The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by linda7281, 2023-09-07 01:27:30

PEL 8 PERANAN WAHYU DAN AKAL

PEL 8 PERANAN WAHYU DAN AKAL

DISEDIAKAN OLEH : HASLINDA BINTI HASHIM SMK INDAHPURA ( 1 ) KULAIJAYA , JOHOR. USTAZAH HASLINDA BINTI HASHIM


2.3.1 Menyatakan pengertian wahyu dan akal.


MAKSUD WAHYU DAN AKAL MAKSUD WAHYU MAKSUD AKAL Kalam Allah SWT yang disampaikan kepada para nabi dan rasul melalui perantaraan malaikat Jibrail a.s. atau terus daripada Allah SWT Keupayaan berfikir yang dikurniakan oleh Allah SWT kepada manusia untuk membezakannya dengan haiwan.


CIRI WAHYU DAN AKAL CIRI WAHYU CIRI AKAL • Datang daripada Allah SWT yang kebenarannya adalah mutlak. • Diturunkan kepada nabi dan rasul sahaja, bukan kepada orang awam. • Penurunan wahyu adalah melalui perantaraan malaikat Jibrail a.s., mimpi yang benar, suara di sebalik tabir atau Allah SWT mengilhamkan ke dalam hati Rasulullah SAW • Kesuciannya terpelihara sehingga hari kiamat. • Wahyu terhenti dan tidak diturunkan selepas kewafatan Rasulullah SAW. • Akal tidak mampu memikirkan perkara ghaib. • Akal membezakan manusia dengan haiwan • Anugerah paling istimewa yang dikurniakan oleh Allah SWT kepada manusia untuk berfikir. • Akal sentiasa berubah dan berkembang


PERBEZAAN ANTARA WAHYU DAN AKAL. AKAL WAHYU Dimiliki oleh semua manusia Dianugerahkan kepada nabi dan rasul Bersifat sementara dan boleh berubah Bersifat kekal dan tidak boleh dipinda Tidak mampu memikirkan perkara ghaib Memberitahu perkara ghaib Berfungsi untuk menjelaskan wahyu Berfungsi untuk membimbing akal Akal terus wujud dan berkembang Wahyu telah terhenti penurunannya


CARA-CARA PENURUNAN WAHYU Al-QURAN •Melalui malaikat jibril menjelma samada dalam bentuk asal atau menyerupai manusia. •Terus daripada Allah SWT / disebalik tabir / Allah berkata-kata dengan Rasulullah seperti dalam peristiwa isra’ dan mikraj. ( •Mimpi yang benar. •Allah mengilhamkan wahyu kedalam hati Rasulullah.


MAKSUD AL-QURAN DAN NAMA LAIN BAGI AL-QURAN MAKSUD AL-QURAN NAMA LAIN AL-QURAN Kalam Allah SWT yang diturunkan kepada nabi Muhammad SWT melalui malaikat Jibril untuk diamalkan dan disampaikan kepada umat Islam. • Al-Kalam ( ucapan / firman ) • Al-Zikr ( pemberi peringatan ) • Al-Kitab ( buku ) • Al-Furqan (pembeza benar salah )


2.3.2 Menerangkan fungsi wahyu dan akal dalam kehidupan manusia.


PERANAN / FUNGSI WAHYU/ SEBAB MANUSIA MEMERLUKAN WAHYU Terhadap Akidah Terhadap Ibadah Terhadap Akhlak • Panduan dan pedoman bagi akidah yang sahih. • Sebagai sumber utama syariat Islam. • Panduan dalam pembentukan akhlak mulia. • Memperbaiki dan membetulkan akidah manusia. • Membimbing dan membetulkan tatacara beribadat. • Menetapkan hukum-hukum praktis yang berkaitan dengan akhlak. • Menerang dan menjelaskan perkara ghaib seperti syurga, neraka dan titian sirat. • Ganjaran dan balasan beribadah ditetapkan oleh wahyu. • Membimbing masyarakat untuk berinteraksi antara satu sama lain.


KEISTIMEWAAN AL-QURAN • Kandungan al-Quran benar kerana tidak ada keraguan. • Kandungan dan hukum al-Quran kekal sehingga hari kiamat. • Panduan al-Quran meliputi pelbagai aspek seperti akidah, ibadah, akhlak dan lain-lain. • Membaca dan mendengar al-Quran dikira sebagai ibadah kerana mendapat pahala.


ANATOMI AL-QURAN 114 Surah 30 Juzuk 6 236 Ayat Jumlah surah Makkah adalah sebanyak 86 surah. Jumlah surah Madaniah adalah sebanyak 28 surah. MUSHAF : naskah al-quran yang bercetak @ bertulis tangan Al-Quran diturunkan selama : 23 tahun Tempat alquran diturunkan : Gua Hira’ Usia Rasulullah menerima wahyu pertama - 40 tahun Surah pertama diturunkan : Surah Al- Alaq ( ayat 1-5 ) Ayat terakhir diturunkan : Surah al-Maidah (ayat ke 3 ) Surah terpanjang : Surah Al-Baqarah ( 286 ayat ) Surah terpendek : Surah Al-Kauthar : ( 3 ayat ) NILAI PENGHAYATAN Sentiasa bersyukur kepada Allah SWT yang telah mengurniakan wahyu dan akal.


