The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), 2021-08-25 09:48:41

[Buku Kecil] Belia Mencegah Ekstremisme

[Buku Kecil] Belia Mencegah Ekstremisme

Keywords: ABIM,Mencegah Ekstremisme,KBS,Islam,Belia

BUKU KECIL

(Dikeluarkan untuk kegunaan pelatihan
Kursus Belia Mencegah Ekstremisme)

Anjuran:

Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)
& Jabatan Belia dan Sukan Negara, Kementerian

Belia dan Sukan

1

Buku Kecil

MENCEGAH EKSTREMISME:
PEDOMAN RINGKAS UNTUK BELIA

(Dikeluarkan untuk kegunaan pelatihan
Kursus Belia Mencegah Ekstremisme)

oleh:
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)

2021

2

Kandungan

UNIT 1: PENDAHULUAN
A. Pengenalan
B. Mencegah Ekstremisme: Belia Sebagai Penyelesaian
UNIT 2: KEMULIAAN INSAN & PENGENALAN KE
PADA PENCEGAHAN EKSTREMISME
A. Kemuliaan Manusia: Kebebasan Mesti Dilindungi
B. Apa Itu Ekstremisme Ganas?
C. Tentang Stereotaip, Prejudis dan Diskriminasi
D. Ekstremisme Kebencian
E. Faktor-faktor Radikalisasi dan Penjebakan dalam Eks-

tremisme Ganas
UNIT 3: STRATEGI MENCEGAH RADIKALISASI
DAN EKSTREMISME
A. Penekatan Dalam Pencegahan Ekstremisme
B. Lunas Perundangan: Mencegah Dan Membanteras

Keganasan di Malaysia
C. Kesepakatan Antarabangsa: Membanteras Ektremisme

Secara Global
D. Tiga Domain Program Intevensi Belia
E. Strategi Praktikal Bersama
UNIT 4: BANGSA MALAYSIA SEBAGAI KAEDAH
GENERASI MUDA MENANGANI
EKSTREMISME
A. Perpaduan dan Keamanan
B. Malaysia Bumi Bertuah
C. Rukun Negara Ideologi Negara
D. Bangsa Malaysia Bantu Membantu: Misi Kemanusiaan

3

UNIT 1

PENDAHULUAN

Pengenalan

1Fenomena radikalisasi dan ekstremisme ganas (violent
extremism) menunjukkan pola peningkatan sejak beber-
apa dekad kebelakangan ini. Pelbagai faktor yang memba-
wa kepada munculnya fenomena ini.

2Dalam kalangan belia, penjebakan dalam radikalisasi
dan kegiatan ekstremisme ganas antara lain disebab-
kan oleh kehendak memenuhi ideologi pelik yang ekstrem,
perjuangan untuk menegakkan apa yang dirasakan adil
dengan cara kekerasan yang salah (di sisi lunas perundan-
gan), dan keinginan untuk mengafiliasi diri dengan suatu
kelompok yang lebih besar tetapi menyeleweng.

3Melalui banyak penelitian di peringkat global, pen-
dekatan militari bagi mengekang radikalisasi dan ek-
stemisme ganas dilihat kurang sesuai khasnya dalam
menangani penjabaran proses radikalisasi dan perkaderan
belia dalam kegiatan ekstremisme ganas. Strategi penceg-
ahan melalui pendidikan adalah kaedah yang paling utama
perlu dilaksanakan sebelum pendekatan militari mengam-
bil tempat.

4Pencegahan awal adalah sewajarnya menjadi ke-
utamaan bagi menangani permasalahan ini dalam kal-
angan belia, memandangkan terdapat faktor peramal yang
muncul di luar kawalan seperti bergolaknya situasi politik,
tercetusnya perbalahan antara-etnik, tersebarnya ucapan
kebencian dan meningkatnya sentimen perkauman.

