The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Tuan Rumah: MRSM Tun Ghafar Baba
Tarikh: 21 - 24 Julai 2023

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by MRSM TGB, 2023-07-22 21:25:50

DEBAT MRSM SE-MALAYSIA 2023 PIALA TIMBALAN PERDANA MENTERI

Tuan Rumah: MRSM Tun Ghafar Baba
Tarikh: 21 - 24 Julai 2023

24 JULAI 2023 ISNIN 6 Muharram 1445 10.00 PAGI MRSM TUN GHAFAR BABA Y.BHG. DATO' DR. ASYRAF WAJDI BIN DATO' DUSUKI PENGERUSI MARA PIALA TIMBALAN PERDANA MENTERI KEMENTERIAN KEMAJUAN DESA DAN WILAYAH


SEUNTAI KATA Kompang bergema pusaka bangsa Dipalu oleh si anak muda Hadir tuan meriah suasana Kami menyambut penuh gembira Bersyukur kini kami panjatkan, Pertandingan Debat telah disempurnakan, Sekalung penghargaan kami hulurkan, Segulung tahniah kami ucapkan Akar keladi melilit selasih Selasih tumbuh di hujung taman Kalungan budi junjungan kasih Mesra kenangan sepanjang zaman


Assalamualaikum wbt. dan Salam Sejahtera, Alhamdulillah, bersyukur saya ke hadrat Ilahi atas limpah kurnia dan taufik hidayah- Nya, pertandingan Debat MRSM Se-Malaysia 2023, Piala Timbalan Perdana Menteri dapat dilaksanakan pada tahun ini. Sebanyak 55 buah MRSM telah berkampung di bumi Melaka ini untuk bersaing sihat untuk terus muncul hebat di arena dunia perdebatan. Saya ucapkan syabas dan tahniah khususnya kepada Bahagian Pendidikan Menengah (BPM) MARA serta MRSM Tun Ghafar Baba, Melaka selaku tuan rumah atas komitmen dan usaha menjayakan pertandingan ini. Terima kasih juga kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam memastikan pertandingan ini berjalan lancar. Saya percaya pertandingan seperti ini mampu mencungkil dan mengetengahkan bakat pendebat generasi baharu MRSM yang berkualiti serta mampu melahirkan pemimpin yang petah berbicara melalui nuansa bahasa yang jelas dan berfikiran kritis dalam menterjemahkan idea dan pandangan mereka. Pelajar mampu meningkatkan rasa keyakinan lebih tinggi, dan membina kukuh kompetensi dan kredibiliti diri sendiri. Kualiti dan nilai jati diri sebegini amatlah penting dalam mencorak modal insan yang berkaliber pada masa hadapan. MARA sentiasa menyokong penuh usaha BPM dan MRSM khususnya dalam mengatur dan mencorak strategi pembangunan jati diri pelajar MRSM agar terus lahir cemerlang, berdaya saing, dan berpaksikan peradabaan ilmu yang tinggi. Selaras dasar Memartabatkan Bahasa Melayu, Memperkukuh Bahasa Inggeris, saya amat mengharapkan program ini akan meningkatkan kebolehpasaran pelajar MRSM yang hebat akademiknya dan tinggi nilai kemahiran insaniahnya. Saya yakin, MRSM mampu menjadikan program debat ini sebagai salah satu cabang wahana untuk pelajar terus membina kemahiran interpersonal yang unggul melalui bahasa ilmu yang dituntun dan digarapkan dalam membangunkan generasi berilmu, berfikiran kritis dan beradapatasi melalui pengembangan budaya bangsa dan agama. Sekian. YBHG. DATO’ DR. ASYRAF WAJDI BIN DATO’ DUSUKI Pengerusi MARA KATA ALU-ALUAN PENGERUSI MARA


