The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by linda7281, 2023-06-13 07:20:40

Pel 1 sistem ekonomi Islam

Pel 1 sistem ekonomi Islam

OLEH : PN HASLINDA BINTI HASHIM SMK INDAHPURA 1 , KULAI


1.1.1 Menyatakan konsep asas dalam sistem ekonomi Islam.


1.1.1 MAKSUD EKONOMI ISLAM Ilmu yang digunakan oleh manusia bagi memenuhi keperluan ekonomi individu dan masyarakat berteraskan syariat Islam serta mencegah ketidakadilan dalam pemerolehan dan penggunaan sumber alam.


DALIL BERKAITAN EKONOMI ISLAM Firman Allah SWT dalam surah Surah Al- Jathiyah : 12-13 َُّ َّ ۞ٱ� ِي َ ٱ� ر َّ َخ س ُ م ُ �َ َ ل ۡر َح ۡ َ ٱ� ِي ۡر َج �ِ ُ ۡك ل ُ ف ِ ٱل �ِيهِ هِۦ ۡ ر ۡ م َ ِأ ْ ب ُوا غ َ ت ۡ ب َ �ِ ۡ و ِمن لِهِۦ َ َض ۡ ف م ُ � َّ ل َ ع َ ل و ون َ ُ ر ُ ۡ ك ش َ � َ ر َّ َخ و م َس ُ َّ ل ا َ� َ م ِ� ٰ ِت � ٰ َ � َ ٱلس ا َّ ٗ ٱ� ا ۡ َ و ِ� ِ �ض َم ِيع َ ۚ � ُ ه ۡ ِن ّ م َّ ِن َ ِ� إ لِك ٰ ت َ ٖ ٰ � َ �ٖ �� ۡ و َ ِق ّ َ ل ُون ر َّ َك ف َ ت َ � 12. Allah-lah yang menundukkan lautan untukmu supaya kapal-kapal dapat berlayar padanya dengan perintah-Nya agar kamu dapat mencari rezeki dari kurniaan-Nya dan mudahmudahan kamu bersyukur. 13. Dan Dia telah memudahkan untukmu, segala apa yang di langit dan apa yang di bumi semuanya, (sebagai rahmat) daripada-Nya. Sesungguhnya semua itu mengandungi tandatanda (kekuasaan Allah) bagi kaum yang berfikir dengan teliti.


ASAS SISTEM EKONOMI ISLAM • Mengiktiraf pemilikan harta individu agar dapat digunakan untuk memenuhi keperluan. • Mengelolakan harta yang dimiliki menurut syarak seperti menggunakan untuk berniaga. • Mengagihkan harta dalam masyarakat dengan adil seperti melalui zakat.


SUMBER UTAMA SISTEM EKONOMI ISLAM Kalam Allah SWT yang diturunkan melalui Jibrail a.s. kepada Rasulullah SAW untuk dan disampaikan kepada umat manusia. Segala perkara yang disandarkan kepada Muhammad dari segi perkataan,perbuatan, pengakuan, sifat fizikal atau akhlak baginda Kesepakatan para ulama mengenai sesuatu hukum syarak berasaskan al-Quran dan alSunnah selepas kewafatan Rasulullah SAW Menyamakan sesuatu hukum yang tiada nas dengan sesuatu hukum yang ada nasnya disebab adanya persamaan illah (sebab) hukum AL-QURAN AL-HADIS AL-IJMAK AL-QIAS


1.1.2 Menjelaskan prinsip-prinsip asas dalam ekonomi Islam.


1.1.2 PRINSIP-PRINSIP ASAS DALAM EKONOMI ISLAM AKIDAH, SYARIAH DAN AKHLAK ISLAM SEBAGAI TERAS MANUSIA SEBAGAI KHALIFAH PEKERJAAN DAN GANJARAN KEUNTUNGAN DAN KERUGIAN KEADILAN SOSIAL LARANGAN KEROSAKAN DAN KEZALIMAN


1.1.2 PRINSIP-PRINSIP ASAS DALAM EKONOMI ISLAM - Penghayatan Iman kepada Allah SWT dan hari akhirat (akidah) serta memenuhi peraturan (syariat) dalam kegiatan ekonomi. - Akhlak Islam hendaklah sentiasa diamalkan ketika berinteraksi dalam kegiatan. 1. AKIDAH, SYARIAH DAN AKHLAK ISLAM SEBAGAI TERAS


1.1.2 PRINSIP-PRINSIP ASAS DALAM EKONOMI ISLAM - Allah SWT ialah pemilik segalanya, manakala manusia ialah pemegang amanah Allah SWT dalam memakmurkan kegiatan ekonomi. - Makhluk-makhluk lain dicipta oleh Allah SWT untuk memenuhi segala keperluan manusia. 2. MANUSIA SEBAGAI KHALIFAH


