The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by linda7281, 2022-06-27 09:57:18

PEL 13 KESENIAN MENURUT ISLAM

PEL 13 KESENIAN MENURUT ISLAM

KESENIAN
DISEDIAKAN OLEH :

MENURUT ISLAMHASLINDA BINTI HASHIM
SMK INDAHPURA ( 1 )
KULAIJAYA , JOHOR.

USTAZAH HASLINDA BINTI HASHIM





3.5.1 Menyatakan konsep
kesenian menurut Islam.

MAKSUD KESENIAN DALAM ISLAM

Aktiviti seni atau hasil
karya yang dicipta dengan
menggunakan bakat dan

kreativiti manusia bagi
menzahirkan keindahan

dan kehalusan yang
menepati syarak

DALIL BERKAITAN SISTEM KESENIAN DALAM ISLAM

‫ َم َّآم ٗءَع ٱفَأَ َّ��َِۚب ۡتبََن ۡال بِ ُههِ ۡۦم‬ٞ‫ۡهَ�ٰ ََج�ٰةٖ ِت َّما َوٱ َۡ��َ َ�ن َ َلض ُ�َوأَۡمن َزأَ َلن تلَُ�بِ ُُت�وماْ َِّمش َنَج َٱرل َهآَّۗسأََماءِٓ َءِ�ٰه‬٦‫ََّ�س‬٠‫مدنآ َ��ِ َۡع َقخ ِدَللَُذَاوق ََنٱتل‬َٞۡ ‫أََق ََّحمۡو‬

60. Bahkan siapakah yang telah mencipta langit dan bumi dan
menurunkan hujan dari langit untuk kamu? Lalu Kami tumbuhkan
dengan air hujan itu tanaman kebun-kebun (yang menghijau subur)
dengan indahnya, yang kamu tidak dapat dan tidak berkuasa
menumbuhkan pohon-pohonnya. Adakah sebarang tuhan yang lain
bersama-sama Allah? (Tidak!) bahkan mereka (yang musyrik itu)
adalah kaum yang menyeleweng dari kebenaran (tauhid).

(Surah al-Naml 27: 60)

KONSEP / CIRI-CIRI KESENIAN ISLAM

Bersifat menyeluruh meliputi fizikal
dan kerohanian.

Mengagungkan KONSEP Membangun
Allah SWT KESENIAN potensi umat
MENURUT
Islam
ISLAM

Berteraskan Meliputi aspek
syariat Islam iman dan akhlak

JENIS-JENIS KESENIAN

Seni suara / muzik Seni sulam

Seni bahasa / Seni bina dan hiasan
sastera

Seni khat dan kaligrafi Seni lukis

Seni ukir Bermain komputer

Seni reka fesyen Seni pertahanan diri

3.5.2 Menjelas dan melaksanakan adab
dan etika kesenian menurut Islam
dalam kehidupan.

ADAB DAN ETIKA KESENIAN ISLAM

• Menghasilkan kesenian yang boleh
meningkatkan keimanan.

• Hasil seni yang tidak bercanggah dengan
syarak.

• Kesenian yang berteraskan nilai akhlak Islam.
• Sentiasa memelihara ibadah wajib ketika

berkarya.
• Mencipta karya yang asli.
• Berkarya secara sederhana dan tidak melampaui

batas .
• Tiada unsur merosakkan akidah dan maksiat.
• Tidak mengganggu atau menzalimi orang lain

Islam tidak melarang kesenian. Islam hanya menolak
seni yang melanggar batasan agama dan akhlak.

Apakah Hukum Melukis
Gambar makhluk hidup

Hukum Melukis Gambar makhluk hidup

Sebagaimana yang diterangkan oleh Pensyarah Kanan Fiqh Fatwa
dan Pusat Kajian Syariah, Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof
Madya Datuk Dr Mohd Izhar Ariff Mohd Kashim menerusi Instagram
miliknya:

Jelas pendakwah itu, kebanyakan ulama tidak membenarkan umat
Islam melukis gambar-gambar makhluk yang hidup. Ia kerana
lukisan berunsur itu dijanjikan azab kepada pelakunya di akhirat
kelak.

Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang melukis atau mengukir
gambar, sesungguhnya ALLAH akan mengazabnya sehingga (jika
disuruh) meniupkan roh ke dalam gambar tersebut, dia tidak
mampu berbuat demikian selama-lamanya.” (Riwayat al-Bukhari)

Melihat ungkapan hadis berkenaan, jelas bahawa melukis gambar
makhluk bernyawa adalah dilarang sama sekali, terang beliau.

