BUKU KECIL KHAS
LOGO JUBLI EMAS SEPARUH ABAD ABIM
1Logo ini direka dengan konsep berbasis tipografi, dengan
kombinasi beberapa identiti ABIM yang disesuaikan den-
gan hasrat-semangat jubli emas. Secara umum, logo ini
mengkombinasikan beberapa maklumat yang dapat memberi-
kan gambaran kepada audien tentang maksud di sebalik logo.
Ia adalah kombinasi perspektif minimalis dan maksimalis.
2Angka 50 melambangkan ulang tahun ke-50 ABIM (1971-
2021). Dalam pengungkapan lain, 50 tahun juga diertikan
sebagai lima dekad dan separuh abad/ setengah abad.
Tema sambutan Ulang Tahun ke-50 “Separuh Abad ABIM: Ger-
akan Ilmu dan Bakti” dimasukkan dalam logo.
2
3Warna asal logo adalah warna firus gelap ‘forestbiome’
yang kemudiannya disepuh dengan warna emas meta-
lik. Logo ABIM juga dimasukkan sebagai salah satu kom-
posisi logo, dengan warna sepuhan emas metalik. Kombinasi
dua warna ini adalah perlambangan kemegahan, kematan-
gan, keinsafan, kebersamaan, kesungguhan, dan kelestarian.
Dalam erti kata lain, walau semegah mana gerakan ini (kulit:
berwarna emas), terasnya tetap perjuangan yang hakiki (isi:
warna firus gelap).
4Angka 50 yang merupakan kombinasi angka 5 dan ang-
ka 0 disusun dalam jajaran pepenjuru, yang melambang-
kan kesinabungan dan perubahan dalam babak perjuan-
gan ABIM dengan perlambangan bahawa usia separuh abad
disyukuri dengan penuh keinsafan: Pencapaiannya diinsafi
sebagai anugerah Allah Taala buat umat dan kemanusiaan
sejagat; kekhilafannya disedari dan proses pembelajaran dan
penambahbaikan terus dilaksana; kemegahannya dirasakan
dalam nyalarasa kebertanggungajawaban atas taklifan; dan
kelanjutan perjuangan terus direncana secara strategik dalam
nuansa prospes masa depan yang mencabar.
5Dominasi bentuk lingkaran dalam logo khasnya pada
angka 5 dan angka 0, dengan kesengajaan bertindih
dua angka secara pepenjuru adalah simbol keutuhan
idealisme perjuangan ABIM yang diterjemah dalam bentuk
tindakan strategik berimpak. Ia juga adalah simbol ‘kosmo-
politan’ yang meraikan sintesis, penghormatan kepada tradisi,
progresif dan berkemajuan dalam penalaran, serta fleksibiliti
dan keluwesan dalam rekayasa berprinsip, yang menjadi citra
gerakan Islam ABIM.
3
ZAWFAN - MEMBINA KHAYRA UMMAH
(Ulangtahun ABIM 50 Tahun)
Memanjat syukur pada Ilahi
Dari getar hati dan sanubari
Tekad kita berbakti di sini
Menyemai khidmat dan budi
Berkibar panji semangat jiwa
Bergema di jagat nusantara
Ke arah kemantapan rohani dan sakhsiah
Salam dihulur tandanya ukhwah
Ke arah kemantapan rohani dan sakhsiah
Kita membina khayra ummah
Menegak kebenaran dan keadilan
Setiap detik kita berjuang
Rasa gentar terlenyapkan
Tak kenal waktu siang dan malam
Terus suburkan keberanian
Berkibar panji semangat jiwa
Bergema di jagat nusantara
Ke arah kemantapan rohani dan sakhsiah
Salam dihulur tandanya ukhwah
Ke arah kemantapan rohani dan sakhsiah
Kita membina khayra ummah
Menegak kebenaran dan keadilan
(Ulang 4 kali sehingga tamat):
Muafakat fil amri
Mujahadah fin nafsi
Mumtazah fid darsi
Hasrat nurani
Penerbit, Lagu & Susunan Vokal: ZAWFAN
Lirik: Zairudin Hashim
Susunan Perkusi: Fadzli Radzi
4
IMBAUAN: SEJARAH RINGKAS ANGKATAN BELIA ISLAM
MALAYSIA (ABIM)
Sebelum menelusuri sejarah ringkas Angkatan Belia Islam Ma-
laysia (ABIM), molek kiranya kita menyentuh berkenaan Persat-
uan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM). PKPIM adalah
badan induk pelajar-pelajar Islam Malaysia di peringkat ke-
bangsaan pada 27 Jun 1961, yang pada ketika itu dikenali se-
bagai Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Persekutuan Tanah
Melayu. Pada tahun 1963, namanya ditukar seperti yang ada
sekarang. Pada masa kini, PKPIM berdaftar di bawah pejabat
pendaftar pertubuhan belia (ROY).