5

Mencegah Ekstremisme:
Belia Sebagai Penyelesaian

1Belia dikategorikan sebagai salah satu golongan
rentan yang terdedah kepada proses radikalisasi
dan juga perkaderan ke dalam kumpulan ekstrem.
Proses de-radikalisasi dan pencegahan awal melalui
program intevensi dalam kalangan belia adalah suatu
tindakan yang dituntut.

2Walaupun begitu, perlu diingat bahawa belia juga
sebenarnya merupakan suatu segmen dalam
masyarakat yang mampu menjadi penyelesaian
kepada permasalahan radikalisasi ini.

3Oleh itu, inisiatif pencegahan ektremisme ganas
harus juga membetulkan naratif belia yang sering
ditanggapi secara negatif. Penampilan “belia se-
bagai penyelesaian” dalam menangani permasalahan
ini adalah suatu yang wajar dilakukan.

6

4Justeru, inisiatif-inisiatif mencegah ekstremisme
yang dirangka perlu menekankan peranan belia
sebagai solusi atau penyelesai masalah yang juga
bersesuaian dengan hasrat global khasnya dalam kala-
ngan kelompok belia sedunia yang menggerakkan inisi-
atif PCVE (preventing and countering violent extremism)
dengan aturan-aturan strategi dan modul yang diban-
gunkan mengikut piawai global.

5Bagi Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), prin-
sip asas intevensi atau usaha pencegahan eks-
tremisme dalam kalangan belia setidak-tidaknya
memfokus kepada tiga domain utama iaitu: (i) mem-
berdaya sahsiah keperibadian belia; (ii) menyokong
belia mendepani cabaran; (iii) memperkukuh daya
tahan belia mendepani anasir jahat.

7

UNIT 2

KEMULIAN INSAN &
PENGENALAN

KEPADA PENCEGAHAN
EKSTREMISME

Kemuliaan Manusia:
Kebebasan Mesti Dilindungi

1Kebebasan harus disikapi dengan baik dan difahami dengan
jelas. Kebebasan adalah suatu yang asasi bagi setiap indi-
vidu.

2Kebebasan lahir bersama fitrah, sejak mula kelahiran seo-
rang bayi.

3Bayi ini sejak kelahirannya bebas dan merdeka. Bayi ini bu-
kan dimiliki oleh sesiapa, bukan hamba kepada ibu ayahn-
ya (melainkan milik Tuhan dan hamba kepada Tuhan).

4Kebebasan yang lahir bersama fitrah ini merupakan suatu
kemuliaan (karamah insaniyah/ human dignity) yang Tuhan
kurniakan kepada setiap manusia,

“wa laqad karramna bani Adam” – “sesungguhnya kami
memuliakan anak- anak Adam (manusia)” (Al-Isra’: 70).

5Tidak ada sesiapapun yang berhak mencabut kebebasan
dan kemuliaan itu.

6John Locke, seorang failasuf Eropah abad ke-17 dalam
tulisannya berjudul Two Treatieses of Government (Locke,
John, 2009:70) menyebutkan:

“...that is a state of perfect freedom of acting and disposing of
their own possessions and persons as they think fit within the

bounds of the law of nature.”

9

“People in this state do not have to ask permission to act or de-
pend on the will of others to arrange matters on their behalf...
“It is evident that all human beings – as creatures belonging to
the same species and rank and born indiscriminately with all
the same natural advantages and faculties – are equal amongst
themselves”
“They have no relationship of subordination or subjection un-
less God (the lord and master of them all) had clearly set one
person above another and conferred on him an undoubted
right to dominion and sovereignty.”

7Dalam sejarah umat manusia, perjuangan menuntut kebe-
basan adalah perjuangan mengembalikan kemulian (strug-
gle for liberty, for the sake of dignity).

8Kebebasan dan kemulian insan harus dihormati dan dilind-
ungi.

9Walaupun begitu, harus diingat bahawa kebebasan ini,
yang asalnya adalah tanda kemuliaan insan adalah tidak
terbatas selagi ia tidak mengganggu hak dan kepentingan
orang lain.

