E FOLIO MPU23012 PENGAJIAN ISLAM SESI 1 2023/2024 APLIKASI TIKTOK : MEMBAWA MASALAH ATAU PADAH Nama Pensyarah : Puan Nurul Amalia
TIKTOK TikTok ialah perkhidmatan rangkaian media sosial milik ByteDance mengkhusus kepada perkongsian video pendek mencakupi tarian, nyanyian segerak bibir, komedi, dan bakat dalam durasi sesingkat 3 saat sehingga ke 10 minit. 14
Pada dasarnya sebarang aplikasi media sosial seperti Facebook, Twitter, Youtube, WhatsApp, Instagram mahupun TikTok yang digunakan untuk perkara yang manfaat adalah dibolehkan. Hal ini bertepatan kaedah berikut : لللأاتي شاتءلأا برحةلإا عيى ليل لتليل على لتحريم Maksudnya:” Pada asal sesuatu hukum itu adalah diharuskan, sehingga terdapat dalil ke atas pengharamnya 7
4
EDISI E-MAJALAH PENGENALAN PENGHARGAAN ISI MASALAH / PADAH KESIMPULAN 1
Alhamdulillah , dengan penuh kesyukuran kehadrat Ilahi kerana limpah kurnianya , dapat saya menyelesaikan tugasan kerja kursus ini dengan penuh jayanya . Saya mengucapkan sepenuh penghargaan kepada; Puan Emilia , Pensyarah Pengajian Islam (MPU23012) , di atas kepercayaan beliau memberi tugasan ini kepada saya dan juga rakan seperjuangan saya . Dimana beliau banyak membantu saya sepanjang proses tugasan ini disiapkan . Dengan kesempatan ini saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan-rakan saya yang telah banyak membantu dan mencetuskan idea saya sepanjang proses penyiapan tugasan dilaksanakan . Dalam menyiapkan tugasan ini , banyak yang telah saya pelajari sepanjang penyiapan kerja kursus ini dilakukan . Ianya memberi saya seribu satu makna dalam menimba ilmu ini . Syukur Alhamdulillah . Sebelum saya mengundur kata , terimalah serangkap kata Bak kata pepatah melayu ‘’ Lentur Buluh , Kerana Rebungnya ” 2
PENGENALAN Sebut sahaja mengenai TikTok, sudah terbayang video-video lucu dan menarik yang sering menjadi tontonan ramai. Aplikasi ini juga sudah menjadi trend dan menjadi ikutan oleh pengguna di seluruh dunia, lebih-lebih lagi golongan muda. Dengan penyuntingan video di aplikasi TikTok yang mudah dan pendek di mana hanya berdurasi selama 60 saat sahaja, ia sudah cukup untuk memberi ruang kepada pengguna dalam menghasilkan video yang lebih kreatif dan menarik. Namun begitu, terdapat sesetengah pihak yang beranggapan aplikasi TikTok ini membawa lebih banyak keburukan daripada kebaikan kepada diri sendiri dan orang sekeliling. Hal ini kerana, mereka merasakan menonton video di TikTok hanya melalaikan dan banyak masa akan terbuang begitu sahaja. Akan tetapi, jika kita lihat pada hari ini pengguna lebih matang dalam menyampaikan kandungan video yang lebih bermanfaat dan dapat digunakan oleh semua m 3 asyarakat seluruh dunia.
