DIPLOMA KEWANGAN DAN PERBANKAN ISLAM
DUA 6012 KOMUNIKASI DAN PENYIARAN
ISLAM
TAJUK : UNSUR-UNSUR KHURAFAT
DALAM FILEM
NAMA PENSYARAH :
ENCIK ZULKEFLY BIN MUKHTAR
EDITOR
AUNI NAZERAH BINTI CHE RAHIM
[17DIB18F2008]
NUR AISYAH BINTI KAMARUDDIN
[17DIB182018]
NURUL AISYAH BINTI ABD RAHMAN
[17DIB18F2065]
SALEEHA BARVEEN BINTI ZAKARIA
[17DIB18F2996]
TINGKAH YANG KASAR BURUK LAKU NYA,
MATA DIPEJAM BILA BERJUMPA,
MATANYA BESAR MERAH WARNANYA, BERTARING TAJAM
SUKA MENERPA...
NAMPAK MALAP JALAN KE PAYA,
MATA DISENGKANG DI DALAM JAGA,
DI MALAM GELAP TIADA CAHAYA,
RUPANYA DI BELAKANG ADA LEMBAGA...
MEMAKAI SARI DIIKATNYA KETAT,
TERPEKIK TERLOLONG KERANA HAMBAT,
NANG NAK DARI SIAM CERITANYA HEBAT,
PONTIANAK PELESIT SUNDAL BOLONG JANGAN DIBUAT-
BUAT...
SILAT KUNTAU HAMBA SUKA,
TERKADANG LEMAH TUMBUKAN TAK KENA,
SERU SANTAU KHURAFAT SAKA, HANTU KAK LIMAH HILANG
KE MANA ?
MAKAN NASI PUCUK PAKU,
CAMPUR DENGAN DAUN POKON CIKU,
DATANGLAH HANTU DATANG PADAKU,
DATANGLAH ENGKAU TIDUR DISEBELAHKU...
ISI KANDUNGAN
PENGENALAN
APAKAH ITU KHURAFAT ? DAN HUKUM MEMPERCAYAI
KHURAFAT
CIRI-CIRI KHURAFAT
BENTUK-BENTUK KHURAFAT
SENARAI FILEM YANG MENGANDUNGI UNSUR
KHURAFAT
UNSUR-UNSUR YANG WUJUD DALAM FILEM SERAM
ASPEK YANG BERCANGGAH DENGAN ISLAM YANG
TERDAPAT DALAM FILEM
PUNCA DAN AKIBAT DARIPADA PENHASILAN FILEM
YANG BERUNSUR KHURAFAT
LANGKAH-LANGKAH MENGATASI AMALAN KHURAFAT
KESIMPULAN
PENGENALAN
Pada era globalisasi ini, kita masih dimomokkan dengan atau dihidangkan dengan pelbagai
bentuk hiburan. Hal ini ridak kira sama ada melalui media cetak mahupun media elektronik.
Berbicara tengtang hiburan, isu yang ingin diketengahkan disini ialah menegenai fenomena
kebangkitan yang kebanyakkan merosakkan akidah umat Islam. Industri hiburan tanah air
kini semakin hari semakin berkembang dengan penghasilan perbagai bentuk filem atau drama
tidak kira sama ada berunsurkan komedi, romantik, aksi mahupun seram. Seiring dengan
kebangkitan filem-filem berunsur hantu atau seram ini mendapat perhatian ramai pihak.
Diantaranya, memuji dan menyokong lambakan filem ini dan tidak ketinggalan kritikannya.
Kebanyakkan yang mengkritik adalah disebabkan terdapat unsur-unsur yang negatif yang
mampu diserap kepada para penonton. Lebih-lebih lagi golongan remaja dan kanak-kanak.
Mereka ini merupakan golongan yang mudah terpengaruh kerana masih berada dalam proses
pembelajaran.
Perkara ini sangat membimbangkan kerana ramai penonton yang meminati filem berunsurkan
seram atau komedi seram serta hantu ini terdiri daripada masyarakat melayu dan beragama
Islam. Mereka ini terdiri daripada pelbagai peringkat usia iaitu golongan tua, dewasa, remaja
dan kanak-kanak. Hal ini di takuti meracuni fikiran dan mengancam akidah generasi muda
dan kanak-kanak. Ditakuti juga mereka ini akan mempengaruhi dengan aksi-aksi yang
dilakonkan mengenai kononnya wujud pelbagai jenis hantu yang direka semata-mata untuk
menimbulkan rasa seram kepada penonton.
