The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by linda7281, 2023-08-20 10:20:01

01 SKEMA PPT TING 4 SET 1

01 SKEMA PPT TING 4 SET 1

SKEMA PERTENGAHAN TAHUN TASAWWUR ISLAM TINGKATAN 4 SET 1 BAHAGIAN A 1 IHSAN 11 MUHASABAH 2 NABI 12 MUJAHADAH 3 FARDU AIN 13 SOLAT JENAZAH/ MENGURUS JENAZAH 4 AKHLAK MAZMUMAH 14 SOLAT SUNAT/ PUASA SUNAT 5 DARJAT 15 ALAM ROH 6 KEBEBASAN 16 ALAM AKHIRAT 7 EMPAT 17 / 8 KHALIFAH 18 X 9 AL AMANAH 19 / 10 AL FATANAH 20 X


BAHAGIAN B Soalan Skema Markah 1 (a) (i) Maksud islam sebagai al - Din Islam adalah cara hidup yang lengkap (1m) merangkumi akidah, ibadah dan akhlak (1m) 2 markah (ii) Dua sebab manusia perlu kepada Islam sebagai cara hidup. P1 – jalan untuk mendapat kebahagiaan (1m) di dunia dan di akhirat (1m) P2 – asas tatacara perhubngan manusia (1m) untuk mencapai keharmonian hidup bermasyarakat (1m) P3 – memandu arah hidup (1m) supaya mengikut syariat Islam (1m) P4 – akal manusia terbatas (1m) untuk mengetahui hakiakt kebenaran sesuatu perkara (1m). 2 isi x 2 markah = 4 markah (b) Dua tindakan yang boleh lakukan untuk menjadikan Islam sebagai cara hidup P1 – Membaca, menghayati, mengamalkan al-Quran (1m) bagi mendapat panduan dalam kehidupan.(1m) P2 - Menjadikan Rasulullah SAW sebagai contoh ikutan (1m) agar dapat mengikuti akhlak Baginda SAW. (1m) P3- Mendalami ilmu asas Islam (1m) agar dapat membezakan buruk dan baik.(1m) P4 - Menghayati sirah perjuangan Rasulullah SAW untuk dijadikan panduan. P5 - Menghayati sirah perjuangan para sahabat dan salafusoleh untuk menagambil iktibar P6- Mengahayati dan melaksanakan Rukun Islam, Rukun Iman dan Ihsan agar hidup sempurna. 2 isi x 2 markah = 4 markah (c) Dua kepentingan ihsan dalam kehidupan P1- merasakan Allah SWT mengawasi dan melihat segala gerak geri manusia (1m) sepanjang masa (1m) P2 – mengajar manusia berbuat baik kepada manusia dan makhluk lain (1m)agar hidup aman. (1m) P3 – mewujudkan masyarakat yang harmoni(1m) agar hidup sejahtera(1m) 2 isi x 2 markah = 4 markah (d) (i) Satu peristiwa yang akan dialami oleh manusia semasa berada di alam barzakh P1 – Disoal oleh malaikat Munkar dan Nakir P2 – merasa nikmat bagi orang yang beramal soleh P3 – diberikan azab seksaan kubur bagi mereka yang kufur 1 isi x 1 markah = 1 markah (ii) Apakan kesan seseorang yang beriman dengan Alam Barzakh? Huraikan. Contoh Jawapan : Seseorang itu akan takut untuk melakukan perkara mungkar. (1m) Hal ini kerana mereka tahu setiap perbuatan akan dihitung dan ditimbang (1m) untuk diberi balasan sama ada syurga atau neraka (1m) Kesannya, mereka akan melakukan amalan kebaikan dan menjauhi kejahatan seperti berbuat baik kepada ibu bapa, menolong orang miskin dan sebagainya, (1m). Kesimpulannya, umat Islam hendaklah menjauhi perkara yang ditegah oleh Allah agar selamat di dunia dan di akhirat.(1m) Isi – 1m Huraian – 1m H/lengkap – 1m Kesimpulan – 1m 5M


