DISEDIAKAN OLEH : HASLINDA BINTI HASHIM SMK INDAHPURA ( 1 ) KULAIJAYA , JOHOR. SISTEM KEKELUARGAAN MENURUT ISLAM USTAZAH HASLINDA BINTI HASHIM
•Analisis situasi berikut dan jelaskan tindakan yang sesuai bagi mewujudkan keharmonian keluarga.
1. Imtiyaz ingin mengikut rakannya menyertai aktiviti riadah mendaki bukit. Walau bagaimanapun ayahnya tidak membenarkan dia menyertai aktiviti tersebut kerana bimbang akan keselamatannya. •Imtiyaz perlu mendengar nasihat ayahnya ✅ kerana bimbang akan hal yang tidak diingini terjadi. ✅ Ini kerana mungkin ayahnya mempunyai penyakit kronik.X Kesannya imtiyaz dapat memastikan kesihatan dan keselamatannya terjamin. X Kesimpulannya kita hendaklah mendengar nasihat ibubapa agar dapat mewujudkan silaturrahim. X MS 106 SYAHMI, AZMY, AIDIL 2/6
1. Imtiyaz ingin mengikut rakannya menyertai aktiviti riadah mendaki bukit. Walau bagaimanapun ayahnya tidak membenarkan dia menyertai aktiviti tersebut kerana bimbang akan keselamatannya. •Imtiyaz perlu mematuhi arahan ayahnya (I) kerana alasan yang diberikan ayahnya adalah untuk kebaikannya. (H1) Ini kerana imtiyaz boleh mencadangkan kepada ayahnya untuk melakukan aktiviti tersebut bersama keluarga.(H2) Kesannya, dia akan menjadi anak yang solehah (H3) kerana mendengar nasihat ayahnya. (H4) Kesimpulannya, kita hendaklah taat kepada ibu bapa agar berjaya dunia akhirat (K) MS 106
2. Sofiya gemar membaca buku pada waktu lapang. Namun, ibunya meminta beliau membantu menguruskan perniagaan di kedai setiap hujung minggu •Sofiya perlu membantu ibunya kerana dia masih boleh meneruskan hobi membacanya di kedai (I) ketika waktu senggang atau tiada pelanggan. (H1) Ini kerana, sebagai anak kita wajib berbakti kepada ibu bapa (H2) selagi mana tidak bertentangan dengan syarak. (H3) Kesannya, dia dapat mengembirakan hati ibunya. (H4) Kesimpulannya, kita hendaklah berbakti kepada ibu bapa agar menjadi anak solehah. (K)
3. Encik Jamal menghadapi masalah kesihatan dan tidak dapat bekerja. Isterinya juga tidak bekerja. Apakah yang mereka perlu lakukan. •Isteri Encik Jamal boleh melakukan penjualan menjalankan perniagaan dalam talian ✅ seperti menjual makanan. ✅ Ini kerana, suami dan isteri perlu saling bantu membantu antara satu sama lain ✅ untuk kelangsungan hidup mereka. ✅ Kesannya,secara tidak langsung isterinya dapat menampung serba sedikit untuk membantu keluarganya ✅ kerana lelakinya suaminya tidak dapat pergi ke kerja akibat faktor kesakitan. ✅ Kesimpulannya, kita hendaklah saling tolong menolong antara keluarga agar hidup diberkati oleh Allah SWT. ✅ ARIF, AKMAL, HAZIQ, AFIQ 6/6 TAHNIAH�
3. Encik Jamal menghadapi masalah kesihatan dan tidak dapat bekerja. Isterinya juga tidak bekerja. Apakah yang mereka perlu lakukan. •Encik jamal dan isterinya boleh berniaga kecilkecilan (I) mengikut kemampuan. (H1) Contohnya, dia boleh berniaga menjual makanan dihadapan rumahnya. (H2). Ini kerana, dengan berniaga mereka boleh memperoleh pendapatan (H3) untuk meneruskan kehidupan. (H4) kesimpulannya, kita hendaklah sentiasa berusaha mendapatkan sesuatu agar hidup sejahtera. (K) •Isi 2 : membenarkan isterinya bekerja bagi menampung perbelanjaan rumah.
