The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Pel 5 sistem pentadbiran dan pengurusan islam

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by linda7281, 2022-06-29 10:11:11

Pel 5 sistem pentadbiran dan pengurusan islam

Pel 5 sistem pentadbiran dan pengurusan islam

RUJUK
MS 59

OLEH :
PN HASLINDA BINTI HASHIM

SMK INDAHPURA 1 , KULAI





3.1.1 Menjelaskan konsep asas
pentadbiran dan pengurusan dalam Islam.

MAKSUD PENTADBIRAN DAN PENGURUSAN

MAKSUD MAKSUD
PENTADBIRAN PENGURUSAN
Menyelaraskan tenaga
manusia agar mengikut Mengguna serta
satu perancangan menyelenggara
untuk mencapai sumber manusia dan
sesuatu objektif yang sumber alam untuk
kebajikan manusia.
ditetapkan.

Pentadbiran dan pengurusan Islam

ialah perancangan dan pergerakan
oleh sesuatu organisasi berhubung
dengan kaedah, peraturan,
tanggungjawab dan tugas dalam
pengolahan sumber manusia dan
sumber alam. Ia mesti selari dengan
tanggungjawab sebagai hamba dan
khalifah Allah SWT di muka bumi.

DALIL

FIRMAN ALLAH SWT DALAM SURAH HUD : 61

‫ َم َر ُ� ۡم �ِي َها َفٱ ۡس َت ۡغفِ ُرو ُه ُ� َّم‬٦‫ ۡع‬١‫ٱب ۡس َت‬ٞ ‫�ب ِ ُّضِ�ي َو‬ٞ �َ ۡ�‫تُ ُهو ُ�َو ٓواْأَ�إِ ََ ۡ�شأَ�هِ إِ َُّ�نم َر ِّ ِّم� َنَقرِٱ‬

61. Dialah (Allah) yang menciptakan kamu dari bumi
(tanah) dan menjadikan kamu memakmurkannya. Maka
beristighfarlah kepada Allah, kemudian bertaubatlah
kepada-Nya, Sesungguhnya Tuhanku amat dekat
(rahmat-Nya) lagi memperkenankan (doa hamba-Nya)".

Pentadbiran Dan Pengurusan Zaman Rasulullah SAW

Rasulullah SAW meletakkan asas pentadbiran dan
pengurusan negara berdasarkan 4 aspek utama.
• Islam dijadikan dasar pentadbiran dan pengurusan

negara.
• Syura dijadikan salah satu kaedah yang digunakan

dalam menguruskan pentadbiran.
• Piagam Madinah dijadikan sebagai perlembagaan

pentadbiran dan pengurusan zaman Rasulullah SAW.
• Akidah Islamiah dijadikan pegangan dalam urusan

pentadbiran menggantikan semangat ‘asabiyyah
(perasaan taasub perkauman).

SYURA: Mesyuarat yang dijalankan untuk membuat keputusan yang paling berkualiti
berdasarkan keimanan dan ketakwaan kepada Allah SWT.
• Setiap keputusan dicapai dalam mesyuarat yang dijalankan.
• Sistem syura merupakan satu bentuk sistem yang dijalankan dalam pemerintahan dan

pentadbiran negara Islam.

Pentadbiran Dan Pengurusan Zaman Rasulullah SAW

4 aspek utama asas pentadbiran dan pengurusan negara
di zaman Rasulullah SAW

DASAR ISLAM

KAEDAH SYURA

PERLEMBAGAAN PIAGAM MADINAH

PEGANGAN AKIDAH ISLAMIYYAH

Pentadbiran Dan Pengurusan Zaman Rasulullah SAW

Dikemas kini daripada sistem pentadbiran dan pengurusan
zaman Rasulullah SAW.
• Sesuatu dasar diputus melalui kaedah syura
• Khalifah ( ketua negara ) berperanan sebagai

1. Ketua eksekutif
2. Ketua perundangan
3. Panglima tertinggi
• Telah diwujudkan pentadbiran wilayah
1. diketuai oleh gabenor dan
2. dibantu oleh setiausaha dan pegawai seperti setiausaha

tentera, pegawai polis (sahib al-syurtah), pegawai cukai
(sahib al-kharaj), pegawai perbendaharaan negara (bai
al-mal) dan seorang kadi (hakim).
• Institusi baitulmal didirikan pada peringkat pusat dan di
setiap wilayah untuk mengendalikan urusan kewangan
negara termasuklah urusan pendapatan dan perbelanjaan
negara.

