The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

F4- AMIRUL HAZIQ BIN RAHMAT (PENULISAN AKADEMIK)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by amirul09-302, 2022-05-12 14:10:20

F4- AMIRUL HAZIQ BIN RAHMAT (PENULISAN AKADEMIK)

F4- AMIRUL HAZIQ BIN RAHMAT (PENULISAN AKADEMIK)

05

Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu
59990 Lembah Pantai, Kuala Lumpur.

Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan
(Ambilan Jun 2020)

BUDAYA DAN PEMBELAJARAN
EDUP3073

Disediakan oleh:

Nama: Amirul Haziq Bin Rahmat
010716-04-0219
No. Kad Pengenalan: 2020192340066
Angka Giliran:
Kumpulan/ Unit: PISMP F4 Semester 5
Miss Tan Yan Im
Nama Pensyarah:
Penulisan Akademik
Tajuk Tugasan: 12 Mei 2022

Tarikh Penyerahan:

Tarikh Menerima Maklum

Balas Daripada Tarikh:

Pensyarah

ISI KANDUNGAN MUKA SURAT

1.0 PENGENALAN 1

2.0 LANGKAH-LANGKAH MENGURUSKAN BILIK DARJAH MESRA 1
BUDAYA.
1
2.1 PENGURUSAN PERSEKITARAN FIZIKAL 2
2.2 PENGURUSAN EMOSI. 3
2.3 PENGURUSAN SOSIAL 4
2.4 PENGURUSAN SOSIOLINGUISTIK

3.0 KESIMPULAN 5

SENARAI RUJUKAN 6

1

1.0 PENGENALAN

Malaysia merupakan salah satu negara yang terdiri daripada pelbagai kaum seperti kaum
Melayu, Cina, India, Bugis, Jawa dan sebagainya. Perkara ini telah mendorong kepada
kepelbagaian kaum di dalam darjah bagi murid-murid yang bersekolah. Secara tidak
langsung, ianya telah mempengaruhi pelaksanaan proses pengajaran dan pembelajaran
(PdP) di dalam bilik darjah. Proses pengajaran dan pembelajaran, merupakan salah satu
elemen yang memainkan peranan yang penting dalam memastikan keberhasilan sesuatu
pembelajaran dalam pendidikan terutamanya bagi kelas yang terdapat murid yang terdiri
daripada pelbagai kaum dan latar belakang yang sememangnya mempunyai perbezaan dari
segi budaya. Pelaksanaan aktiviti dan proses PdP yang mesra budaya boleh berlangsung
dengan pengurusan bilik darjah yang mesra budaya. Komponen ini amat penting untuk
diberikan penekanan supaya pengajaran dan pembelajaran yang berlangsung menjadi lebih
kondusif bagi semua murid yang terdiri daripada pelbagai latar belakang dan budaya yang
berbeza. Oleh itu, tugasan ini membincangkan langkah-langkah menguruskan bilik darjah
mesra budaya dari aspek fizikal, emosi, sosial dan sosiolinguistik.

2.0 LANGKAH-LANGKAH MENGURUSKAN BILIK DARJAH MESRA BUDAYA.

Bilik darjah merupakan salah satu tempat yang akan murid luangkan hampir keseluruhan
masanya apabila berada di sekolah seharian. Amalan pengurusan bilik darjah ini merujuk
kepada perkara yang dilakukan oleh guru dalam mengurus segala aktiviti yang dijalankan
dalam bilik darjah (Hasfarina Binti Abas, 2012). Keselesaan dalam bilik darjah merupakan
aspek yang penting bagi menjamin kepada kerbekesanan dalam pembelajaran. Pengurusan
bilik darjah yang mesra budaya juga boleh membantu dalam meningkatkan keselesaan murid
dalam bilik darjah. Hal ini kerana, mesra budaya boleh merujuk kepada perlakuan atau amalan
yang mendatangkan keselesaan dan kegembiraan (Noriati A. Rashid et al., 2014). Oleh itu,
pengurusan bilik darjah ini boleh difokuskan kepada aspek fizikal, emosi, sosial dan juga
sosiolinguistik.

