The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by linda7281, 2023-06-11 08:26:31

PEL 4 AKHLAK MENURUT ISLAM

PEL 4 AKHLAK MENURUT ISLAM

DISEDIAKAN OLEH : HASLINDA BINTI HASHIM SMK INDAHPURA ( 1 ) KULAIJAYA , JOHOR. USTAZAH HASLINDA BINTI HASHIM


1.4.1 Menyatakan konsep akhlak menurut hukum syarak


MAKSUD AKHLAK Sifat yang tertanam dalam jiwa yang mendorong sesuatu perbuatan dan perlakuan tanpa memerlukan pertimbangan yang mendalam.


FIRMAN ALLAH SWT Riwayat Muslim َ سك ِ ْ ف َ � � ِ َ َاك َا ح م ُ م ْ ا�� ِ َ ق و ِ ُ ل ُ ْ ُ ا� ن ْ س ُ ح ُّ ِ ال� ُ َّاس ا� ِ ه ْ ي َ ل َ ع َ ِع َّ ل َط � ْ ن َ َ أ ت ْ ه ِ ر َ �َ و Ertinya : Kebaikan itu adalah akhlak yang mulia dan dosa adalah apa yang terasa mengganggu jiwamu dan engkau tidak suka jika diketahui manusia.


CIRI AKHLAK ISLAM Bersumberkan alQuran dan as-sunnah Tetap dan tidak berubah sepanjang zaman Meliputi semua aspek kehidupan Berlandaskan fitrah kejadian manusia


PEMBAHAGIAN AKHLAK AKHLAK MAHMUDAH AKHLAK MAZMUMAH Akhlak terpuji yang bersumberkan wahyu al-Quran dan as-Sunnah Akhlak terkeji yang dilarang oleh al-Quran dan as-Sunnah daripada diamalkan


Contoh Akhlak Mahmudah Contoh Akhlak Mazmumah Akhlak dengan Allah SWT • Reda • Bersyukur •Putus asa • Kufur Akhlak dengan manusia • Menghormati orang lain • Amanah • Memandang hina orang lain • Khianat Akhlak dengan alam • Menjaga kebersihan • Memelihara alam sekitar •Pengotor • Mencemarkan alam


Mengosongkan jiwa daripada sifat MAZMUMAH Bermatlamat mencari keredaan Allah. Menghias jiwa dengan sifatsifat terpuji. Mengindahkan pekerti melalui kelakuan lahiriah. Mengindahkan pekerti melalui kelakuan lahiriah. CARA MENYUCIKAN DIRI DARIPADA AKHLAK MAZMUMAH


1.4.2 Menjelaskan amalan yang berkaitan dengan akhlak dalam Islam .


AMALAN YANG BERKAITAN AKHLAK RASULULLAH SAW Allah memuji ketinggian akhlak Rasulullah SAW dalam al-Quran al-Karim. َ َّك َ �ن ٰ �َ ع َ ل ٍ ق ُ ل ُ ٖي� ظ ِ خ ع ٤َ 4. Dan bahawa sesungguhnya engkau mempunyai akhlak yang amat mulia. ( Surah al- Qalam : 4 )


SIFAT PENYABAR RASULULLAH Apabila usaha dakwah Nabi Muhammad SAW di Mekah berhadapan ancaman yang kuat, Baginda SAW meneruskan dakwahnya ke Taif. Taif merupakan kawasan tanah tinggi, berada sejauh 135 km dari Mekah. Namun demikian, penduduknya menolak dakwah Baginda SAW. Mereka juga mencemuh, mengejek dan membaling batu kepadanya. Rasulullah SAW berjalan keluar dari Kota Taif dalam keadaan cedera dan keletihan. Malaikat Jibrail mendengar keluhan Baginda SAW lalu meminta kebenaran untuk menghempap mereka dengan dua gunung. Lalu jawab Baginda SAW "(Tidak) namun aku berharap supaya Allah SWT melahirkan daripada anak keturunan mereka orang yang beribadah kepada Allah SWT semata-mata, tidak menyekutukan-Nya dengan apa pun jua." (Riwayat al-Bukhari dan Muslim) Contohilah sifat sabar Rasulullah SAW yang lahir daripada kematangan hati dan akal bersedia untuk berkongsi kebaikan dengan orang lain


SIFAT PEMAAF RASULULLAH Setelah umat Islam berjaya membuka kota Mekah, Rasulullah SAW telah menyampaikan ucapan yang bemaksud, "Hai sekalian orang Quraisy, apa yang kamu sangka akan aku lakukan kepada kamu?" Mereka menjawab, "Kebaikan, kerana engkau ialah saudara yang mulia dan anak kepada saudara yang mulia." Rasulullah SAW bersabda, "Sesungguhnya aku berkata kepadamu sebagaimana Nabi Yusuf a.s. berkata kepada saudara-saudaranya. Pada hari ini tidak ada celaan terhadapmu. Pergilah, kamu semua dibebaskan." (Riwayat al-Baihaqi) Baginda SAW merupakan seorang yang penyayang dan pemaaf. Baginda SAW tidak pernah membalas dendam meskipun berkuasa untuk menuntut balas.


