The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

[BUKU KECIL KHAS] Legasi Perjuangan Separuh Abad ABIM

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), 2021-08-02 00:13:52

[BUKU KECIL KHAS] Legasi Perjuangan Separuh Abad ABIM

[BUKU KECIL KHAS] Legasi Perjuangan Separuh Abad ABIM

Keywords: Legasi Perjuangan,ABIM,Razali Nawawi,Siddiq Fadzil,Belia Islam,NGO Islam

BUKU KECIL KHAS

LEGASI PERJUANGAN:

PENGKISAHAN SEPARUH ABAD ABIM

Shaykh Dr. Razali Nawawi & Prof. Dato’ Dr. Siddiq Fadzil

LOGO JUBLI EMAS SEPARUH ABAD ABIM

1Logo ini direka dengan konsep berbasis tipografi, dengan
kombinasi beberapa identiti ABIM yang disesuaikan den-
gan hasrat-semangat jubli emas. Secara umum, logo ini
mengkombinasikan beberapa maklumat yang dapat memberi-
kan gambaran kepada audien tentang maksud di sebalik logo.
Ia adalah kombinasi perspektif minimalis dan maksimalis.

2Angka 50 melambangkan ulang tahun ke-50 ABIM (1971-
2021). Dalam pengungkapan lain, 50 tahun juga diertikan
sebagai lima dekad dan separuh abad/ setengah abad.
Tema sambutan Ulang Tahun ke-50 “Separuh Abad ABIM:
Gerakan Ilmu dan Bakti” dimasukkan dalam logo.

2

3Wgealarnpa‘faosreasl tlboigoomaed’ ayalanhgwkaermnaudfiiraunsnyadisepuh den-
gan warna emas metalik. Logo ABIM juga dimasukkan
sebagai salah satu komposisi logo, dengan warna sepuhan
emas metalik. Kombinasi dua warna ini adalah perlamban-
gan kemegahan, kematangan, keinsafan, kebersamaan,
kesungguhan, dan kelestarian. Dalam erti kata lain, walau
semegah mana gerakan ini (kulit: berwarna emas), terasnya
tetap perjuangan yang hakiki (isi: warna firus gelap).

4Angka 50 yang merupakan kombinasi angka 5 dan
angka 0 disusun dalam jajaran pepenjuru, yang mel-
ambangkan kesinabungan dan perubahan dalam ba-
bak perjuangan ABIM dengan perlambangan bahawa usia
separuh abad disyukuri dengan penuh keinsafan: Pencapa-
iannya diinsafi sebagai anugerah Allah Taala buat umat dan
kemanusiaan sejagat; kekhilafannya disedari dan proses
pembelajaran dan penambahbaikan terus dilaksana; ke-
megahannya dirasakan dalam nyalarasa kebertanggunga-
jawaban atas taklifan; dan kelanjutan perjuangan terus diren-
cana secara strategik dalam nuansa prospes masa depan
yang mencabar.

5Dominasi bentuk lingkaran dalam logo khasnya pada
angka 5 dan angka 0, dengan kesengajaan bertindih
dua angka secara pepenjuru adalah simbol keutuhan
idealisme perjuangan ABIM yang diterjemah dalam bentuk
tindakan strategik berimpak. Ia juga adalah simbol ‘kos-
mopolitan’ yang meraikan sintesis, penghormatan kepada
tradisi, progresif dan berkemajuan dalam penalaran, serta
fleksibiliti dan keluwesan dalam rekayasa berprinsip, yang
menjadi citra gerakan Islam ABIM.

3

Buku Kecil Khas
“Legasi Perjuangan:
Pengkisahan Separuh
Abad ABIM” ini adalah wawancara
bersama dengan Shaykh Dr Razali
Nawawi dan Prof Dato Dr Siddiq Fadzil yang
telah diterbitkan dalam Risalah Bil. 1 (Jan-Feb 2021).

Sempena Muktamar Sanawi ke-49 Angkatan
Belia Islam Malaysia (ABIM) pada 24hb hingga 26hb Dis-
ember 2020 yang lalu, telah berlangsung suatu wawancara
eksklusif “Wacana Pengkisahan: Legasi Perjuangan Separuh
Abad ABIM” bersama dua orang tokoh gerakan Islam di Malaysia
yang sangat dihormati dan disegani, Shaykh Dr. Razali Nawawi
dan Prof. Dato’ Dr. Siddiq Fadzil.
Ikuti wawancara eksklusif yang diteraju oleh Setiausaha Agung
ABIM, Fazril Saleh yang juga merupakan ketua editor RISALAH
ABIM.

4

FAZRIL:
Dalam erti kata mengi-
si separuh abad ABIM yang
merupakan gerakan Islam yang mem-
beri makna dalam konteks kehidupan masyarakat
Islam di Malaysia dan juga di rantau ini, adalah baik bagi kita
sama-sama membahaskan dan mendengar akan ḥikmah dari-
pada dua orang tokoh yang kita ‘tua’kan, dua orang tokoh yang
berjuang sedari zaman muda. Mereka sentiasa menginspirasikan,
dan harapan kami agar sesi ini menjadi suatu medan menyam-
paikan atau mentransmisi idea dan aspirasi juga prestasi yang
telah dilangsung sebelumnya.

Bersama dengan kita, diucapkan terima kasih kepada dua orang
ayahanda kita, Yang Berbahagia al-Fadil Shaykh Dr. Razali Nawa-
wi, Presiden ABIM yang pertama, dan Yang Berbahagia Ayahanda
Prof Dato Dr. Siddiq Fadzil, Presiden ABIM yang ketiga.

