The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

BUKU PANDUAN TUGAS-TUGAS GRED DG DI MRSM

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by MRSM TGB, 2023-12-30 00:36:19

BUKU PANDUAN TUGAS-TUGAS

BUKU PANDUAN TUGAS-TUGAS GRED DG DI MRSM

TUGAS PENGETUA MAKTAB RENDAH SAINS MARA


SENARAI TUGAS PUSAT : MAKTAB RENDAH SAINS MARA JAWATAN : PENGETUA BERTANGGUNGJAWAB : PENGARAH KEPADA BAHAGIAN PENDIDIKAN MENENGAH A. PEMBANGUNAN PELAJAR Pengetua bertanggungjawab memantau, mengurus dan melaksanakan perkaraperkara seperti berikut: 1. Melawat dan memantau aktiviti pelajar di asrama sepanjang masa. 2. Menghadiri dan memantau aktiviti pembangunan sahsiah pelajar di surau. 3. Melawat dan mengawas pengurusan pembersihan dan selenggaraan asrama. 4. Melawat dan memeriksa persekitaran asrama sentiasa selamat dan kondusif. 5. Menghadiri program pembangunan bakat dan kepimpinan pelajar. 6. Menyemak, menilai dan memantau pelaksanaan program-program pembangunan bakat dan kepimpinan pelajar. 7. Meneliti dan memeriksa pelaksanaan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling. 8. Mempengerusikan mesyuarat dan mengesahkan pemilihan bantuan dan kebajikan pelajar.


9. Memeriksa dan meneliti pelaksanaan pengurusan disiplin dan sahsiah pelajar. 10. Menyemak dan meneliti pelaksanaan program intervensi pelajar. 11. Memeriksa dan menilai aspek berkaitan kesihatan pelajar mengikut standard penilaian yang ditetapkan oleh MARA. 12. Memeriksa dan menilai aspek berkaitan keselamatan pelajar mengikut standard penilaian yang ditetapkan oleh MARA. 13. Menghadiri dan menilai pelaksanaan aktiviti homeroom pelajar. 14. Menyemak dan memeriksa secara konsisten akaun dan aktiviti koperasi maktab. 15. Menyemak, memeriksa dan menilai aktiviti keusahawanan pelajar. 16. Menghadiri dan memantau Program Pembangunan Masyarakat dan Corporate Social Responsibility (CSR) dengan komuniti setempat, negeri dan antarabangsa. B. PEMBANGUNAN GURU 1. Mencerap proses pengajaran dan pemudahcaraan di kelas. 2. Melawat dan memantau persekitaran kelas agar sentiasa kondusif. 3. Melawat dan memantau persekitaran bilik guru agar sentiasa ceria dan kondusif. 4. Berbincang dengan kerap berkaitan permasalahan yang dihadapi guru. 5. Merancang, melaksanakan dan menilai program pembangunan guru. 6. Memastikan jumlah guru dan staf mencukupi berdasarkan vot perjawatan. 7. Melaksanakan program engagement (bersama-sama guru) dengan kerap.


8. Berbincang dengan kerap berkaitan kualiti pengajaran (bersama guruguru). 9. Melaksana, memantau dan menilai pelaksanaan program intervensi guru 10. Memastikan guru dan staf menghadiri kursus dalam perkhidmatan tidak kurang daripada tujuh hari setahun. 11. Menilai dan mengesahkan Sasaran Kerja Tahunan (SKT) dan Laporan Penilaian Prestasi Tahunan (LNPT). 12. Menyedia dan mengesahkan Laporan Penilaian Prestasi Khas dan Laporan Sulit. 13. Mengesahkan senarai tugas dan tanggungjawab guru dan staf. 14. Menyemak dan mengesahkan rekod-rekod perkhidmatan guru dan staf di kemas kini dalam buku perkhidmatan. 15. Melaksanakan dan menilai semua program peningkatan kualiti dan inovasi. C. PEMBANGUNAN KURIKULUM 1. Menetapkan dan melaksanakan Petunjuk Utama Prestasi (KPI) aktiviti kurikulum maktab. 2. Mengajar dalam subjek yang mempunyai kemahiran. 3. Merancang dan memantau perancangan tahunan kurikulum maktab. 4. Melawat dan memeriksa segala kemudahan akademik agar berada dalam keadaan baik. 5. Melawat dan memeriksa segala kemudahan ICT sentiasa baik agar dapat menyokong aktiviti pengajaran dan pemudahcaraan. 6. Menyemak kurikulum yang dilaksanakan agar selari dengan Falsafah Pendidikan Negara dan Falsafah Pendidikan MARA. 7. Membuat pengagihan tugas akademik kepada guru-guru.


8. Menyemak dan mengesahkan pengagihan jadual waktu pengajaran guru. 9. Menyemak dan memantau pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran (PdP). 10. Mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa pelaksana kurikulum maktab secara berkala. 11. Mempengerusikan mesyuarat Senat secara berkala. 12. Mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa Pemantauan prestasi akademik pelajar 13. Menyemak dan mengesahkan penyediaan laporan berkaitan kurikulum. 14. Melaksanakan dan membuat penilaian hasil pencerapan pengajaran guru. 15. Menyemak dan memantau pelaksanaan program pengayaan dan intervensi akademik. 16. Memantau dan mengesahkan rekod penilaian dan peperiksaan kurikulum. 17. Menyemak dan meneliti fail rancangan pengajaran guru. D. PEMBANGUNAN KOKURIKULUM 1. Menetapkan dan melaksanakan Petunjuk Utama Prestasi (KPI) aktiviti kokurikulum maktab. 2. Merancang dan melaksanakan perancangan tahunan kokurikulum maktab. 3. Melawat dan memeriksa segala kemudahan kokurikulum berada dalam keadaan baik dan selamat. 4. Menghadiri dan memantau pelaksanaan kegiatan kokurikulum. 5. Mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa pelaksana kokurikulum maktab secara berkala. 6. Meneliti dan mengesahkan penyediaan laporan berkaitan kokurikulum.


