The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Panduan Kemasukan Pelajar MRSM TGB Pasca Covid

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by MRSM TGB, 2020-07-19 22:16:58

Panduan Kemasukan Pelajar MRSM TGB Pasca Covid

Panduan Kemasukan Pelajar MRSM TGB Pasca Covid

1

GARIS PANDUAN DAN MAKLUMAN KEPADA PELAJAR DAN IBU
BAPA / PENJAGA

MAKLUMAN PENDAFTARAN MASUK PELAJAR

1. Pelajar dibenarkan lapor diri di maktab bermula jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang.

2. Pelajar-pelajar perlu merancang masa untuk pulang ke maktab berdasarkan Jadual
Kepulangan Pelajar Ke MRSM TGB Mengikut Negeri berdasarkan negeri tempat tinggal
pelajar untuk mengelakkan kesesakan lalu lintas di hadapan maktab.

ZON/NEGERI MASA PENDAFTARAN

1. Zon Selatan 8.00 pagi hingga 11.00 pagi
i. Melaka
ii Negeri Sembilan
iii Johor

2. Zon Utara 8.00 pagi hingga 5.00 petang
i Perak
ii Kedah
iii Pulau Pinang

3. Zon Pantai Timur 8.00 pagi hingga 5.00 petang
i Kelantan
ii Terengganu
iii Pahang

4. Selangor 11.00 pagi hingga 3.00 petang

5. Wilayah Persekutuan & Putrajaya 3.00 petang hingga 5.00 petang

JADUAL KEPULANGAN PELAJAR KE MRSM TGB MENGIKUT NEGERI

3. Hanya maksimum tiga (3) orang sahaja yang dibenarkan memasuki maktab iaitu sama ada:

i. Pelajar & bapa
ii. Pelajar & ibu
iii. Pelajar & penjaga
iv. Pelajar, ibu & bapa
Anak-anak di bawah 12 tahun dan dewasa melebihi 65 tahun adalah tidak dibenarkan turut
serta

4. Ibu bapa / penjaga dan pelajar-pelajar dikehendaki mengimbas Kod QR yang telah
disediakan

i. Deklarasi Kesihatan Pelajar

ii. Daftar Diri Ibubapa/Penjaga

2

5. Semua pelajar dan ibu bapa / penjaga perlu disaring suhu badan terlebih dahulu semasa
masuk ke maktab dan mengisi borang deklarasi kesihatan (Warden bertugas dan staf MRSM
Tun Ghafar Baba akan mengambil suhu bagi pelajar dan ibubapa/penjaga).
Mana-mana pelajar yang dikesan suhu badan 37.5 °C atau lebih, mereka diminta untuk
mendapatkan rawatan doktor serta merta. Hanya selepas pulih, baru dibenarkan balik ke
maktab.

6. Pastikan penjarakan sosial 1 meter diamalkan semasa urusan lapor diri tersebut.
7. Jalan di dalam MRSM pada waktu kepulangan pelajar adalah sehala (one way) untuk

mengelakkan kesesakan lalu lintas.
8. Semua ibu bapa / penjaga tidak dibenarkan memasuki asrama pelajar untuk mengelakkan

kesesakan dan mengawal penyebaran germs/virus di asrama pelajar.
9. Mohon ibubapa agar tidak berada di kawasan MRSM TGB terlalu lama.
10. Semua pelajar (lelaki dan perempuan) perlu membawa

i. Sejadah sendiri
ii. Telekung (pelajar perempuan sahaja)
untuk solat 5 waktu setiap hari.
11. Dalam tempoh 1 bulan pertama, demi untuk mengawal dan mengelakkan berlaku
penyebaran germs/virus,
i. Pelajar-pelajar TIDAK dibenarkan untuk outing ke bandar.
ii. Pelajar-pelajar TIDAK dibenarkan pulang bermalam atas apa-apa urusan

sekali pun.
iii. Pelajar-pelajar TIDAK dibenarkan menerima sebarang bentuk lawatan sama

ada oleh keluarga pelajar, ibu, bapa, penjaga mahupun rakan-rakan pelajar
dari luar.
12. Semua ibubapa diharap dapat menyediakan
i. Pelitup muka (face mask)
ii. Pensanitasi tangan (hand sanitizer)
Untuk kegunaan anak-anak pelajar setiap hari.

3

PROSEDUR PENDAFTARAN MASUK PELAJAR KE ASRAMA

CP LOKASI TINDAKAN PELAJAR DAN IBUBAPA

CHECKPOINT Pondok Pengawal 1. Peringatan:
1
1.1 Pelajar boleh ditemani maksima dua orang
pengiring sahaja.