Bagi wacana kali ini, kita akan mendengarkan ḥikmah dan juga
pesan-pesan daripada Ayahanda kita berdua ini. Pastinya masa
yang kita punyai tidak begitu panjang, tetapi sekadar apa yang diil-
hamkan, apa yang terfikirkan, itulah yang akan kami ambil sebagai
bekalan kami bagi melanjutkan perjuangan.

Dan wacana petang ini judulnya “Legasi Perjuangan”. Pasti zaman
berganti zaman, generasi berganti generasi. Kita punya caba-
ran-cabaran yang tersendiri. Dan untuk 50 tahun ke depan ini,
bagaimana dibekalkan kepada kami akan pesan-pesan perjuan-
gan itu agar perjuangan dakwah yang dirintis selama ini – pastinya
bukan permulaan, maksudnya generasi ayah-ayah kita ini bukan
yang memulakan, mereka mereka juga meneruskan perjuangan

5

itu – tetapi
dalam konteks kita,
ke depan, apa yang lebih
utama adalah jalan perjuangan yang
telah dilalui ini terus terlestari, terus dipanjang-
kan, terus disambut oleh generasi yang kemudian.

Dengan ini, saya tanpa melengahkan masa lagi, menjemput dan
mempersilakan Ayahanda Shaykh Dr. Razali Nawawi bagi mem-
ulakan wacana pada petang ini. Dengan segala takzimnya kita
persilakan.

SHAYKH DR. RAZALI NAWAWI:

Bersama kita pada hari ini, bersama saya pada petang ini, yang
saya kasihi dan saya sayangi, Prof. Dr. Siddiq Fadzil. Dan ber-
sama kita, Saudara Setiausaha
Agung ABIM.

ABIM akan menjangkau umur
50 tahun, Separuh Abad. Saya,
pada 17 April 2021 nanti, ha-
bislah umur saya selama 81
tahun. Maka berlalulah umur
saya selama 81 tahun itu. Saya
tidak tahu, berapa hari lagi, be-
rapa bulan lagi, berapa tahun
lagi yang masih ada saki baki
daripada kehidupan saya ini.

Peristiwa hidup saya banyak.

6

Tetapi
yang paling
saya ingati, yang paling
mengesankan kehidupan saya
ialah perjuangan semasa saya di En-
gland, dan perjuangan saya bersama teman-teman dalam wadah
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM).

Apabila saya pulang dari England pada 11 November 1971,
singgah sekejap di Kuala Lumpur sebelum balik ke Kelantan.
Saya ditemui oleh sahabat-sahabat termasuklah Saudara Anwar
Ibrāhim, Kamarudin Mohd Nor dan Syed Ibrāhim Abd Rahman.
Mereka memberitahu saya bahawa ABIM sudahpun ditubuhkan,
dan permohonan untuk pendaftaran ABIM sudah disampaikan
kepada pihak berkuasa. Hanya menunggu pengesahan.

Jadi sementara itu, apabila saya lapor diri sebagai pensyarah di
Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaaan Malaysia (UKM)
pada 16 Disember 1971, sementara itu, saya tanya kepada
Saudara Anwar Ibrāhim: “apakah kita nak tunggu ABIM dirasmi-
kan pendaftaran-
nya ataupun kita
nak bergerak
sekarang?”
Balik dari En-
gland, masih
panas lagi, ter-
himbau kegiatan
di England. Jadi
masa balik ke
Tanah Air, tera-
sa ghairah nak

7

bergerak.
Saya beritahu
kepada kawan-kawan
termasuklah Saudara Anwar
(untuk memulakan pergerakan dan kegia-
tan), tetapi kita bergerak bukan atas nama ABIM waktu itu kerana
belum dirasmikan.

Saya pergi ke Pulau Pinang jumpa kawan-kawan saya, Syukor
Nagor, waktu itu pendaftar mahkamah tinggi Pulau Pinang dan
Muhammad Abdullah (Dato), Majistret di Pulau Pinang. Jadi, mer-
eka mengaturkan sesi penerangan (tentang Islam) di Balik Pulau.
Saya ingat lagi, tidak dapat kebenaran pihak Polis. Jadi, saya naik
kenderaan Muhammad Abdullah, logonya majistret. Sampai Balik
Pulau, penuh dengan Polis, oleh sebab polis pakai pakaian biasa,
terpaksalah mereka ini salute kepada Majistret.

Apabila ABIM dirasmikan, tahun 1972. Kawan-kawan temui saya,
Anwar Ibrāhim, Sanusi Junid, dan beberapa orang lagi. Minta saya
jadi presiden.

Saya kata “why me?”, “kenapa ana?” ana bukan ada leadership
qualities. Saya tiada bakat jadi pemimpin. Anta lah Anwar jadi
Presiden, Sanusi kah jadi Presiden.

Anwar kata dia bersedia menjadi Setiausaha Agung, dan Sanusi
Junid bersedia menjadi Timbalan Preiden. Ana kata boleh, tapi
untuk beberapa ketika sahaja, sebagai permulaan.

Pada waktu itu, kita ini masih sangat muda. Anwar baharu 20-an,
baru tamat pengajian di universiti. Saya berumur 31 tahun. Wak-
tu itu kita tidak ada senior-senior dalam gerakan untuk kita rujuk.

