OLEH : PN HASLINDA BINTI HASHIM SMK INDAHPURA 1 , KULAI
2.1.1 Menyatakan konsep asas sistem perundangan Islam.
MAKSUD PERUNDANGAN ISLAM • Perundangan Islam bermaksud hukumhukum yang ditetapkan oleh Allah SWT kepada manusia seperti akidah, ibadat, akhlak, muamalat, munakahat dan jenayah. • Bertujuan untuk mencapai kebahagian hidup manusia di dunia dan akhirat.
DALIL BERKAITAN PERUNDANGAN ISLAM Surah al-Jathiyah 45 : 18 م َّ ٰ ث َك ُ نَ ۡ ى ل ٰ َ جع َ َ ة ل ٖ َ ِریع ع َ ن َ م ّ ِ ِمۡ ر َش َ ۡٱلأ ع ۡ ِ ب ا َّ َٱت ھ ف لا َ َ و َ ع ۡ ِ ب َّ ت َ ت ء َ ٓ وا ھَ ۡ َ ین ذ َ ِ َّ أ ون لا َ م ٱل َ ُ َ عل َۡ ی 18. Kemudian Kami jadikan kamu berada di atas suatu syariat (peraturan) dari urusan (agama itu), maka ikutilah syariat itu dan janganlah kamu ikuti hawa nafsu orangorang yang tidak mengetahui.
ASAS SISTEM PERUNDANGAN ISLAM 1.PENCEGAHAN • Mencegah berulangnya perbuatan jenayah. • Memberi amaran kepada mereka yang berniat untuk melakukan kesalahan. 2.PEMBALASAN • Membalas perbuatan jahat dengan hukuman yang adil. • Mengelak wujud perasaan dendam. 3.PEMULIHAN • Mendidik pesalah supaya insaf daripada kesalahan. • Mengubah diri supaya taat kepada ajaran agama.
SUMBER UTAMA SISTEM PERUNDANGAN ISLAM
2.1.2 Menerangkan keunggulan sistem perundangan Islam.
KEUNGGULAN / KEISTIMEWAAN PERUNDANGAN ISLAM 1. Ciptaan Allah SWT yang bersih dari kelemahan, kekurangan dan dorongan hawa nafsu. 2. Lengkap merangkumi semua aspek kehidupan manusia. 3. Hukuman yang adil tanpa mengira pangkat dan keturunan. 4. Sesuai untuk semua manusia tanpa mengira kaum, tempat dan zaman. 5. Bersifat tetap dan kekal sehingga hari kiamat. 6. Hukuman bersifat memberi pengajaran supaya penjenayah tidak ulangi semula. 7. Mendidik jiwa manusia supaya takut akan pembalasan Allah SWT.
2.1.3 Menjelaskan matlamat utama sistem perundangan Islam dan cara merealisasikannya dalam kehidupan.
MATLAMAT SISTEM PERUNDANGAN ISLAM (MAQASID SYARIAH) MEMELIHARA AGAMA MEMELIHARA HARTA MEMELIHARA NYAWA MEMELIHARA AKAL MEMELIHARA KETURUNAN Kata kunci - ANAKH
MATLAMAT SISTEM PERUNDANGAN ISLAM ( MAQASID SYARIAH ) • Menyuruh umatnya patuh perintah Allah SWT supaya diberkati. • Menyuruh umatnya menjauhi larangan Allah untuk elak dosa. • Melarang perbuatan syirik supaya akidah terpelihara. • Mensyariatkan hukuman yang tegas bagi kesalahan murtad agar agama tidak tercemar. 1. MEMELIHARA AGAMA
MATLAMAT SISTEM PERUNDANGAN ISLAM ( MAQASID SYARIAH ) • Menyuruh umatnya menjaga kesihatan seperti makan makanan yang halal dan baik. • Melarang umatnya terlibat dengan kegiatan yang membahayakan diri seperti merempit. • Melarang perbuatan bunuh diri dan orang lain kerana dosa besar. • Mensyariatkan hukuman qisas kepada pembunuh supaya wujud keadilan. 2. MEMELIHARA NYAWA
MATLAMAT SISTEM PERUNDANGAN ISLAM ( MAQASID SYARIAH ) • Menyuruh umatnya menuntut ilmu supaya pemikiran berkembang. • Melarang umatnya melakukan perkara yang merosakkan akal seperti membaca bahan lucah. • Melarang perbuatan minum arak dan penyalahgunaan dadah kerana merosakkan akal. • Mensyariatkan hukum sebat 40 kali kepada peminum arak agar timbul keinsafan. 3. MEMELIHARA AKAL
MATLAMAT SISTEM PERUNDANGAN ISLAM ( MAQASID SYARIAH ) • Mensyariatkan perkahwinan untuk lahirkan zuriat yang sah. • Menetapkan golongan wanita yang haram dikahwini seperti ibu, adik-beradik perempuan dan sebagainya. • Melarang perbuatan zina, liwat, lesbian dan gay (LGBT) kerana merosakkan keturunan. • Mensyariatkan hukuman sebat 100 kali bagi (penzina belum kahwin) atau rejam sampai mati (penzina sudah kahwin) supaya diambil iktibar. 4. MEMELIHARA KETURUNAN
MATLAMAT SISTEM PERUNDANGAN ISLAM ( MAQASID SYARIAH ) • Menggariskan peraturan pemilikan harta supaya harta dimiliki secara halal dan sah. • Menawarkan pelbagai jenis muamalat supaya manusia dapat jalankan kegiatan ekonomi dengan adil. • Melarang perbuatan menceroboh harta orang lain seperti mencuri, merompak, memeras ugut, riba, rasuah dan sebagainya. • Mensyariatkan hukuman potong pergelangan tangan kepada pencuri supaya masyarakat takut untuk lakukan jenayah mencuri 5. MEMELIHARA HARTA
Cara Merealisasikan Sistem Perundangan Islam Dalam Kehidupan •Mengamalkan cara hidup Islam •Berpegang teguh dengan peraturan Allah SWT •Melaksanakan segala perintah Allah SWT •Meninggalkan segala larangan Allah SWT. •Sentiasa mengamalkan akhlak mulia
