OLEH : PN HASLINDA BINTI HASHIM SMK INDAHPURA 1 , KULAI
1.2.2.1 Menyatakan konsep asas sistem kehakiman Islam.
MAKSUD KEHAKIMAN / AL-QADHA BAHASA Menghukum, menyelesaikan, menetapkan, memutuskan dan mencegah. SYARAK Menyelesaikan pertikaian atau tuntutan antara dua belah pihak atau lebih melalui proses undang-undang berdasarkan hukum syarak. ms 41
DALIL BERKAITAN KEHAKIMAN ISLAM FIRMAN ALLAH SWT DALAM SURAH AL-NISA’ : 58 َّ ِن ََّ ۞إ ۡ ٱ� م ُ �ُ ر ُ م ۡ أ ي ن َ َ ْ أ ُّوا د َ ؤ ُ ٰ ت ِت َ �ٰ َ � َ ۡ ٰٓ ٱ� َ َ إ ا ِ� لِه ۡ ه َ َ أ ا ُ �ذ م ت ۡ م َ َك ح َ ۡ � ب ِ اس َ ٱ� ن َّ َ أ ْ ُوا م ُ ۡك َ � ۡ � ِل د َ ع ۡ ِٱل ب َّ ِن َّ ٱ� ا ََّ إ ِم م نِع ُ � ُ ِظ ع َ ي ۗ ٓ ِهِۦ ب َّ ِن ََّ إ َ ٱ� ن َ � � ۢ َ س � َ ِميع ٗ ِص� ب ٥٨َ 58. Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanat kepada yang berhak menerimanya, dan (menyuruh kamu) apabila menetapkan hukum di antara manusia supaya kamu menetapkan dengan adil. Sesungguhnya Allah memberi pengajaran yang sebaikbaiknya kepadamu. Sesungguhnya Allah adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat. ms 41
KEHAKIMAN PADA ZAMAN RASULULLAH SAW • Rasulullah SAW berperanan sebagai ketua negara, ketua agama dan ketua hakim. • Kes-kes diselesaikan sendiri oleh baginda. • Apabila wilayah Islam semakin luas, maka dilantik beberapa orang sahabat sebagai gabenor merangkap hakim. • Antaranya ialah perutusan Sayidina Ali bin Abi Talib r.a dan Muaz bin Jabal r.a
KEHAKIMAN PADA ZAMAN KHULAFA’ AR-RASYIDIN • Sayidina Abu Bakar al-Siddiq r.a meneruskan kuasa kehakiman seperti zaman Rasulullah SAW • Semasa zaman Sayidina Umar bin alKhattab r.a ditubuhkan badan khas bagi mentadbir urusan kehakiman. • Pada zaman Sayidina Uthman bin Affan r.a, beliau telah memberi saraan (gaji) kepada hakim dari hasil peruntukan baitulmal. • Sayidina Ali bin Abi Talib r.a mengekalkan hakim yang dilantik oleh Sayidina Uthman bin Affan r.a.
PRINSIP KEHAKIMAN ISLAM Merujuk kepada wahyu Rabbani Menegakkan keadilan dan menentang kezaliman Mengamalkan adab dan akhlak Islam Menyeru kebaikan serta mencegah kemungkaran ms 42
1. 2.1.2 Menerangkan matlamat sistem kehakiman Islam.
MATLAMAT KEHAKIMAN ISLAM ن ۡ ُكم َوإ َت ِ م س َ ۡٱح َح َكۡ ھم ِق ۡ ُ َ ین ۡ َ ۡ ف ب ِٱل ب ۚ ن ِ ِط َّ م َ إ ُ ب ُّ ُ ِح ۡ َّ ٱ� ی ۡ ٱل ِس ِط َ ین ق 42. Dan jika kamu menghukum, maka hukumlah antara mereka dengan adil, sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang adil. (surah al-Maidah :42) ْ َوَلا ْ ٓوا موا ُ َ َِّذ َ ین ل َى ٱل ُ ِإل ر َكن َۡ من َظ َ ت َ ُكم ِّ َّ ُار َو َما ل م ٱلن ُكُ س َّ َ َم د ِ ِون فت َّ ٱ� ُ ن ۡ َآ َء و ِم ِلی َۡ م أ َّ ُ ر َون ُ َ نصُ ث َلا ت 113. Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang zalim yang menyebabkan kamu disentuh api neraka, dan sekalikali kamu tiada mempunyai seorang penolongpun selain daripada Allah, kemudian kamu tidak akan diberi pertolongan. ( Surah Hud : 113) Sabda Rasulullah ما ً و ْ ُ ظل ْ و َ م ْ َ ما أ ظ ِال ً ُ َ َخ َ اك ر أ ُ ص ن ُ ُْ أ Ertinya : “Tolonglah saudaramu yang berbuat zalim (menasihati dan menghalangnya) atau yang dizalimi (dibantu atau dibela) ( Riwayat al-Bukhari) Menegakkan keadilan Menentang kezaliman Membela orang yang dizalimi ms 43
1. 2.2.3 Menjelaskan jenis kesalahan jenayah dan hukumannya serta prosedur keterangan untuk mensabitkan kesalahan.
