat sehingga anda berjaya menyelamatkan diri.
Sewaktu terapung di air, pernafasan hendaklah dilakukan
melalui mulut bukan melalui hidung sebagaimana biasa.
Teknik ini adalah bagi mengelakkan kemasukan air ke
dalam lubang hidung.

 Pengapungan
Pernafasan bergantung kepada keupayaan seseorang itu
untuk mengapungkan dirinya. Seseorang berpeluang
untuk mengambil nafas dan tidak akan tenggelam selagi ia
boleh mengapungkan diri. Untuk mengapungkan diri di air,
terdapat dua cara yang boleh digunakan:

o Cara Melentang
Usahakan supaya berada dalam keadaan melentang.
Bahagian badan menghala ke atas dan muka
hendaklah berada di paras air sementara bahagian
dada, perut, punggung dan kaki berada pada posisi
condong ke bawah di dalam air.

Gerakkan tangan seperti mengipas dan gerakkan kaki
ke atas ke bawah dengan perlahan-lahan secara
bergilir.

Bagi pengapungan yang lebih baik, nafas perlu dikawal
supaya paru-paru sentiasa dipenuhi udara dan
menahannya seberapa lama yang boleh. Menyedut
dan mengeluarkan udara perlu dilakukan dengan cepat
dan berterusan.

o Cara Meniarap
Mengapung cara ini membolehkan seseorang itu
terapung untuk jangka masa yang lama dengan
menggunakan tenaga yang sedikit.

Badan mestilah berada pada posisi meniarap.
Sebelum melakukan posisi ini pastikan menarik nafas
terlebih dahulu.

Semasa posisi meniarap ini, rehatkan diri sambil
menahan nafas, kaki dan tangan hendaklah dibiarkan
berkeadaan terkulai. Bahagian muka hendaklah
menghadap ke bawah sehingga belakang kepala
berada di permukaan.

Bagi menarik nafas, tangan dilepaskan lurus ke bawah
dan kaki dirapatkan. Keadaan ini membuatkan
bahagian bahu ke atas timbul di permukaan air dan
mestilah segera menarik nafas melalui mulut.Sekiranya
badan anda tenggelam, gerakkan tangan seperti
mengipas dan lakukan sedikit tendangan gunting
dengan menggunakan kaki.

 Pergerakan
Bagi membebaskan diri daripada bahaya yang sedang
mengancam, perlulah bergerak ke satu tempat yang lebih
selamat. Pergerakan boleh dilakukan dengan
menggunakan kuak renang seperti yang berikut:

o Kuak Dada
Kuak ini boleh dilakukan untuk jangka masa yang lama.
Dengan menggunakan kuak ini, membolehkan
seseorang berenang atau bergerak perlahan-lahan

tanpa paksaan ke arah yang ingin dituju. Bagi
pergerakan yang jauh, amat penting supaya bertenang
dan bergerak perlahan-lahan untuk menjimatkan
tenaga.

o Kuak Mengiring
Kuak ini sesuai digunakan apabila hendak menukar
kuak setelah berasa letih. Teknik ini memerlukan
badan berada dalam posisi mengiring iaitu hanya
sebelah tangan yang boleh berada permukaan air bagi
menolak air untuk menghasilkan pergerakan.

o Kuak Lentang
Teknik ini memerlukan badan berada dalam posisi
melentang iaitu kedua-dua belah tangan bergerak bagi
menolak air untuk menghasilkan pergerakan. Kuak ini
digunakan apabila telah letih bergerak dengan
menggunakan kuak dada. Setelah letih dengan kuak
ini, anda harus pula menukar kepada kuak dada
dengan menggunakan kuak mengiring sebagai kuak
perantaraan.

iv. Lonjakan
Lonjakan atau bobbing ialah perbuatan bergerak ke atas ke
bawah ketika berada dalam air. Perbuatan ini boleh membantu
usaha untuk mengambil nafas dan bergerak. Apabila melonjak ke
atas permukaan air, nafas boleh dihembuskan keluar dan tarik
semula bagi mendapatkan bekalan udara yang diperlukan
sebelum badan tenggelam semula. Apabila badan tenggelam,
nafas ditahan sehingga terasa keperluan untuk melakukan
pernafasan semula. Bagi melakukan pernafasan itu, badan
dilonjakkan semula ke permukaan air sehingga timbul bahagian
muka.