Mayarakat kita pada hari ini semakin terdedah dengan pelbagai perkara tahyul, keramat,
perkara ghaib, sihir dan cerita-cerita aneh, misteri dan ajaib. Pelbagai filen yang berunsurkan
mistik mula mewarnai media masa kini. Fitarah naluri manusia yang cenderung perda
perkara baru mendorong ramai penggiat seni menjadikan jalan cerita sebigini sebagai modal
mempublisitikan karya mereka. Meskipun sebahagian daripada prosedur mereka meletakkan
matlamat utama pembikinan sebarang bentuk media sebagai medium untuk membuka mata
masyarakat terhadap fenomena ini dan mengambil ikhtibar. namun didapati kesan negatif
disebaliknya lebih berkesan mempengaruhi akidah dan perspeksi masyarakat.
Ramai dalam kalangan masyarakat gemar menonton filem yang bergenre seram. Hal ini
sebenarnya mendorong mereka merasa takut pada objek yang dijelmakan melalui tontonan
filem. Seterusnya, menimbulkan kepercayaan bahawa objek tersebut boleh mendatangkan
keburukkan kepada mereka. Menurut Tengku Intan (2001), mentaliti masyarakat melayu
masih lagi dibelenggu unsur-unsur tahyul dan khurafat. Oleh yang demikian, untuk
menangani perkara tersebut, pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah
mengeluarkan garis panduan yang perlu digunakan bagi penghasilan bahan audio atau visual
supaya tidak bercanggah dengan akidah Islam.
APAKAH ITU KHURAFAT ?
Firman Allah yang bermaksud ;
'Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan
dosa syirik menyekutukan-Nya (dengan sesuatu
apa juga). Dan akan mengampunkan dosa yang
selain itu bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya
(menurut aturan syariat-Nya). Dan sesiapa yang
menyekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain),
maka sesungguhnya dia telah melakukan dosa
besar". [Surah An Nisa' ayat48]
Menurut kitab Al mu'jam Al-Wasit, Khurafat ialah cerita-cerita yang
mempesonakan yang di campur adukkan dengan perkara dusta. Menurut kamus Al-
Marbawi, khurafat ialah sebarang cerita yang benar-benar dusta. Pendapat lain
menyebut bahawa, khurafat ialah sesuatu hal yang tidak masuk akal atau perkara-
perkara yang sukar dipercayai kebenarannya. Berdasarkan takrif tersebut, dapat
disimpulkan bahawa khurafat ialah sesuatu perkara yang mempersonakan berbentuk
rekaan atau dongeng (lagenda), karut dan menyimpang daripada ajaran Islam yang
sebenar.
HUKUM MEMPERCAYAI KHURAFAT
Menurut garis panduan yang dikeluarkan JAKIM , hukuman yang ditetapkan ke
atas pelaku yang percaya kepada amalan khurafat ialah SYIRIK. Dalam Islam,
percaya kepada benda khurafat misalnya benda-benda keramat seperti pokok, kubur,
telaga dan sebagainya serta yakin terhadap kuasa selain daripada Allah ialah
SYIRIK dan bertentangan dengan kepercayaan tauhid.
Maksud firman Allah S.W.T. dalam Surah Yunus ayat 106 : "Dan janganlah kamu
menyembah sesuatu yang tidak memberi manfaat dan tidak (pula) memberi bencana
kepadamu selain Allah, sebab jika engkau lakukan (yang demikian), maka
sesungguhnya engkau termasuk orang-orang yang berlaku zalim" .
"HUKUM KEATAS PELAKU YANG
PERCAYA KEPADA AMALAN KHURAFAT
ADALAH SYIRIK DAN HARAM DISISI
ISLAM"
Maksud hadith Nabi Muhammad S.A.W. : "Jauhilah 7 perkara yang merosakkan.
Para sahabat bertanya, apakah 7 perkara itu? Baginda menjawab : Menyekutukan
Allah, sihir, membunuh orang tanpa hak, makan riba, makan harta anak yatim, lari
dari medan perang dan menuduh perempuan baik melakukan maksiat terkutuk" . -
Hadith Riwayat Al-Bukhari, Kitab Sahih Al-Bukhari, Kitab Al-Hudud, Bab 44, Hal.
33
CIRI-CIRI KHURAFAT
Amalan atau kepercayaan amalan khurafat dapat dikenal pasti melalui cir-
ciri seperti berikut :
Ciri yang pertama dari segi perbuatan Namun bagaimanapun, sesuatu
atau tingkah laku seseorang iaitu tidak perkara yang bersumberkan kepada
berdasarkan kepada nas-nas syarak sama kepercayaa-kepercayan lama dan
adat yang bercanggah dengan Islam
ada al-Quran atau al-Hadith yang turut ke arah sesuatu yang berkaitan
bersandarkan kepada pegangan Ahli
dengan ciri khurafat.
Sunnah Wal Jamaah.
