The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by linda7281, 2024-01-28 08:38:37

01 SKEMA KBAT TING 4

01 SKEMA KBAT TING 4

HARI : _________________________ TARIKH : __________________________ 1 TASAWWUR ISLAM KSSM_KBAT SOALAN KBAT TASAWWUR ISLAM 1. Baca soalan dan gariskan kehendak soalan / kata kunci soalan. Kenal pasti kata kunci soalan. KEHENDAK SOALAN ISI JAWAPAN Bagaimanakah islam berperanan / keadaan terhadap masyarakat. Cara / peranan/ implikasi/ kesan Mengapakah Punca / faktor sebab Beri hujah / beri pendapat / pada pandangan anda Bukti dengan sokongan contoh Apakah yang akan berlaku sekiranya / implikasi Kesan / akibat Apakah sumbangan anda Tindakan / langkah atasi / menhindari 2. Lihat pada markah yang diberi. ( 2 + 4 @ 1 + 5 @ 6 ) 3. Murid hendaklah menjawab soalan KBAT dalam bentuk PERENGGAN yang mengandungi I , H1, H2, H3, H4, K 4. Digalakkan menuliskan simbol I , H1, H2, H3, H4, K dihujung ayat bagi memudahkan anda menyemak jawapan. 5. Jangan ulang semula soalan / isi di bahagian huraian dan rumusan. 6. JANGAN gunakan “dan”, “atau”, “serta” “selain itu” “seterusnya” “kemudian” dalam KBAT. BENTUK SOALAN KBAT 1. KBAT 6 MARKAH ( PERENGGAN ) Contoh soalan 1 : Solat 5 waktu sehari semalam adalah rukun Islam yang kedua. Menjadi kewajipan kepada setiap individu muslim melakukannya. Pada pendapat anda, mengapakah terdapat segelintir umat Islam tidak mendirikan solat. (6M) Jawapan : Sebab segelintir umat Islam tidak mendirikan solat. Mereka malas untuk menunaikan solat (I) kerana tidak mempunyai iman yang kuat. (H1) Ini kerana mereka tidak dididik dengan ilmu agama (H2) sejak dari kecil. (H3). Kesannya mereka merasakan solat itu membebankan (H4) kerana membuang masa. (H5) Oleh itu, kita hendaklah melaksanakan perintah Allah dengan sempurna agar menjadi hamba beriman. (K) Kata kunci soalan 6/6


HARI : _________________________ TARIKH : __________________________ 2 TASAWWUR ISLAM KSSM_KBAT Contoh soalan 2 : Rakan anda Azwan Aliff sering menggunakan perkataan-perkataan kurang sopan ketika berbicara. Berdasarkan situasi di atas, jelaskan tindakan yang perlu diambil oleh anda sebagai langkah mengembalikan manusia kepada fitrah sebenar. (6m) Jawapan: Tindakan untuk mengembalikan manusia kepada fitrah sebenar. Saya akan cuba untuk menasihatinya (isi) agar beliau segera meninggalkan perbuatan yang boleh mengundang dosa (H1). Ini kerana kata-kata tersebut boleh membawa kepada pergaduhan (H2) yang akan mengundang pelbagai masalah (H3). Kesannya, jika beliau menggunakan kata-kata yang baik, dia akan dihormati oleh orang lain. (H4). Oleh itu, kita mestilah menjadi seorang muslim yang sentiasa berakhlak berperibadi mulia agar dikasihi Allah SWT . (K) 2. KBAT 1 + 5 ( PERENGGAN ) = 6M Contoh soalan 1 : En Nizam merupakan hakim mahkamah tinggi yang akan membicarakan kes kesalahan rasuah melibatkan adiknya. i) Apakah etika yang perlu dipatuhi oleh En Nizam berdasarkan etika kehakiman Islam. (1M) ii) Sebagai seorang hakim, apakah tindakan yang perlu dilakukan En Nizam bagi memastikan hukuman yang adil. (5M) Jawapan : i) Etika yang perlu dipatuhi ialah tidak menghakimi orang yang ada kepentingan dengannya. ii) Tindakan yang perlu dilakukan En Nizam bagi memastikan hukuman yang adil. En Nizam perlu menolak tugasan sebagai hakim bagi kes tersebut (I) kerana beliau mempunyai hubungan kekeluargaan dengan tertuduh. (H1) Hal ini menyalahi etika kehakiman (H2) yang boleh menyebabkan beliau menjatuhkan hukuman yang berat sebelah. (H3) Kesannya beliau akan menzalimi pihak yang tidak bersalah. (H4) Oleh itu, kita hendaklah berlaku adil dalam menjatuhkan hukuman agar masyarakat aman. (K) Nota tambahan : Etika Hakim - Ms 49 • Hakim dilarang menyebelahi mana-mana pihak supaya wujud keadilan. • Hakim hendaklah jujur ketika bertugas seperti tidak menerima rasuah. • Hakim dilarang untuk mensabitkan kesalahan terhadap tertuduh jika ada keraguan bukti dan hujah supaya tidak berlaku penganiayaan. • Hakim dilarang menghakimi orang yang ada kepentingan dengannya seperti kaum keluarga, rakan dan sebagainya. Contoh soalan 2: Al-saib ibn Abi Saib r.a telah berkongsi perniagaan dengan Rasulullah SAW sebelum baginda dilantik menjadi Rasul. Semasa pembukaan kota Mekah, Rasulullah telah bersabda kepada alSaib “ Selamat datang wahai rakan kongsiku yang budiman” (Riwayat Abu Daud) i) Apakah jenis muamalah seperti yang disebutkan dalam hadis . ( 1M ) ii) Berdasarkan kisah diatas, bagaimanakah kita dapat melaksanakan muamalah tersebut dalam kehidupan seharian. (5M ) Jawapan : i. Jenis muamalah yang diamalkan ialah al-musyarakah. ii. Cara melaksanakan muamalah tersebut dalam kehidupan seharian. Membina syarikat perniagaan (I) bersama rakan sahabat yang boleh dipercayai (H1) mengikut prinsip al-Musyarakah (H2) agar kewangan syarikat dapat dikongsi bersama. (H3) Oleh itu, kita hendaklah bermuamalah secara Islam agar rezeki yang diperolehi berkat. (K) 1/1 5/5 1/1 6/6 Kata kunci soalan 5/5