1.1.2 PRINSIP-PRINSIP ASAS DALAM EKONOMI ISLAM - Manusia dianjurkan untuk berusaha dan bekerja bagi menjana pendapatan. - Penglibatan manusia dalam kegiatan ekonomi merupakan ibadah dan pekerja hendaklah diberi ganjaran yang setimpal oleh majikan. 3. PEKERJAAN DAN GANJARAN


1.1.2 PRINSIP-PRINSIP ASAS DALAM EKONOMI ISLAM - Keuntungan dan kerugian dalam kegiatan ekonomi ialah perkara lumrah. - Mekanisme mudharabah dan musyarakah digalakkan bagi memenuhi prinsip ini. 4. KEUNTUNGAN DAN KERUGIAN


1.1.2 PRINSIP-PRINSIP ASAS DALAM EKONOMI ISLAM - Kegiatan ekonomi mesti membawa keadilan sosial kepada segenap lapisan rakyat. - Keperluan hidup asasi individu seperti makanan dan tempat tinggal dijaga dan dipelihara. 5. KEADILAN SOSIAL


1.1.2 PRINSIP-PRINSIP ASAS DALAM EKONOMI ISLAM - Sebarang bentuk kerosakan sama ada kepada manusia atau alam sekitar dalam kegiatan ekonomi hendaklah dielakkan. - Islam mengharamkan penindasan, penipuan, eksploitasi, pencemaran alam sekitar dan pembaziran dalam kegiatan ekonomi. 6. LARANGAN KEROSAKAN DAN KEZALIMAN


KESAN PENGABAIAN PELAKSANAAN PRINSIP EKONOMI KEPADA SISTEM EKONOMI ISLAM KEPADA DIRI KEPADA MASYARAKAT KEPADA NEGARA Melahirkan sifat tamak yang menindas golongan yang lemah Berlaku pergaduhan kerana wujud rasa tidak puas hati. Berlaku kemelesetan ekonomi kerana tidak diberkati Allah. Dihina oleh masyarakat kerana langgar perintah. Hilang sifat tolong menolong kerana ada sifat tamak. Amalan riba’ berleluasa kerana langgar syariat. Dilaknati Allah kerana ingkar syariat. Masyarakat huruhara berlaku permusuhan. Negara tidak aman kerana wujud penindasan.


1.1.3 Menerangkan tentang konsep pemilikan harta matlamatnya dalam sistem ekonomi Islam.


MAKSUD DAN CONTOH PEMILIKAN HARTA. • Pemilikan harta dalam Islam bermaksud sesuatu yang dikurniakan Allah SWT kepada manusia untuk dimiliki dan dimanfaatkan menurut syarak. • Contoh: tanah, rumah, kenderaan.


HARTA BOLEH ALIH Contoh : Kereta , wang dan saham JENIS -JENIS HARTA HARTA TIDAK BOLEH ALIH Contoh : Tanah dan rumah


ASAS PEMILIKAN HARTA. • Allah SWT pemilik sebenar harta manakala manusia sebagai pemegang amanah. • Allah SWT tetapkan cara pemilikan harta yang sah seperti jual beli dan haramkan riba. •Manusia diperintah berusaha untuk penuhi keperluan hidup. • Allah SWT tetapkan cara berbelanja secara berhemat seperti dilarang membazir dan bakhil.


KONSEP PEMILIKAN HARTA • Diperolehi dengan cara yang halal • Tidak mengganggu ketenteraman awam • Hak milik awam tidak boleh dijadikan hak milik peribadi


JENIS PEMILIKAN HARTA HAK MILIK INDIVIDU HAK MILIK UMUM HAK MILIK NEGARA • Islam benarkan pemilikan secara individu yang diperoleh secara sah menurut syarak. • Contohnya rumah, kereta dan tanah. • Semua individu diberi peluang perbaiki taraf hidup melalui pemilikan tersebut. • Pemilikan secara bersama oleh anggota masyarakat terhadap sumber, barangan dan perkhidmatan. • Contohnya laut, sungai dan udara. • Tujuan hak milik umum ialah untuk menjaga kebajikan dan keharmonian masyarakat. • Harta hak milik umum yang diurus kerajaan untuk kepentingan awam selaras dengan tuntutan agama. • Contohnya bangunan kerajaan, hasil hutan dan galian. • Negara perlu hak milik ini untuk dapatkan hasil bagi kemakmuran rakyat


MATLAMAT PEMILIKAN HARTA. •Mendapat keberkatan dan rahmat Allah SWT kerana patuhi syariat. •Menjamin keselamatan hidup di dunia dan akhirat. •Membangunkan ekonomi umat Islam melalui zakat dan cukai. •Mengelakkan daripada berlakunya penindasan dan kezaliman seperti tidak mengamalkan riba’.


