The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by linda7281, 2024-01-28 08:42:28

02 SKEMA KBAT TING 5

02 SKEMA KBAT TING 5

HARI : _________________________ TARIKH : __________________________ 1 TASAWWUR ISLAM KSSM_KBAT SOALAN KBAT TASAWWUR ISLAM 1. Baca soalan dan gariskan kehendak soalan / kata kunci soalan. Kenal pasti kata kunci soalan. KEHENDAK SOALAN ISI JAWAPAN Bagaimanakah islam berperanan / keadaan terhadap masyarakat. Cara / peranan/ implikasi/ kesan Mengapakah Punca / faktor sebab Beri hujah / beri pendapat / pada pandangan anda Bukti dengan sokongan contoh Apakah yang akan berlaku sekiranya / implikasi Kesan / akibat Apakah sumbangan anda Tindakan / langkah atasi / menhindari 2. Lihat pada markah yang diberi. ( 2 + 4 @ 1 + 5 @ 6 ) 3. Murid hendaklah menjawab soalan KBAT dalam bentuk PERENGGAN yang mengandungi I , H1, H2, H3, H4, K 4. Digalakkan menuliskan simbol I , H1, H2, H3, H4, K dihujung ayat bagi memudahkan anda menyemak jawapan. 5. Jangan ulang semula soalan / isi di bahagian huraian dan rumusan. 6. JANGAN gunakan “dan”, “atau”, “serta” “selain itu” “seterusnya” “kemudian” dalam KBAT. BENTUK SOALAN KBAT 1. KBAT 6 MARKAH ( PERENGGAN ) Contoh soalan 1 : Solat 5 waktu sehari semalam adalah rukun Islam yang kedua. Menjadi kewajipan kepada setiap individu muslim melakukannya. Pada pendapat anda, mengapakah terdapat segelintir umat Islam tidak mendirikan solat. (6M) Jawapan : Sebab segelintir umat Islam tidak mendirikan solat. Mereka malas untuk menunaikan solat (I) kerana tidak mempunyai iman yang kuat. (H1) Ini kerana mereka tidak dididik dengan ilmu agama (H2) sejak dari kecil. (H3). Kesannya mereka merasakan solat itu membebankan (H4) kerana membuang masa. (H5) Oleh itu, kita hendaklah melaksanakan perintah Allah dengan sempurna agar menjadi hamba beriman. (K) Kata kunci soalan 6/6


