The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by linda7281, 2024-01-07 22:08:03

haid nifas dan istihadhah

haid nifas dan istihadhah

FIQH WANITA Haid, nifas dan istihadah (Ustazah Siti Fatimah binti Md Radzi)


HAID


PENGENALAN Tiga jenis darah yang keluar dari faraj perempuan dan setiap daripadanya terdapat hukum masing-masing. Iaitu: 1. HAID 2. NIFAS 3. ISTIHADHOH


HAID Haid ialah : Darah yang keluar dari rahim perempuan secara kebiasaan, bukan kerana sakit atau beranak.


MINIMUM UMUR HAID • Minimum umur seorang perempuan boleh didatangi haid iaitu ketika berumur sembilan tahun atau sebelumnya dengan tempoh yang tidak cukup untuk sekurang-kurang haid dan suci. HAID 8 tahun 9 tahun 11 bulan 15 hari Sekurang-kurang haid ialah satu hari dan sekurang-kurang suci adalah 15 hari. Maka sekurang kurang haid dan sekurang-kurang suci ia akan jadi 16 hari. Kalau umurnya 8 tahun 11 bulan 1 hari / 8 tahun 11 bulan 12 hari (kurang 17 @ 18 hari dari 29 @ 30 hari – ikut bil hari sebulan ) maka ia bukan darah haid. Ia mesti 8 tahun 11 bulan dan 15 hari lebih baru darah yang keluar dikira haid.


• Minimum umur seorang perempuan boleh didatangi haid iaitu ketika berumur sembilan tahun atau sebelumnya dengan tempoh yang tidak cukup untuk sekurang-kurang haid dan suci. ( mesti dalam lingkungan 15 hari sebelum cukup 9 tahun ) • la keluar dari bahagian dalam rahim. • Oleh itu, jika dia melihat darah pada umur 7 atau 8 tahun, darah itu bukan darah haid, tetapi darah penyakit, dia perlu istinja' sahaja. Contohnya dia jatuh basikal dan farajnya berdarah. Maka dia perlu istinja’ (bersihkan farajnya dari darah) MINIMUM UMUR HAID


Haid boleh dilihat dalam 5 warna: 1. Paling kuat > merah kehitaman (disebabkan kepekatan warna merah) 2. Diikuti dengan merah. 3. Kemudian merah cair (pink). 4. Kemudian kuning (lemah). 5. Paling lemah, warna tanah (coklat cair) WARNA-WARNA DARAH HAID Warna-warna ini berlaku ketika haid. Jika bukan waktu haid maka ia bukan darah haid. Contoh : Warna kuning jika keluar bukan waktu haid mungkin keputihan @ sebab-sebab lain.


1. Hitam asli ( hitam yang tiada warna merah ) 2. Hijau 3. Putih ( tanda-tanda putus haid / mani / mazi / wadi ) 4. Coklat yang gelap *Nota: ❖ Mani ( Ianya bukan najis tetapi wajib mandi wajib ): 1.Keluar memancut-memancut atau 2.Merasa lazat (syahwat) ketika keluarnya atau 3.Bau: Ketika basah baunya seperti adunan tepung, ketika kering baunya seperti putih telur. ❖ Mazi: cecair putih yang cair dan tidak keruh, keluar ketika ada sedikit syahwat. (Ianya najis hanya perlu istinjak untuk dia melakukan ibadat ) ❖ Wadi: cecair putih yang lebih pekat dan keruh, keluar ketika angkat sesuatu yang berat atau kerana keletihan. (Ianya najis hanya perlu istinjak untuk dia melakukan ibadat ) WARNA-WARNA BUKAN HAID


❖ Maksimum haid: 15 hari 15 malam (lebih 15 hari ia adalah darah Istihadhah) ❖ Minimum haid: Satu hari satu malam (24 jam) (bersambung atau putus-putus dalam lingkungan 15 hari) ❖ Kebiasaan haid : 6 atau 7 hari ❖ Minimum suci antara haid: 15 hari & tiada had bagi maksimum suci. TEMPOH HAID


MINIMUM HAID 24 JAM / SEHARI SEMALAM BERSAMBUNG PUTUS-PUTUS Contoh : 8 am hari Isnin – 8 am hari selasa Dalam lingkungan 15 hari, darah keluar selama 24 jam Darah keluar selama 24 jam tetapi lebih dari lingkungan 15 hari maka ia bukan haid HAID Contoh : Apabila dia pergi ke tandas jam 8.00 pagi hari Isnin dan melihat ada darah maka bermulalah waktu keluar haid sehingga 8.00 pagi hari selasa darah berhenti. Ia dikira bersambung 24 jam. Hendaklah ia kira dan tambah jika cukup 24 jam dalam 15 hari ia dikira haid.


