The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Google_Interland_NUR IMANI ULFAA BT MOHAMAD HAFIZEE_Certificate_of_Awesomeness

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Ulfaa Hafizee, 2023-07-26 23:40:32

Ikan Air Tawar

Google_Interland_NUR IMANI ULFAA BT MOHAMAD HAFIZEE_Certificate_of_Awesomeness

IKAN AIR TAWAR


Tajuk:Ikan Air Tawar Dari:Ulfaa Kelas:5 Arif


Jenis-jenis ikan air tawar:1.Ikan Keli Ikan Keli adalah ikan air tawar yang banyak terdapat di negara-negara ASEAN, khususnya di Malaysia. Di sesetengah tempat khususnya di Selangor, ikan keli disebut sebagai "ikan semilang". Bagi orang Perak, ikan semilang hanya hidup di laut. Ikan keli boleh didapati di kebanyakan sawah padi, contohnya di Pahang, di Paya Pahang Tua, Mambang, Ganchong dan Paloh Hinai, Pekan. Ia juga banyak terdapat di Tasik Chini, Paya Bungor atau Bera. Keli juga menghuni di kuala anak sungai kecil seperti Sungai Lepar di Paloh Hinai hingga ke Jerantut


TALAPIA MERAH merupakan spesis atau sejenis ikan tilapia yang popular di Malaysia. Ikan ini disukai dan menjadi kegemaran oleh penternak kolam ikan air tawar, ternakan dalam sangkar dan dalam sistem kolam kanvas kerana mampu memberikan keuntongan dan hasil lumayan. jenis-jenis ikan air tawar:2.Ikan Talapia Merah


jenis-jenis ikan air tawar:3.Ikan Patin Ikan patin atau nama saintifiknya Pangasianodon hypophthalmus (dulu dikenali sebagai Pangasius Sutchi) adalah spesies ikan air tawar yang mendiami kawasan-kawasan sungai dan lombong-lombong. Pangasianodon hypophthalmus berasal dari Sungai Mekong dan Sungai Chao Phraya di mana ikan ini diternak secara besar-besaran untuk dimakan. Ikan ini dijual di pasaran sebagai Ikan Dory, Swai, dan Basah. Saiznya boleh mencecah 1 meter panjang dan beratnya boleh menjangkau 20kg. Diet utama spesies ini adalah anak-anak ikan, buah-buahan dari pokok di tepi sungai, udang dan bangkai binatang


jenis-jenis ikan air tawar:4.Ikan Haruan Ikan haruan ialah sejenis ikan air tawar jenis karnivor. Ia merupakan spesies asli hutan hujan tropika boleh hidup dalam air payau dan biasa didapati di negara-negara rantau Asia Tenggara. Nama saintifik adalah Channa striatus. Terdapat 30 spesies ikan haruan di dunia dengan lapan jenis terdapat di Sarawak, dua di Sabah dan empat di Semenanjung Malaysia. Ikan Toman, Bujuk dan Haruan adalah dalam satu keluarga tetapi berlainan spesies.


jenis-jenis ikan air tawar:5.Ikan Baung Ikan Baung atau nama saintifiknya Mystus spp. adalah tergolong dalam ikan air tawar yang terdapat di negara-negara ASEAN termasuk di Malaysia. Ikan baung terdapat dalam sungai termasuk sungai Kalimantan Tengah dan ukurannya mampu mencapai 20 kg. Umpan yang digunakan untuk memancing ikan ini biasanya adalah induk semut (rangrang) yang berwarna hijau terang, satu kail biasanya dikaitkan 5 hingga 10 ekor induk semut tersebut, atau mengunakan cacing tanah yang besar atau usus ayam.


jenis-jenis ikan air tawar:5.Ikan Jelawat Ikan Jelawat atau juga dikenai sebagai Ikan Sultan merupakan ikan pemangsa air tawar. di Provinsi Riau penamaan ini disebut ikan lomak. Nama sainsnya adalah Leptobarbus hoevenii. [1] Boleh membesar sehingga 160 cm, oviparous; maserba; gregarious; biasanya berenang pertengahan sehingga dasar. Ikan ini suatu masa dahulu menjadi santapan di raja tetapi setelah ikan ini berjaya dibiak dan telah dikomersilkan bagi hidangan ramai. Ia terdapat di sungai, tasik dan lombong di sekitar Malaysia, Indonesia dan Thailand


jenis-jenis ikan air tawar:6.Ikan Lampam Jawa Ikan Lampan Jawa atau nama saintifik barbonymus gonionotus merupakan sejenis ikan yang sering dijumpai di Malaysia.[1]


Ikan Kap Rumput atau nama saintifiknya Ctenopharyngodon idellus merupakan sejenis ikan air tawar yang berasal dari Siberia dan utara China. Ia boleh ditemui di timur Asia, Amerika Syarikat dan Eropah. jenis-jenis ikan air tawar:7.Ikan Kap Rumput


Ikan Kap Kepala Besar (Aristichthys nobilis atau Hypophthalmichthys nobilis) adalah tergolong dalam ikan air tawar yang terdapat di negara-negara ASEAN. Ia mudah dikenali dan dibezakan dari Ikan Kap lain kerana kepalanya yang besar dan tidak bersisik jenis-jenis ikan air tawar:8.Ikan Kap Kepala Besar


Ikan Kap Perak atau nama saintifiknya Hypophthalmichthys molitrix merupakan sejenis ikan yang terdapat di Malaysia. jenis-jenis ikan air tawar:9.Ikan Kap Perak


jenis-jenis ikan air tawar:10.Ikan Sepat Siam Ikan Sepat Siam atau nama saintifiknya Trichopodus pectoralis,[1] adalah satu spesies ikan sepat yang banyak dijadikan makanan atau ikan hiasan. Ikan ini boleh ditemui di rawa-rawa, danau, sungai dan parit-parit yang berair tenang; terutama yang banyak ditumbuhi tumbuhan air. Juga kerap terbawa oleh banjir dan masuk ke kolam-kolam serta saluransaluran air hingga ke sawah-sawah.


jenis-jenis ikan air tawar:10.Ikan Paya Ikan Paya atau Ikan Karuk (panggilan nama di negeri Sabah dan Brunei) atau nama saintifiknya (Anabas testudineus) merupakan spesies ikan air tawar yang paling lasak. Sawah atau tali air serta sungai kecil menjadi habitat utama spesies ini. Bersisik dan bersirip keras memudahkan spesies ini bergerak di atas tanah yang berair kerana pada ketika tertentu pada musim hujan, kebanyakanya berpindah dan akan memanjat tebing sungai mencari lopak air yang lain. Ia paling layak digelar spesies yang suka berhijrah. Spesies ini juga mampu bertahan tanpa air hingga enam hari selagi dikekalkan lembab. Ikan puyu dewasa mampu menjangkau panjang kira-kira 25 cm atau 9.8 inci.


Terima Kasih


Click to View FlipBook Version