HARI : _________________________ TARIKH : __________________________ 2 TASAWWUR ISLAM KSSM_KBAT Contoh soalan 2 : Rakan anda Azwan Aliff sering menggunakan perkataan-perkataan kurang sopan ketika berbicara. Berdasarkan situasi di atas, jelaskan tindakan yang perlu diambil oleh anda sebagai langkah mengembalikan manusia kepada fitrah sebenar. (6m) Jawapan: Tindakan untuk mengembalikan manusia kepada fitrah sebenar. Saya akan cuba untuk menasihatinya (isi) agar beliau segera meninggalkan perbuatan yang boleh mengundang dosa (H1). Ini kerana kata-kata tersebut boleh membawa kepada pergaduhan (H2) yang akan mengundang pelbagai masalah (H3). Kesannya, jika beliau menggunakan kata-kata yang baik, dia akan dihormati oleh orang lain. (H4). Oleh itu, kita mestilah menjadi seorang muslim yang sentiasa berakhlak berperibadi mulia agar dikasihi Allah SWT . (K) 2. KBAT 1 + 5 ( PERENGGAN ) = 6M Contoh soalan 1 : En Nizam merupakan hakim mahkamah tinggi yang akan membicarakan kes kesalahan rasuah melibatkan adiknya. i) Apakah etika yang perlu dipatuhi oleh En Nizam berdasarkan etika kehakiman Islam. (1M) ii) Sebagai seorang hakim, apakah tindakan yang perlu dilakukan En Nizam bagi memastikan hukuman yang adil. (5M) Jawapan : i) Etika yang perlu dipatuhi ialah tidak menghakimi orang yang ada kepentingan dengannya. ii) Tindakan yang perlu dilakukan En Nizam bagi memastikan hukuman yang adil. En Nizam perlu menolak tugasan sebagai hakim bagi kes tersebut (I) kerana beliau mempunyai hubungan kekeluargaan dengan tertuduh. (H1) Hal ini menyalahi etika kehakiman (H2) yang boleh menyebabkan beliau menjatuhkan hukuman yang berat sebelah. (H3) Kesannya beliau akan menzalimi pihak yang tidak bersalah. (H4) Oleh itu, kita hendaklah berlaku adil dalam menjatuhkan hukuman agar masyarakat aman. (K) Nota tambahan : Etika Hakim - Ms 49 • Hakim dilarang menyebelahi mana-mana pihak supaya wujud keadilan. • Hakim hendaklah jujur ketika bertugas seperti tidak menerima rasuah. • Hakim dilarang untuk mensabitkan kesalahan terhadap tertuduh jika ada keraguan bukti dan hujah supaya tidak berlaku penganiayaan. • Hakim dilarang menghakimi orang yang ada kepentingan dengannya seperti kaum keluarga, rakan dan sebagainya. Contoh soalan 2: Al-saib ibn Abi Saib r.a telah berkongsi perniagaan dengan Rasulullah SAW sebelum baginda dilantik menjadi Rasul. Semasa pembukaan kota Mekah, Rasulullah telah bersabda kepada alSaib “ Selamat datang wahai rakan kongsiku yang budiman” (Riwayat Abu Daud) i) Apakah jenis muamalah seperti yang disebutkan dalam hadis . ( 1M ) ii) Berdasarkan kisah diatas, bagaimanakah kita dapat melaksanakan muamalah tersebut dalam kehidupan seharian. (5M ) Jawapan : i. Jenis muamalah yang diamalkan ialah al-musyarakah. ii. Cara melaksanakan muamalah tersebut dalam kehidupan seharian. Membina syarikat perniagaan (I) bersama rakan sahabat yang boleh dipercayai (H1) mengikut prinsip al-Musyarakah (H2) agar kewangan syarikat dapat dikongsi bersama. (H3) Oleh itu, kita hendaklah bermuamalah secara Islam agar rezeki yang diperolehi berkat. (K) 1/1 5/5 1/1 6/6 Kata kunci soalan 5/5


HARI : _________________________ TARIKH : __________________________ 3 TASAWWUR ISLAM KSSM_KBAT 3. KBAT 2 + 4 ( PERENGGAN ) = 6M Contoh soalan 1 : Diriwayat oleh ‘Amir bin Rabi’ah bahawasanya beliau pernah melihat Rasulullah SAW dalam keadaan baginda sedang berada di atas haiwan tunggangan, baginda bertasbih dengan mengisyaratkan kepala baginda menghadap ke arah yang mana haiwan itu menghadap. Dan tidaklah baginda melakukan perkara sedemikian di dalam solat fardu. - Riwayat al-Bukhari (1097) i) Apakah dua konsep pandangan hidup Islam yang sesuai dengan situasi di atas. ( 2M ) ii) Mengapakah Islam memberi rukhsah ( kemudahan ) dalam sesuatu ibadat. (4M ) Jawapan : i. Konsep pandangan hidup yang sesuai dengan situasi ialah - Murunah - Thabat. ii. Sebab Islam memberi rukhsah ( kemudahan ) dalam sesuatu ibadat. Membuktikan Islam tidak membebankan umatnya (I) kerana perintah yang ditetapkan Islam boleh dilakukan mengikut kemampuan manusia (H) Ini kerana untuk menarik minat borang bukan Islam untuk memeluk Islam. (HL) Oleh itu, kita hendaklah melaksanakan perintah Allah SWT sama ada ketika sakit atau sihat agar hidup diberkati. (K) Nota tambahan : PRINSIP PANDANGAN HIDUP ISLAM Rabbaniyyah (RW) Segala hukum, konsep, prinsip, nilai dan peraturan ( HKPNP ) yang terkandung dalam Islam bersumberkan wahyu Allah. Syumuliyyah (SL) Agama Islam bersifat lengkap dan sempurna meliputi kehidupan di dunia dan akhirat. 'Alamiyyah (AS) Agama Islam yang sesuai bagi semua manusia tanpa mengira bangsa, tempat dan zaman. Waqi'iyyah (WP) Agama Islam bersifat praktikal, mampu diamalkan oleh semua golongan. Murunah (MU) Ajaran Islam boleh berubah mengikut kesesuian, namun tetap pada prinsip asasnya. Thabat (TT) Perkara yang tetap (qat'ie), tidak boleh diubah dasar, prinsip serta perlaksanaannya menurut Islam. Contoh soalan 2 : Encik Zaki telah menjual sebuah motosikal kepada encik Yunus dengan harga RM4000.00 termasuk keuntungan. Kedua-duanya bersetuju membuat pembayaran secara ansuran dalam tempoh 24 bulan. ( SPM 2016 ) i) Namakan dua jenis muamalah yang diamalkan dalam situasi di atas. ( 2M ) ii) Pada pendapat anda, mengapakah jenis muamalah tersebut menjadi pilihan mereka.(4M ) Jawapan : i. dua jenis muamalah yang diamalkan dalam situasi di atas. - Al-murabahah - Al-Bai’ Bithaman Ajil ii. Sebab jenis muamalah tersebut menjadi pilihan mereka. Tiada riba (I) kerana menepati syarak. (H) Kesannya dapat mengelakkan penindasan yang boleh membebankan orang lain. (H2) Oleh itu, kita hendaklah mengamalkan muamalah Islam agar hidup diberkati. (K) 2/2 4/4 2/2 4/4