HARI : _________________________ TARIKH : __________________________ 3 TASAWWUR ISLAM KSSM_KBAT 3. KBAT 2 + 4 ( PERENGGAN ) = 6M Contoh soalan 1 : Diriwayat oleh ‘Amir bin Rabi’ah bahawasanya beliau pernah melihat Rasulullah SAW dalam keadaan baginda sedang berada di atas haiwan tunggangan, baginda bertasbih dengan mengisyaratkan kepala baginda menghadap ke arah yang mana haiwan itu menghadap. Dan tidaklah baginda melakukan perkara sedemikian di dalam solat fardu. - Riwayat al-Bukhari (1097) i) Apakah dua konsep pandangan hidup Islam yang sesuai dengan situasi di atas. ( 2M ) ii) Mengapakah Islam memberi rukhsah ( kemudahan ) dalam sesuatu ibadat. (4M ) Jawapan : i. Konsep pandangan hidup yang sesuai dengan situasi ialah - Murunah - Thabat. ii. Sebab Islam memberi rukhsah ( kemudahan ) dalam sesuatu ibadat. Membuktikan Islam tidak membebankan umatnya (I) kerana perintah yang ditetapkan Islam boleh dilakukan mengikut kemampuan manusia (H) Ini kerana untuk menarik minat borang bukan Islam untuk memeluk Islam. (HL) Oleh itu, kita hendaklah melaksanakan perintah Allah SWT sama ada ketika sakit atau sihat agar hidup diberkati. (K) Nota tambahan : PRINSIP PANDANGAN HIDUP ISLAM Rabbaniyyah (RW) Segala hukum, konsep, prinsip, nilai dan peraturan ( HKPNP ) yang terkandung dalam Islam bersumberkan wahyu Allah. Syumuliyyah (SL) Agama Islam bersifat lengkap dan sempurna meliputi kehidupan di dunia dan akhirat. 'Alamiyyah (AS) Agama Islam yang sesuai bagi semua manusia tanpa mengira bangsa, tempat dan zaman. Waqi'iyyah (WP) Agama Islam bersifat praktikal, mampu diamalkan oleh semua golongan. Murunah (MU) Ajaran Islam boleh berubah mengikut kesesuian, namun tetap pada prinsip asasnya. Thabat (TT) Perkara yang tetap (qat'ie), tidak boleh diubah dasar, prinsip serta perlaksanaannya menurut Islam. Contoh soalan 2 : Encik Zaki telah menjual sebuah motosikal kepada encik Yunus dengan harga RM4000.00 termasuk keuntungan. Kedua-duanya bersetuju membuat pembayaran secara ansuran dalam tempoh 24 bulan. ( SPM 2016 ) i) Namakan dua jenis muamalah yang diamalkan dalam situasi di atas. ( 2M ) ii) Pada pendapat anda, mengapakah jenis muamalah tersebut menjadi pilihan mereka.(4M ) Jawapan : i. dua jenis muamalah yang diamalkan dalam situasi di atas. - Al-murabahah - Al-Bai’ Bithaman Ajil ii. Sebab jenis muamalah tersebut menjadi pilihan mereka. Tiada riba (I) kerana menepati syarak. (H) Kesannya dapat mengelakkan penindasan yang boleh membebankan orang lain. (H2) Oleh itu, kita hendaklah mengamalkan muamalah Islam agar hidup diberkati. (K) 2/2 4/4 2/2 4/4