8

Memang
ada senior-se-
nior dalam parti politik,
ada Asri Muda, ada Ustaz Bakar
Hamzah. Itu senior dalam parti politik,
parti politik yang bergerak atas landasan Islam. Kalau parti politik
atas landasan Melayu ada Tun Razak, Mahathir Mohamad, Musa
Hitam, dan lain-lain.
Tetapi dalam gerakan Islāmīc Movement dan NGO, yang bergerak
atas landasan Islam, kita tiada senior, tiada rujukan. Jadi pand-

9

ai-pandai
kita lah. Jadi
kerana pandai-pandai
kita, ana kata kita kena ada regu-
lar meeting.

Jadi bagaimana nak buat regular meeting? Kalau di London dulu,
setiap hari Sabtu petang ana anjurkan Usrah. Jadi kita buatlah de-
mikian di mana-mana supaya kita ada regular meeting. Waktu itu
ABIM belum diperakui pendaftaran lagi. Mahu tunggu ABIM regis-
ter lambat, ini dah bulan satu (Januari 1972), bila ABIM akan reg-
ister tidak diketahui secara pasti. Jadi kerana itu, kita buat regular
meeting itulah, yang kita kenal sebagai Usrah.

Jadi, Usrahnya dalam bulan Februari begitu, di No. 12 Jalan
Aman, PJ Lama (Petaling Jaya). Itulah bermulanya Usrah. Usrah
ini bermulanya sebelum lagi ABIM ditubuhkan (diperakui pendaft-
aran). Jadi regular meeting kita merupakan halaqah belajar. Di
situlah tempatnya di kita mengambil beberapa buah tafsir sebagai
rujukan. Anwar Ibrāhim pegang tafsir Yusuf Ali, ada yang pegang
tasir lain, yang tidak tahu bahasa Arab Bahasa dan Inggeris ambil
terjemahan Departmen Ugama sebagai rujukan. Waktu itulah kita
bincang beberapa perkara, termasuklah mempelajari al-Qur’ān,
membetulkan bacaan al-Qur’ān, membaca ḥadīth, rujukan kita
waktu itu Riyād al-Ṣāliḥīn, kita baca ḥadīth Ṣaḥiḥayn, tafsir Sayyid
Qutb dan beberapa kitab.

Buku-buku waktu itu, saya ingat oleh Allamah Muhammad Iqbal
The Reconstruction of Islāmīc Thought, The Principle of Islam dan
The Way of Life oleh Maududi. Buku-buku ini menjadi buku-buku
yang dibincang pada tahun awal, tahun 1972, sebelum ABIM ditu-
buhkan (menerima perakuan pendaftaran).

10

Berlakukah
secara regular, tiap-ti-
ap hari Rabu malam, solat
Maghrib, lepas solat (membaca zikir)
al-Ma’thurat. Ana ingat al-Ma’thurat yang ana bawa balik dari Lon-
don. al-Ma’thurat waktu itu belum diterjemahkan lagi ke dalam Ba-
hasa Melayu. Kita baca al-Ma’thurat, selepas habis al-Ma’thurat,
solat Isya’. Lepas Isya’ makan malam dan Usrah. Biasanya pukul
11:00 malam habis (sesi Usrah). Itu bermulanya Usrah.

Jadi dalam kehidupan saya dalam ABIM, paling saya ingati, Us-
rah, dan juga Tamrin. Tamrin waktu itu (diwujudkan) kerana waktu
itu kita mahu mendidik sahabat-sahabat kita di akar umbi. Nama
Tamrin al Kader, saya ingat Anwar lah yang tanya, “Ok, program
latihan ini nama apa?”. Semasa di Mesir, ana melanggan satu
majalah dipanggil Majalah Siyāsah. Majalah ini berkisar tentang
politik semasa di Asia Barat. Pihak yang menerbitkannya adalah
al-Ittiḥād al-Ishrāqī al-Misr, yang dikelola oleh Arab Socialist Union
di bawah kendalian rejim Gamal Abdul Nasser. Dalam majalah
itu ada ditulis istilah Tamrin al-Kawadir. Jadi, ana kata kita pun
gunalah Tamrīn al-Kawādir atau Tamrin al-Kader. Sebenarnya, ia
istilah yang digunakan oleh Arab Socialist Union.

Kemudian, Bapak Imaduddin Abdulrahim datang dari Indonesia.
Dia bawa ke sini LKD (Latihan Kader Dakwah). Pak Imaduddin
waktu itu merupakan pensyarah di ITK (Institut Teknologi Kebang-
saan). Jadi, apabila ABIM dirasmikan, maka program Usrah dan
program Tamrin disistematikkan, dijadikan program rasmi kita.

Program Usrah kita belajar, kita ambil iktibar daripada Rasūlullāh
ṣallAllāhu alayhi wasallam, di mana Rasūlullāh mendidik saha-

11

bat-sa-
habatnya dalam
ta‘alim ta‘allum dalam
Masjidnya (Masjid al-Nabawi).
Jadi, sahabat-sahabatnya mempelajari al-
Qur’ān, mempelajari ḥadīth, dan Rasūlullāh juga ikut serta dalam
majlis yang membincangkan tentang Sunnah dan ḥadīth-ḥadīth
Rasūlullāh. Bila Rasūllullah masuk (ke dalam majlis pengajian),
sahabat-sahabat pun berhenti. Rasūlullāh tanya “kenapa kalian
berhenti?”. Sahabat menjawab: “Ya Rasūlullāh! Kami mahu mem-
bincangkan tentang ḥadīth yang engkau beri kepada kami, jadi
apabila engkau ada di sini, kami pun jadi malu”. Rasūlullāh bers-
abda “…teruskan aku pun mahu mendengarnya”.