1.2 Orang dewasa yang berumur 65 tahun ke
atas dan kanak-kanak di bawah 12 tahun
tidak dibenarkan ikut serta.

2. Semua pelawat (termasuk pengiring dan pelajar)
perlu melakukan saringan suhu.

3. Imbas QR Code Saringan Kesihatan.

4. Imbas QR Code Borang Deklarasi Kesihatan
MARA.

CHECKPOINT Pelajar Lelaki 1. Semua barang pelajar perlu ditinggalkan di hadapan
2 Di hadapan Koperasi / asrama.
Dewan Selera
2. Pelawat tidak dibenarkan untuk memasuki kawasan
Pelajar Perempuan asrama.
Di hadapan Asrama
Puteri 3. Pelawat perlu melalui pintu belakang (melalui IKM
Jasin) untuk keluar dari kawasan maktab.

4

IKM JASIN

CP 2(L) CP 2(P)
DB

PELAN LALUAN IBU BAPA / PENJAGA

Laluan Pelajar Lelaki CP 2(L) Checkpoint Lelaki
Laluan Pelajar Perempuan CP 2(P) Checkpoint Perempuan

DB Dewan Bendahara

5

GARIS PANDUAN UMUM PELAJAR
1.0 PROSEDUR SEBELUM MASUK KE MAKTAB

1.1 Setiap orang dikehendaki memakai pelitup muka (face mask) sepanjang berada di
kawasan maktab.

1.2 Setiap orang dikehendaki mematuhi penjarakan sosial, mempraktikkan tidak
bersalaman dan kerap mencuci tangan sama ada menggunakan air dan sabun atau
pensanitasi tangan (hand sanitizer).

1.3 Setiap orang dikehendaki melakukan saringan suhu badan, merekodkan kehadiran
dan mengisytiharkan tahap kesihatan.

1.4 Pastikan diri pelajar dan ibu bapa / penjaga tidak melawat mana-mana negara dalam
tempoh dua minggu sebelum melapor diri ke maktab.

1.5 Pastikan diri pelajar dan ibu bapa/ penjaga dalam keadaan sihat dan bebas Covid-
19.

1.6. Pelajar atau individu yang bergejala TIDAK DIBENARKAN hadir.

2.0 PROSEDUR SEMASA MASUK KE MAKTAB
Setiap warga MRSM dan pelawat perlu mematuhi prosedur berikut:
2.1 Memastikan penjarakan sosial [jarak hendaklah melebihi satu (1) meter] di antara
pelawat dan petugas keselamatan semasa berurusan di pondok pengawal.
2.2 Pengawal keselamatan bertanggungjawab melaksanakan saringan suhu badan
kepada setiap individu yang hendak masuk atau melaksanakan tugas di MRSM.
2.3 Sekiranya suhu badan mencecah 37.5°C atau lebih (sama ada mempunyai gejala
yang berkaitan atau tidak), individu tersebut tidak dibenarkan masuk ke kawasan
maktab.
2.4 Mengimbas QR Code :
1. Deklarasi Kesihatan Pelajar
2. Daftar Diri ibu bapa / Penjaga

6

3.0 KEBERADAAN PELAJAR DI MAKTAB

3.1 Saringan harian:

3.1.1 Saringan suhu harian setiap pagi sebelum ke kelas oleh Unit
Pengurusan Asrama

3.1.2 Jika suhu pelajar 37.5°C dan ke atas, pelajar perlu mendapatkan rawatan
di hospital / klinik kesihatan

3.1.3 Jika pelajar disahkan bergejala, pihak maktab akan bekerjasama dengan
pihak Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) untuk tindakan selanjutnya. Pihak
maktab akan memaklumkan kepada waris situasi kesihatan pelajar.

3.1.4 Bilik kuarantin akan digunakan bagi pelajar yang perlu dikuarantin atas nasihat
pihak PKD sebelum diambil oleh waris.

3.1.5 Sekiranya waris tidak berkemampuan untuk mengambil pelajar, pihak maktab
perlu menghantar pelajar pulang ke rumah

3.2 Aktiviti pelajar
3.2.1 Asrama/ kelas/ dewan selera/ surau/ bilik sakit/ bilik kuarantin/ bilik kaunseling.
3.2.1.1 Mematuhi penjarakan sosial 1 meter.
3.2.1.2 Memastikan setiap pelajar memakai pelitup muka.
3.2.1.3 Mengamalkan kebersihan diri.
3.2.2 Program Homeroom:
3.2.2.1 Mematuhi penjarakan sosial 1 meter.
3.2.2.2 Memastikan setiap pelajar memakai pelitup muka.
3.2.2.3 Mengamalkan kebersihan diri.
3.2.2.4 Aktiviti gabungan Homeroom TIDAK DIBENARKAN.
3.2.2.5 Aktiviti lawatan/ jamuan di luar maktab TIDAK DIBENARKAN.