❖ Contoh: Darah keluar cukup 24 jam putusputus dalam tempoh 15 hari HAID PUTUS-PUTUS Hari - 1 Hari - 2 Hari - 3 Hari - 4 Hari - 5 Hari - 6 Hari -15 5 jam 5 jam 5 jam 5 jam 5 jam Hari pertama keluar darah 5 jam kemudian putus, hari kedua keluar darah 5 jam kemudian putus. Ini yang dimaksudkan putus-putus. Kemudian hari ketiga hingga 5 juga sama. Apabila dicampurkan 25 jam (lebih 24 jam). Maka lebih 24 jam dalam tempoh 5 hari dan kurang 15 hari, maka ia dikira haid. BERKAITAN SOLAT : • Apabila darah keluar, berhenti solat. Jika darah berhenti dan belum mencapai 24 jam, maka istinjak dan solat. ( Contoh : Hari 1 darah keluar jam 8.00 pagi dan berhenti jam 1.00 petang, maka istinjak dan solat zohor, asar, maghrib, isyak, subuh sebab belum cukup 24 jam. Hari kedua keluar lagi buat perkara sama. Selagi belum capai 24 jam dalam 15 hari maka perlu solat ketika darah berhenti.) • Jika darah keluar cukup 24 jam dalam 15 hari maka ia adalah haid; tidak perlu qada' solat yang ditinggalkan ketika darah keluar. ( Maksudnya jika lihat pada contoh diatas pada hari ke 5 setelah kering darah ( dah cukup 24 jam ), maka perlu mandi wajib dan solat yang ditinggalkan ketika darah keluar hari 1-5 itu tidak perlu qada’ solat ) • Jika darah keluar tidak sampai 24 jam dalam lingkungan 15 hari, maka ia bukan haid & wajib qada' solat yang ditinggalkan dari hai 1 – 5 ketika darah keluar.


BERKAITAN PUASA RAMADAN Hari - 1 Hari - 2 Hari - 3 Hari - 4 Hari - 5 Hari - 6 Hari -15 6 jam 6 jam 6 jam suci suci • Jika lihat pada contoh di atas, pada hari 1 – 3 tidak perlu berpuasa kerana ada darah yang keluar ( 6 jam ) walaupun putus-putus dan puasa tersebut wajib diqada’kan. Hari yang ke 4 dan ke 5 puasa seperti biasa sebab tiada darah yang keluar. Sekiranya hari ke 6 ada darah keluar semula dan tempoh masa hari 1,2,3, dan 6 jika digabungkan cukup 24 jam, maka puasa hari ke 4 dan 5 tidak dikira dan wajib qada’ puasa. • Sekiranya darah yang putus-putus tidak cukup 24 jam dalam masa 15, kita hanya perlu qada’kan puasa yang ditinggalkan sahaja kerana ia bukan haid tetapi istihadhah. • Sekiranya hari 1-7 keluar darah haid bersambung, kemuadian darah berhenti hari ke 8-12 dan hari ke 8 telah mandi wajib dan berpuasa sehingga hari ke 12, kemudian keluar darah lagi hari ke 13-15, maka puasa hari ke 8-12 tidak dikira dan perlu diqada’kan sebanyak 15 hari. • Jika darah masih keluar hari ke 16, ia adalah darah istihadhah dan perlu mandi wajid dan berpuasa seperti biasa. 6 jam


