The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

PEL 10 SISTEM KEKELUARGAAN MENURUT ISLAM

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by linda7281, 2023-10-22 20:31:04

PEL 10 SISTEM KEKELUARGAAN MENURUT ISLAM

PEL 10 SISTEM KEKELUARGAAN MENURUT ISLAM

DISEDIAKAN OLEH : HASLINDA BINTI HASHIM SMK INDAHPURA ( 1 ) KULAIJAYA , JOHOR. SISTEM KEKELUARGAAN MENURUT ISLAM USTAZAH HASLINDA BINTI HASHIM


3.2.1 Menyatakan konsep kekeluargaan Islam.


MAKSUD SISTEM KEKELUARGAAN MENURUT ISLAM •Maksud keluarga ialah unit sosial yang dihubungkan melalui pertalian darah, perkahwinan atau pengambilan anak angkat. •Keluarga asas terdiri daripada suami, isteri dan anak-anak.


DALIL BERKAITAN SISTEM KEKELUARGAAN ISLAM ۡ من ِ َ و ٓ ۦ ِ ه ِ ٰت َ َا� ء ۡ ن َ َ أ ق َ ل َ خ م ُ � َ ۡ ل ِن ّ م ۡ م ُ س� ِ ُ نف َ ٗ أ ا ٰج َ � ۡ ز َ ْ أ ا ٓ و ُ ن ُ ۡ ك س َ ت ِ ّ َ ل ا ه ۡ َ �ِ َ إ َل ع َ ج َ و م ُ �َ ن ۡ ي َ ب ٗ ة َّ د َ و َّ ۚ م ً ة َۡ �َ ر َ و َّ ن ِ � إ ِ َ ك ِ ل ٰ َ ت ٖ ٰ � َ �ٖ �� ۡ و َ ق ِ ّ َ ل ُون ر َّ َك ف َ ت َ ٢١ � 21. Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Dia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keteranganketerangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir. (Surah al-Rum 30 : 21)


2 ORANG SAKSI LAFAZ IJAB & QABUL ( SIGHAH) BAKAL ISTERI (PENGANTIN PEREMPUAN) BAKAL SUAMI (PENGANTIN LELAKI) WALI 1 2 3 5 4


RUKUN NIKAH 1. Bakal suami 2. Bakal isteri 3. 2 orang saksi 4. Wali 5. Lafaz ijab dan qabul KATA KUNCI : SISWI


CIRI-CIRI KEKELUARGAAN ISLAM / CIRI-CIRI SESUATU PERKAHWINAN BOLEH MENJADI IBADAT • Dibina berdasarkan ketaatan kepada Allah SWT. • Sentiasa mengamalkan akhlak mulia dan contoh teladan yang baik. • Melaksanakan peranan dan tanggungjawab masing-masing. • Sentiasa berkomunikasi secara positif. • Sentiasa memberi sokongan antara satu sama lain.


• Melahirkan generasi yang bertakwa kepada Allah SWT. • Membentuk kesempurnaan akhlak mulia. • Memastikan kelangsungan zuriat manusia melalui ikatan perkahwinan yang sah. • Dapat melaksanakan ajaran Islam dalam semua aspek kehidupan. • Menjamin keutuhan sosial dan ekonomi. • Melaksanakan tanggungjawab manusia sebagai hamba dan khalifah. • Menjaga kehormatan manusia MATLAMAT INSTITUSI KEKELUARGAAN ISLAM


3.2.2 Menjelaskan peranan ahli keluarga dalam Sistem Kekeluargaan Islam.


PERANAN AHLI KELUARGA PERANAN SUAMI • Berperanan sebagai pemimpin keluarga. • Memastikan setiap ahli keluarga mentaati perintah Allah SWT dan menjauhi larangan-Nya • Menyediakan keperluan asas seperti makanan, minuman, pakaian dan tempat tinggal. • Melindungi keluarga. • Memberi pendidikan yang sempurna kepada ahli keluarga. • Berlaku adil jika berpoligami.


PERANAN AHLI KELUARGA PERANAN ISTERI • Taat kepada suami dalam hal- hal yang tidak bertentangan dengan perintah Allah SWT. • Menjaga rahsia rumah tangga. • Menguruskan hal ehwal rumah tangga seperti menjaga harta suami dengan baik. • Membantu suami dalam mendidik anak-anak.


PERANAN AHLI KELUARGA PERANAN SUAMI DAN ISTERI • Memelihara dan mendidik anak-anak. • Menghubungkan silaturahim antara kedua-dua belah keluarga. • Menunaikan hak kepada pasangan. • Memberi layanan yang mesra dan menghormati antara satu sama lain. • Nasihat-menasihati ke arah kebaikan. • Mengamalkan akhlak mulia dan bersopan dalam pergaulan sesama ahli keluarga. • Memelihara kehormatan diri dan maruah diri. • Membantu melengkapkan antara satu sama lain. • Menjaga ketrampilan dan kebersihan diri.


PERANAN AHLI KELUARGA PERANAN ANAK • Mematuhi ajaran agama. • Menjauhi perbuatan mungkar. • Mematuhi nasihat daripada ibu bapa. • Menghormati ibu bapa. • Berbakti kepada ibu bapa. • Berkomunikasi dengan sopan. • Membantu ibu bapa di rumah. • Menjaga maruah ibu bapa dan keluarga. • Menghormati rakan kedua-dua ibu bapa. • Mendoakan ibu bapa ketika masih hidup atau setelah meninggal dunia.