HARI : _________________________ TARIKH : __________________________ 4 TASAWWUR ISLAM KSSM_KBAT LATIHAN KBAT Pengangguran merupakan isu ekonomi yang boleh menjejaskan keharmonian hidup bermasyarakat 1. Berdasarkan pernyataan di atas, huraikan kaedah Islam dalam menyelesaikan isu pengangguran. (6M) P1- Menggalakkan umat Islam berusaha dengan bekerja (F) untuk menunaikan tuntutan fardu ain. (H1) Ini kerana bekerja merupakan cara untuk memenuhi keperluan hidup. (H2) agar mampu memberi nafkah kepada ahli keluarga (H3). Kesannya mereka dapat berdikari tanpa mengharapkan orang lain.(H4) kesimpulannya, kita perlulah berusaha bersungguh-sungguh agar terhindar dari kemiskinan.(K) P2-Mengiktiraf pemilikan harta daripada usaha yang halal supaya manusia menikmati kehidupan yang gembira. 2. Berdasarkan gambar di atas, bagaimanakah isu tersebut dapat diselesaikan? Berikan hujah anda. (6M) P1 - Membantunya mencarikan pekerjaan (F) supaya dia boleh berdikari (H1) dengan tidak mengharap bantuan orang lain (H2). Ini kerana mungkin dia tidak tahu cara menguruskan dirinya. (H3) Kesannya, dia tidak perlu lagi menjadi peminta sedekah (H4). Kesimpulannya kita hendaklah sentiasa memberi bantuan kepada orang yang memerlukan agar kita dikasihi Allah. (K) P2 - Membawanya kepada kebajikan masyarakat. 3. Gejala rasuah semakin berleluasa dalam masyarakat kini. Pada pandangan anda, mengapakah gejala ini semakin berleluasa. (6M) P1- Kurang didikan agama / penghayatan Islam (F) kerana tidak dididik dengan ajaran Islam sebenar (H1). Hal ini menyebabkan mereka sanggup melakukan kesalahan (H2) kerana tidak takut azab Allah (H3). Kesannya, mereka berani melanggar perintah Allah. (H4). Oleh itu , kita hendaklah mengamalkan cara hidup Islam agar terhindar dari perbuatan negatif. P2- terpengaruh dengan kemewahan dunia (I) seperti ingin cepat kaya.(H) P3- kurang penguatkuasaan daripada pihak berkuasa (I) menyebabkan tidak takut melakukan kesalahan.(H) Pengemis sedang meminta sedekah.