Cita-cita PKPIM untuk melahirkan golongan pelajar yang
memahami Islam sebagai cara hidup yang syumul dengan
pendekatan berhikmah merangkumi pada peringkat pelajar
dan selepas zaman pelajar. Justeru itu, bagi memastikan wu-
judnya kesinambungan perjuangan dan keperluan kepada
satu pergerakan yang stabil dan bersifat jangka panjang, maka
ABIM telah ditu-
buhkan pada ta-
hun 1971 dalam
Muktamar PKPIM
ke-10.
ABIM telah di-
tubuhkan pada
6 Ogos 1971 di
Fakulti Pengajian
Islam, Universiti
Kebangsaan Ma-
laysia. Pengerusi
5
penaja pe-
nubuhannya ialah
Saudara Wahab Sulaiman
dan Setiausahanya ialah Saudara
Fauzi Abdul Rahman (Dato’). Pada 17
Ogos 1972, ABIM telah didaftarkan secara rasmi dibawah Akta
Pertubuhan 1966. Manakala pada tahun 2009, setelah pihak
kerajaan membuat semakan terhadap dasar belia negara,
ABIM telah didaftarkan penubuhannya dibawah Akta Pertubu-
han-pertubuhan Belia 2007.
ABIM telah melangsungkan Persidangan Agung Tahunan atau
Muktamar yang pertama pada tahun 1972. Dalam Muktamar
ini, Ustaz Razali Nawawi (Prof. Dr.) telah dipilih sebagai Presiden
pertama. Muktamar juga telah memilih Saudara Anwar Ibrahim
(Dato’ Seri) sebagai Setiausaha Agung. Semenjak itu, ABIM telah
menjayakan kegiatannya dengan jaya.
6
PRESIDEN
ABIM PERTAMA:
RAZALI NAWAWI
Era awal pergerakannya
dicorakkan oleh usaha
bagi mempertegaskan
idealisme dan cita-cita
perjuangan. Pelbagai
kegiatan direncana-
kan bagi menjelaskan
identiti ABIM sebagai
sebuah pertubuhan
belia dan gerakan Islam
yang berteraskan prinsip
da’wah dan tarbiyyah
sebagai asas pendeka-
tan pergerakannya.
Cita-cita utama ABIM ialah bagi menyumbang secara proaktif
pembinaan sebuah masyarakat Islam yang mampu menjadi ter-
as terhadap proses pembinaan negara bangsa Malaysia yang
utuh di dalam pelbagai aspek kehidupan.
Bagi mencapai cita-cita tersebut, ABIM telah menumpu ban-
yak usaha membangun kerangka faham masyarakat terhadap
agama Islam sebagai satu bentuk cara hidup yang menyeluruh
serta mempertegaskan prinsip-prinsip masyarakat madani di
dalam segala aspek kemasyarakatan, perundangan dan kene-
garaan.
USRAH PERTAMA DI MALAYSIA
Pada awal penubuhan ABIM, Ustaz Razali Nawawi telah mem-
perkenalkan sistem usrah. Usrah pertama dijalankan di rumah
beliau di alamat 27, Jalan Aman, Kawasan Melayu, Petaling
Jaya.
7
Mereka yang
hadir ketika itu ter-
masuklah Sdr. Anwar Ibra-
him, Sdr. Sanusi Junid, Sdr. Said
Ibrahim, Sdr. Kamaruddin Mohd Noor, Sdr.
Osman Bakar dan Sdr. Omar Jaafar. Antara bahan yang dib-
incangkan merangkumi bacaan Al-Quran, tafsir, hadith, sirah
Rasulullah SAW dan isu-isu semasa. Ustaz Razali juga turut mem-
perkenalkan Tamrin al-Kader dan menyusun sukatan dan korikul-
umnya pada semua peringkat.