HARI : _________________________ TARIKH : __________________________ 4 TASAWWUR ISLAM KSSM_KBAT Latihan KBAT PEL 1 : ISLAM ADALAH CARA HIDUP 1. Ibadah solat yang terkandung dalam Rukun Islam dapat membentuk murid-murid yang berdisiplin. Kemukan hujah anda. ( 6 markah ) • Murid yang berdisiplin akan sentiasa menunaikan solat di awal waktu (F) kerana mengikut sunnah rasulullah. Mereka akan memastikan ibadat solat telah dilaksanakan terlebih dahulu sebelum melakukan perkara lain (H2). Dengan ini akan membentuk diri menjadi insan yang mengutamakan perkara yang penting berbanding hal lain. (H3) Kesannya mereka akan menjadi insan yang cemerlang dunia dan akhirat (H4). Kesimpulannya kita hendaklah mentaati perintah Allah SWT supaya hidup diberkati. (K) • Murid berdisiplin suka menunaikan solat berjemaah. (F) Melalui solat berjemaah ini mereka mudah mematuhi peraturan (H1) kerana mereka perlu mengikut imam.(H2) Dengan ini murid akan mengaplikasikan dalam kehidupan mereka. (H3) Kesannya mereka mudah berjaya kerana menjaga sunnah Rasul (H4). Kesimpulannya kita hendaklah sentiasa beramal dengan ajaran Islam sebenar agar hidup berjaya. (K) Daim suka berpuasa sunat pada hari Isnin dan Khamis tetapi pada masa yang sama dia juga sering bercerita tentang amalannya itu kepada rakan- rakan sekelasnya. 2. Terangkan tindakan anda untuk membantu Daim agar dia dapat mengamalkan Islam sebagai cara al- Din secara syumul. ( 6 markah ) Tindakan yang saya akan lakukan ialah cuba menasihati Daim (I) supaya beliau meninggalkan perbuatan menceritakan amalannya itu kerana ia dikira sum’ah dan berdosa dalam Islam (H). Kesannya, ibadah yang dilakukan tidak akan diterima oleh Allah SWT kerana dilakukan dengan tidak ikhlas (HL). Kesimpulannya, kita hendaklah beribadat hanya semata-mata kerana Allah SWT agar hidup dirahmati (K). 3. Sifat Ihsan dapat membantu mengawal tingkah laku negatif dalam penggunaan telefon pintar dalam kalangan murid.Berikan hujah anda untuk menyokong pernyataan di atas. (6 markah) Murid yang ihsan akan takut untuk melayari laman web lucah (F) kerana mereka sedar Allah sentiasa memerhati tindakan mereka (H1). Hal ini akan mendorong murid sentiasa berhatihati dalam setiap tindakan (H2). Kesannya murid dapat menjauhkan diri daripada perbuatan mungkar (H3) agar terhindar dari perkara negatif (H4). Kesimpulannya kita hendaklah sentiasa menjauhi perkara negatif agar sentiasa dalam rahmat Allah (K)


