SEKOLAH KEBANGSAAN SULTAN SULAIMAN 2
JLN BATAS BARU,20300 KUALA TERENGGANU.
TERENGGANU
KERTAS KERJA
PROGRAM IHYA’ RAMADHAN
TAHUN 2021 / 1442H
13 APRIL - 9 MEI 2021
( 1 RAMADHAN-27 RAMADHAN)
1.0 TAJUK KERTAS KERJA
PROGRAM IHYA’ RAMADHAN TAHUN 2021/ 1442H
TARIKH : 13 April – 9 Mei 2021
TEMPAT : SK SULTAN SULAIMAN II
MASA : SEPANJANG PDPC DAN DI RUMAH
2.0 PENDAHULUAN
Ramadhan adalah bulan yang Allah janjikan kepada seluruh umat untuk mendapat pahala
yang berlipat ganda. Justeru itu, program ini dirancang dan dilaksanakan dengan tujuan
untuk mendapatkan keredhaan Allah dan memohon agar ibadah yang dilakukan mendapat
ganjaran pahala dari Allah, serta dapat memberikan penghayatan dan pengajaran dalam
bulan Ramadhan.
Seseorang murid itu wajib menyertai aktiviti kokurikulum untuk menyeimbangkan tahap
sosial mereka dalam melangkah ke alam kehidupan yang lebih mencabar. Pengalaman yang
ditimba daripada Program Ihya’ Ramadhan pada tahun ini bakal diaplikasikan oleh mereka
apabila menempuhi alam kedewasaan kelak.
Adalah amat diharapkan supaya program ini dapat berjalan lancar dan membantu
perkembangan murid dalam pelbagai aspek serta mencapai objektif- objektif yang dirancang.
3.0 RASIONAL
Ramai dikalangan murid-murid Sekolah Kebangsaan Sultan Sulaiman II yang tidak terdedah
dengan asas agama di rumah. Ini menyebabkan pengetahuan tentang agama agak cetek,
bahkan ada dikalangan ibu bapa murid-murid tidak menghantar anak mereka mengaji al
quran dan kelas KAFA. Murid-murid juga kurang mengetahui kelebihan-kelebihan bulan-
bulan dalam Islam khasnya bulan ramadhan. Jadi melalui program yang dirancang ini di
harap murid-murid dapat mengetahui, memahami serta melaksanakan amalan-amalan baik
di bulan ramadhan seterusnya dapat dipraktikkan dalam kehidupan seharian hingga ke akhir
hayat.
4.0 MATLAMAT
Untuk melahirkan murid yang seimbang jasmani, emosi, rohani dan intelek dan sosial
selaras dengan Falsafah pendidikan Kebangsaan dan meningkatkan keyakinan diri serta
menguji ketahanan fizikal dan mental setiap individu.
5.0 OBJEKTIF
5.1 Melatih murid untuk lebih mendekatkan diri kepada Allah sempena bulan yang
penuh keberkatan ini
5.2 Meningkatkan kemahiran murid-murid dalam bacaan surah-surah muqaddam.
5.3 Memberi pendedahan kepada murid-murid tentang kebaikan dan kelebihan bulan
ramadhan seperti puasa, solat tarawikh serta fadhilat bersedekah dan lain-lain.
5.4 Membantu murid-murid yang kurang berkemampuan dan anak-anak yatim untuk
persediaan menyambut hari raya melalui sumbangan derma guru-guru, ibubapa
serta murid-murid.
6.0 JAWATANKUASA PERLAKSANAAN PROGRAM IHYA’ RAMADHAN
Pengerusi : En. Che Endut bin Ngah
Naib Pengerusi 1 : En. Mohd Ismail bin Adam
Naib Pengerusi 2 : En. Shafie bin Endot
Naib Pengerusi 3 : En. Rosli bin Long
Ketua Panitia : Mohd Zahari bin Ishak
Penyelaras : Pn Sabiha binti Tahir
Setiausaha : Pn Zuraidah binti Yusoff
Bendahari : Pn Karimal Hilal binti Abbas
Ahli- ahli Jawatankuasa:
6.1 Persiapan tempat dan siaraya
En. Rozman bin Harun
6.2 Risalah Ramadhan dan Buku Program
Pn. Zuraidah binti Yusoff
6.3 Kawalan Murid
En. Wan Mohd Termizi bin Abu Bakar
Pn. Zamaini binti Ali
6.4 Backdrop
Pn. Najmiah binti Yusoh
Pn. Nuriayanti binti Mustapha
6.5 Jurufoto dan dokumentasi
Pn. Fauziana binti Salleh
Pn. Nusaibah binti Ahmad
6.6 Hadiah dan cenderamata
Pn. Khairiah binti Abdullah
Pn. Sabiha binti Tahir
Pn. Noraznida binti Ab.Rahman
Pn. Karimal Hilal binti Abas
6.7 Pengerusi Majlis
En. Solahuddin bin Salleh
6.8 Pembaca Doa
En. Abd.Latiff bin Mamat
7.0 BIDANG TUGAS
7.1 Penyelaras program
‐ Mengadakan perbincangan dengan PK Pentadbiran.