7. Meneliti dan mengesahkan rekod penilaian dan peperiksaan kokurikulum. E. PENGURUSAN INFRASTRUKTUR 1. Memeriksa dan memantau keadaan fizikal bangunan, padang dan persekitaran maktab berada dalam keadaan baik serta selamat. 2. Melaksanakan urusan senggaraan dengan cepat agar kemudahan sentiasa dalam keadaan baik. 3. Menyemak pengurusan inventori senggaraan dan pelupusan agar mengikut peraturan. 4. Melaksanakan aktiviti pelupusan secara berkala agar persekitaran maktab sentiasa kemas. 5. Melawat persekitaran maktab dan memantau aktiviti-aktiviti mempertingkatkan keceriaan maktab. 6. Memastikan alatan kokurikulum lengkap dan mencukupi serta sentiasa berada dalam keadaan baik. 7. Mengambil tindakan proaktif untuk menjaga keselamatan harta-benda maktab pada setiap masa. 8. Menyemak dan memastikan perolehan berkaitan kemudahan dan keperluan maktab mengikut peraturan. 9. Memeriksa dan pelaksanaan perkhidmatan penswastaan mengikut termaterma kontrak yang dipersetujui. F. PENGURUSAN INFOSTRUKTUR 1. Mewujudkan dan membina jaringan kerjasama dengan organisasi dalam dan luar negara. 2. Menghadiri program anjuran pihak luar agar membina hubungan baik dengan komuniti setempat. 3. Menasihati dan memantau kegiatan badan MUAFAKAT. 4. Memeriksa dan memastikan kemudahan ICT maktab berada dalam keadaan baik dan boleh digunakan oleh semua warga.


5. Berkomunikasi dan membina hubungan baik dengan masyarakat setempat dan agensi kerajaan serta NGO. 6. Membina hubungan baik dengan ibu bapa/ pelajar melalui penglibatan ibubapa dalam program maktab. 7. Membina hubungan baik dengan guru dan staf agar maklumat dapat dikongsi bersama. G. PENGURUSAN KEUSAHAWANAN 1. Melaksanakan dan meneliti program pembudayaaan keusahawanan dalam kalangan pelajar. 2. Menyediakan kemudahan asas agar pelajar dapat mempraktikkan aktiviti keusahawanan. 3. Memastikan penyediaan peluang pembelajaran latihan keusahawanan secara praktikal/ hands-on. 4. Merancang dan melaksanakan aktiviti keusahawanan secara komprehensif dan melibatkan semua pelajar. 5. Menjemput usahawan yang berjaya agar dapat menyemai minat pelajar terhadap keusahawanan sebagai satu kerjaya. 6. Membina jaringan dengan NGO usahawan agar membina keupayaan pelajar dalam keusahawanan. 7. Membina hubungan dan berkerjasama dengan unit lain dalam MARA yang membangunkan usahawan. 8. Melawat kegiatan keusahawanan agar etika murni dalam perniagaan diterap kepada pelajar.


H. PENGURUSAN KEWANGAN 1. Merancang dan menyediakan Anggaran Belanja Mengurus Tahunan. 2. Merancang, menyemak dan menilai perbelanjaan Panjar Perkhidmatan, Caruman dan EMR mengikut peraturan. 3. Memeriksa dan memastikan penyata penyesuaian bank dibuat dan dihantar ke BKW. 4. Membuat unjuran peruntukan berdasarkan perbelanjaan semasa. 5. Membuat agihan peruntukan berdasarkan keperluan semasa. 6. Memeriksa dan menyemak perbelanjaan wang runcit secara berkala. 7. Memastikan semua proses pengurusan kewangan mengikut peraturan semasa. 8. Memantau aktiviti kakitangan yang terlibat secara langsung dengan kewangan agar tidak berlaku salah laku. I. TUGAS-TUGAS LAIN 1. Memastikan pelaksanaan arahan pihak pengurusan MARA dari semasa ke semasa.


TUGAS TIMBALAN PENGETUA (KECEMERLANGAN AKADEMIK) MAKTAB RENDAH SAINS MARA


SENARAI TUGAS PUSAT : MAKTAB RENDAH SAINS MARA JAWATAN : TIMBALAN PENGETUA KECEMERLANGAN AKADEMIK BERTANGGUNGJAWAB : PENGETUA KEPADA BIDANG TUGAS : Timbalan Pengetua Kecemerlangan Akademik bertanggungjawab kepada Pengetua bagi membantu melicinkan urusan pentadbiran, meningkatkan prestasi akademik, menambah baik urusan pengajaran dan pemudahcaraan dan seterusnya mendukung matlamat Falsafah Pendidikan MARA. A. PENGURUSAN PENTADBIRAN 1. Menjalankan tugas Pengetua semasa ketiadaan Pengetua. 2. Bertanggungjawab kepada Pengetua dalam hal pentadbiran, kurikulum, kokurikulum (Akademik ), dan penilaian. 3. Memeriksa dan memastikan semua guru dan kakitangan di bawah kawalan Pembangunan Akademik (PPTM, kakitangan makmal dan pusat sumber pembelajaran) menyediakan fail meja bagi bidang tugas masing-masing. 4. Merancang dan melaksanakan aktiviti sepanjang tahun berkaitan kurikulum, kokurikulum (Akademik ) dan pembangunan guru selaku ahli Jawatankuasa Pelaksana Maktab. 5. Merancang dan merangka anggaran belanjawan mengurus tahunan yang melibatkan Pembangunan Akademik.