10Aspek penting dalam mengamalkan prinsip hidup ber-
sama daam budaya damai (peaceful coexitence) adalah
menghormati nilai kemanusiaan, saling menghormati, berbaik
sangka, mengekalkan keikhlasan dalam perhubungan dan
mengukuhkan muhibah dan kasih sayang sesama kita.

10

Apa Itu
Ekstremisme Ganas?

1Kelahiran istilah “ekstremisme ganas” (violent extremism)
amat bersangkut paut dengan langkah-langkah pencegahan
keganasan yang pada mulanya mengambil pendekatan pe-
rundangan dan keselamatan. Perkataan “ekstremisme ganas”
(violent extremism) seringkali digunakan secara sinonim dengan
istilah terrorisme. Walau bagaimanapun, istilah ekstremisme
ganas memberikan konotasi yang lebih inklusif berbanding isti-
lah terrorisme.

2Secara umum, ekstremisme ganas (violent extremism) ialah
suatu ideologi yang menerima penggunaan ganas untuk
mencapai matlamat dari segi sosial, bangsa, agama dan/atau
politik.

3Kata akar ekstrem berasal daripada perkataan bahasa Ingg-
eris iaitu extreme, yang membawa maksud kewujudan ses-
uatu dalam tahap tinggi atau melampau.

4Sementara ekstremisme atau extremism memberi laluan
kepada makna “ism” yang berdiri sebagai ideologi untuk
menggambarkan kualiti sesuatu keadaan yang berada pada
tahap tinggi atau melampau.

5Ekstremis atau extremist pula merujuk seseorang yang
berpegang pada pandangan atau ideologi yang melampau
dan kemudiannya diterjemahkan melalui tindakan yang fanatik,
radikal, dan dogmatik.

11

6Istilah ganas (violent) pula ditakrifkan sebagai menggu-
nakan kuasa atau kekerasan untuk mengancam atau
menyerang, atau cenderung merosakkan harta benda,
mencederakan orang, mengamuk, menyerang dan sebagain-
ya. Ini bermaksud ‘violent’ atau ‘ganas’ melibatkan tindakan
atau perbuatan ganas yang amat berkait rapat dengan per-
buatan kekerasan atau serangan secara fizikal.

7Berdasarkan penerangan kata akar ini, dapat ditekuni ba-
hawa maksud ekstremisme ganas melibatkan pandangan
atau ideologi, perbuatan atau tingkah laku melampau individu
mahupun berkumpulan yang mempunyai motif yang memba-
wa kepada kecenderungan, tingkah laku dan perbuatan ke-
kerasan yang merosakkan individu, masyarakat, dan institusi.

8Definisi ekstremisme oleh Angkatan Tentera Malaysia “Ek-
stremisme bukan sahaja ditafsirkan sebagai fahaman atau
keyakinan yang sangat kuat terhadap suatu pandangan yang
melampaui batas kewajaran dan bertentangan dengan hukum
yang berlaku. Fahaman ekstremism sering menggunakan cara
atau gerakan yang bersifat keras dan fanatik dalam mencapai
tujuan. Ekstremisme mengakibatkan pertentangan-pertentan-
gan antara satu dengan yang lain, menimbulkan perasaan sal-
ing mencurigai, sehingga mengakibatkan perpecahan antara
satu dengan yang lain”.

9Secara umum, dalam banyak kajian akademik membaha-
gikan fenomena ekstremisme ganas (violent extremism)
kepada tiga kategori: kategori pertama, merujuk kepada min-
da seseorang yang telah dipengaruhi oleh suatu fahaman atau

12

kepercayaan ekstrem. Kategori kedua, merujuk kepada
seseorang yang telah menerima suatu fahaman atau ke-
percayaan esktrem sehingga terpantul dalam sikap atau
tingkah lakunya. Kategori ketiga adalah seseorang yang
terlibat dalam perbuatan ganas lanjutan daripada suatu
fahaman atau kepercayaan esktrem.

Tentang Stereotaip,
Prejudis dan Diskriminasi

1Stereotaip, prejudis dan diskriminasi merupakan re-
aliti ancaman kehidupan bermasyarakat sejak dahulu
hingga hari ini.