Dengan perbuatan melonjak-lonjak, pergerakan juga dapat
dihasilkan. Sebelum melonjak, halakan badan ke arah yang
hendak dituju. Condongkan badan sedikit ke hadapan dan
kemudian lakukan lonjakan itu. Lonjakan dengan posisi badan
condong ke hadapan ini akan menghasilkan pergerakan ke arah
hadapan. Jarak pergerakan ke hadapan itu akan dapat dibuat
dengan lebih jauh, jika sewaktu tenggelam, kaki dapat menjejak
dasar laut.

Dalam melakukan aktiviti perkelahan di tepi pantai beberapa jenis
ombak perlu dikenal pasti sebelum aktiviti dijalankan (rujuk
Lampiran).

c. Pertandingan Sukan Atau Aktiviti Kokurikulum Di Luar Kampus

Aktiviti yang dirancang hendaklah dikenal pasti dan dirancang dengan

teliti supaya langkah keselamatan dapat diambil untuk mengelakkan

kejadian buruk seperti pergaduhan, kerosakan harta awam dan sabotaj.

Pelajar yang terlibat tidak dibenarkan membawa objek yang ditakrifkan

sebagai senjata berbahaya seperti botol minuman, kayu atau tongkat.

Antara aktiviti yang sering dilakukan oleh maktab adalah seperti yang

berikut :

i. Lawatan Sambil Belajar
Mendapatkan kebenaran bertulis daripada Pihak Berkuasa. ROLL
CALL diadakan semasa bertolak dan semasa pulang atau bila-bila
masa yang difikirkan sesuai.

ii. Kajian Luar Atau Kerja Kebajikan
Guru penasihat hendaklah menentukan bilangan pelajar, lokasi
dan jenis aktiviti yang dijalankan. Pelajar hendaklah diberi taklimat
dan maklumat segala aktiviti dan urutan aktiviti sebelum bermula.
ROLL CALL diadakan semasa bertolak dan semasa pulang atau
bila-bila masa yang difikirkan sesuai.

iii. Merentas Desa Atau Berjalan Lasak
Aktiviti ini melibatkan kawasan jalan raya / lebuh raya dan ramai
pelajar. Keadaan ini akan menimbulkan gangguan dan bahaya
lalu lintas. Guru penasihat hendaklah mengambil langkah yang
berikut:-

 Guru penasihat hendaklah memaklumkan kepada Ketua
Polis yang berhampiran tentang aktiviti yang dijalankan
dan jika perlu memohon bantuan mereka.

 Langkah-langkah bantuan kecemasan hendaklah
dirancang lebih awal supaya bantuan yang diperlukan
dapat diberikan dengan cepat dan berkesan.

 Semua papan tanda, tunjuk arah hendaklah ditulis dengan
terang, jelas dan mudah dilihat.

iv. Prinsip Ikhtiar Hidup
Kegiatan luar ialah bidang rekreasi yang bersifat aktif,
memerlukan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang ikhtiar
hidup (survival). Oleh itu, setiap pelajar mesti mengetahui tentang
kepentingan bidang ikhtiar hidup bagi menghadapi cabaran dan
risiko untuk menjamin keselamatan.

 KESELAMATAN : keutamaan hendaklah diberi kepada
soal keselamatan nyawa pada setiap masa, iaitu
menjauhkan diri daripada melakukan perkara yang boleh
membahayakan keselamatan.

 USAHA : dalam situasi ikhtiar hidup, pelbagai usaha
hendaklah dilakukan bagi mengatasi masalah yang
sedang dihadapi. Sikap berdiam diri dan berharap kepada
nasib adalah sikap negatif yang tidak membantu. Jika satu
usaha gagal maka usaha seterusnya perlu dilakukan
dengan tidak menjejaskan keselamatan. Lebih banyak
usaha lebih cerah seseorang itu mengatasi situasi ikhtiar
hidup yang dihadapinya.

 KAWAL DIRI : dalam apa jua situasi yang kritikal, kawalan
diri amat penting supaya segala keputusan dan tindakan
mendapat hasil secara positif.

 KERJASAMA : kerjasama yang erat dan berterusan amat
penting kerana wujudnya suasana dan peluang yang lebih
terjamin bagi mengatasi masalah yang timbul.

