The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by linda7281, 2024-04-17 12:22:42

Pel 2 sistem kewangan Islam KBAT

Pel 2 sistem kewangan Islam KBAT

OLEH : PN HASLINDA BINTI HASHIM SMK INDAHPURA 1 , KULAI SOALAN KBAT DAN PENYELESAIAN MASALAH


1.1.6 Analisis situasi berikut dan bincangkan cara mempraktikkan muamalah Islam dalam kehidupan.


1. Adik anda ingin membuka akaun simpanan konvensional di bank kerana menginginkan pulangan faedah yang lebih. Apakah nasihat anda kepadanya •Nasihat saya kepadanya ialah menyuruh dirinya untuk membuka akaun secara islamik ✅I agar selamat dunia akhirat ✅H1 .Ini kerana melabur secara konvensional boleh menimbulkan syubhah ✅2.Kesannya kita dapat mengelakkan perkara haram. ✅3 Kesimpulannya kita hendaklah memilih sistem muamalat islam ✅4 agar rezeki yang diperoleh halal dan tidak dilaknut oleh allah kerana tidak mengingkari syariatnya. ✅5 SYAHMI, AZMY, AIDIL, AKMAL, DANISH TAHNIAH 6/6


1. Adik anda ingin membuka akaun simpanan konvensional di bank kerana menginginkan pulangan faedah yang lebih. Apakah nasihat anda kepadanya •Saya akan menerangkan kelebihan memilih sistem perbankan Islam (I) seperti sistem alwadiah (H1) kerana ianya patuh syariah. (H2) dengan cara ini adik saya terhindar daripada amalan riba’ (H3) yang boleh menyebabkan dosa. (H4) Kesimpulannya, kita hendaklah berkongsi kebaikan sistem muamalah Islam agar orang ramai tahu dan beramal dengannya. (K)


1. Adik anda ingin membuka akaun simpanan konvensional di bank kerana menginginkan pulangan faedah yang lebih. Apakah nasihat anda kepadanya •Saya akan memberitahu dia tentang kesan yang akan dihadapinya apabila membuka akaun simpanan konvensional. ✅I Ini dapat membuatkannya berfikir untuk membuka acc tersebut. ✅H1 Dia juga mendapat keredhaan Allah SWT kerana membantu memajukan sistem ekonomi Islam. Oleh itu, kita perlulah mengamalkan aktiviti yang berkaitan dengan Islam ✅H2 agar hidup selamat dunia dan akhirat. ✅H3 LELAKI TEKNIK 3 akaun 4/6


2. Anda didatangi oleh agen insurans yang menawarkan insurans kesihatan. Nyatakan tindakan anda. •saya akan menerima tawaran itu sekiranya ianya menawarkan insuran takaful✅I kerana mampu memberi kebaikan untuk diri saya pada masa depan. ✅H1 ini kerana jika berlaku sebarang kemalangan terhadap diri saya,pihak insurans kesihatan akan dapat membantu. ✅H2 kesannya,segala kes kemalangan masalah dapat diringankan untuk membayar kos rawatan tersebut. ✅H3 kesimpulannya,kita hendaklah bermuamalat secara islam ✅H4 agar hidup diberkati Allah ✅H5 SAUFY , ARIF, HADIF, HAZIQ, AFIQ TAHNIAH 6/6


2. Anda didatangi oleh agen insurans yang menawarkan insurans kesihatan. Nyatakan tindakan anda. •Saya akan memastikan insurans yang dijual adalah patuh syariah dalam islam. ✅I Sekiranya mematuhi syariah barulah saya akan pertimbangkan untuk membeli. ✅H1 Kesannya , saya akan mengambil insurans yang berislamik ✅H2 agar hidup diberkati Allah. ✅H3 kesimpulannya , kita sebagai umat islam hendaklah mengambil tindakan yang tepat ✅H4 dalam membuat sesuatu keputusan ✅H5 PEREMPUAN TEKNIK 3 6/6


2. Anda didatangi oleh agen insurans yang menawarkan insurans kesihatan. Nyatakan tindakan anda. •Saya akan memastikan insurans yang dijual adalah patuh syariah (I) seperti at-takaful (H1) sebelum saya mempertimbangkan untuk membelinya. (H2) Dengan ini saya akan dilindungi dengan cara Islam (H3) agar terhindar daripada perkara yang haram. (H4) Kesimpulannya, kita hendaklah mengamalkan muamalah Islam agar hidup sejahtera. (K)


