The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Program Sentuhan Kasih Ramadhan 2021 merupakan program yang dilaksanakan sempena MARA Prihatin Ramadan 2021 yang telah dilancarkan diperingkat kebangsaan pada 4 April 2021 oleh YB Dato Hajah Azizah Binti Datuk Seri Panglima Haji Mohd Dun, Pengerusi MARA.

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by MRSM TGB, 2021-05-10 23:51:03

Program Sentuhan Kasih Ramadhan MARA NEGERI MELAKA 2021

Program Sentuhan Kasih Ramadhan 2021 merupakan program yang dilaksanakan sempena MARA Prihatin Ramadan 2021 yang telah dilancarkan diperingkat kebangsaan pada 4 April 2021 oleh YB Dato Hajah Azizah Binti Datuk Seri Panglima Haji Mohd Dun, Pengerusi MARA.

Program

Sentuhan Kasih Ramadhan
MARA NEGERI MELAKA
2021

PROGRAM SENTUHAN KASIH RAMADHAN MARA NEGERI MELAKA 2021

Program Sentuhan Kasih Ramadhan 2021 merupakan program yang dilaksanakan sempena MARA Prihatin
Ramadan 2021 yang telah dilancarkan diperingkat kebangsaan pada 4 April 2021 oleh YB Dato’ Hajah Azizah Binti
Datuk Seri Panglima Haji Mohd Dun, Pengerusi MARA.
Saban tahun, pelbagai program sambutan ramadan dianjurkan oleh Pusat Pentadbiran MARA yang melibatkan
warga kerja, usahawan, pelajar dan alumni MARA. Bagi MARA Negeri Melaka, program tahun ini yang dikenali
sebagai Program Sentuhan Kasih Ramadhan 2021 MARA Negeri Melaka melibatkan komuniti MARA diperingkat
negeri dan daerah iaitu usahawan, penyewa premis dan juga pelajar-pelajar MARA.
Program ini juga telah melibatkan anak syarikat MARA iaitu Yayasan Pelajaran MARA & juga Rural Capital Berhad
Cawangan Melaka. Di antara program yang dilaksanakan adalah seperti :-

1) Penyerahan Bakul Makanan & Duit Raya
2) Rewang & Agihan Bubur Lambuk MARA Negeri Melaka
3) Program Ihya Ramadhan
4) Program Simfoni Ramadhan
5) Majlis Tadarus & Khatam Al Quran MARA Negeri Melaka

Your Logo or Name Here

PROGRAM REWANG BUBUR LAMBUK PMD ALOR GAJAH & PENYEWA ARKED ALOR GAJAH

13 April 2021, Selasa – Alor Your Logo or Name Here
Gajah, Melaka Program
Sentuhan Kasih Ramadhan
Peringkat Negeri Melaka telah
dimulakan dengan program
Rewang Bubur Lambuk
peringkat MARA Daerah Alor
Gajah.
Program Rewang Bubur Lambuk
ini merupakan kerjasama
diantara penyewa-penyewa
Arked Alor Gajah bersama
Pejabat MARA Daerah Alor
Gajah yang diketuai oleh En
Mohd Hilmi Bin Yusof. Turut
hadir bersama adalah En Mohd
Fauzi Bin Alias, Timbalan
Pengarah MARA Negeri Melaka.
Program ini melibatkan 23 orang
penyewa di arked Alor Gajah
Sebanyak 2 buah periuk bubur
lambuk telah diagihkan kepada
penduduk setempat.
Objektif program ini dapat
menjalinkan hubungan baik
diantara MARA dan juga
penyewa-penyewa di daerah
Alor Gajah.

PROGRAM AGIHAN BUBUR LAMBUK
MARA NEGERI MELAKA

28 April 2021, Rabu – Bandar Melaka, Program Agihan Bubur Lambuk Peringkat Negeri Melaka merupakan
acara tahunan MARA Melaka telah berjaya diadakan pada Ramadhan kali ini. Program ini adalah sumbangan dari
warga kerja MARA, Badan Ugama dan Kebajikan MARA (BUKM) serta Rural Capital Berhad (RCB).
Program dilaksanakan secara gotong - royong di antara warga kerja & juga penyewa-penyewa Arked Usahawan
dan Arked Hang Tuah. Sebanyak 550 mangkuk bubur lambuk telah diagihkan kepada komuniti disekitar Jalan
HangTuah Melaka.