MANUAL KESELAMATAN: AKTIVITI PELAJAR

i. Kegiatan Kokurikulum Mingguan (Sukan/Permainan/Kelab/Unit Beruniform)

PANDUAN SEBELUM SEMASA SELEPAS
Pentadbir
 Mendapatkan kebenaran  Memastikan pelajar  Memastikan laporan
mengikut arahan aktiviti disediakan
bertulis menyertai dan peraturan yang dengan lengkap
ditetapkan.
kegiatan dari  Menyemak laporan
 Memastikan aktiviti aktiviti yang diterima
ibubapa/penjaga dijalankan di tempat
yang selamat.  Menghantar laporan
 Memastikan adanya aktiviti yang lengkap
 Memastikan kepada BPM dan
senarai nama pelajar peralatan selamat MARA.
yang lengkap. digunakan.
 Memaklumkan
 Memastikan taklimat  Memastikan kepada ibu bapa
pengawasan yang berkenaan.
keselamatan diberikan rapi sepanjang
aktiviti dijalankan.
kepada pelajar.
 Memastikan aktiviti
 Mempunyai dan diberhentikan
dengan serta-merta
mengetahui pelan jika terdapat tanda-
tanda cuaca buruk
keselamatan. akan berlaku.

 Memastikan hanya

pegawai yang

berkelayakan atau

bertauliah menjadi

jurulatih/penasihat

 Mempunyai rekod

kesihatan dan maklumat

peribadi pelajar yang

lengkap.

 Menyediakan peti

pertolongan cemas yang

lengkap dan diletakkan

di tempat yang
dikhaskan.

 Memastikan pelajar

menyertai Insurans

Kemalangan Diri
Berkelompok.

PANDUAN SEBELUM SEMASA SELEPAS
Guru
 Menyediakan senarai  Mengarahkan  Menyediakan
nama pelajar terlibat pelajar menjauhi laporan
yang lengkap bangunan/kawasan kehadiran/kecedera
yang ditimpa an/ kehilangan
 Memastikan peti bencana. pelajar kepada
pertolongan cemas pentadbiran.
berada ditempat yang  Mengarahkan
dikhaskan pelajar ke tapak  Menyalurkan
perhimpunan maklumat pelajar
 Memastikan alatan yang kecemasan yang gangguan emosi
digunakan selamat ditetapkan kepada guru
kaunseling.
 Mengadakan taklimat  Membawa rekod
keselamatan. kehadiran pelajar.  Merujuk kes yang
memerlukan
 Memberi kesedaran dan  Menyemak rawatan pemulihan
kefahaman kepada bilangan pelajar khas kepada
pelajar tentang (head count) Pengetua.
pentingnya keselamatan menggunakan
diri semasa kaedah yang  Memberi maklumat
menjalankan aktiviti bersesuaian. awal kepada ibu
seperti mengadakan bapa.
ceramah, edaran  Melaporkan
risalah, tayangan video, bilangan
bengkel, poster dan kehadiran/kecedera
melalui perhimpunan an/kehilangan
pagi. pelajar kepada
pentadbiran.
 Mengetahui rekod
kesihatan dan maklumat  Memberi perhatian
peribadi pelajar yang khusus kepada
lengkap. pelajar bermasalah
kesihatan dan
 Mengadakan peraturan pelajar
yang jelas tentang berkeperluan khas.
keselamatan pelajar
semasa aktiviti  Membantu
dijalankan. mengurus situasi
krisis dan emosi
pelajar di tapak
perhimpunan
kecemasan.

PANDUAN SEBELUM SEMASA SELEPAS
Pelajar
 Memahami dan  Mematuhi arahan  Mematuhi arahan
mengamalkan guru dari masa ke yang diberikan oleh
peraturan semasa guru
keselamatan diri.
 Menjauhi  Menyenaraikan
 Mengutamakan bangunan/kawasan peralatan dan
aspek keselamatan yang ditimpa dokumen peribadi
bencana. pelajar sekiranya
 Sentiasa sedar dan terdapat kehilangan
peka akan  Berhimpun di tapak dan melaporkan
kemungkinan perhimpunan kepada guru
berlakunya kecemasan yang
perbuatan jenayah ditetapkan
kepada diri.
 Melaporkan
 Melaporkan kepada sebarang kesulitan
pihak pentadbiran kepada guru
atau pihak berkuasa
sekiranya terdapat
sesuatu yang
mencurigakan
berlaku.

ii. Lawatan Sambil Belajar/ Aktiviti Luar Bilik Darjah/ Program Ceramah/ Kajian Luar
Atau Program Khidmat Masyarakat