Usrah ini nadi ilmu kepada ABIM. Jadi di situlah, kerana ABIM ini
ada (ahli-ahlinya) aliran Agama, ada aliran English based educa-
tion, yang habis Universiti Malaya, Universiti Kebangsaan Malay-
sia baru bermula (ketika itu),
yang habis (tamat pengajian)
dari England, habis dari Mesir
dan sebagainya. Jadi berb-
agai-bagai latar belakang
pendidikan. Dalam Usrah kita
dapat gabungkan (ilmu, pen-
galaman dan perspektif) dari-
pada pelbagai latar belakang
pendidikan.

Saya dapat banyak ilmu-ilmu
moden daripada sahabat-sa-
habat lain. Konsep pluralisme,
kemasyarakatan, konsep

12

perkauman –
Anwar kemudiannya
menggunakan istilah “perkau-
man sempit”. Kepelbagaiaan agama,
kepelbagaian bahasa, itu perbincangan kita da-
lam Usrah. Bicara tentang pluraliti, keadilan, co-existence. Bukan
hanya bincang sekali, tetapi banyak kali (perbincangan) dengan
rujukan daripada tokoh-tokoh gerakan dunia.

Maka, usrah dikatakan nadi kepada ABIM yang kemudiannya
menjadi (norma), semua orang pakai, orang lain pun guna usrah,
persatuan artis pun guna usrah, usrah pelakon-pelakon. Usrah
tidak lagi menjadi hak milik ABIM, usrah jadi semua orang meng-
gunakannya. Bagi saya, itu suatu perkara yang amat penting bagi
Angkatan Belia Islam Malaysia.

Kemudiannya, adalah Tamrin. jadi tamrin ini kita najurkan di per-
ingkat Unit, Daerah, Negeri dan Zon. Tamrin peringkat Zon kita
bahagikan pula kepada Utara, Timur, Selatan, dan Tengah. Tiap-ti-
ap zon itu ada penyelaras Tamrin peringkat Zon. Kemudian, Tam-
rin peringkat Pusat. Kita ada Tamrin peringkat 1, peringkat 2 dan
peringkat 3.

Dalam Tamrin kita bicarakan konsep-konsep yang besar. Saya
ingat hasil daripada perbincangan kita, Dato’ Siddiq melahirkan
suatu agenda, Manhāj al-Maliziy. Kita ini tidak sama dengan orang
lain (Gerakan Islam lain), kita tidak sama dengan Ikhwan, kita tidak
sama dengan Jamaat Islāmī di Pakistan, kita tidak sama dengan
Gerakan-gerakan lain. Jadi, kita keluar dengan Manhāj al-Maliziy.

Waktu kita tubuhkan ABIM, ramai orang bertanya kepada saya

13

“mengapa tu-
buhkan ABIM?”. Waktu
itu NGO yang berasas kepa-
da Islam (hampir) tiada. Kalau adapun
Jam‘iyyah Dakwah Selangor. Itu pun kecil sahaaja. ditubuhkan
oleh Almarhum Tan Sri Syed Nasir. Tetapi yang adanya politik lah,
waktu itu PAS sudah ada. UMNO bukanlah parti politik yang bera-
saskan kepada Islam, (tetapi berasas) kepada Melayu. Pendeka-
tan PAS tidak sama dengan apa yang ABIM mahu bawa kepada
masyarakat.

Pendekatan kita (ABIM) bersifat terbuka. Kita ada dialog dengan
kaum-kaum lain. Ada interreligious dialogue, kita mendampingi
kelompok-kelompok lain. Sebab pendirian kita bahawa Islam mes-
ti diperkenalkan kepada masyarakat seluruhnya sebagai agama
untuk menyelamatkan semua orang, bukan sahaja untuk menye-
lamatkan orang berimān, lebih-lebih lagi mahu menyelamatkan
orang-orang yang belum berimān, orang yang belum Islam. Kita
tidak panggil (istilah) orang kafir, kita tidak panggil (istilah) orang
bukan Islam. Pendekatan kita, kita harus sentiasa berharap dan
berdoa kepada Allāh Taala agar Islam boleh diterima oleh semua
orang. Aktiviti kita bukan hanya menumpukan kepada orang Me-
layu-Islam sahaja. Sebab itu, kita tidak mengambil pendekatan
perkauman, walaupun kita memperjuangkan Agama (Islam),
Bahasa Melayu, (kepentingan) Melayu, namun pendekatan kita
terbuka.

Saya ketika berada dalam ABIM rasa sangat sesuai, dan sangat
selesa. dalam gelanggang ABIM ini, kita bertemu dan bergabung
dengan berbagai-bagai latar belakang pendidikan. Jadi, apabila
saya berkawan dengan Anwar Ibrāhim, Sanusi Junid dan lain-

14

lain lagi,
rasa inferiority
complex saya sebagai
seorang ustaz hilang, saya tidak
rasa rendah diri. Jadi, kita terasa bahawa
tidak ada lagi barrier, sekatan ustaz dengan bukan ustaz. Ini ada-
lah indimaj (Ar. integrasi), gabungan pelbagai latar belakang. Ini
yang menarik berada dalam ABIM. Latar belakang pelbagai boleh
bergabung dan membicarakan isu-isu agama dari perspektif realiti
yang kita hadapi. Ini keistimewaan yang ada dalam ABIM.

ABIM ini diterima oleh pelbagai kelompok. Kelompok yang dika-
takan kelompok sekular pun terima ABIM, kerana kita mampu
berbicara dengan kelompok sekular. Kita mampu. Kalau saya
sebagai seorang ustaz tak mampu berbicara dengan Syed Hussin
Ali yang mewakili golongan secular, umpamanya, Anwar Ibrāhim
boleh. Apabila Anwar Ibrāhim berbicara dengan golongan sekular,
saya ikut dalam (wacana) itu, saya memahami.