‐ Membuat kertas kerja dan mengadakan mesyuarat.
7.2 Setiausaha
‐ Menguruskan makluman mesyuarat dan minit mesyuarat.
-Menguruskan makluman kepada semua murid yang terlibat
7.3 Persiapan Tempat dan Siaraya
- Menyediakan dan menyusun tempat untuk murid.
- Memastikan siaraya berfungsi dengan baik.
7.4 Jurufoto dan Dokumentasi
- Mengambil foto di sepanjang majlis berlangsung untuk didokumentasikan.
7.5 Risalah Ramadhan dan Buku Program
- Berbincang dengan penyelaras, merangka dan menyediakan buku program.
7.6 Hadiah dan Cenderamata
- Membuat senarai hadiah yang diperlukan.
- Mengatur dan menyusun hadiah yang telah siap.
- Menyediakan hadiah kepada pemenang
7.7 Pengerusi Majlis
- Mempengerusikan majlis
- Mengendalikan majlis serta menceriakan majlis
7.8 Pembaca doa
- Membaca doa sebelum majlis
8.0 KUMPULAN SASARAN
Semua murid tahun 1 hingga 6 Sekolah Kebangsaan Sultan Sulaiman II.
9.0 STRATEGI PELAKSANAAN
BIL TARIKH AKTIVITI TINDAKAN CATATAN
1. 6. 04. 2021 Perbincangan bersama Uz Zuraidah Membuat graf 1 kertas
pentadbir mengenai kerja Program Ihya’
2. 13. 04. 2021 Program Ihya’ Ramadhan Us Zahari Ramadhan
tahun 2021 dan Uz
3. 14 04. 2021 Tazkiran di ambang Karimal Awal pagi jam 7.45-8.15
4. 15. 04. 2021 Ramadhan Uz Zuraidah pagi
5. 18. 04. 2021
Risalah edisi 1 Ramadhan Guru yang Pengagihan tugas kepada
6. 21. 04. 2021 diedarkan terlibat AJK
7. 25.04.2021 Pertandingan Mewarna Us Solah 7.45-8.15 pg
tahap 1 dan Uz
8. 2.05.2021 Tazkirah Ramadhan Karimal Pengagihan tugas kepada
AJK
7. 13.04- 6.05.2021 Pertandingan mencipta Guru yang Awal pagi jam 7.45-8.15
sampul raya terlibat pagi
Tazkirah Ramadhan Us Wan
Awal pagi jam 7.45-8.15
Tazkirah Ramadhan Termizi dan pagi
Uz Fauziana
Tadarus Tahun 6 Pengagihan tugas kepada
Us Azhar AJK
Pertandingan Azan Tahap 1 dan Uz
Najmiah
Guru yang
terlibat
Pertandingan mencipta kad
raya tahap 2
Pertandingan Hafazan tahun
4&5
7. 9.05.2021 Risalah Ramadhan Semua AJK
Penutup dan Pembahagian
Hadiah kepada pemenang
10.0 JADUAL PELAKSANAAN PROGRAM IHYA’ RAMADHAN
MASA ATURCARA
10.15 pagi - Kata-kata aluan pengerusi Majlis
Hingga - Bacaan doa
- Tayangan video
12.15 pagi
- Pembahagian Hadiah kepada pemenang
- Majlis bersurai
11.0 ANGGARAN PERBELANJAAN
PERKARA KUANTITI ANGGARAN SUMBER
JUMLAH
1. Pertandingan mewarna 75 orang x RM 6 RM 450.00 Peruntukan Panitia
2. Pertandingan sampul raya 75 orang x RM 6 RM 450.00
3. Pertandingan Azan 15 orang x RM 6 RM 90.00
4. Pertandingan Hafazan 30 orang x RM 6 RM 180.00
5. Pertandingan mencipta Kad Raya 75 orang x RM 6 RM 450.00
6. Bunting 2 x RM 80 RM 160.00
7. Banner 1 x RM 96 RM 96.00
ANGGRAN JUMLAH KESELURUHAN : RM 1876.00
12.0 PENUTUP
Program Ihya’ Ramadhan merupakan salah satu program wajib yang dilaksanakan oleh
Panitia Pendidikan Islam. Program ini adalah program berkala yang dilaksanakan di sekolah
ini. Kami amat berharap agar program ini mendapat kerjasama dan sokongan yang padu
daripada pihak pentadbir, guru-guru, ibubapa, murid-murid serta masyarakat sekeliling
dalam menjayakan setiap aktiviti yang dirancang. Segala perancangan, pengurusan dan
pentadbiran yang teliti menjadikan pelaksanaan yang dibuat berjalan dengan lancar
berserta hidayah dan pertolongan Allah S.W.T.
Disediakan oleh,
…………………………………….
( ZURAIDAH BINTI YUSOFF )
Setiausaha Panitia Pendidikan Islam
Disemak oleh,
…………………………………….
( MOHD ZAHARI BIN ISHAK )
Ketua Panitia Pendidikan Islam
Diluluskan oleh,
………………………………………..
( CHE ENDUT BIN NGAH )
Guru Besar SK Sultan Sulaiman II