PANDUAN SEBELUM SEMASA SELEPAS
Pentadbir
 Mendapatkan kebenaran  Memastikan pelajar  Memastikan laporan
mengikut arahan aktiviti disediakan
bertulis menyertai dan peraturan yang dengan lengkap
ditetapkan.
kegiatan dari  Menyemak laporan
 Memastikan aktiviti aktiviti yang diterima
ibubapa/penjaga dijalankan di tempat
yang selamat.  Menghantar laporan
 Memperolehi kebenaran aktiviti yang lengkap
 Memastikan kepada BPM dan
daripada Pihak peralatan selamat MARA.
digunakan.
Berkuasa Tempatan dan  Memaklumkan
 Memastikan kepada ibu bapa
agensi yang berkaitan. pengawasan yang berkenaan.
rapi sepanjang
 Memastikan taklimat aktiviti dijalankan.
keselamatan diberikan
 Memastikan aktiviti
kepada pelajar. diberhentikan
dengan serta-merta
 Mempunyai dan jika terdapat tanda-
tanda cuaca buruk
mengetahui pelan akan berlaku.
keselamatan.

 Memastikan hanya

pegawai yang
berkelayakan atau

bertauliah menjadi

jurulatih/pengiring.

 Mempunyai rekod

kesihatan dan maklumat

peribadi pelajar yang
lengkap.

 Menyediakan peti

pertolongan cemas yang
lengkap.

 Memastikan pelajar

menyertai Insurans

Kemalangan Diri
Berkelompok.

 Memastikan adanya

senarai nama pelajar

yang lengkap.

PANDUAN SEBELUM SEMASA SELEPAS
Guru
 Mengadakan lawatan  Mengarahkan  Menyediakan
pelajar menjauhi laporan
tapak bangunan/kawasan kehadiran/kecedera
yang ditimpa an/ kehilangan
 Memastikan alatan yang bencana. pelajar kepada
pentadbiran.
digunakan selamat  Mengarahkan
pelajar ke tapak  Menyalurkan
 Menyediakan senarai perhimpunan maklumat pelajar
kecemasan yang gangguan emosi
nama pelajar terlibat ditetapkan kepada guru
kaunseling.
yang lengkap  Membawa rekod
kehadiran pelajar.  Merujuk kes yang
 Memberi kesedaran dan memerlukan
 Menyemak rawatan pemulihan
kefahaman kepada bilangan pelajar khas kepada
(head count) Pengetua.
pelajar tentang menggunakan
kaedah yang  Memberi maklumat
pentingnya keselamatan bersesuaian. awal kepada ibu
bapa.
diri semasa  Melaporkan
bilangan
menjalankan aktiviti kehadiran/kecedera
an/kehilangan
seperti mengadakan pelajar kepada
pentadbiran.
ceramah, edaran
 Memberi perhatian
risalah, tayangan video, khusus kepada
pelajar bermasalah
bengkel, poster dan kesihatan dan
pelajar
melalui perhimpunan berkeperluan khas.

pagi.  Membantu
mengurus situasi
 Mengadakan taklimat krisis dan emosi
pelajar di tapak
keselamatan. perhimpunan
kecemasan.
 Mengetahui rekod

kesihatan dan maklumat

peribadi pelajar yang

lengkap.

 Memastikan peti

pertolongan cemas ada

dibawa bersama.

 Mengadakan peraturan

yang jelas tentang

keselamatan pelajar

semasa aktiviti

dijalankan.

PANDUAN SEBELUM SEMASA SELEPAS
Pelajar
 Memahami dan  Mematuhi arahan  Mematuhi arahan
mengamalkan guru dari masa ke yang diberikan oleh
peraturan semasa guru
keselamatan diri.
 Menjauhi  Menyenaraikan
 Mengutamakan bangunan/kawasan peralatan dan
aspek keselamatan yang ditimpa dokumen peribadi
bencana. pelajar sekiranya
 Sentiasa sedar dan terdapat kehilangan
peka akan  Berhimpun di tapak dan melaporkan
kemungkinan perhimpunan kepada guru
berlakunya kecemasan yang
perbuatan jenayah ditetapkan
kepada diri.
 Melaporkan
 Mengelakkan diri sebarang kesulitan
daripada kepada guru
berinteraksi dengan
orang yang
dicurigai.