ABIM DAN PEMAKAIAN TUDUNG DI MALAYSIA
ABIM juga dikenali sebagai antara gerakan terawal yang mem-
popularkan pemakaian tudung di Malaysia. Naluri ingin bertu-
dung pastinya lahir dari hikmah Al-Quran, nikmat rasa dekatnya
dengan kalam TUHAN. Mana mungkin daripada panggilan
selainnya, ikut-ikutan tanpa fahaman. Jauh sekali sebagai objek
8
obsesi tidak
ketahuan. Itulah
yang melatari generasi
era 1970-an (zaman kebang-
kitan kesedaran Islam di negara ini);
yang ingin mengetengahkan amalan bertudung di negara ini.
Bagaimanapun pada peringkat awal, para aktivis wanita ABIM
yang memakai tudung, mendapat tentangan kuat daripada
pelbagai pihak yang tidak menyenanginya. Mereka banyak kali
disindir dan digelar dengan bermacam-macam gelaran seperti
‘orang pakai da’wah’, ‘hantu bungkus’ dan sebagainya.
Kini, pemakaian tudung tidak lagi menjadi sesuatu yang pelik
bagi kaum wanita di Malaysia, malah majoriti wanita Melayu
dan Islam mula menyedari keperluan dan tuntutan memakai
tudung ini.
PRESIDEN ABIM KEDUA: ANWAR IBRAHIM
Pada tahun 1974, telah berlaku peralihan kepimpinan ABIM.
Ustaz Razali Nawawi melepaskan jawatannya dan Muktamar
memilih Saudara Anwar
Ibrahim (Dato’ Seri) se-
bagai Presiden kedua.
DSAI memimpin ABIM
selama sembilan ta-
hun, di mana beliau
berhasil membentuk
jaringan sumber yang
besar dalam komu-
niti Islam. Pada era
kepimpinan beliau,
ABIM telah tertonjol
sebagai sebuah ger-
akan Islam yang ber-
pengaruh di pering-
9
kat nasional
dan antarabangsa.
Sikap dan pendirian ABIM
yang tegas terhadap pelbagai
persoalan ekonomi,
kebudayaan dan politik
telah menjadikannya
sebuah pertubuhan
yang dihormati.
Sewaktu DSAI
mendekam di bawah
ISA, jawatan Presiden
ABIM dipangku oleh
Ustaz Fadzil Noor (Dato’
Hj.). Ustaz Fadzil Noor
pernah menjadi Setiau-
saha Persatuan Ulama
Malaysia (1974-1976),
Setiausaha dan Ketua
Biro Penerangan ABIM
(1973-1974) dan Timbal-
an Presiden ABIM (1974-
1978).
Sepanjang penglibatan dalam ABIM sebagai sosok utama per-
juangan, Ustaz Fadzil turut terlibat dalam demontrasi menentang
isu kemiskinan di Baling, Kedah tahun 1974. Beliau juga terkenal
sebagai penggiat tarbiah dalaman ABIM. Beliau banyak bergerak
mengisi program usrah, tamrin dan seminar perkaderan di pel-
bagai tempat. Gerakan belia Islam ini juga banyak menerbitkan
buku-buku fikrah dan harakah yang dituang oleh tokoh-tokoh
seperti Hasan Al Banna, Sayyid Qutb, Maududi, apatah lagi ABIM
menjadi gerakan fenomenal di kampus pada dekad 70an.
10
PRESIDEN ABIM
KETIGA:
SIDDIQ FADZIL
Kepimpinan ABIM
beralih kepada
Ustaz Siddiq Fad-
zil (Dato’ Dr.) se-
bagai Presiden
ketiga pada tahun
1983. Sewaktu era
kepimpinan be-
liau, ABIM banyak
menumpu usaha
da’wah bil hal atau
da’wah di dalam
bentuk praktis bagi
tujuan menyelesai-
kan permasalahan
masyarakat dan
umat secara lebih
berkesan. Semen-
jak itu, beberapa
institusi da’wah di bidang pendidikan dan perekonomian telah
dikembangkan seperti Taman Asuhan Kanak-Kanak Islam (TASKI),
Sekolah Rendah Islam (SERI), Sekolah Menengah Islam (SEMI),
Institut Pengajian Ilmu-ilmu Islam (IPI -- kini Kolej Dar Al-Hikmah),
Koperasi Belia Islam Malaysia (KBI) dan Islamic-Outreach ABIM
(IOA).
