The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by linda7281, 2021-02-20 01:24:35

NOTA LENGKAP TASAWWUR ISLAM T4 KSSM

NOTA LENGKAP TASAWWUR ISLAM T4 KSSM

NOTA LENGKAP TASAWWUR ISLAM Maksud Iman dari segi istilah
TINGKATAN 4 KSSM • Membenarkan dengan hati, berikrar dengan
lisan dan beramal dengan anggota badan
Kandungan terhadap segala perintah dan suruhan Allah
SWT.
Tajuk m/s
Pelajaran 1 Maksud Ihsan dari segi bahasa
Pelajaran 2 Islam adalah cara hidup 1-2 • Berbuat kebaikan
Pelajaran 3
Pelajaran 4 Akidah menurut Islam 2-3 Maksud Ihsan dari segi istilah
Pelajaran 5 • Kesungguhan dalam melakukan sesuatu
Pelajaran 6 Ibadah menurut Islam 3-4 ibadah dan pekerjaan semata-mata kerana
Pelajaran 7 Allah SWT
Akhlak menurut Islam 4
Pelajaran 8 Lima rukun Islam
Pelajaran 9 Prinsip pandangan hidup Islam 5 • Mengucap dua kalimah syahadah.
Pelajaran 10 • Menunaikan solat fardu lima waktu sehari
Pelajaran 11 Fitrah kejadian insan 5-6 semalam.
Pelajaran 12 • Mengeluarkan zakat.
Pelajaran 13 Tanggungjawab sebagai hamba 6 - 7 • Berpuasa pada bulan Ramadan.
• Mengerjakan haji bagi mereka yang mampu.
dan khalifah Allah SWT
Enam rukun Iman
Peranan wahyu dan akal 7-8 • Beriman kepada Allah SWT.
• Beriman kepada malaikat.
Asas sistem sosial Islam 9 • Beriman kepada kitab-kitab-Nya.
• Beriman kepada Nabi dan Rasul.
Sistem kekeluargaan Islam 9 - 10 • Beriman kepada Hari Akhirat.
• Beriman kepada Qadak dan Qadar.
Prinsip pergaulan Islam 10-11
Kepentingan Rukun Islam
Hiburan menurut Islam 11-12 • Asas ketaatan kepada ajaran Islam.
• Menjamin hubungan baik antara manusia
Kesenian menurut Islam 12 dengan Allah SWT.
• Merupakan kunci kejayaan di dunia dan
TEMA 1: ISLAM SEBAGAI AL-DIN akhirat.
• Membawa kebahagiaan dalam hidup manusia.
PELAJARAN 1: Islam adalah cara hidup
Kepentingan Rukun Iman
• Islam ialah agama Allah SWT untuk seluruh • Iman merupakan syarat amalan diterima oleh
manusia. Allah SWT.
• Rukun Iman menghubungkan makhluk dengan
• Islam sebagai al-Din bermaksud Islam adalah Allah SWT dari sudut kepercayaan dan
cara hidup yang lengkap merangkumi akidah, keyakinan yang bersumberkan wahyu.
ibadah dan akhlak. • Menegaskan konsep mengesakan Allah SWT
sebagai ajaran yang dibawa oleh semua nabi
Sebab manusia perlu kepada Islam sebagai cara hidup dan rasul.
• Memandu arah hidup manusia supaya
mengikut syariat Islam. Kepentingan Ihsan
• Merasakan Allah SWT mengawasi dan melihat
• Cara hidup Islam ialah jalan untuk mendapat segala gerak-geri manusia sepanjang masa.
kebahagiaan di dunia dan akhirat. • Mengajar manusia untuk berbuat baik kepada
manusia dan makhluk yang lain.
• Akal manusia terbatas untuk mengetahui • Mewujudkan masyarakat yang harmoni.
hakikat kebenaran sesuatu perkara. 1

• Islam menjadi asas tatacara perhubungan
manusia untuk mencapai keharmonian hidup
bermasyarakat.

Maksud Islam dari segi bahasa
• Sejahtera, selamat dan penyerahan.

Maksud Islam dari segi istilah
• Taat dan patuh kepada perintah Allah SWT,
meninggalkan larangan-Nya, beroleh
kesejahteraan dan keselamatan apabila
berserah kepada-Nya.

Maksud Iman dari segi bahasa
• Yakin dan percaya.

Islam adalah cara hidup yang lengkap Kenabian dan Kerasulan (Nubuwwah)
• Membaca, menghayati dan mengamalkan al-
Quran. Maksud Nabi
• Menjadikan Rasulullah SAW sebagai contoh
ikutan dalam segala tindakan. • Lelaki pilihan Allah SWT yang diberikan wahyu
• Menghayati sirah perjuangan Rasulullah SAW.
• Menghayati sirah perjuangan para sahabat dan kepadanya dan tidak diperintahkan
salafusoleh.
• Menghayati dan melaksanakan Rukun Islam, menyampaikannya kepada orang lain.
Rukun Iman dan Ihsan.
• Mendalami ilmu asas Islam yang terdiri Maksud Rasul
daripada akidah, syariah dan akhlak.
• Lelaki pilihan Allah SWT yang diberikan wahyu
PELAJARAN 2: Akidah menurut Islam
dan diperintahkan menyampaikannya kepada
• Akidah ialah keyakinan yang teguh terhadap
kewujudan Allah SWT serta sifat-sifat orang lain.
kesempurnaan-Nya berdasarkan dalil naqli
(Quran dan Hadis) dan aqli (akal yang Sifat-sifat wajib Rasul
sejahtera). • Benar (as-Siddiq), amanah (al-Amanah),
menyampaikan (at-Tabligh) dan bijaksana (al-
Konsep Akidah Fatanah).

