The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Sistem Perundangan Islam

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Muhammad Khairiel, 2022-06-11 12:34:32

Pendidikan Islam

Sistem Perundangan Islam

MPU13012/PENDIDIKAN ISLAM

NAMA PROGRAM : UNIT PENGAJIAN AM SESI DIS2020/MAC2021
JENIS e-FOLIO
KOD KURSUS/NAMA KURSUS : MPU13012/PENDIDIKAN ISLAM PENILAIAN _____/30%
MARKAH
NAMA : MUHAMMAD KHAIRIL BIN NOR AZMAN _____/30%
NO MATRIK : P01STS21F019 MARKAH
KELAS : STS2B

NAMA : MUHAMMAD ZAFRIE BIN YUSMAN
NO MATRIK : P01STS21F018
KELAS : STS2B

TOPIK 3 : JELASKAN SUMBER-SUMBER HUKUM ISLAM

1. PENGENALAN

➢ Islam merupakan agama yang lengkap dan sesuai untuk sepanjang zaman
Islam juga menyediakan sistem yang teratur dan menetapi seluruh aspek
kehidupan. Sistem perundanagn islam merangkumi setiap bidang kehidupan
manusia. Dalam menjalani kehidupan di dunia sebagai kalifah, Rasul diutuskan
untuk memandu perjalanan hidup manusia agar bertepatan dengan arahan dan
peraturan yg telah ditetapkan oleh Allah SWT.

➢ Panduan ini adalah penting untuk menjawab sebarang kekeliruan yang timbul
dalam proses perjalanan hidup manusia. Oleh sebab Rasulullah tidak lagi hidup
kini, baginda telah meninggalkan assunah agar kita dapat meneruskan
kehidupan berlandaskan syariat islam yang betul dalam apa jua aspek seperti
munakahat perundangan, akhlak dan lain lain.

2. PENGERTIAN PERUNDANGAN ISLAM

➢ Perundangan dari segi bahasa ialah AL-Syariat iaitu jalan yang lurus
➢ Perundangan dari segi istilah ialah hukum-hukum yang telah ditetapkan oleh

Allah SWT kepada manusia yang merangkumi aspek akidah, syariat, akhlak,
dan sebagainya.

MPU13012/PENDIDIKAN ISLAM

3. DALIL PERUNDANGAN ISLAM

‫بِ ْس ِم ٱّ هَٰللِ ٱل ٰر ْح هم ِن ٱل ٰر ِحي ِم‬
ّ‫ثَُّم َج َع ْلنَ ٰـ ََّك َعلَ َّٰى َش ِريعَ َةّ ِم ََنّ ٱ ْْلَ ْم َِّر فَٱتبِ ْع َها َو ََلّ تَت ِب َْعّ أَ ْه َوآ ََءّ ٱل ِذي ََّن ََلّ َي ْعلَ ُمو ََن‬
(Surah Al-Jathiyah)

Maksud : Kesudahannya kami jadikan engkau (wahai Muhammad dan utuskan
engkau) menjalankan satu Syariat (yang cukup lengkap) dari hukum-hukum agama;
maka turutlah Syariat itu, dan janganlah engkau menurut hawa nafsu orang-orang
yang tidak mengetahui (perkara yang benar).

4. KEUNGGULAN PERUNDANGAN ISLAM
➢ Ciptaan Allah SWT.
➢ Lengkap dan sesuai merangkumi semua aspek kehidupan manusia seperti
ibadah , akidah , muamalah dan sebagainya .
➢ Hukuman dalam perundangan islam adalah adil dan setimpal dengan
kesalahan yang dilakukan tanpa mengira kedudukan ,pangkat dan keturunan
seseorang .
➢ Kekal hingga ke Hari Akhirat tanpa berlakunya perubahan .
➢ Mendidik jiwa manusia dengan akhlak yang murni.
➢ Memelihara keselamatan masyarakat dan negara.
➢ Hukumannya bersifat memberi pengajaran kepada manusia .
➢ Ganjaran pahala bagi orang yang mematuhi undang-undang Islam.

MPU13012/PENDIDIKAN ISLAM ISTILAH

5. SUMBER PERUNDANGAN ISLAM Kalam Allah SWT yang bermukjizat
1) AL-QURAN serta diturunkan kepada Nabi
BAHASA Muhammad melalui perantaraan
Bacaan Malaikat Jibril dalam Bahasa Arab.

• Digunakan sebagai panduan kerana isi kandungannya yang lengkap

merangkumi pelbagai bidang seperti sosial, ekonomi, undang-undang,
sains, dan sejarah. Al-Quranَّmempunyaiَّ30َّjuzu’َّdanَّ114َّsurah.َّKeaslianَّ

yang ada pada Al-Quran adalah terjamin, kerana ianya merupakan kalam

Allah SWT.

• Sebagai contoh, kewajipan berzakat telah dinyatakan dalam Surah Al-
Baqarah ayat 43 iaitu ‘Dan dirikanlah solat, tunaikanlah zakat, dan
rukuklah bersama-sama dengan orang yang rukuk’.