Ustaz Siddiq pernah menegaskan bahawasanya, sejarah per-
juangan ABIM adalah sejarah umat, kerana pada masa berdirin-
ya ABIM: “...kita telah mampu mencatat sejarah sangat penting,
dan segala gerakan-tindakan dan perancangan kita bukan
main-main (sangat serius) dan hari ini dirasakan hasilnya juga
tidak main-main.”
11
PRESIDEN ABIM
KEEMPAT: USTAZ
MUHAMMAD NUR MANUTY
Pada tahun 1991, Ustaz Muhammad Nur
Manuty (Dr.) telah mengambil alih kepimpinan ABIM sebagai
Presiden keempat. Di era ini, ABIM terlibat dengan aktif di dalam
proses pembinaan negara serta mengukuhkan gerakan kepen-
didikan, kemasyarakatan dan ketamadunan. ABIM juga mula
mengembangkan peranannya di bidang khidmat antarabang-
sa dengan membantu umat Islam yang menghadapi musibah
seperti di Afghanistan dan Bosnia Herzegovina.
Sewaktu men-
yampaikan
Ucapan Dasar
bertajuk “Ket-
ahanan Umat:
Penjanaan
Generasi Abad
21”, pada
Muktamar
ABIM 1994, Dr.
Manuty men-
yatakan baha-
wa, “Gerakan
Islam pada hari
ini turut ter-
panggil untuk
bekerjasama
dengan semua pihak bagi memurnikan semula aqidah sebaha-
gian umat Islam. Kita tidak seharusnya membiarkan masyarakat
awam di negara ini menjadi keliru dan ragu dengan pegangan
agama yang tidak mengikut manhaj Ahlu’s Sunnah wal-Ja-
ma’ah”.
Sementara itu, dalam Koleksi “Ucapan Dasar Muktamar Sanawi
12
ABIM: Kepri-
hatinan Umat dan
Transformasi Sosial”, Dr
Manutty menyatakan bahawa,
“Sesungguhnya dunia Islam memerlukan
pemimpin-pemimpin yang beramanah, ikhlas, berakhlak tinggi,
berbudaya ilmu, iltizam dengan perjuangan, fatanah (bijaksa-
na) serta berwawasan. Jika ciri-ciri sedemikian dapat dipenuhi,
dunia Islam pasti akan berubah dari keadaan yang daif menjadi
negara yang bermaruah.”
PRESIDEN ABIM KELIMA:
AHMAD AZAM ABDUL
RAHMAN
Kepimpinan ABIM be-
ralih kepada Tuan Haji
Ahmad Azam Abdul
Rahman (Dato’) pada
tahun 1997. Di era
ini, ABIM telah mem-
perkukuhkan peranan-
nya di arena antara-
bangsa menerusi penubuhan Misi Keamanan Sejagat (MKS). Era
ini juga ditandai oleh kemelut politik tanahair dan tercetusnya
Gerakan Reformasi. ABIM juga telah menyumbang dengan kon-
struktif menggagaskan agenda Penyatuan Ummah seluruh mas-
yarakat Melayu Islam di Malaysia.
PRESIDEN ABIM KEENAM:
YUSRI MOHAMAD
Pada tahun 2005, Saudara
Yusri Mohamad (Dr.) telah
mengambil alih kepimpinan
ABIM sebagai Presiden ke
enam. Di era kepimpinan
13
beliau, ABIM
telah menyumbang
dengan aktif di dalam
aspek kenegaraan terutama ber-
kaitan isu kedudukan istimewa Islam di
dalam perlembangaan dan persoalan Syariah di dalam masyar-
akat majmuk.
PRESIDEN ABIM KETUJUH: MUHAMAD RAZAK IDRIS
Peralihan terbaru kepimpinan ABIM telah berlaku pada Ogos
2009 di mana Saudara Muhamad Razak Idris (Dr.) telah dipilih se-
bagai Presiden ketujuh. Beliau memfokuskan pengukuhan ABIM
selaku gerakan ilmu dan bakti
ke arah menggerakkan gelom-
bang baru gerakan da’wah di
negara ini. Dr. Razak menuntut
ABIM mempersiapkan mas-
yarakat untuk mendepani era
terbuka.
