The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Buku Kecil: Panduan Hari Raya Aidil Adha 1422H/ 2021M (merangkumi informasi tentang hari raya, panduan solat, teks khutbah raya, fadilat Zulhijjah, ibadah qurban dan informasi inisiatif bersama membantu kelangsungan hidup rakyat dalam mendepani krisis bertimpa)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), 2021-07-18 12:34:40

Buku Kecil: Panduan Hari Raya Aidil Adha 1422H/ 2021M

Buku Kecil: Panduan Hari Raya Aidil Adha 1422H/ 2021M (merangkumi informasi tentang hari raya, panduan solat, teks khutbah raya, fadilat Zulhijjah, ibadah qurban dan informasi inisiatif bersama membantu kelangsungan hidup rakyat dalam mendepani krisis bertimpa)

Keywords: ABIM,Hari Raya,Aidil Adha,Islam,Gerakan Islam

GERAKAN ILMU & BAKTI

Buku Kecil

PANDUAN
HARI RAYA
AIDIL ADHA

(merangkumi Solat Sunat Aidil Adha, Teks
Khutbah, Lafaz Takbir & Fadilat Zulhijjah)

Buku Kecil PANDUAN HARI RAYA AIDIL ADHA

AidHialriARayda ha

bHpaaenrrai RyaaatayaIusanlaHAymaaidrndiilgiRAsaeddyliushaaraumH,haHbdjauiutrmni oiRaelae.ruyhpauaKmkoaarn-t
1A0id, ikl Ae-dZ1uh1lah, ikdjjaeish-a1ms2ebtdiauatpnptakaedh-ua1n3h.abrui klaen-

thNPgaeiaamhrtbaiAiaKylIai.lssasmaa.hphdnaedaPilrUalieanamnntm.agsak.hoetmdrsAbaIeaslallbnaalanuahmmanrSanaWmnmiNkTaeae.anmnmbaippekIbeennurrryiiannha---i
ybIhdbaieinlaamrgdmhkgpuaauakatrliaaipksnkaewaobndaprebakaklatudhuhnmuaasterbitielnekeameinph-gap1hgA3saaeiktZdnhluaiyhlaalhamatdiirjbjiahmbahmoa.iaelsteiaetnhu---

2

Buku Kecil PANDUAN HARI RAYA AIDIL ADHA

Berdasarkan kepada hadis (terjemahan)
yang diriwayatkan oleh Abu Daud daripa-

da Anas r.a, yang bermaksud:

“Rasulullah SAW datang ke
Madinah, sedangkan mereka
sedang sibuk bergembira selama dua
hari. Maka Rasulullah SAW bertanya:
Hari apakah yang dua hari ini? Mere-
ka menjawab: Kami biasa bergembira
selama dua hari pada zaman jahiliah:
Kemudian Rasulullah bersabda: “Ses-
ungguhnya Allah SWT telah menggan-
tikannya dengan hari yang lebih baik
daripada dua hari itu bagi kamu iaitu

Aidilfitri dan Aidil Adha.”

Imam Abu Daud dan an-Nasai daripada Anas

3

Buku Kecil PANDUAN HARI RAYA AIDIL ADHA

ZAmuallahn1i0jjAawhal

123

Tidak memo- Perbanyakkan Perbanyakkan
tong kuku Amalan Zikir
& bulu bagi Soleh

mereka yang
ingin melak-
sanakan Kor-

ban

456

Perbanyakkan Puasa Sunat Melakukan
Takbir, Tahlil & Hari Arafah Ibadah
Korban
Tahmid

Untuk bacaan lanjut tentang fadilat dan kelebihan 10 hari awal Zulhijjah,
sila muattutun secara percuma buku-e keluaran ABIM Press berjudul
“Fadilat 10 Hari Terawal Zulhijjah” karya Shaykh Yusuf al-Qaradawi (diter-

jemah oleh Ustaz Shafiq Ismail at-Tauhidi).
Muatturun di http://bit.do/awalzulhijjah