2 (a) (i) Dua ciri pegangan akidah yang benar P1 - Berasaskan tauhid./ Yakin dengan teguh kewujudan dan keesaan Allah P2 - Bertepatan dengan al-Quran dan al-Sunnah. P3 - Berlandaskan ilmu, iman dan amal. P4 - Berasaskan dalil naqli dan aqli P5 – menjauhi perbuatan mensyirikkan Allah. 2 isi x 1 markah = 2 markah (ii) dua kepentingan mengamalkan akidah yang bertepatan dengan hukum syarak. P1 - Syarat utama amalan diterima oleh Allah SWT (1m) kerana menurut syariat.(1m) P2 - Benteng diri daripada perkara syirik, khurafat dan bidaah (1m) agar tidak tersesat. (1m) P3 - Tunjang kekuatan umat Islam (1m) kerana memiliki akidah yang sama. (1m) P4 - Beroleh rahmat dan keberkatan daripada Allah SWT (1m) kerana patuh perintahNya P5 - Membentuk jati diri sebagai Muslim sejati (1m) agar sentiasa melakukan kebaikan. (1m) P6 - Penentu kebahagiaan (1m) di dunia dan akhirat. (1m) 2 isi x 2 markah = 4 markah (b) Dua implikasi pelaksanaan ibadah tanpa pegangan akidah yang betul. P1 – Semua amalan akan ditolak (1m) kerana menyalahi syarat penerimaan amalan(1m) P2 – terjebak dengan perkara syirik , khurafat dan bidaah (1m)kerana bercanggah dengan syariat(1m) 2 isi x 2 markah = 4 markah (c) Dua kebaikan aktiviti kursus kepimpinan sekolah daripada tindakan sebagai hamba dan khalifah Allah SWT. P1 – melatih diri berdisiplin(1m) supaya menjadi pemimpin yang baik (1m) P2 – mengamalkan amar makruf nahi mungkar (1m) seperti boleh membantu rakan-rakan disekolah.(1m) 2 isi x 2 markah = 4 markah (d) Pada pendapat anda, bagaimanakah konsep hamba dan khalifah dapat mengatasi masalah pencemaran sungai Cadangan jawapan: Memelihara dan memulihara alam sekitar mengikut syariat (1m) supaya kebersihan alam dapat dikekalkan (1m) yang membawa kebaikan kepada manusia. (1m) Hal yang demikian alam hendaklah ditadbir dan dimakmurkan secara terancang (1m) bagi menjaga kelangsungan hidup flora dan fauna. (lm) Kesimpulannya, kita hendaklah menjaga alam ciptaan Allah SWT dengan baik agar mendapat manfaat daripadanya. (1m) 6 markah Isi – 1m Huraian 1 – 1m Huraian 2– 1m Huraian 3- 1m Huraian 4 – 1m Kesimpulan – 1m


3 (a) (i) Empat amalan ibadah yang menepati hukum syarak P1 – Solat Fardu P2 – Zakat P3 – Belajar P4 – Solat Jenazah P5 – Penyelidikan 4 isi x 1 markah = 4 markah (ii) Manusia perlu beribadah kepada Allah SWT P1- meneguhkan hubungan manusia dengan Allah SWT (1m) kerana patuh kepada perintah dan larangan-Nya(1m) P2 – meningkatkan ketakwaan kepada Allah SWT (1m) kerana sentiasa melakukan perintah Allah (1m) P3 – Mendidik hawa nafsu (1m) supaya tidak terpesong dari landasan Islam (1m) 1 isi x 2 markah = 2 markah (b) Dua cara untuk memelihara fitrah kejadian insan sebagai hamba dan khalifah Allah SWT P1 – memupuk dan mengamalkan akhlak yang mulia (1m) supaya iman menjadi kuat P2 – membimbing rakan -rakan (1m) supaya sentiasa melakukan perkara baik (1m) P3 – membina keluarga yang penuh ketakwaan dan kasih sayang (1m) agar kehidupan tenteram (1m) P4 – melaksanakan amanah dengan penuh tanggungjawab (1m) supaya terhindar daripada kezaliman (1m) 2 isi x 2 markah = 4 markah (c) Dua kepentingan memelihara fitrah kejadian manusia. P1 – mendapat keredaan dan petunjuk Allah SWT (1m) kerana ikut syariat (1m) P2 – mengukuhkan keimanan dan ketakwaan kepada Allah (1m) agar hidup bahagia(1m) P3 – menerima kebenaran dan menolak kebatilan (1m) agar dapat bertindak mengikut ajaran Islam(1m) P4 – membentuk kehidupan yang aman harmoni (1m) kerana patuh perintah Allah. (1m) P5 – dapat memakmurkan bumi (1m) agar hidup sejahtera (1m) 2 isi x 2 markah = 4 markah (d) Ramalkan keadaan masyarakat di masa hadapan sekiranya menolak fitrah kejadian manusia. Berikan hujah anda. Contoh jawapan : Masyarakat akan hidup dalam keadaan terumbang ambing (1m) kerana terlalu leka dengan kenikmatan dunia (1m) sehingga mengabaikan fitrah manusia sebagai hamba dan khalifah Allah.(1m). Kesannya, maksiat akan berlaku secara berleluasa (1m) seterusnya akan mengundang kemurkaan Allah SWT.(1m) Kesimpulannya, kita hendaklah menunaikan amanah dengan penuh tanggungjawab supaya mendapat keredaan Allah SWT (1m). 6 markah Isi – 1m Huraian 1 – 1m Huraian 2– 1m Huraian 3- 1m Huraian 4 – 1m Kesimpulan – 1m