❖ Minimum suci antara haid ialah 15 hari dan tiada had bagi maksimum suci. MINIMUM SUCI ANTARA HAID 1 7 8 24 25 HAID 17 HARI SUCI ❖ BILA KITA NAK MULA KIRA SUCI? Apabila haidnya berhenti. Contohnya hari 1-7 haid keluar dan haid berhenti hari ketujuh. Hari ke 8 dikira hari pertama suci sehingga hari 24 ( 17 hari : melebihi had minimum 15 hari). Kemudian hari ke 25 keluar darah semula, maka ia dikira darah haid. Haid baru ❖ BAGAIMANAKAH MENGETAHUI HAID BERHENTI? Untuk mengetahui darah haid berhenti ialah dengan masukkan sekeping kapas putih atau tisu pada bibir faraj, selepas dikeluarkan, jika tiada darah maka darah telah berhenti. (BULAN PUASA JANGAN BUAT)


❖ Apabila seorang wanita yang melihat darah, melepasi waktu antara 15 hari suci ( ia dikira haid baru), maka berhenti solat. Dia tidak perlu menunggu sehingga 24 jam baru berhenti solat. ❖ Walaubagaimanapun, jika darah putus sebelum sampai 24 jam, itu bukan darah haid, sebaliknya darah penyakit dan dia tidak perlu mandi wajib. Dia juga wajib qada solat yang dia tinggal dalam waktu tersebut. ❖ Setiap kali melihat darah, dia mengambil hukum mengikut situasi. Pada mulanya dia mengambil kira sebagai haid, apabila darah berhenti, dia wajib solat dan apabila darah datang semula berhenti solat, dan ianya berterusan sehingga 24 jam. Pada waktu itu, dia mengetahui bahawa keseluruhan masa jika lebih 24 jam, maka itu adalah haid. KESIMPULAN


NIFAS DAN WILADAH


NIFAS Nifas ialah darah yang keluar semasa melahirkan anak. lanya darah yang keluar mengiringi pengosongan rahim dari janin. ❖ Darah yang keluar sebelum dan semasa beranak bukan nifas. Ianya adalah darah penyakit ( darah fasad). Ia perlu istinjak dan WAJIB SOLAT. (kalau tidak mampu solat sebab kesakitan, maka catat dan qada’ solat ) ❖ Mengikut pandangan imam syafie, perempuan yang mengandung boleh keluar darah haid sekiranya cukup syarat - syarat haid. (minimum keluar darah 1 hari / maksimum 15 hari) ❖ Jika yang keluar itu seketul daging / seketul darah ( sebab keguguran anak ) maka darah darah yang keluar setelah itu adalah nifas.


WILADAH Wiladah bukanlah sejenis darah tetapi ia adalah keadaan dimana seorang wanita melahirkan anak. ADAKAH WILADAH DIWAJIBKAN MANDI? ❖ Ya wajib mandi wajib, sekiranya selepas melahirkan tiada darah yang keluar. ( tiada darah nifas ) ❖ Sekiranya selepas melahirkan anak (wiladah) ada darah yang keluar maka ia adalah darah nifas. Maka tak perlu mandi wajid dahulu. Tunggu sehingga darah nifas kering kerana kalau dia mandi wiladah ia tetap berada dalam hadas besar.


❖ Minimum nifas : Satu saat / seperludah / satu lahdzoh / sekelip mata. ❖ Maksimum nifas : 60 hari ( 2 bulan ). ❖ Kebiasaan nifas : 40 hari. TEMPOH NIFAS Nifas juga ada yang putus-putus. Kalau nifas keluar 2 hari, selepas itu darah berhenti, maka wajib mandi wajib dan solat kerana minimum nifas adalah 1 saat. Jika darah keluar lagi sebelum tempoh 15 hari suci maka ia masih dikira darah nifas (sehingga maksimum 60 hari). Tetapi jika darah keluar selepas lebih 15 hari waktu suci, maka ia adalah haid.