4

Buku Kecil PANDUAN HARI RAYA AIDIL ADHA

HaDroiaApadraafah

9 Zulhijjah 1442H/19 Julai 2021

Amalan terbaik pada hari wukuf di Arafah adalah berdoa
kepada Allah SWT. Ia merupakan waktu berdoa yang pal-
ing mustajab dan yang paling dekat untuk dimakbulkan. Ini
diriwayatkan dalam beberapa hadis sahih, antaranya ialah:
“Sebaik-baik doa adalah doa di hari Arafah, dan se-
baik-baik zikir yang aku ucapkan dan juga diucapkan

para nabi sebelumku adalah,

“Tidak ada yang berhak disembah se-
lain Allah yang satu, tidak ada seku-
tu bagi-Nya, milik-Nya kekuasaan dan
milik-Nya segala pujian, dan Dia Maha

Berkuasa atas segala sesuatu.”
Hadis diriwayatkan oleh Al-Tirmizi

5

Buku Kecil PANDUAN HARI RAYA AIDIL ADHA

MPeerknayraa-pmerkbauratsuAnaidt il Adha

Mandi Sunat Memakai Paka- Merapatkan Hubu-
Aidil Adha ian yang Terbaik ngan Silaturahim

Banyakkan Takbir, Menghidupkan Makan selepas Solat
Tahmid dan Tahlil Malam Raya dengan Sunat Aidil Adha

Ibadah

Saling Mendoakan Tidak Berpuasa di Melakukan Banyak
antara satu sama lain
Hari Tasyrik Amalan Sedekah

6

Buku Kecil PANDUAN HARI RAYA AIDIL ADHA

AidMainldAiSudnaht a

Pada pagi Hari Raya Aidil Adha, adalah disunatkan
kepada kita untuk mandi sunat hari raya sebelum

menunaikan Solat Sunat Hari Raya.

Lafaz Niat Mandi Sunat

Nawaitu Ghusla Li ‘idil Adha Sunnatan Lillahi Taala
Maksudnya: Sahaja aku mandi sunat Hari Raya Aidil

Adha Kerana Allah Taala

Sunat mandi ini adalah berdasarkan amalan sahabat
di mana Imam Malik meriwayatkan dari Nafi’ yang

“ menceritakan;
Sesungguhnya Ibnu Umar r.a.
mandi pada hari raya fitrah
sebelum keluar pada pagi hari raya”.

Riwayat Imam Malik; al-Muwatta’. Menurut Imam Nawawi; atsar

7

Buku Kecil PANDUAN HARI RAYA AIDIL ADHA

Lafaz Takbir Hari Raya

Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar

Tidak ada Tuhan melainkan Allah dan Allah Maha Besar
Allah Maha Besar dan bagi Allah segala puji-pujian Dan Subhanallah (Maha

Suci Allah) pagi dan petang
Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar

Tidak ada Tuhan melainkan Allah, Kami tidak menyembah kecuali kepada-Nya, Den-
gan ikhlas untuk Agama (Islam), Walaupun dibenci oleh golongan kafir

Tidak ada Tuhan melainkan Allah yang Esa, Yang benar janji-Nya, Dan yang me-
nolong hamba-Nya, Dan yang memuliakan tentera-tentera-Nya (tentera Muslimin),

Dengan mengalahkan tentera Ahzab dengan keesaan-Nya
Tidak ada Tuhan melainkan Allah dan Allah Maha Besar, Allah Maha Besar dan bagi

Allah segala puji-pujian

Tidak ada Tuhan melainkan Allah dan Allah Maha Besar
Allah Maha Besar dan bagi Allah segala puji-pujian Dan Subhanallah (Maha

Suci Allah) pagi dan petang
Takbir raya “mursal/mutlaq” Aidil Adha dilakukan selepas terbenam matahari

malam hari raya sehingga Imam mengangkat takbiratul Ihram ketika solat raya.
Manakala “takbir muqayyad” (yang mengiringi solat/takbir raya selepas solat) pada
Aidil Adha dilakukan bermula Subuh hari Arafah sehingga Asar hari tashriq terakhir.