3. Rakan anda ingin mengembangkan perniagaannya tetapi kekurangan modal. Bagaimanakah cara anda untuk membantunya? •Saya akan berkongsi modal dengan rakan saya ✅I melalui muamalah yang dipanggil musyarakah. ✅H1 Dengan ini , saya dapat memajukan perniagaan rakan saya. ✅H2 Kesannya , saya dan rakan saya akan mendapat keuntungan. ✅H3 Kesimpulannya , kita hendaklah membantu rakan dalam kesusahan ✅H4 agar hidup dirahmati Allah. ✅H5 ARISYA, NABILAH, NASIHAH , AMYLEA, , SYUHADA, NURIN TAHNIAH 6/6


3. Rakan anda ingin mengembangkan perniagaannya tetapi kekurangan modal. Bagaimanakah cara anda untuk membantunya? •Saya akan mencadangkannya menggunakan sistem ar-rahnu (I) sekiranya dia memiliki barang berharga (H1) seperti emas atau geran tanah. (H2) Dengan cara ini, rakan saya akan memperoleh modal dengan cara yang dibenarkan syarak (H3) kerana tiada unsur penindasan. (H4) Kesimpulannya, kita hendaklah mengamalkan muamalah Islam agar hidup sejahtera. (K) •Jawapan lain : Menggunakan sistem mudharabah dengan mencari pelabur yang boleh melabur dalam syarikat.


3. Rakan anda ingin mengembangkan perniagaannya tetapi kekurangan modal. Bagaimanakah cara anda untuk membantunya? •Saya akan mencadangkan sistem ar-rahnu ✅I sekiranya dia memiliki barang berharga(i) ✅H1 seperti barang kemas(h1). ✅H2 Hal ini untuk membantu dia mendapatkan modal(h2) ✅H3 agar dapat mengembangkan perniagaannya(h3). ✅H4 Kesannya akan meningkatkan taraf hidup bagi menampung keperluan hariannya(h4). Kesimpulannya,kita hendaklah memperoleh yang secara halal agar rezeki diberkati allah(k) ✅K PEREMPUAN TEKNIK 3 6/6 modal perniagaannya


4. Rakan anda kesempitan wang. Beliau telah menggadaikan barang kemas isterinya kepada syarikat gadaian yang tidak patuh syariah kerana menginginkan kelulusan dan wang tunai dengan segera. Ramalkan kesan tindakannya dan nyatakan cara anda menangani masalah rakan anda ini. Saya akan meminta rakan saya untuk menebus semula barang yang digadaikanya ✅I supaya dia boleh membuat gadaian melalui sistem ar-rahnu. ✅H1 Ini kerana , sistem ar-rahnu adalah sistem yang patuh pada syariat. ✅H2 Kesannya , rakan saya dijauhi daripada rasa terbeban dan kerugian ✅H3 untuk membayar semula barang gadaian. ✅H4 Kesimpulannya , kita perlulah bijak dalam mengamalkan muamalah islam agar hidup lebih terjamin. ✅K ALYSSA, NAJWA, ALEYA, SHASHA, IZZATI, LIYANA TAHNIAH 6/6


4. Rakan anda kesempitan wang. Beliau telah menggadaikan barang kemas isterinya kepada syarikat gadaian yang tidak patuh syariah kerana menginginkan kelulusan dan wang tunai dengan segera. Ramalkan kesan tindakannya dan nyatakan cara anda menangani masalah rakan anda ini. •KESAN TINDAKAN : Beliau akan ditindas (I) kerana perlu membayar faedah yang tinggi (H1) ini kerana sekiranya dia tidak dapat menebus barang gadaiannya maka dia akan kehilangan barang tersebut. (H2) dengan ini dia akan sentiasa dalam kesimpitan hidup (H3) kerana tidak dapat membayar jumlah pinjamannya. Kesimpulannya kita hendaklah mengamalkan muamalah Islam agar hidup sejahtera. (K)


4. Rakan anda kesempitan wang. Beliau telah menggadaikan barang kemas isterinya kepada syarikat gadaian yang tidak patuh syariah kerana menginginkan kelulusan dan wang tunai dengan segera. Ramalkan kesan tindakannya dan nyatakan cara anda menangani masalah rakan anda ini. •CARA TANGANI : Saya akan memintanya menebus kembali barang gadaiannya dengan segera (I) agar dia boleh berpindah kepada sistem ar-rahnu.(H1) ini kerana dalam sistem ar-rahnu kita hanya perlu membayar jumlah pinjaman yang dibuat ditambah upah simpan yang rendah. (H2) dengan ini rakan saya tidak akan merasa terbeban (H3) kerana mampu membayar hutangnya.(H4)Kesimpulannya, kita hendaklah mengamalkan muamalah Islam agar hidup sejahtera. (K)


Click to View FlipBook Version