The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

PEL 5 KBAT PRINSIP PANDANGAN HIDUP ISLAM

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by linda7281, 2023-06-25 21:21:51

PEL 5 KBAT PRINSIP PANDANGAN HIDUP ISLAM

PEL 5 KBAT PRINSIP PANDANGAN HIDUP ISLAM

DISEDIAKAN OLEH : HASLINDA BINTI HASHIM SMK INDAHPURA ( 1 ) KULAIJAYA , JOHOR. USTAZAH HASLINDA BINTI HASHIM


Berdasarkan situasi berikut, nyatakan tindakan yang boleh diambil sebagai langkah merealisasikan amalan prinsip hidup Islam sebagai kaedah penyelesaian kepada isu dan persoalan ummah.


Majikan melarang anda menutup aurat ketika bekerja bagi tujuan melariskan jualan. TINDAKAN YANG SEPATUTNYA SAYA LAKUKAN Saya akan memberitahu majikan secara berhemah (I) bahawa menutup aurat adalah kewajipan agama yang tidak boleh saya tinggalkan.(H1) ini kerana majikan mungkin kurang memahami kewajipan agama (H2) kerana melihat ramai orang Islam yang tidak menutup aurat.(H3) Kesannya, majikan saya boleh memahami dan membenarkan untuk saya menutup aurat.(H4) Kesimpulannya kita hendaklah mempertahankan kesucian agama Islam agar ianya terpelihara.(K) MS 51 KEPENTINGAN Mempertahankan prinsip hidup Islam Rabbaniyyah iaitu segala hukum, konsep, prinsip, nilai dan peraturan (hkpnp) yang terkandung dalam Islam bersumberkan wahyu Allah dan wajib dipatuhi.


2. Dalam satu majlis forum, anda mendengar ahli panel mempertikaikan autoriti suami dalam menjatuhkan talak. Apakah tindakan anda sekiranya anda juga merupakan ahli panel dalam forum tersebut. TINDAKAN YANG SEPATUTNYA SAYA LAKUKAN Saya menegurnya dengan tegas ✅ agar ia tidak akan dipertikaikan lagi pada masa akan datang. ✅ Ini kerana menjatuhkan talak bukanlah perkara yang boleh dibuat main. ✅ kesannya akan mendapat kemurkaan allah S.W.T. ✅ Oleh itu bukan sahaja mendapat kemurkaan allah malah seorang suami akan menanggung dosa bekas isterinya itu sehingga ia mendapat pengganti . Kesimpulanya kita mestilah merujuk al-quran dan juga hadis sahih ✅ kerana islam adalah bersifat syumuliyyah iaitu lengkap dan sempurna ✅ agar kita memperoleh kebahagiaan di dunia dan akhirat . ✅ SYAHMI, SYAWAL, AZMY, SAUFY, AIDIL 6/6 TAHNIAH


2. Dalam satu majlis forum, anda mendengar ahli panel mempertikaikan autoriti suami dalam menjatuhkan talak. Apakah tindakan anda sekiranya anda juga merupakan ahli panel dalam forum tersebut. TINDAKAN YANG SEPATUTNYA SAYA LAKUKAN Saya akan membetulkan pandangannya (I) dengan menyatakan bahawa dalam Islam talak adalah jalan terakhir bagi sebuah perkahwinan yang tiada persefahaman.(H1) Ini kerana sebelum talak dijatuh pasangan diberi peluang untuk berbincang bagi menyelesaikan masalah (H2) Sekiranya gagal barulah suami diberikan kuasa menjatuhkan talak (H3) kerana keadaan orang lelaki yang lebih rasional apabila berhadapan masalah.(H4) kesimpulannya kita hendaklah memahami hukum Islam sebelum memberikan pandangan.(K) KEPENTINGAN •Mempertahankan prinsip thabat dan murunah dimana walaupun kuasa talak terletak ditangan suami (Thabat) akan tetapi Islam juga membenarkan isteri memohon perceraian melalui kaedah fasakh dan khuluk. (Murunah)


3. Kenalan anda dari Eropah bertanyakan tentang kesesuaian Islam pada zaman milenium TINDAKAN YANG SEPATUTNYA SAYA LAKUKAN Saya akan memberitahu kepada kenalan saya di eropah bahawa ajaran islam sesuai diamalkan tanpa mengira masa zaman dan tempat. ✅ ini kerana nilai keadilan islam bersifat umum sejagat. Kesannya Ini kerana agama Islam adalah agama yang mudah. ✅ Sebagai contoh , islam menetapkan kewajipan menutup aurat ✅ tetapi tidak melarang umatnya mempelbagaikan fesyen asalkan menutup aurat. ✅ Kesimpulannya,kita perlulah melaksanakn perintah ✅ allah agar diredhai allah ✅ NABILAH, ARISYA, NAJWA, SYUHADA 6/6 TAHNIAH