4 (a) (i) Maksud akhlak menurut Islam Sifat yang tertanam dalam jiwa yang mendorong sesuatu perbuatan dan perlakuan tanpa memerlukan pertimbangan yang mendalam 2 markah (ii) Dua ciri akhlak menurut Islam. P1 – bersumberkan al -Quran dan al -Sunnah P2- Berlandaskan fitrah kejadian manusia P3- Meliputi semua aspek kehidupan P4 – Tetap dan tidak berubah sepanjang zaman 2 isi x 2 markah = 4 markah (b) Dua cara memupuk akhlak mulia P1 – mentaati perintah Allah dan Rasul-Nya P2 – mencontohi dan meneladani Rasulullah yang berpekerti mulia P3 – sentiasa berdoa memohon dihiasi akhlak mulia P4 – mujahadah dalam memperbaiki diri P5 – sentiasa muhasabh diri P6 – bersabar dan istiqamah dalam berakhlak mulia 2 isi x 2 markah = 4 markah (c) Cadangkan cara yang boleh ada lakukan untuk membantu rakan anda di atas. Contoh jawapan: Saya akan menasihati beliau secara berhikmah (1m) supaya tidak mengulangi perbuatan tersebut pada masa akan datang (1m). Hal ini demikian kerana pelajaran merupakan perkara yang penting untuk kehidupan yang baik pada masa akan datang (1m). Kesimpulannya, kita hendaklah menguasai pelbagai ilmu pengetahuan supaya berjaya di dunia dan di akhirat Isi – 1m Huraian – 1m H/lengkap – 1m Kesimpulan – 1m (d) Dua tujuan penciptaan manusia P1 – mengabdikan diri kepada Allah SWT P2 – memakmurkan bumi Allah SWT berdasarkan syariat Allah SWT 2 isi x 1markah = 2 markah (e) Dua tanggungjawab manusia terhadap Allah SWT dan rasul. P1 – menyembah Allah SWT Yang Maha Esa tanpa mensyirikkan-Nya P2 – mematuhi segala perintah Allah SWT seperti menunaikan solat fardu P3 - menjauhi larangan-Nya seperti tidak melakukan syirik kepada Allah P4 – bersyukur atas nikmat Allah SWT dan sentiasa mengingati-Nya dengan zikrullah 2 isi x 2 markah = 4 markah


