OLEH : PN HASLINDA BINTI HASHIM SMK INDAHPURA 1 , KULAI
1.2.1 Menyatakan konsep asas muamalat dalam Islam.
MAKSUD MUAMALAT •Hubungan antara manusia dengan manusia dalam kehidupan merangkumi kekeluargaan, ekonomi, politik dan sebagainya.
MAKSUD MUAMALAT DALAM SISTEM KEWANGAN • Tatacara urusan harian sesama manusia dalam memenuhi keperluan hidup yang melibatkan transaksi kewangan berlandaskan syariat.
DALIL BERKAITAN MUAMALAT ISLAM Firman Allah SWT dalam surah an-Nisa’ ayat 29 : َ أ ي ا َٰٓ َ ه ُّ � َ ِين َّ ْ ٱ� ُوا ن َ َام ء َ � ْ ا ٓ و ُ ل ُ � ۡ أ َ ت م ُ � َ ٰل َ � ۡ م َ ُ أ م �َ ن ۡ ي َ ِ ب ٰ ِطل َ � ۡ ِٱل َّٓ ب إ ن ِ� َ َ أ ون ُ � َ ت ً ة َ ر ٰ َ تِ� ن ٖ اض َ َ ع ر َ ۚ ۡ ت م ُ ِن� ّ م َ �َ و ْ ا ٓ و ُ ل ُ ت ۡ ق َ ۚ � ۡ م ُ � َ س ُ نف َ َّ أ ِن ََّ إ َ ٱ� ن َ � ۡ م ُ ب ِحي ِ� ر ا َ ٗ م 29. Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu saling memakan harta sesamamu dengan jalan yang batil, kecuali dengan jalan perniagaan yang berlaku dengan suka sama-suka di antara kamu. Dan janganlah kamu membunuh dirimu; sesungguhnya Allah adalah Maha Penyayang kepadamu.
MATLAMAT MUAMALAT ISLAM •Mengawal manusia dalam mengurus ekonomi dan kewangan agar lahir masyarakat yang aman harmoni
PRINSIP MUAMALAH ISLAM • Kerelaan dalam berurus niaga. • Tiada elemen haram seperti riba, gharar (ketidakpastian) dan perjudian. • Urus niaga tidak membawa kepada kerosakan struktur ekonomi dan sosial masyarakat. GHARAR : Ketidakpastian dalam sesuatu akad atau kontrak jual beli sama ada dari segi kuantiti, kualiti, harga, waktu penyerahan dan sebagainya.
CIRI-CIRI MUAMALAH ISLAM 1. Bersumberkan al-Quran dan Hadis. 2. Reda-meredai antara kedua belah pihak. 3. Adil dan mendatangkan manfaat. 4. Tidak melakukan penipuan.
SYARAT-SYARAT SAH MUAMALAH SYARAT CONTOH - JUAL BELI 1. PERSETUJUAN daripada kedua belah pihak yang menjalankan transaksi ijab & qabul 2. Pihak yang melakukan transaksi mestilah WARAS dan SEMPURNA AKAL PERSETUJUAN antara penjual dan pembeli Penjual dan pembeli seorang yang MUKALLAF dan BERAKAL Barangan yang hendak dijual mestilah MILIK PENIAGA DAN HALAL BARANGAN yang hendak dijual WUJUD semasa berlakunua kontrak 3. Transaksi yang dilakukan BERSIH DARIPADA UNSUR PENIPUAN 4. BARANGAN yang diperniagakan MILIK SAH PENJUAL
MUAMALAH YANG TIDAK SAH / DILARANG MENURUT ISLAM 1. Mengandungi unsur-unsur PENIPUAN seperti manipulasi 2. Mengandungi unsur-unsur PENINDASAN seperti riba dan monopoli 3. Mengandungi unsur-unsur PERJUDIAN seperti loteri 4. Mengandungi unsur-unsur BARANGAN TIDAK SUCI dan NAJIS seperti berniaga bangkai dan dadah 5. Muamalah YANG BELUM PASTI BARANGANNYA contohnya menjual ikan dilautan