❖ Sekiranya dalam lingkungan 60 hari: Minimum suci antara nifas dan haid ialah 15 hari. Selepas 15 hari suci jika ada keluar darah ia adalah haid pertama selepas nifas. ❖ Setelah mencapai nifas 60 hari : Contohnya hari ke 61 dia lihat darah keluar walaupun belum melebihi 15 hari suci maka darah baru ini ialah haid . SUCI ANTARA NIFAS DAN HAID


TEMPOH SUCI ANTARA NIFAS DAN HAID Dalam lingkungan 60 hari Setelah mencapai nifas 60 hari Minimum suci antara nifas dan haid adalah 15 hari. Suci antara nifas dan haid adalah kurang dari 15 hari 1 40 57 60 Nifas Suci lebih 15 hari Jika darah keluar ia adalah haid Darah berhenti dan wajib mandi wajib Nifas 1 60 62 Darah berhenti / tidak dia wajib mandi wajib sebab dah capai had maksimum. Jika darah keluar maka ia haid baru


❖ Solat Fardu dan solat sunat. ❖ Tawaf mengelilingi Kaabah sama ada fardu atau sunat. ❖ Menyentuh mushaf al-Quran samada kulit, helaian atau sarungnya @ menanggungnya ( membawa). ❖ Membaca al-Quran kecuali niat berzikir atau penjagaan. Berkenaan tafsir al-quran, sekiranya tafsirnya lebih banyak dari ayat al-Quran, maka boleh menyentuhnya. ❖ Duduk di dalam masjid, kecuali jika dia hanya lalu dan yakin tidak mengotori masjid tetapi ianya MAKRUH. ❖ Puasa, sebelum darah berhenti. Jika darah telah berhenti maka wajib ke atasnya puasa Ramadan. Jika adat darahnya berhenti pada waktu malam @ sebelum subuh, maka boleh niat puasa untuk esok, tetapi jika tidak berhenti pada waktu malam maka tidak boleh niat puasa pada esoknya. ❖ Bersetubuh. PERKARA YANG HARAM DILAKUKAN SEMASA HAID DAN NIFAS Sebab diharamkan kerana ibadat ini disyaratkan untuk kita bersuci dari hadas kecil dan besar, sedangkan orang yang haid dan nifas berada dalam hadas besar


BILAKAH WAJIB UNTUK MANDI WAJIB ❖Apabila dia hendak menunaikan solat selepas berhenti darah. ❖Contoh : Bangun dari tidur pada waktu subuh tetapi masih ada darah. Pada pukul 8.00 pagi darah berhenti, maka wajib dia mandi apabila hendak menunaikan solat zohor.


QADA’ SOLAT KERANA DATANG HAID /NIFAS • Jika datang haid atau nifas pada tempoh yang memungkinkan solat fardu (sempat untuk solat fardu) maka wajib qada’ solat tersebut ( jika belum solat ) 8.00 pm 4.30 pm (Asar) 2.00 pm 1.30 pm (Zohor) • Contoh 1 : Pada waktu Zohor ada 30 minit untuk dia solat tapi dia belum menunaikannya lagi, maka wajib qada’ solat zohor tersebut setelah darah berhenti. ( contoh 2 pun sama ) jika sempat solat tidak perlu qada’. 7.30 pm (Maghrib) Keluar darah dan dia belum solat Zohor Keluar darah dan dia belum solat Maghrib C1 C2


QADA’ SOLAT KERANA BERHENTI HAID /NIFAS • Jika berhenti haid atau nifas pada tempoh yang memungkinkan dia sempat melafazkan takbiratul ihram ( اكبر هللا ( maka wajib solat dan qada’ solat yang boleh dijamakkan ketika permusafiran. 8.40 pm (Isyak) 4.30 pm (Asar) 6.00 am (subuh) 1.30 pm (Zohor) • Lihat masa darah berhenti, jika darah berhenti pada waktu zohor, maka dia tidak perlu qada’ Subuh. Hanya perlu solat Zohor sahaja sebab subuh dan zohor tidak boleh dijamakkan. • Walaupun tempoh masa tinggal 3 minit untuk masuk waktu solat yang baru tetap perlu menunaikan solat pada waktu berhenti darah tadi kerana disyaratkan sempat melafazkan takbiratul ihram. 7.30 pm (Maghrib) 7.20 ptg darah berhenti. Masih dalam waktu Asar. Dia perlu mandi, solat asar dan qada’ Asar sebab zohor dan asar boleh dijamakkan 5.45 pagi darah berhenti. Masih dalam waktu Isyak. Dia perlu Maghrib sebab Maghrib dan Isyak boleh dijamakkan C1 C2


ADAKAH PERLU TUNGGU 1 ATAU 2 WAKTU SOLAT BETUL-BETUL SUCI BARU MANDI WAJIB? ❖ Tidak perlu, apabila darah berhenti terus mandi wajib. ❖ Cara hendak tahu darah berhenti : Pergi ke tandas dam masukkan kapas dan jika tiada darah, maka dia wajib mandi wajib. Kemudian dia solat. Selepas solat jika dia lihat ada lagi darah sikit, maka tunggu. Bila tiada darah lagi, maka periksa semula seperti sebelum tadi.