HARI : _________________________ TARIKH : __________________________ 5 TASAWWUR ISLAM KSSM_KBAT Pernyataan A Pernyataan B 4. Huraikan akibat sekiranya terdapat umat islam yang menolak kedua-dua pernyataan di atas. (SPM 2021- 1(b) ii) ( 6 markah ) 4.Akan menjadi sesat (F) kerana tidak beriman dengan rukun iman. (H1) yang merupakan asas penting kepada umat Islam. (H2). Kesannya kita akan menjadi murtad (H3) sekiranya kita tidak kembali melafazkan kalimah syahadah. (H4) Oleh itu, kita hendaklah beriman kepada rukun iman dan Islam agar menjadi muslim bertakwa. (K) PEL 2 : AKIDAH MENURUT ISLAM 1. Allah SWT Maha Berkuasa dan Allah SWT Maha Berkehendak. Pada pendapat anda, apakah yang akan terjadi jika manusia mengingkari sifat-sifat Allah SWT tersebut. ( 6 markah ) Manusia menjadi sombong / ingkar perintah Allah (F) kerana mereka merasakan Allah itu lemah (H1). Ini menyebabkan mereka melakukan maksiat (H2) kerana merasakan tiada yang mampu menghukum mereka (H3). Kesannya jenayah berleluasa dalam masyarakat (H4). Kesimpulannya kita hendaklah yakin kepada Allah agar terhindar dari perkara menyalahi akidah (K) PEL 3 : IBADAT MENURUT ISLAM 1. Setiap muslim hendaklah berusaha untuk meningkatkan kualiti ibadah agar segala amal ibadah mendapat keredaan Allah SWT. Huraikan usaha anda untuk meningkatkan kualiti ibadah bagi mencapai kecemerlangan dalam beribadah. ( 6 markah ) Saya akan berdamping dengan orang soleh dan berilmu (F) kerana mereka adalah pewaris nabi (H1) yang membimbing orang ramai pada jalan yang benar (H2). Hal yang demikian banyak ilmu yang akan saya perolehi daripada mereka (H3) bagi meningkatkan kualiti beribadah (H4). kesimpulannya, kita hendaklah sentiasa berusaha untuk meningkatkan kualiti beribadah agar diterima Allah SWT dan menjadi hamba yang diredai-Nya (K). Pengakuan bahawa tiada tuhan melainkan Allah SWT dan bersaksi bahawa Nabi Muhammad merupakan utusan Allah SWT.. Suatu bentuk ibadat dengan cara mengeluarkan harta yang tertentu pada kadar tertentu dengan syarat-syarat tertentu.


HARI : _________________________ TARIKH : __________________________ 6 TASAWWUR ISLAM KSSM_KBAT 2. Sebagai seorang ketua murid, huraikan ibadah yang boleh anda lakukan dan amalkan di sekolah yang boleh dicontohi oleh rakan-rakan yang lain. ( 6 markah ) Saya akan melakukan solat sunat dhuha (F) pada waktu rehat (H1) supaya mudah memahami ilmu yang dipelajari (H2). Hal ini demikian apabila seseorang hamba sentiasa mengingati Allah SWT dia akan terhindar daripada perkara negatif. (H3) Kesannya segala urusan menjadi mudah dan memperoleh kejayaan (H4). Kesimpulannya, kita hendaklah ikhlas dalam beribadat agar menjadi hamba yang dikasihi di dunia dan di akhifat (R). 3. Wujud perbezaan jumlah makmum dalam gambar di atas. Pada pandangan anda, mengapakan hal ini berlaku? (6 markah) • Kurang penghayatan tentang pentingnya solat fardu berjemaah (F) . Ini kerana, mereka merasakan solat subuh boleh dilakukan secara bersendirian (H1) Dengan ini mereka merasakan boleh menunaikan solat dirumah (H2) sedangkan dalam Islam solat berjemaah adalah lebih afdal (fardu kifayah ) berbanding solat sendiri (H3). Kesannya mereka meletakkan tanggungjawab solat berjemaah kepada orang lain (H4). Kesimpulannya kita hendaklah sentiasa melaksanakan tututan Islam agar hidup diberkati. (K) • Malas bangun pagi (F). Ini kerana, solat Jumaat dilakukan seminggu sekali pada siang hari manakala solat subuh berjemaah setiap hari pada waktu subuh. Ini menyebabkan ada dikalangan umat Islam yang sukar bangun pagi untuk ke masjid. Kesannya bilangan jemaah solat subuh hanya sedikit sahaja. • Tidak mengetahui kelebihan solat fardu berjemaah. Puan Maryam telah menderma RM50,000.00 kepada sebuah rumah anak yatim untuk tujuan kebajikan. Beliau mengumumkan sumbangan tersebut kepada pihak media untuk mendapat pujian. Beliau kemudian menyatakan rasa kagum dan bangga atas sumbangan tersebut. 4. i. Nyatakan dua perkara yang boleh merosakkan ibadat beliau dalam situasi di atas. [2 markah] • P1 – Riak • P2 - Ujub ii. Pada pendapat anda, mengapakah perbuatan tersebut boleh menghilangkan pahala amalan kebajikan seseorang? [4 markah] Tiada keikhlasan (F) kerana inginkan pujian daripada masyarakat sekeliling (H1). Ini kerana syarat penerimaan sesuatu ibadat ialah kita mesti ikhlas kerana Allah. (H2) Kesannya amalan yang tersebut sia-sia kerana tidak diterima oleh Allah (R). Suasana solat Jumaat Suasana solat subuh


