The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by linda7281, 2023-09-13 06:51:13

Pel 4 sistem kehakiman Islam

Pel 4 sistem kehakiman Islam

OLEH : PN HASLINDA BINTI HASHIM SMK INDAHPURA 1 , KULAI SOALAN KBAT DAN PENYELESAIAN MASALAH


2.2.6 Mencadangkan tindakan yang boleh dilakukan oleh individu untuk menjauhi perbuatan yang dilarang dan menyokong institusi perundangan dalam usaha mendaulatkan sistem kehakiman Islam.


1. Ramlah melihat pakciknya mengabaikan solat Maghrib kerana sibuk berniaga di pasar malam. Ramlah boleh menggantikan pakcikya untuk berniaga✅ supaya pakciknya boleh solat sebentar. ✅ Hal ini kerana solat merupakan salah satu daripada rukun Islam. ✅ Kesannya pakciknya akan solat dahulu sebelum memulakan perniagaannya kembali. ✅ Kesimpulannya,kita hendaklah menunaikan solat awal waktu ✅ supaya hidup kita diberkati Allah SWT. ✅ Sarah, Shinta, Yasmin, Afiqah , Shalihah 6/6


2. Razif sering diajak oleh rakannya berlumba motosikah di jalan raya. Akmalia, Hidayah, Ainul, Syafina, Liyana, Anis Razif perlu menolak ajakan rakannya untuk berlumba motosikal di jalan raya ✅ kerana dapat membahayakan dirinya sendiri. ✅ Hal ini kerana razif menggunakan motor dengan cara yang salah. ✅ Berlumba juga dapat mengakibatkan berlakunya kemalangan kerana menunggang motosikal secara berbahaya. kesannya akan memberikan impak yang buruk kepada diri dan orang sekeliling. ✅ Kesimpulannya, razif seharusnya menolak segala ajakan daripada rakannya agar hidup sentiasa dalam keadaan harmoni X – ulang isi jawapan 4/6


2. Razif sering diajak oleh rakannya berlumba motosikah di jalan raya. Razif perlu menolak ajakan rakannya untuk berlumba motosikal di jalan raya ✅ kerana dapat membahayakan dirinya sendiri. ✅ Hal ini kerana razif menggunakan motor dengan cara yang salah✅ yang dapat mengakibatkan berlakunya kemalangan ✅ kerana menunggang motosikal secara berbahaya. ✅kesannya akan memberikan impak yang buruk kepada diri dan orang sekeliling. ✅ Pembetulan :


3. Rashid seorang pegawai yang bertanggungjawab untuk meluluskan sesuatu permohonan kontrak perniagaan sering disogok wang rasuah. Rashid perlu menolak rasuah tersebut (I) ✅ kerana ia merupakan perbuatan yang dilaknat Allah (H1). ✅ Hukuman takzir seperti dirampas harta boleh dikenakan keatas Rashid jika dia mengambil rasuah tersebut(H2). ✅ Ketidakadilan dapat dihindari sekiranya dia menolak rasuah(H3). ✅ Kesimpulannya,kita hendaklah menjauhi perbuatan yang dilarang(H4) ✅ agar hidup sentiasa diberkati Allah (K) ✅ Hasnain, Nazim, Zaqry, Ahmad Faiz, Arif Irfan 6/6


4. Rahimah sering bergaduh dengan suaminya kerana suaminya gagal melaksanakan tanggungjawab memberi nafkah zahir dan batin. Asyikin, Syafikah, Balqis, Aina Rahimah perlu laporkan kepada mahkamah ✅ supaya suaminya dapat dinasihati. ✅ Ini kerana seorang suami perlu menjalankan tanggungjawab terhadap keluarganya. ✅ Sebagai contoh memberikan nafkah zahir dan batin kepada isterinya.X – ulang soalan Kesannya ahli keluarga dapat hidup aman dan harmoni. ✅ Kesimpulannya, kita perlulah melaksanakan tanggungjawap masing-masing sebagai anggota keluarga ✅agar hidup dirahmati Allah SWT. ✅ 6/6


5. Rahim ternampak seorang lelaki membuang sisa toksik ke dalam sungai. Nur Faiz, Shahrul, Danish Irsyan, Arman Rahim perlu melaporkan kepada pihak berkuasa. ✅Hal ini kerana, membuang sisa toksik kedalam sungai adalah perbuatan yang akan mencemarkan keadaan sungai. ✅ juga Ia boleh menyebabkan kematian kepada ciptaan Allah swt di kehidupan sungai. Kesannya, alam semula jadi akan jadi tidak stabil. ✅Kesimpulannya, rahim hendaklah segera melaporkan kejadian itu kepada pihak berkuasa ✅agar keindahan ciptaan Allah SWT terjaga. ✅ 5/6


5. Rahim ternampak seorang lelaki membuang sisa toksik ke dalam sungai. Fahrin, Eddiey, Arif Ikhwan, Alif Rahim perlu merakam perbuatan lelaki tersebut ✅ untuk dijadikan bahan bukti kerana membuang sisa toksik ke dalam sungai. ✅ Hal ini supaya pihak penguasa alam sekitar boleh mengambil tindakan terhadap lelaki tersebut. ✅ Pihak bersalah akan dikenakan hukuman ✅ kerana membuang sisa toksik ke dalam sungai akan menyebabkan air sungai tercemar. ✅ Kesimpulannya kita hendaklah menjaga kebersihan alam semula jadi ✅ supaya dipandang mulia oleh masyarakat. ✅ 6/6


Berdasarkan pernyataan berikut, berikan ulasan anda berserta rumusan.