8

Buku Kecil PANDUAN HARI RAYA AIDIL ADHA

Info Solat Sunat & Khutbah

Hari Raya Aidil Adha

Hukum

1. Hukumnya adalah Sunat Muakkad
2. Hal ini kerana Rasulullah Sollalahu 'Alaihi wa Sallam

tidak pernah meninggalkannya.
3. Para sahabat Radhiyallahu ‘Anhum juga melaksan-

akannya selepas kewafatan baginda.
4. Ia dituntut secara berjemaah

Waktu

1. Waktunya bermula dari terbitnya matahari
sehingga tergelincirnya matahari.

2. Waktu afdhal ialah ketika matahari naik seka-
dar tinggi segalah.

Khutbah

1. Sunat disampaikan 2 khutbah setelah selesai Solat
Sunat Hari Raya.

2. Jika disampaikan khutbah sebelum solat, maka ian-
ya tidak diambil kira.

3. Semua rukun dua Khutbah Jumaat dan sunat-su-
natnya adalah terpakai kepada khutbah Solat Sunat
Hari Raya

4. Khutbah pertama, sunat dimulakan dengan 9 kali
takbir dan khutbah kedua dengan 7 kali takbir.

9

Buku Kecil PANDUAN HARI RAYA AIDIL ADHA

Kaifiat/Tatacara Solat

Lafaz Niat (makmum)

Usolli sunnatan ‘idil adha rak’ataini makmuman lillah ta’ala
Maksudnya: Sahaja aku solat Sunat Aidil Adha dua
raka’at mengikut imam kerana Allah ta’ala

Lafaz Niat (imam)

Usolli sunnatan ‘idil adha rak’ataini imaamam lillah ta’ala
Maksudnya: Sahaja aku solat Sunat Aidil Adha dua
raka’at sebagai imam kerana Allah ta’ala

10

Buku Kecil PANDUAN HARI RAYA AIDIL ADHA

Rakaat Pertama

1. Dimulakan dengan takbiratul ihram.
2. Membaca doa iftitah.
3. Bertakbir sebanyak 7 kali.
4. Ketujuh-tujuh takbir ini dipisahkan antara

satu sama lain.
5. Disunatkan membaca tasbih antara tak-

bir-takbir tersebut. (7x takbir, 6x tasbih)
6. Lafaz tasbih:

SubhanAllah Walhamdu-lillah Wa-La Ilaha Ilallahu
Wallahu Akbar

7. Membaca isti’azah (A`udhu billahi min

ash-shaytan ar-rajim)

8. Seterusnya membaca surah al-Fatihah.
9. Diikuti dengan membaca mana-mana su-

rah dalam al-Quran.
10. Dilanjutkan dengan Rukuk, Iktidal, Sujud,

duduk antara dua sujud, sujud dan bang-
kit semula untuk rakaat kedua.

11

Buku Kecil PANDUAN HARI RAYA AIDIL ADHA

Rakaat Kedua

1. Bertakbir sebanyak 5 kali iaitu tidak ter-
masuk lafaz takbir ketika bangun rakaat
pertama.

2. Kelima-lima takbir itu dipisahkan diantara
satu sama lain.

3. Disunatkan membaca tasbih diantara tak-
bir-takbir tersebut. (5x takbir, 4x tasbih)

4. Lafaz tasbih:

SubhanAllah Walhamdu-lillah Wa-La Ilaha Ilallahu
Wallahu Akbar

5. Membaca isti’azah (A`udhu billahi min

ash-shaytan ar-rajim)

6. Seterusnya membaca surah al-Fatihah.
7. Diikuti dengan membaca mana-mana su-

rah dalam al-Quran.
8. Dilanjutkan dengan Rukuk, Iktidal, Sujud,

duduk antara dua sujud, sujud, duduk ta-
hiyat akhir, membaca tahiyat, selawat ke
atas Nabi dan memberi salam.
9. Disusuli dengan dua khutbah.