Your Logo or Name Here 4

Your Logo or Name Here

PROGRAM IHYA’ RAMADHAN MARA NEGERI MELAKA 2021

30 April 2021, Jumaat – Bandar Melaka, Program Ihya’ Ramadhan 2021 yang bertajuk Ramadhan Shahru Al-Maghfirah
(Ramadhan Bulan Keampunan) yang telah disampaikan oleh Penceramah Jemputan iaitu Tn Amin Idris dari Akademi
Magnet Sukses. Program ini merupakan program kerjasama MARA Negeri Melaka dan MARA Excellence Centre (MEC).
Program telah diadakan di Hotel Lacrista yang dihadiri 100 orang peserta dari seluruh pusat MARA di Negeri Melaka
termasuk anak syarikat MARA.

Your Logo or Name Here 6

PROGRAM SENTUHAN KASIH RAMADAN MARA NEGERI MELAKA 2021 : PENYERAHAN BAKUL
MAKANAN & DUIT RAYA

4 Mei 2021, Selasa – Bandar Melaka, Program
Sentuhan Kasih Ramadhan MARA Negeri Melaka
2021 telah bermula seawal 1 Ramadhan yang lalu.
Pengumpulan sumbangan dari Komuniti Usahawan
untuk projek “Bakul Makanan” telah mendapat
sambutan yang amat menggalakkan dari komuniti
usahawan. Projek bakul makanan ini telah
diselaraskan oleh wakil penyewa dari setiap daerah.
Selain dari “bakul makanan” sumbangan berupa
wang tunai dari Yayasan Pelajaran MARA juga
diberikan kepada anak-anak dari keluarga B40 &
juga asnaf.
Disebabkan pandemik covid-19, sumbangan telah
disalurkan melalui Pejabat Jawatankuasa dan
Penyelarasan Dewan Undangan Negeri (JAPERUN).
6 Japerun telah dipilih untuk menerima sumbangan
tersebut iaitu Japerun Paya Rumput, Sungai Udang,
Lendu, Pengkalan Batu, Telok Mas & juga Sungai
Rambai.
Sumbangan berupa bakul makanan & duit raya juga
telah diberikan kepada 4 orang pelajar yatim Sekolah
Kebangsaan Kubu melalui wakil PIBG sekolah.
Semoga sumbangan kecil ini akan memberi manfaat
kepada penerima sempena perayaan yang bakal
tiba.

Your Logo or Name Here

PROGRAM SENTUHAN KASIH RAMADAN MARA NEGERI MELAKA 2021 : PENYERAHAN
BAKUL MAKANAN

5 Mei 2021, Rabu – Alai,
Melaka, Jelajah Program
Sentuhan Kasih Ramadhan
MARA Negeri Melaka 2021
dengan kerjasama Timbalan
Pengerusi JPKK Kampung Alai,
Melaka Datuk Akramuddin Bin
Aziz telah turun padang untuk
menyantuni keluarga asnaf dan
kurang upaya dengan
menyerahkan 10 bakul
makanan. Turut hadir, En Nurul
Azmi Bin Johari, Pengarah
MARA Negeri Melaka, En
Mohd Farid Bin Abib Timbalan
Pengarah MARA Negeri dan
juga Pn Noor Huda Binti
Kamaludin, Pegawai MARA
Daerah Bandar Melaka.

Your Logo or Name Here

Your Logo or Name Here

PROGRAM SENTUHAN KASIH RAMADAN MARA NEGERI MELAKA 2021 : PENYERAHAN
BAKUL MAKANAN & DUIT RAYA

6 Mei 2021, Khamis – Pengkalan Batu, Program Sentuhan Kasih Ramadhan MARA Negeri Melaka 2021 telah disempurnakan oleh YB Datuk Norhizam
Bin Hassan Baktee Exco Pertanian, Penternakan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Negeri Melaka merangkap Adun Pengkalan Batu telah
berbesar hati untuk menyempurnakan majlis penyerahan Bakul Makanan kepada 25 keluarga Asnaf dan juga Duit Raya kepada 25 orang pelajar.

$2B

Lorem ipsum dolor
sit amet

Your Logo or Name Here

PROGRAM SENTUHAN KASIH RAMADAN MARA NEGERI MELAKA 2021 : PENYERAHAN
BAKUL MAKANAN

6 Mei 2021, Khamis – Pengkalan Batu,
Jelajah Program Sentuhan Kasih
Ramadhan MARA Negeri Melaka
2021 diteruskan dengan lawatan rumah
ke rumah dalam kawasan DUN
Pengkalan Batu, Melaka. Lawatan ke 5
buah rumah keluarga asnaf dan kurang
upaya yang telah diketuai oleh YB
Datuk Norhizam Bin Hassan Baktee
Exco Pertanian, Penternakan,
Pembangunan Usahawan dan Koperasi
Negeri Melaka merangkap Adun
Pengkalan Batu. Turut serta En. Nurul
Azmi Bin Johari, Pengarah MARA
Negeri Melaka.