HARI : _________________________ TARIKH : __________________________ 7 TASAWWUR ISLAM KSSM_KBAT PEL 4 : AKHLAK MENURUT ISLAM Teguhnya sesuatu umat ialah kerana akhlaknya, hilangnya akhlak hilanglah keseluruhannya. 1. Berdasarkan pernyataan di atas, cadangkan langkah bagi membentuk masyarakat yang beramal dengan akhlak menurut Islam. (6 markah) Mengadakan kempen mencontohi akhlak Rasulullah (F) seperti penyabar, pemaaf dan pemurah (H1) supaya masyarakat yang berakhlak mulia akan terbentuk (H2). Contohnya dengan membantu jiran yang berada dalam kesusahan (H3). Kesannya perkara negatif dapat dielakkan. (H4) kesimpulannya kita hendaklah mengamalkan sunnah Rasulullah dalam kehidupan agar hidup sejahtera. (K) 2. Berdasarkan gambar di atas, cadangkan cara anda untuk membantu meningkatkan kualiti hidup mereka. (6 markah) Saya akan berbincang dengan guru / ibu bapa (F) supaya dapat difikirkan tindakan yang wajar dilakukan (H1). Contohnya saya akan mencadangkan kepada guru / ibu bapa untuk melancarkan kutipan derma disekolah (H2) agar dapat mengutip sumbangan untuk mereka (H3). Kesannya, dengan hasil kutipan tersebut dapat membantu memperbaiki kerosakkan yang berlaku (H4). Akhirnya mereka dapat hidup selesa.(K) PEL 5 : PRINSIP PANDANGAN HIDUP ISLAM Huraikan cara penyelesaian masalah di atas berdasarkan prinsip Waqi'iyyah. (6 markah) Kita sepatutnya berbincang dengan baik (F) agar dapat mengelakkan pergaduhan (H1). Ini kerana melalui perbincangan kita dapat mencari jalan penyelesaian yang positif (H2). Hal ini dapat mengelakkan tindakan negatif seperti pernyataan diatas (H3). Kesannya hubungan silaturahim yang hampir terputus dapat disambung kembali (H4). Kesimpulannya kita hendaklah sentiasa melakukan sesuatu dengan menggunakan akal yang sihat agar dapat mengelakkan sebarang masalah. (K) Perasaan tidak puas hati dipercayai menjadi punca kes buli yang berlaku di sebuah sekolah rendah yang rakaman videonya tular di laman-laman sosial.


HARI : _________________________ TARIKH : __________________________ 8 TASAWWUR ISLAM KSSM_KBAT PEL 6 : FITRAH KEJADIAN INSAN Anda bersama rakan bermain bola sepak di padang. Sedang asyik bermain, azan berkumandang menandakan masuk waktu solat Asar. 1. Terangkan tindakan anda untuk mengembalikan fitrah manusia yang sebenar dalam menunaikan tanggungjawab kepada Allah. ( 6 markah ) Saya akan mengajak rakan-rakan berhenti daripada bermain bola sepak (I) untuk menghormati seruan azan (H1). Kemudian kami akan menunaikan solat asar secara berjemaah (H2). Hal ini kerana solat adalah satu kewajipan bagi umat Islam (H3). Kesannya, hidup diredai oleh Allah SWT kerana mematuhi perintah-Nya (H4). Oleh itu, sebagai umat Islam kita hendaklah menunaikan solat pada awal waktu agar hidup kita diberkati Allah SWT. “ Dan bartakwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta dan menyebut-nyebut namaNya, serta peliharalah hubungan silaturahim kaum kerabat kerana sesungguhnya Allah sentiasa memerhati (mengawasi) kamu.” ( Surah al-Nisa 4 : 1) 2. Berdasarkan firman Allah di atas, bagaimanakah cara kita memelihara fitrah kejadian insan sebagai seorang hamba dan khalifah. ( 6 markah ) Sentiasa menjalinkan hubungan yang baik dengan Allah SWT (F) seperti melakukan solat sunat dan bersedekah (H1 ) agar menjadi hamba yang diredai oleh Allah. (H2). Kesannya kita takut melakukan kemungkaran (H3) kerana tahu Allah SWT sentiasa memerhatikan perbuatan kita. (H4) Oleh itu kita hendaklah melakukan kebaikan agar dirahmati oleh Allah SWT. (K) 3. Mahsyar ialah tempat perhimpunan agung bagi seluruh makhluk di akhirat setelah dibangkitkan dari kubur. Sebagai seorang Muslim, apakah persediaan anda bagi menghadapi keadaan semasa di Mahsyar? (6 markah) Saya akan mempersiapkan diri dengan melakukan segala perintah Allah dan meninggalkan larangan-Nya (F) seperti menunaikan solat fardu berjemaah (H1). Ini kerana solat merupakan amalan pertama yang akan dihisab.(H2). Sekiranya soalat kita sempurna maka akan dipermudahkan urusan kita di akhirat (H3). Kesannya kita akan dimasukkan ke syurga.(H4) Kesimpulannya kita hendaklah sentiasa beriman kepada Allah agar bahagia dunia akhirat Keyakinan terhadap al-Mizan boleh membentuk keperibadian diri murid yang baik. 4. Berdasarkan penyataan di atas, berikan hujah anda. (6 markah) Beriman dengan al-Mizan menyebabkan kita takut melakukan larangan Allah (F) kerana kita tahu setiap amalan yang lakukan akan dihisab dan ditimbang di akhirat.(H1) Ini akan menyebabkan manusia sentiasa berhati-hati dalam setiap tindakan (H2) Ini akan melahirkan manusia yang soleh dan solehah.(H3) Kesannya, ia akan membentuk akhlah yang mulia.(H4) Kesimpulannya kita hendaklah menjadi hamba yang taat kepada Allah agar sentiasa dalam rahmatnya. (K).