Ketuhanan (Ilahiyyah) Sifat-sifat mustahil Rasul
Nama-nama Allah SWT • Bohong (al-Kizb), pecah amanah (al-Khianat),
menyembunyikan (al-Kitman) dan bodoh (al-
• Allah SWT memiliki nama-nama yang indah Baladah)
(Asma’ al-Husna). Nama yang paling agung
ialah Allah. Kitab Zabur (Nabi Daud AS), Taurat (Nabi Musa AS).
• Injil (Nabi Isa AS) dan al-Quran (Nabi
Zat Allah SWT Muhammad SAW).
• Setiap mukalaf perlu meyakini Allah SWT itu
wujud, tetapi hakikat Zat Allah SWT tidak dapat Tujuan perutusan rasul
diketahui oleh manusia. • Menyeru manusia mentauhidkan dan
menyembah Allah SWT.
Sifat-sifat Allah SWT • Mengajar manusia cara beribadat yang betul.
• Sifat-sifat Allah SWT banyak dan tidak terbatas • Menunjukkan cara hidup yang benar dan
jumlahnya. Antara yang wajib diketahui ialah lengkap.
20 sifat wajib, 20 sifat mustahil dan 1 sifat
harus. Perkara-perkara ghaib (Ghaibiyyah)
• Perkara yang tidak dapat dilihat dan
Perbuatan (Af’al) Allah SWT tersembunyi serta tidak nampak pada
• Perbuatan Allah SWT adalah setiap perlakuan pandangan mata kasar.
yang dilakukan oleh-Nya dengan penuh • Hanya diketahui oleh manusia melalui wahyu
kebijaksanaan dan keadilan berdasarkan iaitu al-Quran dan al-Sunnah yang sahih.
kekuasaan-Nya (Qudrat) dan kehendak-Nya • Manusia wajib percaya dan yakin akan
(Iradat). kewujudan perkara ghaib yang dikhabarkan
oleh para nabi dan rasul.
• Contoh: malaikat, iblis, jin, syaitan, barzakh,
hari kiamat, mahsyar, hisab, sirat dan syurga.

Pegangan Akidah yang benar
• Berasaskan tauhid.
• Bertepatan dengan al-Quran dan al-Sunnah.
• Berlandaskan ilmu, iman dan amal.
• Berpegang dengan dalil naqli dan aqli.

2

Amalan yang amat berkaitan dengan pegangan Pembahagian ibadah dalam Islam
akidah dalam Islam Ibadah khusus
Semua amalan khusus yang disyariatkan oleh Allah
• Berdoa kepada Allah SWT. SWT sama ada fardu atau sunat.
• Berzikir mengingati Allah SWT. • Fardu ain (solat fardu, mengeluarkan zakat,
• Bertawakal (berserah kepada Allah SWT).
• Bertaubat. menunaikan haji).
• Mujahadah (berusaha bersungguh-sungguh). • Fardu kifayah (solat jenazah, menguruskan
• Muhasabah (menilai dan melihat kekurangan
jenazah).
diri). • Sunat (solat sunat, puasa sunat).

Kepentingan pelaksanaan amalan akidah mengikut Ibadah umum
syarak Semua amalan kebaikan yang disyariatkan oleh Allah
SWT bagi menghubungkan manusia dalam sesebuah
• Syarat utama amalan diterima oleh Allah SWT. masyarakat demi kebaikan dan keharmonian hidup
• Benteng daripada perkara syirik, khurafat dan bersama.
• Fardu ain (bekerja, belajar).
bidaah. • Fardu kifayah (membuat penyelidikan, bekerja
• Tunjang kekuatan umat Islam.
• Beroleh rahmat dan keberkatan daripada Allah sebagai doktor).
• Sunat (membuang benda yang bahaya di jalanan).
SWT.
• Membentuk jati diri sebagai Muslim sejati. Contoh ibadah wajib yang perlu dihayati dan
• Penentu kebahagiaan di dunia dan akhirat. diamalkan dalam kehidupan
• Solat fardu 5 waktu
Amalan sebagai pembuktian akidah yang benar • Berpuasa di bulan ramadan.
• Memohon perlindungan hanya kepada Allah • Melaksanakan ibadah haji.
SWT. • Mengeluarkan zakat.
• Bersyukur apabila beroleh kejayaan dalam • Bekerja untuk penuhi keperluan hidup.
kehidupan. • Menjalankan penyelidikan dan pembangunan bagi
• Sentiasa ikhlas dalam amalan.
• Menjauhi fahaman yang menyeleweng membantu masyarakat.
daripada ajaran Islam.
• Reda dengan ketentuan Allah SWT. Dua syarat ibadah
• Menjauhi amalan tilik nasib atau ramalan • Ikhlas: ibadah dilakukan hanya keran Allah SWT
bintang kelahiran.
semata-mata dan mengharap keredaan-Nya.
PELAJARAN 3: Ibadah menurut Islam • Ittiba’ as-Sunnah: mengikut sunnah iaitu