 Melaporkan kepada
pihak pentadbiran
atau pihak berkuasa
sekiranya terdapat
sesuatu yang
mencurigakan
berlaku.

iii. Kejohanan Sukan Permainan/ Kejohanan Olahraga/ Merentas Desa/ Berjalan
Lasak/ Pertandingan Seni Bela Diri

PANDUAN SEBELUM SEMASA SELEPAS
Pentadbir
 Mendapatkan kebenaran  Memastikan pelajar  Memastikan laporan
mengikut arahan aktiviti disediakan
bertulis menyertai dan peraturan yang dengan lengkap
ditetapkan.
kegiatan dari  Menyemak laporan
 Memastikan aktiviti aktiviti yang diterima
ibubapa/penjaga dijalankan di tempat
yang selamat.  Menghantar laporan
 Memperolehi kebenaran aktiviti yang lengkap
 Memastikan kepada BPM dan
daripada Pihak peralatan selamat MARA.
digunakan.
Berkuasa Tempatan dan  Memaklumkan
 Memastikan kepada ibu bapa
agensi yang berkaitan. pengawasan yang berkenaan.
rapi sepanjang
 Memastikan taklimat aktiviti dijalankan.

keselamatan diberikan  Memastikan aktiviti
diberhentikan
kepada pelajar. dengan serta-merta
jika terdapat tanda-
 Mempunyai dan tanda cuaca buruk
akan berlaku.
mengetahui pelan

keselamatan.

 Memastikan hanya

pegawai yang

berkelayakan atau

bertauliah menjadi

jurulatih/pengiring.

 Mempunyai rekod

kesihatan dan maklumat

peribadi pelajar yang

lengkap dan terkini.

 Menyediakan peti

pertolongan cemas yang

lengkap.

 Memastikan pelajar

menyertai Insurans

Kemalangan Diri

Berkelompok.

 Memastikan adanya

senarai nama pelajar

yang lengkap.

PANDUAN SEBELUM SEMASA SELEPAS
Guru
 Memastikan kawasan  Mengarahkan  Menyediakan
pelajar menjauhi laporan
aktiviti adalah selamat bangunan/kawasan kehadiran/kecedera
yang ditimpa an/ kehilangan
 Memastikan alatan yang bencana. pelajar kepada
pentadbiran.
digunakan selamat  Mengarahkan
pelajar ke tapak  Menyalurkan
 Menyediakan senarai perhimpunan maklumat pelajar
kecemasan yang gangguan emosi
nama pelajar terlibat ditetapkan kepada guru
kaunseling.
yang lengkap  Membawa rekod
kehadiran pelajar.  Merujuk kes yang
 Memberi kesedaran dan memerlukan
 Menyemak rawatan pemulihan
kefahaman kepada bilangan pelajar khas kepada
(head count) Pengetua.
pelajar tentang menggunakan
kaedah yang  Memberi maklumat
pentingnya keselamatan bersesuaian. awal kepada ibu
bapa.
diri semasa  Melaporkan
bilangan
menjalankan aktiviti kehadiran/kecedera
an/kehilangan
seperti mengadakan pelajar kepada
pentadbiran.
ceramah, edaran
 Memberi perhatian
risalah, tayangan video, khusus kepada
pelajar bermasalah
bengkel, poster dan kesihatan dan
pelajar
melalui perhimpunan berkeperluan khas.

pagi.  Membantu
mengurus situasi
 Mengadakan taklimat krisis dan emosi
pelajar di tapak
keselamatan. perhimpunan
kecemasan.
 Mengetahui rekod

kesihatan dan maklumat

peribadi pelajar yang

lengkap dan terkini.

 Memastikan peti

pertolongan cemas ada

dibawa bersama.

 Mengadakan peraturan

yang jelas tentang

keselamatan pelajar

semasa aktiviti

dijalankan.

PANDUAN SEBELUM SEMASA SELEPAS
Pelajar
 Memahami dan  Mematuhi arahan  Mematuhi arahan
mengamalkan guru dari masa ke yang diberikan oleh
peraturan semasa guru
keselamatan diri.
 Menjauhi  Menyenaraikan
 Mengutamakan bangunan/kawasan peralatan dan
aspek keselamatan yang ditimpa dokumen peribadi
bencana. pelajar sekiranya
 Sentiasa sedar dan terdapat kehilangan
peka akan  Berhimpun di tapak dan melaporkan
kemungkinan perhimpunan kepada guru
berlakunya kecemasan yang
perbuatan jenayah ditetapkan
kepada diri.
 Melaporkan
 Berjalan dalam sebarang kesulitan
kumpulan. kepada guru

 Menggunakan laluan
yang selamat.

 Mengelakkan diri
daripada
berinteraksi dengan
orang yang
dicurigai.