Tiktok merupakan sebuah aplikasi yang memberikan kesan yang unik dan menarik yang boleh digunakan oleh para pengguna aplikasi ini dengan mudah untuk membuat video pendek yang hebat dan boleh menarik perhatian ramai orang untuk melihatnya. Aplikasi tiktok adalah sebuah jaringan sosial dan platform video musik tiongkok yang dilancarkan pada september 2016. Aplikasi ini adalah aplikasi pembuatan video pendek dengan disokong oleh musik, yang sangat digemari oleh orang ramai termasuk orang dewasa dan anak- anak dibawah umur. Aplikasi tiktok ini merupakan apliHkeraes, iyou can yang boleh melihat video-video pendek dengan be a shpelbagai ekspresi pemilik akaun tiktok. Pengguna aplikasi ini juga boleh meniru dari video pengguna yang lain. 6
11
Salah satu manfaat utama TikTok dalam pendidikan adalah keterlibatan aktif pelajar. Menurut teori pembelajaran konstruktivisme, pelajar lebih cenderung belajar dengan membina pengetahuan sendiri melalui pengalaman langsung dan interaksi sosial. TikTok dapat memangkin keterlibatan pelajar melalui pembelajaran berdasarkan projek atau tugasan kreatif. Pelajar boleh membuat video pendek yang mencakup konsep-konsep yang mereka pelajari, berkongsi idea dengan rakan sekelas, dan membangunkan pemahaman mereka melalui proses kolaboratif. Selain itu, TikTok juga boleh meningkatkan keterlibatan dan motivasi pelajar melalui penggunaan unsur-unsur permainan. Murid boleh melihat sambutan menerusi ‘like’ dan ‘komen’ yang mereka dapat daripada penonton awam. Teori motivasi instrinsik menekankan kepentingan memberikan tugasan yang menarik dan bermakna untuk meningkatkan motivasi belajar pelajar. Dalam konteks TikTok, pelajar boleh mencipta kandungan yang kreatif dan menghibur, sambil tetap menyampaikan pesanan pendidikan. Ini boleh membangkitkan minat dan semangat pelajar terhadap bahan pembelajaran, memotivasikan mereka untuk belajar lebih lanjut. Selain sebagai alat untuk pelajar, TikTok juga boleh digunakan oleh pendidik sebagai sumber pembelajaran. Menurut teori konstruktivisme sosial, pembelajaran dibangunkan melalui interaksi sosial dan penyertaan dalam komuniti pembelajaran. Dengan memanfaatkan TikTok, guru boleh berkongsi video pendek yang menjelaskan konsep-konsep yang kompleks atau mengilustrasikan contoh-contoh nyata. Ini boleh memperkayakan pengalaman pembelajaran pelajar dan memberikan sumber tambahan yang boleh diakses di luar persekitaran bilik darjah. KEBAIKAN PENGGUNAAN APLIKASITIKTOK DARISEGI PENDIDIKAN Akhir sekali, TikTok dapat mendorong pelajar untuk mengembangkan kemahiran kreativiti dan pemikiran kritis. Teori kognitif menekankan kepentingan merangsang pemikiran dan refleksi pelajar. Dengan membuat video pendek, pelajar perlu memikirkan cara terbaik untuk menyampaikan pesanan mereka dengan cara yang ringkas tetapi efektif. Ini mendorong mereka untuk berpikir kritis tentang sumber yang mereka pelajari dan mengembangkan kemahiran komunikasi yang kukuh. 10
APLIKASITIKTOKSEBAGAIMEDIUM PENYEBARANDAKWAH Apabila disebut sahaja tentang TikTok, pastinya ia bukan satu aplikasi asing khususnya bagi golongan muda yang lazim menjadikan medium ini untuk menunjukkan bakat seperti tarian dan aksi lucu dengan berlatar belakangkan pelbagai genre muzik. Namun kini, aplikasi itu dilihat bukan untuk hiburan semata-mata apabila ramai dalam kalangan pendakwah turut mempunyai akaun TikTok dan menghasilkan video pendek untuk menyampaikan ilmu agama dan dakwah dalam bentuk yang lebih menarik sehingga mendapat tontonan yang tinggi serta memasuki FYP (For Your Page). Bagi pendakwah dan penceramah bebas Ustaz Ahmad Dusuki Abdul Rani, 45, yang mempunyai lebih 743,000 pengikut menerusi aplikasi itu, platform berkenaan mampu merapatkan jurang masyarakat dengan golongan pendakwah khususnya generasi muda. "Saya dapati ramai terutamanya remaja menggunakan aplikasi TikTok, jadi saya ambil pendekatan di mana orang ramai