Menurut beliau, “ABIM pada
alaf baru harus mempersiapkan
masyarakat terutama generasi
muda mendepani era mas-
yarakat terbuka. Realiti dunia
bersifat global menuntut per-
sediaan luar biasa terutama
dari segi ketahanan ilmu dan
budaya. Jika tidak, masyarakat kita berdepan krisis jatidiri yang
parah. Kita tentu tidak menginginkan negara mencapai status
maju namun asing di tanah air akibat jati diri yang larut dalam
kebudayaan asing. Inilah agenda besar da’wah ABIM untuk be-
berapa dekad mendatang.”
14
PRESIDEN ABIM
KELAPAN:
AMIDI ABD. MANAN
Mulai Ogos 2011, Saudara Amidi Abd
Manan (Hj.) telah memimpin ABIM selaku Presiden Ke-8. ABIM
telah mengetengahkan peranannya selaku jurubicara Ummah
yang sedang mengharungi pelbagai persimpangan getir sosio
ekonomi semasa. ABIM telah memperkukuhkan kebitaraannya
dalam bidang pembangunan belia, da’wah, intelektual, kes-
ukarelawanan, pendidikan, sosial, serta wanita dan masyarakat
madani.
Saudara Amidi pernah menukilkan bahawa, “…Budaya ilmu
seharusnya mengandungi rantaian tindakan yang berupa pe-
mikiran, nilai, amalan dan rangka kerja yang berteraskan ilmu.
Mungkin tempoh 3 hingga 6 tahun di pusat pengajian tinggi
amat singkat untuk memahami dan mengamalkan dengan
sebenar-benarnya budaya ilmu, namun benih kesedaran perlu
disemai bagi melahirkan generasi Mahasiswa Malaysia yang
perkasa.”
15
PRESIDEN ABIM
KESEMBILAN:
RAIMI AB RAHIM
Pada
Septem-
ber 2015,
ABIM
mengu-
mumkan
Saudara
Moham-
ad Raimi
Ab Ra-
him (Hj.)
sebagai
Presiden
baru,
meng-
gantikan
Saudara
Amidi.
Beliau merupakan seorang peguam yang berkelulusan Sarjana
Muda Undang-Undang dari Universiti Islam Antarabangsa Ma-
laysia (UIAM) serta Sarjana Kriminologi Universiti of Kent, United
Kingdom.
Bersama Agenda Kebangkitan Islam Jilid 2.0, Saudara Raimi
telah meletakkan sasaran ABIM sebagai ‘world class organiza-
tion’ dan ‘global player’ pada pelbagai pentas serantau dan
antarabangsa. Ia menuntut kepada pembinaan watak ilmu-
wan dalam kalangan aktivis. Ia merangkumi tiga unsur utama
iaitu: Maqasid Syariah; Wasatiyyah; serta memperaga Islam
sebagai Rahmat kepada seluruh alam (al-Islam Rahmatun Lil
‘Alamin). Hal ini pastinya memerlukan usaha pencerahan Um-
mat berlandaskan kekuatan ilmu dan kefahaman Islami yang
sebenar.
16
PRESIDEN
ABIM KESEPULUH:
MUHAMMAD FAISAL
ABDUL AZIZ
Pada tahun 2019, saudara Muhammad
Faisal Abdul Aziz telah dipilih selaku presid-
en ABIM kesepuluh. Kepemimpinan ABIM
mensasarkan matlamat menciptakan
ABIM sebagai sebuah gerakan kemasyar-
akatan atau gerakan sosial yang mem-
fokus kepada unsur “ilmu dan bakti iaitu
suatu pergerakan masyarakat bagi mem-
bangun masyarakat sebagai ilmuwan
yang mencerahkan kelompoknya sendiri
dengan ilmu dan hikmah kemudiannya
merencana dan menggerakkan tindakan
berstrategi ke arah membaiki masyarakat-
nya. Dari masyarakat, kepada masyar-
akat, untuk masyarakat.