6. Melaksanakan tugasan pelupusan aset maktab dari semasa ke semasa sekiranya bertugas sebagai Timbalan Pengerusi (silih ganti) bagi Jawatankuasa Pelupusan Maktab. 7. Melaksanakan senggaraan peralatan dari semasa ke semasa sekiranya bertugas sebagai Timbalan Pengerusi (silih ganti) bagi Jawatankuasa Senggaraan Maktab. 8. Memeriksa dan memastikan langkah-langkah keselamatan dan kesihatan pekerjaan dilaksanakan dan dipatuhi sekiranya bertugas sebagai Timbalan Pengerusi (silih ganti) bagi Jawatankuasa Pengurusan Keselamatan Maktab (OSHA). 9. Menyemak dan memastikan proses pengurusan Sebut Harga berjalan lancar sekiranya bertugas sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pembuka Sebut Harga di peringkat maktab. 10. Menyediakan laporan aktiviti dan pencapaian akademik dan kokurikulum (Akademik) setiap 3 bulan sekali untuk tujuan pelaporan kepada Bahagian Pendidikan Menengah. 11. Melawat dan memantau urus tadbir Pusat Sumber Pembelajaran (PSP) sentiasa berada pada tahap yang efisien. (Contoh: proses perolehan dan pelupusan bahan-bahan PSP). 12. Melawat dan memantau Unit Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) sentiasa berada pada tahap yang efisien. (Contoh : Selenggaraan peralatan ICT, urusan pelupusan dan perolehan peralatan ICT serta sistem jaringan maktab) 13. Melawat dan memantau makmal sains dan bengkel bagi memastikan kelangsungan proses pengajaran dan pemudahcaraan pada tahap yang efisien. 14. Memastikan urus tadbir pelaksanaan Indeks Kecemerlangan Pendidikan MRSM (MRSM Education Excellence) yang merupakan proses pengukuran dan penilaian prestasi kecemerlangan Sistem Pendidikan MRSM pada tahap yang efisien. 15. Melawat dan memantau persekitaran maktab agar menepati ketetapan Standard Pendidikan MARA (SPMa). 16. Memantau dan memastikan pelaksanaan sistem e-Education berjalan dengan lancar.


B. PENGURUSAN KEWANGAN 1. Merancang dan menyediakan Anggaran Belanja Mengurus Tahunan. 2. Merancang dan menilai perbelanjaan Panjar Perkhidmatan, Caruman dan EMR mengikut peraturan. 3. Memeriksa dan memastikan penyata penyesuaian bank dibuat dan dihantar ke BKW. 4. Membuat unjuran peruntukan berdasarkan perbelanjaan semasa. 5 Membuat agihan peruntukan berdasarkan keperluan semasa. 6. Memeriksa dan menyemak perbelanjaan wang runcit secara berkala. 7. Memastikan semua proses pengurusan kewangan mengikut peraturan semasa. 8. Memantau aktiviti kakitangan yang terlibat secara langsung dengan kewangan agar tidak berlaku salah laku. C. PENGURUSAN PEMBANGUNAN GURU 1. Memeriksa dan memastikan jumlah guru mencukupi mengikut keperluan pengkhususan mata pelajaran. 2. Memastikan bilangan kakitangan makmal, bengkel dan teknologi maklumat mencukupi mengikut keperluan mata pelajaran. 3. Merancang dan memastikan pelaksanaan program peningkatan pembangunan profesionalisme dan kompetensi guru/ staf. 4. Memantau dan memastikan pelaksanaan program pembangunan staf Pusat Sumber Pembelajaran dan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT). 5. Menguruskan keperluan guru ganti (sambilan atau permohonan tambahan) bagi kes-kes seperti guru berpencen, guru cuti bersalin, guru cuti tanpa gaji yang melibatkan tempoh yang lama. (contoh : permohonan guru ganti, prosedur temuduga dan lain-lain berkaitan).


6. Memastikan pelaksanaan guru ganti bagi kelas-kelas akademik sepanjang persekolahan jika terdapat guru-guru yang tidak dapat hadir bertugas kerana menghadiri kursus, mesyuarat atau kes-kes kecemasan. 7. Merancang dan melaksanakan pencerapan dan kejurulatihan (coaching) sekurang-kurangnya sekali setiap tahun bagi tujuan penilaian dan peningkatan prestasi guru. 8. Merancang dan melaksanakan program Mentoring untuk guru-guru baharu bagi memudahkan proses penyesuaian diri serta meningkatkan prestasi dan komitmen guru-guru baharu. 9. Menilai dan mengesahkan Sasaran Kerja Tahunan (SKT) dan Laporan Penilaian Prestasi (LPP) guru dan kakitangan yang terlibat di bawah kawalan Timbalan Pengetua (Kecemerlangan Akademik). 10. Melaksanakan langkah-langkah intervensi bagi menangani permasalahan guru-guru dan kakitangan (di bawah kawalan Timbalan Pengetua (Kecemerlangan Akademik)) yang bermasalah. 11. Menyemak dan memantau proses pembayaran Bayaran Insentif Subjek Pendidikan (BISP). D. PENGURUSAN KURIKULUM 1. Merancang dan menyediakan perancangan tahunan sebelum bermulanya tahun akademik. 2. Mengajar dalam subjek yang ada kemahiran. 3. Membina jaringan dan kolaboratif dengan institusi pendidikan dan agensi luar. 4. Memastikan pematuhan sistem standard penilaian yang ditetapkan oleh MARA. 5. Memastikan semua warga maktab memahami dengan jelas sasaran pencapaian akademik pada tahun semasa yang ditetapkan oleh BPM dan pihak maktab.


