The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by linda7281, 2023-06-11 08:26:22

PEL 3 IBADAT MENURUT ISLAM

PEL 3 IBADAT MENURUT ISLAM

DISEDIAKAN OLEH : HASLINDA BINTI HASHIM SMK INDAHPURA ( 1 ) KULAIJAYA , JOHOR. USTAZAH HASLINDA BINTI HASHIM


1.3.1 Menyatakan konsep ibadah menurut hukum syarak.


MAKSUD IBADAT Pengabdian kepada Allah SWT melalui perbuatan, perkataan dan pengakuan hati yang ikhlas semata-mata kepada-Nya yang berlandaskan syariat Allah SWT.


FIRMAN ALLAH SWT ِون ُ د ُ ب ۡ ع َ � ِ َّ � ِ َ �س إ ِ ۡ َٱ� و َّ ِن ۡ ُ ٱ� ت ۡ ق َ ل َ َا خ م و ٥٦َ Ertinya : “Aku tidak menciptakan jin dan manusia kecuali supaya mereka menyembah-Ku” Surah al-Dzariyat 51: 56


KONSEP IBADAT KONSEP IBADAT Kewajipan menuruti perintah yang disyariatkan dan tidak mengadaadakan ibadah Ibadah melibatkan segala kegiatan manusia dari segi rohani dan jasmani. Tujuan hidup manusia adalah untuk beribadah Keikhlasan menjadi asas penerimaan ibadah di sisi Allah SWT.


•Hubungan akidah dan ibadah sangat erat. •Akidah merupakan ikatan hati dan perasaan manusia kepada Allah SWT. •Ibadah merupakan gerak langkah manusia bagi meneguhkan hubung antara manusia dengan Allah SWT. NILAI PENGHAYATAN


SYARAT DALAM IBADAT 1.Ikhlas : Ibadah dilakukan hanya kerana Allah SWT semata-mata dan mengharapkan keredaan-Nya. 2.Ittiba' as-Sunnah (Mengikut Sunnah): Ibadah dilakukan sebagaimana yang disyariatkan oleh Allah dan rasul-Nya.


IBADAT KHUSUS Semua amalan khusus yang menghubungkan manusia dengan Allah. IBADAT UMUM Semua amalan umum yang menghubungkan manusia dengan manusia FARDU AIN: Kewajipan individu atas suatu amalan dituntut secara tegas oleh syarak ke atas setiap mukalaf. FARDU KIFAYAH : Kewajipan secara kolektif yang merujuk kepada suatu amalan yang dituntut oleh syarak ke atas seluruh kaum Muslimin secara umum untuk mengerjakannya.


1.3.2 Menjelaskan amalan yang berkaitan ibadah dalam Islam.


AMALAN YANG BERKAITAN DENGAN IBADAT SOLAT FARDU 1. Solat lima waktu sehari semalam. 2. Amalan pertama yang akan dihisab. 3. Kewajipan yang tidak boleh ditinggalkan walaupun dalam keadaan sakit dan darurat. - IBADAT KHUSUS


AMALAN YANG BERKAITAN DENGAN IBADAT ZAKAT 1. Sedekah wajib. 2. Terbahagi kepada zakat fitrah dan zakat harta. 3. Diberikan kepada golongan asnaf. - IBADAT KHUSUS


AMALAN YANG BERKAITAN DENGAN IBADAT BELAJAR 1. Kewajiban yang penting sebagai individu Muslim. 2. Perintah iqra' (baca) sebagai proses belajar. 3. Mempelajari ilmu yang bermanfaat. - IBADAT UMUM


AMALAN YANG BERKAITAN DENGAN IBADAT SOLAT JENAZAH 1. Merupakan salah satu kewajipan dalam pengurusan jenazah. 2. Solat jenazah mempunyai tujuh rukun iaitu niat, berdiri bagi yang mampu, bertakbir empat kali, membaca surah al-Fatihah, membaca selawat, doa kepada jenazah dan memberi salam. - IBADAT KHUSUS


AMALAN YANG BERKAITAN DENGAN IBADAT PENYELIDIKAN 1. Melakukan penyelidikan dan inovasi yang mendatangkan manfaat kepada masyarakat. 2. Memajukan umat Islam supaya tidak mundur dan dizalimi oleh orang lain. - IBADAT UMUM


Tentukan ibadat berikut sebagai ibadat umum atau ibadat khusus. MENGELUARKAN ZAKAT BELAJAR MEMBUAT PENYELIDIKAN BEKERJA MENUNAIKAN SOLAT JENAZAH BERNIAGA MENUNAIKAN HAJI SOLAT BERJEMAAH Ibadat khusus Fardu ain Fardu ain Fardu ain Ibadat umum Fardu kifayah Fardu kifayah Fardu kifayah Fardu ain Fardu kifayah Ibadat umum Ibadat umum Ibadat umum Ibadat khusus Ibadat khusus Ibadat khusus


1.3.3 Menilai kepentingan melaksanakan ibadah yang menepati tuntutan hukum syarak.


KEPENTINGAN IBADAT MENURUT SYARAK LAFAZ SYAHADAH • Menjadi bukti penyaksian Allah SWT sebagai pencipta dan Nabi Muhammad SAW sebagai utusan Allah SWT. • Syarat menjadi seorang Muslim. SOLAT • Meneguhkan hubungan manusia dengan Allah SWT. • Meningkatkan ketakwaan kepada Allah SWT. • Meningkatkan hubungan baik dalam masyarakat melalui solat berjemaah.