HARI : _________________________ TARIKH : __________________________ 5 TASAWWUR ISLAM KSSM_KBAT 4. Encik Zaki telah menjual sebuah motosikal kepada Encik Yunus dengan harga RM4000.00 termasuk keuntungan. Kedua-duanya bersetuju membuat pembayaran secara ansuran dalam tempoh 24 bulan. ( SPM 2016 ) i. Namakan dua jenis muamalah yang diamalkan dalam situasi di atas P1- Al-Murabahah P2- Al-bai’ Bithaman Ajil ii. Pada pendapat anda, mengapakah jenis muamalah tersebut menjadi pilihan mereka. (6M) P1-Tiada riba (F) kerana menepati syarak (H1). Hal ini bagi mengelakkan mereka terlibat dalam perkara yang haram (H2) kerana boleh mengundang kemurkaan Allah. (H3). Oleh itu kita hendaklah sentiasa memilih muamalah Islam dalam setiap urusan (H4) agar memperoleh rezeki yang halal. P2-Meringankan beban (1m) kerana dapat memiliki barang mengikut kemampuan. 5. Encik Mahmud merancang untuk mengusahakan Restoran Masakan Melayu di bandar. Untuk memulakan perniagaannya. beliau telah menggadaikan sejumlah barang kemas untuk dijadikan modal untuk memulakan perniagaannya. Oleh itu beliau telah membuat keputusan untuk mendapatkan kemudahan gadaian dari ar-Rahnu YaPeim. Mengapaka encik Mahmud memilih jenis muamalah tersebut? (6M) P1-Encik Mahmud ingin mengikut syariat (F) kerana ar-Rahn tiada unsur riba.(H1) yang boleh membawa kesusahan (H2). Kesannya beliau dapat menghindarkan diri daripada perkara yang haram (H2) kerana ianya sangat dilaknat Allah SWT. (H4) Oleh itu , kita hendaklah memilih muamalah Islam yang bersesuaian dengan kebolehan dan kemahiran yang dimiliki.(K) P2-Untuk mengelakkan ditindas (F) kerana terpaksa membayar lebih daripada kemampuan.(H1) sehingga boleh mengakibatkan perniagaannya terganggu.(H2) Kesannya Encik Mahmud akan gagal untuk mengembangkan perniagaannya (H3) kerana hutang yang banyak (H4) Oleh itu , kita hendaklah mengamalkan sistem pinjaman Islam supaya tidak mudah ditipu.(K) Sebahagian kes rasuah berlaku dalam kalangan individu berjawatan tinggi walaupun mereka ialah golongan cerdik pandai dan mengetahui perbuatan tersebut menyalahi perundangan Islam. 6. Mengapakah situasi di atas berlaku? (6M) P1- Kurang didikan agama / penghayatan Islam (F) kerana tidak dididik dengan ajaran Islam sebenar (H1). Hal ini menyebabkan mereka berani melakukan kesalahan (H2) kerana tidak takut azab Allah (H3). Kesannya, mereka berani melanggar perintah Allah. (H4). Oleh itu , kita hendaklah mengamalkan cara hidup Islam agar terhindar dari perbuatan negatif. P2- Terpengaruh dengan kemewahan dunia (I) seperti ingin cepat kaya.(H) P3- Kurang penguatkuasaan daripada pihak berkuasa (I) menyebabkan tidak takut melakukan kesalahan.(H)