HARI : _________________________ TARIKH : __________________________ 9 TASAWWUR ISLAM KSSM_KBAT PEL 7 : TANGGUNGJAWAB SEBAGAI HAMBA DAN KHALIFAH ALLAH 1. Berikan hujah anda untuk mengatasi masalah ini. ( 6 markah ) Sebagai seorang insan kita seharusnya menjaga alam dengan baik (F) seperti tidak membuang sampah merata-rata (H1) agar terpelihara daripada bencana (H2) yang boleh menyebabkan kemusnahan flora dan fauna.(H3) Dengan itu bumi akan sentiasa aman dan terjaga ( H4). Kesimpulannya, kita mestilah memelihara alam sekitar dengan baik agar hidup sejahtera. (K) 2. Ajaran sesat mendatangkan kesan buruk kepada masyarakat. Sebagai seorang Islam bagaimanakah anda mengelak diri daripada terpengaruh dengan ajaran ini. ( 6 markah ) Melengkapkan diri dengan kefahaman Islam (F) seperti berpegang teguh al-Quran dan alHadis (H1). Hal ini bermakna saya akan mempelajari ajaran Islam dengan lebih mendalam (H2 ) dengan guru-guru Muktabar (H3) agar akidah menjadi mantap .(H4 ) Oleh itu kita hendaklah sentiasa berdoa kepada Allah supaya diberi hidayah kepada kita agar sentiasa berada dalam akidah yang benar.(K) STATISTIK PENDAFTARAN PERCERAIAN MAHKAMAH SYARIAH MALAYSIA 2013-2017 Sumber: http://www.data.gov.my/ data/ms_MY/dataset/ statistikpendaftaranperceraianmahkamahsyariah-seluruhmalaysia 2013: 49 728 2014 54 113 2015: 58 704 2016: 61 094 2017 60068 3. Berdasarkan statistik di atas, kes penceraian pasangan suami isteri di negara ini semakin meningkat. Pada pendapat anda, bagaimanakah konsep hamba dan khalifah dapat mengatasi masalah ini? (6 markah) Setiap pasangan suami isteri perlu mengetahui dan memainkan peranan masing-masing (F) supaya segala bebanan menjadi ringan.(H1) Contohnya mereka perlu bekerjasama dalam mendidik anak-anak.(H2) agar mereka menjadi anak yang soleh dan solehah (H3). Kesannya, ia akan melahirkan keluarga yang harmoni. (H4) Kesimpulannya setiap pasangan perlulah memahami tugas dan tanggungjawab masing-masing agar segala tugas dapat dijalankan dengan sempurna. (K) Kerosakan alam disebabkan oleh perbuatan manusia