2.1 PENGURUSAN PERSEKITARAN FIZIKAL

Persekitaran bilik darjah yang baik akan mampu menigkatkan motivasi murid serta
mengekalkan persekitaran yang positif. Bagi mendapatkan persekitaran yang baik,
pengurusan persekitaran fizikal juga turut perlu diberikan penekanan. Persekitaran
fizikal bilik darjah merupakan salah satu elemen penting dalam usaha untuk
mewujudkan suasana pembelajaran yang kondusif dan memberangsangkan (Che

2

Nidzam Che Ahmad et al., 2014). Persekitaran fizikal memerlukan kebijaksanaan guru
menyusun atur bilik darjah supaya proses pengajaran dan pembelajaran dapat
memberi impak yang memanfaatkan kepada murid (Marinah Awang et al., 2018).
Antara langkah yang sesuai yang boleh dilaksanakan oleh guru untuk menghasilkan
persekitaran bilik darjah yang mesra budaya ialah susunan kedudukan meja murid
yang membolehkan mereka bergaul dan berinteraksi. Susunan ini amat penting
supaya ianya tidak menganggu kelangsungan proses PdP (Marinah Awang et al.,
2018). Susunan ini juga boleh diubah berdasarkan aktivit PdP yang dilaksanakan oleh
guru. Hal ini kerana susunan yang dilakukan perlulah memberi peluang kepada murid
bercampur dengan rakan sekelas (Noriati A. Rashid et al., 2017). Jadi ini
memperkukuhkan lagi bahawa susunan meja murid yang memudahkan murid
berinteraksi mampu menyediakan persekitaran bilik darjah yang mesra budaya.

Selain itu, langkah yang boleh dilaksanakan ialah dengan melakukan hiasan
bilik darjah. Setiap guru kelas sewajarnya membenarkan murid-murid untuk menghias
kelas mereka dengan mengambil kira tentang pandangan dan nasihat daripada guru
kelas (Noriati A. Rashid et al., 2017). Misalnya murid yang pelbagai terdiri daripada
pelbagai budaya dan kaum ini boleh menulis sesuatu ayat semangat yang sama
namun dalam bahasa yang berbeza. Melalui ini murid lain dapat mempelajari dan
mengenali sesuatu bahasa yang berbeza dengan budaya mereka. Hal ini kerana,
menterjemah sesuatu teks atau bahasa bukan sahaja memindahkan kata, bahkan nilai
budaya yang dibawa dalam penulisan tersebut (Cho Minsung & Puteri Roslina Abdul
Wahid, 2016). Oleh itu, melaksanakan hiasan bilik darjah juga merupakan salah satu
langkah yang boleh dilaksanakan dalam mencapai persekitaran bilik darjah yang
mesra budaya.

2.2 PENGURUSAN EMOSI.

Selain daripada fizikal, aspek emosi juga perlu diberikan keutamaan kerana ianya
mampu memberikan suasana yang lebih ceria dan riang di dalam bilik darjah. Mesra
budaya bagi emosi ini boleh dikatakan sebagai mereka tenang, aman dan tidak terasa
ditindas oleh guru atau rakan sekelas. Ini selari dengan hasrat Falsafah Pendidikan
Kebangsaan iaitu ingin melahirkan insan yang mempunyai perasaan emosi yang
seimbang, kuat serta meliputi ciri-ciri yang tenang, semangat kekitaan serta
perpaduan (Noriati A. Rashid et al.,2016). Antara langkah yang boleh guru laksanakan
ialah dengan memberikan layanan yang baik tanpa memilih kasih dari mana-mana
pihak. Hubungan yang baik antara guru dan sesama murid perlu dibina di dalam kelas