IRSYAD AL-FATWA KE-127: HUKUM
MEMBUAT LAKARAN DAN ILUSTRASI
ISTERI-ISTERI NABI AS TERDAHULU

Hukum Melukis Gambar & Animasi

Memetik pendapat Syeikh Dr. Yusuf al-Qaradhawi, beliau
mengatakan: “Hukum melukis sesuatu yang bernyawa
seperti manusia dan haiwan menjadi khilaf dikalangan
para ulama. Jumhur mengatakan bahawa ianya haram
dan sebahagian para ulama’ mengatakan ianya
dibolehkan.
Apa pun, penggunaan lukisan dalam media massa
dengan tujuan berdakwah dan pembelajaran tidak
termasuk dalam yang diharamkan bahkan sesuatu yang
dituntut oleh syara’ sekiranya menjadi medium yang
amat penting dalam menyampaikan dakwah dan ilmu
yang bermanfaat kepada manusia
Ini tidaklah menjadi gambar yang haram melainkan
gambar-gambar yang tidak bermoral, kezaliman dan
gambar-gambar yang tidak senonoh.”

Hukum Melukis Gambar & Animasi

Seterusnya Fadhilah al-Syeikh memberikan beberapa justifikasi terhadap
pendapatnya itu, dan secara ringkasnya adalah seperti berikut:
1. Sesungguhnya lukisan kartun bukanlah lukisan yang sempurna

bahkan ianya gambar yang mempunyai ciri yang tersendiri dan tidak
ada padanya ciri-ciri gambar yang hakiki.
2. Penggunaannya adalah untuk berdakwah dan juga
pendidikan (tarbawiyyah) dan anak-anak kecil menerimanya,
mengikutinya dan terkesan dengannya. Sewajarnya ke atas kita untuk
tidak mengabaikan wasilah ini dan kita perlu menggunakannya di
dalam pengajaran kanak-kanak apa yang sepatutnya dipelajari
melalui akidah dan sebagainya.
3. Manusia yang lainnya telah menggunakan metod ini sekian lamanya
dan jika melihat kepada trend sedia ada ianya seolah-olah telah
menjadi ‘makanan ruji’ bagi kanak-kanak yang sedang membesar
seharian dengan program animasi-animasi yang ditayangkan di kaca
televisyen. Sekiranya tiada inisiatif untuk menggantikannya dengan
animasi yang lebih islamik dan sarat dengan maklumat pasti ianya
merugikan.

HUKUM MELUKIS, MELAKAR ILUSTRASI & MELAKONKAN
WATAK PARA ANBIYA’, SAHABAT NABI SAW SERTA AAL

AL-BAYT NABI SAW

Sebelum kita mengetahui akan hukum mengenai persoalan
di atas, suka untuk kami kemukakan di sini mengenai
hukum melukis dan melakonkan watak para anbiya’, Nabi
Muhammad SAW, sahabat Baginda serta Aal al-
Bayt Baginda SAW (ahli keluarga Baginda termasuk isteri-
isteri Baginda).

Syeikh ‘Atiyyah Saqr Rahimahullah melalui
bukunya, Ahasin al-Kalam fi al-Fatawa wa al-
Ahkam (hlm.156-158) menyebutkan bahawa melukis
dan melakar ilustrasi para anbiya’, para sahabat Nabi
SAW dan ahli bait Baginda adalah tidak dibolehkan. Ini
berdasarkan kepada beberapa perkara antaranya:

HUKUM MELUKIS, MELAKAR ILUSTRASI & MELAKONKAN
WATAK PARA ANBIYA’, SAHABAT NABI SAW SERTA AAL

AL-BAYT NABI SAW

1. Sesungguhnya lukisan atau lakaran tidak akan
selamanya menyerupai yang asal. Akan berlaku
penipuan sekiranya apa yang digambarkan itu
tidak sama dengan hakikatnya.

2. Ketidakcermatan dalam menghalusi seseorang
individu tersebut baik dari segi rupa sifatnya serta
akhlak perilakunya yang diadaptasi di dalam
lukisan, lakaran ataupun lakonan adalah sesuatu
yang dapat menyakiti seseorang itu jika didapati
terdapat kekurangan pada gambar atau lakonan
tersebut.

HUKUM MELUKIS, MELAKAR ILUSTRASI & MELAKONKAN
WATAK PARA ANBIYA’, SAHABAT NABI SAW SERTA AAL

AL-BAYT NABI SAW

3. Mereka (anbiya’ ) adalah qudwah (ikutan) kepada
yang lain. Penipuan ke atas mereka baik dari segi
lakonan dan sebagainya boleh menyebabkan orang lain
memandang serong terhadap mereka.

4. Sekiranya lukisan, lakaran atau lakonan sekiranya tidak
dibuat dengan baik dapat memberikan kesan buruk
kepada orang yang melihatnya. Boleh jadi seseorang
yang pada asalnya menyanjung dan mencintai mereka
namun setelah melihat kekurangan yang dizahirkan
melalui lukisan, lakaran ataupun lakonan boleh berubah
sikap dari rasa cinta kepada yang lainnya sedangkan kita
semua dituntut untuk menyayangi mereka dan mengikuti
mereka

PERBEZAAN ADAB DAN ETIKA KESENIAN ISLAM
DENGAN BUKAN ISLAM

ADAB DAN ETIKA ADAB DAN ETIKA KESENIAN
KESENIAN ISLAM BUKAN ISLAM
Menghasilkan kesenian
yang boleh meningkatkan Menghasilkan kesenian yang
keimanan. boleh mengagungkan manusia.

