The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), 2021-08-18 10:20:36

[Buku Kecil] Hari Asyura 10 Muharram

[Buku Kecil] Hari Asyura 10 Muharram

Keywords: asyura,muharram,abim,jakim,Islam

Hari AsyuraBUKU KECIL
10 Muharram

(merangkumi fadilat puasa Muharram

Hari Asyura&BgukauKlaecikl an berpuasa Asyura)

Buku Kecil Hari Asyura

Hari Asyura

Ini disebabkan hari Asyura ada-

3 lah hari yang kesepuluh di da-
lam kalendar Islam iaitu pada
10 Muharram.

2 Asyura berasal Mengikut masyar-
daripada per-
kataan Arab as- 4 akat Islam, hari
yara yang ber- Asyura telah men-
maksud sepuluh. yaksikan banyak
sejarah besar dan
1 Hari Asyura keajaiban berlaku
merupakan salah ke atas para nabi.
satu hari yang 5
diraikan oleh
umat Islam. Disebabkan itu, masyar-
akat Islam menghormati
hari tersebut seperti juga
yang diamalkan oleh Nabi
Muhammad s.a.w.

2

Buku Kecil Hari Asyura

Kelebihan Bulan
Muharram

Di antara kelebihan bulan ini seperti yang dinyatakan di da-
lam al-Quran adalah berdasarkan firman Allah S.W.T yang
berikut:

Maksudnya: Sesungguhnya bilangan bulan di sisi Allah S.W.T
adalah sebanyak dua belas bulan sebagaimana yang terdapat di
dalam kitabullah (Lauh al-Mahfuz) pada hari diciptakan langit-lan-
git dan juga bumi. Di antaranya (bulan-bulan tersebut) adalah em-
pat bulan haram. Demikian itulah agama yang lurus maka jangan-
lah kalian menzalimi diri kalian di dalam bulan-bulan tersebut.
Surah al-Taubah (36)
Rasulullah S.A.W telahpun memberikan penjelasan berke-
naan dengan empat bulan haram tersebut dengan sabda
baginda:

Maksudnya: Dalam setahun itu ada dua belas bulan dan di an-
taranya adalah empat bulan haram. Tiga bulan yang berturut-turut
iaitu Zulkaedah, Zulhijjah, dan Muharram serta bulan Rejab yang

berada di antara Jamadil Akhir dan juga Syaaban.
Riwayat al-Bukhari (184)

3

Buku Kecil Hari Asyura

81

Bercelak

Puasa Sunat 2
Asyura

Menjamu dPAidslaesuikryhnkuuaaakrrrtaaian Sembahyang
sunat empat
7 orang
berbuka rakaat
puasa
Mandi Sunat Menahan 3
marah

6 Bersedekah Memuliakan
fakir miskin
54

4

Buku Kecil Hari Asyura

Galakan Berpuasa
Bulan Muharram

Di antara amalan soleh yang sangat digalakkan untuk umat
Islam lakukan pada bulan Muharram adalah dengan mem-
perbanyakkan berpuasa sunat. Ini dapat dilihat berdasar-
kan sebuah riwayat daripada Abu Hurairah R.A beliau ber-
kata bahawa Rasulullah S.A.W bersabda:

Maksudnya: Seafdhal-afdhal puasa setelah bulan Ramadhan
adalah berpuasa pada bulan Allah al-Muharram dan sesungguh-
nya solat yang paling afdhal setelah solat fardhu adalah solat
malam (Qiyamullail).
Riwayat Abu Daud
Demikian juga terdapat sebuah hadis yang menceritakan
berkenaan seorang lelaki telah bertanya kepada Rasulullah
S.A.W tentang bulan apakah yang Rasulullah perintahkan
untuk dirinya berpuasa setelah bulan Ramadhan? Maka
jawab baginda S.A.W:

Maksudnya: Sekiranya kamu hendak berpuasa setelah bulan
Ramadhan maka berpuasalah kamu pada bulan al-Muharram
kerana sesungguhnya ia adalah bulan Allah.
Riwayat al-Tirmizi

5

Buku Kecil Hari Asyura

Galakan Berpuasa
Hari ‘Asyura

Walaupun berpuasa pada sepanjang bulan Muharram
adalah digalakkan, akan tetapi terdapat nas khusus yang
menceritakan berkenaan kelebihan berpuasa pada 10
Muharram iaitu hari ‘asyura. Ini adalah berdasarkan be-
berapa riwayat berikut:
Antaranya adalah sebuah riwayat daripada Abu Qatadah
R.A. bahawasanya Rasulullah S.A.W bersabda:

Maksudnya: Berpuasa pada hari ‘Asyura sesungguhnya aku
mengharapkan kepada Allah supaya ia dapat menghapuskan
dosa-dosa setahun sebelumnya.

Riwayat Ibn Majah

6

Buku Kecil Hari Asyura

Pendapat Para Fuqaha

Berikut dinyatakan beberapa pendapat para
fuqaha berkenaan isu mengikuti puasa hari
‘Asyura dengan berpuasa sehari ataupun sele-
pasnya. Sebahagian para ulama mengatakan
bahawa cara mengerjakan puasa ‘Asyura itu
ada tiga keadaan seperti berikut:
• Berpuasa sehari sebelumnya atau sehari

selepasnya.
• Berpuasa padanya (10 Muharram) secara

tunggal.
• Berpuasa sehari dan selepasnya.
Manakala cara terbaik serta paling lengkap un-
tuk melakukannya adalah sebagaimana turu-
tan yang disebutkan oleh Imam Ibn Qayyim
al-Jauziyyah di dalam kitabnya Zaad al-Ma’ad
(2/72) dengan cara seperti berikut:
• Berpuasa pada hari sebelumnya dan juga

hari selepasnya.
• Berpuasa pada 9 dan 10 Muharram sahaja.
• Berpuasa pada 10 Muharram sahaja.

7

Buku Kecil Hari Asyura

Cara Dan Lafaz Niat
Puasa Sunat Tasu’a & Asyura

Lafaz Niat Puasa Sunat Tasu’a

Nawaitu Sauma Tasu’a Sunnatal Lillahita’ala
Lafaz Niat: “Sahaja Aku Puasa Sunat Hari Tasu’a Esok Hari
Kerana Allah Ta’ala”
Tarikh Hari Tasu’a Di Malaysia
9 Muharram 1443H / 18 Ogos 2021 (Rabu)

Lafaz Niat Puasa Sunat Asyura

Nawaitu Sauma Asyura Sunnatal Lillahita’ala
Lafaz Niat: “Sahaja Aku Puasa Sunat Hari Asyura Esok Hari
Kerana Allah Ta’ala”
Tarikh Hari Asyura Di Malaysia
10 Muharram 1443H / 19 Ogos 2021 (Khamis)

RUJUKAN
1. Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan - muftiwp.gov.my
2. My Sumber - www.mysumber.com
3. Majlis Agama Islam Negeri Selangor - www.mais.gov.my/

8

Laman Web ABIMBuku Kecil Hari Asyura
Berwajah Baru!

9

Buku Kecil Hari Asyura

Layari Laman Bio ABIM:

https://abim.contactin.bio

10


Click to View FlipBook Version