Lepasan pondok pensantren pun sertai ABIM, kerana selesa. Kita
ceramah di Masjid, orang terima. Orang kampung terima kita,
orang bandar terima kita, orang mengaji (belajar) di Timur Tengah,
orang mengaji (belajar) di Eropah terima kita.

Orang belum Islam pun terima kita, tidak menganggap ABIM se-
bagai racialist, atau racist, tidak menganggap kita sebagai fanatik.
Kerana kita mengambil pendekatan terbuka dan selesa dengan
semua orang. Yang tak selesa dengan kita ini, orang yang bim-
bang. Mereka bimbang kerana mereka tidak faham dengan per-
juangan ABIM. Maka, mereka bersikap bimbang dan takut.

Umpamanya lah, saya ambil contoh, apabila saya berceramah di

15

Sekolah
Rendah Balik
Pulau, hampir 80 peratus
(kehadiran) pegawai polis yang
hadir. Saya sebut di situ, bagaimana
orang Barat dahagakan agama. Bagaimana orang Barat sudah
tinggalkan Christianity, dan mahukan suatu agama yang boleh
memenuhi spiritual vacuum, kekosongan kerohanian. Saya sebut
di situ, tanggungngjawab orang Islam untuk mengisi kekosongan
yang sedang dialami oleh orang belum-Islam di Barat.

Sekarang ini pun, spiritual emptiness atau vacuum ini amat ketara,
dan peranan ABIM sekarang ini lebih besar daripada peranan
ABIM tahun 70-an. Tahun 70-an tiada senior, kita pandai-pandai
sendirilah. Sekarang adik-adik ada senior-senior, dan sudah mem-
punyai kemudahan-kemudahan yang banyak.

Kalau 70-an, sebelum ABIM ditubuhkan (diluluskan pendaftaran),
kita sudah sampai ke Balik Pulau, sudah sampai ke Manjung, ke
Sikamat, sampai ke Endau-Rompin. Jadi, kita pergi ke seluruh
pelusuk (negara). Hulu mana kita pergi semua, Ulu Ganu, Kuala
Berang, pergi semua, merata-mata pergi. Apa lagi lah selepas
ABIM itu ditubuhkan. Kita tidak menemui masalah untuk menemui
sasaran kita. Walaupun waktu itu, pihak Polis agak curiga kepada
kita. (Namun) Kita suka. Kita suka ceramah kita dihadiri oleh SB
(special branch Polis). Supaya mereka boleh dengar sendiri apa
yang kita bentangkan. Oleh sebab mereka tidak tahu dan mereka
tidak faham apa yang kita perjuangkan. Sekarang ini masih ramai
tidak faham apa yang kita perjuangkan, sama lah juga, ramai yang
belum faham apa perjuangan yang dibawa oleh Rasūlullāh ṣal-
lallāhu alayhi wasallam. Peranan kita sekarang ini harus digiatkan
agar golongan muda sekarang ini, mereka berada dalam keadaan

16

tak tentu
arah, uncer-
tain.

Jadi pengalaman saya, ABIM adalah
suatu platform yang menjadi wadah membentuk minda, menam-
bah ilmu dan menukar persepsi yang tidak betul, dan wadah me-
mahami realiti Malaysia. Kita tidak bawa perjuangan sebagaimana
yang dibawa di Timur Tengah. Kita bawa cara kita, di Malaysia ini
– cara kita bergerak di dalam masyarakat majmuk.

Jadi, ABIM dan juga kemudian WADAH, sentiasa releven dengan
keperluan setiap zaman. Kalau 70-an ABIM diperlukan, sekarang
ini pun ABIM masih terus diperlukan. Dan selama mana kita mem-
perjuangkan apa yang kita warisi, meneruskan lidah perjuangan
Rasūlullāh sAllāhu alayhi wasallam, risalah Islam, tetap releven
perjuangan ini selama mana pkatformnya berasaskan kepada
Islam, sentiasa releven di mana-mana sahaja. Sekarang ini lebih
releven.

Inilah apa yang saya dapat sampaikan daripada legasi utama
perjuangan.

FAZRIL SALEH:
Kita ucapkan terima kasih dan penghargaan setingginya kepa-
da Ayahanda Shaykh Dr. Razali Nawawi atas perkongsian be-
liau, yang pastinya banyak lagi ingin kita dengarkan daripada
beliau. Sikit demi sikit, inshaAllāh banyak lagi acara yang akan
kita langsungkan ke depan untuk kita rencanakan, bukan seka-
dar dalam konteks ceramah (wacana) sahaja, tetapi juga akan
ada siri-siri utk rancangan strategik dan lain-lain yang akan juga
mendapatkan pandangan dan buah fikir daripada Ayahanda Ustaz

17

Razali
Nawawi.

Kita lanjutkan saudara-saudara
dengan pembicara seterusnya,
Prof Dato Dr. Siddiq Fadzil den-
gan ini kami dengan takzimnya,
kita persilakan.

PROF. DATO’ DR. SIDDIQ
FADZIL:

Saudara moderator Fazril
Saleh, Fadhilat al-Ustaz
Razali Nawawi, dan para had-
irin. Tadi saya disebut sebagai
presiden ketiga, the third presi-
dent. Cuma sedikit catatan, the
third president tidak sama den-
gan third class president.