Maksud ibadah dalam Islam sebagaimana yang disyariatkan oleh Allah SWT dan
• Pengabdian kepada Allah SWT melalui rasul-Nya.
perbuatan, perkataan dan pengakuan hati
yang ikhlas semata-mata kepada Allah SWT. Kepentingan Ibadah menurut Islam
Lafaz syahadah
Konsep ibadat • Menjadi bukti penyaksian Allah SWT sebagai
• Keikhlasan menjadi asas penerimaan ibadah di
sisi Allah SWT. pencipta dan Nabi Muhammad SAW sebagai
• Kewajipan menuruti perintah yang utusan Allah SWT.
disyariatkan dan tidak mengada-adakan • Syarat menjadi seorang muslim.
ibadah . Solat
• Tujuan hidup manusia adalah untuk beribadah • Meneguhkan hubungan manusia dengan Allah
kepada Allah SWT. SWT.
• Ibadah melibatkan segala kegiatan manusia • Meningkatkan ketaqwaan.
dari segi rohani dan jasmani. Puasa
• Mendidik hawa nafsu.
• Merasai kesusahan orang miskin.
Bekerja
• Mencari nafkah dikategorikan sebagai ibadah.
• Hidup mulia dan tidak membebankan orang lain.

3

Belajar • Membazir
• Menambahkan ilmu pengetahuan dan
kemahiran Proses penyucian jiwa
• Membangunkan tamadun agama, bangsa dan • Mengosongkan jiwa daripada sifat buruk.
negara. • Bermatlamatkan mencari keredaan Allah SWT.
• Menghiaskan jiwa dengan sifat-sifat terpuji.
Cara meningkatkan kualiti ibadah • Mengindahkan pekerti melalui kelakuan
• Sentiasa mengingati Allah SWT ketika lahiriah.
melakukan pekerjaan.
• Meningkatkan ilmu pengetahuan tentang Kepentingan akhlak menurut Islam kepada
ibadah khusus dan umum. Individu
• Berdamping dengan orang soleh dan berilmu.
• Sabar dan istiqamah dalam melalukan ibadah. • Membina jati diri yang baik mengikut al-Quran
• Memahami hikmah di sebalik ibadah. dan al-Sunnah.

PELAJARAN 4: Akhlak menurut Islam • Melahirkan individu yang bertaqwa.
Keluarga
• Akhlak ialah sifat yang tertanam dalam jiwa
yang mendorong sesuatu perbuatan dan • Membentuk sebuah keluarga bahagia.
perlakuan tanpa memerlukan pertimbangan • Saling bertolak ansur dan bantu-membantu.
yang mendalam. Masyarakat
• Melahirkan masyarakat yang harmoni.
Ciri-ciri akhlak menurut Islam • Meneguhkan perpaduan masyarakat.
• Bersumberkan al-Quran dan al-Sunnah. Negara
• Berlandaskan fitrah kejadian manusia. • Membina negara sejahtera dan dirahmati Allah
• Meliputi semua aspek kehidupan.
• Tetap dan tidak berubah sepanjang zaman. SWT.
• Meningkatkan imej negara.
Akhlak mahmudah al-
• Akhlak terpuji yang bersumberkan wahyu Cara memupuk akhlak mulia
Quran dan al-Sunnah. • Mentaati perintah Allah SWT.
• Mencontohi dan meneladani Rasulullah SAW
Contoh akhlak mahmudah yang berpekerti mulia.
• Reda • Sentiasa berdoa memohon dihiasi akhlak
• Bersyukur mulia.
• Amanah • Mujahadah dalam memperbaiki diri.
• Menghormati orang lain • Sentiasa bermuhasabah diri.
• Menjaga kebersihan • Bersabar dan istiqamah dalam berakhlak
mulia.
• Rasulullah SAW diutuskan kepada manusia
untuk menyempurnakan akhlak yang baik. Pengamalan akhlak Islam
• Hormat-menghormati
Akhlak mazmumah • Prihatin.
• Akhlak terkeji yang dilarang oleh al-Quran dan • Tolong-menolong.
al-Sunnah daripada diamalkan. • Kasih-sayang.

Contoh akhlak mazmumah yang dilarang 4
• Putus asa.
• Kufur.
• Memandang hina orang lain.
• Khianat
• Pengotor

PELAJARAN 5: Prinsip pandangan hidup Islam Ciri-ciri
• Akidah, kepercayaan dan keyakinan terhadap
Rabbaniyyah Allah SWT sebagai tuhan yang Maha Esa dan
Ketuhanan iaitu segala hukum, konsep, prinsip, nilai tiada sekutu bagi-Nya.
dan peraturan yang terkandung dalam Islam adalah • Ibadat khusus seperti solat fardu, puasa, haji
bersumberkan wahyu Allah SWT. dan zakat telah ditetapkan cara
Ciri-ciri pelaksanaannya oleh syariat Islam.
• Ketetapan hukum syariah seperti hudud, qisas,
• Islam ialah agama yang diwahyukan oleh Allah diat dan takzir.
SWT.
Murunah
• Islam dan seluruh makhluk merupakan hak Luwes atau anjal iaitu boleh berubah mengikut
milik Allah SWT. kesesuaian, namun masih tetap pada prinsip asasnya.
Ciri-ciri
• Islam ialah satu pegangan yang jitu dan bersih
daripada kekurangan, kejahilan dan dorongan • Islam agama yang mudah.
hawa nafsu. • Dilaksanakan mengikut keadaan dan

• Allah SWT sebagai pemberi peraturan hidup. kemampuan.