HARI : _________________________ TARIKH : __________________________ 10 TASAWWUR ISLAM KSSM_KBAT 4. Apakah nasihat anda kepada rakan yang suka membuang masa melakukan perkara yang tidak berfaedah. (6 markah) Saya akan menasihatinya (F) supaya mengisi masa dengan perkara berfaedah (H1) seperti membuat latihan berkumpulan (H2) supaya kita dapat memperoleh ilmu pengetahuan (H3). Kesannya kita akan berjaya dan cemerlang dalam pelajaran (H4). Kesimpulannya kita hendaklah sentiasa melakukan aktiviti berfaedah agar dapat mengelakkan perkara negatif.(K) PEL 8 : PERANAN WAHYU DAN AKAL Arak diharamkan oleh syarak kerana ia merosakkan akal. 1. Mengapakah masih ada segelintir masyarakat masih melakukan amalan yang tidak sihat ini. (6 markah) P1- Pengaruh rakan sebaya / dorongan hawa nafsu (F) kerana ingin keseronokkan dunia (H1) sehingga menyebabkan mereka membelakangkan hukum Islam.(H2) Akibatnya mereka tidak takut dengan siksaan/azab Allah SWT (H3) menyebabkan mereka berani melakukan larangan Allah (H4). Kesimpulannya kita hendaklah sentiasa mentaati perintah Allah agar terhindar dari azabNya. (K) P2- Kurang didikan agama 2. Bagaimanakah cara anda untuk mengatasi masalah ini. (6 markah) P1- Saya akan mengamalkan cara hidup Islam (F) seperti menunaikan solat/berdoa (H1) agar Allah melindungi saya dari perbuatan terlarang (H2) kerana sentiasa bergantung harap denganNya (H3) Kesannya hidup saya lebih positif dan tenang.(H4) Kesimpulannya kita hendaklah sentiasa mengingati Allah agar hidup diberkati. P2- Berkawan dengan rakan yang baik / pandai memilih rakan PEL 9 : ASAS SISTEM SOSIAL ISLAM Dalam suasana pandemik Covid 19, isu pembuangan pekerja merupakan isu utama yang boleh menjejaskan ekonomi dan keharmonian masyarakat. 1. Berdasarkan pernyataan di atas, huraikan bagaimanakah Islam menyelesaikan isu ini. ( 6 markah ) Cara Islam menyelesaikan permasalahan ini ialah dengan Memberi bantuan sumbangan barangan keperluan atau kewangan (I) melalui sumber baitulmal, zakat dan sedekah (H1). Hal ini dapat meringankan beban masyarakat yang ditimpa musibah (H2) . Kesannya, mereka akan berasa gembira (H3) kerana mampu untuk meneruskan kelangsungan hidup (HL). Kesimpulannya, kita sebagai umat Islam mestilah prihatin akan masalah yang dihadapi oleh saudara seagama supaya hidup harmoni (K).


HARI : _________________________ TARIKH : __________________________ 11 TASAWWUR ISLAM KSSM_KBAT 2. Berdasarkan gambar di atas, huraikan tindakan anda untuk merealisasikan keadilan sosial. (6 markah) • Saya akan membantunya dengan memberikan makanan / mencarikan pekerjaan untuknya (F) supaya dia boleh berdikari (H1) dengan tidak mengharap bantuan orang lain (H2). Ini kerana mungkin dia tidak tahu cara menguruskan dirinya. (H3) Kesannya, dia tidak perlu lagi menjadi gelandangan (H4). Kesimpulannya kita hendaklah sentiasa memberi bantuan kepada orang yang memerlukan agar kita dikasihi Allah. (K) • Membawanya kepada kebajikan masyarakat. PEL 10 : SISTEM KEKELUARGAAN MENURUT ISLAM Islam mengutamakan keharmonian dan kebahagiaan dalam sesebuah keluarga. 1. Berdasarkan pernyataan di atas, kemukakan hujah anda bagaimana pernyataan tersebut dapat dicapai. ( 6 markah ) Mengamalkan ajaran Islam bersama ahli keluarga (F) seperti menunaikan solat berjemaah (H1) supaya ahli keluarga terdidik dengan akhlak Islam(H2). Kesannya kita dapat melahirkan ahli keluarga yang soleh/solehah (H3) sehingga dapat mewujudkan keluarga bahagia (H4). Kesimpulannya kita hendaklah menerapkan nilai murni dalam keluarga agar hidup sejahtera. (K) Adik anda sering bercampur dengan rakan- rakannya sehingga mengabaikan tanggungjawab terhadap ibu bapa. 2. Apakah nasihat anda kepadanya? ( 6 markah ) Saya akan menasihatinya supaya pandai memilih kawan (I) kerana kawan jahat akan mendorong kita untuk melakukan keburukan tersebut. (H1) Ini kerana mengabaikan tanggungjawab terhadap ibu bapa adalah satu kesalahan di dalam Islam (H2). Anak-anak wajib melaksanakan tanggungjawab terhadap ibu bapa. (H3) Kesannya, sekiranya kita menjalankan tanggungjawab sebagai seorang anak, Allah SWT akan mempermudahkan segala urusan hidup kita (H4). Kesimpulannnya, sebagai umat Islam menjadi kewajipan bagi kita membalas jasa ibu bapa kerana mereka telah bersusah payah memelihara dan mendidik kita sejak kecil (K)