 Melaporkan kepada
pihak pentadbiran
atau pihak berkuasa
sekiranya terdapat
sesuatu yang
mencurigakan
berlaku.

iv. Program Perkhemahan/ Program Ikhtiar Hidup/ Kem Motivasi

PANDUAN SEBELUM SEMASA SELEPAS
Pentadbir
 Mendapatkan kebenaran  Memastikan pelajar  Memastikan laporan
mengikut arahan aktiviti disediakan
bertulis menyertai dan peraturan yang dengan lengkap
ditetapkan.
kegiatan dari  Menyemak laporan
 Memastikan aktiviti aktiviti yang diterima
ibubapa/penjaga dijalankan di tempat
yang selamat.  Menghantar laporan
 Memperolehi kebenaran aktiviti yang lengkap
 Memastikan kepada BPM dan
daripada Pihak peralatan selamat MARA.
digunakan.
Berkuasa Tempatan dan  Memaklumkan
 Memastikan kepada ibu bapa
agensi yang berkaitan. pengawasan yang berkenaan.
rapi sepanjang
 Memastikan taklimat aktiviti dijalankan.

keselamatan diberikan  Memastikan aktiviti
kepada pelajar. diberhentikan
dengan serta-merta
 Mempunyai dan jika terdapat tanda-
tanda cuaca buruk
mengetahui pelan akan berlaku.
keselamatan.

 Memastikan hanya

pegawai yang

berkelayakan atau

bertauliah menjadi

jurulatih/pengiring.

 Mempunyai rekod

kesihatan dan maklumat

peribadi pelajar yang
lengkap dan terkini.

 Menyediakan peti

pertolongan cemas yang

lengkap.

 Memastikan pelajar

menyertai Insurans

Kemalangan Diri

Berkelompok.

 Memastikan adanya

senarai nama pelajar

yang lengkap.

PANDUAN SEBELUM SEMASA SELEPAS
Guru
 Memastikan tapak  Mengarahkan  Menyediakan
pelajar menjauhi laporan
kawasan aktivti adalah bangunan/kawasan kehadiran/kecedera
yang ditimpa an/ kehilangan
selamat bencana. pelajar kepada
pentadbiran.
 Memastikan alatan yang  Mengarahkan
pelajar ke tapak  Menyalurkan
digunakan selamat perhimpunan maklumat pelajar
kecemasan yang gangguan emosi
 Menyediakan senarai ditetapkan kepada guru
kaunseling.
nama pelajar terlibat  Membawa rekod
kehadiran pelajar.  Merujuk kes yang
yang lengkap memerlukan
 Menyemak rawatan pemulihan
 Memberi kesedaran dan bilangan pelajar khas kepada
(head count) Pengetua.
kefahaman kepada menggunakan
kaedah yang  Memberi maklumat
pelajar tentang bersesuaian. awal kepada ibu
bapa.
pentingnya keselamatan  Melaporkan
bilangan
diri semasa kehadiran/kecedera
an/kehilangan
menjalankan aktiviti pelajar kepada
pentadbiran.
seperti mengadakan
 Memberi perhatian
ceramah, edaran khusus kepada
pelajar bermasalah
risalah, tayangan video, kesihatan dan
pelajar
bengkel, poster dan berkeperluan khas.

melalui perhimpunan  Membantu
mengurus situasi
pagi. krisis dan emosi
pelajar di tapak
 Mengadakan taklimat perhimpunan
kecemasan.
keselamatan.

 Mengetahui rekod

kesihatan dan maklumat

peribadi pelajar yang

lengkap dan terkini.

 Memastikan peti

pertolongan cemas ada

dibawa bersama.

 Mengadakan peraturan

yang jelas tentang

keselamatan pelajar

semasa aktiviti

dijalankan.

PANDUAN SEBELUM SEMASA SELEPAS
Pelajar
 Memahami dan  Mematuhi arahan  Mematuhi arahan
mengamalkan guru dari masa ke yang diberikan oleh
peraturan semasa guru
keselamatan diri.
 Menjauhi  Menyenaraikan
 Mengutamakan bangunan/kawasan peralatan dan
aspek keselamatan yang ditimpa dokumen peribadi
bencana. pelajar sekiranya
 Sentiasa sedar dan terdapat kehilangan
peka akan  Berhimpun di tapak dan melaporkan
kemungkinan perhimpunan kepada guru
berlakunya kecemasan yang
perbuatan jenayah ditetapkan
kepada diri.
 Melaporkan
 Berjalan dalam sebarang kesulitan
kumpulan. kepada guru

 Menggunakan laluan
yang selamat.