Apakah implikasi pemilikan harta tanpa menghayati konsep matlamat pemilikan harta.


IMPLIKASI PEMILIKAN HARTA TANPA MENGHAYATI KONSEP MATLAMAT SEBENAR • Dilaknat Allah SWT kerana melanggar syariat. • Berlakunya huru hara kerana berlaku pencerobohan harta. • Ekonomi umat Islam menjadi lemah kerana rakyat tidak menyumbang kepada negara. • Berlakunya penindasan dan kezaliman seperti riba’.


1.1.4 Menghuraikan peranan pekerjaan sebagai salah satu cara dalam pemilikan harta.


MAKSUD PEKERJAAN. • Satu kegiatan yang dilakukan bagi mendapatkan sumber pendapatan dan memiliki harta secara halal.


Memenuhi tuntutan ibadah kepada Allah SWT. Menunaikan tanggungjawab bagi penuhi keperluan asasi kehidupan individu dan keluarga. Meningkatkan taraf sosioekonomi individu, masyarakat dan negara. Meningkatkan pembangunan ekonomi negara. PERANAN HARTA


Sabda Rasulullah SAW daripada Riwayat al-Bukhari : َ ما أ � ْ ْ أن ْ� ِ ا من ي� َ َط ٌ ، خ � ا ق َ ام َ ع ٌ ط َ د ح � َ أ �ل � � َّ ا ِن � َ ِدِە، و َ � ِ َ ل َ م ع ْ ُ ِ من �ل � َ � َ � ان ُ ، ك م َ � َ ِه الس ْ � � ل َ َ ع د ُ َ او َّ ِ الله د بي ِ ي َ ِدِە ن َ � ِ َ ل َ م ع ْ ُ ِ من أ� . �ل “ Tidak ada sesuatu yang dimakan oleh seseorang yang lebih baik daripada apa-apa yang dimakan daripada usaha tangannya sendiri. Dan sesungguhnya Nabi Daud a.s makan daripada usaha tangannya sendiri.”


Bagaimanakah cara Rasulullah SAW menggiatkan (membangunkan) ekonomi umat Islam di Madinah yang dikuasai oleh golongan Yahudi pada waktu itu.


CARA RASULULLAH SAW MENGGIATKAN EKONOMI UMAT ISLAM DI MADINAH Masyarakat Islam Madinah lebih mengutamakan pasar milik peniaga Islam berbanding peniaga Yahudi. Zakat yang diamalkan dalam sistem ekonomi Islam berjaya membela golongan miskin, anak yatim dan asnaf. Sistem riba yang diamalkan oleh peniaga Yahudi telah dihapuskan. Sistem kewangan berdasarkan dinar dan dirham yang stabil dan adil telah diperkenalkan. (membuatkan sistem ekonomi Islam bertambah kukuh).


CIRI-CIRI PEKERJAAN YANG DIGALAKKAN ISLAM • Pekerjaan yang halal seperti guru. • Menurut kehendak syariat agar diberkati Allah. • Menjaga ketenteraman awam seperti polis. • Memastikan keselamatan diri dan orang lain seperti doktor. • Mengambil berat tentang ibadah seperti tidak meninggalkan solat fardu.


SEBAB ISLAM MENUNTUT UMATNYA BEKERJA. • Merupakan ibadah yang diberi pahala. • Memudahkan umatnya menunaikan ibadat seperti bersedekah dan berzakat. • Memenuhi keperluan hidup seperti makanan dan tempat tinggal. • Penghormatan daripada masyarakat kerana ada sikap tanggungjawab. • Memperoleh keberkatan kerana laksanakan ibadah fardu ain.


ETIKA KERJA ISLAM. • Ikhlas kerana Allah SWT. • Amanah ketika bekerja seperti tidak menipu. • Tekun bekerja supaya hasil diberkati Allah. • Akur arahan ketua selagi tidak bertentangan syarak. • Bekerjasama untuk tingkatkan produktiviti yang berkualiti. • Berdisiplin dan tepati masa agar kerja dapat disiapkan tepat masa.


KEBAIKAN BEKERJA. • Mendapat keredaan dan keberkatan daripada Allah SWT. • Mencari rezeki yang halal untuk sara diri dan keluarga. • Mampu berdikari tanpa perlu minta belas ihsan orang lain. • Meningkatkan taraf hidup kerana memiliki sumber pendapatan. • Mengurangkan masalah pengangguran dan meningkatkan ekonomi negara.