Kalau yang diminta petang ini
ialah pengkisahan, sedikit pen-
gkisahan sejarah dan legasi, saya cuma melihat dari dua aspek
itu. Tentu saja Ustaz Razali lebih menguasai sejarah kelahiran
ABIM, sebab ketika ABIM lahir, saya masih menuntut di Universiti
Malaya, masih dalam PMIUM (Persatuan Mahasiswa Islam Uni-
versiti Malaya) dan dalam PKPIM (Persatuan Kebangsaan Pelajar
Islam Malaysia). Pada tahun 1974/75, baru saya dibawa masuk
dalam pimpinan ABIM Pusat, sebagai Ketua Penerangan. Waktu
itu, Ustaz Razali meletakkan jawatan untuk cuti belajar.

Kembali kepada persoalan legasi. Fenomena kebangkitan Islam,

18

gerakan
islah yang
juga dikenali sebagai
“gerakan kaum muda” yang
muncul di celah-celah penggumulan ma-
salah umat dalam abad ke-20. Ia muncul secara bererti pada awal
abad ke-20 dan akhir abad yang sama. ABIM lahir di bahagian
akhir abad ke-20.
Ertinya, di bahagian awal dan di bahagian akhir abad ke-20 itu,
berlaku suatu keadaan yang disebut “vibrant”, suatu keadaan
yang penuh dengan dinamika. Tetapi saya kira yang lebih berke-
san dan berimpak tinggi adalah yang di hujung itu, di hujung abad
ke-20 itu. Sebabnya, ada beberapa sebab, mengapa ABIM ber-
jaya mencorakkan masyarakat Melayu-Islam ketika itu. Saya tidak
mahu menggunakan istilah “re-Islāmīzation” of the Malays, sebab
Melayu telah Islam bagaimanpun. Cuma menyedarkan semula
(masyarakat Melayu akan) hakikat Islam sebagai nizam al-hayah,
sebagai way of life.

Sebabnya, pertama timing, soal waktu yang tepat. ABIM lahir
pada waktu yang tepat sebab ketika itu sedang berlaku gelora
kebangkitan Islam yang global, di mana-mana – di Pakistan, di
Mesir dan di negara mana-mana. Pada waktu itulah ABIM lahir di
Malaysia, menyambut kebangkitan yang disebut sebagai al-Sah-
wah al-Islāmīyah, Islāmīc Resurgence itu. Jadi, apabila kita mahu
menubuhkan suatu organisasi, harus dilihat timing nya tepat atau
tidak.

ABIM telah membuat suatu keputusan untuk lahir pada waktu
yang tepat, (iaitu) waktu kebangkitan, dan di Malaysia, tiada wa-
dah yang menyambutnya. Wadah-wadah yang ada seperti tadi
yang disebut oleh Ustaz Razali lah, wadah-wadah yang seperti

19

itu, yang
tidak terpang-
gil dengan semangat
dan imbauan kebangkitan Islam
itu. Tetapi kita lahir utk mewadahi suatu
fenomena yang disebut sebagai Islāmīc resurgence itu.

Keduanya, faktor tokoh. Kita dikurnia Tuhan suatu tokoh yang
mampu membawa aspirasi kebangkitan ini, iaitu Anwar Ibrāhim.
Bagi saya, beliau itu kurnia Tuhan kepada kita semua.

Kurnia Tuhan kepada kita semua, dengan kaliber dan kepimpinan-
nya yang luar biasa, yang tidak dapat dinafikan oleh sesiapa
sahaja yang jujur. Ya, sebagai manusia tentu sahaja ada kelema-
hannya, tetapi kebesarannya, kaliber kepimpinannya itu luar bi-
asa. Jadi, kita dibantu oleh faktor tokoh. Sekali lagi, kalau mahu
menubuhkan sebuah organisasi atau parti politik, lihat dulu punya
tokoh atau tidak. Kalau cuma ada duit (tetapi) tiada tokoh, tidak
akan ke mana juga.

Kita punya tokoh. Jadi dalam kepimpinan ABIM ketika itu, me-
mang tokoh sentralnya adalah Anwar Ibrāhim. Tetapi beliau dan
kita semua juga selalu menyebut collective leadership, kepimpinan
kolektif, kepimpinan jama‘iy, qiyadah jama‘iyyah. Kerana di keliling
Anwar Ibrāhim itu hadir rakan-rakan yang punya pelbagai latar ke-
mahiran dan kepintaran dan kebolehan untuk saling melengkapi.

Seperti saya katakan tadi, sebagai manusia Anwar punya kelema-
hannya sendiri. Beliau tidak datang dari latar persekolahan Ag-
ama, misalnya. Jadi dia perlu ustaz-ustaz. Ini yang menjadikan
kepimpinan ABIM waktu itu kepimpinan yang tokoh sentralnya An-
war, tetapi tetap kepimpinan kolektif. Dan ini diketahui oleh semua

20

orang.
Semua orang
mengakui dan mengik-
tiraf bahawa organisasi yang
paling kaya dengan tokoh-tokoh muda
yang promising ini ialah ABIM.

Itu faktor kedua, dan faktor ketiganya kita dibantu oleh organisasi
yang kuat, tersusun, sistematik, punya struktur yang sangat ke-
mas. Jadi kita dibantu oleh kekuatan organisasi, bukan kekuatan
tokoh semata-mata, bukan kekuatan individu semata-mata. Tetapi
kekuatan organisasi dipadu dengan kekuatan tokoh, dan kekuatan
budaya. Orang tahu kalau macam ini (gaya dan cara), mesti orang
ABIM. Tahu dah. Kekuatan budaya ABIM ini di samping kekuatan
organisasi.