1.2.2 Menerangkan jenis- jenis muamalat Islam dan cara- cara pelaksanaannya.
JENIS-JENIS MUAMALAH ALWADIAH ( SIMPANAN) AT-TAKAFUL ( INSURANS) AL-MUDHARABAH ( PELABURAN ) AL-MURABAHAH ( PERTAMBAHAN KEUNTUNGAN ) AL-MUSYARAKAH ( PERKONGSIAN ) AR-RAHNU ( GADAIAN ) AL-IJARAH ( SEWAMENYEWA ) AL-BAI’ BITHAMAN AJIL ( BAYARAN BERTANGGUH )
MUAMALAH ISLAM • MAKSUD : Mewakilkan suatu barangan atau harta yang berharga kepada pihak lain untuk disimpan dan diuruskan. • CONTOH : Haqiem mendepositkan wangnya di bank untuk disimpan. Bank pula memberikan jaminan bahawa wang tersebut akan dikembalikan kepadanya apabila diminta. 1. AL-WADIAH (Simpanan)
MUAMALAH ISLAM • MAKSUD : Pelabur memberikan modal kepada pengusaha untuk diperniagakan dan keuntungan dibahagikan mengikut perjanjian. • CONTOH : Pelajar dan guru melabur di koperasi sekolah. 2. AL-MUDHARABAH (Pelaburan)
MUAMALAH ISLAM • Jual beli sesuatu barangan dengan memaklumkan harga kos bersama-sama tambahan margin keuntungan. • Contoh : Penjual menjual tanah 100k dengan mengambil untung 10k 3. AL-MURABAHAH (jualan penambahan untung) MARGIN : Perbezaan antara dua jumlah
MUAMALAH ISLAM • MAKSUD : Akad antara dua orang atau lebih untuk berkongsi modal dan keuntungan dalam sesuatu perniagaan. • CONTOH : Aiman dan Razak berkongsi modal dan usaha untuk menjalankan perniagaan ‘Produk Makanan Segera Halal’. 4. MUSYARAKAH (Syarikat / perkongsian)
MUAMALAH ISLAM • MAKSUD : Proses menyerahkan harta sebagai cagaran untuk mendapatkan hutang. • CONTOH: Puan Nina mencagarkan barangan kemasnya untuk meminjam wang dari bank. •5. AL-RAHN (Gadaian)
MUAMALAH ISLAM • MAKSUD : Perjanjian yang membolehkan seseorang ambil manfaat atau faedah dari hak milik orang lain dengan bayaran tertentu. • CONTOH: Ali menyewa premis kedai untuk membuka perniagaan komputer. 6. AL-IJARAH (Sewa-menyewa)
MUAMALAH ISLAM • MAKSUD : Jualan dengan bayaran tertangguh @ membeli suatu barangan dengan bayaran secara ansuran mengikut tempoh ditetapkan. • CONTOH : Iffat membeli sebuah motosikal Y15 dengan bayaran sebanyak RM400 sebulan selama 3 tahun. 7. AL-BAI’ BITHAMAN AJIL (Belian ansuran)
MUAMALAH ISLAM • MAKSUD : Pelan perlindungan berdasarkan prinsip syariah melalui caruman wang yang akan disalurkan kepada pihak yang ditimpa musibah atau kemudaratan atas dasar ta’awun dan tabarru’. • CONTOH: Seorang lelaki menyertai skim takaful bagi melindungi kenderaannya jika ditimpa kemalangan. 8. AL-TAKAFUL (Insurans Islam)
MATLAMAT MUAMALAT ISLAM • TA’AWUN : Tolong-menolong antara rakan peserta skim takaful yang ditimpa musibah tertentu. • TABARRU’ : Peserta takaful mendermakan sebahagian atau keseluruhan wang sumbangan yang dibayar semasa menyertai skim takaful.
