The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

01Modul OPB dan subjektif TI T4_ skema br

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by linda7281, 2023-07-06 10:52:27

01Modul OPB dan subjektif TI T4_ skema br

01Modul OPB dan subjektif TI T4_ skema br

HARI : ______________________ TARIKH : ___________________ 51 TSWR T4 LATIH TUBI (5226)_ Ustazah Haslinda Hashim. BAHAGIAN B Jawab semua soalan di bawah. 1. Apakah maksud keluarga. (2M) Keluarga ialah unit sosial yang dihubungkan melalui pertalian darah, perkahwinan atau pengambilan anak angkat. 2. Nyatakan dua matlamat institusi kekeluargaan Islam. (2M) • Melahirkan generasi yang bertakwa kepada Allah SWT. • Membentuk kesempurnaan akhlak mulia. • Memastikan kelangsungan zuriat manusia melalui ikatan perkahwinan yang sah. • Dapat melaksanakan ajaran Islam dalam semua aspek kehidupan. • Menjamin keutuhan sosial dan ekonomi. • Melaksanakan tanggungjawab manusia sebagai hamba dan khalifah. • Menjaga keharmonian manusia. 3. Terangkan dua tanggungjawab suami bagi mengelakkan masalah sosial dalam kalangan ahli keluarga. (4M) • Berperanan sebagai pemimpin keluarga seperti menegur ahli keluarga yang melakukan kesahan. • Memastikan setiap ahli keluarga mentaati perintah Allah SWT dan menjauhi laranganNya seperti menunaikan solat berjemaah • Memberi pendidikan yang sempurna kepada ahli keluarga supaya menjadi individu yang berilmu. • Berlaku adil jika berpoligami supaya tiada perasaan tidak puas hati. 4. Huraikan tiga kepentingan perkahwinan dalam Islam. (6M) • Memenuhi naluri semula jadi manusia untuk hidup berpasangan berdasarkan lunas syarak. • Mengamalkan Sunnah Rasulullah SAW supaya memperoleh syfaat baginda. • Memelihara diri daripada maksiat dan penyakit seperti zina. • Membina ahli keluarga yang terdidik dengan nilai-nilai Islam. • Membentuk masyarakat yang bertamadun berteraskan syariat Islam. • Memastikan kelangsungan zuriat manusia melalui ikatan pernikan yang sah. • Menjalinkan cinta kasih sayang berlandaskan peraturan syariat. 5. Bagaimanakah beriadah dan berekreasi dapat membentuk keluarga bahagia. (4M) • Dapat meluangkan masa yang berkualiti bersama keluarga agar erat silaturrahim • Ahli keluarga mendapat fizikal dan akal yang sihat kerana menjayakan segala aktiviti harian bersama. 6. Terangkan dua kelebihan mengamalkan sistem kekeluargaan Islam. (4M) • Anak-anak terdidik dengan nilai Islam kerana mempunyai ketua keluarga yang bertanggungjawab. • Terpelihara daripada melakukan perbuatan maksiat seperti pergaulan bebas.


HARI : ______________________ TARIKH : ___________________ 52 TSWR T4 LATIH TUBI (5226)_ Ustazah Haslinda Hashim. TEMA : SISTEM SOSIAL ISLAM PELAJARAN 11 : PRINSIP PERGAULAN MENURUT ISLAM A. Carta di bawah adalah berkaitan asas pergaulan dalam Islam. Nyatakan asas pergaulan R dan S 1. Asas R : Ta’aruf ( saling mengenali ) 2. Asas S : Ta’awun ( saling bekerjasama ) B. Lengkapkan carta di bawah. Nyatakan adab pergaulan T dan U. 1. T : menjaga batasan aurat / berlaku adil ihsan terhadap semua makhluk / bersangka baik 2. U : menjaga batasan pergaulan / menghormati dan tidak menghina orang lain C. Lengkapkan pernyataan berikut dengan pilihan jawapan yang betul. Islam berinteraksi mahmudah bekerjasama ikhlas prinsip Amanah pergaulan menghormati mazmumah menghindari ta’awun dimurkai terpuji 1. Perkara-perkara negatif dapat dihindari dalam pergaulan apabila mengamalkan sifat-sifat mahmudah. 2. Silat mahmudah ialah sifat terpují yang diamalkan seseorang individu semasa berinteraksi dengan orang lain. 3. Hendaklah mengamalkan sikap menghormati terhadap ahli keluarga dan masyarakat. 4. Anggota masyarakat hendaklah bekerjasama dalam perkara kebaikan dan mencegah kejahatan. 5. Batas-batas pergaulan hendaklah dijaga semasa melaksanakan sesuatu aktiviti bagi menghindari perkara yang tidak baik. 6. Satu daripada prinsip pergaulan Islam ialah menghindarkan diri daripada melakukan perkara yang dimurkai Allah SWT. Asas pergaulan dalam Islam R Tafahum ( saling memahami) S Adab pergaulan dalam Islam T Menjaga tutur kata U