 Mengelakkan diri
daripada
berinteraksi dengan
orang yang
dicurigai.

 Melaporkan kepada
pihak pentadbiran
atau pihak berkuasa
sekiranya terdapat
sesuatu yang
mencurigakan
berlaku.

Lampiran

Panduan Umum Keselamatan

d. Semua aktiviti luar yang dilaksanakan oleh maktab disyaratkan mempunyai guru
pengiring dengan nisbah 1:10 (seorang guru nisbah sepuluh pelajar) bagi aktiviti yang
berisiko tinggi, manakala nisbah 1:15 (seorang guru nisbah lima belas pelajar) bagi
aktiviti berisiko rendah.

e. Guru pengiring perempuan perlu ada sekiranya melibatkan pelajar perempuan.
f. Pelajar dikehendaki membawa kad pengenalan dan kad pelajar.
g. Memastikan pelajar dalam keadaan sihat untuk mengikuti aktiviti berkenaan.
h. Membawa peti pertolongan cemas yang lengkap dan mencukupi.
i. Semua aktiviti hendaklah dijalankan mengikut jadual perancangan seperti dalam

kertas kerja.
j. Pelajar mestilah mematuhi peraturan disiplin yang telah ditetapkan.
k. Guru penasihat / pengiring hendaklah memaklumkan kepada pihak pentadbiran

apabila berlaku kemalangan.
l. Aktiviti bermalam perlu dimaklumkan kepada Ketua Kampung / Polis atau Pihak

Berkuasa Tempatan yang lain terhadap kawasan perkhemahan sebelum, semasa
dan sesudah aktiviti.
m. Aktiviti yang berisiko tinggi memerlukan kebenaran bertulis daripada ibu bapa /
penjaga.
n. Bagi aktiviti rekreasi seperti perkhemahan di tepi tasik, pantai, sungai atau hutan dan
mendaki gunung, guru penasihat atau fasilitator aktiviti perlu membuat tinjauan dan
penilaian terhadap lokasi yang akan dilawati bagi merancang dan menyediakan
prosedur langkah keselamatan.
o. Memastikan bekalan makanan mencukupi, bersih dan selamat digunakan.
p. Guru penasihat perlu mempunyai pengetahuan dan kemahiran dalam asas
pertolongan cemas.
q. ROLL CALL perlu diadakan dua atau tiga kali sehari semasa perkhemahan atau
perkelahan.
r. Bagi aktiviti di laut atau di tepi pantai, guru penasihat hendaklah mengenal pasti
pelajar yang tidak boleh berenang. Guru hendaklah terlebih dahulu meletakkan papan
tanda kawasan / tempat yang dikenal pasti sebagai kawasan bahaya dan maklumkan
kepada semua pelajar.

PANDUAN BERLAKUNYA KEMALANGAN ATAU PERTOLONGAN CEMAS

Panduan Keselamatan

1. Pelajar melaporkan sebarang kemalangan atau kecederaan kepada guru.
2. Guru mengambil tindakan atau memberi rawatan kecemasan contohnya prosedur CPR,

RICE, TOTAPS dan DRABC.
3. Guru melaporkan kepada pihak pentadbiran dan merekodkan segala kecederaan dan

kemalangan serta menghubungi ibu bapa atau penjaga pelajar yang terlibat.
4. Pihak pentadbiran mengambil tindakan segera dengan menghantar pelajar ke hospital

jika mengalami kecederaan yang serius.

PANDUAN ASAS KESELAMATAN KEGIATAN LUAR

Panduan ini merupakan garis kasar dan langkah keselamatan yang perlu diambil kira sebelum
sesuatu aktiviti maktab dilaksanakan.

A. Jenis Aktiviti

1. Lawatan sambil belajar
2. Perkhemahan
3. Kajian luar/ Kerja amal/ Kebajikan
4. Merentas Desa/ Jalan lasak
5. Kursus/ Ceramah
6. Pertandingan sukan/Aktiviti kokurikulum

B. Perancangan

Sebelum aktiviti dilaksanakan, perancangan yang rapi secara bertulis perlu dibuat melibatkan
perkara seperti yang berikut:

1. MATLAMAT
2. OBJEKTIF
3. LOKASI
4. BILANGAN ANGGOTA/PESERTA/ PELAJAR YANG TERLIBAT
5. BILANGAN GURU PENGIRING/ PENGAWAS TERLIBAT
6. TARIKH DAN MASA AKTIVITI
7. LANGKAH KESELAMATAN YANG PERLU DIAMBIL
8. PERBELANJAAN
9. PERALATAN
10. BAHAN MAKANAN
11. PENGANGKUTAN
12. SURAT KEBENARAN IBU BAPA/ PENJAGA