6. Membuat pelunjuran pencapaian akademik bagi jangka masa pendek dan jangka masa panjang berdasarkan sasaran yang ditetapkan. 7. Merangka dan menyediakan perancangan tahunan akademik. a. Menentukan bilangan kelas akademik mengikut tingkatan. b. Menentukan pilihan mata pelajaran bagi yang berkaitan. c. Merangka jadual waktu mengikut keperluan mata pelajaran teras, elektif dan khas. d. Memastikan penyediaan skema kerja tahunan untuk semua mata pelajaran sebagai garis panduan pelaksanaan pengajaran dan pemudahcaraan. e. Menentukan portfolio guru untuk tahun semasa bagi memastikan proses pengajaran dan pemudahcaraan berjalan seperti yang dirancang. (contoh : guru kanan, penyelaras subjek, guru subjek mengikut kelas, guru kelas, penyelaras program kecemerlangan akademik mengikut tingkatan) 8. Membuat pemantauan terhadap kemajuan pelajar bagi merangka program pengayaan dan intervensi. (Contoh : melaksanakan ‘Headcount’ bagi memberikan hala tuju kepada pelajar pada setiap awal semester) 9. Membuat penyeliaan dan penilaian terhadap proses pengajaran dan pemudahcaraan. a. Memastikan analisis item dibuat selepas setiap ujian/peperiksaan bagi memastikan kelemahan dalam proses pengajaran dan pemudahcaraan. b. Memastikan penilaian P&P dilaksanakan agar langkah-langkah intervensi yang sesuai untuk kumpulan pelajar tertentu. 10. Mengawal selia program-program terbeza yang dilaksanakan di MRSM tertentu : a. Premier b. International General Certificate of Secondary Education (IGCSE) b. Ulul Albab c. International Baccalaureate Middle Year Programme (MYP)


d. BITARA e. Teknikal 11. Mentadbir urus kursus-kursus khas yang menjadi nilai tambah kepada Sistem Pendidikan MRSM a. Kursus Kemahiran Berfikir (KKB) b. Kemahiran Asas Tingkatan 1 (KAT1) c. Kemahiran Amalan Belajar (KAB) d. Kursus Pembangunan Usahawan (KPU) e. Kursus Sains Komputer (KSK) f. Kursus Kemahiran Insaniah dan Kemahiran Akademik (KIKS) g. Kursus ‘MARA Gifted and Talented Youth Programme’ (MIGTY) h. Schoolwide Enrichment Model (SEM) 12. Memastikan urus tadbir pentaksiran, ujian dan peperiksaan maktab a. Pentaksiran, ujian dan peperiksaan dalaman i. Pelaksanaan ujian selaras dan Peperiksaan Semester bagi memastikan objektif tercapai. ii. Analisis data dan ‘postmortem’ selepas setiap ujian dan peperiksaan bagi tindakan penambahbaikan pentadbiran pentaksiran dan peperiksaan. iii. Pelaksanaan analisis item bagi setiap mata pelajaran bagi meningkatkan lagi keberkesanan pengajaran dan pemudahcaraan. b. Pentaksiran & peperiksaan luaran : i. Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Tingkatan 3. Kesemua komponen PBS Tingkatan 3 dilaksanakan dengan sewajarnya (PAJSK, PSIKOMETRIK, PT3 dan PENTAKSIRAN SEKOLAH). ii. Checkpoint IGCSE Pentadbiran peperiksaan Checkpoint IGCSE berjalan lancar. iii. IGCSE Pengurusan peperiksaan IGCSE mematuhi prosedur yang ditetapkan oleh pihak Cambridge. iv. Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia di peringkat maktab.


• Semua pentaksiran dan peperiksaan di atas adalah tertakluk kepada perubahan. c. Membentuk ahli jawatankuasa UPPM yang bertugas untuk menguruskan pentaksiran dan peperiksaan di peringkat dalaman serta luaran. d. Melawat dan memeriksa bilik UPPM agar sentiasa lengkap dan teratur. e. Memastikan keakuran dan kebolehpercayaan pelaksanaan pentaksiran dan peperiksaan (dalaman & luaran). f. Pentadbiran sistem eSPPNG berjalan lancar. g. Memeriksa penyediaan pelaporan pentaksiran dan peperiksaan untuk BPM dan ibu bapa pelajar. h. Menyemak dan meneliti urusan graduasi pelajar MRSM berdasarkan panduan sedia ada. 13. Memantau dan memastikan urusan Sistem Pinjaman Buku Teks (SPBT) pelajar bagi memastikan proses Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) berjalan lancar. a. Perolehan buku teks b. Pelupusan buku teks c. Merekod & mengkatalog buku teks d. Urusan pinjaman dan penghantaran buku teks sepanjang tahun 14. Melawat dan memastikan tempat-tempat pembelajaran yang terdapat di maktab dalam situasi yang kondusif agar proses pengajaran dan pemudahcaraan berlangsung dengan teratur (contoh : Kelas, Dewan Seminar, Bilik Multimedia, Bilik-bilik khas yang disediakan untuk setiap jabatan dan Bilik Tayangan). 15. Memeriksa dan memastikan keperluan ICT bagi proses pengajaran dan pemudahcaraan lengkap dan berada dalam keadaan baik (contoh: LCD, skrin, laptop guru).


E. PENGURUSAN KOKURIKULUM (AKADEMIK) 1. Merancang dan memastikan pelaksanaan program kokurikulum (Akademik) peringkat dalaman dan luaran pada sepanjang tahun . 2. Melantik guru-guru untuk menguruskan program-program kokurikulum (Akademik). 3. Merancang dan memantau keperluan kewangan dan peralatan bagi program kokurikulum (Akademik) diuruskan. 4. Menyediakan pelaporan aktiviti dan pencapaian kokurikulum (Akademik). F. TUGAS-TUGAS LAIN 1. Menghadiri dan memantau pelaksanaan program-program atau majlismajlis di bawah kawalan Timbalan Pengetua (Kecemerlangan Akademik) sepanjang tahun. 2. Melaksanakan arahan dan tugasan lain yang berikan oleh Pengetua dari semasa ke semasa.