3

supaya tidak menimbulkan sebarang perasaan yang tidak senang di dalam kelas.
Layanan pilih kasih dan tidak adil dengan etnik tertentu merupakan salah satu faktor
yang menghalang hubungan yang mesra budaya antara guru dan murid tersebut
(Suresh Kumar N Vellymalay, 2016). Bilik darjah ini mampu membina perpaduan dan
melahirkan masyarakat yang mengamalkan semangat kekitaan jika ianya tidak
dicemari dengan unsur-unsur pilih kasih atau taksub dengan sesuatu budaya atau
etnik tertentu. Jadi ini membuktikan langkah dengan memberi layanan yang baik tanpa
memilih kasih dapat mewujudkan persekitaran bilik darjah yang mesra budaya.

Bagi mendapatkan persekitaran bilik darjah yang mesra budaya dengan
pengurusan emosi, langkah yang boleh diambil oleh guru ialah dengan guru menjadi
ceria dan periang. Guru perlulah menjadi seorang yang peramah, periang serta ceria
bagi memudahkan murid untuk mendekati guru dan membina persekitaran bilik darjah
yang mesra budaya. Guru juga boleh unsur jenaka atau kecindan dalam pembelajaran
untuk menghidupkan lagi persekitaran di dalam bilik darjah. Bahkan, persekitaran
pembelajaran yang wujud semasa jenaka dan kecindan ini berlaku, mampu
mewujudkan PdP yang berkesan (Shaffe Mohd Daud et al., 2011). Perkara ini juga
sedikit sebanyak memupuk kasih sayang dalam diri murid terhadap guru mereka dan
secara tidak langsung mewujudkan persekitaran bilik darjah yang mesra budaya. Jadi
ini juga membuktikan bahawa guru menjadi ceria dan periang mampu memberikan
persekitaran bilik darjah yang mesra budaya.

2.3 PENGURUSAN SOSIAL

Pengurusan sosial ini lebih merujuk kepada pergaulan atau interaksi didalam kelas.
Setiap guru perlu memberikan penekanan terhadap pengurusan sosial di dalam bilik
darjah dalam usaha mencapai persekitaran bilik darjah yang mesra budaya
disebabkan guru itu sendiri merupakan agen sosialisasi yang menjadi teladan
terhadap murid-murid. Langkah yang sesuai untuk dilaksanakan bagi pengurusan
sosial dalam mememastikan persekitaran bilik darjah yang mesra budaya ialah
dengan mengadakan aktiviti pembelajaran yang melibatkan kerjasama murid. Hal ini
kerana apabila murid-murid yang terdiri daripada pelbagai kaum dan budaya ini
bekerjasama, sedikit sebanyak mampu mendekatkan jurang sosial yang terbina
daripada perbezaan budaya. Interaksi murid amatlah perlu digalakkan bagi
merapatkan hubungan antara murid yang terdiri daripada etnik dan latar belakang
yang berbeza (Suresh Kumar N Vellymalay, 2014) . Jadi ini juga membuktikan bahawa
pelaksanaan aktiviti yang mendedahkan murid untuk bekerjasama mampu

4

meningkatkan interaksi murid dan membantu dalam menjaminkan persekitaran yang
mesra budaya.

Seterusnya, bagi langkah lain yang sesuai untuk pengurusan sosial ialah
dengan guru mengadakan jamuan kelas. Perkara kecil sebegini sebenarnya mampu
memberikan impak yang besar bagi sesetengah individu dimana sesetengah mereka
mampu mencipta pengalaman bersama walaupun terdiri daripada pelbagai kaum.
Konsep ini pelaksanaan ini boleh merujuk kepada amalan rumah terbuka di Malaysia,
namun diterapkan ke dalam unsur yang lebih kecil iaitu jamuan kelas dengan setiap
murid membawa makanan mereka sedikit dan berkongsi sesama rakan sekelas.
Perkara ini akan mendorong kepada kesedaran tentang kewujudan masyarakat
pelbagai kaum dalam diri murid-murid, maka pengetahuan mereka mengenai
kepelbagaian murid juga akan turut berkembang (Yong Hie Hie et al., 2018). Dengan
ini, ianya mampu mengelakkan sebarang prejudis dan sangka buruk sesama ahli kelas
dan mewujudkan persekitaran bilik darjah yang mesra budaya. Oleh itu, ini juga
menjelaskan bahawa aktiviti jamuan kelas juga mampu menjaminkan persekitaran
bilik darjah yang mesra budaya.

