The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

PEL 1 KBAT ISLAM ADALAH CARA HIDUP ISLAM

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by linda7281, 2023-06-11 08:35:43

PEL 1 KBAT ISLAM ADALAH CARA HIDUP ISLAM

PEL 1 KBAT ISLAM ADALAH CARA HIDUP ISLAM

DISEDIAKAN OLEH : HASLINDA BINTI HASHIM SMK INDAHPURA ( 1 ) KULAIJAYA , JOHOR. USTAZAH HASLINDA BINTI HASHIM


•Berdasarkan situasi berikut nyatakan tindakan anda untuk mengamalkan Islam secara syumul dan menjadikannya sebagai asas tindakan serta panduan dalam kehidupan


1.Ketika makan di sebuah restoran yang ramai pelanggan, saya terlihat gantungan tangkal azimat di dalam restoran tersebut. Saya akan menasihati pengusaha restoran tersebut supaya berhati-hati (I) dalam mengamalkan perkara yang boleh menjejaskan akidahnya. (H1) Ini kerana, tangkal azimat adalah perbuatan syirik. (H2) yang boleh menyebabkan seseorang terkeluar daripada Islam.(H3) Kesannya, perniagaannya akan tidak akan diberkati Allah. (H4) Kesimpulannya, sebagai orang Islam kita perlulah mengharapkan pertolongan Allah kerana hanya Allah sahaja yang boleh memakbulkan semua permintaan kita. (K)


2. Anda melihat kawan anda sering solat berjemaah, namun beliau tidak menutup aurat ketika keluar dari rumah. -Saya akan menegur rakan saya ✅I supaya menutup aurat ketika keluar dari rumah. ✅H1 Ini kerana,menutup aurat merupakan salah satu kewajiban dalam Islam. ✅H2 Kesannya, jika tidak menutup aurat ianya boleh menimbulkan nafsu seseorang lelaki. ✅H3 Kesimpulannya,kita mestilah mengikuti perintah Allah ✅H4 supaya di akhirat nanti kita tidak akan di azab oleh Allah ✅H5 KUMP 1 : ARIF, HADIF, AKMAL, HAZIQ, AFIQ 6/6


2. Anda melihat kawan anda sering solat berjemaah, namun beliau tidak menutup aurat ketika keluar dari rumah. Saya akan menasihatinya supaya menutup aurat (I) kerana menutup aurat adalah tuntutan yang wajib dilaksanakan seperti solat. (H1) Sebagai umat Islam kita wajib melaksanakan semua tuntutan agama (H2) kerana ia mempunyai hikmah tersendiri. (H3) Kesannya, kita akan menjadi umat yang taat beribadah. (H4) Kesimpulannya, kita hendaklah mentaati semua perintah Allah agar hidup diberkatiNya. (K)


3. Faruq sering solat tahajud tetapi dia juga suka memberitahu kawan-kawan tentang amalan tersebut. KUMP 2 : SYAHMI, SYAWAL, AZMY, SAUFY, AIDIL I H1 H2 H3 H4 K 6/6


3. Faruq sering solat tahajud tetapi dia juga suka memberitahu kawan-kawan tentang amalan tersebut. •Saya akan menasihatinya agar tidak menceritakan kebaikan yang dilakukan (I) kerana ia akan menghapus pahala yang sepatutnya diperoleh. (H1) Ini kerana perbuatan tersebut menyebabkan kita tidak ikhlas.(H2) Kesannya, ibadat yang dilakukan sia-sia (H3) kerana tidak diterima Allah.(H4) Kesimpulannya, kita hendaklah sentiasa ikhlas menunaikan ibadat agar tergolong dalam orang yang beriman. (K)


4. Jiran saya seorang usahawan berjaya dan selalu membantu golongan fakir dan miskin, namun beliau bersikap sombong dengan orang lain. Saya akan memberitahu pada jiran saya supaya tidak riak dan sombong kepada orang lain. ✅I Ini kerana, sikap itu hanyalah Allah ta'ala sahaja yang berhak selaku tuhan semua mahluk. ✅H1 Kesannya , tidak disukai Allah dan masyarakat. ✅H2 Kesimpulannya, kita perlulah bersikap baik dan bertegur sesama manusia ✅H3 agar hidup aman damai. ✅H4 KUMP 3 : SHASHA, IZZATI, LIYANA, NURIN 5/6


4. Jiran saya seorang usahawan berjaya dan selalu membantu golongan fakir dan miskin, namun beliau bersikap sombong dengan orang lain. Saya akan menasihatinya agar sentiasa merendah diri (I) kerana nikmat yang diberikan kepada kita hanyalah pinjaman Allah (H1) yang bersifat sementara.(H2) Ini kerana Allah boleh menarik nikmat tersebut pada bila-bila masa. (H3) Contohnya, Allah boleh menjadikan kita muskin kembali jika Dia menghendakinya. (H4) kesimpulannya, Kita hendaklah Ikhlas dalam memberi agar kebaikan yang dilakukan diterima Allah. (K)