HARI : _________________________ TARIKH : __________________________ 6 TASAWWUR ISLAM KSSM_KBAT Islam menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba. 7. i. Pada pendapat anda, apakah kesan riba kepada negara? (2M) P1 – negara akan terjebak dalam krisis hutang yang tinggi (1m) kerana pemimpin tidak amanah.(1m) P2- Wujudnya jurang ekonomi yang ketara (1m) antara golongan kaya dan golongan miskin. (1m) ii. Bagaimana cara untuk menggalakkan masyarakat bermuamalat dengan muamalat Islam? (4M) P1-memberi penerangan kepada seluruh masyarakat (F) melalui media sosial (H1) supaya masyarakat tahu kebaikan bermuamalat islam (H2) hal yang demikian akan mendorong masyarakat islam dan bukan islam dengan muamalat islam (H3 )seperti melabur wang dalam skim patuh syariah .(H4) Kesimpulannya, pelaksanaan pelbagai jenis muamalat islam memberi peluang kepada umat islam untuk maju dalam bidang ekonomi serta menjana pendapatan yang lebih besar. P2-Memberi didikan agama (1m) khususnya berkaitan ekonomi dan kewangan Islam (1m) P3-Mengembangkan kemudahan perbankan Islam (1m) secara menyeluruh. (1m) Islam menyuruh umatnya menjaga keselamatan nyawa daripada perbuatan yang merosakkan. 8 Bagaimanakah cara Islam memenuhi tuntutan di atas? P1 – Melaksanakan undang-undang berkaitan nyawa manusia (1m) seperti hukuman qisas (1m) iaitu dibunuh balas bagi kesalahan membunuh dengan sengaja(1m) tampa mengira pangkat dan keturunan.(1m) Kesannya manusia takut untuk melakukan jenayah membunuh (1m) kesimpulannya kita hendaklah mematuhi peraturan agama agar hidup sejahtera (K) P2- Allah melarang umatnya terlibat dengan kegiatan yang membahayakan diri (I) seperti merempit (H1). Ini kerana, merempit termasuk dalam perbuatan bunuh diri (H2) kerana dengan sengaja meletakkan diri dalam bahaya(H3). Kesannya, mereka bukan sahaja membanayakan diri sendiri tetapi juga orang lain. (H4) Oleh itu, menjaga kesihatan diri seperti makan makanan yang halal dapat memelihara nyawa (K). P3 – Merealisasikan keadilan dalam hukuman (1m) tanpa mengira pangkat dan keturunan Pematuhan perundangan Islam dalam kehidupan amatlah penting. 9. Berikan pendapat anda tentang pentingnya mematuhi undang-undang jalan raya menurut pandangan Islam. ( 6 markah ) Mematuhi undang-undang jalan raya termasuk dalam matlamat perundangan Islam iaitu memelihara nyawa (I). Islam melarang umatnya terlibat dengan kegiatan yang boleh membahayakan diri (H1). Selain itu, kita dituntut menjaga keselamatan serta mematuhi peraturan ketika menaiki kenderaan (H2) bagi mengelakkan kecederaan parah jika ditimpa kemalangan (H3). Kesannya, nyawa dan harta benda dapat dipelihara (HL). Kesimpulannya, kita hendaklah mematuhi perundangan Islam supaya hidup sejahtera di dunia dan di akhirat (K).


HARI : _________________________ TARIKH : __________________________ 7 TASAWWUR ISLAM KSSM_KBAT Hukuman sebat mengikut hukum Islam perlu dilaksana di khalayak ramai. 10. Berikan pandangan anda mengapakah perintah di atas perlu dilaksanakan. ( 6 markah ) Perintah di atas perlu dilaksanakan kerana hukuman di dalam Islam bersifat memberi pengajaran (I). Hal ini kerana kesannya yang lebih sebagai pencegah dan penghalang (H1) dari mengulangi kesalahan yang sama (H2). Selain itu, pesalah akan rasa tercela, terhina dan terdedah keaiban (H3). Kesannya, pesalah akan berasa insaf dan tidak akan mengulangi perbuatan dosa tersebut lagi (HL). Kesimpulannya, sebagai umat Islam kita perlu mematuhi perintah Allah SWT agar memperoleh keampunan dan rahmat daripada-Nya (K) Dewasa kini banyak berlaku kes salah laku seperti pecah amanah dan rasuah.Sebahagian kes ini berlaku dalam kalangan individu yang berjawatan tinggi walaupun mereka ialah golongan cerdik pandai dan mengetahui perbuatan tersebut menyalahi perundangan Islam. 11. Berdasarkan pernyataan di atas, mengapakah perkara tersebut masih lagi berlaku. ( 6 markah ) Iman yang lemah dalam diri (F) kerana kurang penghayatan Islam dalam Kehidupan (H1).Hal ini kerana masyarakat memandang remeh terhadap hukum hakam agama (H2) yang menyebabkan lahirnya masyarakat yang melanggar perintah Allah SWT (H3). Kesannya masalah ini tidak dapat dibendung dengan mudah. (H4) Oleh itu, kita hendaklah sentiasa mematuhi perundangan dan peraturan Islam supaya hidup sejahtera di dunia dan akhirat (K) Ahmad telah ditahan kerana cuba menghulurkan sejumlah wang kepada penguatkuasa untuk mengelakkan dirinya dikenakan tindakan undang-undang. 12. i. Berdasarkan pernyataan di atas, Namakan jenis kesalahan yang menyebabkan Ahmad ditahan pihak polis. ( 1 markah ) Rasuah / kesalahan takzir ii. Terangkan hukuman jenayah Islam yang perlu dikenakan terhadap Ahmad. ( 5 markah) Hukuman takzir / dipenjara / dikenakan denda (F) seperti membayar sejumlah wang kepada pihak berkuasa (H1) hal ini bertujuan untuk memberi pengajaran kepada Ahmad (H2) agar dia insaf dan tidak mengulangi kesalahan. (H3). Kesannya Ahmad tidak akan mberani melkakukan kesalahan yang sama. (R) 13. Seorang hakim telah menarik diri daripada mengendalikan perbicaraan suatu kes yang menyalahi salah satu etika kehakiman Islam. i. Pada pendapat anda, apakah etika yang diamalkan hakim tersebut? (1M) Menghakimi orang yang ada kepentingan dengannya seperti kaum keluarga, rakan dan sebagainya