HARI : ______________________ TARIKH : ___________________ 53 TSWR T4 LATIH TUBI (5226)_ Ustazah Haslinda Hashim. 7. Masyarakat tidak akan sejahtera dan harmoni sekiranya mengabaikan adab-adab pergaulan Islam dalam kehidupan. 8. Sifat-sifat mazmumah perlu dihindari supaya tercapai konsep pergaulan yang dapat memberi manfaat kepada semua pihak. 9. Keindahan agama Islam dapat direalisasi apabila mengamalkan adab-adab dan prinsip pergaulan Islam. 10. Islam tidak melarang pergaulan antara lelaki dengan perempuan asalkan mengikut asas dan prinsip pergaulan yang ditetapkan syarak. 11. Sifat mahmudah merupakan sifat terpuji dalam akhlak seseorang semasa berinteraksi dengan orang lain. 12. Antara sifat mahmudah dalam pergaulan ialah ikhlas membantu rakan yang susah tanpa mengharapkan balasan daripadanya . 13. Istilah ta’awun merupakan satu konsep pergaulan Islam yang bermaksud saling bekerjasama 14. Amanah merujuk kepada pelaksanaan tanggungjawab mengikut prosedur serta tidak mempunyai kepentingan peribadi D. Tanda ( / ) pada pernyataan yang betul. Tanda ( X ) pada pernyataan yang salah. 1. Pergaulan ialah komunikasi antara seorang individu dengan individu lain berteraskan syariat Islam. / 2. Masyarakat akan saling bantu-membantu jika mengamalkan asas pergaulan yang ditetapkan oleh syarak. / 3. Pergaulan yang berteraskan syariat Islam dapat mewujudkan masyarakat yang bersatu padu dan kuat. / 4. Prinsip pergaulan Islam boleh mewujudkan masyarakat yang harmoni kerana saling hormat-menghormati antara satu dengan yang lain. / 5. Adab pergaulan dalam Islam tidak menitikberatkan keadilan dan ihsan terhadap semua manusia. X 6. Mengamalkan prinsip pergaulan Islam akan melahirkan individu yang berakhlak mulia dan cintakan kehidupan yang sejahtera. / 7. Adab pergaulan Islam menekankan akhlak mazmumah kerana ia selari dengan fitrah manusia. X 8. Antara adab pergaulan dalam Islam ialah bercakap perkara yang baik dan sopan serta tidak menyakiti hati orang lain. /


HARI : ______________________ TARIKH : ___________________ 54 TSWR T4 LATIH TUBI (5226)_ Ustazah Haslinda Hashim. BAHAGIAN B Jawab semua soalan di bawah. 1. Apakah maksud pergaulan dalam Islam. (2M) Pergaulan dalam Islam merujuk kepada komunikasi antara seorang individu dengan individu lain berteraskan syariat Islam. 2. Nyatakan dua prinsip pergaulan dalam Islam. (2M) • Mengutamakan keamanan dan keharmonian . • Bekerjasama dalam perkara kebaikan dan mencegah kejahatan. • Menghormati antara satu sama lain • Memberikan panduan berinteraksi sesama manusia berdasarkan ajaran Islam . • Berlandaskan syariat Islam • Bermatlamatkan keimanan 3. Jelaskan dua cara mengenali sesama manusia dalam pergaulan. (4M) • Memberi salam ketika bertemu. • Berkomunikasi dengan baik seperti bertanyakan nama mereka. 4. Nyatakan dua cara memupuk sifat mahmudah dalam diri. (2M) • Menggalakkan kesediaan setiap individu untuk sentiasa mengamalkan nilai - • Membudayakan sifat mahmudah pada seluruh lapisan masyarakat. • Mempraktikkan sifat mahmudah dalam pergaulan sesama manusia. • Dilatih dan dipupuk sejak kecil. • Mempelajari ilmu yang benar. 5. Jelaskan dua kepentingan sifat mahmudah dalam kehidupan bermasyarakat. (4M) • Melahirkan masyarakat yang harmoni kerana saling prihatin • Meneguhkan perpaduan masyarakat kerana saling membantu • Mengeratkan silaturahim kerana saling mengambil berat. 6. Huraikan dua kesan pengabaian akhlak yang baik ketika bergaul. (4M) • Mudah menyakitkan hati orang lain kera tidak menjaga tutur kata. • Mudah melakukan maksiat kerana tidak menjaga batas pergaulan. .