Seterusnya, ia juga merupakan cerita- Selain itu, ia juga melibatkan
cerita rekaan, dongengan, khayalan atau penggunaan objek-objek tertentu
kepercayaan karut iaitu juga mendorong seperti kubur, pokok, busut dan
sebagainya untuk tujuan tertentu.
kepada ciri khurafat.
Ciri khurafat yang wujud disebabkan oleh Tambahan lagi, ia berbentuk
sesuatu yang berbentuk pemujaan dan pemujaan dan permohonan kepada
makhluk halus untuk tujuan yang
permohonan kepada selain daripada Allah memudaratkan dan menyeleweng dari
S.W.T. untuk tujuan tertentu seperti
memuja kubur atau pusu untuk akidah Islam.
mendapatkan nombor ekor.
Akhir sekali, ciri-ciri khurafat ialah
mengandungi unsur-unsur negatif yang
boleh membawa kepada syirik, merosak atau
menjejaskan akidah dan syariuat Islam.
BENTUK-BENTUK KHURAFAT
Amalan khurafat masih wujud di dalam masyarakat Islam masa kini walaupun dunia era
globalisasi ini kian moden, bahkan ia juga telah muncul dalam bentuk-bentuk yang berbagai-
bagai samada dalam bentuk perbuatan tertentu, ungkapan tertentu, cerita atau kisah tertentu,
bilangan tertentu, serta konsep, prinsip atau mazhab tertentu. Amalan mengunjungi kubur yang
dianggap keramat, mempercayai binatang seperti burung boleh membawa tuah atau sial,
membuang ancak bagi menghalu hantu adalah sebahagian bentuk gejala khurafat.
Melenggang Perut
Adat melenggang perut kebanyakkannya lebih difahami
masyarakat melayu diselatan semenanjung manakala di sebelah
utara semenanjungg lebih dikenali dengan panggilan kirim perut.
Adat ini ialah suatu adat yang dijalankan ke atas seorang isteri
yang telah genap tujuh bulan hamil dan ia bertujuan untuk
meletakkan kedudukan bayi didalam perut di tempat yang
sepatutny, iaitu bahagian kepala di pintu rahim. Ini penting bagi
memudahkan si ibu bersalin dan bayi tidak kelemasan dalam
perut. Maka pada masa itu, bidan akan dipanggil untuk
memeriksa danmenentukan isteri yang hamil itu betul-betul telah
genap tujuh bulan hamil atau belum cukup bulan lagi. Jika
didapati sudah genap tujuh bulan isteri itu hamil, maka mulailah
bidan itu diupah untuk melangsungkan adat melenggang perut
ini. Klengkapan yang mustahak perlu disiapkan untuk
menjalankan adat ini.
Antara kelengkaapan yang disediakan adalah seperti berikut :
1.Tujuh helai kain yang berlainan warna.
2.Satu gantang beras.
3.Beberapa urat benang.
4.Satu batang damar.
5.Sedikit minyak kelapa atau minyak urut.
6.Beberapa batang lilin.
7.Satu tepak sirih, yang lengkap dengan isinya.
8.Pengeras wang sebanyak lima suku di dalam tapak itu.
Setelah semua barang tersebut disediakan, tok bidan akan menjalankan adat melenggang perut
seperti berikut :
Pertama, tok bidan membentangkan ketujuh-tujuh helai kain berwarna itu secara melintang
sehelai demi sehelai. Ibu yang hamil itu akan dibaringkan di atas lapisan-lapisan kain tersebut.
Kemudian, perut ibu itu akan diurut dengan minyak kelapa atau minyak urut secara perlahan-
lahan.
Selepas itu, kelapa yang sudah dikupas tersebut akan
diguling-gulingkan secara perlahan-lahan di atas perut
ibu mengandung itu ke atas dan ke bawah sebanyak
tujuh kali dan pada kali yang ketujuh itu, kelapa tersebut
akan dilepaskan serta dibiarkan jatuh bergolek daripada
perut ibu tersebut sambil diperhatikan oleh tok bidan
tersebut. Tok bidan akan memerhatikan muka atau mata
kelapa itu setelah berhenti bergolek. Jika mata kelapa itu
menghala ke atas, ibu itu akan beroleh anak lelaki, dan
jika ia menghala ke bawah, anak perempuan akan
dilahirkan.
Setelah itu, sebelah tangan tok bidan akan memegang
satu hujubg kain lapisan atas sekali dan dengan
tangannya yang sebelah lagi, dipegangnya hujung yang
satu lagi. kemudian kain itu di angkatnya sedikit sambil
dilenggang-lenggangkan badan ibu itu.
Dari sinilah terbitnya panggilan Lenggang Perut itu.