Syumuliyyah Keistimewaan prinsip pandangan hidup Islam
Lengkap iaitu agama Islam yang dibawa oleh Nabi • Sesuai dengan fitrah dan akal manusia.
Muhammad SAW lengkap dan sempurna serta meliputi • Bersifat jelas dan praktikal.
kehidupan di dunia dan akhirat. • Sesuai dengan peranan sebagai khalifah.
Ciri-ciri • Keseimbangan.
• Mementingkan budaya ilmu.
• Kesempurnaan hanya milik Allah SWT. • Rahmat bagi sekalian alam.

• Islam tidak terikat dengan masa, tempat dan TEMA 2: MANUSIA SEBAGAI HAMBA DAN KHALIFAH
ruang tertentu. ALLAH SWT.

• Manusia dibekalkan dengan akal dan syariat PELAJARAN 6: Fitrah kejadian insan
yang lengkap sesuai dengan tanggungjawab
sebagai hamba dan khalifah Allah SWT. Maksud insan
• Makhluk ciptaan Allah SWT yang dikurniakan
‘Alamiyyah akal dan ditugaskan untuk mengabdikan diri
Sarwajagat iaitu Islam ialah agama yang sesuai bagi kepada Allah SWT.
semua manusia tanpa mengira bangsa, tempat dan • Allah SWT telah menciptakan manusia dengan
zaman. sebaik-baik kejadian.
Ciri-ciri
Proses kejadian insan
• Kedudukan manusia sebagai sebaik-baik 1. Nutfah (sperma + ovum)
kejadian. 2. Alaqah (segumpal darah)
3. Mudghah (seketul daging)
• Nilai keadilan Islam bersifat sejagat. 4. Izam dan lahm (tulang dibaluti daging)
5. Janin (ditiupkan roh)
• Islam sentiasa menegakkan kebenaran dan 6. Bayi (dilahirkan ke dunia)
mencegah kemungkaran.
• Allah SWT akan meniupkan roh ke dalam tubuh
• Islam menjamin hak asasi manusia. janin yang berumur 4 bulan.

Waqi’iyyah • Asal usul kejadian insan adalah bermula
daripada penciptaan Nabi Adam AS yang
Realiti iaitu Islam ialah agama praktikal, mampu berasal daripada tanah.

diamalkan oleh semua golongan manusia. 5

Ciri-ciri

• Praktikal dan mampu diamalkan.

• Menyelesaikan masalah kehidupan.

• Menekankan kesederhanaan dan

keseimbangan hidup.

Thabat
Tetap dan teguh iaitu perkara yang tetap (qat’iyy),
tidak boleh diubah dasar, prinsip serta pelaksanaannya
menurut Islam.

Peringkat alam yang dilalui manusia Hubungan hamba dan khalifah
1. Alam roh • Hakikat manusia sebagai hamba Allah SWT
2. Alam rahim bukanlah satu penghinaan sebaliknya satu
3. Alam dunia kemuliaan.
4. Alam barzakh/alam kubur • Keistimewaan manusia sebagai hamba dan
5. Alam akhirat khalifah Allah SWT ialah anugerah dan amanah
yang tidak dimiliki oleh makhluk lain.
Alam musyahadah • Hubungan hamba dengan khalifah Allah SWT
Alam nyata yang dapat ditanggapi oleh pancaindera dapat dijelmakan dengan konsep penyerahan
dan akal manusia tentang kewujudannya seperti diri kepada Allah SWT dalam akidah, syariat
manusia, haiwan dan tumbuhan. dan akhlak.

Alam ghaib Tujuan penciptaan manusia
Alam yang tidak dapat ditanggapi oleh pancaindera • Mengabdikan diri kepada Allah SWT.
dan akal. Kewujudannya hanya dapat diketahui dan • Memakmurkan bumi Allah SWT berdasarkan
diyakini daripada penjelasan al-Quran dan al-Sunnah syariat Allah SWT.
seperti alam barzakh, alam mahsyar, syurga dan
neraka. Tanggungjawab manusia sebagai hamba dan khalifah
Allah SWT
Keistimewaan insan berbanding makhluk lain Kepada Allah dan rasul
• Dikurniakan akal fikiran untuk berfikir.
• Diberikan kitab sebagai panduan hidup. • Menyembah Allah SWT yang maha Esa tanpa
• Dianugerahkan rasul sebagai pembimbing. mensyirikkan-Nya.
• Diberikan tanggungjawab sebagai khalifah.
• Mematuhi segala perintah Allah SWT serta
Kepentingan memelihara fitrah kejadian Insan menjauhi larangan-Nya.
• Mendapat keredaan dan petunjuk Allah SWT.
• Mengukuhkan keimanan dan menyemai • Bersyukur atas nikmat Allah SWT dan sentiasa
ketaqwaan. mengingati-Nya dengan zikrullah.
• Menerima kebenaran dan menolak kebatilan.
• Membentuk kehidupan yang aman dan • Berselawat dan meneladani sunnah Rasulullah
harmoni. SAW.
• Dapat memakmurkan bumi.
Kepada manusia
PELAJARAN 7: Tanggungjawab sebagai hamba dan • Menjalinkan hubungan silaturahim sesama
khalifah Allah SWT manusia.
• Memelihara hak sesama manusia seperti
Konsep hamba dan khalifah Allah SWT memelihara hak jiran.
Hamba • Mengamalkan nilai murni dalam masyarakat
dengan konsep amar makruf nahi mungkar.
• Manusia sebagai hamba Allah SWT bermaksud • Sentiasa hormat-menghormati sesama
manusia wajib mengabdikan diri hanya kepada masyarakat.
Allah SWT dengan mematuhi segala suruhan-
Nya dan menjauhi segala larangan-Nya. Kepada alam
• Mentadbir dan memakmurkan alam secara
Khalifah terancang.
• Manusia sebagai khalifah Allah SWT • Menggunakan sumber alam semula jadi secara
bermaksud manusia wajib mentadbir dan bijaksana dan efektif.
memakmurkan bumi selari dengan kehendak • Memelihara alam daripada pencemaran
syariat. dengan tidak membuang sampah merata-rata.
• Menggiatkan usaha pemuliharaan alam bagi
menjaga kelangsungan hidup flora dan fauna.