DIAT TA’ZIR HUDUD QISAS JENIS HUKUM JENAYAH FALSAFAH JENAYAH
PENGERTIAN HUDUD Kesalahan dan hukuman yang ditetapkan oleh syarak serta wajib dilaksanakan sebagai menunaikan hak Allah •Manusia tidak mempunyai hak untuk menambah atau mengurangkan hukuman tersebut setelah disabitkan. ms 44
HUDUD JENIS KESALAHAN HUKUMAN ZINA Jika belum berkahwin - di sebat 100 kali Jika telah berkahwin – direjam sampai mati QAZAF MINUM ARAK MENCURI MEROMPAK MURTAD Disebat 80 kali Di sebat 40 kali Di potong pergelangan tangan 1. Sekiranya mengganggu ketenteraman awam – dipenjara atau dibuang daerah 2. Jika mengambil harta tanpa membunuh – tangan dan kaki di potong secara bersilang 3. Merompak dan membunuh – dibunuh serta dipalang Dibunuh . Hukuman bunuh hanya diputuskan oleh pemerintah setelah pelaku enggan bertaubat. 6
PENGERTIAN QISAS Kesalahan dan hukuman mengikut ketetapan syarak yang wajib dilaksanakan bagi menunaikan hak manusia yang dizalimi secara fizikal. (melibatkan kecederaan tubuh badan atau nyawa manusia) • Hukuman tidak boleh diubah atau dibatalkan setelah sabit kecuali pihak yang menuntut bela memaafkannya dan diganti dengan bayaran diat. ms 45
Jenis kesalahan dan hukuman dalam qisas KESALAHAN HUKUMAN MEMBUNUH DENGAN SENGAJA MENCEDERAKAN ANGGOTA BADAN Dibunuh balas Dicederakan sebagaimana dia mencederakan mangsa
PENGERTIAN TAKZIR Kesalahan dan hukuman yang tidak ditetapkan oleh syarak dan diserahkan kepada budi bicara hakim untuk memutuskannya ms 45
KESALAHAN YANG TERMASUK DALAM KATEGORI TAKZIR Kesalahan –kesalahan hudud dan qisas yang tidak cukup bukti untuk dikenakan hukuman hudud dan qisas Kesalahan-kesalahan khalwat , mencuri tidak cukup nisab dan sebagainya Perbuatan yang oleh mengganggu ketenteraman awam contoh rasuah , mengumpat , penyalahgunaan dadah & lumba haram Nisab jenayah mencuri ialah kadar minimum harta curian yang boleh dijatuhkan hukuman potong pergelangan tangan. Nisabnya ialah sebanyak 1/4 dinar ( 1.06 gram emas)
HUKUMAN BAGI KESALAHAN TAKZIR Penjara Nasihat / Teguran Buang daerah Sebat Denda / Merampas harta Perisytiharan umum Ancaman / Pemulauan
PENGERTIAN DIAT Harta benda yang wajib diberikan kepada waris orang yang dibunuh sebagai ganti hukum qisas yang tidak dapat dijalankan ms 46
JENIS DIAT ( DIAT BERAT ) Waris mangsa tidak mahu qisas dijalankan dan menukar dengan diat. KADAR DIAT : 100 ekor unta ditanggung oleh pembunuh sepenuhnya dan mesti dibayar segera. 1. Membunuh dengan sengaja yang ada niat membunuh.
JENIS DIAT (DIAT BERAT ) Contoh : Seseorang memukul orang lain dengan rotan lalu mati. KADAR DIAT : • 100 ekor unta ditanggung oleh waris pembunuh dan boleh dibayar secara beransur-ansur selama tiga tahun. 2. Membunuh dengan tidak sengaja tetapi seolah-olah sengaja.