TUGAS TIMBALAN PENGETUA (PEMBANGUNAN PELAJAR) MAKTAB RENDAH SAINS MARA


SENARAI TUGAS BAHAGIAN : MAKTAB RENDAH SAINS MARA JAWATAN : TIMBALAN PENGETUA (PEMBANGUNAN PELAJAR) BERTANGGUNGJAWAB KEPADA : PENGETUA BIDANG TUGAS : Timbalan Pengetua (Pembangunan Pelajar) bertanggungjawab kepada Pengetua untuk menjamin kualiti kebajikan dan pembangunan pelajar. A. PENGURUSAN PENTADBIRAN 1. Menjalankan tugas Pengetua semasa ketiadaan Pengetua. 2. Mengajar dalam subjek yang ada kemahiran. 3. Bertanggungjawab kepada Pengetua dalam hal-hal kewangan, disiplin, pengurusan asrama, bimbingan dan kaunseling, bantuan kewangan dan soft skills. 4. Melawat dan memastikan urusan kebajikan, keselamatan dan kesihatan pelajar. 5. Menilai dan mengesahkan Sasaran Kerja Tahunan (SKT) dan Laporan Penilaian Prestasi Tahunan (LNPT) guru/ staf. 6. Merancang dan menyediakan perancangan tahunan pembangunan pelajar. 7. Merancang dan menyediakan Anggaran Belanja Mengurus Tahunan. 8. Meyemak dan memastikan Fail Peribadi Pelajar dikemas kini.


9. Menyemak dan memastikan pengurusan kemasukan dan penempatan pelajar. 10. Menyemak dan memastikan urusan penyediaan surat perakuan dan sijil pelajar. 11. Menyemak dan memastikan urusan pengendalian bantuan kewangan dan insuran pelajar. 12. Menyemak dan memastikan pelaksanaan perkhidmatan penswastaan mengikut terma-terma kontrak yang dipersetujui. 13. Membina jaringan dan kolaboratif dengan agensi kerajaan, swasta dan Badan Bukan Kerajaan (NGO). B. PENGURUSAN KEWANGAN 1. Merancang dan menyediakan Anggaran Belanja Mengurus Tahunan. 2. Merancang dan menilai perbelanjaan Panjar Perkhidmatan, Caruman dan EMR mengikut peraturan. 3. Memeriksa dan memastikan penyata penyesuaian bank dibuat dan dihantar ke BKW. 4. Membuat unjuran peruntukan berdasarkan perbelanjaan semasa. 5. Membuat agihan peruntukan berdasarkan keperluan semasa. 6. Memeriksa dan menyemak perbelanjaan wang runcit secara berkala. 7. Memastikan semua proses pengurusan kewangan mengikut peraturan semasa. 8. Memantau aktiviti kakitangan yang terlibat secara langsung dengan kewangan agar tidak berlaku salah laku.


C. PENGURUSAN DISIPLIN 1. Merancang dan menyediakan program tahunan pembangunan sahsiah pelajar. 2. Menyemak dan memastikan pelaksanaan program penerapan amalan nilainilai murni pelajar. 3. Memantau dan memastikan penguatkuasaan undang-undang dan peraturan maktab. 4. Memastikan tindakan yang sesuai dilaksanakan terhadap pelajar yang melanggar peraturan maktab mengikut peraturan sedia ada. 5. Menyemak dan memastikan pengurusan rekod disiplin pelajar dan penyediaan laporan. 6. Membina jaringan dan kolaborasi dengan institusi pendidikan dan agensi luar dalam aspek pembentukan sahsiah pelajar. 7. Memastikan pematuhan sistem standard penilaian disiplin pelajar yang ditetapkan oleh MARA. D. PENGURUSAN PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING 1. Merancang program bimbingan dan kaunseling bersama kaunselor pelajar. 2. Membuat perbincangan dan memastikan kaunselor pelajar melaksanakan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling. 3. Menyemak dan memastikan pelaksanaan Program Perubahan Tingkahlaku (PPT). 4. Menyemak dan memastikan pelaksanaan program bimbingan dan ujian kerjaya. 5. Menyemak dan memastikan pelaksanaan Total Talent Portfolio (TTP). 6. Membina jaringan dan kolaboratif dengan institusi pendidikan dan agensi luar.


7. Memastikan pematuhan sistem standard penilaian yang ditetapkan oleh MARA. E. PENGURUSAN HOMEROOM 1. Merancang program tahunan homeroom bersama penyelaras homeroom. 2. Menghadiri kegiatan homeroom yang telah dirancang. 3. Menyemak dan memastikan keberkesanan pelaksanaan program homeroom. 4. Menyemak dan memastikan penyediaan rekod dan laporan homeroom. 5. Membina jaringan dan kolaboratif dengan institusi pendidikan dan agensi luar. 6. Memastikan pematuhan sistem standard penilaian homeroom yang ditetapkan oleh MARA. F. PENGURUSAN ASRAMA 1. Merancang program tahunan asrama bersama jawatankuasa pengurusan asrama. 2. Menyemak dan memastikan pelaksanaan program tahunan asrama. 3. Meneliti dan menyemak pengurusan penempatan pelajar. 4. Melawat dan memastikan aspek keselamatan dan kebersihan asrama sentiasa pada tahap yang maksima. 5. Melawat dan memantau kualiti penyediaan makanan dan persekitaran dewan selera berada pada tahap yang maksima. 6. Menyemak dan memastikan keberkesanan pelaksanaan pengurusan halhal kebajikan, keselamatan, kesihatan dan kemudahan pelajar. 7. Membina jaringan dan kolaboratif dengan agensi luar.


8. Memastikan pematuhan sistem standard penilaian yang ditetapkan oleh MARA. H. TUGAS-TUGAS LAIN 1. Melaksanakan arahan lain dan tugasan-tugasan lain yang diberikan oleh Pengetua dari semasa ke semasa.