C. Permohonan Kebenaran Menjalankan Aktiviti

1. Kertas kerja hedaklah dimajukan kepada pihak pentadbiran untuk mendapatkan
kelulusan dan kebenaran.

2. Aktiviti yang telah diluluskan boleh dilaksanakan dan langkah selanjutnya adalah
seperti yang berikut:
a. Setiausaha kelab / persatuan atau guru penasihat hendaklah mengisi borang
permohonan keluar maktab dan borang tempahan kenderaan dua minggu
sebelum aktiviti dilaksanakan.
b. Borang permohonan hendaklah diserahkan kepada pihak pentadbiran
maktab.
c. Guru Penasihat memastikan pelajar yang terlibat dilindungi oleh Skim
Insurans Berkelompok.

3. Sekiranya aktiviti yang dijalankan itu memerlukan kebenaran daripada pihak tertentu
seperti permohonan pihak polis jika perlu dan pihak berkuasa tempatan hendaklah
dibuat terlebih dahulu.

D. Jadual Aktiviti

Program yang ingin dijalankan/dilaksanakan perlu dibuat dengan mengambil kira tujuan atau
objektif yang harus dicapai.

E. Perjumpaan Dan Taklimat

Perjumpaan antara guru dengan pelajar yang terlibat perlu diadakan sekurang-kurangnya 3 hari
sebelum program dijalankan. Taklimat tentang aktiviti dan garis panduan langkah keselamatan
disampaikan kepada pelajar.

OMBAK

Ombak terjadi apabila permukaan air ditiup angin. Angin yang lemah akan melahirkan ombak
yang kecil manakala angin kencang melahirkan ombak yang besar. Saiz ombak menjadi kecil
apabila angin telah reda atau menukar haluannya.

A. Pergerakan Ombak

Sungguhpun ombak bergerak ke hadapan tetapi ombak tidak membawa air bersamanya, apa
yang berlaku ialah hanya bergerak ke atas dan ke bawah tanpa meluru ke hadapan.
Pergerakan ombak dan pergerakan air bukan merupakan dua perkara yang sama kerana boleh
dipengaruhi oleh arah mana arus bergerak.

B. Jenis Ombak

Berikut adalah beberapa jenis ombak.

1. Ombak Swell
Ombak ini besar saiznya dan berlaku bagi jangka masa yang lama disebabkan oleh angin
luar yang berlaku dari tempat yang jauh. Ombak ini mempunyai jarak perjalanan yang jauh.

2. Ombak Sea
Ombak ini saiznya lebih kecil daripada Swell dan berlaku sekejap sahaja disebabkan oleh
angin tempatan dan lebih berbahaya dari swell.

3. Ombak Gempa (Tidal Waves)
Ombak ini bukan disebabkan oleh pasang surut tetapi disebabkan oleh gegaran daripada
gempa bumi.

4. Riak
Riak (ripple) ialah ombak kecil. Jika riak berlaku di laut maka inilah ketikanya untuk bermain
air. Riak biasanya berlaku di pantai yang cetek apabila kelajuan angin berada pada force 1.

5. Ombak Limpah (Spilling Wave)
Berlaku apabila puncaknya (crest) jauh menimpa muka ombak dan bergerak dalam
keadaan tegak serta berbahaya.

6. Ombak Junam (Plunging Wave)
Ombak ini berada dalam keadaan tegak dan akan memecah secara tiba-tiba iaitu akan
kelihatan bergulung. Ombak ini berlaku di pantai yang curam dan sangat berbahaya.

7. Ombak Luru (Surging Wave)
Ombak ini tidak memecah seperti ombak-ombak lain apabila sampai ke pantai. Keadaan
begini menyebabkan paras air tiba-tiba menjadi tinggi dan kembali ke paras biasa
kemudiannya. Ombak ini berlaku kerana bantuan arus dan air pasang dan tidak berbahaya
kecuali jika seseorang itu berada atau berenang terlalu rapat dengan tebing atau tembok
batu.

8. Ombak Buatan (Wash Wave)
Selain ombak semula jadi, ombak juga terjadi kerana pergerakan kapal. Ombak berlaku
sekejap sahaja dan bergantung kepada saiz dan kelajuan kapal berkenaan.


Click to View FlipBook Version