2.4 PENGURUSAN SOSIOLINGUISTIK

Aspek sosiolinguistik ini juga memainkan peranan yang penting di dalam kelas untuk
menjaminkan kesefahaman yang tinggi di dalam kelas. Antara langkah yang sesuai
dilaksanakan dalam pengurusan sosiolinguistik ini ialah dengan melakukan aktiviti
yang projek yang kreatif. Dalam usaha mengekalkan warisan bagi setiap etnik, guru
boleh membina satu projek yang membolehkan setiap murid yang terdiri daripada
pelbagai etnik dan latar belakang ini mempersembahkan warisan budaya mereka
sendiri. Misalnya guru melakukan projek persembahan tarian, maka setiap murid yang
terdiri daripada pelbagai etnik boleh mempersembahkan tarian mereka dengan
bangganya. Dengan melibatkan kesemua warisan budaya dan etnik yang berbeza,
mereka sudah pasti tidak akan rasa disisih (Noriati A. Rashid et al., 2017). Hal ini
secara tidak langsung mampu mewujudkan persekitaran bilik darjah yang mesra
budaya. Jadi ini juga membuktikan bahawa melaksanakan projek kreatif yang
melibatkan pelbagai etnik mampu mewujudkan persekitaran bilik darjah yang mesra
budaya.

Selain itu, langkah lainnya ialah dengan menekanan penggunaan bahasa
kebangsaan. Guru boleh melaksanakan pelbagai aktiviti yang melibatkan bahasa
kebangsaan. Hal ini supaya setiap pelajar menguasai bahasa kebangsaan dan

5

mampu meningkatkan keberkesanan dalam berkomunikasi sesama mereka. Ha ini
kerana bahasa kebangsaan ini diwujudkan sebagai medium komunikasi atau bahasa
pertuturan umum dan bahasa rasmi negara bagi menyatupadukan rakyat yang terdiri
daripada pelbagai etnik (Sharifah Darmia Binti Sharif Adam, 2019). Jadi ini
membuktikan bahawa memberikan penekanan terhadap pelaksanaan aktiviti yang
melibatkan bahasa kebangsaan ini mampu membantu dalam mencapai persekitaran
bilik darjah yang mesra budaya.

3.0 KESIMPULAN

Kesimpulannya, warga pendidik mestilah bijak menguruskan persekitaran bilik darjah mereka
dengan mengatur strategi-strategi tertentu yang membolehkan mereka mencapai
persekitaran bilik darjah yang mesra budaya. Perkara ini amatlah penting kerana ianya
menjamin kepada keselesaan murid untuk belajar di dalam bilik darjah sesama rakan sekelas
mereka. Keselesaan tersebut mampu mengoptimumkan lagi keberkesanan dalam
pembelajaran murid tersebut dan mampu melahirkan modal insan yang berkualiti dari segi
inteleknya. Oleh itu, guru mestilah merancang strategi dengan baik untuk mendapatkan
persekitaran bilik darjah yang mesra budaya bagi membolehkan murid untuk belajar dengan
aman, selsesa dan tenang kerana guru merupakan wahana yang akan membentuk modal
insan yang berkualiti.