ISTIHADHOH


ISTIHADHOH ❖ Darah yang keluar dalam masa suci, bukan masa haid dan bukan pada masa nifas. la keluar dari saluran darah dari dalam rahim. ❖ Jika darah melebihi 15 hari dalam waktu haid atau 60 hari dalam nifas kita namakannya ISTIHADHOH dan kita namakan perempuan tersebut MUSTAHADHOH. Darah yang keluar sebelum sampai waktu 15 hari suci daripada haid dan nifas, maka ia juga disebut darah Istihadah.


HUKUM KHAS BAGI MUSTAHADHOH ❖ Hadasnya adalah hadas yang berterusan, jadi dia boleh melakukan solat, puasa, bersetubuh, dalam keadaan masih berdarah. ❖ Wajib ke atasnya sebelum setiap kali solat untuk: 1. Istinjak (bersihkan faraj). 2. Masukkan kapas atau yang seumpamanya, jika dia tidak berpuasa dan tidak memudharatkannya. ( kalau puasa tidak perlu ) 3. Ikat (jika perlu). ❖ Segera solat selepas melakukan perkara diatas. ❖ Sekali wuduk hanya sah untuk satu solat fardhu sahaja (termasuk untuk solat jamak, dia perlu berwuduk 2 kali) dan sebanyak mana perkara sunat yang dia mahu lakukan.


PERKARA YANG PERLU DILAKUKAN BAGI MUSTAHADHOH 1. Masuk waktu (tidak boleh dilakukan sebelum masuk waktu). 2. Istinjak (bersihkan faraj). 3. Masukkan kapas atau yang seumpamanya, jika dia tidak berpuasa dan tidak memudharatkannya. 4. Ikat (jika perlu). 5. Berwuduk (tidak boleh niat angkat hadas sebab dia sentiasa menanggung hadas) niatkan “sahaja aku berwuduk kerana Allah Taala”. 6. Segera solat selepas melakukan perkara diatas (dibolehkan menunggu untuk solat berjemaah, menutup aurat, mencari arah qiblat) ❖ Satu wudhuk hanya sah untuk satu solat fardhu sahaja dan sebanyak mana perkara sunat yang dia mahu lakukan. ❖ Jika dia dalam istihadhoh maka dia perlu tahu dia berada dalam jenis mana.


3 PEMBAHAGIAN MUSTAHADHOH 1. MUBTADA’AH : Terbahagi kepada 2 jenis : MUMAIYIZAH ( yang boleh membezakan darah) dan GHAIRU MUMAYYIZAH ( yang boleh / tidak cukup syarat untuk membezakan darah). 2. MU’ATADAH : Terbahagi kepada 2 jenis : MUMAIYIZAH dan GHAIRU MUMAYYIZAH. 3. MUTAHAYYIRAH Kaedah ini untuk menentukan darah itu haid yang baru @ istihadhah bedasarkan sebab : 1.Darah keluar sebelum cukup 15 hari suci. 2.Darah bersambung keluar melebihi 15 hari.


PEMBAHAGIAN MUSTAHADHOH 1. MUBTADA'AH (pertama kali) : Kali pertama melihat darah Haid. Contoh: kanak-kanak yang pertama kali keluar haid dan daidnya keluar selama 20 hari 2. MU’ATADAH (beradat) : Bukan kali pertama dalam Haid. Contoh: Sudah pernah keluar haid dan tiba-tiba keluar darah selama 20 hari 3. MUTAHAYYIRAH (tercengang-cengang): Dia tidak tahu masa dan adatnya.