6

Kepentingan melaksanakan tanggungjawab manusia Kesan pengabaian tanggungjawab manusia sebagai
sebagai hamba dan khalifah Allah SWT hamba dan khalifah Allah SWT
Kepada Agama
• Berlaku keruntuhan akhlak dan jenayah
• Syariat dan undang-undang Islam dapat berleluasa.
dilaksanakan.
• Masyarakat akan kekurangan ilmu dan jahil.
• Rakyat berpegang teguh dengan ajaran agama • Ekonomi tidak membangun.
Islam yang sebenar. • Berlaku perpecahan dan diskriminasi dalam

• Nilai murni dan akhlak mulia dapat dihayati masyarakat.
dan dipraktikkan oleh masyarakat. • Hilang kepercayaan kepada pemimpin dan

Kepada pendidikan negara akan mundur.
• Melahirkan masyarakat madani yang • Berlaku perpecahan dan diskriminasi dalam
bertaqwa.
• Masyarakat mendapat pendidikan rohani, masyarakat.
fizikal, mental dan emosi yang seimbang.
• Melahirkan tenaga pakar untuk mentadbir dan Contoh aktiviti yang sesuai untuk laksanakan
memakmurkan alam ini. tindakan sebagai hamba dan khalifah Allah SWT
dalam kehidupan
Kepada politik
• Melahirkan pemimpin yang berintegriti. • Kempen kitar semula.
• Kestabilan politik terjamin dan melancarkan • Bengkel kemahiran dan inovasi.
urusan pentadbiran negara. • Kursus kepimpinan sekolah.
• Negara menjadi aman dan sejahtera. • Kem jati diri.

Kepada ekonomi PELAJARAN 8: Peranan wahyu dan akal
• Ekonomi maju dan pesat.
• Pembangunan negara dapat dijalankan dengan Maksud wahyu
lancar. • Kalam Allah SWT yang disampaikan kepada
• Merapatkan jurang ekonomi dalam kalangan para nabi dan rasul melalui perantaraan
masyarakat. malaikat Jibril a.s atau terus daripada Allah
SWT.
Kepada sosial
• Perpaduan dapat dikekalkan. Ciri-ciri wahyu
• Masyarakat hidup dengan toleransi dan saling • Datang daripada Allah SWT yang
menghormati. kebenarannya adalah mutlak.
• Wujud keharmonian dalam masyarakat. • Diturunkan kepada nabi dan rasul sahaja,
bukannya orang awam.
Punca pengabaian tanggungjawab manusia sebagai • Kesuciannya terpelihara hingga hari kiamat.
hamba dan khalifah Allah SWT • Wahyu terhenti dan tidak diturunkan selepas
kewafatan Rasulullah SAW.
• Syariat Islam tidak dilaksanakan. • Penurunan wahyu adalah melalui perantaraan
• Mengabaikan pendidikan. malaikat Jibril a.s, mimpi yang benar, suara di
• Kelemahan urusan pentadbiran dan salah guna sebalik tabir atau Allah SWTmengilhamkan ke
dalam hati Rasulullah SAW.
kuasa.
• Masyarakat bersikap malas dan memilih Maksud akal
• Keupayaan berfikir yang dikurniakan oleh Allah
pekerjaan. SWT kepada manusia untuk membezakannya
• Hilang sikap hormat-menghormati antara dengan haiwan.

masyarakat. Ciri-ciri akal
• Anugerah paling istimewa yang dikurniakan
oleh Allah SWT.
• Akal membezakan manusia dengan haiwan.
• Akal tidak mampu memikirkan perkara ghaib.
• Akal sentiasa berubah dan berkembang.