Sentiasa memelihara Meninggalkan ibadah wajib
ibadah wajib ketika ketika berkarya
berkarya

Tiada unsur merosakkan Mengandungi unsur yang
akidah dan maksiat. merosakkan akidah dan
berbentuk maksiat.

3.5.3 Menilai kepentingan
mengamalkan adab dan etika kesenian
menurut Islam dalam kehidupan.

KEPENTINGAN ADAB DAN ETIKA KESENIAN MENURUT ISLAM

• Mengakui dan meyakini kekuasaan Allah SWT Yang
Maha Berkuasa lagi Maha Menciptakan.

• Mengetahui batasan manusia dalam berkarya
• Meningkatkan keimanan dan ketakwaan kepada

Allah SWT.
• Memberi panduan dalam menghasilkan seni yang

menepati nilai - nilai akhlak Islam.
• Memenuhi fitrah manusia yang menyukal keindahan

selari dengan syarak.
• Mempamerkan kecemerlangan tamadun Islam.

Nilai Penghayatan : Ibn Khaldun Maksud Estetika :

menyatakan bahawa Seni adalah Cabang falsafah yang

kebenaran, keindahan dan kebaikan mengkonsep berkaitan

di mana di dalamnya terkandung ciri- keindahan, cita rasa

ciri estetika, etika dan logik dan lain - lain

Nyatakan keburukan sekiranya adab dan
etika berhibur menurut Islam tidak dipatuhi.

• Boleh merosakkan akidah sekiranya
berunsurkan perbuata syirik dan
khurafat.

• Menyebabkan berlakunya maksiat
sekiranya berteraskan nafsu.

• Menzalimi orang lain sekiranya kita
menciplak hasil seni / karya orang lain.

3.5.4 Mencadangkan adab dan
etika kesenian menurut Islam dalam
kehidupan.

•Analisis situasi berikut
dan bincangkan tindakan
yang perlu dilakukan
supaya individu yang
terlibat dapat
mempraktikkan adab dan
etika kesenian Islam.

1. Abdullah mempunyai bakat seni melukis yang

hebat . Beliau mendapat banyak tempahan MS
133
melukis potret wanita.

Abdullah perlu menolak
tempahan tersebut
kerana bertentangan
syarak.

2. Yusuf ingin menyertai pertandingan seni ukiran
yang diadakan di Perbadanan Kemajuan Kraftangan

Malaysia . Beliau perlu memilih motif yang ingin
diukir.

Yusuf boleh memilih motif
yang berteraskan nilai

Islam dan tidak melampaui
batas seperti motif alam
atau ukiran bunga.

3. Hafiz merupakan seorang pengusaha batik. Proses
mencanting batik memerlukan ketelitian yang biasanya

memakan masa yang agak panjang.

Hafiz boleh menghasilkan
ukiran batik dengan memilih
motif yang tidak melampaui

batas agama dan sentiasa
memelihara ibadat wajib ketika

berkarya.

4. Saiful sangat meminati bidang penulisan.
Dia ingin memasuki pertandingan
bertemakan “Cinta”.

Saiful boleh menghasilkan karya “cinta”
kepada Allah dan Rasulullah. Elakkan
daripada menulis karya cinta manusia

sehingga mengagungkan manusia daripada
Allah. Sekiranya dia ingin membuat karya
cinta manusia dia boleh memilih motif cinta
ibu bapa, suami Isteri dan guru.

5. Adam merupakan seorang tukang emas yang menghasilkan
pelbagai jenis barangan kemas untuk perhiasan wanita. Adakalanya
beliau mendapat tempahan untuk membuat aksesori daripada emas

untuk lelaki.

Adam boleh meneruskan hasil
ukirannya tetapi dia dilarang

menghasilkan eksesori
daripada emas untuk lelaki

sekiranya dia ingin
memakainya kerana lelaki

haram memakai emas.

3.5.5 Mengamalkan adab dan
etika kesenian yang bertepatan
dengan perspektif Islam.

MS
134

KBAT

Terdapat banyak karya seni lukisan yang tidak menepati adab dan

etika Kesenian menurut Islam.

Kemukakan pendapat anda (6M)

•Karya seperti ini bercanggah dengan Islam
(F) kerana melampaui batas dan syarak (H1)
Contohnya menghasilkan karya yang terlalu
memuja manusia (H2) seperti melukis protret
dengan tujuan menyanjung mereka (H3).
Kesannya, ianya boleh merosakkan akidah
seseorang (H4). Kesimpulannya kita
hendaklah sentiasa melakukan sesuatu
berdasarkan syariiat Islam agar terhindar
perkara negatif. (K)


Click to View FlipBook Version