HARI : _________________________ TARIKH : __________________________ 8 TASAWWUR ISLAM KSSM_KBAT ii. Mengapakah hakim mesti mematuhinya? (5M) P1- Untuk mengelakkan timbulnya fitnah (F) kerana hakim boleh dituduh menyebelahi ahli keluarganya (H1). Ini boleh menyebabkan timbul rasa tidak puas hati (H2) sehingga menimbulkan pergaduhan (H3) Kesannya masyarakat tidak akan menghormati institusi kehakiman. (H4) Kesimpulannya hakim perlulah mematuhi etika kehakiman Islam agar keputusan yang dibuat mematuhi syariat. P2 – Tersalah dalam menghukum / P3 - berlaku pergaduhan / P4- berlaku huru-hara. "Wahai orang yang beriman, janganlah kamu mengkhianati (amanah) Allah SWT dan Rasul-Nya serta (janganlah) kamu mengkhianati amanah-amanah kamu, sedang kamu mengetahui (salahnya)." (Surah al-Anfal 8: 27) 14. Berdasarkan firman Allah SWT di atas, berikan pandangan anda apakah yang akan terjadi jika manusia mengabaikan larangan tersebut? (6M) P1- Keadaan menjadi huru-hara (F) kerana banyak perkara yang tidak diselesaikan mengikut masa dan peraturan ditetapkan (H1). Kesannya boleh menyebabkan berlakunya pergaduhan (H2) kerana rasa tidak puas hati (H3) sehingga menyebabkan kemunduran organisasi dan negara (H4). Kesimpulannya kita hendaklah menunaikan tanggungjawab mengikut syariat agar dapat mentadbir dengan adil.(K) P2 – berlaku pergaduhan / P3 – kemunduran organisasi / negara Menurut kajian seorang ahli sejarah Islam, Piagam Madinah telah diterjemahkan ke dalam 294 bahasa dunia. Ini menunjukkan bahawa Piagam Madinah lambang kebijaksanaan Rasulullah SAW dalam memimpin negara. Piagam Madinah merupakan lambang kebijaksanaan Rasulullah SAW dalam memimpin negara. 15. Andaikan anda menjadi pemimpin negara, apakah yang akan anda lakukan untuk mentadbir negara Islam? (4M) Saya akan memerintah berpandukan al-Quran dan hadis (F) dengan menjadikan keduanya sebagai sumber rujukan (H1). Kesannya saya dapat memerintah dengan adil dan bertanggungjawab (H2) kerana memerintah mengikut syariat (H3) . Oleh itu, kita hendaklah mencontohi pemerintahan Rasulullah SAW dan para sahabat (H4) agar memimpin negara dengan nilai agama Islam yang betul. (H5).


Click to View FlipBook Version