KEPENTINGAN IBADAT MENURUT SYARAK PUASA • Mendidik hawa nafsu. • Merehatkan sistem pencernaan. • Merasal kesusahan orang miskin. BEKERJA • Mencari nafkah dikategorikan sebagai ibadah • Hidup mulia dan tidak membebankan orang lain. BELAJAR • Menambahkan ilmu pengetahuan dan kemahiran • Membangunkan tamadun agama, bangsa dan negara.


KEMANISAN IMAN bermakna kita dapat merasakan kelazatan beribadah, melaksanakan ketaatan kepada Allah SWT serta mengutamakan agama daripada hal keduniaan Diriwayatkan oleh Anas: "Terdapat tiga perkara yang padanya terdapat kemanisan iman iaitu 1. Dia menyayangi Allah SWT dan rasul-Nya melebihi daripada cinta kepada selain kedua-duanya 2. Dia menyayangi seseorang tetapi tidak lebih daripada menyayangi Allah SWT 3. Dia sangat benci kembali kepada kekufuran seperti mana dia benci untuk dicampakkan ke dalam api neraka."


• Bagaimanakah anda memberikan sumbangan kepada masyarakat melalui ibadat umum.


Bagaimanakah anda memberikan sumbangan kepada masyarakat melalui ibadat umum. Saya akan belajar bersungguh-sungguh (F) supaya menjadi orang yang berilmu (H1) agar dapat membantu masyarakat (H2) dengan menggunakan kepakaran yang saya ada (H3). Contohnya dengan menjadi doktor saya mampu membantu ramai pesakit (H4). Kesimpulannya kita hendaklah sentiasa mempersiapkan diri dengan kemahiran agar dapat memberi khidmat kepada masyarakat.(R)


1.3.4 Mencadangkan ibadah lain yang perlu dilaksanakan bagi memenuhi tuntutan hukum syarak.


IBADAT WAJIB YANG PERLU DILAKSANAKAN Menjaga solat fardu lima waktu Berpuasa penuh dibulan Ramadan Melaksanakan ibadat Haji Mengeluarkan zakat Bekerja untuk memenuhi keperluan hidup Menjalankan penyelidikan dan pembangunan untuk hasilkan produk untuk masyarakat


CARA MENINGKATKAN KUALITI IBADAT. 1.Sentiasa mengingati Allah SWT ketika melakukan pekerjaan. 2.Meningkatkan ilmu pengetahuan tentang ibadah khusus dan umum. 3.Berdamping dengan orang soleh dan berilmu. 4.Sabar dan istiqamah dalam melakukan ibadah. 5.Memahami hikmah di sebalik kewajipan sesuatu ibadah


PERKARA YANG MEROSAKKAN IBADAT • MURTAD Seseorang yang keluar daripada agama Islam • SYIRIK Menyekutukan Allah dengan sesuatu • MUNAFIK Seseorang yang berpurapura menganut dan patuh pada ajaran Islam sedangkan hatinya tidak mempercayai Islam • TAKBUR Sikap angkuh dengan kebaikan dan nikmat yang diperolehi • RIAK ( PERBUATAN ) Menunjuk-nunjuk amalan baik yang dilakukan kepada orang lain untuk mendapat pujian • UJUB Kagum dengan amalan sendiri dan memadang rendah amalan kebaikan orang lain


PERKARA YANG MEROSAKKAN IBADAT • SUM’AH ( PERCAKAPAN ) Menceritakan amalan baik yang dilakukan kepada orang lain supaya mendapat pujian dan sanjungan • MENGUNGKIT-UNGKIT • AZA Perkara yang menyakitkan • HASAD DENGKI Iri hati atau benci dengan kesenangan orang lain dan berusaha agar nikmat tersebut hilang atau berpindah kepadanya dengan cara yang salah


JAWAB SEMUA SOALAN DI BAWAH DALAM BUKU TULIS 1.Nyatakan tiga konsep ibadat dalam Islam. 2.Terangkan bahagian ibadat berserta contoh. 3.Terangkan dua syarat ibadat. (beri huraian)


Click to View FlipBook Version