JENIS DIAT ( DIAT RINGAN ) Sebagai contoh seorang pemburu tertembak orang lain yang disangka seekor rusa. KADAR DIAT : 100 ekor unta yang ditanggung oleh waris pembunuh dan boleh dibayar beransur-ansur selama tiga tahun. Dibahagikan kepada lima jenis unta. • 20 ekor unta betina berumur setahun ke atas. • 20 ekor unta jantan berumur dua tahun ke atas • 20 ekor unta betina berumur dua tahun ke atas • 20 ekor unta betina berumur tiga tahun ke atas • 20 ekor unta betina berumur empat tahun ke atas. 1. Membunuh dengan tidak sengaja.
• Bolehkah bayaran unta digantikan dengan sesuatu yang lain?
Bolehkah bayaran unta digantikan dengan sesuatu yang lain? • Hal ini dibolehkan kerana pada zaman Sayidina Umar bin al-Khattab r.a pernah ditetapkan bayaran diat bagi yang tidak mempunyai unta boleh dibayar dengan emas, perak, lembu, kambing dan pakaian. Pada masa kini kadar diat ditentukan mengikut harga semasa seratus ekor unta.
PROSEDUR KETERANGAN UNTUK MENSABITKAN KESALAHAN PENGAKUAN KESAKSIAN PEMBUKTIAN • Pengakuan yang jelas daripada orang yang telah melakukan kesalahan. • Pengakuan dibuat secara waras dan bebas tanpa paksaan daripada mana-mana pihak. • Saksi mesti baligh, sempurna akal, adil, amanah dan bebas daripada sebarang keraguan. • Saksi tidak bermusuh dengan orang yang didakwa. • Bilangan saksi sekurang-kurangnya dua orang lelaki atau seorang lelaki dan dua orang perempuan yang adil bagi sesetengah kes. • Bagi kes perzinaan, saksinya ialah empat orang lelaki. • Kesalahan boleh disabitkan apabila dapat dibuktikan melalui bahan atau alat tertentu berkaitan kes seperti ujian deoksiribonukleik (DNA), senjata, kesan jari dan sebagainya. ms 47
1. 2.2.4 Menghuraikan syarat pelantikan, etika dan peranan hakim dalam institusi kehakiman Islam.
SYARAT PELANTIKAN HAKIM Islam dan beriman Baligh dan berakal Adil Berilmu dan bijaksana Sempurna pancaindera ms 48
ETIKA HAKIM ◦Hakim dilarang menyebelahi mana-mana pihak sama ada pendakwa atau tertuduh supaya wujud keadilan. ◦Hakim hendaklah jujur ketika bertugas seperti tidak menerima rasuah. ◦Hakim dilarang untuk mensabitkan kesalahan terhadap tertuduh jika ada keraguan bukti dan hujah supaya tidak berlaku penganiayaan. ◦Hakim dilarang menghakimi orang yang ada kepentingan dengannya seperti kaum keluarga, rakan dan sebagainya ms 49
PERANAN / TUGAS HAKIM Menjatuhkan hukuman secara adil dan saksama setimpal Menjatuhkan hukuman dalam keadaan tenang Menjatuhkan hukuman tanpa ragu-ragu • Membebaskan tertuduh jika didapati terdapat keraguan dari segi bukti dan hujah. ms 49
Implikasi Sekiranya Hakim Tidak Berlaku Adil ◦ Berlaku pergaduhan kerana masyarakat tidak berpuas hati. ◦ Memutuskan silaturrahim kerana berlaku pergaduhan. ◦ Masyarakat tidak menghormati institusi kehakiman kerana hilang keyakinan terhadap hakim. ◦ Jenayah tidak dapat dibendung kerana orang yang bersalah dilepaskan. ◦ Berlaku penindasan ke atas golongan yang lemah. ◦ Masyarakat setiasa hidup dalam ketakutan / terancam kerana jenayah berleluasa. tmbhn
Sebab Hakim Tidak Boleh Menjatuhkan Hukuman Ketika Marah ◦Akan berlaku ketidakadilan sehingga menyebabkan pergaduhan ◦Akan berlaku kezaliman / penganiayaan kerana bertindak mengikut emosi ◦Tersalah ketika membuat keputusan kerana emosi tidak stabil. tmbhn
2.2.5 Menilai kepentingan melaksanakan sistem kehakiman Islam dalam sesebuah negara dan kewajipan mematuhi tuntutan pelaksanaannya serta menjauhkan diri dari perbuatan jenayah.