4. Mustafa tinggal di asrama dan mendapat berita bahawa datuknya dimasukkan ke hospital kerana sakit. •Ayah Mustafa perlu memberitahu pihak asrama tentang keadaan datuknya yang sedang sakit ✅ supaya Mustafar dapat keizinan menziarahi datuknya. ✅ Ini kerana menziarahi ahli keluarga dapat menjalinkan hubungan yg erat dalam kekeluargaan. ✅ Kesannya, sikap yang ditunjukkan oleh Mustafa sangat prihatin terhadap datuknya yang sakit. ✅ Kesimpulannya kita perlulah mengambil berat tentang masalah yg dihadapi oleh keluarga ✅ agar hidup dirahmati allah ✅ ALYSSA, NASIHAH , ALEYA, AMYLEA 6/6 TAHNIAH�
4. Mustafa tinggal di asrama dan mendapat berita bahawa datuknya dimasukkan ke hospital kerana sakit. •Ayah mustafa boleh memohon kebenaran daripada pihak asrama untuk membawa anaknya pulang (I) agar dapat menziarahi datuknya. (H1) Ini kerana, kita perlu mengikut prosedur yang ditetapkan sekolah (H2) agar dapat mengelakkan perkara yang tidak diingini. (H3) Kesannya, Mustafa dapat kebenaran untuk pulang. (H4) Kesimpulannya, kita hendaklah sentiasa mematuhi peraturan agar hidup sejahtera. (K)
5. Jannah tinggal bersama mertuanya. Sering berlaku salah faham antara mereka . Apakah tindakan yang perlu diambil oleh Jannah. •Jannah perlu bersabar dengan mentuanya itu. ✅ Ini kerana , kita perlu berakhlak baik terhadap orang tua✅ agar dapat mengelakkan pergaduhan. Kesannya, dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan. ✅ Kesimpulannya, kita hendaklah menghormati orang tua ✅ agar hidup diberkati Allah SWT. ✅ ARISYA, NABILAH, NAJWA, SYUHADA 5/6
5. Jannah tinggal bersama mertuanya. Sering berlaku salah faham antara mereka . Apakah tindakan yang perlu diambil oleh Jannah. •Jannah perlu bersabar melayan mentuanya dengan baik (I) kerana sebagai anak kita perlu menghormati orang tua. (H1) Ini kerana, sebagai menantu dia juga wajib mentaati ibu mentuanya (H2) kerana ibu mentuanya telah melahirkan suaminya. (H3) Kesannya, ibunya akan tetap menerima sekiranya dia berbuat baik. (H4) Kesimpulannya, kita hendaklah menghormati orang tua agar hidup bahagia.(K) •Jannah boleh mencadangkan kepada suaminya untuk berpindah (I) agar pergaduhan tidak berterusan. (H1)
6. Syakir dan Azri merupakan adik-beradik tiri. Mereka sering bertegang leher walaupun dalam hal remeh. Mereka perlu berbincang dengan cara yang baik ✅ agar pertegangan ketegangan antara adik beradik tidak berterusan. ✅ Hal ini membolehkan mereka berbaik antara satu sama lain ✅ bagi mengeratkan hubungan antara mereka. ✅ Kesannya, mereka saling memahami sesama adik beradik tiri. ✅ Kesimpulannya , kita hendaklah sentiasa menghormati ahli keluarga supaya dapat mewujudkan keluarga yang harmoni ✅ SHASHA, IZZATI, LIYANA, NURIN 6/6 TAHNIAH�
6. Syakir dan Azri merupakan adik-beradik tiri. Mereka sering bertegang leher walaupun dalam hal remeh. •Ibu bapa mereka perlu memujuk dengan menerangkan tindakan yang wajar lakukan (I) supaya pertengkaran dapat dielakkan. (H1) Ini kerana, Syakir dan Azri mungkin masih belum mengenali antara satu sama lain (H2) kerana mereka datang dari keluarga yang berlainan. (H3) Kesannya, mereka akan berbaik jika dinasihatkan setiap hari. (H4) Kesimpulannya, kita hendaklah sentiasa sayang-menyayangi antara satu sama lain agar hidup sejahtera. (K)
3.2.5 Melaksanakan tanggungjawab sebagai ahli keluarga berasaskan Sistem Kekeluargaan Islam.
KBAT
Berdasarkan gambar di atas, bagaimanakah cara anda dapat merealisasikan slogan “Rumahku Syurgaku”
Cara anda dapat merealisasikan slogan “Rumahku Syurgaku” Mengamalkan ajaran Islam bersama ahli keluarga (F) seperti menunaikan solat berjemaah (H1) supaya ahli keluarga terdidik dengan akhlak Islam(H2). Kesannya kita dapat melahirkan ahli keluarga yang soleh/solehah (H3) sehingga dapat mewujudkan keluarga bahagia (H4). Kesimpulannya kita hendaklah menerapkan nilai murni dalam keluarga agar hidup sejahtera. (K)