7

Fungsi wahyu • Sebagai pemisah antara hak dengan batil.
Terhadap akidah • Pemikiran yang bertentangan dengan wahyu

• Panduan dan pedoman bagi akidah yang sahih. dianggap salah dan sesat.
• Memperbaiki dan membetulkan akidah • Sebagai petunjuk mutlak yang tidak

manusia. terpengaruh dengan suasana ataupun
• Menerang dan menjelaskan perkara ghaib peristiwa.

seperti syurga, neraka dan titian sirat. Kedudukan akal
• Kurniaan Allah SWT yang paling istimewa
Terhadap ibadah kepada manusia.
• Sebagai sumber utama syariat Islam. • Membantu memahami kandungan wahyu.
• Membimbing dan membetulkan tatacara • Menjadi syarat dalam mempelajari ilmu.
beribadat. • Menjadi syarat penerimaan taklif Syariat Islam
• Ganjaran dan balasan beribadah ditetapkan bagi manusia yang sempurna akal.
oleh wahyu. • Mempunyai keterbatasan untuk menjelaskan
sesuatu seperti perkara ghaib.
Terhadap akhlak
• Panduan dalam pembentukan akhlak mulia. Contoh perkara yang boleh rosakkan akal
• Menetapkan hukum-hukum praktis yang
berkaitan dengan akhlak. • Penyalahgunaan bahan terlarang seperti
• Membimbing masyarakat untuk berinteraksi dadah.
antara satu sama lain.
• Gejala negatif dan maksiat seperti membaca
Keistimewaan al-Quran atau menonton bahan lucah.
• Kandungan al-Quran benar dan tidak ada
keraguan. • Mengambil makanan dan minuman yang
• Kandungan dan hukum al-Quran kekal memabukkan seperti arak.
sehingga hari kiamat.
• Panduan al-Quran meliputi pelbagai aspek • Memikir perkara di luar kemampuan akal
seperti akidah, ibadah, akhlak dan lain-lain. seperti memikirkan tentang zat Allah SWT.
• Membaca dan mendengar al-Quran dikira
sebagai ibadah dan mendapat pahala. Kepentingan wahyu dalam memelihara akal

Fungsi akal bagi membuktikan kita sentiasa perlu • Wahyu memerintahkan manusia
bersyukur kepada Allah SWT
menggunakan akal sepenuhnya.
• Memahami hakikat kebesaran Allah SWT
supaya kita sentiasa taat kepada-Nya. • Wahyu membimbing akal dalam memelihara

• Mempelajari cara-cara beribadat kepada-Nya kebenaran akidah dan iman.
supaya menjadi hamba yang bersyukur.
• Wahyu memastikan kesahihan ibadah yang
• Membezakan antara kebenaran dan kebatilan
agar kita tidak terpesong dari syariat Islam. dilaksanakan oleh manusia.

• Memahami dan memikirkan wahyu firman • Wahyu mempengaruhi akal untuk
Allah SWT agar kita berada di landasan yang
benar. menghasilkan kemuliaan akhlak dan tingkah

• Memahami dan membuktikan kebenaran laku.
Islam.
• Wahyu memelihara akal supaya berfikir dan
• Memikirkan kejadian makhluk dan alam.
bertindak secara logik serta selari dengan
Kedudukan wahyu
• Wahyu merupakan sumber dan panduan tuntutan syarak.
kepada setiap manusia.
• Menjadi rujukan utama dalam menentukan • Wahyu melarang perkara yang merosakkan
hukum-hakam.
akal seperti arak.

8

TEMA 3: SISTEM SOSIAL ISLAM Kepentingan sistem sosial Islam
Agama
PELAJARAN 9: Asas sistem sosial Islam • Melahirkan masyarakat yang mentaati perintah

• Sistem sosial Islam ialah sistem yang Allah SWT dalam kehidupan.
mengawal dan memberi panduan berkaitan
cara manusia berhubung antara satu sama lain. Politik
• Menjamin kestabilan politik.
Empat sumber utama Sistem Sosial Islam • Memastikan pemerintahan dilaksanakan dengan
• Al-Quran.
• Al-Hadis. adil dan amanah.
• Al-Ijmak.
• Al-Qias. Ekonomi
• Menegakkan keadilan ekonomi dalam masyarakat
Matlamat sistem sosial Islam
• Mendapatkan keredaan Allah SWT. berdasarkan kepada sistem jual beli dan
• Melaksanakan tugas sebagai khalifah untuk mengharamkan riba.
mentadbir dan memakmurkan alam. • Memberi kebebasan kepada semua pihak
• Melaksanakan hak dan tanggungjawab dengan berusaha mencari harta dan memiliki kekayaan
sebaik-baiknya. secara halal.
• Mencapai kesejahteraan dan keharmonian
hidup di dunia dan akhirat. Pendidikan
• Membangunkan sistem pendidikan holistik yang
Adab dan etika berdasarkan sistem sosial Islam
• Berpandukan al-Quran dan al-Sunnah. meliputi ilmu fardu ain dan fardu kifayah.
• Perhubungan atas dasar iman dan taqwa
kepada Allah SWT. Perpaduan
• Memgutamakan kepentingan umum • Mewujudkan masyarakat yang saling hormat-
berbanding kepentingan individu.
• Mengamalkan akhlak mulia pada setiap masa. menghormati antara satu sama lain.
• Menghormati kepelbagaian budaya dan adat
resam Contoh tindakan yang sesuai bagi merealisasikan
sistem sosial Islam dalam kehidupan
Hak asasi manusia • Gotong-royong.
• Kebebasan beragama. • Program RIMUP (Rancangan Integrasi Murid
• Kebebasan bersuara.
• Perlindungan nyawa. untuk Perpaduan).
• Kehormatan diri. • Sukaneka.
• Pemilikan harta.
• Keamanan dan keselamatan. PELAJARAN 10: Sistem kekeluargaan menurut Islam