3.1.2 Menghuraikan prinsip-prinsip
tadbir urus dalam Islam.

PRINSIP-PRINSIP TADBIR URUS DALAM ISLAM

• Bersumberkan al-Quran dan al-Hadis.

• Bermatlamatkan dunia dan akhirat.

• Pentadbir sebagai pemegang amanah.

• Berasaskan keimanan kepada Allah SWT.

• Berteraskan nilai-nilai akhlak.

• Urusan pentadbiran dijalankan

berdasarkan konsep syura.

• Mengamalkan konsep keadilan dalam

pentadbiran.

Semasa pemerintahan Khalifah Umar al-Khattab
majlis syura ditubuhkan secara rasmi dan
berfungsi secara formal.

CIRI-CIRI PENTADBIRAN DAN PENGURUSAN ISLAM

1. Bersumberkan al-Quran dan al-Hadis.

2. Mengamalkan konsep syura dalam pentadbiran.

3. Melaksanakan keadilan untuk semua pihak.

4. Memastikan hak kebebasan kepada setiap individu
agar terpelihara mengikut panduan syarak.

5. Mengeratkan ukhuwah (persaudaraan) dalam
pengurusan yang berteraskan nilai akhlak.
6. Mematuhi dan menghormati peraturan dan undang-
undang yang telah ditetapkan dalam sesebuah
organisasi.

PENGHAYATAN

Walaupun manusia diberikan
kuasa sebagai ketua atau
pemimpin, kuasa tersebut masih
terhad kerana kuasa mutlak
hanyalah milik Allah SWT

ETIKA TADBIR URUS ISLAM

Etika Tadbir Urus Islam merujuk kepada panduan Islam bagi
individu yang diberikan amanah untuk mentadbir dan
mengurus sesebuah organisasi.

Integriti Menjalankan tugas dengan penuh
(Telus) tanggungjawab dan tidak guna kedudukan untuk

Efektif kepentingan sendiri
(Hasil
tercapai) Efisien (cekap) dan konsisten (tekal) dalam
menghasilkan impak (kesan) yang cemerlang.

Amar makruf Membudayakan nilai murni dalam tadbir urus.

dan nahi
mungkar

Sistematik Membuat perancangan dan pemantauan yang
berterusan.

Intergriti Beriman

Amanah

Dinamik CIRI-CIRI Berwawasan
Inovatif PRNTADBIR /
PENGURUS YANG Ikhlas

BAIK

Positif

3.1.3 Menilai kepentingan melaksanakan
tadbir urus dalam sistem pentadbiran
dan pengurusan Islam.

KEPENTINGAN MELAKSANAKAN TADBIR URUS DALAM
SISTEM PENTADBIRAN DAN PENGURUSAN ISLAM

INDIVIDU ORGANISASI NEGARA

• Menimbulkan nilai • Memastikan • Mewujudkan pentadbiran

keimanan dan kelancaran urusan negara yang efisien dan

ketaqwaan. pentadbiran efektif serta menjadi

• Menjaga sesebuah organisasi. contoh kepada negara

hubungan baik • Menaikkan imej lain.

antara ketua dan sesebuah organisasi. • Membolehkan segala

ahli-ahlinya. • Menyelesaikan urusan dilaksanakan

• Menjalankan sesuatu urusan secara teratur dan

urusan dengan secara rundingan menepati syarak.

penuh amanah dan muafakat. • Meneladani tadbir urus

dan negara seperti yang

tanggungjawab. dilaksanakan oleh

Rasulullah SAW.

EFISIEN: Individu, organisasi, mesin dan lain-lain yang boleh menjalankan tugas
dengan cekap tanpa pembaziran waktu dan tenaga.
EFFEKTIF: Tindakan dan usaha yang mendatangkan hasil seperti diharap-harapkan.

Kesan Mentadbir dan Mengurus mengikut Syariat

Melaksanakan tanggungjawab dengan
amanah.

Mendapat ketaatan daripada orang
bawahan.

Memajukan organisasi dan negara.

Mewujudkan persefahaman antara ketua
dengan anak buah.

KESAN MENTADBIR DAN MENGURUS TIDAK
MENGIKUT SYARIAT

•Mengabaikan amanah yang
diberikan.
•Hilang sokongan daripada orang
bawahan.
•Berlaku pertelingkahan.
•Menyebabkan kemunduran
organisasi dan negara.