2Kita perlu membendung masalah ini dari dalam diri
kita terlebih dahulu dan orang-orang di sekeliling kita
sebelum dan kemudiannya difahamkan kepada yang
lain.

3Stereotaip,
prejudis dan
diskriminasi boleh
menjerumuskan
seseorang kepada
proses radikalisa-
si, dan seterusnya
membawa kepada
penyertaan dalam
kegiatan bersifat
kekerasan, malah
lebih malang lagi
jika ianya melarat kepada aspek keganasan (terror).

13

PREJUDIS

• Pandangan negatif mengenai ahli atau kelompok etnik lain yang
tersemat dalam hati seseorang atau kelompok etnik tertentu.

• Prejudis tidak diluahkan secara terbuka. Apabila prejudis disuar-
akan, prejudis menjadi stereotaip

STEREOTAIP

• Kenyataan umum yang negatif terhadap sesuatu kumpulan yang
tetapi seringkali tidak benar di dalam realiti.

• Stereotaip adalah gambaran berlebih-lebihan tentang sesuatu
perlakuan baik atau buruk yang ditujukan kepada sesuatu kum-
pulan etnik oleh etnik lain.

DISKRIMINASI

• Satu proses apabila ahli sesuatu kumpulan atau kategori dalam
masyarakat dinafikan hak untuk mendapat layanan yang saksa-
ma dari segi undang-undang dan hak untuk menikmati manfaat
sosial yang lain

Stereotaip, Prejudis
dan Diskriminasi

14

Tindakan memperomosi kebencian, menolak
toleransi dan sentimen berpuak-puak adalah
satu masalah yang perlu dikenalpasti dan
diambil berat.

Justeru, bukan sekadar ekstremisme ganas
yang perlu dikhuatiri, malah ekstremisme
kebencian juga perlu difahami dengan men-
dalam.

Dinamika atau faktor yang menyumbang
kepada berlakunya tindakan ekstrem mesti
dilihat sebagai sesuatu yang boleh menyum-
bang kepada tindakan keganasan.

Antara dinamika atau faktor penting yang
membawa kepada ekstremisme ganas ada-
lah bermula daripada esktremisme kebencian
yang seringkali muncul dalam bentuk ucapan
atau ujaran kebencian.

Ekstremisme
Kebencian

15

Faktor-Faktor Penyebab Radikalisasi Belia &
Penjebakan Ekstremisme Ganas

Faktor individual/ peribadi
1. Mencari tujuan hidup
2. Permasalahan Pekerjaan
3. Sistem kepercayaan dan nilai
4. Berdepan dengan proses marjinalisasi/ pengesampingan
5. Menyaksikan keganasan kepada keluarga, kawan dan

kelompok
6. Jantina
7. Kesihatan mental
8. Tahap pendidikan
9. Rekod jenayah
10. Menerima peluang yang sedikit/ diskriminasi
11. Umur
12. Krisis peribadi dan identiti
Faktor perhubungan dan masyarakat
1. Perhubungan dengan rakan sebaya
2. Jaringan sosial yang mempromosikan pemikiran radikal
3. Keluarga autotitarian
4. Persepsi dan stereotaip terhadap peranan jantina
5. Mengikut pemimpin politik atau agama yang karismatik
6. Ketiadaan hubungan konstruktif dengan orang dewasa
7. Kelompok etnik-budaya yang terasing
8. Kemunculan sub-budaya radikalisasi
9. Kekurangan integrasi atau percampuran dengan komuni-

ti lebih besar
10. Menggunakan perbezaan budaya sebagai alasan untuk

menghangatkan konflik sosio-politik

16

Faktor Institusi
1. Penguatkuasaan undang-un-

dang yang tidak sah atau
lemah
2. Perpindahan masyarakat ho-
mogenus
3. Kekurangan kebebasan sivil
4. Dasar negara atau polisi
kebajikan yang mendiskrimi-
nasikan
5. Konflik bersenjata
6. Kurangnya demokrasi atau
demokrasi tidak terurus
Faktor Ideologi
1. Masyarakat patriak didomi-
nasi-gender yang cenderung
agresif
2. Perasaan terasing daripada
masyarakat
3. Ideologi authoritarian
4. Kepercayaan ras/agama
sendiri lebih superior
5. Media
6. Kekurangan integrasi sosial