berada, maka di situlah dakwah Islam perlu dilakukan mesti ada agar mereka tidak terus leka. "Apabila ada 'peringatan' dan info-info tentang agama Islam, masyarakat tidak akan terus terbuai dengan arus dunia sebaliknya hidup dalam keadaan lebih berfokus dan bermanfaat," katanya kepada Bernama baru-baru ini. Dalam keterbatasan peluang berkomunikasi secara bersemuka dan mengadakan majlis-majlis agama disebabkan pandemik COVID-19 ketika ini, Ahmad Dusuki berkata pendakwah sepertinya perlu bijak menggunakan medium dan teknologi yang ada untuk menyampaikan ilmu. Ternyata usaha yang dilakukannya itu tidak sia-sia apabila video TikTok yang dihasilkannya, menerima tontonan tinggiselain sering disusuli soalan berkaitan kemusykilan agama daripada warganet. 12
EREZ COIS MERCER earticle will go ridge between rticle itself. BY MARGARITA P PHOTOGRAPHY BY FRAN Ashort intro or kicker ofth here. This part acts as a b the headline and the a 5
APAKAH PADAH YANG BOLEH DIDAPATI DARI PENGGUNAAN APLIKASI TIKTOK? MASA DIBAZIRKAN TANPASEDAR Yang ni ramai yang makin sedar betapa THIS!Ramai yang tak perasan macam mana Tiktok ni sebenarnya berfungsi. Sebenarnya,semua video yang lalu di FYPkita ditentukan dengan algorithm / algoritma. Apaitu algorithm? Algorithm dalam istilah sosial media dan senang difahami ialah sistem yang dah diwujudkan untuk tunjuk sequence content / video kepada pengguna. Then, algorithm Tiktok detect yang 70% orang minat kucing ni akan tengok video Masakan1 sampai habis. Masa ni, Tiktok akan munculkan video Masakan1 untuk Aira. Seandainya Aira tengok video tu minimum 3 saat, maka video Masakan2, Masakan3, Masakan 4 akan mula naik di FYPAira. So algorithm detect yang Aira akan tengok video berkenaan kucing, cepatnya masa berlalu bila gunakan Tiktok. masakan dan akan mula suggest Kalau masa zaman dulu, kita rasa macam Facebook tu dah sangat addictive la. Tapi pada masa sekarang, apps yang paling addictive ialah Tiktok. Memang kalau ikutnya video dia paling minimum 15saat ke 3 minit. Tapisedar tak sedar masa dah habis dekat 2 jam sebab scroll Tiktok. Kalau kita tengok 2-3 video, maksimum masa dihabiskan mungkin 9 minit - tapi macam mana kalau kita mindlessly consume semua video yang lalu di FYPkita? Sebabnya, hampirsemua video yang lalu dekat FYP(For Your Page) kita semuanya dapat menarik minat kita untuk tonton sampai habis. Sebagai contoh: 1.Aira minat kucing. Dalam algorithm ni dah susun video Kucing1, Kucing2, Kucing3, Kucing4 yang akan naik ke FYPAira. 2. Nabilah minat memasak. Dalam algorithm ni dah susun video Masakan1, Masakan2, Masakan3, Masakan4 yang akan naik ke FYP Nabilah. Cara algorithm ni berfungsi. Disebabkan masa daftar tu kita boleh pilih apa minat kita, jadi Tiktok akan suggest video-video yang kita mungkin minat. Contoh, kita ambil situasi di antara Aira dan Nabilah. Terang-terangan Aira minat kucing, jadisegala mak nenek video pasal kucing akan tarik minat Aira untuk tengok sampai habis. macam-macam lagi content yang berkaitan. CaraBeat Algorithm Tiktok Sebab ni la penting untuk ada self awareness bila gunakan Tiktok.Kalau kita aware dengan how addictive it is, memang kita akan control masa penggunaan tu. Tapi WHATIF Tiktok ni digunakan oleh kanan-kanak tanpa pantauan orang dewasa? Cara penyelesaian: korang boleh limitkan masa penggunaan Tiktok. Contohnya nak scroll around 15 minit ja. Sebab once kita mindlessly consume Tiktok, takdanya nak scroll sat sat sebab semua video pun nampak menarik. 8