JENIS-JENIS MUAMALAH WADIAH ( Simpanan ) MUDHARABAH ( Pelaburan ) MURABAHAH (Jualan tambah Untung ) • Mewakilkan sesuatu barangan atau harta kepada pihak lain untuk disimpan dan diuruskan • Contoh : Haqiem mendepositkan wangnya di bank untuk disimpan • Pelabur memberikan modal kepada pengusaha untuk diperniagakan dan keuntungannya dibahagi dua menurut perjanjian. • Contoh pelajar dan guru melabur di koperasi sekolah •Jual beli sesuatu barangan dengan memaklumkan harga kos bersama-sama tambahan margin keuntungan. •Contoh : Penjual menjual tanah 100k dengan MARGIN : Perbezaan mengambil untung 10k antara dua jumlah
JENIS-JENIS MUAMALAH AL-BAI’ BITHAMAN AJIL ( jualan tertangguh ) AT-TAKAFUL ( Insurans Islam) • Jualan dengan bayaran tertangguh @ membeli suatu barangan dengan bayaran secara ansuran mengikut tempoh ditetapkan. • Contoh : Membeli sebuah motosikal Y15 dengan bayaran sebanyak RM400 sebulan selama 3 tahun. •Pelan perlindungan berdasarkan prinsip syariah melalui caruman wang yang akan disalurkan kepada pihak yang ditimpa musibah atau kemudaratan atas dasar ta’awun dan tabarru’. •Contoh: Seorang lelaki menyertai skim takaful bagi melindungi kenderaannya jika ditimpa kemalangan.
JENIS-JENIS MUAMALAH MUSYARAKAH (Perkongsian) •Akad antara dua orang atau lebih untuk berkongsi modal dan keuntungan dalam sesuatu perniagaan. •Contoh : Aiman dan Razak berkongsi modal dan usaha untuk menjalankan perniagaan ‘Produk Makanan Segera Halal’. •Proses menyerahkan harta sebagai cagaran untuk mendapatkan hutang. •Contoh : Puan Nina mencagarkan barangan kemasnya untuk meminjam wang dari bank. •Perjanjian yang membolehkan seseorang ambil manfaat atau faedah dari hak milik orang lain dengan bayaran tertentu. •Contoh:Sewa premis kedai untuk membuka perniagaan komputer) AR-RAHNU ( Cagaran ) AL-IJARAH (sewa-menyewa)
SOALAN KBAT Al-saib ibn Abi Saib r.a telah berkongsi perniagaan dengan Rasulullah SAW sebelum baginda dilantik menjadi Rasul. Semasa pembukaan kota Mekah, Rasulullah telah bersabda kepada al-Saib “ Selamat datang wahai rakan kongsiku yang budiman” (Riwayat Abu Daud) 1. Apakah jenis muamalah seperti yang disebutkan dalam hadis. (1M) Al- musyarakah 2. Berdasarkan kisah diatas, bagaimanakah kita dapat melaksanakan muamalah tersebut dalam kehidupan seharian. Membina syarikat perniagaan (I) bersama rakan sahabat yang boleh dipercayai (H1) mengikut prinsip alMusyarakah (H2) agar kewangan syarikat dapat dikongsi bersama. (H3) Oleh itu, kita hendaklah bermuamalah secara Islam agar rezeki yang diperolehi berkat. (K)
PERBEZAAH JENIS-JENIS MUAMALAH AL-WADIAH ALMUDHARABAH ALMUSYARAKAH Simpanan pemilik dijamin dan tiada sebarang keuntungan dijanjikan. Pemodal berpotensi mendapat keuntungan yang tinggi, namun berisiko menerima kerugian yang tinggi juga. Keberhasilan syarikat menentukan keuntungan atau kerugian pemodal.