Keistimewaan sistem sosial Islam • Keluarga ialah unit sosial yang dihubungkan
• Bersumberkan al-Quran dan al-Sunnah. melalui pertalian darah, perkahwinan atau
• Menjaga hak asasi manusia. pengambilan anak angkat.
• Menjadikan keluarga sebagai asas masyarakat
sejahtera. • Keluarga asas terdiri daripada suami, isteri dan
• Membangunkan modal insan yang berilmu dan anak-anak.
berakhlak mulia.
Ciri-ciri kekeluargaan Islam
• Dibina berdasarkan ketaatan kepada Allah SWT.
• Sentiasa mengamalkan akhlak mulia dan contoh

teladan yang baik.
• Melaksanakan peranan dan tanggungjawab

masing-masing.
• Sentiasa berkomunikasi secara positif.
• Sentiasa memberi sokongan antara satu sama

lain.

9

Matlamat Institusi Kekeluargaan Islam • Mengamalkan sunnah Rasulullah SAW.
• Menjaga kehormatan diri manusia. • Memelihara diri daripada maksiat dan
• Melahirkan generasi yang bertaqwa kepada
Allah SWT. penyakit.
• Membentuk kesempurnaan akhlak mulia. • Membina ahli keluarga yang terdidik dengan
• Memastikan kelangsungan zuriat manusia
melalui ikatan perkahwinan yang sah. nilai-nilai Islam.
• Melaksanakan tanggungjawab manusia • Membentuk masyarakat yang bertamadun
sebagai hamba dan khalifah.
• Menjamin keutuhan sosial dan ekonomi. berteraskan syariat Islam.
• Dapat melaksanakan ajaran Islam dalam • Memastikan kelangsungan zuriat manusia
semua aspek kehidupan.
melalui ikatan pernikahan yang sah.
Peranan ahli keluarga • Menjalinkan cinta dan kasih sayang
Peranan suami
berlandaskan peraturan syariat.
• Sebagai pemimpin keluarga.
• Memastikan ahli keluarga mentaati perintah Cara pembinaan keluarga Islam
• Solat berjemaah.
Allah SWT dan menjauhi larangan-Nya. • Makan bersama.
• Menyediakan keperluan asas. • Beriadah dan berekreasi.
• Memberikan pendidikan yang sempurna. • Meraikan kejayaan.
• Melindungi ahli keluarga.
• Berlaku adil jika berpoligami. PELAJARAN 11: Prinsip pergaulan menurut Islam

Peranan isteri • Pergaulan dalam Islam ialah merujuk kepada
• Taat kepada suami selagi tidak bertentangan komunikasi antara seorang individu dengan
dengan perintah Allah SWT. individu lain berteraskan syariat Islam.
• Menjaga rahsia rumah tangga.
• Mengurus hal ehwal rumah tangga. • Islam menggalakkan pergaulan pergaulan yang
• Membantu suami dalam mendidik anak-anak. memberikan manfaat.

Peranan bersama suami dan isteri • Pergaulan dalam Islam mestilah mengambil
• Memelihara dan mendidik anak dengan baik. kira batas-batas mahram, jantina dan juga jenis
• Menghubungkan silaturahim antara kedua- aktiviti yang dijalankan.
dua keluarga.
• Menunaikan hak kepada pasangan. Asas pergaulan dalam Islam
• Nasihat-menasihati ke arah kebaikan. Saling mengenali (ta’aruf)
• Memelihara kehormatan diri dan maruah. • Memberi salam ketika bertemu.
• Mengenal latar belakang antara satu sama lain.
Peranan anak • Berkomunikasi dengan sopan.
• Mematuhi ajaran agama.
• Menjauhi perbuatan mungkar. Saling memahami (tafahum)
• Mematuhi nasihat daripada ibu bapa. • Bersikap lapang dada.
• Menghormati ibi bapa. • Saling nasihat-menasihati.
• Berbakti kepada ibu bapa. • Menjauhi sikap adu domba (namimah)
• Menjaga maruah ibu bapa dan keluarga.
• Mendoakan ibu bapa ketika masih hidup atau Saling bekerjasama (ta’awun)
telah meninggal dunia. • Saling tolong-menolong ke arah kebaikan.
• Prihatin antara satu sama lain.
Kepentingan pembinaan keluarga • Menghulurkan bantuan kepada golongan
• Memenuhi naluri semula jadi manusia untuk yang memerlukan.
hidup berpasangan berdasarkan lunas syarak.
Prinsip pergaulan
• Bermatlamatkan keimanan.
• Berlandaskan syariat Islam.
• Memberikan panduan berinteraksi sesama
manusia berdasarkan ajaran Islam.
• Menghormati antara satu sama lain.