TUGAS TIMBALAN PENGETUA (PEMBANGUNAN BAKAT) MAKTAB RENDAH SAINS MARA


SENARAI TUGAS BAHAGIAN : MAKTAB RENDAH SAINS MARA JAWATAN : TIMBALAN PENGETUA (PEMBANGUNAN BAKAT) BERTANGGUNGJAWAB KEPADA : PENGETUA BIDANG TUGAS : Timbalan Pengetua (Pembangunan Bakat) bertanggungjawab kepada Pengetua untuk menjamin kualiti pembangunan kokurikulum pelajar. A. PENGURUSAN PENTADBIRAN 1. Menjalankan tugas Pengetua semasa ketiadaan Pengetua. 2. Mengajar sebilangan waktu. 3. Bertanggungjawab kepada Pengetua dalam hal-hal kokurikulum, keusahawanan dan koperasi. 4. Memantau dan memastikan keselamatan pelajar mengikut prosedur dan peraturan. 5. Merancang dan menyediakan perancangan tahunan kokurikulum. 6. Merancang dan menyediakan Anggaran Belanja Mengurus Tahunan. 7. Memantau dan memastikan pelaksanaan dasar dan konsep kokurikulum. 8. Menyediakan garis panduan pengurusan dan pelaksanaan kokurikulum serta tugas guru dalam kokurikulum.


9. Memastikan dan menilai keberkesanan pelaksanaan kegiatan kokurikulum di maktab 10. Memantau dan memastikan Buku Rekod Aktiviti Kokurikulum dikemaskini dan penghantaran mengikut tarikh yang ditentukan. 11. Memantau dan memastikan urusan penyediaan surat perakuan dan sijil pelajar. 12. Membina jaringan dan kolaboratif dengan agensi kerajaan , swasta dan badan bukan kerajaan (NGO). 13. Memastikan pematuhan sistem standard penilaian yang ditetapkan oleh MARA. B. PENGURUSAN KEWANGAN 1. Merancang dan menyediakan Anggaran Belanja Mengurus Tahunan. 2. Merancang dan menilai perbelanjaan Panjar Perkhidmatan, Caruman dan EMR mengikut peraturan. 3. Memeriksa dan memastikan penyata penyesuaian bank dibuat dan dihantar ke BKW. 4. Membuat unjuran peruntukan berdasarkan perbelanjaan semasa 5. Membuat agihan peruntukan berdasarkan keperluan semasa 6. Memeriksa dan menyemak perbelanjaan wang runcit secara berkala. 7. Memastikan semua proses pengurusan kewangan mengikut peraturan semasa. 8. Memantau aktiviti kakitangan yang terlibat secara langsung dengan kewangan agar tidak berlaku salah laku.


C. PENGURUSAN PROGRAM PERTANDINGAN 1. Memastikan penglibatan pelajar di dalam program pertandingan anjuran BPM, KPM dan agensi luar. 2. Memastikan keperluan dan peralatan pertandingan sesuai dan mencukupi. 3. Memantau dan memastikan pelaksanaan program latihan kokurikulum. 4. Memantau dan memastikan pengurusan rekod kokurikulum dan penyediaan laporan. 5. Membina jaringan dan kolaboratif dengan institusi pendidikan dan agensi luar. 6. Memastikan pematuhan sistem standard penilaian yang ditetapkan oleh MARA. D. PENGURUSAN KOPERASI DAN KEUSAHAWANAN 1. Merancang program dan kursus tahunan keusahawanan dan koperasi bersama penyelaras. 2. Memantau dan memastikan pelaksanaan program dan kursus keusahawanan dan koperasi mengikut garis panduan yang ditetapkan oleh Bahagian Pendidikan Menengah MARA dan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM). 3. Membina jaringan dan kolaboratif dengan institusi pendidikan dan agensi luar. 4. Memastikan pematuhan sistem standard penilaian yang ditetapkan oleh MARA. E. PENGURUSAN PROGRAM KEPIMPINAN PELAJAR 1. Merancang program pembangunan dan latihan kepimpinan pelajar bersama penyelaras badan kepimpinan pelajar.


2. Memantau dan memastikan pelaksanaan program pembangunan dan latihan kepimpinan pelajar. 3. Memantau dan memastikan penyediaan rekod dan laporan badan kepimpinan pelajar. 4. Membina jaringan dan kolaboratif dengan institusi pendidikan dan agensi luar. 5. Memastikan pematuhan sistem standard penilaian yang ditetapkan oleh MARA. F. TUGAS-TUGAS LAIN 1. Melaksanakan arahan lain dan tugasan-tugasan lain yang diberikan oleh Pengetua dari semasa ke semasa.


TUGAS KETUA JABATAN MAKTAB RENDAH SAINS MARA


SENARAI TUGAS PUSAT : MAKTAB RENDAH SAINS MARA JAWATAN : KETUA JABATAN BERTANGGUNGJAWAB : TIMBALAN PENGETUA KEPADA (KECEMERLANGAN AKADEMIK) A. PENGURUSAN PENTADBIRAN Ketua Jabatan bertanggungjawab dalam pengurusan perjawatan dan perkhidmatan guru MRSM seperti berikut:- 1. Mempengerusi mesyuarat jabatan yang melibatkan guru dan anggota. 2. Merancang dan menyediakan perancangan tahunan jabatan. 3. Memastikan struktur organisasi dalam jabatan mencukupi mengikut ketetapan Bahagian Sumber Manusia MARA. 4. Memastikan pembahagian tugas dan tanggungjawab kepada guru dalam jabatan dari segi kurikulum, kokurikulum dan pembangunan pelajar. 5. Menyediakan senarai tugas dan tanggungjawab guru dalam jabatan. a. Menetapkan penjadualan tugas guru. b. Menyelaras hal ehwal peperiksaan, kursus dan latihan untuk guru. c. Memastikan program intervensi kepada pelajar berjalan dengan lancar. d. Memastikan guru menyediakan dan menghantar buku rekod mengajar mengikut jadual yang ditetapkan. e. Menyediakan senarai tugas kepada guru kanan.