WAHYU PERTAMA


PERANAN / FUNGSI AKAL FUNGSI / PERANAN AKAL Membezakan antara perkara kebenaran (hak) dengan perkara kesesatan (batil). Memikirkan kejadian makhluk dan alam Memahami hakikat kebesaran dan kekuasaan Allah SWT. Mempelajari cara-cara untuk mendekat diri dan beribadat kepada Allah SWT. Memahami dan memikirkan wahyu firman Allah SWT. Memahami dan membuktikan kebenaran Islam.


Apakah kelebihan berfikir bagi seorang murid? • Dapat menghasilkan idea yang kreatif dan kritis • Membimbing murid menyelesaikan masalah dengan cara yang betul. • Melahirkan murid yang mampu membuat keputusan tentang sesuatu perkara. • Dapat membina keyakinan diri agar mampu bertinda secara rasional.


2.3.3 Menjelaskan kedudukan wahyu dan akal dalam menyempurnakan tanggungjawab.


Kedudukan wahyu dan akal dalam menyempurnakan tanggungjawab KEDUDUKAN WAHYU KEDUDUKAN AKAL KEDUDUKAN WAHYU DAN AKAL Kurniaan Allah SWT yang paling istimewa kepada manusia. Membantu memahami kandungan wahyu. Menjadi syarat dalam mempelajari ilmu. Wahyu merupakan sumber dan panduan kepada setiap manusia. Menjadi rujukan utama dalam menentukan hukum-hakam. Sebagai pemisah antara hak dengan batil. Pemikiran yang bertentangan dengan wahyu dianggap salah dan sesat. Menjadi syarat penerimaan taklif (tanggungjawab) Syariat Islamiah bagi manusia yang sempurna akal Sebagai petunjuk mutlak yang tidak terpengaruh dengan suasana ataupun peristiwa Mempunyai keterbatasan untuk menjelaskan sesuatu seperti perkara ghaib


Islam meletakkan wahyu dan akal di kedudukan yang sama penting. Wahyu memandu akal dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai hamba dan khalifah Allah SWT.


KELEMAHAN AKAL Akal manusia lemah dan mudah dipengaruhi hawa nafsu Akal tidak dapat memikirkan perkara ghaib tanpa petunjuk wahyu Sesuatu yang di zahirkan oleh akal mudah terdedah kepada kesilapan


2.3.4 Menghuraikan perkara dan tindakan yang boleh merosakkan akal.


PERKARA YANG TIDAK MAMPU DIFIKIRKAN AKAL TANPA BIMBINGAN WAHYU Zat Allah Syurga dan neraka Hari kiamat Alam barzakh Malaikat Hari akhirat Jin Titian as-sirat Al-hisab dan Al-mizan Dosa dan pahala


PERKARA YANG MEROSAKKAN AKAL / PUNCA AKAL ROSAK • Penyalahgunaan bahan terlarang seperti dadah dan syabu. • Gejala negatif dan maksiat seperti membaca atau menonton bahan-bahan lucah. • Mengambil makanan / minuman yang memabukkan serta merosakkan akal seperti arak. • Memikirkan perkara di luar kemampuan akal seperti memikirkan tentang zat Allah SWT.


CARA BERSYUKUR DENGAN NIKMAT AKAL / PEMIKIRAN YANG MENEPATI SYARAK • Berfikir untuk mencari kebenaran contoh berfikir tentang kebesaran Allah. • Berfikir untuk memajukan dan memakmurkan alam supaya dapat didiami dengan selesa. • Berfikir untuk mencipta sesuatu yang boleh dimanfaatkan oleh manusia sejagat . • Berfikir untuk memajukan diri, agama, bangsa dan negara agar dipandang tinggi.


PEMIKIRAN YANG MENYALAHI / BERCANGGAH DENGAN SYARAK Berfikir untuk mencipta ajaran baru yang boleh menyesatkan manusia seperti Ayah Pin. Berfikir untuk memudaratkan seseorang seperti cara menindas golongan yang lemah. Berfikir untuk merekacipta teknolgi yang boleh merosakkan manusia dan alam.


2.3.5 Menilai kepentingan berpegang dengan wahyu dalam memelihara akal.


KEPENTINGAN BERPEGANG DENGAN WAHYU DALAM MEMELIHARA AKAL. KEPENTINGAN WAHYU DALAM MEMELIHARA AKAL Wahyu memelihara akal supaya berfikir dan bertindak secara logik supaya selari dengan tuntutan syarak. Wahyu memerintahkan manusia menggunakan akal sepenuhnya. Wahyu memastikan kesahihan ibadah yang dilaksanakan oleh manusia Wahyu mempengaruhi akal untuk menghasilkan kemuliaan akhlak dan tingkah laku. Wahyu melarang perkara yang merosakkan akal seperti arak. Wahyu membimbing akal dalam memelihara kebenaran akidah dan Iman. Akal perlu dibimbing oleh wahyu kerana kemampuan akal terbatas dan terdedah kepada kesilapan


NILAI PENGHAYATAN •Sentiasa membaca, memahami dan beramal dengan wahyu Allah SWT •Sentiasa bertindak berpandukan al-Quran dan timbang tara akal dengan bijak


Click to View FlipBook Version