The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by linda7281, 2023-10-19 09:45:41

PEL 13 KBAT KESENIAN MENURUT ISLAM

PEL 13 KBAT KESENIAN MENURUT ISLAM

DISEDIAKAN OLEH : HASLINDA BINTI HASHIM SMK INDAHPURA ( 1 ) KULAIJAYA , JOHOR. KESENIAN MENURUT ISLAM USTAZAH HASLINDA BINTI HASHIM


3.5.4 Mencadangkan adab dan etika kesenian menurut Islam dalam kehidupan.


•Analisis situasi berikut dan bincangkan tindakan yang perlu dilakukan supaya individu yang terlibat dapat mempraktikkan adab dan etika kesenian Islam.


1. Abdullah mempunyai bakat seni melukis yang hebat . Beliau mendapat banyak tempahan melukis potret wanita. Abdullah perlu menolak kesemua tempahan tersebut✅ kerana boleh mendatangkan dosa yang amat berat. ✅ Ini kerana potret tersebut boleh mengundang pelbagai kesalahpahaman antara manusia tentang gambar tersebut. ✅ Nabi muhammad SAW pernah bersabda bahawa orang yang membuat gambar-gambar ini (makhluk bernyawa) akan dihukum diakhirat kelak. ✅ kesannya akan mendapat seksaan api neraka jahanam. ✅ kesimpulannya kita hendaklah berjaga- jaga dalam bidang seni dan mematuhi tuntutan syarak dalam kesenian ✅ agar tidak dilaknat oleh Allah. ✅ SYAHMI, SAUFY, SYAWAL, AZMY,,AIDIL 6/6 TAHNIAH


1. Abdullah mempunyai bakat seni melukis yang hebat . Beliau mendapat banyak tempahan melukis potret wanita. Abdullah perlu menolak tempahan tersebut (I) kerana bertentangan syarak. (H1) Ini kerana dia perlu melihat dan meneliti wajah dan tubuh badan wanita tersebut ketika melukis. (H2) Ini akan menyebabkan dia boleh tertarik dengan kecantikan wanita tersebut. (H3) Sedangkan Islam melarang seseorang daripada menjerumuskan dirinya kearah maksiat. (H4) Kesimpulannya, kita hendaklah menjauhkan diri daripada kemurkaan Allah agar menjadi hamba yang beriman.(K) MS 133


2. Yusuf ingin menyertai pertandingan seni ukiran yang diadakan di Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia . Beliau perlu memilih motif yang ingin diukir. Yusuf disarankan untuk memilih motif ukiran khat. ✅ Ini kerana,seni ukiran khat merupakan salah satu keseniaan dalam Islam. ✅ Kesannya,dapat melahirkan tokoh kesenian Islam ✅ agar budaya seni Islam tidak terputus. ✅ Kesimpulannya,kita hendaklah mengekalkan kesenian ukiran bermotifkan Islam ✅ agar dapat meningkatkan imej negara ✅ ARIF, HADIF, AKMAL, HAZIQ, AFIQ 6/6 TAHNIAH


2. Yusuf ingin menyertai pertandingan seni ukiran yang diadakan di Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia . Beliau perlu memilih motif yang ingin diukir. Yusuf boleh memilih motif yang berteraskan nilai Islam (I) yang tidak melampaui batas (H1) seperti motif alam atau ukiran bunga. (H2) Ini kerana, ukiran seperti ini tidak bertentangan syarak. (H3) kesannya, Yusuf dapat terhindar daripada perkara yang haram. (H4) Kesimpulannya, kiya hendaklah menjaga adab dalam berkarya agar hidup diberkati Allah.(K)


3. Hafiz merupakan seorang pengusaha batik. Proses mencanting batik memerlukan ketelitian yang biasanya memakan masa yang agak panjang. Hafiz perlu mengambil pekerja untuk membantunya ✅ supaya dapat meringankan bebannya. ✅ Ini kerana Hafiz boleh mencanting batik dengan tekun. ✅ Kesannya, kerana dia ada masa untuk boleh memilih bentuk dan ukiran yang tidak melampaui batas dalam mengukir batik dengan mengikuti syariat islam. ✅ Kesimpulannya, kita perlulah teliti dalam berkarya ✅ agar dapat memelihara ibadah yang dilakukan. ✅ NASIHAH, ALYSSA, AMYLEA, ALEYA, 6/6 TAHNIAH