Jadi saudara sekalian, setelah saya mengungkapkan lintasan
sejarah seperti itu, maka mesejnya ialah belajarlah dari sejarah.
Untuk apa belajar dari sejarah? Ini
yang selalu saya ungkapkan, dan adik-
adik dan anak-anak sebahagiannya
hafal apa yang saya sebut, “how can
you know where you are going if you
don’t know where you have been” –
“bagaimana kamu nak tahu kamu nak
ke mana, kalau kamu tidak tahu dulu
kamu di mana”.

Oleh sebab tidak tahu sejarah masa
lalu, maka sebahagaian organisasi
mengulangi apa yang telah ia capai
masa lalu. Ia merasa sudah mencapai

21

satu tahap
baharu yang
membanggakan, haki-
katnya dia sudah di situ 40 tahun
yang lalu. Yang sepatutnya dia sudah
tinggalkan, dia patut masuk ke tahap yang lain.

Jadi, itu soal sejarah. Kemudian, soal legasi.

Saya fikir legasi terbesar yang ditinggalkan oleh generasi 70-an
80-an itu ialah sebuah perjuangan da‘wah islah yang terpadu den-
gan tradisi keilmuan yang kuat, dengan integriti moral dan kekua-
tan rohaniah. Ini terpadu.

Perjuangan yang diterasi dengan kekuatan ilmu, integriti moral
dan kekuatan rohaniah. Kalau sampai hilang salah satu, ertinya
kita kehilangan suatu legasi yang sangat penting. Kita anggap
ABIM ini bukan cuma sebuah persatuan biasa-biasa, dari dulu kita
anggap ini perjuangan, dan orang-orangnya adalah orang-orang
perjuangan dan hidupnya sebagai orang perjuangan. Kita tidak
anggap ini persatuan belia biasa, persatuan kompang dan pintu
gerbang.

Ini satu perjuangan, dengan segala risikonya. Apabila disebut
perjuangan, mesti ada risikonya. Maka kita sanggupi suatu tugas
yang namanya perjuangan dengan segala risikonya. Risikonya
apa? Yang masuk jail, yang kena pindah (lokasi berkhidmat), kena
tukar. Jadi waktu itu kita betul-betul menghayati makna suatu per-
juangan. Kita hidup sebagai orang perjuangan.

Jadi dalam legasi, yang pentingnya itu ialah tradisi keilmuan itu.
Punya kekuatan tradisi ilmu, (aspek) yang lain-lain itu boleh di-

22

coverlah
sebahagiann-
ya. Dan tradisi keilmuan
yang kita bina agak unik. Un-
sur-iunsurnya, ingredientnya itu, ada
tafsir, ada ḥadīth, ada sirah, selain literature gerakan Islam karya
Mawdudi, al-Banna, Syed Qutb, Muhammad Qutb, Fathi Yakan,
plus karya-karya dari Barat. Kita baca, tetapi dengan cukup kritis.
Kan saya selalu sebut di mana tentang buku Asian Drama oleh
Gunnar Myrdal. yang mungkin generasi sekarang sudah tidak
peduli dan tidak tahu adanya buku seperti itu. Saya pun mula-mu-
la hairan juga, ini drama apa yang ditulis oleh Gunnar Myrdal ini,
dan kenapa Anwar Ibrāhim menyebut-nyebutnya, drama apa?
Rupanya bukan drama pentas, tetapi semacam ensiklopedia ten-
tang kemiskinan. Oleh sebab waktu itu kita sangat prihatin terha-
dap kemiskinan. Kemiskinan itu suatu yang menyedut perhatian
kita. Jadi, selain Gunnar Myrdal, kita baca Mushkilat Al-Faqr wa

23

Kayfa Ala-
jaha al-Islam
(Masalah Kefakiran dan
Bagaimana Islam Mengatasinya)
oleh al-Qaradawi. Dua-dua ini kita baca
agar ia jadi seimbang, yang satu tadilah semacam ensiklopedia
tentang kemiskinan di Asia Selatan. Dan beliau autoriti besar ten-
tang kemiskinan waktu itu.

Kalau dulu, ada yang menulis tentang the Wealth of Nations.
Penulisnya Adam Smith. Gunnar Myrdal pula dianggap sebagai
orang yang menulis tentang the Poverty of Nations. Semuanya
tiga jilid. Kalau dapat baca ringkasannya satu jilid pun sudah baik,
sudah ok. Sebab kita sangat peduli dengan soal kemiskinan, dan
sebahagian kita memang datang dari latar kemiskinan. Kita tahu
kemiskinan itu apa. Kita mengalaminya, kemiskinan itu dalam ke-
hidupan kita. Kita merasa kemiskinan itu bagiamana. Tidak seperti
segelintir orang. Kalau orang Indonesia menyebutnya, “merasa
bisa tapi tidak biasa merasa”. Merasa tahu (tentang kemiskinan),
tetapi tidak dapat merasakan penderitaan yang namanya kemi-
skinan itu seperti apa.

Jadi gerakan dakwah yang menangani isu kemiskinan itu kan
agak ganjil. Itu kan agak ganjil ya, biasanya gerakan dakwah itu
mengajak orang menjadi baik, “mari taubat”. Ini yang pandai-pan-
dai masuk ke dalam isu kemiskinan pula. Itulah komprehensifnya
program islah yang kita perjuangkan.

Tradisi keilmuan yang kita bina itu, seperti itu ya. Kita juga memb-
aca karya-karya Paolo Freire, educationist dari Brazil yang berali-
ran kiri. Itu kita baca kerana dia memperjuangkan pendidikan bagi
kaum tertindas. Paolo Freire yang menulis Pedagogy of the Op-

24

pressed.
Sebab kita
merasakan ada sedikit
sebanyak persamaan dengan
masyarakat Melayu yang tertindas dewa-
sa itu. Mereka memerlukan suatu special education – pendidikan
khusus untuk golongan tertindas ini, dengan pendekatan ‘dialog’.