12

Buku Kecil PANDUAN HARI RAYA AIDIL ADHA

KhTeukstbah Hari Raya
Disediakan oleh: JAWI
“Manifestasi Pengorbanan”

13

Buku Kecil PANDUAN HARI RAYA AIDIL ADHA
Marilah bersama-sama kita meraih keberkatan pagi Aidil Adha ini
dengan menghayati khutbah yang bertajuk : “Manifestasi Pengorbanan”.

Hamba-Hamba Allah yang budiman,
Alhamdulillah, sekali lagi Aidiladha dapat kita sambut meskipun dalam suasana yang
begitu sederhana. Masih ramai dari kalangan kita mampu menyempurnakan ibadah
korban pada tahun ini. Namun, tidak kurang pula yang tidak mampu melaksanakan-
nya lantaran kesempitan hidup yang dihadapi pada waktu ini. Hakikatnya, Hari raya
Korban tahun ini benar- benar mengajar kita erti pengorbanan.
Aidiladha mengajar umat Islam erti pengorbanan yang begitu besar tuntutannya di
sisi agama. Hari raya korban ini pastinya mengembalikan ingatan kita kepada pen-
gorbanan Nabi Ibrahim AS yang sanggup meninggalkan isteri dan anak kecilnya di
Mekah semata-mata kerana mentaati perintah Allah SWT. Setelah dipertemukan,
baginda diuji pula dengan perintah mengorbankan anak kesayangannya, Nabi Ismail
AS dan baginda berjaya melaksanakannya.
Demikian juga Rasulullah SAW dan para sahabat baginda yang telah mengorbankan
nyawa dan harta sehingga sanggup berhijrah ke Madinah semata-mata kerana Allah.
Kaum Ansar pula ikhlas mengorbankan apa yang mereka miliki demi membantu
kaum Muhajirin yang memerlukan, meskipun mereka juga dalam kesusahan. Mereka
berkorban tanpa mengharapkan imbalan demi membuktikan iman dan mengharap-
kan keredaan Allah SWT sebagaimana firman Allah SWT di dalam Surah al- Hasyr
ayat 9:

14

Buku Kecil PANDUAN HARI RAYA AIDIL ADHA
Bermaksud: “Dan orang-orang (Ansar) yang mendiami negeri (Madinah) serta beriman sebelum mereka,
mengasihi orang-orang yang berhijrah ke negeri mereka, dan tidak ada pula dalam hati mereka perasaan
berhajatkan apa yang telah diberi kepada orang-orang yang berhijrah itu; dan mereka juga mengutama-
kan orang-orang yang berhijrah itu lebih daripada diri mereka sendiri, sekalipun mereka dalam keadaan
kekurangan dan amat berhajat. Dan (ingatlah), sesiapa yang menjaga serta memelihara dirinya daripada
dipengaruhi oleh tabiat bakhilnya, maka merekalah orang- orang yang berjaya.”

Muslimin Muslimat yang berbahagia,
Bersama ibadah sembelihan korban yang dilaksanakan, kita juga turut dianjurkan
untuk memberikan pengorbanan-pengorbanan lain yang sangat besar tuntutannya
di waktu ini. Berkorbanlah dengan tabah menghadapi kesempitan dan kepayahan
hidup yang menekan jiwa. Berkorbanlah dengan terus berusaha mencari sumber pen-
dapatan yang halal meskipun terpaksa mengharungi pelbagai cabaran dan rintangan.
Berkorbanlah dengan apa yang masih kita miliki untuk menghulur bantuan kepada
kaum keluarga, jiran tetangga dan sesiapa juga yang keputusan bekalan keperluan
asas demi meneruskan kelangsungan hidup.
Berkorbanlah dengan sabar mengawal perasaan yang inginkan kebebasan keluar
demi mematuhi arahan PKP dan PKPD serta SOP yang ditetapkan kerajaan bagi
mencapai matlamat membebaskan negara dari wabak COVID-19. Berkorbanlah
dengan kepatuhan menjalani program vaksinisasi yang telah dijadualkan untuk men-
jayakan usaha kerajaan mencegah pendemik ini dari terus menyelubungi hidup kita.
Ini semua adalah pengorbanan besar yang sedang kita lakukan. Maka bersabarlah,
kerana apa sedang kita lakukan ini adalah jihad yang dijanjikan ganjaran pahala sya-
hid. Imam al-Bukhari meriwayatkan bahawa Sayidatina Aisyah Radiyallahu ‘anha
pernah bertanya kepada Rasulullah SAW tentang wabak taun, lalu baginda men-
jelaskan:

15

Buku Kecil PANDUAN HARI RAYA AIDIL ADHA
Bermaksud; “Sesungguhnya ia adalah azab yang Allah utuskan kepada sesiapa yang Dia mahu, namun
Allah menjadikannnya sebagai rahmat untuk orang beriman. Tiada seorang hamba yang ditimpa wabak
taun lalu dia kekal tinggal di negerinya dengan bersabar, sedar betapa tiada yang menimpanya selain keteta-
pan Allah untuknya, melainkan pasti dia diganjari pahala syahid.”
Rasulullah SAW menyebut bahawa bersama musibah ini ada rahmat buat kita. Lihat-
lah perubahan gaya hidup kita yang lebih berdisiplin, berhemah mengurus kewangan
dan patuh kepada pemerintah demi mencapai kemenangan. Bahkan, musibah ini juga
menyuburkan naluri insani kita untuk lebih prihatin terhadap insan-insan lain yang me-
merlukan dengan memberikan kerjasama, sokongan dan menyampaikan bantuan.

Muslimin muslimat yang berbahagia,
Mengakhiri bicara khatib, dititipkan beberapa kesimpulan sebagai pedoman buat kita
semua, antaranya:
Pertama: Allah SWT menuntut kaum muslimin berkorban bagi membuktikan ketulu-
san iman dengan berpandukan paparan ibrah daripada al-Quran.
Kedua: Aidiladha adalah perayaan yang membangkitkan seruan berkorban yang per-
lu dimanifestikan dengan maksud pengorbanan yang lebih luas.
Ketiga: Bersabarlah dalam merealisasikan pengorbanan kerana di sinilah nilai sebe-
nar kejayaan insan beriman.
Firman Allah dalam surah al-Jin, ayat 16:

Maksudnya : “Dan bahawa sesungguhnya! Kalaulah mereka beristiqamah di atas jalan (Islam),
sudah tentu Kami (akan memberikan mereka sebab-sebab kesejahteraan) juga menurunkan hujan lebat
kepada mereka.”

16

Buku Kecil PANDUAN HARI RAYA AIDIL ADHA

17

Buku Kecil PANDUAN HARI RAYA AIDIL ADHA

18

Buku Kecil PANDUAN HARI RAYA AIDIL ADHA

19

Buku Kecil PANDUAN HARI RAYA AIDIL ADHA

QurbIbaadnah

Istilah

Qurban bermaksud hampir.

Dari segi istilah bermaksud menyembelih binatang tertentu
pada Hari Raya Aidiladha dan hari tasyrik, iaitu 11, 12 dan
13 Zulhijjah dengan tujuan untuk beribadat atau meng-

“hampirkan diri kepada Allah SWT.
“Tidak ada amalan yang dilakukan oleh
anak adam pada hari al-Nahr (Raya Aid-
iladha) yang lebih dicintai oleh Allah selain
daripada menumpahkan darah (binatang korban).
Sesungguhnya ia akan datang pada hari Kiamat
dengan tanduknya, bulunya dan kukunya dan ses-
ungguhnya darah tersebut akan sampai kepada
redha Allah SWT sebelum ia jatuh ke bumi. Maka,
bersihkanlah jiwa kamu (dengan berkorban).”
Riwayat al-Tirmizi

Hukum

Hukum melakukan ibadah Qurban adalah sunat muakkad.

Sunat muakkad bermaksud ia adalah ibadah yang sangat
dituntut ke atas umat Islam yang berkemampuan tetapi dihu-
kumkan wajib apabila bernazar.