SIFAT PEMURAH RASULULLAH Baginda Nabi Muhammad SAW disifatkan sebagai seorang yang amat pemurah dan lebih pemurah lagi apabila menjelang bulan Ramadan. Dalam satu riwayat, Anas r.a. berkata: "Tidaklah Rasulullah SAW diminta sesuatu melainkan Baginda SAW memberinya." Telah datang seorang lelaki meminta kepadanya, lalu Baginda SAW memberikan kepada orang itu kambing yang banyak sehingga memenuhi antara dua gunung. Lelaki tersebut kembali kepada kaumnya dan berkata: "Hai kaumku masuklah Islam, sesungguhnya Muhammad memberi suatu pemberian seperti pemberian orang yang tidak takut miskin." (Riwayat Muslim) Sifat pemurah Nabi Muhammad SAW mencapai peringkat itsar iaitu mengutamakan orang lain berbanding dirinya. Sifat ini merupakan sifat tertinggi dalam kemurahan hati.


1.4.3 Menilai kepentingan melaksanakan amalan akhlak yang menepati tuntutan hukum syarak.


KEPENTINGAN AKHLAK MENURUT SYARAK Islam amat memberi penekanan kepada pembinaan akhlak. Hal ini selari dengan tujuan Nabi Muhammad SAW dilantik sebagai rasul. Riwayat Ahmad ق ِ َ �ْ خ َ َ ال� ِم ر َ �َ م َّ مم ِ َ ت ُ � ِ ُ ت ْ ث ِ ع ُ َا ب م َّ � ِ إ . Ertinya : Sesungguhnya aku diutus untuk menyempurnakan akhlak yang mulia. Akhlak ialah cerminan dari dalam diri seseorang yang mempunyai ilmu dan adab. Tuntutlah ilmu dengan beradab dan berakhlak.


KEPENTINGAN AKHLAK MENURUT SYARAK KEPADA INDIVIDU KEPADA KELUARGA • Membina jati diri yang mengikut al-Quran dan alSunnah. • Melahirkan individu yang bertakwa • Membentuk sebuah keluarga bahagia. • Saling bertolak ansur dan bantu membantu. KEPADA MASYARAKAT KEPADA NEGARA • Melahirkan masyarakat yang harmoni. • Meneguhkan perpaduan masyarakat. • Membina negara sejahtera dan dirahmati Allah SWT. • Meningkatkan imej negara.


CARA MEMUPUK SIFAT MAHMUDAH DALAM DIRI •Mentaati perintah Allah SWT dan Rasul-Nya •Mencontohi dan meneladani Rasulullah SAW yang berpekerti mulia. •Sentiasa berdoa memohon dihiasi akhlak mulia •Mujahadah dalam memperbaiki diri •Sentiasa bermuhasabah diri. •Bersabar dan istiqamah dalam berakhlak mulia Maksud mujahadah : Berusaha bersungguh2 melawan nafsu dan berusaha meningkatkan ibadah


1.4.4 Mencadangkan amalan akhlak yang wajib dilaksanakan bagi memenuhi tuntutan hukum syarak.


• Bagaimanakah anda mengamalkan akhlak mulia dalam kehidupan seharian


CONTOH AKHLAK MULIA YANG BOLEH DIAMALKAN DALAM KEHIDUPAN Saling menghormati sesama rakan tanpa mengira bangsa dan agama. Memuliakan tetamu tanpa mengira kedudukan. Bersimpati dengan penderitaan orang lain. Sentiasa ada usaha dan inisiatif membantu. Suka menghulurkan bantuan seperti membantu rakan yang berada dalam kesusahan. Cepat membantu apabila orang lain memerlukan pertolongan. Mengeratkan silaturahim dan merapatkan ukhuwah sesama manusia. Mengelakkan pergaduhan dan permusuhan. HORMAT MENGHORMATI PRIHATIN TOLONGMENOLONG BERKASIH SAYANG


Click to View FlipBook Version