The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

PEL 7 TANGGUNGJAWAB SEBAGAI HAMBA DAN KHALIFAH ALLAH

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by linda7281, 2023-07-17 09:40:13

PEL 7 TANGGUNGJAWAB SEBAGAI HAMBA DAN KHALIFAH ALLAH

PEL 7 TANGGUNGJAWAB SEBAGAI HAMBA DAN KHALIFAH ALLAH

DISEDIAKAN OLEH : HASLINDA BINTI HASHIM SMK INDAHPURA ( 1 ) KULAIJAYA , JOHOR. USTAZAH HASLINDA BINTI HASHIM


Analisis situasi berikut dan bincangkan tindakan anda sebagai seorang hamba dan khalifah Allah SWT di muka bumi.


1. Anda melihat kemalangan berlaku di hadapan mata sewaktu pulang dari sekolah. •Saya akan membantunya dengan menghubungi talian kecemasan[Isi] ✅ agar dia segera mendapatkan rawatan di hospital[H1]. ✅ Ini kerana,jika saya bertindak lambat mungkin boleh menyebabkan apa-apa kecederaan yang teruk[H2]. ✅ Kesannya,dapat mengurangkan risiko kematian terhadap mangsa yang kemalangan[H3]. ✅ Kesimpulannya,kita hendaklah saling bantu-membantu sesama manusia[H4] ✅ agar hidup aman dan harmoni[H5] ✅ MS 48 ARIF, HADIF, AKMAL, HAZIQ, AFIQ 6/6 TAHNIAH


1. Anda melihat kemalangan berlaku di hadapan mata sewaktu pulang dari sekolah. •Saya akan meminta bantuan orang awam (I) untuk menghubungi talian kecemasan (H1) supaya mangsa dapat dibantu. (H2) Ini kerana saya tidak membawa telefon bimbit kesekolah. (H3) Kesannya mangsa dapat dibantu untuk di hantar ke hospital. (H4) Kesimpulannya kita hendaklan sentiasa bantu-membantu agar hidup sejahtera. (K)


2. Anda sering melihat rakan baik anda dibuli oleh rakan-rakan lain. •saya akan menghalangnya tanpa ragu-ragu{I} ✅ kerana berdiam diri tidak akan dapat mengubah situasi yang berlaku{1}. ✅ Ini kerana si mangsa yang di buli mungkin cedera teruk sebelum guru tiba{2}. ✅ Kesannya dapat mencegah sesuatu perkara yang tak di ingini terjadi{3}. ✅ Kesimpulanya kita mestilah berani mengambil risiko yang tinggi {4} ✅ agar dapat melawan sifat takut dalam diri kita kecuali ALLAH S.W.T{H}. ✅ SYAHMI, SYAWAL, AZMY, SAUFY, AIDIL 6/6 TAHNIAH


2. Anda sering melihat rakan baik anda dibuli oleh rakan-rakan lain. •Saya akan menasihati rakan yang membuli (I) supaya mereka menghentikan perbuatan tersebut (H1) kerana perbuatan membuli boleh membawa kepada kecederaan. (H2) Sekiranya mereka enggan menerima saya akan melaporkannya kepada guru disiplin (H3) supaya tindakan dapat diambil. (H4) Kesimpulannya, kita hendaklah sentiasa prihatin dengan orang sekeliling agar hidup harmoni. (K)


3. Selaku Pengerusi Kelab Lestari Alam, cadangkan tindakan penjagaan alam sekitar di sekolah anda. Saya akan mencadangkan pihak sekolah untuk mengadakan kempen kitar semula. ✅ ini kerana , sebagai manusia kita bergantung kepada udara untuk membekalkan oksigen ✅ bagi proses pernafasan. ✅ Kesannya, alam sekitar akan bersih dan teratur apabila mengamalkan kitar semula. ✅ Kesimpulannya, kita hendaklah menjaga alam sekitar ✅ agar kesihatan kita terjamin. ✅ ARISYA, NABILAH, NAJWA, SYUHADA 6/6 TAHNIAH


3. Selaku Pengerusi Kelab Lestari Alam, cadangkan tindakan penjagaan alam sekitar di sekolah anda. Saya akan mencadangkan kepada guru supaya mengadakan aktiviti cintai sekolah kita (I) contohnya aktiviti membersihkan kawasan sekolah / kempen sifar sampah. (H1) Dengan ini persekitara sekolah akan bersih (H2) kerana semua warganya prihatin. (H3) Kesannya kita dapat belajar dengan selesa. (H4) Kesimpulannya kita hendaklah sentiasa menjaga kebersihan persekitaran kita agar hidup sejahtera. (K)