Memandangkan aplikasi TikTok mempunyai bahan "aliran tanpa henti" , pelajar (kanak-kanak dan remaja) cenderung menghabiskan masa yang lama, bahkan mungkin berupaya menjadi ketagih menonton video selama berjam-jam pada satu-satu masa. Tambahan pula tiada batasan masa untuk sesiapa bergabung dan ia digunakan di seluruh dunia. "Kanak-kanak atau remaja juga boleh menjadi obsesif dengan penampilan mereka. Ada dalam kalangan kanakkanak atau remaja yang menggunakan aplikasi ini untuk sentiasa meningkatkan penampilan mereka bagi menarik perhatian pengikut mereka dan orang lain," katanya. "Keadaan ini berupaya menjadikan kehidupan sosial mereka tidak seimbang serta membunuh kehidupan sosial kanak-kanak berikutan penggunaan tanpa sempadan yang membawa kepada hubungan dengan keluarga menjadi renggang kesan daripada menghabiskan sebahagian besar masa untuk membuat video," katanya. usteru bagi mengawal keadaan sebelum menjadi lebih parah, Dr Ruziana berkata, ibu bapa perlu mengetahui nama akaun TikTok anak mereka, mengikuti akaun anak, dan memastikan akaun mereka diletakkan sebagai peribadi. BOLEHMENJADI KETAGIHANKEPADA SESEORANG Beliau menyarankan penggunaan ciri "Family Pairing Feature" di dalam TikTok (alat kawalan ibu bapa yang membolehkan ibu bapa menghubungkan akaun TikTok anak mereka dengan mereka sendiri, memberikan mereka kawalan langsung terhadap tetapan privasi anak). Selain itu ibu bapa digalakkan membuat dialog terbuka dengan anak mengenai jenis video yang mereka suka tonton dan hantar. "Jadikan perbualan tentang TikTok mereka ini perbualan yang santai agar mereka suka berkongsi dengan ibu bapa. Nasihatkan anak bahawa posting yang negatif boleh kembali merosakkan reputasi mereka di masa hadapan terutama ketika mereka di kolej atau semasa bekerja kelak," katanya. Selain itu, beliau berkata, ibu bapa juga perlu mengajar anak untuk mengawal bahagian komen sama ada akaun peribadi atau akaun awam. "Ajar anak untuk kawal bahagian komen, sama ada akaun adalah peribadi atau awam. Anak anda mempunyai kuasa untuk memutuskan sama ada mereka mahu membenarkan komen pada video mereka dari semua orang, pengikut sahaja - atau membataskannya terus. Sekali lagi, ini dapat ditetapkan sama ada di peringkat akaun, atau disesuaikan untuk setiap video10 yang mereka buat," katanya.
MENJADIMEDIUMPENYEBARANFITNAH Kuasa Tiktok dalam penyebaran berita viral ni memang tak dapat dinafikan lagi. Dia punya laju viral tu memang mindblown gila. Contoh kalau start viral pagi tu ada 30k views, tunggu ja petang tuptup dah 90k views. Kawkaw punya spread content tu kalau masuk FYP. APAKAH MASALAH YANG BOLEH DIDAPATI DARI Nak masuk FYPsebenarnya bergantung kepada berapa ramai orang yang engage dengan content korang seperti komen,share, save dan favourite - and boom boleh terus masuk FYP. Tapi jadi keburukan bila content yang disebarkan tu sebenarnya fitnah. Sebabnya memang susah nak bezakan fitnah dengan cerita betul kalau di Tiktok. Sebab tu la permainan naratif di Tiktok sangat power. Sesiapa yang buat video dan pandai main naratif memang akan boleh membuatkan ramai orang terjebak dengan permainan persepsi dan buatkan orang percaya dengan perkara yang tak betul pun. Kenapa? Macam diterangkan tadi, aku bagi situasi macam mana algorithm berfungsi dalam penyebaran video permainan naratif yang mungkin lalu di FYPdan korang tengok kesemua video tu. Video 1:Ceramah agama yang berunsurkan fitnah Video 2: Aminah bercerita semula berkenaan fitnah tapi dari sudut pandangan peribadi Video 3: Ali bercerita kesan kepada bangsa dan agama Video 4: Derita Mingguan bercerita fitnah yang tersebar Video 5: Zubaidah masukkan short video statement parti J tentang perkauman Video 6: Tira cerita pasal macam mana kita diperbodohkan PENGGUNAAN APLIKASI TIKTOK? For sure, korang rasa semua ni betul sebab semua video yang lalu di FYPpun bercakap pasal benda yang sama dan tak ada seorang pun yang deny perkara tu. Kenapa tak ada orang deny? Sebenarnya ada, tapi video tu tak lalu di FYPsebabnya mungkin dianggap tak berkaitan. Frankly speaking aku percaya, ramai ja yang terjebak dengan cycle ni. Instead of cari kesahihan, korang akan start komen dan share kepada lebih ramai orang. Dan disebabkan komen dan share tanpa selidik dulu tadi, semakin ramai yang akan dapat reach video tu disebabkan algorithm tahu yang video ni boleh pergi lebih jauh sebab ramai yang interact. Sebab ni la permainan naratif nisangat bahaya -sebab orang lain meletakkan projection dan kepercayaan mereka kepada believe system kita. Dan disebabkan semua rasa make sense, maka kita pun percaya. 12