17

UNIT 3

STRATEGI MENCEGAH
RADIKALISASI &

EKTREMISME GANAS:
PERANAN BELIA DAN

MASYARAKAT

18

Penekatan Dalam
Pencegahan
Ekstremisme

Pencegahan: Mencegah

1radikalisasi dengan meme-

lihara masyarakat pel-
bagai agama dan budaya
yang kukuh yang mampu
menangkis pengaruh dan

ideologi ekstrem

Pengesanan Awal: Mem-
bantu institusi dan mas-
yarakat dalam mengesan

2dan memberi maklum

balas kepada tanda-tan-
da awal radikalisasi

Mencabar Propagan-
da: Menghasilkan ba- 3
han khususnya dalam
talian yang mampu
mencabar propaganda
serta agenda ekstrem

Campur Tangan dan Pemuli-
han: Melakukan campur tangan
terhadap individu yang su-
dah mula menzahirkan pan-

4dangan yang ekstrem, beru-

saha untuk mengalih dan
mengubah pandangan mereka
supaya kembali dekat dengan
keluarga dan masyarakat

19

Lunas Perundangan:
Mencegah Dan
Membanteras

Keganasan di Malaysia

Bagi mengekalkan keamanan negara, di samping menguku-
hkan peranan warganegara untuk Bersatu padu dan hidup
dalam rukun damai, aspek encegah dan membanteras
keganasan melalui pelaksanaan dan penguatkuasaan un-
dang-undang adalah suatu mekanisme penting.
Beberapa aspek undang-undang berikut adalah releven da-
lam konteks ini:
1. Akta Majlis Keselamatan Negara 2016 [Akta 776]
2. Akta Pencegahan Keganasan (POTA) 2015 [Akta 769]
3. Langkah-Langkah Khas terhadap keganasan dalam

Akta Negara Asing 2015
4. Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas)

2012, [Akta 747]
5. Akta Pencegahan Jenayah 1959 [Akta 297]
6. Kanun Keseksaan [Akta 574]
7. Akta Pencegahan Pengubalan Wang Haram, Pencega-

han Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti
Haram 2001 [Akta 613]
8. Akta Pertubuhan 1966 [Akta 335]
9. Akta Pendaftaran Penjenayah dan Orang yang Tidak
Diingini 1969 [Akta 7]

20

Kesepakatan Antarabangsa:
Membanteras Ektremisme
Secara Global

Pada 24 September 2014, Persidangan Agung Pertu-
buhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) telah meluluskan
Resolusi Majlis Keselamatan PBB 2178 (2012) untuk
memerangi keganasan dan negara anggota perlu mem-
bangunkan pelan tindakan masing-masing.
Pelan Tindakan Pencegahan Ektremisme Ganas yang
diterima pakai iaitu A/RES/70/254 dipersetujui secara ber-
sama pada 12 Februari 2016 oleh negara-negara anggota
PBB.
Malaysia telah menyambut baik usaha ini dan menyatakan
komitmennya melalui perundangan untuk mencegah ke-
ganasan.
Sementara di peringkat antarabangsa, terdapat 13 kon-
vensyen dan protokol tentang memerangi keganasan
yang mewakili set perundangan antarabangsa yang
disepakati untuk menangani keganasan di peringkat an-
tarabangsa.
Kini, Malaysia menjadi negara pihak kepada sembilan dar-
ipada 13 Konvensyen dan Ptotokol Antarabangsa tentang
memerangi keganasan iaitu:

21

1. 1963 Convention on Offences and Certain Other Acts
Commited on Board Aircraft (Tokyo Convention).

2. 1970 Convention for the Supression of Unlawful Sei-
zure of Aricraft (Hague Convention).