6. Menyelia dan menilai Pengajaran dan pemudahcaraan guru dalam jabatan. 7. Menyimpan dan menyelenggarakan rekod-rekod peribadi guru dalam jabatan. 8. Menyelaras kutipan data / maklumat dan perangkaan guru dan pelajar. 9. Menentukan sistem penyelenggaraan fail jabatan dilaksanakan dengan cara yang teratur dan sempurna. 10. Memastikan guru dalam jabatan menghadiri kursus/ bengkel selama 7 hari setahun. 11. Memastikan program in house training dalam jabatan. 12. Menyediakan Sasaran Kerja Tahunan (SKT) dan Laporan Penilaian Prestasi Tahunan (LPP). 13. Mengesahkan Sasaran Kerja Tahunan dan menilai Laporan Peningkatan Prestasi Tahunan kepada guru dalam Jabatan. 14. Menjadi ahli jawatankuasa disiplin maktab dan memastikan perjalanan dan pelaksanaannya dilakukan secara berkesan. 15. Menyediakan dan menghantar laporan aktiviti dan program bulanan kepada pihak pengurusan maktab. 16. Melaksanakan jawatankuasa / tugas lain yang dilantik oleh pihak pengurusan. 17. Mematuhi dan melaksanakan arahan pihak maktab dan pihak pengurusan MARA dari semasa ke semasa. 18. Memastikan peralatan Pengajaran dan pemudahcaraan mencukupi. 19. Memantau buku stok alatan/ aset/ inventori yang disimpan dan disediakan jabatan untuk diselenggarakan dengan teratur dan kemas kini.


B. PEMBANGUNAN FIZIKAL JABATAN 1. Merancang dan memastikan projek-projek pembangunan kecil di jabatan. 2. Menyedia dan mengurus prasarana jabatan. 3. Melaksanakan pengawasan fizikal bilik ketua jabatan/ bilik kerja guru & staf/ kelas dan menentukan perjalanan dilakukan dengan cara yang teratur. C. PEMBANGUNAN GURU DAN STAF 1. Menyelia dan melaksanakan program dan kursus guru dan staf. 2. Mengadakan program pembangunan dan intervensi disiplin dan etika kerja. 3. Melaksanakan program pembangunan pasukan kerja yang berintegriti dan berprestasi tinggi. D. PENGURUSAN KURIKULUM 1. Merancang dan melaksanakan Pelan Tindakan Jabatan untuk meningkatkan pencapaian akademik. 2. Membantu Timbalan Pengetua (Kecemerlangan Akademik) dalam pembentukan Perancangan Tahunan Maktab. 3. Memantau dan menilai proses Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) dan memastikan pematuhan kepada standard MARA. 4. Memastikan pelaksanaan silibus kurikulum berkesan. 5. Memastikan guru penyelaras menyediakan skema kerja tahunan Pengajaran dan Pembelajaran (PdP). 6. Menyusun jadual waktu guru dan menyediakan jadual waktu gantian. 7. Melaksanakan tugas pengajaran dan pemudahcaraan mengikut jadual waktu yang ditetapkan. 8. Menyediakan rancangan mingguan dan harian dalam buku rekod mengajar.


9. Memeriksa buku rekod pengajaran guru. 10. Membimbing dan membantu dalam pedagogi pengajaran guru khususnya guru baharu. 11. Memantau, menyelia dan membantu dalam pengurusan penyediaan peralatan teknologi pendidikan dan makmal. 12. Memastikan segala prasarana Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) selamat, berfungsi dengan baik serta berkesan. 13. Mencadangkan dan memohon pembelian buku-buku teks, bahan bacaan dan buku rujukan lain mengikut kesesuaian. 14. Merancang dan menyelaras hal-hal yang berkaitan dengan ujian, peperiksaan, penilaian dan melaksanakan tindakan susulan. 15. Memastikan guru memasukkan markah ujian/ peperiksaan mengikut tarikh yang ditetapkan oleh Unit Peperiksaan dan Penilaian Maktab. 16. Menganalisis keputusan ujian / peperiksaan. 17. Memastikan guru membuat laporan prestasi akademik dan sahsiah pelajar. 18. Memantau dan menilai keberkesanan program intervensi akademik yang dilaksanakan. 19. Menyelaras pengurusan dan perjalanan program bimbingan dan pengayaan serta pemulihan untuk kecemerlangan akademik. 20. Melaksanakan program – program khas berikut: a. Premier b. International General Certificate of Secondary Education (IGCSE) c. Ulul Albab d. International Baccalaureate Middle Year Programme (MYP) e. BITARA f. Teknikal


E. TUGAS-TUGAS LAIN 1. Merancang dan melaksanakan penyelidikan terhadap pengajaran dan pemudahcaraan bagi setiap mata pelajaran dalam jabatan. 2. Membina jaringan kerjasama dengan organisasi dalam dan luar negara. 3. Melaksanakan arahan dan tugasan lain yang diberikan oleh Pengetua dari semasa ke semasa.


TUGAS GURU MARA MAKTAB RENDAH SAINS MARA


SENARAI TUGAS PUSAT : MAKTAB RENDAH SAINS MARA JAWATAN : GURU BERTANGGUNGJAWAB : PENGETUA KEPADA TIMBALAN PENGETUA KETUA JABATAN BIDANG TUGAS Guru bertanggungjawab dalam pengurusan perjawatan dan perkhidmatan guru MRSM seperti berikut:- A. PENGURUSAN KURIKULUM 1. Merancang dan melaksanakan Pelan Tindakan Tahunan Unit. 2. Membantu Ketua Jabatan dalam pembinaan Pelan Tindakan Tahunan Jabatan. 3. Melaksanakan proses Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) dan memastikan pematuhan kepada standard MARA. 4. Mengajar mata pelajaran mengikut jadual waktu yang ditetapkan dengan berkesan. 5. Menyediakan rancangan mingguan dan harian dalam buku rekod mengajar. 6. Guru penyelaras menyediakan skema kerja Pengajaran dan Pembelajaran (PdP).