1. Salah faham sebahagian masyarakat yang menyatakan bahawa hukum jenayah Islam bersifat zalim dan ketinggalan zaman.


1. Salah faham sebahagian masyarakat yang menyatakan bahawa hukum jenayah Islam bersifat zalim dan ketinggalan zaman. Salah faham ini hanyalah tanggapan yang tidak berasas kerana Islam sangat menitikberatkan keadilan dalam pelaksanaan hukum.(I) Contohnya hukuman jenayah bagi kesalahan mencuri iaitu dipotong tangan adalah sangat sesuai dilaksanakan (H1) kerana penjenayah mencuri menggunakan tangan. (H2) Hukuman ini dilaksanakan bagi membela orang yang dizalimi. (H3) Kesannya, negara yang mengamalkan hukum jenayah Islam mempunyai kadar jenayah yang rendah (H4) Dengan ini dapat membuktikan hukuman jenayah Islam adalah berkesan dan praktikal untuk diamalkan. (H5)


Sistem kehakiman Islam perlu dimartabatkan kerana mampu menyelesaikan permasalahan manusia.


2. Sistem kehakiman Islam perlu dimartabatkan kerana mampu menyelesaikan permasalahan manusia. Sistem kehakiman Islam perlu dimartabatkan untuk mengelakkan ketidakadilan berlaku. ✅Hal ini kerana sistem kehakiman Islam akan dapat menegakkan amar makruf dalam masyarakat ✅ supaya masyarakat aman. ✅Kesannya mewujudkan keadilan sejagat agar tiada permusuhan. ✅ Kesimpulannya kita hendaklah mengamalkan sistem kehakiman islam dalam kehidupan ✅supaya hidup sejahtera di dunia dan akhirat ✅ Sarah, Shinta, Yasmin, Afiqah , Shalihah 6/6


2. Sistem kehakiman Islam perlu dimartabatkan kerana mampu menyelesaikan permasalahan manusia. Sistem kehakiman Islam adalah sistem yang dilaksanakan secara adil dan menyeluruh. (1m) Ini kerana segala tindakan dan hukuman telah ditetapkan oleh syarak(1m) sesuai dengan jenis kesalahan. (1m) Kesannya hukuman boleh dijatuhkan dengan benar kepada tertuduh (1m) kerana kedua dua pihak akan berpuas hati dengan hukuman yang diberi.(1m) Oleh itu kita mestilah menerapkan sistem kehakiman islam dalam negara agar kita dapat menegakkan keadilan. (1m)


2. Sistem kehakiman Islam perlu dimartabatkan kerana mampu menyelesaikan permasalahan manusia. Contoh isi lain : • Pelaksanaan sistem kehakiman Islam dapat mewujudkan keadilan sejagat. • Hukumnnya mampu memberi pengajaran dan didikan kepada penjenayah daripada mengulangi kesalahan. • Membendung perkara mungkar dan jenayah daripada berleluasa.


3. Seorang hakim mesti dilantik dalam kalangan orang yang beriman dan bertakwa.


3. Seorang hakim mesti dilantik dalam kalangan orang yang beriman dan bertakwa. Beriman dan bertakwa merupakan syarat menjadi hakim. Hal ini perlu ada dalam diri seorang hakim supaya tiada tindakan yang tidak adil ✅ kerana mengetahui tatacara yang betul dalam menyelesaikan masalah. ✅ Kesannya,dapat memartabatkan sistem kehakiman Islam. ✅ Kesimpulannya , seorang hakim perlulah menunaikan amanah yang dipertanggungjawabkan dengan adil ✅ Liyana, Akmalia, Hidayah, Ainul, Syafina , Anis 4/6


3. Seorang hakim mesti dilantik dalam kalangan orang yang beriman dan bertakwa. Syarat ini dapat menghindarkan hakim daripada penyalahgunaan kuasa dalam menjatuhkan hukuman(1m) yang boleh membawa kemudaratan. (1m) ini kerana dengan keimanan mereka dapat memahami hukum jenayah Islam. (1m) Kesannya, mereka dapat mempraktikkan undang2 Islam dalam perbicaraan (1m) sehingga mampu mengurangkan kadar jenayah dalam negara. .(1m) Oleh itu, melantik hakim yang mengikut syariat Islam amat penting untuk mengelakkan sebarang ketidakadilan berlaku. (1m)