HARI : _________________________ TARIKH : __________________________ 12 TASAWWUR ISLAM KSSM_KBAT 3. Berdasarkan gambar di atas, bagaimanakah cara anda dapat merealisasikan slogan “Rumahku Syurgaku”. (6 markah) • Mengamalkan ajaran Islam bersama ahli keluarga (F) seperti menunaikan solat berjemaah (H1) supaya ahli keluarga terdidik dengan akhlak Islam(H2). Kesannya kita dapat melahirkan ahli keluarga yang soleh/solehah (H3) sehingga dapat mewujudkan keluarga bahagia (H4). Kesimpulannya kita hendaklah menerapkan nilai murni dalam keluarga agar hidup sejahtera. (K) Isi lain. • Memberi kasih sayang dan perhatin kepada ahli keluarga supaya mereka merasai kehadiran dan penghargaan kita. • Menyediakan keperluan asas kepada ahli keluarga mengikut kemampuan. • Memastikan pendidikan ahli keluarga / pendidikan fardhu ain diperolehi dan diamalkan dalam kehidupan seharian • Mengamalkan akhlak mulia / bersopan santun seperti menghormati orang tua. PEL 11 : PRINSIP PERGAULAN MENURUT ISLAM " Akhlak merupakan cerminan hati budi yang tertanam dalam diri seseorang 1. Berdasarkan penyataan di atas , berikan hujah anda bagaimana penyataan tersebut dapat dicapai ? ( 6 markah ) Orang yang berakhlak akan mengamalkan sifat terpuji dalam kehidupan (F) seperti bantumembantu (H2). Dengan ini mereka sentiasa terdorong melakukan kebaikan. (H2) Sifat yang baik ini akan memberi gambaran yang positif kepada diri, keluarga dan agama. (H3) Kesannya, kita oarang lain mudah untuk berdamping dengan kita. (H4) Kesimpulannya kita hendaklah sentiasa mengamalkan nilai-nilai murni agar hidup sejahtera. (K) PEL 12 : HIBURAN MENURUT ISLAM Terdapat segelintir remaja yang gemar mengunjung pusat-pusat hiburan yang menyajikan hiburan berbentuk nyanyian, tarian, muzik yang kuat dan pergaulan bebas untuk mencari ketenangan jiwa." 1. Berikan pandangan anda kenapa perkara tersebut berlaku? ( 6 markah ) • Kurang didikan agama / perhatian ibu bapa (F) kerana ibu bapa terlalu sibuk dengan kerjaya (H1) sehingga anak-anak mencari hiburan melalaikan (H2) kerana merasa keseronokan tanpa pemantauan (hH3). Kesannya boleh mengakibatkan gejala sosial berlaku. (H4) Kesimpulannya ibu bapa perlulah prihatin terhadap pergaulan anak-anak agar dapat menghindari perkara negatif. (K) • Terpengaruh dengan rakan sebaya / keseronokan dunia


HARI : _________________________ TARIKH : __________________________ 13 TASAWWUR ISLAM KSSM_KBAT PEL 13 : KESENIAN MENURUT ISLAM Terdapat banyak karya seni lukisan yang tidak menepati adab dan etika kesenian menurut Islam. 1. Kemukakan pendapat anda tentang pernyataan di atas. ( 6 markah ) Karya seperti ini bercanggah dengan Islam (F) kerana melampaui batas dan syarak (H1) Contohnya menghasilkan karya yang terlalu memuja manusia (H2) seperti melukis protret dengan tujuan menyanjung mereka (H3). Kesannya, ianya boleh merosakkan akidah seseorang (H4). Kesimpulannya kita hendaklah sentiasa melakukan sesuatu berdasarkan syariiat Islam agar terhindar perkara negatif. (K)


Click to View FlipBook Version