6

SENARAI RUJUKAN

Che Nidzam Che Ahmad, Noraini Mohamed Noh, Mazlini Adnan, Marzita Putih & Mohd Hairy
Ibrahim. (2014). Pengaruh Persekitaran Fizikal Bilik Darjah Terhadap Tahap
Keselesaan Pengajaran dan Pembelajaran. Jurnal Pendidikan Bitara UPSI. Jil 6.
https://www.researchgate.net/publication/294886469_PENGARUH_PERSEKITARAN
_FIZIKAL_BILIK_DARJAH_TERHADAP_TAHAP_KESELESAAN_PENGAJARAN_D
AN_PEMBELAJARAN

Cho Minsung & Puteri Roslina Abdul Wahid. (2016). Penterjemahan Budaya Bukan
Kebendaan dalam Teks Terjemahan Bahasa Korea-Bahasa Melayu. Jurnal Melayu.
15(2). 160-175. http://journalarticle.ukm.my/9965/1/16177-45357-1-SM.pdf

Hasfarina Binti Abas. (2012). Tahap, Amalan dan Masalah Pengurusan Bilik Darjah Guru-
Guru Sekolah Menengah Daerah Segamat. Universiti Teknologi Malaysia.
http://eprints.utm.my/id/eprint/31564/1/HasfarinaAbasMFP2012.pdf

Marinah Awang, Mohd Ezrizal Zakaria dan Ramlee Ismail. (2018). Hubungan Persekitaran

Fizikal Bilik Darjah dan Kesejahteraan dan Keselesaan Pembelajaran dan Pengajaran.

Management Research Journal. 7(1). 86-99.

https://ejournal.upsi.edu.my/index.php/MRJ/article/view/1487/1071

Noriati A. Rashi, Lee Keok Cheong, Zulkifli Mahayudin & Zakiah Noordin. (2016). Falsafah
dan Pendidikan di Malaysia (edisi ketiga). Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Noriati A. Rashid, Boon Pong Ying, Sahrifah Fakhriah Syed Ahmad, Zuraidah A. Majid.
Budaya dan Pembelajaran (edisi kedua). (2017). Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Noriati A. Rashid, Boon Pong Ying, Sharifah Fakhriah Syed Ahmad, & Zuraidah A. Majid.
(2014). Budaya dan Pembelajaran. Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Shaffe Mohd Daud, Ramli Basri, Roselan Baki, Sahandri Ghani Hamzah & Mohktar Nawawi.
(2011). Pengaruh Amalan Jenaka Terhadap Pengajaran dan Pembelajaran Murid.
Asia Pacific Journal of Educators and Education. 26(1). 125-144.
https://core.ac.uk/download/pdf/83543478.pdf

Sharifah Darmia Binti Sharif Adam. (2019). Peranan dan Cabaran Bahasa Kebangsaan dalam
Menyatupadukan Pelbagai Etnik di Sabah. Prosiding Persidangan Antarabangsa
Sains Sosial dan Kemanusiaan. 25-38.
http://conference.kuis.edu.my/pasak4/images/kk/sb/017-
KK_SHARIFAH_DARMIA.pdf

7

Suresh Kumar N Vellymalay. (2014). Etnisiti dan Interaksi Sosial dalam Kalangan Murid
Pelbagai Etnik di Bilik Darjah. Journal of Human Capital Development. 7(2). 47-61.
https://journal.utem.edu.my/index.php/jhcd/article/download/2125/1278

Suresh Kumar N Vellymalay. (2016). Keberkesanan Hubungan Guru Kelas-Murid dalam
Merangsang Kesedaran Terhadap Integrasi Etnik dalam Kalangan Murid di Bilik
Darjah. Jurnal Ilmi. Jil 6. 69-88.
https://journal.kuim.edu.my/index.php/JILMI/article/download/39/34

Yong Hie Hie, Ku Hasnita Ku Samsu, Zatul Himmah Adnan. Mohd Daud Awang & Adlina Ab
Halim. (2018). Guru Sebagai Agen Sosialisasi dalam Membentuk Perpaduan Kaum di
Sekolah. Akademika. 88(2). 95-108. http://journalarticle.ukm.my/12833/1/18914-
81005-1-PB.pdf


Click to View FlipBook Version