3. 1971 Convention for the Supression of Unlawful Acts
against the Safety of Civil Aviation (Montreal Conven-
tion).

4. 1973 Convention on the Prevention and Punishment of
Crime against Internationally Protected Persons, in-
cluding Diplomatic Agents.

5. 1979 International Convention against the Taking of
Hostages.

6. 1988 Protocol for the Suppression of Unlawful Acts of
Violence of Airports Serving International Civil Aviation,
supplementary to the Montreal Convention.

7. 1991 Convention of the Marking of Plastic Explosive
for the Purpose of Detection.

8. 1997 International Convention for the Suppression of
Terrorist Bombings.

9. 1999 International Convention for the Suppression of
the Financing of Terrorism.

Domain Program Intervensi Belia
1. Perkukuh sahsiah peribadi belia
2. Sokong belia berani depani cabaran
3. Perkukuh daya tahan belia depani anasir jahat



22

Strategi Praktikal Bersama

Menggunakan teknologi, kempen media
sosial, bercerita maya, mencipta video
dan dokumentari

Kerjasama dengan pemegang-taruh yang
lain: majlis tempatan, polis, penjara, sekolah,
media, pemimpin masyarakat, pemimpin
agama
Menyediakan peluang kepada belia untuk ter-
libat aktif melalui keusahawanan dan peluang
pekerjaan; sukan, kesenian dan kebudayaan,
kretiviti dan inovasi; dan membina suasana se-
lesa untuk belia mengekspresikan diri mereka.
Pendidikan dan Latihan: Mengembangkan
kemahiran dan kapasiti belia melalui pendidi-
kan, Latihan dan pengalaman kerja praktikal,
pendidikan sumber manusia, membina kom-
petensi dan keyakinan kendiri.
Pengukuhan perpaduan yang dilandasi den-
gan keikhlasan dalam perhubungan dan pen-
gukuhan kohesi sosial seterusnya mewujud-
kan suatu reality Bangsa Malaysia yang utuh
dan bersatu pada.

23

UNIT 4

GAGASAN BANGSA
MALAYSIA SEBAGAI

KAEDAH BELIA

MENANGANI EKSTREMISME

Perpaduan dan Keamanan

1Keamanan adalah suatu anugerah yang sangat ber-
harga. Tiada sesiapa pun yang waras menginginkan
peperangan, mahu hidup dalam keadaan kacau bilau,
merasai keganasan dan penindasan, dinafikan hak-hak
dan keperluan asas, dan hidup dalam keadaan ketakutan
saban hari.

2Bagi terus memastikan keamanan negara kita, maka
kesepaduan rakyat berbilang identiti untuk memben-
tuk perpaduan nasional adalah diperlukan.

3Konsep Bangsa Malaysia adalah suatu gagasan dan
tindakan yang menumpukan kepada penyelesaian
masalah kehidupan warga dengan menekankan kese-
pakatan nilai bersama (shared values), dan menghargai
kepelbagaiaan dan mempratikkan prinsip hidup bersama
dalam budaya damai.

4Antara nilai-nilai penyatu Bangsa Malaysia adalah
semangat kemakmuran bersama, bersatu melawan
kemiskinan, korupsi, dan konflik, serta tekad bersama
untuk melindungi dan mengangkat martabat semua rak-
yat Malaysia.

25

Malaysia Bumi Bertuah

1Malaysia merupakan sebuah negara bertuah, yang
menjadi kebanggaan bersama. Lintasan sejarah global
menunjukkan betapa pentingnya ‘Malaysia’ dalam pem-
posisian strategik peradaban dunia.

2Dari sudut sumber daya bumi, lokasinya yang strate-
gik, kekayaan sumber mineral dan galian; kesuburan
tanah tanihnya; dan kenyamanan iklim khatulistiwa; men-
jadikannya salah satu daripada lokasi paling diidamkan di
muka bumi ini.