Your Logo or Name Here

PROGRAM SIMFONI RAMADHAN 2021

6 Mei 2021, Khamis – Jasin, Melaka Program Simfoni
Ramadhan 2021 merupakan program tahunan yang bermula
sejak 2015. Program ini bertujuan untuk meraikan golongan
kurang berkemampuan di seluruh negara serta memeriahkan lagi
bulan Ramadhan ini.
Bersempena dengan MARA Prihatin Ramadhan, pihak Yayasan
Pelajaran MARA telahpun mengadakan Program Simfoni
Ramadhan 2021 Negeri Melaka bertempat di Jasin Golf Club
dengan penglibatan seramai 50 orang pelajar anak yatim & fakir
miskin sekitar Jasin.
Antara pengisian program adalah sesi tazkirah, sumbangan duit
raya, sumbangan Bakul Makanan daripada MARA Negeri Melaka
serta sumbangan Baju Raya Jakel.
Majlis telah disempurnakan oleh YB Datuk Mohd Rafiq Bin
Naizamohideen, Exco NGO, Pembangunan Belia dan Sukan
Negeri Melaka. Turut hadir, Ybhg. Pn Azalina Binti Abdul Rahman,
ALP YPM.

Your Logo or Name Here 12

PROGRAM MARA PRIHATIN RAMADHAN
( KOLEJ PROFESIONAL MARA BANDAR MELAKA )

6 Mei 2021, Khamis – Bandar Melaka, Kolej
Profesional Bandar Melaka dengan kerjasama
MARA Negeri Melaka telah menganjurkan
Program Iftar Perdana. Antara pengisian
program adalah Penyerahan Sumbangan Asnaf,
Tazkirah Khas Ramadhan oleh Ustazah Isfadiah
Binti Mohd Dusuki,Pelancaran Rakan Siswa
YADIM dan Majlis Iftar Perdana.

Your Logo or Name Here

PROGRAM TADARUS & KHATAM AL QURAN MARA NEGERI MELAKA

7 Mei 2021, Jumaat – Bandar Melaka, Warga kerja
MARA Negeri Melaka telah mengadakan program
tadarus Al Quran mulai 10 Ramadan 1442 yang diketuai
oleh Pn Hajah Hamidah Binti Dawood dan majlis khatam
Al Quran pada 27 Ramadan 1442.

Your Logo or Name Here

PROGRAM SENTUHAN KASIH RAMADHAN MARA NEGERI MELAKA 2021 : BINGKISAN AIDILFITRI UNTUK
WARGA KERJA MARA, ANAK SYARIKAT MARA & PEKERJA PEMBERSIHAN SERTA KAWALAN
KESELAMATAN NEGERI MELAKA

7 Mei 2021, Jumaat – Bandar
Melaka, Program Sentuhan
Kasih Ramadhan MARA
Negeri Melaka melabuhkan
tirai dengan majlis
penyampaian Bingkisan
Aidilfitri untuk wagra kerja,
anak syarikat MARA serta
pekerja pembersihan &
pengawal keselamatan MARA
Negeri Melaka.

Your Logo or Name Here

PROGRAM SENTUHAN KASIH RAMADHAN MARA NEGERI MELAKA 2021

7 Mei 2021, Jumaat – Telok Mas, Melaka Program Sentuhan Kasih Ramadhan MARA
Negeri Melaka 2021 telah mendapat kerjasama daripada YB Datuk Noor Effandi Bin
Ahmad Exco Jabatan Ketua Menteri (Pendidikan, Pengajian Tinggi, Teknikal &
Vokasional, Sains dan Inovasi Negeri) merangkap Adun Telok Mas telah berbesar hati
untuk menyempurnakan sumbangan “bakul makanan & duit raya kepada 20 orang
pelajar dan 20 keluarga B40 & Asnaf di di bawah Dun Telok Mas.

Your Logo or Name Here

TAHNIAH DAN TERIMA KASIH ATAS
SEGALA SUMBANGAN SECARA

LANGSUNG ATAU TIDAK LANGSUNG
DALAM MENJAYAKAN PROGRAM INI.

SEMOGA SEGALA USAHA YANG
DILAKUKAN MENDAPAT

KEBERKATAN DAN NILAI YANG
TINGGI DISISINYA

Your Logo or Name Here 17


Click to View FlipBook Version