HARI : ______________________ TARIKH : ___________________ 55 TSWR T4 LATIH TUBI (5226)_ Ustazah Haslinda Hashim. TEMA : SISTEM SOSIAL ISLAM PELAJARAN 12 : HIBURAN MENURUT ISLAM A. Lengkapkan pernyataan berikut dengan pilihan jawapan yang betul. Islam fitrah dilarang berhibur solat akal sihat hiburan akidah terpuji menenangkan menutup aurat perasaan 1. Islam membenarkan manusia berhibur asalkan hiburan tersebut tidak melanggar batas syariat Islam. 2. Antara manfaat hiburan dalam Islam adalah agar manusia dapat menenangkan fikiran. 3. Hiburan tanpa batasan akan merosakkan akal dan menjerumuskan manusia ke lembah maksiat. 4. Adab yang perlu dihayati apabila terdapat lelaki dan perempuan dalam sesuatu majlis ialah berpakaian menutup aurat. 5. Islam membenarkan hamba-Nya berhibur asalkan tidak bertentangan dengan syariat dan nilainilai ajaran Islam. 6. Nyanyian yang dibolehkan dalam Islam ialah yang tidak bertentangan dengan akidah Islam. 7. Pihak penganjur hendaklah menyediakan tempat solat dan majlis dihentikan seketika untuk solat. 8. Antara garis panduan berhibur dalam Islam ialah berpakaian menutup aurat dan tiada unsur yang merosakkan akidah. 9. Hiburan dalam Islam bertujuan untuk melahirkan seseorang yang sihat jasmani, rohani, dan indah budi pekerti. 10. Antara kepentingan adab dan etika hiburan menurut Islam ialah menghasilkan hiburan selari dengan nilai akhlak Islam. 11. Hiburan yang mementingkan adab dan etika berhibur boleh membentuk peribadi seseorang yang berakhlak terpuji. 12. Manusia memerlukan hiburan untuk mententeramkan jiwa dan perasaan di samping mendatangkan kesihatan pada fizikal dan rohani. 13. Hiburan yang boleh melalaikan daripada melakukan solat adalah dilarang kerana ia bertentangan dengan adab dan etika hiburan. 14. Konsep hiburan dalam Islam adalah sebagai memenuhi tuntutan fitrah manusia.


HARI : ______________________ TARIKH : ___________________ 56 TSWR T4 LATIH TUBI (5226)_ Ustazah Haslinda Hashim. B. Carta di bawah menunjukkan tentang jenis-jenis hiburan. Tuliskan jenis hiburan P, Q, R dan S : Mendengar radio Alunan zikir Nasyid Membaca novel Bersukan Bermain komputer Menonton televisyen Tarian Menonton filem 4 jawapan shj C. Tanda ( / ) pada pernyataan yang betul. Tanda ( X ) pada pernyataan yang salah. 1. Hiburan dalam Islam boleh membentuk peribadi yang baik. / 2. Islam membenarkan lelaki dan perempuan berhibur dengan hiburan yang bertentangan dengan konsep hiburan dalam Islam. X 3. Islam membenarkan manusia berhibur kerana ia adalah fitrah insan. / 4. Hiburan dalam Islam ialah yang sederhana dan tidak melampaui batas. / 5. Nyanyian yang dibolehkan ialah yang tidak mengandungi unsur yang bertentangan dengan ajaran dan nilai-nilai Islam. / 6. Pihak penganjur perlu menyediakan tempat persembahan sahaja dan tidak memerlukan tempat untuk solat. X 7. Kumpulan yang membuat persembahan hendaklah berpakaian menutup aurat dan tingkah laku yang tidak melampaui batas. / 8. Hiburan yang mengamalkan adab dan etika berhibur menurut Islam dapat memperlihatkan kebaikan dan keindahan ajaran Islam kepada orang bukan Islam. / 9. Mengamalkan adab berhibur menurut Islam dapat menghindari sebarang perkara yang negatif. / 10. Hiburan ialah sesuatu yang dapat menghiburkan hati seseorang selari dengan kehendak syarak. / 11. Hiburan dalam Islam menjurus kepada kebaikan sekiranya dilaksanakan berdasarkan garis panduan yang ditetapkan. / JENIS-JENIS HIBURAN Mendengar radio P Q R S