Tetapi kita tidak dipengaruhi dan hanyut dalam pemikiran Barat.
Kita imbangi dengan karya-karya penulis-penulis Islam, sarja-
na-sarjana Islam, pejuang-pejuang Islam, yang nadanya kira-kira
lebih kurang sama, seperti Taba‘i al-Istibdad oleh Abd al-Rahman
al Kawakibi, the nature of the oppressed. Sebab al-Kawakibi juga
mengangkat tema yang sama, melihat umat kerana terlalu lama
ditindas, oleh penjajah mahupun oleh pemerintah bangsa sendiri,
begitu lama ditindas sehingga mereka tidak lagi sakit dengan pen-
indasan. Ditindas lama mana pun tak sakit. Kenapa tidak sakit?
pasalnya hari-hari ditindas, sudah tidak sakit lagi. Sakit itu kalau
baru sekali kena, sakitlah. Kalau sudah hari-hari sudah tidak sakit
lagi. Maka, dia berjuang untuk mengembalikan rasa sakit apabila
ditindas – ‘azab al-Istibdad, sakitnya penindasan. Jadi, karya-
karya seperti ini yang membentuk pemikiran watak dan karakter
para pejuang masa lalu itu.

Barangkali wajar juga disebut tentang satu risalah kecil oleh Pak
Deliar Noer, Mengintelektual ʿUlamāʾ dan Mengʿulamā’an Intelek-
tual. Ini eksperimen MASYUMI. Dalam batas tertentu mereka ber-
jaya. Mereka berjaya mengintelektualkan ʿulamāʾ, mengʿulamā’an
intelektual. Itu juga yang kita lakukan, kira-kira. Kita tidak namakan
begitu, tetapi terjadi begitu dan Alhamdulillah barangkali ada se-
bahagiannya yang berjaya diterima dalam kalangan intelektual,
diterima dalam kalangan ʿulamāʾ.

25

Tadi Ustaz
Razali sebut tentang
Manhaj Maliziy, yang memang
benar kita ungkapkan Manhaj Maliziy,
atas dasar kesedaran kita tentnag waqi‘ Maliziy. Realiti keMalay-
siaan menuntut pelaksanaan manhaj ini. Agar gerakan ini berpijak
di bumi nyata, sedar bahawa ABIM sebuah gerakan yang lahir di
Malaysia. Itu pun suatu kebetulan yang membawa rahmat. ABIM
tidak ditubuhkan di London, tapi ditubuhkan di bumi Malaysia.
Dan tokoh-tokohnya menguasai realiti keMalaysiaan – sejarahn-
ya, budayanya, sosiopolitiknya. Dan mereka tahu betul, kerana
mereka ini intelektual yang membuat kajian mengikut disiplin
ilmu-ilmu sejarah, budaya, sosiopolitik dan kerana itu pendapat-
pendapat mereka, pendirian-pendirian keintelektualan mereka itu
dapat dipertanggungjawabkan. Bukan pakai redah begitu sahaja.

26

Mereka ini
terikat dengan
disiplin-disiplin keilmuan
masing-masing.
Kerana itu, kalau boleh saya tambah tentang suatu peristiwa yang
punya far reaching implication. apabila Anwar Ibrāhim didampin-

gi oleh Ustaz Fadhil Noor membuat keputusan tidak membai‘ah
Ikhwan Muslimin. “Kami bersedia untuk bekerjasama, untuk me-
manfaatkan sebanyak-banyaknya pengalaman kamu. tapi tidak
bersedia utk membaiah. Apa pun keputusan tentang Malaysia
harus diputuskan di sini, di Kuala Lumpur, di Putajaya di Bangi.
Dan tidak diputuskan di Kaherah”. Ini suatu keberanian yang luar
biasa. Maka, (kemudiannya) ada orang lain yang membai‘ah. Itu
urusan mereka, tapi kita tidak. Sampai ke sudah, sampai seka-
rang, tidak berbangkit lagi soal membai‘ah itu.
Dan akhir sekali saya sebut tadi, kita lahir dalam situasi keMa-

27

laysiaan
yang sangat
bobrok ketika itu. Kebo-
brokannya terutama keboboro-
kan moral, moral deficit di mana-mana.
Jadi sebahagian daripada perjuangan kita itu sebenarnya adalah
– kalau boleh diungkapkan sebagai – a moral crusade, sebab
masalah-masalah yang wujud ini banyak berpangkal daripada ma-
salah moral. Jadi, kita melawan keruntuhan moral terutama sekali
hipokrasi kepimpinan negara ketika itu.
Jadi setakat itulah dulu barangkali. Kalau ada kesempatan boleh
kita sambung lagi.
FAZRIL SALEH: Alhamdulillah terima kasih kita ucapkan kepa-
da ayahanda Shaykh Dr Razali Nawawi dan Prof Dato Dr Siddiq
Fadzil.

*Ruangan ini merupakan transkrip wawancara dengan dua orang tokoh tersebut dan raka-
mannya boleh diakses di www.youtube.com/user/mywaptv.com. Suntingan terhadap tran-
skrip ini diminimakan seboleh mungkin bagi mengekalkan keaslian kandungannya. Sesi
komentar dan soaljawab tidak dimasukkan dalam segmen ini.

28

abim.contactin.bio

29


Click to View FlipBook Version