Assalamualaikum wbt. dan Salam Sejahtera, Alhamdulillah, segala puji-pujian bagi Allah Tuhan semesta alam, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW dah ahli keluarganya serta seluruh muslimin dan muslimat. Debat MRSM Se-Malaysia ini merupakan program tahunan yang diperkenalkan oleh Bahagian Pendidikan Menengah (BPM) MARA yang bertujuan untuk mencungkil bakat dan kemahiran pelajar-pelajar dalam sesi perdebatan. Melalui pertandingan ini, para pelajar didedahkan dengan seni dan teknik perdebatan, kemahiran berfikir dan keupayaan menyelesaikan permasalahan dengan bijaksana. Selari dengan matlamat MARA untuk melahirkan lebih ramai pelajar yang mampu berfikir secara kreatif dan kritis, pentas perdebatan ini dilihat sebagai medan yang amat baik untuk meningkatkan kemahiran komunikasi serta melahirkan masyarakat yang mampu memberikan hujah yang bernas dan matang. Saya yakin dan percaya, dengan adanya program berprestij seperti ini, MRSM akan terus menjadi institusi pendidikan yang cemerlang dan mampu gah di persada dunia. Sekalung penghargaan dan terima kasih juga diucapkan kepada Bahagian Pendidikan Menengah (BPM) MARA, MUAFAKAT serta seluruh warga kerja MRSM Tun Ghafar Baba atas kerjasama dan komitmen yang amat tinggi dalam menjayakan Debat MRSM Se-Malaysia. Tahniah dan terima kasih juga diucapkan kepada semua pendebat, guru pengiring serta hakim yang turut sama menjayakan program ini. Gunung Daik Gunung Setulang, Terbentang sawah suasana sentosa, Hanya yang baik dibawa pulang, Moga ukhwah kekal sentiasa. Sekian. ZABIDIN BIN BEDUT Pengetua Maktab Rendah Sains MARA Tun Ghafar Baba Melaka KATA ALU-ALUAN PENGETUA


Assalamualaikum wbt. dan Salam Sejahtera, Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran kita rafakkan kerana dengan izin dan limpah kurnia-Nya, Pertandingan Debat MRSM Se-Malaysia 2023 dapat dilaksanakan. Syabas dan setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada MRSM Tun Ghafar Baba kerana telah dipililı sebagai tuan rumah dengan kerjasama Bahagian Pendidikan Menengah MARA (BPM). MRSM ditubuhkan selaras dengan matlamat dan keperluan negara untuk memberikan kemudahan pelajaran pada peringkat menengah dalam bidang Sains dan Teknologi kepada pelajar-pelajar bumiputera yang pintar cerdas, mempunyai kebolehan akademik dan intelektual yang tinggi untuk mengembangkan potensi diri mereka. Sebagai satu institusi pendidikan yang menitikberatkan subjek Sains dan Matematik, pertandingan debat jelas menunjukkan peranan bahasa yang tidak dipinggirkan. Sesuai dengan tema ’Bahasa Wahana Ilmu’, debat merupakan salah satu medium perantaraan yang menjadi teras melahirkan generasi yang seimbang dan program seumpama ini wajar diteruskan. Hal ini jelas membuktikan bahawa kekuatan bahasa dalam kalangan generasi hari ini mampu melahirkan masyarakat yang berilmu, berketerampilan dan berdaya saing. BPM mengharapkan penganjuran program seperti debat ini dapat menyemarakkan rasa cinta akan bahasa kebangsaan dan pada masa yang sama memperkukuh lagi penguasaan bahasa Inggeris dan bahasa Arab. Semoga program debat ini dapat menjadi satu wadah kecemerlangan pelajar dan nilai tambah untuk menjadi modal insan berminda kelas pertama. Pohon berangan tempat bertemu, Girangnya rasa si anak dara; Baliklah tuan membawa ilmu, Binalah bangsa bangunkan negara. Sekian. SHAHRIZAL BIN MOHD SADERI Pengarah Bahagian Pendidikan Menengah MARA KATA ALU-ALUAN PENGARAH BPM