KEPENTINGAN MELAKSANAKAN SISTEM KEHAKIMAN ISLAM ◦ Mampu menyelesaikan permasalahan manusia secara menyeluruh. ◦ Mewujudkan keamanan dan kesejahteraan dalam negara kerana tiada jenayah. ◦ Menegakkan amar makruf dalam masyarakat supaya masyarakat aman. ◦ Membendung perkara mungkar dan jenayah daripada berleluasa. ◦ Mewujudkan keadilan sejagat agar tiada permusuhan. ◦ Mengembalikan hak kepada orang yang dizalimi supaya merasa mereka rasa terbela. ◦ Memberi pengajaran dan didikan kepada penjenayah daripada mengulangi kesalahan. ms 50
CARA MEMATUHI TUNTUTAN PELAKSANAAN KEHAKIMAN ISLAM Menjadikan al-Quran dan al-Hadis sebagai sumber rujukan utama dalam mengendalikan kes Melaksanakan etika kehakiman Islam secara menyeluruh Mematuhi peraturan dan undang-undang negara •Melantik orang yang berkelayakkan sebagai hakim ms 50
Bagaimanakah cara anda menjauhkan diri daripada perbuatan jenayah.
CARA MENJAUHKAN DIRI DARIPADA PERBUATAN JENAYAH CARA KEPENTINGAN / KESAN Mematuhi peraturan agama • Meningkatkan keimanan dan ketakwaan kepada Allah SWT. • Mewujudkan perasaan takut akan pembalasan Allah SWT. Menuntut ilmu yang bermanfaat • Mengetahui kebaikan dan keburukan sesuatu perkara. • Memperoleh kejayaan dalam hidup. Mengisi masa dengan perkara berfaedah • Menghalang diri daripada melakukan perbuatan sia-sia. • Menambah pahala dan keberkatan hidup. Memilih rakan yang baik seperti rakan yang sentiasa berakhlak mulia. • Rakan yang baik akan mengajak untuk melakukan kebaikan. • Mewujudkan ukhwah sesama rakan bagi mengelakkan persengketaan. ms 51
KESAN PENGABAIAN SISTEM KEHAKIMAN ISLAM. INDIVIDU MASYARAKAT NEGARA • Dilaknat Allah SWT kerana ingkari syariat. • Dibenci masyarakat kerana berakhlak buruk • Jiwa resah kerana dibenci Allah. • Masyarakat huru-hara kerana dilaknat Allah. • Masyarakat mundur kerana mementingkan diri sendiri. • Berlaku masalah sosial / jenayah seperti budaya lepak. • Negara menjadi kucar-kacir kerana berlaku permusuhan • Imej negara tercemar kerana jenayah berleluasa. • Ekonomi merosot kerana belaku kecurian/rompakan tmbhn
2.2.6 Mencadangkan tindakan yang boleh dilakukan oleh individu untuk menjauhi perbuatan yang dilarang dan menyokong institusi perundangan dalam usaha mendaulatkan sistem kehakiman Islam.
TINDAKAN MENJAUHI PERBUATAN YANG DILARANG TINDAKAN MENJAUHI PERBUATAN YANG DILARANG Memberi nasihat dan bimbingan ke arah kebenaran. Mempunyai keimanan dan ketaqwaan yang kukuh kepada Allah SWT. Bersikap sabar, reda dan tabah Bersikap prihatin dan tidak mementingkan diri sendiri. Berfikiran matang dengan mampu membezakan antara kebaikan dan keburukan. ms 53
Tindakan Menyokong Institusi Perundangan • Meningkatkan tahap profesionalisme dalam kalangan pendukung institusi kehakiman Islam melalui kursus dan seminar. • Menyebarluaskan ilmu dan kefahaman tentang institusi kehakiman Islam kepada masyarakat melalui seminar, kempen atau penerangan menerusi media sosial. • Memperbanyak kajian dan penulisan ilmiah berkaitan kehakiman Islam. • Mengadakan lawatan sambil belajar ke mahkamah syariah untuk memperoleh maklumat tentang bidang kuasa dan prosedur perbicaraan di mahkamah.