2) AL-HADIS

BAHASA ISTILAH

Jalan hidup / kelakuan / watak dan Setiap perkara yang diambil daripada

kebiasaan Rasulullah SAW sama ada perkataan,

perbuatan atau pengakuan baginda

SAW.

• Secara teknikalnya, ia merujuk kepada segala perbuatan Rasululah SAW
sama ada secara percakapan, riwayat hidup, atau pengakuan. Al-Sunnah
diriwayatkan daripada para sahabat dan ditulis oleh para ulama
pengumpul hadis. Al-Sunnah dan Al-Quran adalah sumber primer (utama)
dalam perundangan Islam.

• Sebagai contoh, berniaga adalah merupakan sunnah Rasulullah SAW.

MPU13012/PENDIDIKAN ISLAM ISTILAH

3) AL-IJMAK Persetujuan antara ulama-ulama Islam
BAHASA daripada umat Nabi Muhammad SAW
Sepakat mengenai hukum syarak pada suatu
masa selepas kewafatan Rasulullah
SAW.

• Ianya bermaksud kata sepakat di kalangan ulama selepas wafatnya
Rasulullah SAW mengenai sesuatu perundangan Islam. Setelah
keputusan dibuat, kita sebagai umat Islam wajib mentaatinya. Ini kerana
para ulama yang beriman dan bertakwa akan membuat keputusan yang
terbaik dan untuk kesejahteraan umat Islam.

• Salah satu contoh Ijma’ adalah jual beli dibolehkan, manakala riba
diharamkan.

MPU13012/PENDIDIKAN ISLAM ISTILAH

4) AL-QIAS Menghubungkan hukum yang tidak ada
BAHASA (cabang) kepada hukum yang ada (asal)
Ukuran atau anggaran kerana bersamaan illiat (sebab). Contoh
kewajipan mengeluarkan zakat padi diqiaskan
daripada gandum.

• Qiyas adalah perbandingan hukum di antara sesuatu yang telah
dinyatakan di dalam Al-Quran dan Al-Sunnah dengan perkara baru pada
zaman ini. Perkara tersebut mempunyai implikasi yang sama dari segi
faedah dan mudaratnya.

• Sebagai contoh, dalam Surah Al-Jumuah ayat 9 ada dinyatakan
larangan berjual beli ketika azan berkumandang pada Hari Jumaat.
Dalam konteks Qiyas, ianya terpakai kepada semua jenis aktiviti
perniagaan (bukan jual beli sahaja) kerana ia mempunyai implikasi yang
sama.

6. PERBEZAAN ANTARA SISTEM PERUNDANGAN ISLAM DENGAN
PERUNDANGAN CIPTAAN MANUSIA

PERUNDANGAN ISLAM PERUNDANGAN CIPTAAN MANUSIA
Ciptaan Allah SWT Ciptaan manusia
Bersifat universal Bersifat setempat
Sesuai pada semua tempat dan zaman Sesuai hanya pada sesuatu tempat dan
keadaan sahaja
Al-Quran dan Al-Hadis sebagai sumber Pemikiran manusia sebagai sumber
rujukan
rujukan utama Merangkumi dunia sahaja

Lengkap dan merangkumi dunia dan Melanggarnya akan dikenakan Tindakan
di dunia
akhirat

Mengingkarnya berdosa dan

mematuhinya mendapat pahala

7. FAEDAH MENGAMALKAN PERUNDANGAN ISLAM

INDIVIDU
1.Melahirkan insan yang bertanggungjawab dan bertakwa
2.Dikasihi dan hidupnya diberkati oleh Allah SWT
3.Terjamin kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat

MPU13012/PENDIDIKAN ISLAM

MASYARAKAT
1.Mengelakkan daripada perpecahan dan pergaduhan dalam masyarakat
2.Mengukuhkan hubungan silaturahim tanpa mengira agama dan budaya
3Melahirkan masyarakat yang aman dan sejahtera

NEGARA
1.Memantapkan keamanan dan kedaulatan negara
2.Negara dan rakyatnya akan dihormati oleh negara luar
3.Negara akan bertambah maju dan makmur

8. PENUTUP
Kesimpulan
Kesimpulan Sebagai umat islam, kita diwajibkan untuk mengetahui serta
memperdalam sumber ajaran agama yang dibawa oleh Rasulullah SAW. Karena
sumber ajaran agama islam merupakan media penuntun agar kita dapat
melaksanakan semua perintah Allah dan semua larangan-Nya. Agama islam pun tidak
mempersulit kita dalam mempelajari seluk beluk agama islam. Karena terdapat
tingkatan sumber ajaran agama islam yang harus kita pedomani yaitu sebagai berikut
: 1. Al – Qur‟anَّsebagaiَّsumberَّhukumَّislamَّ2.َّAlَّ– Sunah sebagai sumber hukum
islam 3. Ijtihad Sebagai Sumber Hukum Islam 4. Qiyas Sebagai Sumber Hukum Islam
5.َّIjma‟َّSebagaiَّSumberَّHukumَّIslam.َّ


Click to View FlipBook Version