Assalamualaikum wbt. dan Salam Sejahtera, SEBAIK BUDI SEINDAH BAHASA Nama dari Suatu Sejarah menelusuri 67 tahun penubuhannya, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) telah melalui pelbagai bentuk perubahan dan transformasi untuk terus cemerlang dalam usaha memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, bahasa ilmu, bahasa ekonomi, bahasa diplomasi dan bahasa tamadun tinggi. Dalam mendepani cabaran masa hadapan, DBP telah melancarkan Pelan Strategik 2021 – 2025 bertujuan untuk mengindustri dan melestarikan bahasa dan persuratan Melayu. Pelan Strategik ini dirangka sebagai simbol kesediaan DBP untuk meneroka lebih banyak potensi bagi meluaskan peranan dalam kepesatan dunia digital, maklumat dan Revolusi Industri 5.0. Sebagai institusi yang lahir daripada perjuangan luhur dan semangat waja rakyat, DBP akan terus menyokong usaha memperkaya khazanah kesusasteraan, bahasa dan persuratan Melayu di persada dunia. Syabas dan tahniah diucapkan kepada seluruh anggota Jawatankuasa Pelaksana yang merancang dan melaksanakan Debat MRSM Se-Malaysia pada tahun ini dalam usaha memartabatkan bahasa Melayu di dalam dan di luar negara. Bahasa Jiwa Bangsa. Sekian. HAJI MOHD SALAHUDDIN BIN DATO’ PADUKA MOHAMED Pengarah Jabatan Pengembangan Bahasa dan Sastera Dewan Bahasa dan Pustaka KATA ALU-ALUAN PENGARAH JABATAN PENGEMBANGAN BAHASA DAN SASTERA (DBP)


ATUR CARA MAJLIS ATUR CARA MAJLIS PERASMIAN PENUTUPAN DEBAT MRSM SE-MALAYSIA 2023 PIALA TIMBALAN PERDANA MENTERI MRSM TUN GHAFAR BABA 24 JULAI 2023 (ISNIN) 10.00 pagi - Ketibaan Tetamu Jemputan 10.30 pagi - Ketibaan Tetamu Kehormat Y.Bhg. Dato' Dr. Asyraf Wajdi Bin Dato' Dusuki Pengerusi MARA - Perarakan masuk tetamu kehormat dan tetamu jemputan - Nyanyian Lagu Negaraku, Lagu Melaka Maju Jaya dan Lagu Amanah Rakyat - Bacaan doa - Perarakan masuk pendebat Pusingan Akhir Bahasa Melayu - Pertandingan Akhir Debat Bahasa Melayu Berlangsung 12.00 tghr - Tayangan Montaj - Ucapan Perasmian Penutupan oleh Y.Bhg. Dato' Dr. Asyraf Wajdi Bin Dato' Dusuki Pengerusi MARA - Gimik Perasmian - Penyampaian Hadiah dan Sijil - Persembahan Pelajar 1.30 tghr - Jamuan Makan / Bersurai


KEPUTUSAN PERTANDINGAN BAHASA MELAYU B E R K U M P U L A N I N D I V I D U KATEGORI MRSM LAYAK KE SEPARUH AKHIR NAIB JOHAN JOHAN 10 PENDEBAT TERBAIK PENDEBAT TERBAIK (PERINGKAT AKHIR) KATEGORI MRSM


KEPUTUSAN PERTANDINGAN BAHASA INGGERIS B E R K U M P U L A N I N D I V I D U KATEGORI MRSM SEMI FINALISTS FIRST RUNNER UP CHAMPION TOP 10 BEST SPEAKERS BEST SPEAKER KATEGORI MRSM


KEPUTUSAN PERTANDINGAN BAHASA ARAB B E R K U M P U L A N I N D I V I D U KATEGORI MRSM LAYAK KE SEPARUH AKHIR NAIB JOHAN JOHAN 3 PENDEBAT TERBAIK PENDEBAT TERBAIK KATEGORI MRSM


KEPUTUSAN PERTANDINGAN KESELURUHAN P I A L A P U S I N G A N BAHASA MELAYU MRSM C H A L L E N G E T R O P H Y BAHASA INGGERIS MRSM P I A L A P U S I N G A N BAHASA ARAB MRSM


SENARAI JAWATANKUASA PN SITI NORASHIKIN BINTI HUSIN (K) PN SITI NORSYAHIDA BINTI MOHD A RASHID (BM) PN IDAMADIHA BINTI MD. JANI (BI) PN NOOR ELYANA BINTI MOHD SUKIS (BA) D A T A & S T A T I S T I K EN JAAFAR BIN OTHMAN B E N D A H A R I CIK NADHIRAH NATASHA BINTI ROSLI N A I B S E T I A U S A H A EN ZABIDIN BIN BEDUT P E N G E R U S I PN SYARIMASNI BINTI SHAMSUDDIN T I M B A L A N P E N G E R U S I I PN HAFIZAH IRDAWATI BINTI CHE MUDA T I M B A L A N P E N G E R U S I I I EN MUHD SYAHIDAN BIN MUSA T I M B A L A N P E N G E R U S I I I I PN SHARINA BINTI ADENAN P E N Y E L A R A S PN FATINAH BINTI TAJUL ARIFFIN S E T I A U S A H A