Lebih Separuh Abad ABIM bertapak den-
gan pelbagai program dan amal usah-
anya, memiliki Pra-Sekolah (Taski ABIM),
sekolah rendah dan menengah (SERI dan SEMI), Tahfiz, serta
mempunyai Institusi Pengajian Tinggi iaitu Kolej Dar Al-Hikmah
(KDH), mempunyai Hospital Pakar Al-Islam (di Kampung Baru,
Kuala Lumpur), pusat da’wah untuk saudara baru (Islamic Out-
reach ABIM Centre), dan Koperasi Belia Islam (KBI).
Islamic Outreach ABIM Centre (IOA) merupakan satu agensi
ABIM yang mengkhususkan kepada program-program mem-
bantu Saudara Baru. Usaha digerakkan bagi meningkatkan
usaha pengembangan kefahaman Islam kepada masyarakat
bukan Islam. Usaha meningkatkan kefahaman Islam sebagai ag-
ama yang menekankan keamanan dan kemajuan akan dijaya-
17
kan menerusi
pengajuran seminar,
penerbitan dan kursus
oleh agensi Islamic Outreach ABIM
Centre (IOA). Maklumat lanjut layari la-
man web: www.ioacentre.com
Grup Peguam ABIM (GPA) menjadi wadah penting bagi ahli-ahli
ABIM yang mempunyai latar belakang undang-undang, ber-
tukar-tukar idea serta merangka pelan tindakan proaktif, bagi
menangani isu-isu perundangan semasa, melibatkan kepentin-
gan Islam di mahkamah khususnya dan Malaysia amnya. Dalam
khidmat sosialnya, GPA menggerakkan salah-satu Modul KAMAR
dikenali sebagai BANTU iaitu Klinik Guaman untuk masyarakat.
Grup Alam Sekitar ABIM atau GRASS Malaysia telah ditubuh-
kan sebagai bukti kesungguhan ABIM dalam mendidik gener-
asi muda dan masyarakat untuk memperjuangkan isu-isu alam
sekitar di Malaysia dan pada peringkat global, selaras dengan
Al-Quran dan Sunnah. GRASS menganjurkan latihan dan aktiviti
yang selaras dengan kehidupan kelestarian alam (sustainable
living). Grup yang sedar bahawa sebagai khalifah yang diaman-
ahkan untuk menegakkan keadilan kepada semua termasuklah
alam sekitar, haiwan dan tumbuhan.
Biro Hal Ehwal Wanita (HELWA) & Pembangunan Wanita mem-
impin wanita dan keluarga Islam terutama dari kalangan
beliawanis di dalam berdepan dengan cabaran kehidupan
moden. Program meliputi kursus peningkatan penampilan diri,
pembinaan dan pembangunan keluarga menerusi inisiatif Kelu-
arga Mawaddah Wa Rahmah (KAMAR) yang sedang digerak-
kan. Allahyarhamha Prof Dr Khalijah Salleh merupakan Setiau-
saha Wanita ABIM (Ketua HELWA ABIM) yang pertama. Beliau
merupakan pakar serta ahli akademik terkemuka (wanita Islam)
dalam bidang fizik serta banyak menerima pengiktirafan akade-
mik dalam bidang fizik mahupun da’wah.
18
Pusat Perlindungan
Wanita (Bayt al-Rahmah)
adalah antara inisiatif ABIM bagi
membantu remaja yang tidak bernasib
baik terjebak dalam masalah sosial. Bagi pihak-pihak yang memer-
lukan bantuan dari sudut ini boleh penghubungi ABIM Pusat untuk
dibantu melalui Bayt al-Rahmah. Pusat ini juga menawarkan khid-
mat kaunseling dan program latihan kepada wanita-wanita terpilih
secara berterusan.
Skuad Pembangunan Sosial & Komuniti ABIM terus komited ke arah
pemberdayaan komuniti; keluarga, kesihatan, serta kumpulan
sokong bantu masyarakat.
Biro Kesihatan ABIM (BKA) menghimpunkan para sukarelawan
yang terdiri daripada doktor serta para pengamal perubatan. BKA
telah menggerakkan pelbagai program seperti Mini Karnival Gaya
Hidup Sihat, di samping bantuan pasca bencana alam.