3Manakala dari aspek sumber daya manusia, kerama-
han warganya dengan pegangan nilai keTimuran, yang
terpasak dalam budaya penghidupan bangsa, adalah ciri
kelompok manusia paling layak dan sesuai mendiami
bumi paling bertuah ini.

4Adunan ini yang membentuk ketamadunan rantau ini
dengan ditandai ciri khasnya, kosmopolitanisme.

5Perkataan Kosmopolitan berasal daripada dua istilah
Greek iaitu Kosmos (sejagat atau universal) dan Polis
(kota atau bandar). Ini bermakna, sejak sekian lama, ne-
gara ini adalah sebuah lokasi yang bersifat sejagat, saling
berinteraksi dengan dunia luar, menerima kebaikan walau-
pun daripada kelompok lain, dan saling memanfaatkan.

26

6Kosmopolitan Malaysia adalah suatu warisan zam-
an-berzaman yang mesti dipertahankan dengan sepe-
nuh hati. Tuhan Yang Maha Esa telah menentukan takdir
sejarah ini buat kita, yang diamanahkan untuk mendiami
dan memakmurkan bumi ‘Malaysia’ ini.

Konsep Bangsa Malaysia

1Bangsa Malaysia merupakan satu prinsip yang
mewujudkan identiti kebangsaan yang inklusif bagi
semua penduduk Malaysia.

2Konsep Bangsa Malaysia bukanlah dengan mewu-
judkan satu bangsa baharu dan melenyapkan iden-
titi bangsa tertentu, tetapi konsep ini menekankan
perkongsian nilai yang sama antara semua kaum dan
etnik di Malaysia.

3Pembinaan Bangsa Malaysia merupakan suatu
proses yang memerlukan penekanan terhadap as-
pek-aspek pancang negara seperti Bahasa Melayu
sebagai Bahasa kebangsaan yang termaktub dalam
Perlembagaan Persekutuan, penghayatan dan penga-
malan prinsip-prinsip Rukun Negara dan pengukuhan
aspek integrasi nasional.

27

Rukun Negara
Ideologi Negara

1Rukun Negara telah diisytiharkan pada 31 Ogos 1970
sempena ulang tahun kemerdekaan Malaysia yang
ke-13 oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong
Almarhum Tuanku Ismail Nasiruddin Shah Ibni Almar-
hum Sultan Zainal Abidin, Yang di- Pertuan Agong IV.

2Rukun Negara diperkenalkan berikutan peristiwa 13
Mei 1969 yang melemahkan perpaduan antara kaum
di Malaysia. Rukun Negara dibentuk dengan tujuan
utama iaitu membentuk perpaduan yang kukuh. Prin-
sip-prinsip yang terkandung dalam Rukun Negara jelas
merupakan kunci kepada keharmonian dan perpaduan
kaum demi kejayaan dan kestabilan Malaysia.

3Lima Prinsip Rukun Negara:

i. Kepercayaan kepada Tuhan
ii. Kesetiaan kepada Raja dan Negara
iii. Keluhuran Perlembagaan
iv. Kedaulatan Undang-undang
v. Kesopanan dan Kesusilaan

28

Bangsa Malaysia
Bantu Membantu:
Misi Kemanusiaan

1Bangsa Malaysia adalah kelompok yang mengangkat ser-
ta membela kemuliaan insan (karamah insaniah) pada ta-
hap yang sepatutnya dengan meringankan penderitaan serta
membantu mereka yang sedang berada di dalam keadaan
yang memerlukan samada di dalam negara mahupun di luar
negara.

2Bangsa Malaysia adalah golongan yang sentiasa men-
ingkatkan kesedaran masyarakat dan menggalakkan rasa
tanggungjawab sosial kepada mereka yang kurang bernasib
baik, di dalam negara mahupun di luar negara.

3Bangsa Malaysia memperluas semangat sukarelawan
terutama kepada golongan belia serta membentuk mas-
yarakat yang mempunyai rasa empati yang tinggi.

29

Disediakan oleh

Angkatan Belia Islam Malaysia

30


Click to View FlipBook Version