ُ َال ج ِ َ ٱلر ّ ُون م َّٰ و ق َ ََ ٓ � ء ِ ا َ س ِ َ ٱلن ا ّ م ب ِ ف َ َ َّ ل ض ۡ ٱ� َُّ م ُ ه َ ۡض ع َ � ٰ ٖض ََ ع ۡ � َ � ٓ ا َ م ِ � و ن َ ْ أ َ ُوا ق َ ف ۡ ۚ من ِ ۡ ِم ِه ل ٰ َ � ۡ م َ أ ٣٤ 34. Lelaki (suami) itu adalah pemimpin bagi kaum perempuan, kerana Allah telah melebihkan orangorang lelaki (dengan beberapa keistimewaan) atas orang-orang perempuan dan juga kerana orang-orang lelaki telah membelanjakan (memberi nafkah) daripada harta mereka. (Surah an-Nisa’ 4 : 34) َ م ِ لا ُکْ ر ُ ی خْ َ م َا ٌكْ ن َ ر ا ُ ی خْ َ ، و ھ َ ِ ل ِ ھ ْ لي ِ ھ ْ َ م ِ لا ُكْ ر ُ ی خْ َ Sebaik-baik kamu adalah melakukan terbaik terhadap keluargamu, dan aku adalah yang terbaik daripada kamu terhadap keluargaku. ( Riwayat Ibnu Majah )


3.2.3 Menilai kepentingan membina keluarga berasaskan tuntutan syarak.


KEPENTINGAN PEMBINAAN KELUARGA • Memenuhi naluri semula jadi manusia untuk hidup berpasangan berdasarkan lunas syarak. • Mengamalkan Sunnah Rasulullah SAW. • Memelihara diri daripada maksiat dan penyakit. • Membina ahli keluarga yang terdidik dengan nilai-nilai Islam. • Membentuk masyarakat yang bertamadun berteraskan syariat Islam. • Memastikan kelangsungan zuriat manusia melalui ikatan pernikan yang sah. • Menjalinkan cinta kasih sayang berlandaskan peraturan syariat.


KEBAIKAN JIKA SEMUA AHLI KELUARGA MELAKSANAKAN PERANAN MASING-MASING • Melahirkan generasi yang bertakwa kepada Allah SWT. • Melahirkan ahli keluarga yang bertanggungjawab. • Dapat melaksanakan ajaran Islam dalam semua aspek kehidupan. • Melahirkan keluarga yang sakinah (tenang/damai), mawaddah (cinta/harapan) wa rahmah (kasih sayang). • Memberi ketenangan dan kebahagiaan hidup.


KESAN BURUK JIKA AHLI KELUARGA GAGAL MELAKSANAKAN PERANAN MASING-MASING . • Berlaku pergaduhan dan perpecahan dalam keluarga. • Ajaran agama tidak dapat dilaksanakan dengan sempurna • Melahirkan ahli keluarga yang mementingkan diri sendiri. • Kehidupan kacau bilau dan hati sentiasa runsing.


3.2.4 Mencadangkan tindakan yang sesuai dilakukan untuk membina keluarga berasaskan tuntutan syarak.


AKTIVITI DALAM MEMBINA KELUARGA BAHAGIA MENURUT ISLAM AKTIVITI KEPENTINGAN Solat berjemaah Makan bersama Beriadah dan berekreasi Meraikan kejayaan Dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan dan hubungan dengan Allah SWT Ahli keluarga dapat berdoa bersama-sama, bersalaman dan bermaafan. Mewujudkan rasa bersyukur kepada Allah SWT terhadap rezeki yang dikurniakan Allah SWT. Dapat berkumpul dan berbual secara santai. Dapat meluangkan masa yang berkualiti bersamasama. Memperoleh tubuh badan yang sihat dan fikiran yang tenang. Mengeratkan hubungan dan kasih-sayang antara ahli keluarga. Meningkatkan kepekaan dan kemampuan sosial ibu bapa dan anak.


CONTOH LAIN CARA UNTUK MENGEKALKAN KEBAHAGIAAN DALAM KELUARGA •Bersedia memaafkan dan tidak membesarkan isu-isu remeh •Segera menyelesaikan masalah yang timbul dan sentiasa merujuk kepada pihak yang berkeahlian supaya tidak berlarutan •Saling memenuhi keperluan antara satu sama lain •Sentiasa tegur –menegur dan nasihat – menasihati antara satu sama lain •Mengukuhkan ekonomi keluarga.


3.2.5 Melaksanakan tanggungjawab sebagai ahli keluarga berasaskan Sistem Kekeluargaan Islam.


PUNCA DAN AKIBAT ANAK MENGHANTAR IBU BAPA KE RUMAH ORANG TUA PUNCA Sibuk bekerja. Tidak sanggup menjaga ibu bapa yang sakit. Ibu bapa abaikan anakanak sewaktu mereka kecil. AKIBAT Anak menghantar ibu bapa ke rumah orang tua. Rezeki sempit dan hidup tidak bahagia. Kita atau keluarga kita akan diuji dengan kesakitan. Anak-anak kita juga akan berbuat perkara yang sama kepada kata


FAKTOR KEBAHAGIAAN SESEBUAH RUMAH TANGGA • Ahli keluarga melaksanakan tanggungjawab terhadap rumah tangga dengan sempurna. • Mengamalkan perintah agama dan menjauhi maksiat. • Hormat-menghormati dan sayang menyayangi antara satu sama lain. • Berusaha mencari rezeki dan berbelanja mengikut kemampuan.


PUNCA KERUNTUHAN RUMAH TANGGA •Tanggungjawab terhadap keluarga tidak dilaksanakan dengan sempurna. • Malas berusaha memenuhi keperluan keluarga. •Gagal bertolak ansur dalam sesuatu perkara. • Kurang pendidikan dan penghayatan Islam.


Click to View FlipBook Version