7. Menguasai dan meningkatkan ilmu pengetahuan secara terperinci tentang perkara yang berkaitan mata pelajaran yang diajar dan sukatannya. 8. Menyediakan dan menghantar buku rekod pengajaran. 9. Merancang tugasan/ latihan yang sesuai sebagai pengukuhan pengajaran yang dijalankan. 10. Melaksanakan pengajaran secara berpasukan (lesson study). 11. Menyemak dan menilai latihan, tugasan dan folio pelajar. 12. Membimbing dan membantu guru baharu dalam proses Pengajaran dan Pembelajaran (PdP). 13. Menggubal dan mengedit item ujian/ peperiksaan mengikut Jadual Spesifikasi Ujian (JSU). 14. Mengawas ujian/ peperiksaan. 15. Memeriksa kertas ujian/ peperiksaan yang dijalankan. 16. Memasukkan markah ujian/ peperiksaan mengikut tarikh yang ditetapkan oleh Unit Peperiksaan dan Penilaian Maktab (UPPM). 17. Membuat laporan prestasi akademik dan sahsiah pelajar. 18. Menganalisa keputusan peperiksaan dan pencapaian akademik pelajar. 19. Mengenal pasti kekuatan dan kelemahan pelajar. 20. Melaksanakan program intervensi kepada pelajar dengan berkesan. 21. Melaksanakan program bimbingan dan pengayaan serta pemulihan untuk kecemerlangan akademik. 22. Melaksanakan perbincangan dua hala dengan ibu bapa/ penjaga berkaitan pencapaian akademik pelajar.


23. Melaksanakan program – program khas berikut: a. Premier b. International General Certificate of Secondary Education (IGCSE) c. Ulul Albab d. International Baccalaureate Middle Year Programme (MYP) e. BITARA f. Teknikal B. PENGURUSAN KOKURIKULUM 1. Melaksanakan program pembangunan usahawan dalam kalangan pelajar. 2. Melaksanakan aktiviti persatuan, kelab sukan dan permainan serta badan beruniform. 3. Menyediakan laporan pertemuan dan aktiviti persatuan, kelab sukan dan permainan serta badan beruniform. 4. Melaksanakan Program Pembangunan Masyarakat dan Corporate Social Responsibility (CSR) dengan kawasan setempat, negeri dan luar Negara. 5. Memastikan markah kokurikulum 10% dimasukkan ke sistem kokurikulum. C. PENGURUSAN HAL EHWAL PELAJAR 1. Akur dan bersedia menerima arahan berkhidmat sebagai guru asrama. 2. Bekerjasama dengan Timbalan Pengetua untuk melaksanakan peraturan maktab. 3. Melaksanakan program homeroom dengan jayanya dan berkesan. 4. Memastikan dan memantau kehidupan anak homeroom di maktab. 5. Memantau dan membimbing sahsiah, kepimpinan dan emosi pelajar. 6. Mewujudkan hubungan baik dengan pelajar dan ibu bapa.


7. Menasihat dan membimbing pelajar. 8. Melaksanakan program Pembangunan Kerjaya & Pengajian Lanjutan, Pembangunan Patriotisme & Kenegaraan, Kepimpinan & Keusahawanan. 9. Melaksanakan program pembangunan motivasi dan amal islami. D. PENGURUSAN PENTADBIRAN 1. Melaksanakan perancangan tahunan unit/ jabatan/ maktab. 2. Melaksanakan tugas dan tanggungjawab kurikulum, kokurikulum dan hal ehwal pelajar. 3. Melaksanakan urusan peperiksaan, kursus dan latihan. . 4. Melengkapkan butiran/ data pelajar yang diperlukan 5. Menghantar buku rancangan pengajaran kepada ketua jabatan dan pengurusan mengikut jadual yang ditetapkan. 6. Menyimpan dan menyelenggarakan rekod/ data pelajar. 7. Menghadiri kursus/ bengkel selama 7 hari setahun. 8. Mengadakan program in house training setelah menghadiri latihan/ kursus/ seminar/ bengkel. 9. Menyediakan dan menghantar Sasaran Kerja Tahunan dan Laporan Peningkatan Prestasi Tahunan. 10. Mematuhi dan melaksanakan arahan pihak maktab dan pihak pengurusan MARA dari semasa ke semasa.


E. PENGURUSAN GURU KANAN 1. Menyusun pembahagian kelas guru dan menyediakan jadual waktu gantian. 2. Menyelia Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) guru. 3. Menyediakan dan menghantar laporan aktiviti dan program bulanan kepada ketua jabatan dan Bahagian Pendidikan Menengah MARA (guru kanan). 4. Memaklumkan urusan guru ganti (guru bersalin). F. PEMBANGUNAN GURU DAN STAF 1. Menyertai program dan kursus bagi pengayaan diri dan mata pelajaran. 2. Menyertai program pembangunan dan intervensi disiplin dan etika kerja. 3. Menyertai program pembangunan pasukan kerja yang berintegriti dan berprestasi tinggi. G. TUGAS-TUGAS LAIN 1. Melaksanakan penyelidikan terhadap pengajaran dan pemudahcaraan bagi setiap mata pelajaran. 2. Membina jaringan kerjasama dengan organisasi dalam dan luar negara. 3. Melaksanakan arahan dan tugasan lain yang diberikan oleh Pengetua dari semasa ke semasa.


Click to View FlipBook Version