Selepas itu, kain itu akan ditarik keluar daripada bawah
badan ibu tersebut. perbuatan ini akan dilakaukan
sehingga habis ketujuh-tujuh helai lkain itu dikeluarkan
dari bawah pinggang ibu tersebut. Kain yang dibawah
sekali akan diberikan kepada tok bidan bersama-sama
dengan kelapa, beras, damar, sirih pinang beserta
dengan wang pengeras lima suku di dalam tepak sirih
itu.
Biasanya, pada hari melenggang perut akan diadakan kenduri kecil-kecilan yang akan dihadiri
oleh orang tua-tua dan kaum keluarga yang rapat. Pada masa kenduri itu berlangsung, si ibu yang
akan melenggang perut akan dipakaikan dengan pakaian yang baru dan cantik.
Temasya Mandi Safar
Merupakan satu perayaan orang Melayu khususnya orang Melaka yang diwarisi sejak zaman
berzaman. temasya ini diakdakan setiap tahun apabila tiba bulan Safar iaitu bulam kedua di
dalam aklendar islam. Ia disambut pada hari Rabu yang terakhir dalam bulan tersebut.
Sebelum Perang Dunia II, sebahagian masyarakat menganggap temasya mandi Safar ini
mempunyai kaitan dengan kepercayaan agama Islam. Menurut anggapan mereka, kononnya hari
tersebut dirayakan sebagai menyatakan kesyukuran kerana junjungan kita Nabi Muhammad
S.A.W. telah sembuh dari sakit yang amat berat.
Ada pendapat yang menganggap bulan safar bulan Mahas atau bulan Bala kerana di dalam bulan
ini terutamanya pada hari Rabu terakhir, Allah banyak menurunkan bala kepada makhluknya di
dunia ini. Oleh itu, orang-orang tua sering mengingatkan anak cucu mereka agar berhati-hati
tidak melakukan sebarang pekerjaan.
Oleh kerana wujudnya kepercayaan seumpama ini, ,aka upacara perkahwinan, pertunangan dan
majlis keraian tidak dilakukan pada bulan tersebut kerana dipercayai jodoh teruna dan dara tidak
berkekalan.
Di Melaka, tempat yang terkenal mengamalkan pesta mandi safar ialah di Tanjung Beruas,
Tanjung Kling, Melaka. Tempat ini terletak di tepi laut Selat Melaka iaitu kira-kira tujuh batu
dari Bandar Melaka.
Dalam menjayakan pesta ini, kereta lembu memainkan peranan yang penting. Pemilik kereta
lembu yang rat-ratanya terdiri daripada masyarakat tani akan mengambil bahagian. Setiap tahun
pada malam Rabu akhir bulan Safar mereka akan membanjiri sepanjang pantai Tanjung Kling
dengan membawa kumpulan mereka. Beberapa minggu sebelum tibanya hari tersebut, lembu-
lembu ini akan dibersihkan dan disapu minyak. Di samping itu, mereka akan mengumpulkan alat
muzik seperti biola, gong, dan gendang bagi mengiringi mereka nanti.
Semasa dalam perjalanan mereka akan menggesek biola, memukul gendang dan gong serta
menyanyi sepanjang jalan sehingga tiba di Tanjung Kling. Mereka akan menyanyi sambil berbalas
pantun dalam pelbagai corak pantun.
Temasya tersebut sungguh meriah dan berwarna warni namun pangamalannya adalah Khurafat
dan boleh manjadikan murtad. Kini di Malaysia, tiada lagi temasya mandi Safar di Melaka
mahupun di negeri-negeri dalam Malaysia.
AZIMAt
Azimat ialah semua benda-benda yang dipercayai dapat melindungi diri seseorang daripada
segala ancaman marabahaya atau mencegah musibah daripada menimpa diri manusia. Tangkal
adalah salah satu daripadanya. Tangkal merupakan barang yang dibuat untuk dipakai seperti
gelang tangan yang diperbuat daripada benang. Ada juga kalung yang diperbuat daripada dahan-
dahan kayu atau untuk diletakkan di tempat-tempat tertentu dengan tujuan melindungi dari
gangguan syaitan seperti kemenyan yang dibalut dengan kain dan diletak di sudut kediaman.
Lazimnya, benda-benda sebegini didapati daripada pengamal-pengamal ilmu hitam atau sihir
dan ia ghaib serta memiliki khadamnya yang terdiri makhluk ghaib.
Manakala waraq pula adalah azimat dalam bentuk tulisan-tulisan berupa huruf, nombor, rajah
atau gambar yang ditulis atas kertas atau kepingan tembaga. Ia ditulis dalam bahasa yang tidak
difahami dan kadangkala bercampur-aduk dengan ayat-ayat suci al-Quran. Itulah sebabnya ada
golongan yang terpedaya sehingga memepercayai tulisan ayat al-Quran maka si pemakainya
sebenarnya telah menghina tulisan ayat al-Quran kerana menganggap remeh ayat-ayat dalam
khitab suci itu dan ini benar-benar bertentangan dengan apa yang dimuatkan di dalamnya.