KESAN / HIKMAH PEKERJAAN YANG HALAL INDIVIDU MASYARAKAT NEGARA • Diberkati Allah SWT kerana ikut syariat. • Dihormati masyarakat kerana kerja halal. • Masyarakat sejahtera kerana diberkati Allah. • Masyarakat maju kerana ekonomi yang adil. • Negara menjadi aman dan sejahtera. • Negara menjadi contoh kepada negara lain.


KESAN / IMPLIKASI PEKERJAAN YANG HARAM INDIVIDU MASYARAKAT NEGARA • Dilaknat Allah SWT kerana ingkar syariat. • Dibenci masyarakat kerana kerja yang buruk. • Masyarakat huru-hara kerana dilaknat Allah. • Masyarakat mundur kerana kegiatan ekonomi dicemari unsur negatif. • Negara menjadi kucar-kacir. • Imej negara tercemar.


IMPLIKASI / KESAN BURUK HIDUP TANPA PEKERJAAN INDIVIDU MASYARAKAT NEGARA • Jiwa resah kerana kesempitan wang. • Dibenci masyarakat kerana sering meminta. • Berlaku masalah sosial seperti budaya lepak. • Berlaku masalah jenayah seperti mencuri. • Merugikan tenaga kerja yang boleh sebabkan ekonomi merosot. • Ekonomi merosot disebabkan hilang sumber pendapatan.


1.1.5 Menilai kepentingan melaksanakan tuntutan ekonomi Islam dalam kehidupan.


KEISTIMEWAAN SISTEM EKONOMI ISLAM • Sistem yang lengkap dan menyeluruh berpandukan wahyu Allah SWT. • Bermotifkan kesejahteraan hidup di dunia dan akhirat. • Menggabungkan antara aktiviti ekonomi dengan akidah Islam. • Berteraskan nilai dan akhlak Islam. • Memberi keutamaan kepada pengeluaran barangan asas (daruriyat) dan keperluan (hajiyyat) berbanding barangan mewah (tahsiniyyat).


KESAN PENGABAIAN SISTEM EKONOMI ISLAM • Matlamat negara tidak akan tercapai • Amalan riba berleluasa • Nilai-nilai moral semakin terhakis • Pengagihan harta secara tidak adil. • Ekonomi negara akan hancur • Keharmonian masyarakat akan terjejas.


MAKSUD SISTEM EKONOMI KONVENSIONAL •Sistem ekonomi yang ditentukan oleh manusia dan tidak mempunyai piawaian (peraturan) yang mutlak . •Bersifat anjal dan berubah mengikut ketentuan masyarakat.


JENIS SISTEM EKONOMI KONVENSIONAL • Berpaksikan akal fikiran manusia sematamata. • Berasaskan kebebasan mutlak individu (Laissez Faire). • Sistem berasaskan amalan riba. • Berlaku ketidakadilan sosial dengan wujud jurang besar antara orang kaya dan miskin. • Contoh negara: Amerika Syarikat, United Kingdom, Perancis dan Jepun. KAPITALIS


JENIS SISTEM EKONOMI KONVENSIONAL • Muncul akibat ketidakadilan pengagihan harta dalam masyarakat. • Keputusan ekonomi dibuat pemerintah. • Pemilikan individu ke atas faktor pengeluaran dihapuskan. • Semua diserah dan dimiliknegarakan secara total demi kepentingan rakyat. • Contoh negara: Korea Utara, Laos dan Cuba. KOMUNIS


JENIS SISTEM EKONOMI KONVENSIONAL • Hasil pemikiran antara dasar kapitalis dengan komunis. • Pemilikan individu dibuka dalam skop terhad. • Keperluan individu ditentukan oleh mutu kerja yang disumbangkannya. • Sistem riba dikekalkan. • Contoh negara: Venezuela SOSIALIS


JENIS SISTEM EKONOMI KONVENSIONAL • Campuran antara sistem ekonomi yang mendokong kebebasan dengan sistem sosialis. • Ekonomi dibangunkan bersama-sama antara pemerintah dan pihak swasta. • Pemerintah melakukan pengawasan dan campur tangan dalam perekonomian, namun pihak swasta masih diberi kebebasan. • Contoh negara: Malaysia, Indonesia, Singapura dan Thailand. CAMPURAN


Apakah Implikasi Pelaksanaan Sistem Ekonomi Kovensional Dalam Negara


IMPLIKASI PELAKSANAAN SISTEM EKONOMI KOVENSIONAL DALAM NEGARA • Berlaku penindasan seperti riba. • Terhapus sikap tolong menolong kerana tamakkan harta. • Berlaku permusuhan yang menyebabkan negara tidak aman. • Negara huru-hara kerana banyak jenayah berkaitan harta. • Ekonomi negara lemah kerana kegiatan ekonomi tidak lancar.


Click to View FlipBook Version