PERBEZAAH JENIS-JENIS MUAMALAH AL-MURABAHAH AL-BAI’ BITHAMAN AJIL Penjualan barangan dengan makluman kos bersama-sama tambahan margin keuntungan. Jual beli barangan dengan bayaran tertangguh sama ada secara ansuran atau sekali gus
PERBEZAAH JENIS-JENIS MUAMALAH AR-RAHNU AL-IJARAH Pembiayaan wang dengan menjadikan barang yang berharga sebagai cagaran. Pemilikan manfaat barangan atau perkhidmatan dengan bayaran sewaan
PERSAMAAN SETIAP JENIS MUAMALAH JENIS MUAMALAH PERSAMAAN AL-WADIAH Satu bentuk simpanan dan pelaburan wang AL-MUDHARABAH AL-MUSYARAKAH AL-MURABAHAH Kontrak jual beli barangan AL-BAI' BITHAMAN AJIL AR-RAHNU Membantu orang yang memerlukan pembiayaan tunai segera atau perkhidmatan AL-IJARAH
KEISTIMEWAAN JENIS MUAMALAH ISLAM • Muamalah Islam menjadikan harta sebagai alat mendekatkan diri kepada Allah SWT seperti menunaikan haji. • Menggalakkan manusia melakukan kebajikan seperti besedekah. • Melarang manusia menggunakan harta kejalan yang salah seperti pembaziran. • Mencegah manusia mengumpulkan harta secara penindasan dan zalim seperti menipu.
1.2.3 Menjelaskan peranan institusi kewangan Islam dalam menguruskan muamalat Islam.
SEJARAH INSTITUSI KEWANGAN ISLAM PADA ZAMAN RASULULLAH SAW. • JIZYAH : Cukai yang dikenakan ke atas orang bukan Islam yang menetap dan berlindung dalam sebuah negara Islam. • GHANIMAH : Harta rampasan dalam peperangan. • AL-FAI’ : Harta yang dikuasai daripada orang bukan Islam tanpa melalui peperangan • Institusi pada zaman Rasulullah SAW disebut baitulmal. • Institusi baitulmal ditubuhkan untuk mengumpulkan harta negara seperti zakat, jizyah, ghanimah, fai’ dan sebagainya. • Harta tersebut diagihkan kepada orang miskin, anak yatim dan golongan yang memerlukan.
INSTITUSI KEWANGAN ISLAM DI MALAYSIA
INSTITUSI KEWANGAN ISLAM DI MALAYSIA PERBANKAN ISLAM • Diwujudkan untuk menyediakan kemudahan dan perkhidmatan perbankan patuh syariah. • Mempromosi produkproduk kewangan Islam. • Contohnya: Bank Islam, Bank Muamalat, Bank Rakyat, Maybank Islamic dan Agro Bank. 1
INSTITUSI KEWANGAN ISLAM DI MALAYSIA TABUNG HAJI • Badan berkanun di bawah Akta Tabung Haji 1995 (Akta 535). • Menyediakan kemudahan menyimpan wang untuk menunaikan haji bagi pendeposit. • Menjalankan aktiviti pelaburan bagi memberi nilai tambah/dividen kepada pendepositnya. 2
INSTITUSI KEWANGAN ISLAM DI MALAYSIA TAKAFUL • Menyediakan sistem perlindungan yang patuh syariah dalam Insurans Islam. • Persediaan bagi menghadapi musibah dan malapetaka seperti kemalangan, kecederaan, kematian, sakit kritikal dan sebagainya. • Contohnya: Takaful Malaysia, Takaful Ikhlas, Takaful Etiqa dan Takaful BSN Prudential. 3
INSTITUSI KEWANGAN ISLAM DI MALAYSIA ZAKAT • Ditubuhkan untuk mewujudkan sistem pengurusan zakat yang lebih sistematik. • Mengutip zakat daripada pembayar zakat. • Mengagihkan zakat dengan lebih efisien dan adil kepada asnaf zakat. • Contohnya : Lembaga Zakat Selangor (LZS) dan Pusat Urusan Zakat (PUZ) Pulau Pinang. 4
INSTITUSI KEWANGAN ISLAM DI MALAYSIA WAKAF • Pengurusan dan pentadbiran wakaf diletakkan di bawah Majlis Agama Islam setiap negeri (pemegang tunggal harta wakaf di Malaysia). • Pemegang amanah semua harta wakaf yang berdaftar. 5
INSTITUSI KEWANGAN ISLAM DI MALAYSIA BAITULMAL • Berfungsi mengurus harta orang Islam yang ditadbir oleh Majlis Agama Islam Negeri. • Menerima pelbagai sumber kewangan dan harta seperti zakat, harta wakaf, cukai dan lain-lain. • Membahagikan semula manfaatnya kepada rakyat secara adil. 6