Allah menurunkan al-Quran untuk menjadi petunjuk dari kegelapan, bukan sebagai azimat.
Fenomena ini bertentangan dengan Islam kerana tiada daya melainkan Allah S.W.T. .Dan
tentunya kita pernah mendengar ayat ini "Tidak akan berlakunya sesuatu perkara itu melainkan
dengan izin Allah S.W.T. "
Perbuatan ini ditentang keras di sisi agama Islam kerana ia boleh meruntuhkan akidah sesorang
individu kepada syirik. Tambahan lagi hadis umumnya melarang azimat dan tidak disebut pula
pengecualiannya walaupun ada percanggahan pendapat dalam kalangan alim ulama.
Penggunaan azimat juga atau tangkal akan memepesongkan akidah seseorang. Islam sangat
menitikberatkan soal-soal akidah, syariah dan akhlak. Segala amalan dan kepercayaan yang tidak
berdasarkan sumber-sumber yang asal seperti al-Quran, al-Hadis, Ijma' dan Qiyas menurut
pegangan Ahli Sunnah Wal Jammah adalah ditolah dalam Islam.
Haruslah diingatkan penggunaan azimat atau
tangkal adalah khurat yang semua cerita sama ada
rekaan atau khayalan, ajaran-ajaran, pantang
larang, adat istiadat, ramalan-ramalan, pemujaan
atau kepercayaan yang menyimpang dari ajaran
Islam. Khurafat juga merangkumi cerita dan
perbuatan yang direka dan bersifat karut atau dusta.
Jampi adalah haram sekiranya ia
mengandungi perkataan yang
tidak difahami maknanya atau
yang berdasarkan sihir atau
memuja hantu syaitan dan jin iblis
atau mengiktikadkan bahawa
jampi itu yang memberi kesan
sehingga si pesakit menjadi
sembuh.
Amalan memuja dan memohon pertolongan dari objek
yang dipuja seperti yang selalu dilakukan oleh sesetengah
bomoh dan dukun atau individu tertentu adalah syirik
dan menyesatkan. Mana-mana orang yang bersahabat
dan menggunakan jin, tukang sihir dan tukang tenung
adalah tergolong di dalam golongan orang yang jahil dan
menzalimi diri sendiri.
Haram menggunakan azimat atau tangkal yang
mengandungi rajah-rajah atau tulisan-tulisan yang
tidak difahami seperti objek-objek tertentu dan
bercampur aduk dengan ayat al-Quran, atau
berdasarkan kepada sihir, atau yang memuja hantu
syaitan dan jin iblis, atau yang mengandungi benda-
benda najis atau kotor dan menganggapkan tangkal
mempunyai kuasa.
Amalan penggunaan azimat atau tangkal sebagai
pelindung diri seperti ilmu kebal, ilmu pengasih, ilmu
pelemah hati, ilmu penjauh jin, penimbul, penyeri,
pemanis, mempercepatkan jodoh, pelaris, penunduk
musuh, penunduk kata, pemerdu suara, pembungkam,
penarik rezeki, penjaga diri, penguat tenaga batin dan
sebagainya yang dicampuradukkan dengan sihir adalah
syirik dan menyeleweng dari ajaran Islam.
Mana-mana orang Islam yang terlibat dengan perkara syirik atau khurafat, menggunakan
azimat atau tangkal atau mengamalkan jampi serapah yang bertentangan dengan akidah,
syariat dan akhlak Islam wajib segera bertaubat dan memohon keampunan kepada Allah Ta’ala
SMS ATAU SURAT BERANTAI
Tercetus daripada kemajuan teknologi yang semakin berkembang di era globalisasi yang
semakin moden ini oleh masyarakat masa kini. Mungkin ramai dalam kalangan kita yang tidak
perasan atau terlepas pandang dan tidak mengambil berat perkara ini bahawa bentuk amalan
ini mempunyai unsur-unsur khurafat yangamat halus.
Jika kita selidiki setiap surat berantai atau SMS berantai pastinya dimulakan dengan cerita-
cerita pastinya dimulakan dengan cerita-cerita yang menginsafkan dan mengingatkan kembali
seseorang akan tuntutan Islam namun sebaliknya pula di akhir helaian atau pun SMS.
Contohnya di pengakhiran SMS atau surat berantai itu akan ada yat yang mengandungi :
"Barang siapa yang tidak menyebarkan SMS ini kepada sepuluh orang ini atau
mengabaikannya, maka dia akan ditimpa kesusahan selama tujuh hari. Manakala
siapa yang mereka menyebarkannya pasti anda akan dilimpahi kesenangan
daripada Allah S.W.T. selama tujuh minggu"
Justeru orang yang menerima SMS atau surat berantai ini akan terpedaya dan
meneyebarkannya kepada sepuluh orang kerana takut dengan kesusahan yang diperkatakan itu
sama ada secara terpaksa atau tidak.