SENARAI JAWATANKUASA PN NORDIANA BINTI NASIDI (K-BM) PN DURRATUL AIN BINTI JAMAL (K-BI) PN ZUNURAIN BINTI MOHAMED NASIR (K-BA) PN HASZALAWATI @ HAZWANI BINTI HAMZAH PN NORASHIDA BINTI MOHAMED ISMAIL EN WAN AHMAD ZAKI BIN WAN OMAR EN MOHD ZULFAISAL BIN YAHYA PN NURUL ATIQAH BINTI ROSLEE PN JURAIDA BINTI MD. FADZIR EN NORAZRI BIN ZAINUDIN PN ARNI BINTI RABU PN SHARIZAH BINTI RIZA (K) CIK NURUL AISHAH BINTI KAMARUDIN EN ZULHAKIM BIN MOHD SALEH EN MOHD FARIS BIN SHUKRI PN ASNIZA BINTI ARSHAD PN IRI DAYANIE BINTI SHAFEE (K) CIK ROOSELA SUHADA BINTI MOHD ROSLAN PN NUR FATHIHA ASYIKIN BINTI BAHARIN PN SUHARFIZZA BINTI SENAWI CIK NOR HAJAR BINTI MOHD TAKHIR (K-BM) CIK SYAZANA BINTI MOHD SHARIF (K-BI) EN RIDZUAN BIN ABDULLAH (K-BA) T E K N I K A L U R U S S E T I A T A K L I M A T , M A J L I S P E N U T U P A N & P E R S E M B A H A N B U K U P R O G R A M & T A G N A M A P E S E R T A


SENARAI JAWATANKUASA CIK DIYANA SYAIRAH BINTI OMAR (K) PN AIMA SYAMIMI BINTI MOHAMED RODZUAN DR ZARINA BEGAM BINTI HAJI ABDUL KADIR PN NURZALIZAH KARTINA BINTI ABDULLAH EN MOHD KHAIRULIZAN BIN ZULKEPLI PN SUHAIDA BINTI SAMSUDIN PN ZAKIAH BINTI MASHUD DR JAMALIAH BINTI IJAK PN ANIZAH BINTI AZIS CIK NUR SYAHIRAH BINTI AZNI (K) CIK DINIE SYAZWANI BINTI MOHD SALEHUDIN EN MUHAMMAD NORSHAFFIQ BIN SHARUDIN EN MOHD RADZI BIN ABDUL KASSIM PN IZA NORASIQIN BINTI MD SAH CIK SITI NASUHA BINTI HAMZAH EN NOR HISHAM BIN MOHAMAD PN NUR NADIAH BINTI MOHTAR PN ALIA FARIDA BINTI HASRAN PN ISMAHANI BINTI ISHAK EN SUFFIAN BIN MOHAMED (K) CIK ANIS SUHAILIN BINTI MOHD SIM PN NOOR HUDA BINTI ABDULLAH EN MOHD ZAKI BIN MOHD SHAH PN YUHAZLINA BINTI MAHMOD J E M P U T A N & S A M B U T A N P E N D A F T A R A N & P E N G I N A P A N P E R S I A P A N P E N T A S & D E W A N