ISTIHADHOH


1. MUMTADAA’AH ( TERBAHAGI KEPADA 2 JENIS ) MUMAIYIZAH dan GHAIRU MUMAYYIZAH a) MUMAIYIZAH (Yang boleh membezakan) : Syarat-syarat mumayyizah: 1. Melihat darah dengan dua sifat – ada sifat kuat dan lemah dari segi warna darah. 2. Darah yang kuat tidak kurang dari 24 jam dan tidak lebih dari 15 hari. 3. Darah yang lemah tidak kurang dari 15 hari bersambungan. (bersambungan yang kuat – lemah – kuat : yang lemah mesti lebih 15 hari ) HUKUMNYA : Jika ada syarat-syarat ini - yang kuat ialah haid, yang lemah ialah istihadhoh


1. MUMTADAA’AH ( TERBAHAGI KEPADA 2 JENIS ) b) GHAIRU MUMAIYIZAH (Tidak boleh membezakankurang salah satu daripada syarat-syarat di bawah) : Syarat-syarat mumayyizah: 1. Melihat darah dengan dua sifat – ada sifat kuat dan lemah dari segi warna darah. 2. Darah yang kuat tidak kurang dari 24 jam dan tidak lebih dari 15 hari. 3. Darah yang lemah tidak kurang dari 15 hari bersambungan. HUKUMNYA : Jika dia tahu bila keluarnya darah, maka hari pertama sahaja haid ( 24 jam ) selebihnya istihadhoh.


1. MU’TADAH ( TERBAHAGI KEPADA 2 JENIS ) MUMAIYIZAH dan GHAIRU MUMAYYIZAH a) MUMAIYIZAH (Yang boleh membezakan): b) GHAIRU MUMAIYYIZAH ( tidak boleh membezakan ) : kurang salah satu daripada syarat-syarat di atas. HUKUMNYA : Yang kuat haid dan yang lemah istihadhoh HUKUMNYA : Kembali kepada masa dan adatnya.


3. MUTAHAYYIRAH 1. Wajib ke atasnya melakukan apa yang wajib ke atas perempuan suci dan dia tidak boleh melakukan perkara yang haram semasa haid, kecuali membaca al-Quran dalam solat, solat sunat, puasa sunat dan tawaf sunat. 2. Wajib ke atasnya mandi wajib setiap kali solat. 3. Berpuasa di bulan Ramadhan dan 30 hari selepas itu + 2 hari, walaupun Ramadhan hanya 29 hari.


BERKAITAN PUASA RAMADAN MASALAH WANITA HAID WANITA YANG TAK TERATUR DENGAN PUASA Contoh kebiasaan seorang wanita datang haid selama 7 hari. Jadi hari 1 -7 dia tidak puasa. 8hb dia suci. Maka 8, 9, 10 dia puasa tiba-tiba 11hb datang haid semula. Ramai keliru haid atau istihadhah. Jadi ikut kaedah haid paling lama 15 hari. Jadi kalau diikutkan hari 8,9, 10 tu masih dalam tempoh haid. Persoalannya perlu qadha atau tidak puasanya? Jadi 8,9, 10 itu sepatutnya dia wajib ganti sebab masih dalam tempoh haid. Tetapi menurut Shaikh Nuruddin dalam kitabnya kalau 11,12, 13, 14, 15 hb datang haid semula maka jangan puasa. Jika 16 masih haid lagi. Maka 16 hb dikira menjadi indikator sebagai Istihadhah. Jadi 11-15 hb juga adalah Istihadah. Tapi kalau haid berhenti setakat sampai 15hb maka 11-15hb tadi dikira sebagai haid. Jadi jika wanita tadi puasa pada 8,9,10 tadi dikira sah jika 16hb dia datang istihadhah. Tapi kalau berhenti setakat 15hb, 16hb tiada darah keluar maka dia wajib ganti puasanya. USTAZ RIFQI


JANGAN LUPA TANDAKAN HAID ANDA!! TARIKH DATANG MASA KELUAR TEMPOH HAID TARIKH HABIS MASA HABIS TEMPOH SUCI CATATAN DARAH 1/1/2021 8.00 PG 7 HARI 8/1/2021 5.00 PTG QADA’ ZOHOR 2/2/2021 2.00 PTG 7 HARI 8/2/2021 9.00 MLM QADA’ ZOHOR, MAGHRIB


Click to View FlipBook Version