Namun, itu bukanlah persoalan utamanya, persoalannya
di sini mereka yang mempercayai perkara ini telah
dipesongkan akidahnya. Sama ada percaya atau tidak,
mereka yang percaya dengan ayat seperti di atas
sebenarnya telah meletakkan kekuasaan untuk
menentukan takdir hidup mereka pada SMS atau helaian
berkenaan bukannya Allah S.W.T. . Susunan ayat seperti di
atas telah mengalihkan keyakinan mereka daripada Maha
Pencipta secara halus. Kemungkinan gejala ini adalah
sebhagian rancangan musuh-musuh Islam tidak boleh
diambil ringan. Jelaskan perkara ini sangat
mempesongkan akidah seseorang umat Islam dan akan
meruntuhkan institusi kemasyarakatan.
SENARAI FILEM YANG
MENGANDUNGI UNSUR KHURAFAT
FILEM : MUNAFIK
Filem munafik ini mengisahkan seorang pengamal perubatan secara Islam yang
bergelar Ustaz Adam, beliau mengharungi hidupnya selepas terlibat dalam
sebuah kemalangan langgar lari yang telah menyebabkan kematian arwah
isterinya Zulaikha dan anaknya Amir. Kisah hidup Ustaz Adam mula berubah
apabila beliau menerima seorang pesakit wanita yang bernama Maria.
Maria merupakan seorang anak tunggal kepada salah seorang pengamal
perubatan Islam yang Pak Osman. Maria juga mempunyai seorang ibu tiri
bergelar Puan Zati. Maria telah menghidapi penyakit trauma dan gangguan
emosi apabila terlibat dalam kemalangan yang dirancang oleh ayahnya sendiri
Pak Osman.
FILEM : KHURAFAT
Khurafat mengisahkan perjanjian terlarang dan salah satu bentuk penyelewengan dalam aqidah
Islam diantara manusia dan syaitan, sesuatu yang amat ditegah dalam agama suci kita. Tetapi,
manusia tanpa mengira akibat membelakangkan Allah, disokong dengan nafsu dendam serakah
akhirnya hanyut dengan bisikan syaitan.
Kisah bermula dengan Johan, seorang pemuda yang bekerja sebagai Pembantu Hospital. Sudah
berkahwin dan mempunyai seorang isteri bernama Aishah. Pasangan ini diawal perkahwinan hidup
aman dan bahagia namun tanpa disangka trauma melanda dipertangahan jalan. Mereka sering
diganggu oleh lembaga aneh. Bermacam-macam usaha telah dilakukan namun gangguan itu tetap
berterusan. Ini amat menakutkan mereka lebih-lebih lagi Johan. Kehadiran seorang perempuan tua
misteri ditambah dengan munculnya bekas teman wanita Johan bernama Anna yang bersikap pelik
dan menakutkan menambahkan lagi episod trauma pasangan ini.
Anna sentiasa menganggu Johan walaupun ketika Johan bersama Aishah. Ini menyebabkan Johan
bertambah runsing. Tidak lama selepas itu Anna ditemui mati bunuh diri. Kematian Anna adalah
kemuncaknya perkara-perkara aneh yang berlaku dalam hidup Johan. Bayangan Anna mula
menganggu Johan mahupun Aishah. Hidup Johan semakin tertekan. Setelah diasak pelbagai kejadian
aneh akhirnya barulah terungkap segala misteri. Johan akhirnya akur dengan kesilapan silamnya.
Perbuatan Khurafat yang diamalkan kini menuntut haknya dan Johan terpaksa membayarnya
dengan harga yang amat tinggi.
FILEM : SICCIN 3
Filem ini mengisahkan tiga orang bersahabat sejak kecil dan dipisahkan oleh
kecelakaan yang mengerikan tetapi bersatu kembali beberapa tahun
kemudian.Sedat dan Kahder hidup bahagia dengan teman masa kecil mereka
Orhan. Kekeluargaan Trio lebih diperkuat oleh persatuan Orhan dan Kahder
dalam perkawinan suci.
Tetapi kebahagian itu hanya sementara sahaj kerana isterinya Kader meninggal
terlibat dalam kemalangan. Orhan merasa keseorangan tanpa isterinya dan dia
tidak dapat menerima kehilangan isterinya.
Maka dia menggali semula makam isterinya dan membawa pulang mayat
isterinya. Dia meminta pertolongan daripada jin untuk menghidupkan kembali
isterinya yang telah mati semua atas nama cinta.