SENARAI JAWATANKUASA PN RAHIZAWATI BINTI IBRAHIM (K-BM) PN NOR FADZLI BINTI KAMARUDDIN (K-BI) EN AZIZUL BIN MUSTAFA (K-BA) EN MUHAMMAD BADRUDDIN BIN RAHAMAT PN NUR IZATUL NAJIHAH BINTI ABD RAHIM PN FARAH NABILA BINTI MOHD HANAFIAH CIK NUR IZZATI BINTI MOHAMAD ARIS PN SITI MAYSARAH BINTI AHMAT EN. AZAMAN BIN ABDUL GHAPAR PN NOR ZEHAN BINTI YAAKUB CIK NURASIAH BINTI ZAKARIA EN. ABD GHAFAR BIN JANTAN EN SAHRUDDIN BIN SAKARI PN ZAIDAH BINTI MOHMAD EN MALEK BIN MD NASIR PN REJIAH BINTI OMAR EN KHALID BIN ABAS EN TUAN HADIE SYAFUN BIN TUAN ABDULLAH (K) EN AMRI SHAHLEE BIN SALEH EN ABD RASID BIN MOHD ALI EN MOHD RAHIM BIN SEHAD EN WAHID BIN AHMAD EN RUDIN BIN ARIP T E M P A T & T E M P A T P E R T A N D I N G A N P E R A L A T A N PN AMAL HAYATTI BINTI ABDUL RASHID (K) PN ANIS FADZILATUL KHAIRIN BINTI ANAS EN MUHAMAD RAZLI BIN ARIFIN PN ZURIATI BINTI MAT YUSOFF PN MARLIANA BINTI MARJAN I C T , B U L E T I N & D O K U M E N T A S I


SENARAI JAWATANKUASA PN NOOR HAYATI BINTI ISMAIL (K) CIK SAMSUNNISHA BEGUM BINTI M SULTAN SUHAIBUDDEEN PN ROSMAWATI BINTI ABDUL KARIM PN NORFAIZAH BINTI ABD HAMID PN RA'EDAH BINTI MOHD NOR PN ZAMZALINA BINTI OMAR CIK MAZLINI BINTI ZULKIFLI PN NOREEN BINTI ISMAIL PN ZAINAB BINTI ISMAIL EN ROSLI BIN ZAKARIAH PN 'ATHIYYAH BINTI ABDUL KADIR (K) PN NURFARIZAH BINTI MUHAMMAD FAISAL PN NUR KARTIKA BINTI ABDULLAH PN RUZALINA BINTI MOHD SHAH PN SAMIRAH BINTI SULAIMAN PN NOOR AINI BINTI NAZARI PN ROZITA BINTI IBRAHIM EN MUHAMMAD SYAFIQ BIN KAMSANI (K) PN IZZAH ATHIRAH BINTI AHMAD NASIR EN MUHAMMAD FADHLY BIN ZANIL PN ZUHAIDAH BINTI AB. HAMID PN NOORZAKIAH BINTI BUANG M A K A N A N H A D I A H , C E N D E R A M A T A & S I J I L S I A R A Y A & S E R A N T A


SENARAI JAWATANKUASA J U A L A N & L A W A T A N EN MUHAMMAD TARIQ BIN RAZALI (K) EN MOHD SYAHIR BIN OTHMAN EN MOHD YUSUFF BIN TAIB EN ADNAN BIN ABU BAKAR EN MOHD FAIS BIN USOP EN ZUKRI BIN ZULKIFLI EN WAN MUHAMMAD AZAM BIN WAN ABDUL AZIZ (K) EN MUHAMMAD ZULFAHMI BIN DARESHAH DR ZULFAKA BIN ISHAK @ ABD MANAF PN SITI NURZALINA BINTI DAUD EN MOHD ZAIMI BIN ISMAIL YM TENGKU HAZLINA BINTI TENGKU MOHAMAD (K) PN NOR SITI MAIMUNAH BINTI ABDUL RAZAK PN NORFAIZAH BINTI ABDUL MAJID PN NOR AZLINA BINTI MOHD ARIF PN FAKHRIYAH BINTI MAD SALIM PN RUSMAWATI BINTI MUSTAFA K A W A L A N P E L A J A R & K E B E R S I H A N P E N G A N G K U T A N & K E B A J I K A N


PENGHARGAAN Semua warga kerja MRSM Tun Ghafar Baba mengucapkan jutaan terima kasih kepada mereka yang menjayakan DEBAT MRSM SE-MALAYSIA 2023 PIALA TIMBALAN PERDANA MENTERI Sekalung penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua yang telah memberikan sumbangan secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan DEBAT MRSM SE-MALAYSIA 2023.


CATATAN


Dengan Kerjasama :


Click to View FlipBook Version