3. Hafiz merupakan seorang pengusaha batik. Proses mencanting batik memerlukan ketelitian yang biasanya memakan masa yang agak panjang. Hafiz hendaklah sentiasa memelihara ibadat wajib ketika berkarya (I) seperti menunaikan solat fardu bila tiba waktunya. (H1) Contohnya, dia boleh berhenti seketika untuk menunaikan solat fardu dan menyambung semula tugasnya setelah selesai solat. (H2) Dengan cara ini dia dapat melaksanakan perintah Allah walaupun ketika sedang bekerja. (H3) Kesimpulannya, kita hendaklah sentiasa menjaga amalan fardu (H4) agar kita sentiasa dalam peliharaan Allah.(H5)


4. Saiful sangat meminati bidang penulisan. Dia ingin memasuki pertandingan bertemakan “Cinta”. Saya akan mencadangkan kepada Saiful untuk membuat penulisan bertemakan cinta kepada Allah dan Rasul ✅ supaya kita sebagai umat islam mengasihi Allah dan Rasul. ✅ Ini kerana , dapat mengingatkan masyarakat muslim kepada Allah dan Rasul tentang kebesaran Allah . ✅ Kesannya , masyarakat muslim dapat mengamalkan ajaran islam yang betul. ✅ Kesimpulannya , kita hendaklah mengagungkan Allah ✅ agar hidup diberkati oleh Nya. ✅ Sekiranya dia ingin membuat karya cinta manusia dia boleh memilih motif cinta ibu bapa, suami Isteri dan guru. ARISYA, NABILAH, NAJWA, SYUHADA 6/6 TAHNIAH


4. Saiful sangat meminati bidang penulisan. Dia ingin memasuki pertandingan bertemakan “Cinta”. Saiful boleh menghasilkan karya penulisan “cinta” kepada Allah dan Rasulullah (I) agar dapat menanamkan kecintaan kepada Allah dan Rasulullah. (H1) Ini kerana Islam melarang perbuatan mencintai manusia secara berlebihan (H2) kerana dikhuatiri akan menyebabkan kita kecewa. (H3) Kesimpulannya, kita hendaklah sentiasa mengagungkan Allah yang maha Esa (H4) agar sentiasa dalam rahmatnya. (H5)


5. Adam merupakan seorang tukang emas yang menghasilkan pelbagai jenis barangan kemas untuk perhiasan wanita. Adakalanya beliau mendapat tempahan untuk membuat aksesori daripada emas untuk lelaki. Adam perlu menolak tempahan emas ✅ kerana islam mengharamkan lelaki memakai barangan kemas. ✅ Ini kerana , barang kemas hanya diharuskan untuk wanita sahaja. ✅ Kesannya, Adam dapat mematuhi syariat islam. ✅ Kesimpulannya , kita hendaklah melakukan perkara yang tidak bercanggahkan syariat ✅ agar mendapat redha Allah ✅ SHASHA, IZZATI, LIYANA, NURIN 6/6 TAHNIAH


5. Adam merupakan seorang tukang emas yang menghasilkan pelbagai jenis barangan kemas untuk perhiasan wanita. Adakalanya beliau mendapat tempahan untuk membuat aksesori daripada emas untuk lelaki. Adam boleh meneruskan hasil ukiran emas yang bertepatan syarak (I) tetapi dia dilarang menghasilkan eksesori daripada emas untuk lelaki sekiranya lelaki itu ingin memakainya. (H1) Ini kerana orang lelaki haram memakai berangan yang diperbuat daripada emas. (H2) kerana emas adalah simbolik perhiasan untuk wanita. (H3) Kesimpulannya, kita hendaklah menjaga adab ketika berkarya (H4) agar terhindar daripada kemurkaan Allah. (H5)


KBAT BONUS


Terdapat banyak karya seni lukisan yang tidak menepati adab dan etika Kesenian menurut Islam. Kemukakan pendapat anda (6M) •Karya seperti ini bercanggah dengan Islam (F) kerana melampaui batas dan syarak (H1) Contohnya menghasilkan karya yang terlalu memuja manusia (H2) seperti melukis protret dengan tujuan menyanjung mereka (H3). Kesannya, ianya boleh merosakkan akidah seseorang (H4). Kesimpulannya kita hendaklah sentiasa melakukan sesuatu berdasarkan syariiat Islam agar terhindar perkara negatif. (K)


Click to View FlipBook Version