20

Buku Kecil PANDUAN HARI RAYA AIDIL ADHA

Syarat Sah Sembelihan

Syarat Tukang Sembelih Haiwan

Syarat bagi tukang sembelih adalah seperti berikut:
1. Islam atau ahli kitab.
2. Ahli kitab atau salah seorang datuk neneknya men-

jadi ahli kitab sebelum berlakunya penyelewengan
terhadap kitab tersebut.
3. Sembelihan hanya diniatkan kerana Allah SWT atau
dengan nama Allah SWT.
4. Pisau atau alat sembelih mestilah tajam dan diper-
buat daripada besi, tembaga, timah, kaca, batu
dan yang seumpamanya.
5. Tidak menggunakan gigi, tulang ataupun kuku se-
bagai alat sembelihan.

Syarat Semasa Menyembelih Haiwan

1. Haiwan yang disembelih mempunyai hayah musta-
qirrarah, iaitu tidak mati disebabkan sakit atau cede-
ra, dan ia menggeletar sebelum mati selepas disem-
belih (keadaan nyawa-nyawa ikan)

2. Putus halkum dan urat merih.
3. Memotong sekali gus dengan cepat.
4. Sekiranya binatang yang disembelih itu mempunyai

anak di dalam perutnya, maka halal dimakan dag-
ing anak binatang tersebut dengan syarat anak itu
mati dengan kematian ibunya.

21

Buku Kecil PANDUAN HARI RAYA AIDIL ADHA

Amalan Pencegahan COVID-19
Semasa Hari Raya Aidil Adha

Amalkan

Bertakbir Hari Raya di Melakukan Solat Sunat Melakukan Ibadah
Rumah sendiri sahaja Aidil Adha berjemaah Qurban dengan SOP

bersama keluarga yang ditetapkan

Elakkan

Menziarahi Rumah Menziarahi Tanah Melakukan Sentuhan
Orang lain Perkuburan tanpa Fizikal tanpa mematuhi
SOP yang ditetapkan
RUJUKAN kebenaran SOP

1. Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)
2. Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI)
3. Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS)
4. Yusuf al- Qaradawi, Fadl al-‘Ishr al-Awa’il min Dhi al-Hijjah
5. Galeri Ilmu (galeriilmu.com.my)
6. AkuIslam

22









8 Komponen Mobilisasi ABIM

Membantu Kelangsungan Hidup Rakyat
dalam Mendepani Krisis Bertimpa

1 Bantuan lapangan untuk bahan makanan dan keperluan
barangan asas (seluruh negara/ agensi kemanusiaan ABIM/
kepada rakyat terjejas dan pelarian pencari suaka)

2 Bantuan sokongan pendidikan (peranti pembelajaran/ data
insentif/ kelas online/ ruang dan fasiliti untuk belajar)

3 Kempen kesedaran dan pendidikan awam (tentang pen-
4 jagaan kesihatan, pengawasan kendiri daripada jangkitan,
maklumat imunisasi dan nasihat pematuhan SOP, buku kecil
dan infografik / media kreatif, rancangan dan program online)
Sokongan psikososial dan kesihatan mental (Helwa ABIM,
Rahmah Support Team, Talian Rahmah, Bantuan guaman)

5 Sokongan latihan untuk upskiling, reskiling dan pelan anjakan
6 kerjaya (latihan-latihan kemahiran baharu khasnya berkaitan
7 ekonomi digital/ bantuan pijnjaman kecil tanpa faedah)
Sokongan kepada petugas barisan hadapan dan petugas
kesihatan (sokongan moral/ bantuan peralatan untuk fasiliti
kesihatan hospital)
Kerjasama pintar dan inisiatif urun dana bersama (projek
Bangsa Malaysia, solidarity fund, FGIS etc)

8 Advokasi dan Usaha Pelobian (pendirian sikap dan ken-
yataan media, penetrasi di media arus perdana, kumpulan
pendesak, pelobian strstegik)

GERAKAN ILMU & BAKTI


Click to View FlipBook Version