ABIM melalui platform YIGA (Young Interfaith Group of ABIM) terus
19
konsisten da-
lam menggerakan
agenda “Kepelbagaian
Dalam Bingkai Kesatuan” meneru-
si Friendship Group of Interfaith Services
(FGIS) dan Majlis Belia Malaysia (MBM); melalui penglibatan anak
muda di kampus mahupun di negeri. Matlamat penubuhan FGIS
ialah memupuk keharmonian antara agama dan menegakkan
nilai manusiawi, iaitu dengan cara membantu golongan yang
memerlukan dan menyumbang terhadap pembangunan nega-
ra.
Pimpinan, aktivis serta sukarelawan ABIM dalam Global Peace
Mission (GPM) dan Malaysian Life Line for Syria (MLLFS) pula terus
komited menjalankan kerja-kerja bantuan kemanusiaan pada
peringkat global. Agensi-agensi ini menggiatkan usaha mem-
bantu masyarakat antarabangsa yang ditimpa bencana dan
krisis kemanusian akibat dari perubahan alam sekitar dan pep-
erangan. ABIM membantu menyelaraskan bantuan dalam ben-
tuk kewangan, tenaga sukarelawan, ubat-ubatan dan program
pembinaan semula selepas bencana.
Maklumat lanjut: https://www.facebook.com/MLL4S
Maklumat lanjut: https://www.facebook.com/gpmmalaysia
ABIM juga mempunyai hubungan antarabangsa yang ikrab
dan erat, antara lain dengan: World Assembly of Muslim Youth
(WAMY), World Council of Muslim Inter-Faith Relations (WCMIR),
International Institute of Islamic Thought (IIIT) dan International
Islamic Federation of Islamic Organizations (IIFSO).
Sementelahan, ABIM senantiasa menjalinkan hubungan baik den-
gan gerakan Islam di merata tempat, termasuk Mesir (Ikhwanul
Muslimin), Turki (Parti Adalet ve Kalkinma Partisi atau Parti Keadilan
dan Kesejahteraan: AKP), Arab Saudi (Rabitah Islami), Pakistan
(Jamaat e-Islami), Bangladesh (Bangladesh Islami Chhatra Shibir),
Australia (Australian Federation of Islamic Council: AFIC), dan
20
England (The
Islamic Foundation).
Untuk regional, jelas, ABIM mempu-
nyai jalinan yang mesra dengan gerakan
da’wah di Indonesia, bukan hanya dengan Dewan Da’wah Islam-
iyah (Indonesia), tetapi juga Regional Islamic Southeast Asia and
the Pacific (RISEAP), Council of ASEAN Youth Coordination (CAYC),
ASEAN Muslim Secretariat (AMSEC), Muhammadiyah, Nadhatul Ula-
ma (Indonesia), Young Muslim Association of Thailand (YMAT), Darul
Arqam Singapura, Ikatan Cendekiawan Muslim Indonesia (ICMI),
Majlis Ulama Indonesia dan lain-lain.
Apalagi setelah adanya PKPIM, ABIM yang kini dipimpin oleh kini
dipimpin oleh generasi belia di bawah usia 40an dengan; berser-
ta panduan berguna daripada para aktivis senior dalam Wadah
Percerdasan Umat Malaysia (WADAH).
Tuntasnya, dalam soal menggambarkan sejarah dan perjuangan
ABIM, molek kiranya kita menghayati kata-kata hikmah ungkapan
Dr Siddiq Fadzil pada tahun 1982 ini: “...Gerakan kita terangkai da-
lam kesinambungan siri perjuangan para mursalin dan mujahidin di
sepanjang usia dunia yang pada pokoknya membawa misi yang
sama: membawa manusia mengabdikan diri seutuh dan setulusnya
kepada Allah, mengabdi dalam erti yang setulen dan seluas-luasn-
ya, tunduk dan akur sepenuhnya kepada ajaran Samawi, patuh
dan setia sebulat-bulatnya kepada tatahidup rabbani.”
Bersama menegakkan kebenaran dan keadilan. Ayuh, sejahtera-
kan Malaysia dengan da’wah!
*Jom, daftar segera sebagai ahli ABIM di: http://www.abim.org.my/
sekretariat/daftar-keahlian-online.html
21
GALERI ABIM
22
23
24
25
26
27
abim.contactin.bio
28