5. Ramal orang yang berpuasa, tetapi tidak menjaga lisan dan pandangan -Saya akan menegur orang yang berada disekeliling saya ✅I untuk menjaga lisan dan pandangannya. ✅H1 Ini kerana , perkaraperkara tersebut boleh membatalkan puasa. Kesannya, kita dapat memelihara diri daripada bercakap dan melihat perkara yang sia-sia. ✅2 Kesimpulannya, kita mestilah menjaga lisan dan pandangan terutamanya dibulan puasa✅3 supaya dapat mengelakkan pahala puasa kita berkurangan✅4 KUMP 4 : ALEYA, ALYSSA, NASIHAH , AMYLEA 5/6


5. Ramal orang yang berpuasa, tetapi tidak menjaga lisan dan pandangan Saya akan menegurnya ✅I supaya menjaga percakapan dan pandangan di bulan yang mulia. ✅H1 Ini kerana , perbuatan yang mereka lakukan itu adalah perkara yang sia - sia. ✅H2 Kesannya , kita tidak akan mendapat pahala. ✅H3 Kesimpulannya , kita perlulah membuat perkara yang bermanfaat di bulan yang penuh keberkatan . ✅H4 KUMP 5 : NABILAH, ARISYA, NAJWA, SYUHADA 5/6


5. Ramal orang yang berpuasa, tetapi tidak menjaga lisan dan pandangan Menasihati mereka agar menjaga lisan (I) supaya pahala puasa mereka tidak terhapus (H1) Ini kerana puasa tidak hanya menahan lapar dan dahaga (H2) tetapi kita perlu menjaga anggota badan daripada perkara yang merosakkan. ( H3) Kesannya, kita hanya penat berpuasa tanpa memperoleh pahala. (H4) Kesimpulannya, kita hendaklah mematuhi peraturan ketika beribadat agar ibadat yang dilakukan diterima Allah. (K)


LATIHAN BERTULIS


JAWAB SEMUA SOALAN DIBAWAH 1. Apakah maksud ad-Din 2. Terangkan dua sebab manusia perlu kepada Islam sebagai cara hidup. 3. Apakah maksud bagi istilah berikut a. Islam b. Iman c. Ihsan 4. Nyatakan tiga kepentingan rukun Islam 5. Huraikan tiga tindakan yang boleh dilakukan untuk menjadikan islam sebagai cara hidup.


1. Apakah maksud Islam sebagai ad-Din Cara hidup yang lengkap merangkumi aqidah, ibadah dan akhlak .


2. Terangkan dua Sebab manusia perlu kepada Islam sebagai cara hidup ‒Memandu arah hidup manusia (I) supaya mengikut syariat Islam. (H) ‒Jalan untuk mendapat kebahagiaan (I) didunia dan akhirat. (H) ‒Akal manusia terbatas (I) untuk mengetahui hakikat kebenaran sesuatu perkara. (H) ‒Islam menjadi asas tatacara perhubungan (I) untuk mencapai keharmonian hidup bermasyarakat. (H)


3. Apakah maksud bagi istilah berikut a.Islam b.Iman c. Ihsan


1.a) MAKSUD ISLAM Taat dan patuh kepada perintah Allah, meninggalkan larangan-Nya, beroleh kesejahteraan dan keselamatan apabila berserah kepadaNya. b) MAKSUD IMAN Membenarkan dengan hati, berikrar dengan lisan, beramal dengan anggota badan terhadap segala perintah dan suruhan Allah SWT. c) MAKSUD IHSAN Kesungguhan dalam melakukan sesuatu ibadat dan pekerjaan semata-mata kerana Allah


4. Nyatakan tiga kepentingan rukun 4. tiga kepentingan rukun ‒Asas ketaatan kepada ajaran Islam. ‒ Menjamin hubungan baik antara manusia dengan Allah SWT. ‒ Merupakan kunci kejayaan di dunia dan akhirat. ‒ Membawa kebahagiaan dalam hidup manusia.


5. Huraikan tiga tindakan yang boleh dilakukan untuk menjadikan Islam sebagai cara hidup. 5. Tiga tindakan yang boleh dilakukan untuk menjadikan Islam sebagai cara hidup. (6m) ‒ Membaca, menghayati, dan mengamalkan AlQuran. ‒ Menjadikan Rasulullah SAW sebagai contoh ikutan dalam segala tindakan. ‒ Menghayati sirah perjuangan Rasulullah SAW. ‒ Menghayati sirah perjuangan para sahabat dan salafusoleh. ‒ Mengahayati dan melaksanakan Rukun Islam, Rukun Iman dan Ihsan. ‒ Mendalami ilmu asas Islam yang terdiri daripada akidah, syariah dan akhlak.


•SALAFUSOLEH : Golongan umat Islam generasi terdahulu yang hidup dalam kurun pertama hingga kurun ke 3 hijrah.


Click to View FlipBook Version