10

• Bekerjasama dalam perkara kebaikan dan PELAJARAN 12: Hiburan menurut Islam
mencegah kejahatan. Maksud hiburan

• Mengutamakan keamanan dan keharmonian. • Sesuatu perkara yang dapat menghiburkan dan
menggembirakan hati seseorang yang selari
Adab pergaulan dalam Islam dengan kehendak syarak.
• Menjaga tutur kata supaya tidak menyakiti hati
orang lain. Konsep hiburan dalam Islam
• Berlaku adil dan ihsan terhadap semua • Bertujuan mengagungkan Allah SWT dan
manusia. mendidik jiwa.
• Menghormati dan tidak menghina orang lain. • Meliputi aspek iman dan akhlak.
• Bersangka baik. • Berhibur selari dengan kehendak syariat.
• Menjaga batasan pergaulan antara lelaki • Hiburan sebagai memenuhi tuntutan fitrah
dengan prempuan. manusia.
• Menjaga batasan aurat. • Membangunkan potensi umat Islam dalam
seni hiburan.
Sifat mahmudah dalam pergaulan
• Ikhlas. Adab dan etika dalam berhibur menurut Islam
• Benar. • Hiburan yang boleh meningkatkan keimanan.
• Amanah. • Hiburan yang tidak bercanggah dengan syarak.
• Penyayang. • Sentiasa memelihara ibadah wajib ketika
• Sopan. berhibur.
• Menghormati. • Berhibur secara sederhana dan tidak
• Bersangka baik. melampaui batas.
• Bekerjasama. • Tiada unsur yang merosakkan akidah dan
maksiat.
Cara-cara memupuk sifat mahmudah • Hiburan yang berteraskan nilai akhlak Islam.
• Mempelajari ilmu yang benar. • Tidak mengganggu atau menzalimi orang lain.
• Dilatih dan dipupuk sejak kecil. • Menghasilkan karya hiburan yang asli.
• Mempraktikkan sifat mahmudah dalam
pergaulan sesama manusia. Kepentingan adab dan etika hiburan
• Menggalakkan kesediaan setiap individu untuk • Meningkatkan keimanan dan ketaqwaan
sentiasa mengamalkan nilai-nilai Islam. kepada Allah SWT.
• Membudayakan sifat mahmudah pada seluruh • Mengetahui batasan manusia dalam berhibur.
lapisan masyarakat. • Menjaga jiwa dan maruah diri.
• Menghasilkan hiburan yang selari dengan nilai
Kepentingan prinsip pergaulan Islam akhlak Islam.
• Memelihara kesucian dan maruah umat Islam.
• Membentuk masyarakat yang harmoni, saling Garis panduan hiburan dalam Islam
memahami dan membantu antara satu sama • Bertujuan untuk perkara kebaikan.
lain. • Betulkan niat mengadakan program untuk
• Melahirkan manusia yang bertaqwa, istiqamah mendapatkan keredaan Allah SWT.
dan berdisiplin. • Program hendaklah mendapat kelulusan
• Mengukuhkan institusi perkahwinan. daripada pihak berkuasa.
• Mewujudkan masyarakat yang bersatu padu. • Memakai pakaian yang sopan dan menutup
• Menghindarkan diri daripada melakukan aurat serta tidak jarang, ketat dan
perkara yang dimurkai Allah SWT. menampakkan bentuk tubuh badan.
• Mengelakkan keruntuhan akhlak dan maksiat • Sentiasa memelihara ibadah wajib sewaktu
secara berleluasa dalam kalangan masyarakat. bersukan seperti solat.
• Membanteras perlakuan yang menyalahi • Tiada pergaulan bebas antara lelaki dengan
fitrah. perempuan.
• Gaya persembahan yang tidak mengundang
maksiat.
• Menghormati waktu solat.

11

PELAJARAN 13: Kesenian menurut Islam

• Kesenian Islam bermaksud aktiviti seni atau
hasil karya yang dicipta dengan menggunakan
bakat dan kreativiti manusia bagi menzahirkan
keindahan dan kehalusan yang menepati
syarak.

Contoh kesenian dalam Islam
• Seni bina, khat/kaligrafi, seramik/arca/ukiran,
lukisan/mural, reka fesyen, fotografi, muzik,
filem/drama, tarian, senjata, nyanyian,
penulisan.

Konsep kesenian Islam dan
• Mengagungkan Allah SWT.
• Berteraskan syariat Islam.
• Meliputi aspek iman dan akhlak.
• Bersifat menyeluruh meliputi fizikal
kerohanian.
• Membangun potensi umat Islam.

Adab dan etika kesenian Islam
• Menghasilkan kesenian yang boleh
meningkatkan keimanan.
• Hasil seni yang tidak bercanggah dengan
syarak.
• Kesenian yang berteraskan nilai akhlak Islam.
• Sentiasa memelihara ibadah wajib ketika
berkarya.
• Mencipta karya yang asli.
• Berkarya secara sederhana dan tidak
melampaui batas.
• Tiada unsur merosakkan akidah dan maksiat.
• Tidak mengganggu atau menzalimi orang lain.

Kepentingan adab dan etika kesenian menurut Islam
• Mengakui dan meyakini kekuasaan Allah SWT
yang Maha Berkuasa lagi Maha Menciptakan.
• Meningkatkan keimanan dan ketaqwaan
kepada Allah SWT.
• Memenuhi fitrah manusia yang menyukai
keindahan selari dengan syarak.
• Mengetahui batasan manusia dalam berkarya.
• Memberi panduan dalam menghasilkan seni
yang menepati nilai-nilai akhlak Islam.
• Mempamerkan kecemerlangan tamadun
Islam.

DISEDIAKAN OLEH:
MOHD SHAHIDAN BIN ILYAS
SMK MACHANG BUBUK, BUKIT MERTAJAM
PULAU PINANG

12


Click to View FlipBook Version