5 (a) Maksud murunah Luwes atau anjal iaitu ajaran Islam boleh berubah mengikut kesesuaian, namun masih tetap pada prinsip asasnya. 2 markah (b) Dua ciri prinsip murunah P1 – Islam agama yang mudah P2 – Dilaksanakan mengikut keadaan dan kemampuan 2 isi x 2 markah = 4 markah (c) (i) Dua kepentingan mengamalkan prinsip pandangan hidup Islam. P1- Seseorang itu dapat mengetahui bahawa kehidupan di dunia sementara kerana akhirat adalah destinasi yang sebenar. / Dapat memahami tujuan kehidupan P2- Ajaran Islam adalah mudah kerana semua orang mampu melakukannya. P3- Menetapkan sistem yang lengkap dan menyeluruh kerana Islam tidak memisahkan agama dan kehidupan • P4- Dapat mengamalkan keadilan sejagat dengan menghapuskan diskriminasi • P5- Setiap suruhan dan tegahan mempunyai manfaat rohani dan jasmani supaya manusia hidup sejahtera. • 2 isi x 2 markah = 4 markah (ii) Ajaran sesat mendatangkan kesan buruk kepada masyarakat. Sebagai seorang Islam, bagaimanakah anda menghindari diri daripada perkara tersebut. Bincangkan Cadangan Jawapan : Melengkapkan diri dengan kefahaman Islam (1m) seperti berpegang teguh al-Quran dan al-Hadis (1m). Kesannya saya dapat mengetahui batas iman dan kufur (1m). Oleh itu kitahendaklah sentiasa berdoa kepada Allah supaya diberi hidayah kepada kita agar sentiasa berada dalam akidah yang benar Isi – 1m Huraian – 1m H/lengkap – 1m Kesimpulan – 1m 4M (d) Maksud insan Makhluk ciptaan Allah SWT yang dikurniakan akal dan ditugaskan untuk mengabdikan diri kepada Allah SWT serta memakmurkan alam 2 markah (e) Dua keistimewaan insan berbanding makhluk lain. P1 – Dikurniakan akal fikiran P2 – Diberikan kitab sebagai panduan P3 – Diberi tanggungjawab sebagai khalifah P4 – Dianugerahkan rasul sebagai pembimbing 2 isi x 2 markah = 4 markah


6 (a) (i) Dua Rukun Iman yang lain P1 – beriman kepada Malaikat P2 – beriman kepada Kitab -Kitab-Nya P3 – beriman kepada para Nabi dan Rasul P4 – beriman kepada Hari Akhirat P5 – beriman kepada Qadak dan Qadar 2 isi x1 markah = 2 markah (ii) Dua kepentingan Rukun Iman kepada individu muslim P1 – syarat amalan diterima Allah SWT P2 – menghubungkan makhluk dengan Allah dari sudut kepercayaan dan keyakinan yang bersumberkan wahyu P3 – menegaskan konsep mengesakan Allah SWT sebagai ajaran yang dibawa oleh semua nabi dan rasul 2 isi x 2 markah = 4 markah (b) Cadangan jawapan : Solat dapat mendidik tingkah laku umat Islam (1m) untuk mematuhi segala peraturan dan masa yang telah ditetapkan dalam Islam (1m) contohnya waktu solat zohor tidak boleh dilaksanakan pada waktu asar (1m). Ibadat yang dilakukan tidak sah jika menyalahi rukun yang ditetapkan (1m) Hal ini demikian kerana setiap ibadah mempunyai cara pelaksanaan yang tersendiri (1m) Oleh itu, kita hendaklah memelihara solat dengan baik agar menjadi insan yang berguna.(1m) Isi – 1m Huraian 1 – 1m Huraian 2– 1m Huraian 3- 1m Huraian 4 – 1m Kesimpulan – 1m 6M (c) Dua punca berlakunya pengabaian tanggungjawab sebagai hamba dan khalifah P1- Syariat Islam tidak dilaksanakan kerana manusia lalai dengan keseronokan dunia P2- Mengabaikan pendidikan terutamanya pendidikan agama Islam P3- Kelemahan urusan pentadbiran kerana salah guna kuasa P4- Masyarakat bersikap malas seperti memilih pekerjaan P5- Hilang sikap hormat menghormati antara masyarakat kerana pentingkan diri sendiri 2 isi x 2 markah = 4 markah (d) Dua kesan pengabaian tersebut kepada masyarakat P1 – berlaku keruntuhan akhlak kerana pentingkan diri sendiri P2 - jenayah yang berleluasa kerana manusia berani melakukan kemungkaran P3 - masyarkat akan kekurangan ilmu dan jahil kerana tidak didik dengan ilmu P4 – hilang kepercayaan kepada pemimpin sehingga menyebabkan negara akan mundur P6 – berlaku perpecahan dan diskriminasi dalam masyarakat kerana manusia lalai dengan keseronokan dunia. 2 isi x 2 markah = 4 markah


Click to View FlipBook Version