3. Kenalan anda dari Eropah bertanyakan tentang kesesuaian Islam pada zaman milenium TINDAKAN YANG SEPATUTNYA SAYA LAKUKAN Saya akan menerangkan bahawa segala perintah yang perlu dilaksanakan umat Islam adalah tuntutan yang sesuai dengan fitrah manusia (I) kerana ianya banyak memberi manfaat kepada kehidupan.(H1) Ini kerana, sejarah telah membuktikan bahawa ramai tokoh Islam yang berjaya (H2) Seperti ibnu khaldun dan Ibnu Sina (H2) tanpa perlu mereka membelakangkan ajaran Islam. (H3) Kesannya kenalan saya akan memahami tentang Islam. (H4) Kesimpulannya kita hendaklah sentiasa menyebarkan dakwah Islam agar Islam berkembang keserata dunia. (K) KEPENTINGAN •Mempertahankan prinsip Alamiyyah iaitu ajaran Islam bersifat sarwajagat iaitu sesuai untuk semua manusia tanpa mengira masa tempat atau zaman.


4. Jiran anda berlainan agama menjemput anda ke rumah terbuka beliau sempena hari perayaan. TINDAKAN YANG SEPATUTNYA SAYA LAKUKAN Saya akan memberitahu kepada jiran saya dengan nada yang perlahan sopan bahawa tidak dapat hadir ke rumah terbuka beliau ✅ agar tidak terguris hati mengguris hatinya . ✅ Ini kerana,saya berasa ragu-ragu untuk pergi ke majlis tersebut, ✅ dengan cara ini ialah ini adalah langkah terbaik saya menghindari makan makanan atau bahan yg dilarang dalam Islam terkandung dalam makanan tersebut. ✅ Kesannya jika makanan yang saya makan tetapi berasa ragu- ragu mempunyai bahan terlarang boleh dijatuhkan haram. X Kesimpulannya,kita hendaklah elak daripada melakukan perkara tersebut agar hidup di redhai ALLAH SWT. X ARIF, HADIF, AKMAL, HAZIQ, AFIQ 4/6


4. Jiran anda berlainan agama menjemput anda ke rumah terbuka beliau sempena hari perayaan. TINDAKAN YANG SEPATUTNYA SAYA LAKUKAN Saya akan menghadirkan diri ke rumahnya. ✅ Ini kerana dengan kehadiran saya dia tidak akan berkecil hati ✅ sekiranya saya tidak menghadiri rumahnya. Kesannya, saya dapat mengenali keluarganya dengan lebih rapat. ✅ Kesimpulannya, kita perlulah mengeratkan silaturrahim hubungan sesama jiran antara kaum lain ✅ agar hidup diberkati Allah. ✅ ALEYA, ALYSSA, NASIHAH , AMYLEA 5/6


4. Jiran anda berlainan agama menjemput anda ke rumah terbuka beliau sempena hari perayaan. TINDAKAN YANG SEPATUTNYA SAYA LAKUKAN Saya akan menghadiri jemputan tersebut sebagai satu penghormatan (I) dengan menjaga adab dan batas yang telah ditetapkan Islam (H1) kerana Islam tidak pernah melarang kita bergaul dengan orang bukan Islam (H2) selagi mana ia tidak menjatuhkan akidah kita. (H3) Kesannya dapat membentuk masyarakat yang harmoni.(H4) Kesimpulannya, kita hendaklah sentiasa saling menghormati agar hidup sejahtera. (K) KEPENTINGAN •Menunjukkan Islam agama yang syumul (prinsip syumuliyyah) iaitu lengkap kerana tetap membenarkan umatnya bergaul dan memberikan garis panduan adab pergaulan dengan orang bukan Islam.


Anda sedang berjalan menuju ke masjid lalu terserempak dengan sekumpulan remaja yang sedang melepak setelah azan berkumandang TINDAKAN YANG SEPATUTNYA SAYA LAKUKAN Saya akan mengajak mereka pergi ke masjid bersama sama. ✅ Ini kerana , solat diawal waktu lebih bagus daripada melambatkan waktu solat. ✅ Kesannya , allah menyukai orang yang menunaikan ibadah solat mengikut waktunya. ✅ Kesimpulannya , sebagai umat islam , kita perlulah menunaikan ibadah yang diberi oleh Allah ✅ agar hidup sentiasa diberkati Allah. ✅ SHASHA, IZZATI, LIYANA, NURIN 5/6


Anda sedang berjalan menuju ke masjid lalu terserempak dengan sekumpulan remaja yang sedang melepak setelah azan berkumandang TINDAKAN YANG SEPATUTNYA SAYA LAKUKAN Saya akan menegur mereka dengan cara yang baik (I) dengan mengajak mereka sama-sama ke masjid (H1) untuk solat berjemaah. (H2) Ini kerana sebagai umat Islam kita perlu sentiasa mengajak orang lain untuk melakukan kebaikan. (H3) Kesannya mereka terdorong untuk sama-sama ke masjid. Kesimpulannya kita hendaklah sentiasa mengamalkan amar makruf nahi mungkar agar hidup sejahtera. (K) KEPENTINGAN Mempertahankan prinsip waqiiyyah iaitu ajaran Islam bersifat praktikal dan mampu diamalkan.


Click to View FlipBook Version