1. 3.1.4 Mencadangkan tindakan yang boleh
dilakukan untuk merealisasikan tadbir
urus Islam dalam sesebuah organisasi.

TINDAKAN MEREALISASIKAN TADBIR
URUS ISLAM DALAM ORGANISASI

• Mengadakan mesyuarat dalam
segala urusan.

• Menjaga kebajikan setiap pekerja.

• Memberi kerjasama dalam
menyelesaikan tugasan.

• Memberi penghargaan kepada staf
cemerlang.

REFLEKSI

Analisis situasi berikut
dan nyatakan tindakan
yang perlu dilaksanakan
untuk merealisasikan
tadbir urus Islam dalam
sesebuah organisasi.

Encik Muhammad Irham merupakan seorang
pengarah di sebuah jabatan pentadbiran. Nyatakan
tindakan yang perlu dilakukan oleh beliau dalam
menangani isu-isu berikut:
1. Terdapat pekerja yang sering datang lewat ke
tempat kerja.
2. Seorang pekerja di jabatan mengalami masalah
kesihatan dan memerlukan bantuan kewangan
untuk kos rawatan.
3. Seorang pekerja di jabatan menunjukkan prestasi
kerja yang cemerlang.

i. Terdapat pekerja yang sering datang lewat ke

tempat kerja.

En Irham perlu memberi teguran
terlebih dahulu supaya dapat

memberi peluang kepada pekerja
tersebut berubah. Jika tiada
perubahan En Irham boleh

mengambil tindakan tegas seperti
memberhentikan pekerja tersebut.

ii. Seorang pekerja di jabatan mengalami masalah

kesihatan dan memerlukan bantuan kewangan

untuk kos rawatan.

Memberi cuti kepada pekerja
tersebut untuk mendapatkan

rawatan dan bantuan
kewangan. En Irham juga boleh
mengajak pekerja-pekerja lain
untuk sama-sama membantu.

iii. Seorang pekerja di jabatan menunjukkan

prestasi kerja yang cemerlang.

Memberikan penghargaan
dalam bentuk sijil atau

ganjaran harta supaya dapat
dijadikan contoh kepada
pekerja lain.

2. Puan Masthurah baru mendapat pekerjaan sebagai
Pegawai kewangan di salah sebuah jabatan kerajaan.
Senaraikan etika tadbir urus Islam yang perlu dihayati

oleh beliau sebagai seorang pégawai kewangan.

• Berintergriti dalam menjalankan
tugas dengan penuh tanggungjawab.

• Efisien (cekap) dan konsisten (tekal)
dalam melaksanakan tugasan.

• Amar maruf nahi mungkar iaitu tidak
menggunakan kedudukan untuk
kepentingan sendiri.

3. Dr. Anis Sofiya merupakan seorang ketua jabatan di sebuah

hospital. Bagi memastikan dirinya menjadi seorang ketua yang

baik, nyatakan ciri-ciri pentadbir yang perlu dihayati oleh beliau.

• Beriman (laksana tanggungjawab dengan penuh
ketaqwaan kepada Allah SWT).

• Amanah (laksana tanggungjawab dengan sebaik
mungkin).

• Berwawasan (mempunyai perancangan untuk
majukan organisasi).

• Ikhlas (melakukan pekerjaan dengan tulus dan
sepenuh hati).

• Positif (berfikiran terbuka terhadap perubahan,
cadangan, teguran dan nasihat ke arah kebaikan).

• Inovatif (menjana idea baharu ke arah kemajuan).
• Dinamik (berupaya menyesuaikan diri dengan

pelbagai situasi untuk melaksanakan pembaharuan).
• Integriti (bersikap telus dalam pentadbiran)

4. Encik Zakaria telah dilantik sebagai pengurus di sebuah

syarikat. Beliau menjalankan tadbir urus Islam dalam

organisasinya. Jelaskan kepentingan tindakan Encik Zakaria.

• Menimbulkan nilai keimanan dan ketaqwaan.
• Menjaga hubungan baik antara ketua dan ahli-

ahlinya.
• Menjalankan urusan dengan penuh amanah dan

tanggungjawab.
• Memastikan kelancaran urusan pentadbiran

sesebuah organisasi.
• Menaikkan imej sesebuah organisasi.
• Menyelesaikan sesuatu urusan secara rundingan

dan muafakat.

•ANDA
MEMPUNYAI
PERTANYAAN?


Click to View FlipBook Version