UNSUR-UNSUR YANG WUJUD DALAM
FILEM SERAM
Genre seram dalam filem merupakan antara genre yang diminati penonton seluruh
dunia. Malah, genre ini antara tiga genre popular di samping genre aksi dan cinta,
walaupun kadangkalanya ia disatukan bersama genre debaran(thriller).
Meskipun genre seram dimasukkan pelbagai elemen yang menakutkan seperti
watak hantu yang berwajah buruk, darah atau organ manusia yang
menggelikan tekak, latar tempat yang gelap, latar muzik yang meremangkan
bulu roma, sudah tentu elemen yang tidak asing dalam genre ini ialah babak
jump scare. Ia mampu membuatkan jantung penonton terhenti seketika. Namun,
genre ini tetap memiliki kumpulan peminatnya yang tersendiri.
Namun, dalam satu sudut pandang yang lain, filem seram terutamanya yang
berunsur keagamaan dan ketuhanan mampu menyampaikan mesej dan nilai
murni kepada penonton.
Dalam dua dekad ini, unsur keagamaan dan ketuhanan telah dimasukkan dalam
filem seram, terutamanya negara-negara Asia Tenggara seperti Malaysia dan
Indonesia. Majoriti filem seram dari Malaysia contohnya, memasukkan ayat-ayat
al-Quran sebagai pendinding mendepani gangguan hantu atau makhluk halus. Ia
juga mengetengahkan isu syirik dalam masyarakat seperti penggunaan sihir atau
ajaran sesat.
Sebagai contoh, filem Munafik dan Munafik 2 arahan Syamsul Yusof menyampaikan
pelbagai mesej dan nilai dakwah Islam. Sebagai contoh, pertolongan Allah SWT yang
pasti hadir untuk hamba-Nya yang beriman. Sebagaimana Ustaz Adam protagonis
utama kedua-dua filem ini. Beliau berjaya mendepani cabaran antagonis-antagonis
meskipun mereka menggunakan sihir dan berdamping dengan syaitan.
PUNCA DAN AKIBAT DARIPADA
PENGHASILAN FILEM YANG BERUNSUR
KHURAFAT
Punca
Dalam Islam Allah memerintahkan manusia untuk mentauhidkan Allah semata-mata.
Ini bermakna tiada yang berhak disembah melainkan Allah s.w.t dalam apa jua keadaan.
Permohonan kepada sesuatu selain Allah bermakna kita telah menyekutukan Allah yang
mengakibatkan kita tergolong dalam fitnah paling besar dan amat ditakuti iaitu
mensyirikkan Allah.
Pertama sekali, pengetahuan luar biasa bomoh dalam hal-hal berkaitan perkara ghaib
telah menyebabkan mereka terlalu yakin dengan pengetahuan dan kelebihan yang
mereka ada sehingga mengakibatkan masyarakat terperdaya dan meminta pertolongan
daripada golongan ini.
Sebagai seorang penganut agama Islam kita wajib meyakini bahawa tiada yang
mengetahui perkara ghaib kecuali Allah s.w.t.
Selain itu, wujudnya perasaan terlalu takut terhadap hantu, jin dan syaitan sehinggakan
sanggup memberi salam dan tunduk hormat kepada penunggu setiap kali melalui tempat
yang dianggap mempunyai keramat. Ada pula yang memberi pengeras malah
memandikan kereta dengan air limau dan jampi mantera semata-mata untuk
mengelakkan bala bencana.
Akibat
Terdapat beberapa unsur negatif yang mampu diserap kepada para penonton
terutamanya golongan di peringkat remaja dan kanak-kanak. Mereka ini merupakan
golongan yang mudah terpengaruh kerana masih berada dalam proses belajar.
Antara kesan negatif filem berunsur hantu dan seram ini adalah boleh merosakkan akidah
umat Islam, menimbulkan syirik dan unsur kurafat dalam diri penonton, melemahkan
iman seseorang dan memesongkan seseorang dari ajaran Islam.
Sehubungan dengan itu , perkara ini sangat membimbangkan kerana ramai penonton
yang meminati filem berunsur hantu dan seram ini terdiri daripada masyarakat melayu
dan beragama Islam. Mereka ini terdiri daripada pelbagai peringkat usia iaitu golongan
tua, dewasa, remaja dan kanak-kanak sendiri. Hal ini ditakuti menyempitkan fikiran dan
mengancam akidah generasi muda dan kanak-kanak terutamanya.
Namun begitu, ramai masyarakat Malaysia yang tidak memahami dan mengamalkan
konsep tauhid yang sebenar. Media pula seringkali mempertontonkan kepada masyarakat
bahawa makhluk-makhluk ini mempunyai kuasa luar biasa yang tiada tolak bandingnya
seolah-olah menidakkan kuasa yang Maha Besar; Allah Taala. Masyarakat terpimpin
untuk pergi menemui kahin(dukun) apabila ditimpa satu musibah rentetan daripada
kebolehan luar biasa jin ini. Ini menyebabkan masyarakat lebih menakuti makhluk ini
berbanding takutkan Allah Taala.