HARI : ______________________ TARIKH : ___________________ 57 TSWR T4 LATIH TUBI (5226)_ Ustazah Haslinda Hashim. BAHAGIAN B Jawab semua soalan di bawah. 1. Apakah maksud hiburan dalam Islam. (2M) Hiburan dalam Islam merujuk kepada sesuatu perkara yang dapat menghiburkan dan menggembirakan hati seseorang yang selari dengan kehendak syarak. 2. Senaraikan tiga contoh hiburan yang diharuskan dalam Islam. (3M) • Menonton ceramah dan tazkirah. • Mendengar alunan zikir dan nasyid • Membaca buku-buku ilmiah. 3. Nyatakan empat adab dan etika berhibur dalam Islam. (4M) Hiburan yang boleh meningkatkan keimanan Menghasilkan karya hiburan yang asli. Hiburan yang tidak bercanggah dengan syarak. Berhibur secara sederhana dan tidak melampaui batas. Hiburan yang berteraskan nilai akhlak Islam. Tiada unsur yang merosakkan akidah dan maksiat. Sentiasa memelihara ibadah wajib ketika berhibur. Tidak mengganggu atau menzalimi orang lain. 4. Jelaskan tiga cara mengelakkan diri daripada terpengaruh dengan hiburan yang melalaikan. • Mendalami ilmu agama agar dapat menilai kebenaran. • Ibu bapa perlu memantau aktiviti hiburan melalui media sosial yang digunakan oleh anak. • Ibu bapa perlu memberikan perhatian kepada aktiviti anak bersama rakan. • Media massa memperbanyakkan hiburan yang membina sahsiah dan mempertingkatkan ilmu. • Kesedaran mengamalkan nilai murni agar merasa malu untuk berhibur secara berlebihan. 5. Huraikan dua cara menjadikan hiburan sebagai ibadah dalam kehidupan remaja muslim.(4m) • Mendengar lagu yang boleh meningkatkan keimanan seperti nasyid • Membaca majalah hiburan yang berunsurkan keislaman


HARI : ______________________ TARIKH : ___________________ 58 TSWR T4 LATIH TUBI (5226)_ Ustazah Haslinda Hashim. TEMA : SISTEM SOSIAL ISLAM PELAJARAN 13 : KESENIAN MENURUT ISLAM A. Lengkapkan pernyataan berikut dengan pilihan jawapan yang betul. kesenian negatif karya membentuk keindahan etika syariat kaligrafi fitrah melindungi intelek estetika 1. Kesenian Islam merupakan aktiviti atau karya yang dicipta menggunakan bakat dan kreativiti bagi menzahirkan keindahan yang menepati syarak . 2. Antara adab dan etika kesenian Islam menurut Islam yang perlu dihayati oleh seniman ialah ialah mencipta karya yang asli . 3. Penghasilan seni kaligrafi yang berinspirasikan ayat al-Quran mampu meningkatkan keimanan dan ketakwaan kepada Allah SWT . 4. Estetika merupakan cabang falsafah yang mengkaji konsep berkaitan keindahan. 5. Kesenian itu sesuatu yang indah dan sesuai dengan fitrah dan naluri manusia. 6. Dilarang memakai pakaian yang mempunyai simbol yang bertentangan dengan syariat Islam. 7. Kesenian Islam bertujuan menzahirkan keindahan dan kehalusan sesuatu karya yang dicipta.yang menepati syarak. 8. Kesenian Islam adalah bersifat menyeluruh meliputi fizikal dan kerohanian yang boleh membentuk peribadi seseorang agar berakhlak mulia. 9. Kesenian dalam Islam dapat membangun potensi umat Islam dan meningkatkan daya intelek seseorang seperti menghasilkan sesuatu karya. 10. Seni mempertahankan diri seperti silat adalah penting bertujuan untuk melindungi diri daripada serangan pihak musuh. 11. Kepentingan adab dan etika kesenian menurut Islam adalah bertujuan untuk memperlihatkan dan meyakini Allah SWT yang Maha Mencipta sesuatu. 12. Banyak perkara negatif yang akan berlaku jika tidak mengamalkan adab dan etika kesenian.menurut Islam dalam kehidupan.