4. Anda merupakan pembantu jurulatih kelab bola sepak di sekolah. Semasa sesi latihan, beberapa orang ahli pasukan meminta kebenaran anda untuk keluar menunaikan solat. •Saya akan membenarkan mereka untuk menunaikan solat terlebih dahulu. ✅ Ini kerana solat merupakan tiang agama bagi umat islam. ✅ Kesannya kita akan memperoleh banyak masa apabila menunaikan solat terlebih dahulu. ✅ Kesimpulannya , kita perlulah mengutamakan solat fardu ✅ agar hidup diberkati oleh Allah. ✅ ALEYA, ALYSSA, NASIHAH , AMYLEA 5/6


4. Anda merupakan pembantu jurulatih kelab bola sepak di sekolah. Semasa sesi latihan, beberapa orang ahli pasukan meminta kebenaran anda untuk keluar menunaikan solat. •Saya akan menghentikan latihan seketika (I) untuk bersama-sama mereka menunaikan solat secara berjemaah.(H1) Ini kerana sebagai ketua saya perlu menunjukkan akhlak yang baik (H2) agar orang di bawah tanggungjawab saya dapat menunaikan kewajipan mereka. (H3) kesannya saya akan dihormati. (H4) Kesimpulannya, kita hendaklah sentiasa prihatin dan bertanggungjawab agar tugas dapat dilaksanakan dengan sempurna. (K)


KBAT


3. Berdasarkan statistik di atas, kes penceraian pasangan suami isteri di negara ini semakin meningkat. Pada pendapat anda, bagaimanakah konsep hamba dan khalifah dapat mengatasi masalah ini? (6M) STATISTIK PENDAFTARAN PERCERAIAN MAHKAMAH SYARIAH MALAYSIA 2013-2017 Sumber: http://www.data.gov.my/ data/ms_MY/dataset/ statistikpendaftaranperceraianmahkamahsyariah-seluruhmalaysia 2013: 49 728 2014 54 113 2015: 58 704 2016: 61 094 2017 60068 MODUL MS 35


Cara konsep hamba dan khalifah dapat mengatasi masalah perceraian. •tindakan saya bagi mengatasi masalah penceraian ini berlaku ialah suami isteri perlulah mempunyai sifat setia , jujur antara satu sama lain. ✅ Hal ini kerana, bagi menjaga ikatan rumahtangga kekal lama ✅ supaya tidak berakhir dengan penceraian. ✅ Kesannya, ini kerana penceraian tidak akan pernah disukai oleh Allah SWT. ✅ Kesimpulannya , sebagai pasangan suami isteri , kita hendaklah menjalankan tanggungjawab seperti memberi kasih sayang yang secukupnya ✅ agar hubungan rumahtangga berkekalan lalu mengharapkan lindungan daripada Allah. ✅ SHASHA, IZZATI, LIYANA, NURIN 6/6 TAHNIAH


Cara konsep hamba dan khalifah dapat mengatasi masalah perceraian. •Setiap pasangan suami isteri perlu mengetahui dan memainkan peranan masing-masing (F) supaya segala bebanan menjadi ringan.(H1) Contohnya mereka perlu bekerjasama dalam mendidik anak-anak.(H2) agar mereka menjadi anak yang soleh dan solehah (H3). Kesannya, ia akan melahirkan keluarga yang harmoni. (H4) Kesimpulannya setiap pasangan perlulah memahami tugas dan tanggungjawab masingmasing agar segala tugas dapat dijalankan dengan sempurna. (K)


4. Apakah nasihat anda kepada rakan yang suka membuang masa melakukan perkara yang tidak berfaedah. (6M) •Saya akan menasihatinya (F) supaya mengisi masa dengan perkara berfaedah (H1) seperti membuat latihan berkumpulan (H2) supaya kita dapat memperoleh ilmu pengetahuan (H3). Kesannya kita akan berjaya dan cemerlang dalam pelajaran (H4). Kesimpulannya kita hendaklah sentiasa melakukan aktiviti berfaedah agar dapat mengelakkan perkara negatif.(K)


Click to View FlipBook Version