SEBAGAI SUMBER PENCARIAN DUIT DENGAN CARA YANG TIDAK PATUT Contoh masalah dalam tiktok: Semua ads/ video yang lalu ni lalu secara tiba-tiba (targeting / retargeting) Random notification diciptakan untuk buat korang aware bila kawan komen (entice to apps back) Hashtag ni untuk buatkan rasa in trend #rayasedondon (interest targeting) Original video ni diletakkan as credit untuk originality (engagement and redirection) Exit button kena tekan banyak kali sebab system error (decrease bounce rate) NOand NO! Semua diatas ni memang purpose sebenar diciptakan macam tu dan bukan untuk saja-saja. Tambah-tambah yang exit button kena tekan banyak kali sebab system error. Korang perasan tak, kalau nak exit Tiktok ja, mesti kena klik button 2 kali cepat-cepat? Kalau kita klik sekali dan tengok video yang Tiktok suggest dalam masa 3 saat, maka kita perlu klik lagi untuk exit dan video lain pulak yang naik. Cycle tu berterusan sampailah kita berjaya klik button exit 2 kali berturut-turut tanpa tengok video yang ditayangkan tu. Dalam data analytics, istilah ni dipanggil sebagai bounce rate (istilah website, notsure kalau apps guna istilah apa). Bounce rate bermaksud berapa lama seorang tu boleh berada di website kita sebelum exit. Dan setiap marketer sedaya upaya akan turunkan bounce rate untuk pastikan lebih ramai orang berada di platform kita dan kekal berada di apps. Sebab semakin lama orang berada di platform social media, makin banyak data yang boleh dapat darisegi minat, apa yang dia mungkin nak beliselepas ni, dan banyak lagi tindakan lain yang boleh diambil macam akan terbeli barang masa live contohnya. Sebab the product is YOU. Cara Penyelesaian: Off notifications Tiktok Dengan ini agak sukar atau leceh kepada pengguna tersebut 2
Pantun Dunia digital, media sosial dicipta, Kita boleh berkongsi maklumat dan idea secara bebas. Hubungan rapat dengan rakan tidak terputus, Mengeratkan ikatan, persahabatan tidak akan lama, teruskan. Media sosial sering disalahgunakan, Khabar angin dan kebencian palsu sering kedengaran dilemparkan. Kita lupa adab, adab menurun, Kita perlu bijak dalam media, supaya keamanan tidak sentiasa terancam. . 9
KESIMPULAN Penggunaan TikTok pada masa kini sangat membantu dalam berkomunikasi dan memdapatkan maklumat bahkan ia juga dijadikan hiburan untuk menghilangkan rasa stress dalam kehidupan masyarakat tanpa mengira batas umur. Walaupun begitu, seseorang itu perlu bijak dalam menggunakannya sama ada diambil dari perkara baik atau buruk. Selain itu, aplikasi TikTok memberi kesan yang positif kerana ia dapat menambahkan ilmu pengetahuan, meningkatkan kepercayaan driri dan dapat menanmbah kenalan baru. Segala kebaikan ini perlulah disertai dengan penggunaan yang betul dan selamat. Tidak dinafikan, TikTok adalah antara platform yang boleh mendatangkan pelbagai mudarat sekiranya tidak digunakan dengan panduan dan cara yang betul. Sebagai seorang muslim, sudah semestinya perlu berpegang dengan syariat Islam dan tidak terpengaruh dengan trendtrend luar yang merosakkan pemikiran diri dan orang sekeliling.oleh hal yang demikian, aplikasi tiktok ini mempunyai masalah atau padahnya tersendiri jika kita hanya mengambil leka sahaja tentang media sosial ini sudah tentunya kita menjadi seorang yang hanya menhabiskan masanya dengan sia-sia.
SUMBER RUJUKAN • https://www.tinsyaz.com/2023/ 05/kesan-dan-keburukantiktok.html#google_vignette • https://www.hmetro.com.my/re ncana/2021/06/712508/budakbertiktok-boleh-jadi-ketagihsasaran-pedofil • https://cetusmagazines.weebly.c om/hiburan-3/viral-tiktok-danmanfaatnya-kepada-pengguna • https://brainly.co.id/tugas/38487 905