HARI : ______________________ TARIKH : ___________________ 59 TSWR T4 LATIH TUBI (5226)_ Ustazah Haslinda Hashim. B. Lengkapkan carta di bawah. 1. R : Membangun potensi umat Islam / Meliputi aspek iman dan akhlak 2. S : Bersifat menyeluruh meliputi fizikal dan kerohanian. / Mengagungkan Allah SWT C. Tanda ( / ) pada pernyataan yang betul. Tanda ( X ) pada pernyataan yang salah. 1. Sesuatu kesenian itu dilarang jika terdapat unsur yang merosakkan akidah dan maksiat. / 2. Nasyid dan qasidah adalah seni suara yang menyeru kepada kebaikan dan boleh membentuk peribadi yang baik. / 3. Antara kepentingan adab dan etika kesenian menurut Islam ialah untuk memberi garis panduan dalam menghasilkan seni yang betul menurut syarak. / 4. Kesenian dalam kehidupan menurut Islam mendorong seseorang mengagungagungkan sesuatu selain Allah SWT. X 5. Kesenian Islam merupakan suatu aktiviti yang boleh mendekatkan seseorang kepada Allah SWT. / 6. Boleh meninggalkan ibadah wajib kerana tidak mempunyai kecukupan masa semasa membuat persembahan. X 7. Islam menggalakkan umatnya berkarya yang tidak bercanggah dengan nilai akhlak Islam. / 8. Menjadikan patung manusia dan haiwan untuk menghiasi rumah adalah dibolehkan. X 9. Mengamalkan adab dan etika kesenian dapat menghindari perbuatan maksiat. / 10. Islam tidak menolak kesenian selagi ianya digunakan untuk kebaikan kepada masyarakat seperti berselawat dalam Majlis Maulidul Rasul. / Konsep kesenian menurut Islam. R Berteraskan syariat Islam. S


HARI : ______________________ TARIKH : ___________________ 60 TSWR T4 LATIH TUBI (5226)_ Ustazah Haslinda Hashim. BAHAGIAN B Jawab semua soalan di bawah. 1. Apakah maksud kesenian dalam Islam. (2M) Kesenian Islam bermaksud aktiviti seni atau hasil karya yang dicipta dengan menggunakan bakat dan kreativiti manusia bagi menzahirkan keindahan dan kehalusan yang menepati syarak. 2. Senaraikan empat contoh kesenian dalam kehidupan. (4M) Seni suara / muzik Seni ukir Seni lukis Seni bahasa / sastera Seni sulam Seni pertahanan diri Seni khat dan kaligrafi Seni bina dan hiasan Seni reka fesyen 3. Nyatakan empat adab dan etika kesenian menurut Islam. (4M) • Menghasilkan kesenian yang boleh meningkatkan keimanan (I) seperti seni khat. (H) • Hasil seni yang tidak bercanggah dengan syarak seperti tidak melukis gambar lucah. (H) • Kesenian yang berteraskan nilai akhlak Islam (I) seperti menjaga pergaulan dalam majlis. (H) • Sentiasa memelihara ibadah wajib ketika berkarya (I) seperti tidak meninggalkan solat. (H) • Mencipta karya yang asli (I) seperti tidak mencuri karya orang lain. (H). • Berkarya secara sederhana (I) agar tidak melampaui batas.(H) • Tiada unsur merosakkan akidat dan maksiat (I) seperti melukis gambar Nabi Muhammad. (H) • Tidak mengganggu atau menzalimi orang lain (I) untuk mengelakkan pergaduhan. (H) 4. Jelaskan dua adab yang perlu dipatuhi oleh seorang pelukis muslim semasa menjalankan aktiviti melukis. (4M) • Menghasilkan kesenian yang boleh meningkatkan keimanan seperti khat ayat al-Quran. • Hasil seni yang tidak bercanggah dengan syarak seperti melukis permandangan, • Mencipta karya yang asli agar tidak menggu hak orang lain. • Berkarya secara sederhana agar tidak melampaui batas . • Tiada unsur merosakkan akidat dan maksiat seperti mengukir patung. 5. Nyatakan dua contoh budaya yang bertentangan dengan kesenian Islam. (2M) • Bertatu pada tubuh badan. • Muzik k-pop / punk. 6. Cadangkan dua tindakan yang perlu dilakukan untuk mempraktikkan adab dan etika kesenian Islam dalam kehidupan. (4M) • Menghayati dan meneliti keindahan seni bina islam seperti seni bina masjid • Menambah ilmu pengetahuan melalui karyawan muslim


Click to View FlipBook Version