1.2.4 Menilai kepentingan melaksanakan muamalat Islam dan pengurusan institusi kewangan Islam dalam kehidupan.
KEPENTINGAN PELAKSANAAN MUAMALAH ISLAM INDIVIDU MASYARAKAT NEGARA • Mendapat manfaat dari sudut ganjaran pahala kerana bermuamalat secara Islam. • Memperoleh jaminan keadilan dalam sistem kewangan Islam. • Dapat saling mengenali dan mengeratkan silaturahim. • Dapat saling bantumembantu melalui sistem ta’awun dan tabarru’. • Ekonomi negara dalam keadaan baik dan diredai Allah SWT. • Pendapatan dan pengagihan harta dapat dibuat dengan lebih efisien.
KEBURUKAN TIDAK BERMUAMALAH SECARA ISLAM INDIVIDU MASYARAKAT NEGARA • Dilaknat oleh Allah SWT kerana ingkari syariat. • Jiwa jadi resah kerana takut ditipu. • Dibenci masyarakat kerana menindas. • Melahirkan individu yang tamak. • Masyarakat berpecah belah dan hilang semangat tolong-menolong. • Masyarakat tidak aman kerana berlaku permusuhan. • Berlaku penindasan dalam masyarakat seperti riba’. • Masyarakat akan bersikap prejudis antara satu sama lain. • Ekonomi negara merosot kerana tidak diberkati Allah SWT. • Wujud jurang ekonomi yang ketara antara golongan kaya dan miskin. • Negara akan terjebak dalam krisis hutang yang tinggi akibat sistem riba’. • Para pelabur kurang yakin untuk melakukan pelaburan dalam negara.
NILAI PENGHAYATAN • Kita hendaklah sentiasa memilih dan mengutamakan perbankan Islam berbanding konvensional. • Sentiasa berusaha mempraktikan etika dan nilai murni dalam muamalah Islam.
1.2.5 Mencadangkan amalan muamalah dan aktiviti kewangan Islam yang menyumbang kepada peningkatan ekonomi umat Islam pada masa kini.
C0NTOH AMALAN MUAMALAT DAN AKTIVITI KEWANGAN ISLAM • Berjual beli dengan jujur dan amanah (al-Bai’) • Sewa-menyewa dengan kontrak yang dipersetujui bersama (al-Ijarah) • Mendapatkan pembiayaan dengan serahan barang cagaran (al-Rahn). • Membuka akaun simpanan menggunakan sistem perbankan Islam (al-Wadiah). • Menggunakan produk Insurans Islam dalam kehidupan (at-Takaful). • Melabur wang dalam skim pelaburan patuh syariah (al-Mudarabah)
Memberi didikan agama khususnya berkaitan ekonomi dan kewangan Islam dalam sistem pendidikan Islam. Memberikan penerangan melalui media massa supaya masyarakat tahu kebaikan bermuamalat dengan muamalat Islam. Mengembangkan kemudahan perbankan Islam secara menyeluruh. Mengemaskini sistem muamalat Islam supaya boleh menarik minat masyarakat untuk memilih perbankan Islam. Langkah Menggalakkan Masyarakat Bermuamalat Secara Islam
JAWAB SEMUA SOALAN BERIKUT.