4. Hukuman sebat mengikut hukum Islam perlu dijalankan di hadapan orang ramai.


4. Hukuman sebat mengikut hukum Islam perlu dijalankan di hadapan orang ramai. Hukuman sebat mengikut Islam perlu dilaksanakan di depan orang ramai untuk memberi pengajaran kepada semua orang. Hal ini kerana untuk membuatkan pesalah insaf atas kesalahan yang dilakukan.Kesannya,kes jenayah akan semakin berkurangan kerana orang ramai takut untuk melakukan jenayah.Kesimpulannya,kita hendaklah melaksanakan perundangan Islam agar hidup aman sejahtera Hasnain, Nazim, Zaqry, Ahmad Faiz, Arif Irfan 4/6


4. Hukuman sebat mengikut hukum Islam perlu dijalankan di hadapan orang ramai. Hukuman dikhalayak ramai bukanlah bertujuan untuk memalukan pesalah (1m) sebaliknya untuk memberi pengajaran (1m) agar masyarakat tidak mengulangi kesalahan yang sama. (1m) ini kerana masyarakat boleh mengambil iktibar daripada pelaku yang melakukan kesalahan tersebut (1m) Kesannya jenayah dalam negara akan dapat diatasi. (1m) Kesimpulannya kita hendaklah menjalankan hukum yang terkandung dalam nas al-quran agar hidup kita diredhai Allah. (1m)


5. Hakim menjatuhkan hukuman berdasarkan perasaan terlalu marah kepada pesalah.


5. Hakim menjatuhkan hukuman berdasarkan perasaan terlalu marah kepada pesalah. Hakim tidak sepatutnya menjatuhkan hukuman dalam keadaan marah kerana akan berlaku ketidakadilan. ✅Ini kerana menimbulkan pergaduhan antara hakim dengan pesalah. ✅ Kesannya, hakim akan menjatuhkan hukuman yang tidak setimpal dengan kesalahan jenayah tersebut. ✅Kesimpulannya , kita perlulah adil dalam menjatuhkan hukuman ✅agar hidup diberkati Allah . ✅ Balqis, Asyikin, Syafikah, Aina 5/6


5. Hakim menjatuhkan hukuman berdasarkan perasaan terlalu marah kepada pesalah. Hakim akan menjatuhkan hukuman yang tidak adil kepada pesalah. (1m) Ini kerana hakim menjatuhkan hukuman dalam keadaan emosi yang tidak stabil. (1m) Kesannya akan munculnya perasan tidak berpuashati terhadap hukuman yang diberikan(1m) sehingga boleh menyebabkan pergaduhan. (1m) Oleh itu , hakim mestilah menjatuhkan hukuman dalam keadaan emosi yang stabil (1m) supaya tidak tersilap membuat keputusan dalam menjatuhkn hukuman.(1m) Oleh itu hakim perlu memiliki emosi yang stabil ketika menjatuhkan hukuman. Isi lain : Akan berlaku kezaliman / penganiayaan kerana bertindak mengikut emosi.


6. Gejala pemandu mabuk yang menyebabkan berlaku kemalangan maut sukar dibendung kerana mengabaikan sistem kehakiman Islam.


6. Gejala pemandu mabuk yang menyebabkan berlaku kemalangan maut sukar dibendung kerana mengabaikan sistem kehakiman Islam. Dalam sistem kehakiman islam Arak diharamkan kerana memberi banyak kesan negatif kepada masyarakat. hal ini kerana, memandu dalam keadaan mabuk boleh membahayakan pengguna jalanraya yang lain. Kesannya, tidak memberi pengajaran kepada pemandu yang mabuk. Kesimpulannya, kita hendaklah mengamalkan sistem kehakiman islam dalam kehidupan agar kehidupan aman dan damai X – tiada isi jawapan Nur Faiz, Shahrul, Danish Irsyan, Arman 0/6


6. Gejala pemandu mabuk yang menyebabkan berlaku kemalangan maut sukar dibendung kerana mengabaikan sistem kehakiman Islam. Pada pendapat saya, alasan mereka mengabaikan sistem kehakiman Islam kerana mereka tidak terdedah dengan hukum yang telah ditetapkan Agama Islam.X Hal ini kerana, kebanyakan pemandu mabuk merupakan orang bukan Islam.X Ini menyebabkan mereka tidak takut melakukan kesalahan tersebut kerana hukuman yang dikenakan tidak adil. ✅(I) Kesannya kesalahan tersebut tetap akan berlaku kerana pesalah tidak mengambil kesedaran atas perbuatan yang dilakukannya. ✅ Kesimpulannya kita perlulah mengamalkan sistem kehakiman Islam dalam kehidupan ✅ agar hidup sejahtera di dunia dan akhirat ✅ Fahrin, Eddiey, Arif Ikhwan, Alif 4/6


Gejala pemandu mabuk yang menyebabkan berlaku kemalangan maut sukar dibendung kerana mengabalkan sistem kehakiman Islam. Hukuman yang dikenakan kepada pelaku terlalu ringan (1m) meyebabkan pelaku tiada keinsafan dalam diri. (1m) ini kerana hakim tidak menggunakan hukuman yang ditetapkan dalam Islam(1m) iaitu 40 kali sebatan (1m) kesannya pelaku masih mengulangi kesalahan tersebut. (1m) Oleh itu kita mestilah bersama-sama mencegah jenayah agar hidup sejahtera.(1m)


Click to View FlipBook Version