3.2.3 Sesi kaunseling:

3.2.3.1 Mematuhi penjarakan sosial 1 meter.
3.2.3.2 Memastikan setiap pelajar memakai pelitup muka.
3.2.3.3 Mengamalkan kebersihan diri.
3.2.3.4 Bilangan pelajar bagi sesi kaunseling berkelompok tidak

melebihi empat (4) orang.

3.3 Lawatan waris / keluar bandar (outing) / pulang bermalam

3.3.1 Sebarang lawatan daripada waris, urusan keluar bandar dan pulang bermalam
TIDAK DIBENARKAN kecuali melibatkan kes-kes kecemasan dan arahan PKD
(Tertakluk kepada arahan KKM dan MKN).

7

8

9

10

PERATURAN PENGGUNAAN TELEFON PINTAR / TABLET / KOMPUTER RIBA (LAPTOP)
BAGI PELAJAR-PELAJAR MRSM TUN GHAFAR BABA, MELAKA

1 Pendaftaran dan pemilikan Telefon Pintar/iPad/ tablet/ laptop
1.1 Semua pelajar yang memiliki telefon pintar/ iPad/ tablet/ laptop peribadi dan ingin
menggunakan di maktab MESTI membuat permohonan dengan mengisi borang permohonan
yang boleh diambil di billik Ketua Warden.
1.2 Setiap pemilikan telefon pintar/ iPad/ tablet/ laptop wajib berdaftar dengan Timbalan
Pengetua Pembangungan Pelajar(TPPP) yang mengandungi maklumat-maklumat seperti nama
pemilik, jenis, jenama dan nombor siri.
1.3 Setiap telefon pintar/ iPad/ tablet/ laptop yang ingin didaftarkan, perlu mendapat kebenaran
secara bertulis (mengisi dan menandatangani Borang Pendaftaran Telefon Bimbit/ Ipad/ Tablet/
Laptop ) daripada ibu bapa/penjaga.
1.4 Telefon pintar/ IPad/ tablet/ laptop yang didaftarkan akan diberikan pelekat khas dan ditampal
bagi menandakan peralatan tersebut telah didaftarkan secara rasmi dan disahkan oleh pihak
Maktab.
1.5 Telefon pintar/ IPad/ tablet/ laptop yang telah didaftar hendaklah diserahkan/disimpan oleh
pelajar sendiri.
1.6 Pihak sekolah tidak akan bertanggungjawab terhadap kerosakan atau kehilangan telefon
pintar/ iPad/ tablet/ laptop para pelajar.
1.7 Dilarang menanggal/mengubah/meminda sebarang maklumat pada pelekat khas bagi tujuan
pengecaman dan pengesahan pemilikan
1.8 Sebarang pemalsuan maklumat pendaftaran adalah SATU KESALAHAN dan boleh dikenakan
tindakan disiplin
1.9 Pihak sekolah berhak merampas telefon pintar/ iPad/ tablet/ laptop yang gagal mematuhi
peraturan dalam panduan penggunaan telefon pintar/ iPad/ tablet/ laptop.

2 Kaedah Penggunaan
2.1 Pihak pentadbiran dan warden berhak untuk menentukan isi kandungan telefon pintar/ iPad/
tablet/ laptop.
2.2 Pelajar tidak dibenarkan meletakkan password atau passcode.
2.3 Para pelajar juga TIDAK DIBENARKAN menggunakan sebarang jenis kemudahan jalur lebar
(Broadband) di kawasan sekolah termasuk di asrama.
2.4 Pelajar-pelajar TIDAK BOLEH mengecaj bateri telefon pintar/ iPad/ tablet/ laptop.
bersama-sama dengan peralatan elektrik yang lain secara serentak dalam satu-satu masa
untuk mengelakkan litar pintas.

11

3 Penyalahgunaan
3.1 Perkara yang dilarang: (semasa dalam kawasan sekolah)
3.1.1 Melayari laman web lucah atau berkongsi bahan-bahan lucah dan yang
seumpamanya. (kesalahan berat).
3.1.2 Memuat turun atau menonton video dan online game.
3.1.3 Menggunakan komputer untuk menyebarkan fitnah yang boleh mengancam dan
menjejaskan keselamatan awam.
3.1.4 Menggunakan kemudahan jalur lebar (broadband) di maktab.
3.2 Sebarang penyalahgunaan akan diambil tindakan tertakluk kepada Buku Peraturan
Pengurusan DisiplinMaktab 2018.

4 Kehilangan/Kerosakan/Keselamatan
4.1 Pihak maktab TIDAK dipertanggungjawabkan atau/dan dipersalahkan sekiranya berlaku
sebarang kehilangan, kerosakan dan keselamatan telefon pintar/ iPad/ tablet/ laptop.
Pelajar bertanggungjawab sepenuhnya terhadap telefon pintar/ iPad/ tablet/ laptop yang
dimiliki.

12


Click to View FlipBook Version