Kanak-kanak belajar daripada pemerhatian.Televisyen merupakan pengaruh terbesar
kepada kanak-kanak yang memberi kesan dari aspek tingkahlaku yang ditonjolkan,
pemahaman dan percakapan. Ia menyebabkan kanak-kanak terikut-ikut dengan perkara
tahayul ini dan memberi kesan kepada mereka di masa akan datang.
Di sini dapat disimpulkan bahawa terdapat banyak punca dan akibat yang diperolehi
daripada filem yang berunsur khurafat terutama perfileman di Malaysia ini. Semakin hari
semakin meningkat permintaan dalam penghasilan filem yang berunsurkan khurafat ini,
oleh itu, perkara ini perlulah dipandang berat oleh pihak berkuasa, masyarakat dan setiap
individu terutamanya yang beragama Islam.
LANGKAH-LANGKAH MENGATASI
AMALAN KHURAFAT
i) PERANAN KERAJAAN
Menapis filem yang mempunyai adegan yang mendorong ke arah perbuatan syirik
dan khurafat sebelum ditayangkan kepada orang awam.
Lebih banyak mengeluarkan filem dan program dakwah yang berunsurkan
kerohanian kepada masyarakat seperti halaqah,al-kuliyyah dan tanyalah ustaz
untuk menambah pemahaman mengenai bahaya amalan syirik dan khurafat.
ii) PERANAN MASYARAKAT
Sentiasa mengambil berat isu-isu semasa berkenaan amalan khurafat dan syirik
seperti pemujaan kubur,amalan-amalan ritual di kawasan sekeliling yang semakin
berleluasa dalam negara untuk membantu kerajaan mengatasi masalah ini.
Membuat rondaan di tempat-tempat yang selalu menjadi pusat pemujaan seperti
kawasan perkuburan dan mengambil tindakan segera sekiranya ternampak amalan
tersebut sedang dilakukan.
iii) PERANAN KELUARGA
Kepesatan ekonomi pada masa kini menyebabkan ibu bapa sering mengabaikan
keluarga demi mengejar wang semata-mata.Hal ini menyebabkan anak-anak terabai dan
mudah terpengaruh dengan dunia luar sehingga sesetengah mereka terpangaruh dengan
perbuatan syirik dan khurafat.Oleh itu,ibu bapa perlulah sentiasa mengawasi tindakan
anak-anak semasa berada di dalam atau di luar rumah,memerhati tingkah laku anak-
anak dan sentiasa bertanya apa yang sedang dilakukan mereka.
Selain itu,ibu bapa perlulah mengelakkan anak-anak kecil daripada menonton filem-
filem yang mempunyai unsur khurafat dan lebih banyak memberi tontonon yang boleh
merangsang pembesaran mereka seperti program kanak-kanak.
iv) PERANAN DIRI SENDIRI
Memandangkan dunia kini semakin moden, alat elektronik memberikan pengaruh yang
besar kepada semua golongan manusia. Jadi seseorang muslim perlu pandai mengawal
dan bukan teknologi yang mengawal kita. Kita perlu pandai menggunakan teknologi
dengan betul supaya Allah tidak murka.
Selain itu,kita seharusnya tidak mudah terpengaruh dengan filem yang ditonton
berkaitan dengan cerita khurafat dan syirik dan perlulah banyakkan beristighfar
sekiranya terlihat adegan itu ditayangkan dan memperbanyakkan amal ibadat untuk
meningkatkan keimanan dan mendekatkan diri kepada ALLAH S.W.T.
KESIMPULAN
Kesimpulannya, sebagai seorang pengarah, penerbit mahupun penulis, kita mestilah melakukan kajian
dengan teliti dalam menghasilkan filem untuk mengelakkan berlakunya unsur-unsur khurafat.
Tambahan pula, kita sebagai umat Muslim janganlah seseklali mensyirikkan Allah. Kita juga janganlah
melakukan perbuatan khurafat kerana akan menyebabkan kemurkaan Allah. Kita juga perlu mencegah
perbuatan syirik dan khurafat jika berlaku di hadapan kita.
Akhir sekali, kita haruslah berpegang teguh dengan ajaran agama Islam dan juga sentiasa memahami dan
mendalami ilmu Al-Quran dan Sunnah bagi mengelakkan amalan khurafat ini terus berleluasa dalam
kalangan masyarakat khusunya masyarakat Islam kita sendiri. Sebagai khalifah di bumi, kita juga sentiasa
dituntut untuk sentiasa taat segala perintah dan meninggalkan segala-Nya, apatah lagi jika perbuatan
kita itu berunsurkan khurafat.