2.1.4 Menilai kepentingan melaksanakan sistem perundangan Islam dan mematuhi pelaksanaannya dalam semua aspek kehidupan.
KEPENTINGAN MELAKSANAKAN SISTEM PERUNDANGAN ISLAM DALAM KEHIDUPAN •Menjaga akidah umat Islam dari terpesong. •Menjamin keselamatan diri. •Memastikan akal terpelihara. •Melahirkan zuriat yang halal. •Memperoleh harta secara halal.
Kesan Pengabaian Pelaksanaan Sistem Perundangan Islam • Merosakkan akidah seperti syirik • Mengancam keselamatan nyawa seperti berlaku jenayah pembunuhan. • Merosakkan akal melalui perbuatan minum arak dan penagihan dadah. • Merosakkan keturunan manusia seperti kelahiran anak luar nikah. • Mewujudkan sistem ekonomi yang haram seperti amalan riba dan rasuah.
2.1.5 Mencadangkan tindakan yang boleh dilakukan untuk mematuhi pelaksanaan perundangan dalam kehidupan.
JAWAB SEMUA SOALAN BERIKUT. Apakah contoh tindakan yang menunjukkan kamu mematuhi perundangan Islam
TINDAKAN PEMATUHAN PERUNDANGAN ISLAM DALAM KEHIDUPAN TINDAKAN KEPENTINGAN / KEBAIKAN 1. Mempelajari ilmu agama • Memantapkan iman dan taqwa kepada Allah. • Mengelakkan diri daripada melakukan perkara yang boleh rosakkan akidah. 2. Memakan makanan yang halal • Membentuk akal fikiran dan minda yang cerdas. • Menjamin kesihatan tubuh badan daripada jangkitan penyakit.
TINDAKAN PEMATUHAN PERUNDANGAN ISLAM DALAM KEHIDUPAN TINDAKAN KEPENTINGAN / KEBAIKAN 3. Memakai pakaian yang menutup aurat • Menjaga maruah diri. • Menjauhi diri daripada maksiat dan kemungkaran. 4. Mematuhi undangundang jalan raya • Menjaga keselamatan ketika menaiki kenderaan. • Mengelakkan kecederaan parah jika ditimpa kemalangan. 5. Mengamalkan muamalat Islam • Memperoleh harta yang halal. • Mengelakkan amalan rasuah dan pecah amanah.
JAWAB SEMUA SOALAN BERIKUT. Berdasarkan situasi berikut, terangkan matlamat perundangan Islam yang ingin dicapai bagi memenuhi kehendak pelaksanaan perundangan Islam.
Matlamat perundangan yang ingin dicapai berdasarkan situasi. SITUASI MATLAMAT PERUNDANGAN YANG INGIN DICAPAI 1. Ahmad menegur abangnya yang tidak menunaikan solat fardu dengan cara memberi tazkirah melalui media sosial. MEMELIHARA AKIDAH dengan cara mengajak abangnya untuk mematuhi perintah Allah SWT.
Matlamat perundangan yang ingin dicapai berdasarkan situasi. SITUASI MATLAMAT PERUNDANGAN YANG INGIN DICAPAI 2. Ali menolak ajakan kawannya untuk melayari laman sesawang pornografi. MEMELIHARA AKAL supaya terpelihara daripada memikirkan perkara negatif.
Matlamat perundangan yang ingin dicapai berdasarkan situasi. SITUASI MATLAMAT PERUNDANGAN YANG INGIN DICAPAI 3. Asmah seorang peniaga kuih yang sangat mementingkan kebersihan dan kualiti kuih yang dihasilkannya. MEMELIHARA NYAWA supaya dapat menjaga kesihatan dan menjauhi penyakit
Matlamat perundangan yang ingin dicapai berdasarkan situasi. SITUASI MATLAMAT PERUNDANGAN YANG INGIN DICAPAI 4. Roslan menamatkan zaman bujangnya kerana ingin memiliki keluarga yang bahagia. MEMELIHARA KETURUNAN agar dapat melahirkan zuriat yang sah dan membina keluarga yang bahagia.
Matlamat perundangan yang ingin dicapai berdasarkan situasi. SITUASI MATLAMAT PERUNDANGAN YANG INGIN DICAPAI 5. Azman membeli kereta menggunakan kaedah al-Bai 'Bithaman Ajil kerana dia tidak mahu terlibat dengan riba’. MEMELIHARA HARTA supaya tidak mengumpul harta yang haram.